Support My Blog

Tuesday, October 21, 2025

TUA-TUA KELAPA, MAKIN TUA MAKIN BERMINYAK

Peribahasa Melayu TUA-TUA KELAPA agak jarang di dengar atau digunakan masyarakat Malaysia dizaman ini. Bagi penulis blog salah seorang pakar dalam amalan teknologi tanaman kelapa sudah menulis ratusan artikel dalam blog ini untuk di jadikan bahan rujukkan ribuan pembaca bog selama lebih 18 tahun lamanya. Peribahasa yang menarik ini ia berkaitan dengen sektor pertanian iaitu menggunakan perkataan kelapa dan kegunaan kelapa yang merupakan satu komoditi penting dinusantara sejak ribuan tahun dahulu. Apa pun bagi penulis blog dimana peribahasa merupakan salah seni percakapan yang wujud di dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang tersendiri. Sejak dulu semasa belajar di sekolan dan didalam peperiksaan, murid-murid digalakkan untuk memasukkan peribahasa terutamanya di dalam karangan mereka bagi meningkatkan markah mereka di dalam peperiksaan tersebut. Oleh kerana itu kalangan murid-murid perlu mengetahui peribahasa dan maksudnya untuk memastikan peribahasa yang digunakan di dalam karangan sesuai digunakan. Ada beberapa bahan rujukkan yang akan dapat menerangkan apakah maksud Peribahasa Bahasa Melayu dimana menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah. Dijelaskan dimana peribahasa 'Tua-tua kelapa, makin tua berminyak' yang bermaksud iaitu 'seseorang yang semakin tua semakin banyak ilmu dan pengalaman, atau semakin baik dan berisi' atau ianya telah diungkapkan seperti kelapa yang semakin tua menghasilkan lebih banyak minyak dan santan. Peribahasa ini merujuk kepada nilai seseorang yang meningkat bersama usia dan ianya semakin bukan berkurangan. Apa pun maksud bagi pilihan peribahasa kali ini berkait dengan ciri pokok kelapa dimana selalunya buah dan pokok kelapa 'semakin tua semakin berisi' layaknya. Merujuk kepada aspek seperti dalam peningkatan ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan faktur pengalaman seiring bertambahnya usia seseorang maka seseorang itu lebih di hormati sebab ciri ini aladah diibaratkan seperti minyak dan santan yang dihasilkan kelapa semakin banyak apabila matang. Ia di kaitkan dengan sifat manusia itu sendiri dimana ia akan semakin baik perangainya setelah lebih dewasa atau berumur. Selain berkait dengan keilmuan dimana peribahasa ini juga boleh bermaksud seseorang yang menjadi semakin baik perangainya atau dia lebih matang dimana dia akan lebih dihargai pada usia yang lebih tua. Kalau hendak buat satu perbandingan dengan tanaman kelapa dimana buah kelapa secara semulajadinya mengandungi minyak yag mana di komersilkan sebagai 'Minyak Kelapa' yang berbeza dengan jenis minyak sawit walaupn keduanya dari kumpulan keluarga Arecaceae. Orang dulu sudah belajar dan tahu jika buah kelapa dimana semakin tua makin berminyak setelah di proses. Buah kelapa yang semakin tua lebih mudah diproses untuk menghasilkan minyak dan santan yang banyak. Proses ini memerlukan usaha dan masa iaitu ciri ini juga sama seperti seseorang yang mengumpul ilmu dan pengalaman sepanjang hidupnya untuk menjadi lebih matang dan semakin 'berisi'. Apa pun bagi penulis blog dimana peribahasa ini adalah satu lagi metafora untuk menghargai nilai pengalaman dan juga aspek kebijaksanaan orang tua dulu dalam budaya dan masyarakat Melayu di negara kita. Artikel subuh ini dari tingkat 20 Hotel Ramada Meridian di Inkandar Puteri saya mengupas satu peribahasa dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kelapa Tua
(Cocos nucifera) adalah buah kelapa yang matang setelah berumur lebih 12 bulan di pokok selepas proses pendebungaan. Kelapa tua selalunya mempunyai ciri yang berlainan dengan ciri kelapa muda (umur sekitar 7-8 bulan dipokok). Kelapa tuaselalu ia mempunyai isi daging yang lebih tebal dan keras dibandingkan kelapa muda dimana ia apabila di kupas dan di perah akan hasilkan santan kelapa yang banyak digunakan sebagai bahan masakan. Sejak dulu dimana produk s
antan kelapa banyak digunakan dalam banyak jenis masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Masak Kari dan juga Masak Rendang untuk menambah rasa lemak dan enak makanan popular tersebut. Santan kelapa mempunyai banyak ragam kegunaan lain seperti digunakan dalam perawatan kulit dan rambut sebab ia kaya dengan bahan antioksidan, bahan antibakteria dan Asid lemaknya yang dapat melembapkan serta bantu dalam menguatkan rawatan kecantikan dan juga ia dapat melawan sebarang jangkitan. Santan bermanfaat untuk kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan ia juga membantu sistem kekebalan tubuh dan mengatasi masalah sakit perut serta gastrik. Dalam dunia masakan dimana peranan buhah kelapa adalah menambak keenakan makanan seperti nasi lemak dimana tiada kelapa maka nasi lemak hilang keunggulannya walau pun penulis blog pernah makan nasi lemak di buhuh susu lembu dan rasanya jauh berbeza. Buah kelapa tua yang di perah santan akan di jadikan produk Santan Segar atau Santan Kering (powder coconut milk) untuk tujuan simpanan lebih lama. Santa kelapa tua ada kandungan nutriei terdiri dari lemak sihat, bahan serat, vitamin dan mineral seperti Magnesium (Mg) dan Kalium (K) yang berguna untuk kesihatan jantung dan kulit. Ciri-ciri kelapa tua selalu isinya tebal dan keras, kaya lemak dan serat dan jumlah isipadu airnya kurang sedikit berbanding kelapa muda. Air kelapa tua lazimnya ia mempunyai kandungan zat yang agak rendah kadar gula berbanding kelapa muda. Paling unik dimana kelapa tua menghasilkan SABUT iaitu serat kasar dan gentian daripada buah kelapa tua di bahagian luar. Secara semulajadi sabut kelapa membantu buah kelapa tua tidak pecah apabila jatuh ketanah dan ia membantu mengapungkan buah kelapa di atas air sebagai satu kaedah pembiakan kelapa. Sabut ini merupakan bahan organik boleh mampan yang digunakan sebagai 'Cocopeat' atau medium penanaman atau bahan mentah untuk di jadikan kusyen kereta dan sebagainya. Ia boleh diproses menjadi cocopeat, cocochips (dadu sabut kelapa) atau blok cocopeat, yang mempunyai keupayaan tinggi untuk menyimpan air dan membekalkan nutrien seperti Magnesium, Fosforus dan Natrium kepada tumbuhan. Kelapa tua mempunai TEMPURUNG KELAPA yang keras dan banyak kegunaannya. Tempurung kelapa adalah bahagian keras luar yang melindungi isi buah kelapa. Bahan ini kuat dan ia amat mudah didapati serta mempunyai tekstur yang menarik dan menjadikannya bahan yang berguna untuk menghasilkan pelbagai produk seperti perkakas dapur, bahan kraf yang unik, bahan bakar, 'activated carbon' atau sebagai bahan organik untuk menyuburkan tanah.


