mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, September 30, 2020

JUS NANAS DENGAN TOMATO

MINUMAN JUS NANAS DENGAN TOMATO amat jarang kita dengar dan membuatnya sendiri dirumah. Penulis blog sempat merujuk beberapa artikel mengenai pembuatan dan kajian untuk menghasilkan minuman jus nanas campuran tomato sebagai salah satu formulasi terbaik dipilih melalui uijan sensori. Berdasarkan kepada beberapa ciri fizikal dan ciri kimia, komposisi proksimat dan jangkahayat simpanan jus tersebut. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 formulasi bagi melihat akan kelainan dan ujirasa yang akan dijalankan. Apa pun kajian mendapati dimana hanya 4 formulasi terbaik dapat dipilih melalui penilaian sensori ujian. Ujian sensori yang dijalankan ini mempunyai sebanyak 7 skala dimana kaedah tersebut adalah Skala 7 sebagai kombinasi terbaik dan skala 1 paling kurang baik. Formulasi 5 yang mana ia mengandungi 35% puri nanas bersama dengan 10% puri tomato didapati menghasilkan keputusan jus dengan campuran sebanyak 49.76% air dipilih sebagai formulasi terbaik dengan skor palng tinggi. Kombinasi ini diukur dengan faktor seperti tahap kemanisan, kemasaman, keseimbangan rasa manis-masam, rasa selepas minum dan penerimaan keseluruhan pemeriksa semasa ujirasa. Dalam pada itu dari segi ujian makmal dilaporkan dimana Formulasi 5 mengandungi sebanyak 89.67% tahap kelembapan, Abu (ashes) sebanyak 0.31% abu, Serat 0.67, Protin 0.21%, Karbohiderat 9.14% manakala kandungan lemak tidak dapat dikesan dalam kajian ini. Formulasi 5 juga didapati memang mempunyai nilai pH 3.51 dengan tahap kemannisan sekitar 12.5 °briks, kandungan asid nitar sekitar 0.590% dan juga kandungan Vitamin C sebanyak 6.55 mg/100 g. Kajian mutu simpanan meliputi analisis fizikokimia dimana dilakukan ujian mikrobiologi dan penilaian sensori (ujian perbandingan berganda) yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu dingin (4 °C). Analisis fizikokimia menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam menentukan kualiti jus tersebut. Artikel subuuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kajian terhadap pembuatan jus nanas dengan tomato untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog memang tahu ramai kalangan peminat buah nanas (Ananas comosus) memakannya sebagai buah segar akan tetapi sebenarnya ia baik juga diminum sebagai jus. Ia sesuai dicampurkan dengan pelbagai buah atau pun bahan lain seperti karot, timun, limau, kurma, pisang, peria dan sebagainya. Kajian penghasilan minuman jus nanas (Ananas comosus) campuran tomato (Solanum lycopersicum) dilaporkan amat bersesuaian dan menyahut kehendak pengguna. Jus buah-buahan telah pun dikategorikan sebagai produk makanan sihat dimana pada masa ini sebahagian besar masyarakat dunia dilaporkan kerap mengambil jus buah-buahan yang berkhasiat ini sebagai satu amalan. Didakwa dimana jus buah-buahan tidak mengandungi sebarang bahan alergen tenusu seperti laktosa yang mungkin menghadkan pengambilannya oleh sesetengah masyarakat. Ramai pengguna selalunya tidak dapat membezakan antara minuman jus buah dengan minuman berperisa buah (Lee, 2000). Dalam kajian ini ada dilaporkan minuman jus nanas campuran tomato yang telah dihasilkan merupakan satu produk baru yang baik untuk kesihatan. Produk berasaskan nanas mula dibangunkan untuk mempelbagaikan produk nanas yang ada di pasaran Malaysia memandangkan nanas begitu senang didapati dalam negara kita (Hasimah et at., 2002). Terkini ada permintaan terhadap jus nanas sebagai minuman semakin meningkat (Anon, 2004). Terdapat keunikan kepada rasa manis dan masam nanas yang membolehkannya bergabung baik dengan pelbagai jenis rasa makanan yang lain dan ini menyebabkannya begitu popular. 

Dalam berbagai-bagai jenis buah-buahan di Malaysia, tomato dipilih untuk dicampur dengan nanas sebagai minuman jus. Idea ini diperoleh melalui pemerhatian bahawa rakyat Malaysia kurang menerima tomato sebagai minuman jus. Tomato merupakan sayuran jenis buah yang boleh didapati di seluruh pelosok dunia. Penggunaan tomato didapati lebih kepada penyediaan masakan, salad atau diproses menjadi sos tomato clan pun tomato. Buah nanas boleh dikatakan berperanan sebagai pendorong kepada jus tomato yang ada dihasilkan. Campuran nanas dan tomato dalam jus juga merupakan satu altematif untuk mempertingkatkan pada keseluruhan rasa jus campuran di samping mengurangkan rasa dan aroma tomato yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah masyarakat. Kombinasi nanas dan tomato dalam jus akan menghasilkan minuman jus yang seimbang kandungan khasiatnya. Menurut Thakur dan Das Gupta (2006) buah tomato mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai jus kerana mempunyai warna yang menarik serta kaya dengan vitamin dan garam mineral. Apa pun dilaporkan jus tomato yang dipasarkan biasanya hanya mengandungi kandungan garam dan bahan aditif lain yang tinggi yang mungkin mendorong kepada berlakunya alergi pada manusia (Pamplona-Roger, 2001). Kini permintaan terhadap jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan yang mengandungi pewama semulajadi didapati semakin mendapat sambutan oleh pengguna. Ini kerana kebanyakan jus yang dipasarkan merupakan jus campuran dua atau lebih jenis buah-buahan.

