mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 31, 2020

KUCING - KENALI DIA

KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis cactus dipercayai  merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia.  Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya menulis sedikit nfo mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sebenarnya haiwan kucing ini ada dar jenis Kucing Liar dan Kucing Jinak (domesticated) dimana terdapat kucing yang harganya sehingga beribu-ribu ringgit. Diantara baka kucing yang mahal dan disukai ramai adalah Kucing Parsi (Sila lihat foto disebelah). Memang tidak  dapat disangkal lagi iaitu kucing parsi merupakan baka kucing yang menjadi kegemaran ramai. Kucing parsi dikenali dengan bulunya yang cantik, hidung yang agak penyet dan juga kucing yang pendiam dan penyayang. Disebabkan ciri dan karakteristiknya yang sangat kompleks dan elegen maka ia dikomersilkan dengan harga lumayan mahal dan memerlukan kaedah penjagaan kucing yang berbeza. Baka kucing ini juga memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang terbaik sekerap yang boleh. Pendek ceritanya kalau pemiliknya pemalas sebaiknya jangan bela kucing parsi. Kucing parsi sememangnya mempunyai bulu yang sangat panjang dan lebat dimana ia memerlukan cara penjagaan yang rapi setiap hari. Jadi pemilik kucing parsi perlu memberus bulu kucing parsi dengan menggunakan berus jenis rata dengan gigi plastik. Pemilik kucing ini juga perlu menggunakan berus besi dengan gigi bulat untuk mengelakkan kecederaan pada kulit mereka yang sensitif. Apa pun dilaporkan memang banyak terdapat baka kucing domestik dimana ada yang tidak berbulu atau pun berekor, dan mereka wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dimana ada juga yang mempunyai banyak warna diseluruh badannya. Kucing ialah haiwan pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga ialah haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. 

Kelainan pada haiwan kucing adalah dimana mereka akan berhubung dengan bunyi mengiau ("ngiau" iaiti teknik khas mengeluarkan bunyi 'purrr' atau bunyi berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh hidup bersendirian atau pun juga selalunya mereka mereka sering akan membentuk satu koloni kecil. Kucing kampung (Malay Cat) yang selalunya dipelihara dikampung (termasuk yang ada dirumah penulis dahulu) seperti foto disebelah memang mudah dibela dan tidak terlalu manja kecuali mengesel kaki semasa lapar minta makanan. Kucing kampung ini psds pemerhatian penulis bloh mempunyai kriteria fizikalnya adalah berceloreng seperti jenis kucing Tabby. Telinganya pula besar dan bentuk badan yg besar terutamanya kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang seakan musang atau hujungnya bengkok. Apa pun mengikut asal keturunan kucing kampung ini adalah dari baka kucing Manx (Iaitu dari Isle of Man sebuah negara oleh jajahan Koloni British di Britain). Wujudnya kucing kampung di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx dibawa masuk oleh penjajah Eropah sewaktu mereka bertapak di Malaysia suatu ketika dahulu dan ia kemudian berkahwin dengan kucing-kucing tempatan secara semulajadi dan akhirnya terjadilah baka Kucing Kampung yang ada pada hari ini. Penelitian lanjut dilaporkan dimana kini didapati baka kucing kampung dari baka Manx itu sendiri dari kucing yang mempunyai bulu yg pendek serta selalunya berbelang-belang maka tidak mustahil jika baka 'Malay cats' juga boleh dijumpai dimana fizikalnya juga boleh mengikut kucing Manx yg besar serta tegap. Jika kucing kampung ini diberikan makanan khas berkhasiat tidak mustahil jika ia boleh membesar dengan baik dan bulunya menjadi baik sehingga menjadi kucing premium juga. Apa pun sebaiknya janganlah kita memandang sebelah mata kucing kampung sedia ada atau membuang di jalanan.   

Mengenai baka kucing memang tidak mudah untuk memehaminya. Ini kerana haiwan kucing daripada kumpulan Felis merupakan sebuah genus mamalia yang berkembang pesat yang berkongsi sama moyang yang sangat lama sekitar 10 - 15 juta tahun yang lalu. Kumpukan haiwan ini sebenarnya berada dalam kumpulan sama dengan haiwan menakutkan seperti Singa, Harimau, Caugar dan lain-lain lagi. Dalam keluarga ini dilaporkan dimana baka kucing domestik (Felis catus) ialah sebahagian daripada genus Felis yang merupakan kumpulan kucing kecil yang mengandungi kira-kira tujuh spesies (pengkelasan ini adalah bergantung kepada sistem klasifikasi digunakan). Apa pun akhirnya pakar membuat pengkelasan kucing ini mengikut kesesuaianya. Mereka dapati genus kucing di seluruh dunia di rangkumkan kepada jenis Kucing Hutan (Felis chaus) yang lazimnya didapati dikawasan Asia Tenggara, Kucing Liar Eropah (Felis silvestris silvestris), Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica), Kucing Gunung China (Felis silvestris bieti) dan Kucing Pasir Arab (Felis silvestris margarita) serta beberapa jenis lain. Sejarah menyatakan dimana kucing domestik pertama kali yang telah diberi nama sebagai Felis catus oleh Carl Linnaeus dalam pada tahun 1758. Nama ini akhirnya disesuaikan dengan sistem penamaan baru dengan Felis silvestris catus.  Ada juga kadang-kadang baka kucing domestik ini yang juga dipanggil Felis domesticus atau Felis domestica seperti yang dicadangkan oleh saintis Jerman bernama JCP Erxleben pada tahun 1777 tetapi ianya agak jarang digunakan dalam kebanyakan jurnal penulisan. Sebenarnya terlalu banyak artikel mengenai kucing daripada aspek bakannya, warna, mekanannya, klinik penjagaan kesihatannya dan ciri serta tabiatnya. Hubungan manusia dengan kucing memang tidak dapat dinafikan sehinggakan ada pertandingan kucing cantik, pameran kucing dan pelbagai aktiviti mengenainya diadakan diseluruh dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agri kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA KUCING... PELBAGAI NAMA...
BANYAK JENIS...IKUT ASAL BAKANYA...
KUCING KAMPUNG... MUDAH DIJUMPA...
KUCING MAHAL.. SUSAH HENDAK JAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(6 Syawal 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020!!..

