Support My Blog

Saturday, September 26, 2020

UDANG KARA AIR TAWAR - POTENSI BESAR

PENTERNAKAN UDANG KARA AIR TAWAR dengan nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus atau lebih dikenali 'red claw' lebih mudah diternak berbanding udang galah meski pun kedua-duanya udang spesies air tawar. Apa pun kini daripada tinjauan teknologi penulis blog dibeberapa lokasi mendapati udang ini memang menarik minat ramai terutama penternak akuakultur kerana potensi amat baik. Salah satu lokasi yang dilawati adalah pprojek oleh Lat Empire yang dimiliki oleh oleh Johari Jaafar dengan menyatakan iaitu penjagaannya tidak rumit selain mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran. Penternakan ini telah membuatkan ada prospek baik dalam segmen ternakan kolam untuk pasaran makanan. Beliau nyatakan dimana udang sepit merah memang mempunyai permintaan tinggi dimana pada ketika ini beliau telah memfokuskan kepada ternakan untuk bekalan benih kepada pembekal, pemilik restoran dan juga penternak baru lain. Dakwanya lagi kini kapasiti yang mampu dilakukan adalah membekalkan sekitar 600 ekor hingga ke 2,000 anak udang kara sepit merah sebulan. Jumlah ini bagaimana pun masih tidak mampu menampung permintaan pasaran. Aktiviti penternakan udang kara sebenarnya mudah jika penternak memiliki ilmu kaedah penjagaannya. Udang ini tidak serumit udang galah dan mempunyai daya tahan lebih tinggi tetapi pengurusan mesti dilakukan dengan baik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa testimoni mengenai penternakan udang kara air tawar atau Lobster Air Tawar (LAT) untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca.

Amalan yang penting dalam aspek penjagaan LAT adalah mementukan air kolam perlu bebas klorin dan kandungan ammonia tidak tinggi. Bagi penternak yang mahu mula untuk mencuba boleh mulakan dengan kolam kecil menggunakan air tapisan dari rumah mereka. Kini kebanyakan usawahan baru yang datang kursus atau belajar cara menternak udang ini akan terus kembali ke rumah masing-masing dan membuat kolam berdasarkan kesesuaian tempat tinggal serta sesuai dengan persekitaran mereka. Menurut beliau lagi dimana ada peserta menggunakan bekas simpanan barang, ada juga buat kolam kanvas di atas rumah selain segelintir menggunakan tangki air sebagai platform menggantikan kolam. Beliau sendiri sebelum ini menggunakan rangka katil, tikar getah, tong air dan kini beralih kepada kanvas sesuai untuk digunakan sebagai penutup lori bersama rangka paip PVC sebagai kolam ternakan udang kara. Pada ketika ini dia telah memiliki sekitar lapan hingga 11 kolam tanah termasuk empat bagi tujuan penetasan dan bertelur di rumah yang sebelum ini juga menjadi nurseri untuk tanaman orkid hutan. Johari dakwa untuk memastikan ekosistem 'selesa' bagi proses tumbesaran udang berkenaan maka perlu dilengkapi 'rumah' menjadi tempatnya beristirehat selain tumbuhan air seperti Hydrilla dan keladi bunting yang mana akarnya sebagai sumber makan kepada hidupan air tawar itu.

Jenis tumbuhan akuatik menjadi makanan dan bantu ekosistem kolam seperti semula jadi. Apa pun makanan LAT sebenarnya boleh dipelbagaikan mengikut kemampuan dan kesesuaian lokasi kolam ternak. Kini disebabkan kolam ternakan udang kara berada di kampung asalnyadan dia dapat dalam usaha mempelbagaikan diet ternakan ini. Selain palet udang, kacang hijau, ubi kentang, kangkung, bayam dan tumbuhan akuatik seperti azola serta hydrilla turut boleh dijadikan makanan untuk ternakan. Tabiat udang ini ia aktif ketika malam dimana ini akan mempengaruhi rutin pemberian makanan yang mana pada pagi nisbah sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding petang 60 hingga 70 peratus. Perlu juga diketahui agar jangan terlalu banyak makanan diberi kerana itu mempengaruhi kadar ammonia dalam air.Beliau akan sentiasa eksperimen dalam mengoptimumkan pengeluaran udang untuk pasaran benih. Bagi tujuan mengelakkan udang terkena penyakit maka perlu dipastikan sisa makanan dicuci. Selain itu rutin tukaran air untuk permulaan dua minggu ke sebulan bergantung keperluan dan kejernihan air terbabit. Kalau ada yang membuat sistem aquaponik sebaiknya pastikaan akan keperluan tukar air juga berkurang. Lazimnya setelah beberapa lama menternak akan tahu untuk membezakan diantar udang kara jantan dengan udang betina menerusi sepit yang merah.