Biasanya tujuan utama campuran jus yang dihasilkan adalah untuk mengimbangkan kandungan pepejal terlarut, keasidan, kestabilan, aroma dan rasa yang kurang disukai oleh pengguna seperti pahit dalam 'single strength juice'. Pada masa yang sama ujud beberapa ciri-dri yang positif dalam jus seperti wama, aroma, kelikatan dan komposisi nutrien yang unik boleh dipertingkat dan ditonjolkan lagi. Selain dari itu campuran jus turut membantu mengatasi masalah kelebihan atau kekurangan buahbuahan terutama buah-buahan jenis bermusim. Perkara ini turut merendahkan kos penghasilan jus yang melibatkan buah-buahan eksotik. Diantara beberapa kebaikan produk buah-buahan dan sayur-sayuran dan segi pemakanan ialah makanan ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan juga fiber tetapi berkalori rendah dan berlemak rendah (Hasimah et al., 2002). Justeru itu program pembangunan produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran akan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet secara tidak langsung. Kajian dilakukan mendapati pengambilan sayur-sayuran clan buah-buahan oleh kanak-kanak Malaysia dikatakan masih rendah. Menurut kajian oleh Sinki dan Buco (1994), produk minuman meliputi minuman beralkohol, minuman ringan dan minuman jus dan menyatakan corak pengambilan produk minuman sentiasa meningkat disebabkan kemunculan produk minuman yang semakin inovatif dan kompetatif di pasaran. 

Produk minuman yang hendak berjaya dalam pasaran hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti mudah didapati (convenient), berkhasiat, 'multiplease' dan 'Functional'. Pengguna lebih suka membeli minuman buah-buahan yang mudah didapati dan senang dikendalikan disebabkan kerana kehidupan sekarang telah menjadi lebih sibuk dan rancak. Masyarakat dunia dan di Malaysia jarang mempunyai masa terluang untuk menyediakan jus buah-buahan segar. Justeru itu jika ada produk yang sedia untuk diminum dan tahan lama biasanya akan menjadi pilihan utama mereka. Memandangkan minuman jus buah nanas campuran tomato belum lagi ada dalam pasaran maka kajian asas telah dijalankan untuk membangunkan minuman jus tersebut. Di Malaysia sebenarnya Jus Minuman boleh juga dikategori kepada jus buah, minuman jus buah dan minuman buah mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985. Minuman jus buah didefinasikan sebagai minuman yang terdiri daripada air minuman, jus buah tidak tertapai atau campuran jus tak tertapai dan lain-lain bahagian daripada satu atau lebih jenis buah-buahan dengan atau tanpa gula, glukosa atau sirap glukosa yang berfruktosa tinggi yang boleh dimakan dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 35% b/i jus buah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan 1985 (352). Dalam pada itu penggunaan karbon dioksida dalam setiap minuman jus buah adalah dibenarkan. 

Minuman jus buah turut boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewama, bahan perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Salah satu produk jus nanas yang lama berada dipasaran Malaysia adalah daripada Lee Plantation dengan dijual dalam negara dan pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Penambahan bahan perisa kepada minuman jus buah hendaklah terdiri daripada bahan perisa asli atau bahan perisa serba-sama bahan asli. Menurut Euromonitor International Estimates (2007), jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dapat dibahagikan kepada 4 kategori iaitu 100% jus, nektar, miuman jus clan minuman berperisa buah (tidak mengandungi jus). Jumlah penjualan jus buah-buahan atau jussayur-sayuran di Malaysia didapati semakin meningkat dari tahun 2010 ke tahun 2015 denga agak ketara. Minuman jus ini didapati telah mendominasi akan keseluruhan pasaran jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran dengan jumlah penjualan yang paling tinggi di antara semua kategori pada setiap tahun. Jumlah jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dalam juta liter. Didapati penjualan jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran di Malaysia turut sentiasa mengalami peningkatan yang menggalakkan sehingga mencapai 96.2 juta liter. Semuga tulisan dalam blog anim agro technologi ini memberi info berguna kepasa semua pembaca. Wasallam!!!..
MINUM JUS... NANAS SUDAH BIASA...
NANAN DAN TOMATO... APA RASANYA...
PELBAGAI PERISA.... BUAH YANG ADA...
MEMANG ENAK... SELEPAS UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilyah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syawah 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!...