Bagi penulis blog peribahasa diatas berkait dengan ciri pokok kelapa menghasilkan buah kelapa setelah proses pendebungaan dimana ia akan menghasilkan buah kelapa muda dan kemudian buah kelapa tua. Di Malaysia kedua-dua jenis kelapa ini akan di tuai sebagai hasil dari tanaman kelapa. Dalam pada itu kualiti air kelapa kini sudah di komersilkan. Selalunya air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Buah kelapa yang tua boleh dikukur atau diparut, isi buah yang diparut ini boleh diperah menjadi santan yang digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan kelapa yang dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Dilaporkan semua sisa yang ditinggalkan dari proses pemerolehan isi buah kelapa selalunya masih ada nilai ekonomi dan tidak di basirkan. Selalunya produk sabut kelapa tua boleh dibuat pelbagai produk asas kelapa seperti ia akan di jadikan tali, tikar, kerusi automobil, alatan dapur, media tanaman, perabit dan banyak lagi produk. Bahagian luar iaitu tempurung kelapa boleh diproses menjadi produk termasuk sebagai ubat nyamuk apabila dibakar, karbon aktif (activated carbon), penapis air dan pelbagai jenis barangan kraftangan. Dalam dunia pertanian produk cocopeat' kini sudah di komersialkan sebagai media tanaman terkenal eterutama untuk isitem tanaman Secara Fertigasi. Pendek kata peranan kelapa tua dalam industri hiliran dan huluan adalah sangat penting dalam industrii tanaman kelapa.


