KELADI SARAWAK (Colocasia esculentum) merupakan salah satu jenis keladi yang agak unik dan mudah dikenali iaitu berdasarkan pokok, buah dan marfologinya. Pokok keladi Sarawak mempunyai daun berwarna hijau yang bersaiz besar dan mudah ditanam dikawasan keliling rumah. Penulis blog memang sudah biasa dengan keladi Sarawak kerana ia banyak ditanam dikampong di Muar dahulu dan disekitar kampong untuk dijadikan tanaman yang dijadikan hidangan. Keladi Sarawak mendapat nama 'Sarawak'' dikalangan orang kampong saya kerana ia dipercayai berasal dari negeri Sarawak yang besar sama seperti saiz pokok dan daunnya. Saya ada menulis banyak artikel mengenai tanaman keladi untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam penulis blog hendak kongsi info, sebenarnya terdapat sebanyak 46 jenis keladi yang boleh dikelaskan. Penulis blog senaraikan beberapa jenis keladi di Malaysia antaranya adalah jenis Pokok Keladi Sebaring, Pokok Keladi Seberang, Keladi tikus, Keladi Kemoyan, Keladi Merah, Keladi Merbah, Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Udang, Keladi Telur, Keladi Mawar, Keladi Ais Krim, Keladi Ular, Keladi Birah Hitam, Keladi Birah Kijang, Keladi Sarawak, Keladi Bantan, Keladi Sawah, Keladi Songket, Keladi Nibung, Keladi Minyak, Keladi Nibong, Keladi Ice-cream, Keladi Belang Hijau, Keladi Peladang, Keladi Cincang Wangi, Keladi Batang Hitam, Keladi Air, Keladi Babi, Keladi Nibong Merah, Keladi Serakit Hitam, Keladi Batang Hijau, Keladi Banjar, Keladi Pinang, Keladi Songket Ungu, Keladi Songket Hijau, Keladi Dara, Keladi Kelapa, Keladi Lilin, Keladi Tongsan, Keladi Peladang, Keladi Huma, Keladi Belang Hijau, Keladi Hutan dan juga Keladi Liar. Pada saya nama-nama keladi ini banyak dikaitkan dengan ciri pokok dan juga kegunaan keladi tersebut serta lokaliti. Keladi Sarawak banyak ditanam oleh orang Jawa di Johor, Selangor dan Perak kerana ia mudah ditanam, tiada masaalah agronomi dikawasan tanah gambut dan keladinya tahan lama. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai Keladi Sarawak sebagai sejenis keladi yang berpotensi untuk ditanam disekeliling rumah dikampong.
Sebenarnya tanaman keladi (Colocasia esculenta Linn, Schott) ialah sejenis tanaman kontan yang pernah menjadi bahan sumber karbohiderat penting di kawasan tropika. Tumbuhan ini dipercayai natif dan asli di Asia Tenggara dan ia tergolong dalam famili Araceae. Bagaimana pun penanaman keladi dibeberapa negara terus berkurangan disebabkan ramai petani di Malaysia menukar kepada tanaman lain. Banyak jenis keladi terdapat di negara ini dalam kumpulan keladi yang boleh dimakan (edible yam) dan keladi tidak boleh dimakan (non-edible yam) seperti keladi hiasan. Di Malaysia keladi ditanam di kawaan tanah gambut dan sedikit pada tanah mineral (Sila lihat penulis dalam kebun keladi disebelah). Kawasan utama penanaman keladi seperti di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Ubi Keladi berbeza dari segi warna, isi, sama ada warna putih, merah samar atau warna kuning dan batangnya pula dari yang berwarna hijau, coklat keungguan hingga coklat tua. Keladi ialah tanaman kontan yang boleh ditanam secara sendirian dan juga boleh ditanam sebagai tanaman selingan. Dalam pada itu ia sesuai juga dijadikan tanaman selingan dengan getah, kelapa, kelapa sawit, lada hitam dan dusun buah-buahan yang baru saja diusahakan. Jarak dan kepadatan tanaman pokok keladi disesuaikan semasa pokok berkenaan masih di peringkat awal pertumbuhan. Tanaman ini tumbuh 0.4 m - 2 m tinggi dimana ubisinya boleh juga mencapai hingga 15 cm besarnya iaitu bergantung kepada jenis dan amalan agronimu yang sesuai dilaksanakan. Anak umbisi didapati tumbuh di sekeliling pangkal umbisi utama dengan bilangannya berbeza-beza. Daunnya lebar berbentuk hati (Heart shape) dengan saiz dan warna bergantung kepada spesisnya. Tanaman Keladi boleh ditanam dalam semua jenis keadaan dan kawasan iaitu dari kawasan tanah rendah bertakung air hinggalah ke kawasan tanah tinggi yang balik salirannya. Selain itu banyak jenis keladi liar dan keladi ornamental yang diusahakan untuk tanaman hiasan dan sebagainya. Keladi Sarawak sesuai ditanam dikawasan tanah gabut dan tanah mineral yang gembur.