Tuesday, September 29, 2020

PIAWAIAN GRED BETIK EKSOTIKA

BETIK EKSOTIKA (Carica papaya Linn var Eksotika) dulu merupakan sejenis varieti buah betik yang sangat popular selepas ianya dilancarkan oleh MARDI. Betik ini dikenali sebagai 'MARDI Backcross Solo' iaitu kacukan diantara varieti Betik Subang 6 dengan varieti benti Sunrise Solo dan diperkenalkan pada tahun 1987 (Penulis blog sudah bekerja 5 tahun). Bgaimana pun kemudiannya pada tahun 1991 MARDI telah berjaya memperkenalkan varieti betik yang baru iaitu varieti 'Eksotika II' yang saiznya lebih kedil sekitar 600 - 1,000 gram dengan rasa lebih manis dan bentuk fizikal yang lebih cantik serta menarik. Penulis blog yang bertugas di Melaka ada menanam dengan meluas betik Eksotika II ini di projek pembangunan di kg Tebong, Alor Gajah, Melaka dari tahun 1991 dalam jangkamasa agak lama. Pokok betik eksotika ini mempunyai saiz dan ketinggian yang sederhana dimana dengan penjagaan baik akan mula berbuah 4 bulan selepas ditanam. Betik eksotika akan matang dalam masa 17 - 20 minggu selepas pembentukkan putik buah. Betik Eksoyika dan Eksotika II ini memang manis dengan kadar kandungan gula sekitar 13 - 14 Brix dan selalu dimakan dengan memotong dua dan dikorek dengan sudu sahaja. Ramai penduduk Malaysia yang suka makan betik ini ketika itu dan sanggup membelinya dengan harga yang memang baik. Bagaimana pun betik ini sudah kurang ditanam berbanding dengan Betik Sekaki yang saiznya lebih besar dan kurang risiko serangan penyakit dan perosak. Memang benar selalu orang kata 'Buah yang baik dan manis mudah diserang perosak'.  Pada masa ini lazimnya betik eksotika ini ada dijual di Pasar Tani dan Pasar Malam terpilih untuk para peminatnya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan menunjukkan piawaian indeks kematangan dan gred buah betik eksotika untuk panduan semua para pembaca semua.







Pengkelasan buah beti eksotika ini juga digredkan mengikut berat buah yang dipetik seperti jadual dibawah. Buah ini dikelaskan kepada saiz XL, L, M dan S.


Ada juga buah betik eksotika yang rosak dan tidak sesuai untuk dipasarkan. Kerosakkan biah betik ini berpunca dari banyak sebab seperti serangan serangga [erosak, serangan penyakit kulat, kerosakan akibat kecederaan fizikal, ditebuk burung atau tupai, cedera jatuh dari pokok dan banyak lagi.


Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Artikel ini merujuk kepada Risalah Manual Kualiti Buah Betik Eksotika yang diterbitkan oleh FAMA dengan kerjasama MARDI dan Jabatan Pertannian Malaysia. Wasallam!..

BETIKK HIBRID... NAMA EKSOTIKA...
EKSOTIKA II... LEBIH MANIS ISINYA...
PASARAN DOMESTIK... EKSPOT ADA...
MEMANG GEMBURA... BUAT UJIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syawal 1441H).

Monday, September 28, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN SACHA INCHI

TANAMAN SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia dimana penulis blog diberitahu ia didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Penulis blog yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pertanian I (Pembangunan) di Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya menerima banyak pertanyaan dari pihak RISDA sendiri dan juga bakal pekebun yang ingin untuk mendapatkan maklumat atau ingin untuk menanamnya.  Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' jarang kita dengar sebelum ini walau pun produk dari tanaman ini sudah meluas pasarannya di Malaysia. Produk Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu lagi produk  ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016. Teringat penulis blog bagaimana jus buah Noni (Jus buah mengkudu) yang mendapat pengiktirafan dunia mengenai kehebatanya sbagai superfood juga. Maka ramai yang menanam pokok mengkudu secara meluas di Malaysia akan tetapi sekarang sudah 'senyap'. Say ada menulis artikel mengenai mengkudu dan boleh dibaca dengan pautan brikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Apa pun berbalik kepada tanaman Sacha Inci ini walaupun ia baru diketahui ramai tetapi ia sebenarnya telah lama digunakan sejak 3,000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan teknologi amalan penanaman sacha inci untuk bahan rujukkan anda semua.

Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diatas kayu sokongan untuk penanaman komersil (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja dimana ia juga amat memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dengan memasang 'sistem pengairan titis' dan sistem saliran yang baik. Penulis blog yang pernah melawat tanaman inii di Thailand dan Vietnam mendapati kesuburan tanah penting disemak kerana tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Terkini juga dipasaran telah banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa. Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan tiang kukuh yang asas. Bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3 - 4 meter daripada bahan kayu kuat atau konkrit.

Tumbuhan ini mempunyai sistem batangnya yang akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar (Sila lihat foto disebelah)Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan. Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak. Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Buahnya dalam kapsul berukuran 3 - 5 cm garis pusat dengan ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak. Bila cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering. Jika diteliti buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap.

Cara menanam bagi tanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah.  Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji.  Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman (Sila lihat foto disebelah). Penjagaan agronomi seperti mengawal rumpai, mengawal perosak dan penyakit dilakukan mengikut pakeej amalan teknologi. Tanaman sacha inchi ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Kerja melatih pokok untuk menjalar pada tiang disediakan perlu sentiasa dilakukan diperingkat awal penanaman. Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk tujuan membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan.  Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan akan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus. Dilaporkan pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil. Cadangan pihak RISDA yang yakin bila tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Dilaporkan dimana pihak RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. RISDA dilapor untuk mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.