Jika hendak dibandingkan kandungan nutrisi diantara kelapa muda dengan kelapa tua perlukan kajian terperinci. Bagaimana pun hasil daripada rujukkan dibeberapa jurnal penulis blog dapati dimana kandungan nutrisi dari air sama ada daging buah yang sudah tua secara umum lebih tinggi dibanding dengan yang muda. Ini kerana pokok kelapa akan secara terus menerus mengalami kenaikan berat dan ukuran. Kerana itu lazimnya semakin tua umur buah kelapa maka jumlah kandungan air dan dagingnya akan semakin lengkap dan maksima. Biasanya daging isi buah dalam buah kelapa tua adalah lebih tebal, bertekstur kasar disebabkan ianya memang mengandungi banyak serat dan ia memiliki rasa yang lebih baik. Daging buah yang tua juga mengandungi sebanyak 30% minyak semulajadi iaitu lebih banyak dari kelapa muda. Hanya kelapa tua yang sering diproses untuk mendapatkan santan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Malaysia mengimport lebih daripada 130 juta biji dari Indonesia setiap tahun untuk diproses di kilang kelapa di Malaysia. Bagi kelapa muda memang isi dagingnyasedikit, teksturnya lebih halus dan lembut dan rasanya pun agak manis. Apa pun sebenarnya kelapa muda dan kelapa tua sama-sama memiliki banyak manfaat kesihatan. Apa pun manfaat kesihatan yang ada terkandung di dalam buah kelapa sebenarnya bergantung kepada jenis keperluan dan kadar metabolisma seseorang. Maka memang penting memahami keperluan tubuh badan sebelum memutuskan untuk mengambil buah kelapa ini. Air kelapa mampu memenuhi keperluan cecair dalam badan. ia akan dapat mengurangkan kes dihidari badan terutama jika diambil sebagi sejenis 'minuman isotonik' yang baik untuk tenaga dan kesihatan. Apa pun sebaiknya khasiat optima diperolehi jika mengambil minuman air kelapa yang masih muda lagi dan di minum dari kelapa segar. 


Penulis blog agak pelik membaca tajuk berita dalam portal hmetro.com bertajuk '
Kelapa tua tak laku' beberapa tahun lalu sebab Malaysia masih mengimport ratusan juta biji kelapa tua daripada Indonesia. Disertakan foto ada pembekal kelapa tua termenung di atas longgokan kelapa tua yang tidak terjual di Kampung Paya Rajin (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Jerantut di Pahang melaoorkan jika ada berlaku isu lambakan kelapa tua diimport dari Indonesia dan Thailand sepanjang Ramadan dan Aidilfitri menyebabkan pendapatan pembekal tempatan terjejas teruk. Tinjauan juga mendapati kelapa tua tempatan tidak dapat dijual kerana harga bekalan import lebih murah, sekali gus menjadi pilihan orang ramai dalam cara menyediakan juadah berbuka puasa dan Aidilfitri. Seorang pembekal kelapa tua dari Kampung Paya Rajin bernama Husain Samat (73) mendakwa pendapatannya pada Ramadan tahun ini merosot teruk berbanding sebelum ini apabila hanya dapat menjual 500 biji dalam tempoh 10 hari. Bulan Ramadan sebelum ini dia dakwa mampu menjual 500 biji kelapa tua sehari dengan harga RM2 sebiji akan tetapi pada tahun ini sambutan orang ramai berkurangan. Dia yang hanya dapat bergantung dengan hasil penjualan kelapa tua sebagai punca pendapatan utama dimana dia membeli kelapa pada harga RM1 sebji dari pekebun sekitar Jerantut, Raub dan Jengka, selain itu upah kupas, memanjat dan minyak lori ditanggung sendiri. Apa pun jika kelapa tidak laku atau dijual pada harga murah, saya menanggung kerugian. Dianggarkan ada 10 pengusaha dan pembekal kelapa tua di Kampung Paya Rajin dan mereka mengalami nasib sama dengan Husain. Bagi seorang pembekal lain, Nawang Hassan (50) pula mendakwa dan berharap kerajaan dapat membantu pembekal kelapa tempatan itu dengan mengutamakan hasil dari dalam negara. DIa berharap kerajaan terutama Jabatan Pertanian dan FAMA membantu memasarkan kelapa maka mereka tidak lagi seterusnya mengalami kerugian. Mereka laporkan jka kelapa tua ini dibiar dan disimpan terlalu lama serta bercambah tunas menyebabkannya tidak lagi laku dijual sebagai kelapa tua.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELAPA... BANYAK GUNANYA...
KELAPA TUA... KELUAR SANTANNYA...
KELAPA MUDA... ENAK DIMINUM AIRNYA...
PERIBAHASA LAMA...SESUAI RUJUKNYA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist Expert,
Room 50012, Hotel Ramada Meridian,
No 5, Jalan Legoland-Inkandar Puteri,
Iskandar Puteri, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...