Saturday, May 30, 2020

SOS CILI PADI - CARA MEMBUATNYA

SOS CILI PADI merupakan sejenis produk sos yang unik kerana tahap kepedasannya dan kini ada dijual dipasaran. Ini kerana ia berbeza dengan jenis-jenis lain sos yang diproses dan dipasarkan dan banyak terdapat di sekitar Negeri Sembilan yang mana makanan mereka banyak yang pedas-pedas. Apabila kita layari diinteret mengenai sos cili padi pastinya produk Agromas keluaran FAMA yang tercepat dilihat (Sila lihat fotoo diatas). Penulis blog mendapati dimana sebenarnya ada pelbagai jenis sos boleh didapati di pasaran seperti sos cili, sos tomato, sos betik, sos pacili, sos tiram, sos buah-buahan dan pelbagai jenis lagi. Apa yang pasti kepelbagaian jenis sos menggambarkan bahawa sumber bahan mentah yang berlainan boleh digunakan. Sos cili merupakan perasa atau perencah kepada makanan yang sering kali digunakan dalam kehidupan seharian. Sos ini lazimnya akan dihidang bersama makanan lain seperti keropok, mi, ikan celup tepung dan lain-lain lagi sebagai penyedap makanan dan amat sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Penulis blog dapati dimana ada pelbagai jenis sos cili yang telah diubah suai mengikut kehendak dan cita rasa pengguna. Antara sos lain yang terdapat di pasaran ialah sos cili, sos tomato, sos buah dan sos rojak. Sos cili padi merupakan sos cili yang berlainan kepedasan mengikut kandungan cili padi yang dimasukkan dalam formulasi sos tersebut. Cili Padi (Capsicum frutcens) adalah antara jenis tanaman yang mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi di dunia. Berdasarkan import dan keperluan cili tahunan penulis blog dapati dimana cili merupakan antara sayuran yang diberi keutamaan oleh kerajaan mellalui pelbagai insentif diberikan. Dalam DPN3 juga cili disebut sebagai tanaman untuk mengurangkan import cili padi sebanyak RM37 juta setahun dan meningkatkan pengeluaran tanaman cili padi. Cili mempunyai kandungan vitamin A dan C. Kandungan kapsaisin yang terdapat di dalam plasenta cili merupakan sebatian alkaloid semula jadi yang menentukan darjah kepedasan cili yang digunakan. Sos cili padi yang kini ada dihasilkan memang enak dihidang bersama makanan bagi menjadikan makanan tersebut lebih berperisa dan menyelerakan. Jangka hayat simpanan sos ini bergantung kepada kandungan asid, gula dan garam di dalamnya. Artikel tengahari ini 30 Ramadan 1441H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai sos cili padi dan resepi membuatnya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pemprosesan sos cili padi memerlukan teknik betul bagi menghasilkan sos berkualiti.  Prinsip asas pemprosesan sos cili padi sama seperti pemprosesan sos yang lain. Ia perlu disediakan dengan memasak bahan utama iaitu puri cili merah, cili padi, gula, garam, asid makanan dan bahan pemekat bersama air sehingga mendidih. Sos kemudiannya diisi ke dalam botol yang telah disteril dan dikeringkan semasa sos masih panas (suhu lebih dari 80 °C) dan ditutup serta-merta dengan rapi. Asid makanan digunakan untuk menurunkan pH sos supaya kurang daripada pH4.5 kerana bahan awet yang digunakan (natrium benzoat) mempunyai kesan yang maksimum hanya pada pH 4.5 ke bawah. Jumlah cili padi yang digunakan akan menentukan sama ada sos yang dihasilkan mempunyai kepedasan dalam pelbagai peringkat sama ada kurang pedas, sederhana pedas atau teramat pedas. Pengawasan yang rapi diperlukan semasa pemprosesan supaya mutu sos yang dihasilkan seragam dari masa ke masa. Bahan mentah yang digunakan untuk pemprosesan sos cili padi ialah puri cili merah (8.0%), cili padi (5.0%), air (42.38%), gula (32.0%), garam (2.5%), bawang putih (3.0%), kanji jagung terubah suai (1.9%), gam makanan (0.12%), asid asetik (1.2%) dan natrium benzoat (0.07%). Sos cili padi diproses daripada campuran cili padi dan cili merah yang matang dan tidak rosak (Sila lihat foto disebelah). Cili yang telah dipilih mesti dibersihkan, dibuang bijinya, dihiris dan isinya dijadikan puri. Bahan mentah lain seperti bawang putih dibuang kulit dan kedua-dua bahan ini dikisar. Puri cili dan bawang putih kemudian dimasak di dalam periuk berjaket sambil dikacau. Gula yang terlebih dahulu dicampurkan dengan gam makanan dan garam dimasukkan dan campuran dididihkan. Gam makanan perlu dicampurkan dengan sebahagian gula untuk memudahkan gam larut di dalam campuran bersama gula. Jika gam makanan dimasukkan terus tanpa dicampur dengan gula, ia tidak mudah larut dan terapung di permukaan campuran yang dimasak. Kanji yang telah dibancuh dengan air pula dimasukkan dan campuran dididihkan sambil dikacau. Ini diikuti dengan bancuhan asid dan bahan pengawet dan campuran dididihkan sehingga mencapai 42 °Brix. Refraktometer digunakan untuk menentukan jumlah pepejal terlarut sos. Sos kemudiannya diangkat dan dibotolkan semasa masih panas dan ditutup segera bagi memastikan keadaan separa vakum di bahagian mulut botol supaya kestabilan warna sos dapat dipanjangkan semasa penyimpanan. Carta  alir  dibawah menunjukkan kaedah pemprosesan sos cili padi. Sos cili padi mempunyai nilai pH 3.3 – 3.6, jumlah pepejal terlarut sebanyak 42 – 45 oBrix, keasidan (sebagai asid asetik) 0.85% dan kelikatan (Brookfield) 10.2 x 103 cps (spindle 5). Walau pun cara proses ini berbeza antara usahawan tetapi carta alir dibawah boleh dibuat rujukkan.



Sos cili padi dibotolkan di dalam botol kaca dengan penutup jenis logam. Penggunaan botol kaca dan penutup logam digalakkan kerana ia dapat menghalang berlaku proses pengoksidaan daripada berlaku dengan lebih cepat yang boleh menukar warna sos cili padi menjadi lebih gelap. Selain dibotolkan, sos cili padi ini juga dipek di  dalam uncang plastik. Label yang digunakan untuk sos cili padi hendaklah menarik dari segi reka bentuk, cara persembahan serta pelabelan kerana ia boleh mempengaruhi minat pengguna untuk membelinya. Di samping itu, label yang digunakan hendaklah mematuhi keperluan Peraturan Makanan 1985. Maklumat yang perlu ada pada label produk termasuklah seperti  nama produk,  Jenama produk, Bahan-bahan yang digunakan, Maklumat pemakanan, Nama, alamat dan nombor telefon syarikat pengeluar atau  pengusaha atau pengedar, Berat bersih atau berat minimum, Cara penggunaan, Kaedah penyimpanan, Tarikh akhir produk, Logo halal dan Kod palang.  Kualiti sos cili padi Sos cili padi hendaklah dimasak untuk membasmi mikroorganisma yang terdapat di dalam bahan mentah. Masa dan suhu memasak perlu dipatuhi untuk mendapatkan warna, kepekatan, mutu yang seragam dan kestabilan sos. Pemprosesan haba yang lama akan menyebabkan sos lebih gelap warnanya. Ujian mikrobiologi menunjukkan nilai Jumlah Kiraan Piring dan Kiraan Yis dan Kulat masing-masing ialah lebih dari 1.0 x 10 dan kurang dari 1.0 x 10 cfu/g. Ujian Coliform dan E. coli adalah negatif. Ini menunjukkan parameter pemprosesan yang digunakan sesuai dan cukup untuk memusnahkan patogen yang ada. Penilaian nilai rasa dibuat dari segi warna, aroma, kepedasan, kepekatan, rasa dan penerimaan keseluruhan.