Penting bagi penanam sacha inci ini belajar bagaimana perlu tahu akan tempoh matang buahnya. Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja (Sila lihat foto disebelah). Semasa lawatan penulis diberitahu dimana pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Dilihat lanjut sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman. Apa pun bagi penduduk tempatan dimana mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah. Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. Bagi tujuan menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul. Semuga artikel ini menarik minat pembaca blog untuk cuba menanamnya dengan mendapatkan benih dan ilmu teknologi yang sesuai untuk diamalkan. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
BENIH SACHA INCI... DI BELI SAHAJA...
PASANG TIANG... JALARKAN AWALNYA...
LEPAS 8 BULAN... MEMETIK BUAHNYA...

By,
M ANem,
Senior gronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Syawal 1441H,

Sunday, September 27, 2020

MARKISA - ADA DI USAHA?

TANAMAN MARKISA (Passiflora endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passiflora yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Latin. Jenis buah markisa ada 5 semuanya iaitu Markisa`Ungu, Markisa Markisa Kuning, Markisa Manis, Markisa Besar dan Markisa Pisang. Dua jenis sahaja yang popular di Malaysia iaitu Markisa Ungu dan Markisa Kuning. Markisa Ungu dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak jika dibandingkan dengan jenis buah kuning. Isi dari buah yang ranum berwarna kuning, masam seperti limau oren. Buah markisa kaya dengan Vitamin C, Vitamin B1, B2, Beta Karotena, Besi, Fosforus, Kalsium dan serat. Isi buah markisa enak dibuat jus, jem atau aiskrim. Pokok Buah Markisa memanjat menggunakan sulur paut dimana ia memang memerlukan pancang dan para. Pokok Markisa tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai pH 6.0. Ia sesuai ditanam di atas batas. Gemburkan tanah. Gaulkan tanah dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa. Menyemai markisa boleh ditanam menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang. Jika ingin tanam dari keratan batang, gunakan batang yang separa berkayu dengan garispusat saiz pensel dengan dua mata tunas. Semai dalam tanah yang kaya dengan bahan organik, serta jumlah tanah liat dan pasir yang sama banyak. Jika semai menggunakan biji benih, semai dua biji benih di dalam polibeg saiz 10 cm X 15 cm. Benih akan tumbuh selepas 2 minggu disemai. Kerat anak pokok yang lemah. Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik. Anak pokok sedia untuk dialih apabila tinggi mencapai 15 hingga 23 cm. Cara menanam dengan menggali lubang sedalam 30 cm. Jarakkan antara pokok dengan garispusat 3 m. Boleh laraskan ruang mengikut pancang dan para. Jarak antara pokok mempengaruhi hasil tanaman. Dalam kajian yang dilakukan dengan tanaman di tanah beris. Tanaman menghasilkan buah paling banyak dean paling besar menggunakan jarak 1.2 m X 3.1 m. Apa pun didalam penanaman markisa secara secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan. Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang 7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan. Tiang ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor 11 diregangkan sepanjang barisan. Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua. Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang. Hujung dawai diregangkan supaya dapat menampung berat tanaman dan buah. Setiap para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya suria sebanyak mungkin. Tanaman markisa amat jarang dilaporkan didalam media tempatan dan media eletronik kerana buah markisa amat tidak popular di Malaysia. Kalau anda google pun akan jumpa denga artikel-artikel tulisan saya dan sedkit dari bloggers lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan tekno;ogi menanam buah markisa dan beberapa laporan media mengenai tanaman in untuk rujukkan semua pembaca.

Tanaman Markis perlukan aktiviti melatih dan memangkas dimana batang pokok diikat pada dawai pancang supaya tanaman cepat memanjat tiang. Empat pokok ditanam berdekatan. Apabila pokok mencecah dawai, ia dilatih supaya tumbuh ke kiri manakan pokok yang satu lagi tumbuh ke kanan. Pangkas bahagian ranting yang tumbuh di atas tanah. Dalam penanaman komersial, baja CCM 65 digunakan jika tanah pendalaman, misalnya tanah liat. Baja CCM 45 digunakan jika tanah beris. 2 kg baja organik digunakan bagi setiap pokok dalam setahun jika pokok ditanam di tanah beris. Pembajaan bagi tanah liat bagi tahun pertama, 300g setiap pokok, 3 kali setahun. Bagi tahun kedua, 450g setiap pokok, 2 kali setahun dan bagi tahun ketiga dan seterusnya, 450g setiap pokok, 2 kali setahun. Bati pembajaan tanah Bris pula tahun pertama, 350g setiap pokok, 3 kali setahun, tahun kedua, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun dan tahun ketiga dan seterusnya, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun.  Kerja meumput dengan membuang rumpai dengan garispusat 0.5 m di sekeliling pangkal pokok. Proses pendebungaan bersilang antara pokok adalah penting supaya buah lekat. Ini biasanya dilakukan oleh serangga pendebunga (2.5 hingga 4.5% bunga lekat). Untuk tingkatkan hasil, debunga secarta manual (90% bunga lekat). Sebaiknya ada sistem pengairan kerana kemarau boleh pula menyebabkan daun dan bunga luruh. Gunakan sistem jenis titis. Makhluk perosak utama ialah lalat buah. Kulat serta virus juga sering menyerang pokok. Kebiasaannya kulat dan virus dibawa oleh bena. Pokok mula berbunga ketika sudah berumur 12 bulan. Bagaimanapun pokok hanya akan berbuah lebat sel;epas berumur 2 tahun. Pokok berbuah sepanjang tahun tetapi paling lebat pada bulan Januari dan September.

