SERAMPANG IKAN atau dikenali juga sebagai 'Tiruk' atau 'Perejam' atai 'Lembing' merupakan sejenis alat yang ada ia digunakan untuk menangkap ikan. Serampang Ikan dulu popular dikalangan nelayan sungai untuk menangkap ikan dengan merejamnya kepada badan ikan yang timbul iaitu dipermukaan air atau ikan yang mabuk didalam air yang dapat dilihat. Dalam membuat temubual dengan beberapa nelayan sungai di Mersing dan Rompin, mereka katakan alatan yang dinamakan "Tiruk" dan "serampang" ini selalu akan digunakan dengan cara yang sama iaitu dibenam atau direjam-rejamkan ke dalam air terutama di tempat-tempat ikan bersembunyi. Cara ini memerlukan tahap kemahiran khusus dimana ianya akan menentukan kejayaan seseorang untuk menggunakan alatan ini dengan baik. Dikalangan generasi baru mungkin kurang mengenali alatan ini yang mungkin mereka hanya akan dapat melihatnya didalam muzeum atau melalui alam maya. Penulis kurang pasti bagaimana alat ini mendapat nama 'Serampang' kerana ia berupa besi tajam bermata yang akan direjam pada ikan yang kelihatan dan sukar melepaskannya. Serampang juga meungkin membawa maksud 'membaling' alatan ini kepada kelompok ikan untuk memburunya. Perkataan 'Tiruk' hampir sama dengan Nyamuk Tiruk yang menyebabkan masaalah kepada kesihatan manusia. Apa pun penulis menyatakan daripada pemerhatian dan pengalaman ketika bertugas dibanyak daerah dulu mendapati ada perbezaan diantara alat serampang dengan tiruk. Lazimnya perbezaan di antara "tiruk" dan "serampang" ialah dimana Alatan Tiruk hanya mempunyai mata satu manakala "serampang" mempunyai tiga hingga lima atau lapan mata. "Tiruk" biasanya sesuai untuk digunakan di sungai-sungai yang cetek, kawasan paya dan alur yang bergambut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis alatan tradisional untuk menangkap ikan terutamanya ikan darat sekadar memberi informasi kepada pembaca semua.
Alat Serampang lazimnya mempunyai dua bentuk mata iaitu panjang dan pendek dengan bahan mata diperbuat daripada logam atau kayu (Sila lihat foto disebelah). Alat serampang ini selalunya mempunyai jenis bermata panjang dan biasanya ia akan digunakan untuk merejam ikan yang kelihatan pada kawasan air yang dalam. Bagaimana pun serampang yang mempunyai mata pendek sering untuk digunakan di sawah padi yang airnya cetek. Ia sering dibuat sendiri oleh pesawah atau nelayan sungai atau membeli matanya daripada kedai memancing yang selalunya ada menjualnya diperbuat dari jenis mata logam. Daripada penelitian penulis dikawasan Kg Orang Asli, Kg Punan, Mersing dan Kg Endau mendapati aktiviti "Menyerampang" ikan dilakukan semasa air sungai jernih atau semasa bulan cerah. Perbuatan ini juga mereka akan katakan sebagai aktiviti "menyuluh ikan". Mereka berjalan dengan menyusuri sungai dengan perahu sambil menyuluh ikan menggunakan lampu picit terang untuk mencari ikan terutama ditepi sungai yang berarus. Apabila sudan nampak mata ikan atau badan ikan yang timbul maka mereka akan membaling atau pun menikam "serampang" ke arah ikan untuk mendapatkannya. Perbuatan ini memerlukan sedikit kepakaran atau kemahiran. Ketepatan dan kecepatan merejam kepada ikan tersebut perlu dibuat dengan pantas untuk mengelakkan ikan tersebut lari dahulu akibat terkejut. Apabila serampang mengenai tepat pada badan ikan lazimnya amat sukar untuk ikan lepas kerana ada mata pada hujungnya.

NAMANYA SERAMPANG... APA DIA...
NAMA 'TIRUK'...KURANG PERCAYA...
MEREJAM IKAN... ITU CARANYA...
BACA ARTIKEL...INGIN MENCUBA...
By,
M Anem,
Seniro Agronomist,
Kg Padang Permai,
Jalan Sg Lembing,
Kuantan,
Pahang,
Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1437H)
(25 RabiulAkhir 1437H)
Dikemaskini artikel pada 16 RabiulAkhir 1447H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.