Potensi sos cili padi Sos cili padi berpotensi untuk dikomersialkan seiring hasil tinggi bagi setiap pokok. Kandungan capsaisin cili yang tinggi di dalam produk akan menambahkan lagi khasiat kepada pengguna. Darjah kepedasan sos ini dapat diubah suai bergantung kepada cili padi yang digunakan. Puri tomato yang dimasukkan akan bantu menambahkan lagi nilai pemakanan sos tersebut dan membaiki darjah kelikatan sos cili padi yang sedia ada. Sos cili padi mempunyai jangka hayat selama setahun. Permintaan terhadap sos adalah tinggi dan kebanyakan isi rumah semestinya memerlukan produk ini. Pemprosesan sos cili padi dan produk-produk lain yang berasaskan cili padi seperti jeruk cili dan pes cili akan mempelbagaikan hasilan daripada cili padi dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi permintaan cili padi. Potensi komersial sos cili padi lebih tinggi jika kualiti sos yang dihasilkan sentiasa konsisten di samping permintaan sos cili padi berterusan dan meningkat. Ini penting supaya bekalan bahan mentah terutamanya cili padi sentiasa mudah diperoleh pada harga yang berpatutan. Pengusaha yang berpotensi untuk mengaplikasikan teknologi ini ialah pengusaha makanan sedia ada yang ingin mempelbagaikan dan memperluaskan hasilan produk mereka di samping para petani yang kini giat mengusahakan tanaman cili padi, di mana kos pembelian bahan mentah adalah lebih rendah dan dapat menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan yang dibeli daripada orang tengah dan di pasar. Kesimpulan Sos cili padi boleh digunakan sama seperti sos cili yang didapati di pasaran. Pelbagai jenama sos yang didapati di pasaran menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap sos. Sos cili padi berpotensi dikomersialkan memandangkan permintaan terhadap sos di pasaran semakin meningkat. Produk sos ini juga boleh dipelbagaikan berasaskan penggunaan bahan tempatan.

Pada penulis blog mendapati cili merupakan antara jenis sayuran buah yang mempunyai nilai kepentingan ekonomi yang tinggi. Pemprosesan cili yang segar akan membantu dalam mempelbagaikan lagi kegunaan dan nilai tambah kepada produk sedia ada. Sos cili padi adalah antara produk yang kini mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna. Produk ini sesuai dimakan dengan keropok, mi dan makanan lain sebagai penyedap makanan. Teknologi pemprosesan sos cili padi bermula daripada penyediaan bahan mentah, teknologi pemprosesan, pembungkusan dan juga aspek ekonomi. Sos cili padi ialah makanan asid tinggi yang mempunyai nilai pH antara 3.3 - 3.6. Pelbagai tahap kepedasan dapat diubah suai daripada penggunaan cili padi untuk mencapai tahap kepedasan yang diingini. Produk ini dibotolkan di dalam botol kaca dengan berat bersih 310 g/botol. Diharap penulisan ini menerangkan teknologi pemprosesan dan kualiti potensi sos cili padi yang dihasilkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SOS CILI PADI.... RASA PEDASNYA...
SENANG DIPROSES... BAHAN ADA...
DIBOTOLKAN... DIPASARKAN LAMA...
ENAK DIMAKAN... TAMBAH SELERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Syawal 1441H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Friday, May 29, 2020

BELI DURIAN DALAM TALIAN - HEBAT

MEMBELI BUAH DURIAN SECARA DALAM TALIAN?... Ini merupakan satu fenomena baru di Malaysia semasa musim buah durian tahun 2020 ini. Durian (Durio zibethinus) mula gugur seawal bulan Mei sehingga hujung September setiap tahun dimana ia merupakan sejenis buah bermusim. 'Raja Segala Buah' ini menceriakan lagi suasana di kalangan peminat buah tersebut sehingga ada orang yang sanggup membayar dengan harga premium bagi mendapatkannya seperti jenis Durian Musang King (D197), Durian Merah, XO, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa varieti yang popular lagi. Di Malaysia terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian dengan pengeluaran hasil sebanyak 251,910 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statustik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Negeri utama yang luas menanam durian adalah Pahang (18,293 hektar) diikuti Johor (15,620 hektar) dan Sarawak (10,431 hektar) pada tahun 2018. Bagaimana pun Johor mengeluarkan hasil durian terbesar di Malaysia pada 2018 dengan kapasiti sebanyak 51,262 metrik tan. Pemasaran durian ini lazimnya dijual secara buah segar atau diproses untuk menjadi pelbagai produk lain selain daripada durian sejukbeku (Teknologi Blastfreezer). Harga ladang dan harga runcit durian lazimnya bergantung kepada varieti, kualiti buah, lokasi jualan, kesan lambakkan durian, peringkat awal atau pertengahan musim dan juga cuaca. Bagi buah durian premium untuk pasaran eksport pula kini telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan dan swasta dengan beberapa pendekatan. Ini adalah bagi mempastikan buah durian dari Malaysia mampu mengambil peluang mengeksport durian kerana durian dari negara Thailand berjaya dieksport keseluruh dunia dan terhebat di dunia. Thaiand telah berjaya menjadikan 3 varieti durian mereka kepasaran dunia melalui kargo udara dan laluan laut dengan varieti KanYou, Chanee dan Munthong. Beberapa proses dilakukan untuk mereka mengeksport durian dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Apabila berlaku sahaja wabak pandemik Covid19 diseluruh dunia termasuk Malaysia dimana Arahan Perintah Kawalan Perserakan (PKP) telah dilaksanakan timbul kaedah menjual durian lebih berlainan iaitu melalui dalam talian (Online). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan lagi bagaimana penjualan durian dalam talian seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk rujukkan anda.

Pada masa ini kaedah membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah. Metafora katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan mel. Semua jenis kedai yang mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C). Kini mayyarakat Malaysia faham akan istilah "kedai sesawang" dimana ia juga merujuk kepada tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan. Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia. Diantara beberapa faedah membeli-belah dalam talian seperti kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan; Kuasa pembekal dimana adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital serta penggunaan internet mempertingkatkan pengkomoditian. Kaedah ini juga elakkan akan ancaman peserta baharu dimana selalunya kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu. Cara ini melibatkan kos overhead yang lebih rendah dan mengelakan ancaman pengganti produk dan perkhidmatan. Walau pun berlku persaingan antara pesaing akan tetapi kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza. Sepanjang PKP di Putrajaya penulis blog memang sangat aktif menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk membeli makanan serta minuman, alat eletronik kecil dan gadget, pakaian, perkakas dapur, ubat-ubatan dan sebagainya. Terbukiti kita tidak perlu keluar rumah hanya dengan menggunakan handphone makan barang ditempah sudah dihanar kerumah.