Dalam portal berita Melakini.com dengan tajuk "LPP perluas tanaman markisa di Melaka" menarik untuk dibaca. Berita dari Durian Tunggal Melaka ini memang ada melaporkan dimana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memperluaskan penanaman buah markisa di Melaka bagi memenuhi permintaan bukan sahaja didalam negeri, malah ke seluruh negara. Pengerusi LPP masa itu dan juga rakan penulis blog iaitu Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya kini dalam perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan sebidang tanah yang boleh diusahakan dan menanam buah markisa dalam skala yang besar. Dakwanya perancangan itu dilakukan kerana bekalan buah markisa dibawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka Tengah sedia ada tidak mencukupi dan perlu mendapatkan bekalan dari negeri lain (Sila lihat foto disebelah). Setakat ini pengeluaran di Melaka hanya tiga metrik tan sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan sekurang- kurangnya 10 metrik tan sebulanBerita baiknya tanah itu ada tetapi semuanya akan diumumkan kerajaan negeri ini dan hasil kerjasama itu nanti ia bukan sahaja akan membekalkan keperluan bagi Melaka sahaja tetapi untuk negara selain dengan teknologi yang dipertingkatkan kita boleh eksportLPP juga mensasarkan seramai 1, 200 usahawa muda akan dilahirkan menjelang 2023 bagi merancakkan lagi sektor pertanian dinegara ini. Kini untuk 10 tahun terakhir ini kita mempunyai kira-kira 5,000 usahawan tetapi perintis atau usahawan baharu perlu dilahirkan dan pelbagai inisiatif disediakan bagi golongan B40.

Artikel merujuk kepada perkara sama bertajuk 'Melaka bakal jadi pengeluar Markisa negara' oleh akhbar Harian Metro juga dirujuk. Foto disebelah menunjukkan dimana kakitaangan PPK Melaka Tengah Yaakop  dan Asna Nazifi dengan hasil tuaian buah markisa di ladang mereka. Melaka bakal dikenali sebagai pengeluar utama buah markisa di Malaysia satu hari nanti susulan usaha keras dijalankan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Melaka untuk menarik minat orang ramai mengusahakan tanaman berkenaan. Pengurusnya, Normayati Che Said berkata iaitu setakat ini seramai 160 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah mengusahakan tanaman terbabit dengan 30 ahli benar-benar aktif mengusahakan tanaman seluas tiga hektar. Ia membabitkan kawasan Parujas, Lanjut Manis, Pengkalan Renggam, Bukit Kecil di Bukit Rambai, Paya Dalam dan Kandang Tengah. PPK Melaka Tengah kini sedia memberi kerjasama, khidmat nasihat serta penerangan berkaitan kelebihan tanaman markisa. ia memang boleh membawa pulangan lumayan. Ppihaknya boleh memasarkan markisa terbabit yang mendapat permintaan tinggi. Didakwa juga dimana permintaan pasaran amat tinggi sehingga LPP Melaka terpaksa mengambil hasil tanaman berkenaan dari Johor. Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman yang membuat tinjauan di PPK ini nyataakan pihaknya dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mengusahakan tanaman berkenaan pada skala besar.  Setakat ini pengeluaran di Melaka hanya tiga tan metrik sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan sekurang-kurangnya 10 tan metrik sebulanJika semua berjalan lancar, ia boleh dibekalkan bukan saja ke Melaka malah seluruh negara selain di eksport. Semuga artikel ini membuka semangat kepad petani di Malaysia untuk memperbanyakan tanaman buah markisa dimasa akan datang. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM MARKISA... DI MELAKA...
JENIS KUNING... UNGU PUN ADA...
MUDAH DITANAM..CEPAT BUAHNYA...
BACA ARTIKEL...TEKNOLOGI DI JANA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 11, Bendrock Hotel,
JalanChe Tak, 30300,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1441H).
 