Melalui pengalaman Johari menyatakan dimana nilai pasaran udang kara ketika ini bagi saiz sedia untuk dimakan atau pasaran restoran dimana ia biasanya bersaiz antara 0.1016 meter (m) hingga 0.127m sudah sedia 'dituai,' sementara pasaran benih seawal satu inci juga sudah boleh dijual. Biasanya kadar pertumbuhan iaitu cukup makan, udang pun tidak berpenyakit dimana pada saiz 0.1016m sudah boleh bertelur dan pada bulan kelima atau keenam boleh dijual segar. Apa pun tempoh bertelur biasanya memerlukan 45 hari untuk menetas. ianya perlu dipisahkan mengikut saiz mengelak yang kecil menjadi makanan pada udang lebih dewasa. Ada juga dinyatakan dimana spesis Red Clarkii dari Australia berwarna jingga kemerahan memang sesuai untuk dijadikan hisan dan dimakan. Apa yang penting dimana dalam kolam pembiakan atau pun kolam ternakan perlu diberikan 'rumah perlindungan' yang dibuat daripada paip PVC untuk LAT ini memasukkinya (Sila lihat foto sebelah). Udang yang sedang salin kulit sering berlindung dalam paip PVC ini bagi mengelakkan ia diserang oleh udang kara yang lain. Paip PVC ini disusun dan diikat bertingkattingkat bagi menjadi rumah kepada udang ini didasar kolam.

Dalam media Metro TV dengan artikel bertajuk 'Sepit merah jadi buruan' menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Ini kerana warnanya yang cantik, unik dengan hijau kebiru-biruan dan berbintik putih di bahagian kepala, malah ada berwarna hitam kemerahan, ungu, coklat serta jingga membuatkan orang yang melihatnya tertarik lagi terpesona. Itulah antara keistimewaan udang kara air tawar yang sering dijadikan hiasan akuarium juga menjadi sebahagian menu eksotik di restoran makanan laut. Sajian udang kara ini pasti memikat selera, tetapi disebabkan harganya agak mahal ia dianggap hidangan mewah dan makanan eksklusif di hotel atau restoran ternama. Bagaimanapun, udang kara air tawar ataupun ‘crayfish’ ini menjadi antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Malahan spesies udang yang dahulunya dianggap makanan untuk golongan VIP kini boleh dinikmati sesiapa saja. Permintaan udang kara air tawar yang sentiasa tinggi seterusnya merangsang seorang belia dari Jeram, Selangor mengusahakan ternakan udang berkenaan daripada jenis ‘red claw’ (sepit merah) sejak setahun lalu. Menggunakan modal daripada simpanan sendiri, Tengku Azrul Ariff  tidak teragak-agak mengasaskan Jeram Lobster yang kini menjadi pengusaha terbesar di Selangor dan kedua terbesar di Malaysia.