Akhbar Harian Metro pula dengan artikel bertajuk 'Durian Balik Pulau mulai luruh awal Mei, peniaga buka tempahan online Selasa" juga menarik untuk dibaca. Musim durian di Balik Pulau sepatutnya bermula awal Mei ini namun raja buah tersebut mula luruh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini para pengusaha kebun durian mula mengambil beberapa alternatif termasuk memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial dan aplikasi seperti WhatsApp  dan WeChat  serta Facebook bagi memasarkannya selain menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan memandangkan pergerakan yang terhad sepanjang tempoh PKP. Bagi tujuan ini seorang pemilik Dusun Durian Boa Sheng dikenali dengan nama T.S. Chang berumur 53 tahun ada berkata terdapat 20 jenis durian dihasilkan daripada kira-kira 300 pokok yang ditanam di kebunnya di Sungai Pinang. Dia menjangkakan buah tersebut mula luruh bermula awal Mei. Sepanjang lebih 30 tahun dia berniaga buah durian dakwanya ini kali pertama berlaku sebegini rupa iaitu pelaksanaan PKP dimana dia perlu ambilnya sebagai positif serta perlu teruskan usaha perniagaannya kerana buah durian akan luruh seawal Mei dan mungkin sampai Julai untuk musim kali ini. Cuma kali ini penggemar raja buah tidak boleh datang terus makan di kebunnya tapi jangan risau kerana dia menyediakan khidmat penghantaran. Buah duriannya adalah jenis organik kerana dia tidak menggunakan racun dan dia akan hantar di kedai organik yang telah dipilih iaitu Pulau Tikus dan Bayan Baru. Chang dakwa para pelanggannya hanya perlu untuk membuat tempahan menerusi laman web durian.com atau WhatsApp nombornya dan kemudian penghantaran akan dibuat di dua buah kedai tersebut untuk pelanggan datang mendapatkannya dalam keadaan segar kerana buah yang baru luruh sahaja akan terus dijual. 

Dia tidak bercadang untuk menghantar terus ke rumah pembeli kerana mahu membendung penularan wabak Covid-19 malah beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran sendiri dan bukan dengan mana-mana syarikat ternenal seperti Grabfood atau Foodpanda. Dia memang ada  menawarkan pakej bermula RM100 bagi empat jenis buah durian yang siap dikupas serta diisi dalam bekas yang turut divakum malah dimasukkan dalam kotak yang boleh tahan sejuk sehingga lebih empat jam. Dia juga menjangkakan akan berlaku kerugian pada musim durian kali ini,  kerana dia sentiasa positif dimana kesihatan dan nyawa orang ramai adalah lebih penting daripada duit hasil jualan duriannya malah perniagaan tersebut masih boleh diteruskan pada tahun hadapan. Pemilik kebun durian lain bernama K.H. Ong pula beritahu dia akan menyediakan penghantaran durian ke rumah pelanggan dengan kaedah perkhidmatan penghantaran sendiri kerana itu antara cara terbaik menjual duriannya pada musim ini. Ini kerana  ada  pelanggan atau pembeli tidak boleh datang membeli di kedainya di Balik Pulau beliau mengambil alternatif menjual sendiri menerusi dalam talian dalam aplikasi WhatsApp sebelum menghantar kepada mereka dalam keadaan telah siap dikupas serta dimasukkan dalam bekas. Dakwanya ada beberapa pelanggan telah mula hubunginya untuk bertanyakan tentang buah duriannya  dan memaklumkan dia akan jual menerusi dalam talian. Mereka sangat gembira dan teruja dan memang tidak sangka mereka mula mencari untuk membeli durian sekarang ini melalui dalam talian atau online.

Akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk 'Tempah durian anda secara dalam talian' menarik dirujuk kali ini. Dilaporkan pengusaha durian serta pemborong utama dibenarkan menjual secara dalam talian serta menghantar buah itu kepada pelanggan dengan 20 penjual telah memulakan penjualan secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Berita dari Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memperuntukkan 254 lot gerai di sembilan pasar basah di pulau itu untuk penjualan durian kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pembeli tidak dibenarkan pergi ke dusun di Balik Pulau, Teluk Bahang, Gertak Sanggul atau Batu Maung untuk membeli raja buah itu. Dakwa Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang kini terdapat lebih kurang 200 dusun durian di pulau itu serta enam pemborong utama dan mereka juga dibenarkan menjual secara dalam talian serta menghantar buah itu kepada pelanggan dengan 20 penjual telah memulakan penjualan secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Digalakkan mereka boleh mengemukakan permohonan menjalankan perniagaan di gerai pasar dengan MBPP iaitu ia adalah inisiatif Perniagaan dari Dusun (BFF) dan mereka akan dibenarkan memasarkan buah itu di pasar dengan waktu operasi mengikut waktu yang ditetapkan semasa PKP. Sewa bagi setiap gerai ialah RM7 sehari atau RM200 sebulan untuk bayaran kutipan sampah, bil elektrik dan air. Pendaftaran untuk menyewa gerai di pasar bermula hari ini dari jam 12 tengah hari hingga 12 malam pada 28 April dan sekiranya MBPP menerima lebih 254 permohonan dimana undian akan dijalankan.

Seorang pekebun iaitu pemilik Karuna Hill bernama Carl Michael Valenti mendakwa dimana beliau tidak merancang untuk menjual duriannya secara dalam talian kerana dia perlu menguruskan proses penghantaran buah itu dari dusun kepada pembeli. Dia yang mempunyai lebih 200 pokok durian dakwa biasanya pada musim durian dia akan memperoleh sekitar 8,000 biji durian dan ia akan diserahkan kepada pemborong di sini untuk dia mengedarkan kepada penjual (Sila lihat foto disebelah). Musim durian di Balik Pulau biasanya bermula pada Mei untuk tempoh sekitar tiga bulan dan kes berlaku dimana memandangkan pelaksanaan PKP maka penjual terpaksa mencari alternatif lain untuk memasarkan hasil mereka termasuk menjualnya didalam talian. Walau pun menjual durian secara dalam talian sudah popular di lakukan oleh beberapa syarikat di Lembah Kelang akan tetapi bagi Pulau Pinang ianya masih kurang popular. Bagaimana pun akibat PKP memang agak sukar menjual secara biasa ditepi jalan kerana orang ramai tidak boleh keluar rumah sepeti keadaan biasa. Kaedah menjual durian secara dalam talian ini boleh dilakukan sama ada durian 'whole fruit' atau pun isi durian sahaja didalam bekas plastik. Didapati pengguna lebih membeli isi durian sahaja dan tidak mahu bersama kulit durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
MUSIM DURIAN... KINI DAH TIBA..
WABAK COVID19... PKP LAKSANA..
SUSAH MENJUAL...CARA BIASA...
DALAM TALIAN... BOLEH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 Syawal 1441H).