Saturday, September 26, 2020

UDANG KARA AIR TAWAR - POTENSI BESAR

PENTERNAKAN UDANG KARA AIR TAWAR dengan nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus atau lebih dikenali 'red claw' lebih mudah diternak berbanding udang galah meski pun kedua-duanya udang spesies air tawar. Apa pun kini daripada tinjauan teknologi penulis blog dibeberapa lokasi mendapati udang ini memang menarik minat ramai terutama penternak akuakultur kerana potensi amat baik. Salah satu lokasi yang dilawati adalah pprojek oleh Lat Empire yang dimiliki oleh oleh Johari Jaafar dengan menyatakan iaitu penjagaannya tidak rumit selain mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran. Penternakan ini telah membuatkan ada prospek baik dalam segmen ternakan kolam untuk pasaran makanan. Beliau nyatakan dimana udang sepit merah memang mempunyai permintaan tinggi dimana pada ketika ini beliau telah memfokuskan kepada ternakan untuk bekalan benih kepada pembekal, pemilik restoran dan juga penternak baru lain. Dakwanya lagi kini kapasiti yang mampu dilakukan adalah membekalkan sekitar 600 ekor hingga ke 2,000 anak udang kara sepit merah sebulan. Jumlah ini bagaimana pun masih tidak mampu menampung permintaan pasaran. Aktiviti penternakan udang kara sebenarnya mudah jika penternak memiliki ilmu kaedah penjagaannya. Udang ini tidak serumit udang galah dan mempunyai daya tahan lebih tinggi tetapi pengurusan mesti dilakukan dengan baik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa testimoni mengenai penternakan udang kara air tawar atau Lobster Air Tawar (LAT) untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca.

Amalan yang penting dalam aspek penjagaan LAT adalah mementukan air kolam perlu bebas klorin dan kandungan ammonia tidak tinggi. Bagi penternak yang mahu mula untuk mencuba boleh mulakan dengan kolam kecil menggunakan air tapisan dari rumah mereka. Kini kebanyakan usawahan baru yang datang kursus atau belajar cara menternak udang ini akan terus kembali ke rumah masing-masing dan membuat kolam berdasarkan kesesuaian tempat tinggal serta sesuai dengan persekitaran mereka. Menurut beliau lagi dimana ada peserta menggunakan bekas simpanan barang, ada juga buat kolam kanvas di atas rumah selain segelintir menggunakan tangki air sebagai platform menggantikan kolam. Beliau sendiri sebelum ini menggunakan rangka katil, tikar getah, tong air dan kini beralih kepada kanvas sesuai untuk digunakan sebagai penutup lori bersama rangka paip PVC sebagai kolam ternakan udang kara. Pada ketika ini dia telah memiliki sekitar lapan hingga 11 kolam tanah termasuk empat bagi tujuan penetasan dan bertelur di rumah yang sebelum ini juga menjadi nurseri untuk tanaman orkid hutan. Johari dakwa untuk memastikan ekosistem 'selesa' bagi proses tumbesaran udang berkenaan maka perlu dilengkapi 'rumah' menjadi tempatnya beristirehat selain tumbuhan air seperti Hydrilla dan keladi bunting yang mana akarnya sebagai sumber makan kepada hidupan air tawar itu.

Jenis tumbuhan akuatik menjadi makanan dan bantu ekosistem kolam seperti semula jadi. Apa pun makanan LAT sebenarnya boleh dipelbagaikan mengikut kemampuan dan kesesuaian lokasi kolam ternak. Kini disebabkan kolam ternakan udang kara berada di kampung asalnyadan dia dapat dalam usaha mempelbagaikan diet ternakan ini. Selain palet udang, kacang hijau, ubi kentang, kangkung, bayam dan tumbuhan akuatik seperti azola serta hydrilla turut boleh dijadikan makanan untuk ternakan. Tabiat udang ini ia aktif ketika malam dimana ini akan mempengaruhi rutin pemberian makanan yang mana pada pagi nisbah sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding petang 60 hingga 70 peratus. Perlu juga diketahui agar jangan terlalu banyak makanan diberi kerana itu mempengaruhi kadar ammonia dalam air.Beliau akan sentiasa eksperimen dalam mengoptimumkan pengeluaran udang untuk pasaran benih. Bagi tujuan mengelakkan udang terkena penyakit maka perlu dipastikan sisa makanan dicuci. Selain itu rutin tukaran air untuk permulaan dua minggu ke sebulan bergantung keperluan dan kejernihan air terbabit. Kalau ada yang membuat sistem aquaponik sebaiknya pastikaan akan keperluan tukar air juga berkurang. Lazimnya setelah beberapa lama menternak akan tahu untuk membezakan diantar udang kara jantan dengan udang betina menerusi sepit yang merah.

Melalui pengalaman Johari menyatakan dimana nilai pasaran udang kara ketika ini bagi saiz sedia untuk dimakan atau pasaran restoran dimana ia biasanya bersaiz antara 0.1016 meter (m) hingga 0.127m sudah sedia 'dituai,' sementara pasaran benih seawal satu inci juga sudah boleh dijual. Biasanya kadar pertumbuhan iaitu cukup makan, udang pun tidak berpenyakit dimana pada saiz 0.1016m sudah boleh bertelur dan pada bulan kelima atau keenam boleh dijual segar. Apa pun tempoh bertelur biasanya memerlukan 45 hari untuk menetas. ianya perlu dipisahkan mengikut saiz mengelak yang kecil menjadi makanan pada udang lebih dewasa. Ada juga dinyatakan dimana spesis Red Clarkii dari Australia berwarna jingga kemerahan memang sesuai untuk dijadikan hisan dan dimakan. Apa yang penting dimana dalam kolam pembiakan atau pun kolam ternakan perlu diberikan 'rumah perlindungan' yang dibuat daripada paip PVC untuk LAT ini memasukkinya (Sila lihat foto sebelah). Udang yang sedang salin kulit sering berlindung dalam paip PVC ini bagi mengelakkan ia diserang oleh udang kara yang lain. Paip PVC ini disusun dan diikat bertingkattingkat bagi menjadi rumah kepada udang ini didasar kolam.