Pada penulis blog yang membuat tinjauan penanaman keladi di Malaysia dapati jika pokok keladi Sarawak merupakan salah satu jenis keladi yang sesuai diusahakan untuk ia dapat menambahkan pendapatan dan dimakan sendiri kepada mereka yang berminat. Apa yang penting adalah dimana pembaca boleh untuk mendapatkan benih keladi Sarawak kerana ia semakin sukar diperolehi untuk kuantiti yang banyak. Benih keladi Sarawak bersaiz besar dan mudah ditanam secara membuat lubang dan kemudian memasukkan dengan cara menegak (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya tinjauan penulis blog mendpati pokok keladi ini sekamin jarang ditanam secara komersial dan hanya juga ditanam untuk keperluan sendiri secara kecil-kecilan. Keladi Sarawak berbeza dengan jenis keladi yag lain kerana hasilnya bukanlah dari umbisi induknya tetapi daripada umbisi-umbisi kecil yang keluar dari umbisi pokok induk. Umbisi-umbisi ini perlu dituai apabila pokok induknya matang. Sekiranya lambat dituai ia akan menghasilkan anak pokok. Ada juga yang memanggilnya sebagai Keladi Seratah dan ada juga menyebutnya Keladi Telur. Batang keladi sarawak tidak boleh dijadikan sayuran seperti keladi-keladi lain kerana ia mempunyai banyak getah yang menyebabkan rasa gatal apabila dimasak. Umbisi induknya juga tidak dimakan tetapi akan dijadikan bahan penanaman baru apabila hasilnya dituai. Pokok keladi yang matang ini bersiz besar dan hanya boleh dituai diantara 12-16 bulan selepas ditanam kerana ia mengambil masa agak lama berbanding dengan keladi biasa.
Keladi Sarawak memang unik kerana ia mempunyai daun yang lebar sehingga dulu saya akan gunakan untuk dijadikan payung ketika waktu hujan. Batangnya juga bear serta mempunyai perdu yang besar berbanding dengan beberapa jenis keladi lain. Pokok yang matang akan dicabut untuk mengutip Ubi Telur yang melekat iaitu disekeliling Ubi Induk (Sila lihat foto disebelah). Sepokok dewasa Keladi Sarawak yang subur boleh menghasilkan banyak umbisi keladi sehingga 10 biji atau lebih. Bagi tinjauan penulis blog di Muar mendapati tanaman keladi ini subur dikawasan tanah gambut yang mempunyai saliran yang baik. Biasanya umbisi-umbisi akan diceraikan daripada ubi induk dengan dipatahkan gunakan tangan atau menggunakan pisau tajam. Ia dibersihkan daripada tanah dan akan dilihat mempunyai ''mata'' dihujungnya. Ia adalah berbentuk sulur yang membulat bentuknya. Lazimnya dikampong saya keladi ini akan direbus dan dimakan terus semasa suam panas bersama minuman kopi panas. Bagaimana pun ia juga boleh dijadikan sayuran seperti masak lemak. Ia juga penulis blog suka dan amat enak jika dijadikan kerepek atau beberapa jenis kuih tradisional seperti kuih talam. Biasanya umbisi keladi sarawak di negeri lain hanya direbus dan dimakan panas-panas bersama kelapa parut dan gula merah. Ia juga boleh digoreng dan dibuat getuk keladi. Keladi Sarawak mudah ditanam di sekeliling rumah dan mudah mengeluarkan hasil. Dari penelitian penulis blog tidak ada serangga perosak dan penyakit serius yang menyerang pokok Keladi Sarawak dimasa ini. Apa pun dengan pengurusan amalan agronomi yang baik pokok keladi ini akan hidup subur dan ia boleh memberikan hasil yang banyak. Ia boleh hidup di kawasan tanah pamah tidak seperti pokok keladi lain yang memerlukan tanah rendah yang lembap. Kepada mereka yang ingin mendapatkan atau membeli keladi ini boleh berkunjung ke Pekan Air Hitam, Batu Pahat, Johor (Kini pekan ini terkenal dengan produk pasu dan barangan untuk majlis perkahwinan). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasllam!!!...
KELADI SARAWAK... BESAR POKOKNYA...
NEGERI JOHOR... BANYAK TANAMNYA....
RM5.00 SEKILOGRAM... ITU HARGANYA...
DIREBUS DAN KEREPEK...ENAKNYA DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(14 Zullhijjah 1439H).
Dikemaskini pada 16 RabiulAkhir 1447H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.