Thursday, May 28, 2020

STATUS TENTANG KOPI DI MALAYSIA

TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan satu aktiviti penanaman yang semakin kurang dilaksanakan di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog mendapati penanaman kopi dunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan negara Brazil yang merupakan salah sebuah negara pengeluar kopr terbesar dunia dengan kawasan seluas 2.15 juta ha (19%) diikuti oleh Negara Vietnam (1.057 juta hektar) dan Colombia 0.88 juta ha. Di Malaysia dilaporkan dimana pengeluaran kopi mentah adalah rendah iaitu kurang 3% dari keperluan domestik dimana angka tersebut adalah untuk hanya untuk tujuan keperluan koli lokal. Ini bermakna negara mengimport sebanyak 97% biji kopi mentah iaitu bersamaan dengan 97,500 - 100,000 mt setiap tahun dari Indonesia (48%) dan Vietnam (26%). Jenis Kopi Arabica berasal dipercayai sejenis kopi premium berasal dari kawasan pergunungan di Yaman dan kawasan tanah tinggi Barat Daya Ethiopia. Kopi Robusta pula dipercayai berasal dari bahagian tengah dan barat sub-Sahara Afrika. Manakala kopi Liberica pula adalah berasal dari Afrika barat dan tengah dari Liberia ke Uganda dan Angola. Penulis blog yang telah menlis beratus-ratus artikel mengenai kopi mendapati dimana 70% penanaman kopi dunia adalah dari jenis Kopi Arabica diikuti Kopi Robusta sebanyak 28% dan kopi Liberica (2%). Di Malaysia pula dari pemantauan penilis blog semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia mendapati hanya kopi Robusta (75%) dan Liberica (15%) diusahakan di Sabah dan selebihnya di Negeri Johor. Penulis blog merujuk kajian oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati terdapat perbezaan kandungan kafein pada jenis-jenis kopi dipasaran dimana makluumat dinyatakan bagi Kopi Robusta ia mengandungi kafien sekitar 2.26 g/100 gram, bagi Kopi Arabica sekitar 1.61 g/100 gram dan bagi Kopi  Liberica ia mengandungi kafien sekitar 1.23 g/100 gram. Seterusnya dari hasil satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di USA ada mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari akan hidup lebih lama berbanding orang yang tidak meminum kopi. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok. Artikel tengahari ini pada Hari Rata Aidilfitri ke 2 tahun 2020 sempena duduk rumah akibat Covid19 didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai status industri kopi yang perlu anda tahu berdasarkan kepada buku SPBT Jabatan Pertanian untuk rujukkan anda semua.

Industri penanaman kopi di Malaysia kini memang sangat kecil berbanding dengan penggunaannya dan keperluan untuk pasaran eksport. Malaysia memang antara negara yang terhebat didalam mengeluarkan prosuk minuman 3-in-one termasuk paket kopi untuk pasaran domestik dan eksport. Kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiern) dan Kopi Robusta (Coffea canephora Pierre ex Froehner) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1870an. Kedua-dua kopi tersebut sesuai ditanam di Malaysia dengan daya pengeluaran selama 25-30 tahun. Kopi Liberica menjadi pilihan kerana hasilnya lebih tinggi, penyelenggaran lebih mudah, kurang masalah serangan perosak serta harga pasaran yang lebih baik. Bagaimana pun kopi robusta hanya meluas ditanam di Sabah tetapi tidak di Semenanjung kerana beberapa masaalah penurusan dan penyakit. Pokok kopi Robusta adalah tumbuhan jenis renek dimana pokok kopi ini tumbuh seperti belukar. Pokok jenis ini mempunyai beberapa batang. Walaupun pokok kopi boleh mempunyai sama ada satu batang ia juga cenderung untuk mempunyai lebih. Selain itu diantara ciri-ciri batangnya adalah berbeza di kalangan pelbagai spesies kopi. Pokok kopi Arabica (Coffea arabica) pula berbatang tegak dengan dahan berpasangan dan dahan yang lebih rendah cenderung untuk terasa berat ke bawah. Buah muda berwarna hijau, masak berwarna merah. Mengandung 2 butir biji, mempunyai permukaan yang datar (perut) dan bidang yang cembung. Ia terdiri dari daging buah dan biji. Daging buah terdiri atas 3 bahagian lapisan kulit luar (eksokarp), lapisan daging (mesokarp), dan lapisan kulit tanduk (endokarp) yang tipis tetapi keras (Sila lihat rajah diatas). Buah kopi umumnya mengandung 2 butir biji, tetapi kadang kadang hanya mengandung satu butir saja. Biji kopi ini disebut biji kopi lanang atau kopi jantan atau kopi bulat. 

Pokok kopi umumnya merupakan sejenis tanaman saka yang boleh hidup melebihi 25 tahun dengan kaedah penjagaan yang baik. Pokok kopi biasanya boleh tumbuh menegak dengan paras ketinggian sehingga ia boleh mencapai 6 - 15meter. Bagaimana pun bagi tujuan penanaman dan memudahkan pengurusan agronomi biasanya pokok kopi dibuat cantasan untuk jadikan ketinggian pokok sekitar setinggi 180 - 185 cm. Biasanya tanaman kopi yang dijaga baik akan berbunga selepas 30 bulan ditanam dan mula buah selepas 8 -13 bulan selepas berbunga. Antara faktur pembungaan bagi tanaman kopi berbeza mengikut jenis kopi dimana bagi kopi Arabica dan Robusta ia memerlukan suhu kering dan sejuk yang lama untuk membolehkan kopi berbunga dengan baik dan serentak. Selalunya pada peringkat vegetatif maka pokok kopi akan membesar secara menegak  atau secara Ortotropik dan mendatar atau pun secara Pplagiotropik. Daun kopi adalah berbentuk eliptik dan tumbuh berpasangan berlingkaran mengelilingi batang.dan ia mempunyai jenis cabang dann ranting-rantingnya pula akan tersusun berdampingan pada ketiak dahan (Sila lihat foto disebelah). Panjang daun kopi yang matang berukuran diantara 10 - 16cm dan lebar cm 15-30 cm dengan selalunya mempunyai 7-10 pasang urat. Dalam pada ada kelainan pada daun matang jenis Liberica yang selalunya berwarna hijau tua dan lebih tebal.

Penulis blog mendapati dimana jenis kopi yang banyak ditanam di negara ini ialah jenis Liberica dimana ia jadi asas kepada permintaan kopi di Malaysia yang tinggi masa kini pula adalah daripada jenis Arabica dan jenis Robusta. Program penanaman kopi terus dipinggirkan oleh petani disebabkan pelbagai faktor antaranya tiada insentif kepada penanam kopi sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10. Faktur harga biji kopi yang tidak menentu juga serta jumlah penghasilan kopi yang rendah menyebabkan industri penanaman dan penghasilan biji kopi di Malaysia terus merudum. Kes-kes serangan musuh perosak serta masalah tenaga kerja terutama untuk memetik kopi berterusan. Memang telah lama Malaysia menjadi sebuah negara pengimport biji kopi mentah dimana semanjak tahun 2016 ada pertukaran polisi kerajaan dalam kawalan import kopi telah diliberalisasikan dan perkara ini mengakibatkan peningkatan import, eksport kopi dan produk berasaskan kopi. Harga kopi di pasaran tempatan juga telah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman seperti gred kopi, kaedah pemprosesan dan margin pemasaran. Manakala faktor luaran ialah seperti status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa. Pengubahsuaian Bajet 2016 memaklumkan bahawa kebenaran mengimport biji kopi mentah telah diliberalisasikan berkuat kuasa serta-merta. Hal ini lebih memudahkan proses mengimport biji kopi mentah apabila syarikat tidak perlu mendapatkan kelulusan kuota import. Tanaman kopi telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada komoditi pertanian yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam RMK-11 (2016-2020). Kini permintaan kopi yang tinggi, pengeluaran kopi negara perlu ditingkatkan lagi untuk menampung permintaan itu. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tempoh RMK seterusnya bagi tujuan untuk memperkasakan lagi industri kopi negara.