Dalam media Metro TV dengan artikel bertajuk 'Sepit merah jadi buruan' menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Ini kerana warnanya yang cantik, unik dengan hijau kebiru-biruan dan berbintik putih di bahagian kepala, malah ada berwarna hitam kemerahan, ungu, coklat serta jingga membuatkan orang yang melihatnya tertarik lagi terpesona. Itulah antara keistimewaan udang kara air tawar yang sering dijadikan hiasan akuarium juga menjadi sebahagian menu eksotik di restoran makanan laut. Sajian udang kara ini pasti memikat selera, tetapi disebabkan harganya agak mahal ia dianggap hidangan mewah dan makanan eksklusif di hotel atau restoran ternama. Bagaimanapun, udang kara air tawar ataupun ‘crayfish’ ini menjadi antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Malahan spesies udang yang dahulunya dianggap makanan untuk golongan VIP kini boleh dinikmati sesiapa saja. Permintaan udang kara air tawar yang sentiasa tinggi seterusnya merangsang seorang belia dari Jeram, Selangor mengusahakan ternakan udang berkenaan daripada jenis ‘red claw’ (sepit merah) sejak setahun lalu. Menggunakan modal daripada simpanan sendiri, Tengku Azrul Ariff  tidak teragak-agak mengasaskan Jeram Lobster yang kini menjadi pengusaha terbesar di Selangor dan kedua terbesar di Malaysia.

Belau dakwa kini permintaan terhadap udang kara air tawar (LAT) semakin meningkat disebabkan kesukaran pembekal mendapatkan udang kara atau spesies air masin (laut) dan ini menyebabkan selera peminat udang kara bertukar kepada spesies air tawar. Penternakan udang kara air tawar ini dia usahakan bersama ayah dan abang di tanah sendiri seluas kira-kira 2.4 hektar di Kampung Jeram sejak Mac 2019 lepas. Minat untuk menternak spesies udang ini timbul selepas melawat kolam ternakan udang kara air tawar yang diusahakan bapa saudara di Kelantan. Bapa saudara sudah menjalankan ternakan udang kara air tawar sejak lima tahun lalu untuk pasaran setempat. Selepas dikaji, saya dapati permintaan terhadap udang ini amat tinggi, malah pasarannya juga luas menyebabkan saya ingin mencuba bidang ini. Kini usaha penternakan udang kara diternak dalam kolam simen air tenang. Udang kara air tawar diternak dalam 28 kolam berbeza terdiri kolam tanah, kolam simen dan tangki plastik polyethylene bagi menghasilkan udang mengikut permintaan pelanggan. Selain dihantar ke restoran, udang berkenaan turut dibekalkan kepada beberapa penternak dan peraih. Beliau mendapatkan kira-kira 10,000 benih udang kara air tawar ini daripada kolam penternakan bapa saudaranya itu dengan saiz berukuran lima hingga tujuh sentimeter (sm) sebelum dipasarkan kali pertama pada penghujung September 2019.

Dakwanya udang kara air tawar ini akan dijual selepas tumbesarannya mencapai kira-kira 15 cm dan ini adalah saiz biasa yang mendapat permintaan pelanggan walaupun ia boleh mencecah saiz matang sehingga melebihi 30 cm. Pada peringkat awal dia menternak udang kara air tawar ini dalam kolam simen dan tangki plastik tetapi tumbesarannya bertambah kira 2.5 cm sebulan serta perlu menunggu selama enam bulan untuk mencapai saiz ideal. Beliau menternak dalam kolam tanah dan menerusi cara ini udang kara air tawar membesar dengan cepat serta memerlukan hanya empat bulan setengah untuk mendapat saiz dikehendaki. Dia kini mampu dalam membiakkan sendiri benih udang kara berkenaan. Udang kara air tawar jenis ‘red claw’ yang diternaknya ini dikatakan spesies paling senang dan berpotensi diternak. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, isinya mendapat permintaan tinggi kerana dikatakan lebih manis dan enak. Malah, ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah, tetapi tinggi protein. Kaedah ternakan sepit merah ini juga tidak terlalu rumit, di samping kosnya sangat rendah. Penternak hanya perlukan oksigen dan penapis pam air bagi tujuan mengekalkan air dalam tangki atau kolam sentiasa bersih daripada ammonia yang tinggi dengan kualiti air sekitar kadar keasidan (pH) 7 dan suhu antara 28 hingga 34 darjah Celsius. Udang kara air tawar ini juga disifatkan sebagai tahan lasak kerana terhindar daripada penyakit yang berbahaya dan tidak akan menjangkiti udang lain jika ada seekor yang terkena penyakit seperti kulit melepuh. Malahan kadar kematiannya juga rendah berbanding spesies lain.  Udang ini juga akan memakan apa saja, lazimnya dia beri makan palet udang, potongan ikan mentah, kepala ikan bilis dan ubi. Biasanya udang kara air tawar juga melakukan proses penukaran kulit cengkerang untuk membesar dan ia akan memakan semula kulit cengkerang yang tertanggal itu bagi mendapatkan nutrien. Ia juga tidak boleh diternak dalam jumlah yang banyak pada satu-satu kolam. Biasanya dia akan meletakkan kira-kira 100 ekor untuk kolam simen, manakala 50 ekor untuk tangki plastik. Ini bagi mewujudkan keselesaan ruang untuk udang itu membesar dimana selain ia akan mengelakkan ia makan sesama sendiri ketika dalam proses bertukar kulit. Udang jenis ini juga sebenarnya sukakan kawasan yang teduh dan air yang tenang. Ia juga memang suka bersembunyi dan akan meletakkan paip PVC sebagai tempatnya berlindung. Sebab itulah udang kara air tawar sesuai diternak di rumah atau dalam bangunan. Kini dia memasarkan udang kara air tawar ternakannya ke sekitar Selangor dan ibu negara KL. Terdapat induk betina yang mampu bertelur sehingga 1,500 ekor anak setiap kali ianya bertelur. Semuga artikel inii memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!...
UNDANG KARA... LOBSTER SAMA...
SEPAT MERAH...AIR TAWAR JUA...
MUDAH DITERNAK... PERLU DI JAGA...
HARGA MAHAL... POTENSINYA ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Muharram 1442H).
Publishef from:
Pulau Rawa, Mersing, Johor.
Last day holliday here!!!...