Umumnya penulis blog dapati walaupun industri kopi Malaysia secara relatifnya sangat kecil dan pengeluaran kopi tidak dapat menampung permintaan kopi yang terus meningkat. Terdapat kesan daripada kadar peningkatan jumlah penduduk dan juga permintaan pengguna yang mana ia dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup minum secawan kopi (Sila lihat foto disebelah). Kajian menunjukkan dimana ada didakwa bahawa permintaan kopi yang tinggi bukan sahaja daripada negara-negara maju akan tetapi di negara membangun dan mundur. Malaysia juga mempunyai tahap kadar permintaan yang tinggi terhadap kopi. Perkara ini berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengimport kopi dan bukanlah negara pengeksport yang terbesar. Malaysia berada di kedudukan ke-60 dunia dengan hanya mampu untuk menyumbang 0.16% daripada pengeluaran kopi dunia. Pengeluaran tempatan yang rendah juga disebabkan oleh kawasan penanaman yang terhad dan mutu buah kopi yang berbeza telah mendorong Malaysia untuk mengimport kopi. Berlaku juga perubahan harga kopi ditentukan oleh teori permintaan dan penawaran. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih seperti cuaca yang buruk, pendapatan jatuh, kenaikan harga gula, serta ada berkurangnya aktiviti penanaman kopi itu sendiri. Apa pun penulis blog setuju kenyataan terdapat dua penentu iaitu penawaran adalah jangkaan penjual dan bilangan penjual. Pertumbuhan kopi dipengaruhi oleh suhu, kelembapan, kerosakan oleh serangga kecil dan cuaca. Begitu juga tahap permintaan kopi yang terus meningkat di peringkat domestik dan antarabangsa telah mendorong kepada perkembangan industri pemprosesan dan kemunculan kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam produk kopi. Kini produk kopi pra campuran dan produk nilai tambah berasaskan kopi. Didapati jumlah permintaan dan penawaran juga turut dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu apabila terdapat kenaikan harga kopi maka permintaan kopi akan terus berkurangan namun hal ini tidak mempengaruhi permintaan kepada sesetengah penggemar kopi yang setia. Semuga kerajaan terus menggalakkan penanaman kopi di Malaysia dan mengurangkan kebergantungan import sangat tinggi dimasa akan datang. Artikel ini diharap mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOPI... BERKURANG LUASNYA...
IMPORT KOPI... BERJUTA-JUTA BIJINYA...
KOPI DI GUNA... TERBANYAK ROBUSTA...
KERAP MINUM KOPI.. LANJUT USIA KITA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(2 Syawal 1441Hijrah.
Selamat HAri Ray Aidilfitri...

Wednesday, May 27, 2020

CILI L5 - HASIL KAJIAN MARDI

VARIETI CILI L5 hasil kajian MARDI merupakan salah satu varieti cili yang penulis blog dapati belum lagi popular dikalangan petani di Malaysia kerana tiada maklumat khusus mengenai varieti cili yang ditanam. Menurut laporan Bulletin MARDI Bilangan 10 (2016) : 143 -149 banyak memberikan hasil kajian cili L5  tersebut cili ini berjaya dihasilkan pada tahun 2016 (Sila lihat foto diatas). Pembangunan varieti cili L5 dapat membuka peluang kepada fsktur peningkatan pengeluaran dan penanaman cili tempatan di samping mengurangkan kebergantungan import daripada negara pengeluar cili berkos rendah seperti Thailand dan China. Kadar eksport juga dapat ditingkatkan ekoran pertambahan jumlah pengeluaran berikutan pengeluaran hasil cili L5 yang tinggi dan setara dengan sebahagian cili hibrid. Ini dapat memberi lebih pilihan biji benih berkualiti kepada petani. Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan kos import biji benih hibrid di samping mengurangkan kos pengeluaran tanaman cili. Pada masa yang sama dapat membuka peluang kepada peningkatan pengeluaran produk pertanian berasaskan cili seperti sos, pes, puri dan produk-produk farmaseutikal yang kian berkembang pesat. Semoga dengan adanya varieti cili baharu ini juga dapat meletakkan revolusi pertanian negara untuk maju setapak lagi sekali gus membawa banyak kelebihan dan juga impak ekonomi yang positif bukan sahaja kepada para petani malah kepada negara. Tambahan lagi, pewujudan varieti cili L5 diharap boleh dimanfaatkan oleh pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkan selain jaminan mutunya. Saya ada menulis berpuloh artikel mengenai cili dalam blog ini dan menjadi rujukan banyak pihak. Bagaimana pun didalam blog teknologi pertanian iaitu "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan hasil kajian oleh MARDI bagaimana mereka membangunkan varieti baru cili L5 untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Pada saya di Malaysia tanaman Cili (Capsicum spp.) terutamanya cili besar (Capsicum annum) merupakan komoditi yang sangat penting dan mempunyai nilai ekonomi yang baik. Permintaan terhadap komoditi ini meningkat setiap tahun dengan anggaran pertumbuhan tahunan sebanyak 7.8% (anggaran pada tahun 2009 - 2013). Peningkatan ini bagaimana pun tidak selari dengan permintaan semasa kerana hampir 50% keperluan cili negara masih tidak dapat ditampung oleh industri tempatan. Pada tahun 2013 pula dilaporkan dimana Malaysia telah membelanjakan sejumlah wang yang besar iaitu sebanyak RM136.16 juta untuk mengimport 36,324 tan metrik cili dari Thailand dan China. DI Malaysia apa yang saya rujuk mendapati pada tahun 2018 terdapat seluas 3,195 hektar tanaman cili besar dengan pengeluaran sebanyak 33,755 metrik tan dan seluas 857 hektar dengan pengeluaran sebanyak 1,940 metrik tan cili padi (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Pada masa yang sama kekurangan varieti atau benih cili yang berkualiti menjadikan industri terpaksa bergantung kepada biji benih import (benih hibrid) yang jauh lebih mahal berbanding dengan benih biasa. Faktor ini menjadi punca utama mengapa produktiviti cili tempatan tidak berkembang maju. Tanaman daripada benih yang tidak berkualiti biasanya menghasilkan pokok yang lambat matang, berhasil rendah iaitu kurang dari 1.5 kg/pokok, rentan kepada jangkitan penyakit dan virus serta penghasilan buah yang tidak seragam. Keadaan ini boleh membantutkan sektor perusahaan cili tempatan sekali gus tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan cili tempatan. 

Setelah menjalani lebih 20 tahun dalam aktiviti penyelidikan pembangunan varieti tanaman cili dilaporkan pihak MARDI berjaya menghasilkan varieti cili baharu yang berhasil tinggi melalui kaedah pembaikbakaan. Penghasilan varieti cili baharu yang dikenali sebagai cili L5 telah membawa banyak kelebihan dan juga impak ekonomi yang positif bukan sahaja kepada pengusaha tanaman cili malahan kepada pembangunan industri cili tempatan. Ini kerana peningkatan dalam pengeluaran hasil akan membuatkan harga cili lebih stabil dan ini menjadikan cili tempatan lebih berdaya maju untuk menandingi cili yang diimport yang harganya jauh lebih murah. Dengan adanya peningkatan dalam pengeluaran cili tempatan, pengimportan cili juga akan dapat dikurangkan. Peningkatan permintaan terhadap cili dan produk berasaskan cili menjadikan komoditi ini telah diberi keutamaan oleh MARDI dalam menjalankan penyelidikan. Ianya selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011- 2020) iaitu mengurangkan import di samping meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran negara. Program pembangunan varieti cili di MARDI bermula sejak tahun 1986 yang bermula dengan pengumpulan bahan genetik cili tempatan dan luar negara. Penyelidikan adalah tertumpu kepada program pembaikbakaan bagi menghasilkan varieti baharu yang unggul dari segi hasil, mempunyai daya ketahanan penyakit yang baik dan menepati cita rasa pengguna. Oleh itu, kaedah penghibridan (kacukan) telah dijalankan antara induk terpilih iaitu Ch 234-14 (MC11 yang telah diisytihar pada tahun 1995) dan Ch 231 (varieti berasal dari Thailand yang rintang terhadap penyakit antraknos) yang telah menghasilkan beberapa titisan yang berpotensi. Melalui kaedah Pemilihan Biji Tunggal (SSD), genotip yang berpotensi telah dikekalkan manakala yang tidak berpotensi dihapuskan. Hasilnya dua titisan telah dipilih iaitu titisan L4 dan L5. Seterusnya titisan L4 dan L5 diuji sehingga peringkat ujian varifikasi tempatan dan titisan L5 telah menunjukkan prestasi yang lebih baik di samping ciri-ciri yang unggul iaitu berhasil tinggi (kurang dari 2.0 kg/pokok), kadar kerintangan yang agak baik terhadap antraknos (kurang dari 5% insiden) serta mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kegunaan segar dan proses. Kajian mendapati dimana titisan L5 boleh memberi hasil sehingga 30 metrik tan sehaktar

Kemudian dinyatakan ciri-ciri dan potensi cili L5 Varieti cili baharu L5 dibangunkan melalui kaedah Pemilihan Biji Tunggal (SSD) hasil kacukan antara dua induk terpilih iaitu Ch 234-14 dan Ch 231. Berdasarkan morfologi bunga dan buah yang berwarna hijau sebelum matang dan merah selepas matang (Sila lihat foto paling atas). Saiz buah yang besar berbanding dengan varieti sedia ada Gambar 1. Rupa bentuk pokok yang sederhana tinggi dan berbentuk tegak sesuai ditanam untuk kepadatan tinggi L5 dan buah, L5 tergolong dalam spesies Capsicum annum. Cili L5 mempunyai saiz pokok yang sederhana iaitu kurang 100 cm tinggi dengan lebar kanopi lebih kurang 90 cm bagi pokok yang matang sepenuhnya. Rupa bentuk pokok yang tegak menjadikan cili L5 sesuai ditanam dengan kepadatan tinggi (Sila lihat foto pada para 2). Pokok cili L5 menunjukkan ciri berbuah lebat dan penghasilan buah serentak di samping tangkai buah yang mudah ditanggalkan menjadikan cili L5 sesuai untuk tanaman berskala besar. Warna buah adalah hijau sebelum matang dan merah selepas matang. Berat buah cili L5 adalah lebih 16.0 gram dengan panjang melebihi 13 cm dan diameter melebihi 2.0 cm (Sila lihat foto para 3). Varieti cili L5 juga mempunyai warna dan sifat pengekalan warna yang baik, sederhana pedas dan rasanya yang unik dan sedap menjadikan ia sesuai untuk diproses. Penjelasan terperinci mengenai cili L5 berbanding dengan cili tempatan adalah seperti dalam Jadual 2 diatas untuk dibuat analisa.  Selain itu didakwa dimana Cili L5 menunjukkan adaptasi yang meluas dan bergantung kepada jenis tanah dan juga persekitaran dilaporkan penghasilan cili L5 adalah sekitar 1,344 - 1,893 (gram/pokok) semusim yang berakhir 5 - 7 bulan bawah keadaan kawalan yang biasa. Kini dengan penjagaan yang sempurna maka satu pusingan tanaman Cili L5 boleh berlanjutan hingga setahun. Sifat berbuah lebat dan serentak serta mudah tanggal menjadikan cili L5 sesuai untuk tanaman berskala besar. Semuga mereka yang berminat untuk menanam Cili L5 boleh menghubungi MARDI berhampiran untuk mendapatkan biji benih. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI CLILI BARU... CILI L5 NAMANYA...
BARU DILANCAR... NAMA KOMERSIL APA...
HASIL CILI... 30 METRIK TAN HEBATNYA...
CARI BENIH... KE MARDI BERTSANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Syawal 1441H).
SELAMAT HARI RAYA...

Tuesday, May 26, 2020

TANAM TERUNG FERTIGASI

MENANAM TERUNG SECARA FERTIGASI merupakan satu teknologi yang sesuai dilakukan oleh petani yang ada ilmu pengetahuan, modal mencukupi dan sistem fertigasi sesuai. Di Malaysia amalan menanam beberapa jenis sayuran jenis buah seperti terung, cili, timun, petola, peria, labu air dan beberapa lagi telah mula bertukar kepada sistem fertigasi. Pemilihan sistem tanaman fertigasi ini boleh juga dilakukan sama ada menanam Sistem Fertigasi Atas Tanah atau pun Sistem Fertigasi Gantung. Tanaman Terung (Solanum melongena) adalah sejenis sayuran buah daripada keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Tumbuhan yang tumbuh menegak ini mampu mencecah ketinggian sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) dengan lazimnya mempunyai ciri daunnya besar, ada lobus yang kasar yang ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 -10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah terung berisi mengikut varieti dimana terung panjang lazimnya mempunyai diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar dan dilaporkan bersaiz lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam (cultivated selected variety). Pokokk terung yang ditanam terus diatas tanah atau diatas batas sering diganggu dengan pelbagai masaalah seperti serangan penyakit dan perosak dan masaalah pengurusan tanah. Serangan tering seperti Layu Bakteria mudah menjangkinii daripada tanah itu sendiri (soil borne disease) dimana ianya akan dapat dielakkan jika petani menanam terung melalui sistem fertigasi. Walau pun ada dakwaan menanam terung secara fertigasi memerlukan kos agak tinggi pada permulaan penanaman tetapi dengan jaminan penghasilan dan risiko penyakit ianya masih menguntungkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulsi mengenai teknologi penanaman terung secara fertigasi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda smeua.