Friday, September 25, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Pt 3)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit  termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalaah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai  RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gajah, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pemangkasan tanaman kopi adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang bercabang dimana ia boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan pembentukkan pada batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Kaedah pangkasan pengurusan bagi batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta yang luas ditanam di Sabah. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan ini juga dibuat seawal di tapak semaian lagi sehingga pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20 cm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2 - 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama. Pemangkasan Batang Berganda di peringkat ladang dimana pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Aktiviti pemangkasan pokok kopi ini mesti sentiasa dijalankan agar pokok kopi akan sentiasa rendah bagi memudahkan kerja amalan agronomi terutama didalam kerja memungut biji kopi yang matang. Belum ada penggunaan jentera memungut atau menuai biji kopi dilaporkan di Malaysia yang telah digunakan oleh petani seperti beberapa estet kopi di Brazil. Kerja pemangkasan ini perlu dijaudalkan dengan musim pembungaan dan penuaian kopi dikebun.


Tanaman Kopi terdedah kepada serangan perosak dan Penyakit. Antara penyakit yang dijumpai seperti Penyakit Karat Daun  (Hemileia vastatrix) dimana cara kawalan menyembur dengan racun kulat seperti triadimefon (0.05 - 0.1%). Cara lain degan memusnahkan semua daun yang berpenyakit.  Kedua adalah Penyakit Hawar Daun Kopi  (Marasmeillus scandens) dikawal dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan (Sila lihat foto disebelah). Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum. Ketiga adalah Penyakit Cendawan Angin (Oleh patogen Corticum salmonicolor) dikawal dengan pangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum. Bagi jrnis Penyakit Antraknos Buah  (Collectrichum sp.) kawalan dengan menyembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida. Bagi perosak tanaman kopi terdiri daripada serangga Kumbang Pengorek Buah Kopi (Hypothemes hampel) dikawal denga memungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2 - 3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion. Serangan oleh perosak Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles) dikawal dengan memungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion. Bagi perosak Kumbang Kaboi  (Apogonia sp.) sebaiknya disembur dengan racun serangga seperti methrin. Bagi Teritip (Lecanium sp.) ia selalu boleh dikawal dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi. Bagi perosak Cacing Nematod (Pratylenchus coffeae)  sebaiknya dikawal dengan racun nematod seperti fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis Coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod. Haiwan Musang dikawal dengan membersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun. Apa pun biji kopi yang diberakkan oleh musang ini didakwa menjadi biji kopi premium iaitu 'Kopi Luwak' yang sangat popular di Indonesia tetapi tidak dilaksanakan di Malaysia. 


Aktiviti memungut hasil buah kopi  biasanya mengambil masa di antara 8 - 13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9 - 10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. Kematangan buah kopi jambu adalah berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik. Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi sebaiknya aktiviti pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buahbuah kopi yang berwana hitam. Biji-biji kopi kering digred mengikut kaedah yang dibuat oleh FAMA iaitu Kopi Gred 1 dengan nama FAMA Kopi Beras (FKB 1) dimana biji kopi ini adalah kurang daripada 1% kulit/barang asing, tiada kopi hancur, Tiada biji hitam dengan warna biji kopi biru kekelabuan hijau dan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi Kopi Gred 2 iaitu FAMA Kopi Beras (FKB 2) dimana biji kopi ini mempunyai kurang daripada 9% kulit/barang asing,  Selalunya kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam, warna biji kopi kekuningan emas dengan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi jenis Kopi Gred 3 atau FAMA Kopi Beras (FKB 3) cirinya adalah ia kurang daripada 9% kulit/barang asing, Kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam,  Warna biji kopi kekuningan emas, tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%, Bagi Kopi Tiada Gred adala ia termasuk biji kopi yang berlubang dan hancur berdebu.  Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....!
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).
Published from:
Pulau Rawa, Mersing, Johor.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...