Penulis blog yang sering membuat tinjauan di kebun sayur yang menanam terung secara fertigasi amat teliti dengan amalan agronomi yang dilakukan mereka. Ini kerana teknologi penanaman cili, tomato dan buah rockmelon secara fertigasi terbukti berkesan didalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman sehingga 2 - 3 kali ganda berbanding dengan kaedah penanaman secara konvensional. Tinjauan penulis blog mendapati dimana penanaman terung secara fertigasi dapat meningkatkan prestasi tanaman dan hasil buah. Apa pun dilaporkan dimana kaedah penanaman yang mudah serta kos pembajaan yang murah berbanding tanaman cili dan rockmelon fertigasi dapat menjadikan terung fertigasi pilihan utama pengusaha fertigasi. Daripada tinjauan di Kuantan, Pahang petani mendakwa dimana purata hasil terung fertigasi mampu mencapai 4 kg sepokok dengan formulasi pembajaan yang tepat. Jangka hayat fertigasi bagi terung adalah sehingga 6 bulan kamanya. Apa yang dilihat lazimnya peringkat 3 bulan pertama adalah dalam tempoh pertumbuhan vegatatif dan 3 bulan terakhir adalah tempoh penuaian hasil. Tuaian pertama bagi tanaman terung dengan sistem fertigasi (atas tanah atau gantung) adalah sekitar 75 hari berbanding 90 hari untuk cara tanaman terung secara konvensional. Tempoh tuaian yang singkat ini dapat mempercepatkan masa jualan hasil tanaman. Apa pun semua ini bergantung kepada amalan agronomi yang dilakukan termasuk bagaimana teknik agihan air baja yang diberikan dan juga kawalan perosak serta penyakit dan varieti yang ditanam.


Penulis blog dapati teknologi penanaman terung secara fertigasi ini kini semakin diminati ramai pengusaha fertigasi kerana dilaporkan hasil tanaman terung kurang menghadapi masalah penyakit dan juga serangga perosak. Sehingga kini dilihat serangga perosak utama tanaman terung di Malaysia adalah ulat pengorek buah, ulat pengorek batang dan kutu thrips. Pengusaha fertigasi terung tidak lagi perlu memberikan tumpuan yang rapi terhadap tanaman terung ini. Sebenarnya berbanding tanaman cili fertigasi yang memerlukan tumpuan sepenuh masa dan komitmen yang tinggi daripada pengusaha. Justeru itu kini ramai pengusaha menanam terung fertigasi secara separuh masa iaitu dengan menjadikan penanaman terung sebagai salah satu lagi sumber pendapatan sampingan yang baik. Daripada beberapa tinjauan penulis blog mendapati kini harga ladang hasil terung pula adalah purata sekitar RM2.50 - RM4.50 sekilogram dan daripada analisa dilakukan penulis blog bersama pengusaha tanaman terung fertigasi didapati harga jualan terung fertigasi adalah RM10 sepokok. Kaedah kiraan ini berdasarkan kepada formula purata tuaian sebanyak 4 kilogram hasil sepokok mampu dijual menjadi pulangan sebanyak RM10 sepokok. Cuba kira jika petani tersebut menanam sebanyak 1,000 polibeg terung dimana diaanggarkan memberi pendapatan sehingga RM10,000 semusim dan jika di kira pendapatan bulanan mampu mencapai sebanyak RM1,300 sebulan. Itu jumlah yang agak baik sebagai pendapatan sampinagn. Penulis blog percaya dimana teknik penanaman terung secara fertigasi dapat menjadi satu pilihan utama pengusaha fertigasi di Malaysia. Kaedah ini juga dapat memberikam pulangan hasil yang tinggi berbanding kaedah konvensional.


Dalam akhbar Harian Metro bertajuk ''Tanaman terung mudah dijaga" sesuai dijadikan bahan rujukkan. Berita daripada Beruas, Perak menyatakan dimana seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih terung sebagai komponen utama dengan menyertai Fertigasi Rakyat di bawah pengurusan Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah di Pusat Pertanian Gelong Gajah, Beruas. Beliau adalah Mohd Azam Junus berumur 37 tahun yang bermula menceburi dunia pertanian sejak 2013 selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan keselamatan (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang juga merupakan anak kelahiran dsari Jengka, Pahang, sebelum ini memilih tanaman cili kulai sebelum beralih sepenuhnya kepada terung kerana penjagaan tanaman itu lebih mudah dan tidak memerlukan air yang banyak. Selain itu teknik pengurusan racun juga lebih mudah berbanding tanaman lain dan pokok juga tahan lasak dengan mengambil masa dalam tempoh tiga hingga empat bulan untuk mengeluarkan hasil selepas proses semaian dilakukan. Tanaman terung sesuai ditanam di tanah jenis gambut dimana diusahakan dikawasan seluas 0.8 hektar di dua tapak berlainan di lokasi sama. Dia menggunakan kaedah tanaman berbeza iaitu secara fertigasi yang mempunyai 2,450 pokok dan ditanam di batas tanah sebanyak 1,500 pokok. Terung yang ditanam secara fertigasi agak sukar pengurusan tanamannya kerana ia memerlukan penjagaan baja yang mencukupi dengan membabitkan kos tinggi berbanding ditanam di batas tanah. Dakwanya kaedah fertigasi terung perlu dibaja mengikut formula dengan penjagaan yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik dan semua terung ditanam adalah jenis nyonya yang bentuknya panjang. Sepokok mampu mengeluarkan hasil hampir 5 kg dan sebulan kebunnya mengeluarkan hasil sekitar 2,800kg. Harga jualan pernah mencecah sehingga maksima RM4 sekilogram pada harga ladang. Paling rendah dijual pada harga RM2.50 sekilogram dan jenis ini juga mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana terung nyonya lebih sedap dan manis serta paling sesuai dimasak pajeri. Kini dia mendakwa boleh hidup selesa tanpa perlu membanting tulang di kebun dengan pendapatan tetap sebagai penjawat awam selama 13 tahun. Kini dengan dia memilih pertanian sebagai punca pendapatan biarpun bidang itu mempunyai risikonya tersendiri. Dia mengikuti kursus  peralihan iaitu kursus wajib diikuti anggota yang mahu menamatkan perkhidmatan. Dakwanya lagi jika minat itu disertai dengan ‘jiwa’ dan usaha pasti ia akan membuahkan hasil biarpun pada awalnya kita akan jatuh dahulu sama seperti yang dilalui ketika di awal pembabitan dalam bidang ini apabila pernah tidak mendapat keuntungan. Bantuan serta sokongan yang diberikan Jabatan Pertanian selain keluarga dan pengalaman lalu saya bangkit semula dengan tanaman terung dia mampu memperoleh pendapatan kasar kira-kira RM5,000 - RM10,000 sebulan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 MENANAM TERUNG...CARA FERTIGASI...
DIATAS TANAH.. DIGANTUNG MACAM CILI...
MUDAH DIJAGA.. AIR BAJA SELALU DIBERI...
HASIL LUMAYAN... RM10,000 AGAK PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(2 Syawal 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...