Belau dakwa kini permintaan terhadap udang kara air tawar (LAT) semakin meningkat disebabkan kesukaran pembekal mendapatkan udang kara atau spesies air masin (laut) dan ini menyebabkan selera peminat udang kara bertukar kepada spesies air tawar. Penternakan udang kara air tawar ini dia usahakan bersama ayah dan abang di tanah sendiri seluas kira-kira 2.4 hektar di Kampung Jeram sejak Mac 2019 lepas. Minat untuk menternak spesies udang ini timbul selepas melawat kolam ternakan udang kara air tawar yang diusahakan bapa saudara di Kelantan. Bapa saudara sudah menjalankan ternakan udang kara air tawar sejak lima tahun lalu untuk pasaran setempat. Selepas dikaji, saya dapati permintaan terhadap udang ini amat tinggi, malah pasarannya juga luas menyebabkan saya ingin mencuba bidang ini. Kini usaha penternakan udang kara diternak dalam kolam simen air tenang. Udang kara air tawar diternak dalam 28 kolam berbeza terdiri kolam tanah, kolam simen dan tangki plastik polyethylene bagi menghasilkan udang mengikut permintaan pelanggan. Selain dihantar ke restoran, udang berkenaan turut dibekalkan kepada beberapa penternak dan peraih. Beliau mendapatkan kira-kira 10,000 benih udang kara air tawar ini daripada kolam penternakan bapa saudaranya itu dengan saiz berukuran lima hingga tujuh sentimeter (sm) sebelum dipasarkan kali pertama pada penghujung September 2019.

Dakwanya udang kara air tawar ini akan dijual selepas tumbesarannya mencapai kira-kira 15 cm dan ini adalah saiz biasa yang mendapat permintaan pelanggan walaupun ia boleh mencecah saiz matang sehingga melebihi 30 cm. Pada peringkat awal dia menternak udang kara air tawar ini dalam kolam simen dan tangki plastik tetapi tumbesarannya bertambah kira 2.5 cm sebulan serta perlu menunggu selama enam bulan untuk mencapai saiz ideal. Beliau menternak dalam kolam tanah dan menerusi cara ini udang kara air tawar membesar dengan cepat serta memerlukan hanya empat bulan setengah untuk mendapat saiz dikehendaki. Dia kini mampu dalam membiakkan sendiri benih udang kara berkenaan. Udang kara air tawar jenis ‘red claw’ yang diternaknya ini dikatakan spesies paling senang dan berpotensi diternak. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, isinya mendapat permintaan tinggi kerana dikatakan lebih manis dan enak. Malah, ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah, tetapi tinggi protein. Kaedah ternakan sepit merah ini juga tidak terlalu rumit, di samping kosnya sangat rendah. Penternak hanya perlukan oksigen dan penapis pam air bagi tujuan mengekalkan air dalam tangki atau kolam sentiasa bersih daripada ammonia yang tinggi dengan kualiti air sekitar kadar keasidan (pH) 7 dan suhu antara 28 hingga 34 darjah Celsius. Udang kara air tawar ini juga disifatkan sebagai tahan lasak kerana terhindar daripada penyakit yang berbahaya dan tidak akan menjangkiti udang lain jika ada seekor yang terkena penyakit seperti kulit melepuh. Malahan kadar kematiannya juga rendah berbanding spesies lain.  Udang ini juga akan memakan apa saja, lazimnya dia beri makan palet udang, potongan ikan mentah, kepala ikan bilis dan ubi. Biasanya udang kara air tawar juga melakukan proses penukaran kulit cengkerang untuk membesar dan ia akan memakan semula kulit cengkerang yang tertanggal itu bagi mendapatkan nutrien. Ia juga tidak boleh diternak dalam jumlah yang banyak pada satu-satu kolam. Biasanya dia akan meletakkan kira-kira 100 ekor untuk kolam simen, manakala 50 ekor untuk tangki plastik. Ini bagi mewujudkan keselesaan ruang untuk udang itu membesar dimana selain ia akan mengelakkan ia makan sesama sendiri ketika dalam proses bertukar kulit. Udang jenis ini juga sebenarnya sukakan kawasan yang teduh dan air yang tenang. Ia juga memang suka bersembunyi dan akan meletakkan paip PVC sebagai tempatnya berlindung. Sebab itulah udang kara air tawar sesuai diternak di rumah atau dalam bangunan. Kini dia memasarkan udang kara air tawar ternakannya ke sekitar Selangor dan ibu negara KL. Terdapat induk betina yang mampu bertelur sehingga 1,500 ekor anak setiap kali ianya bertelur. Semuga artikel inii memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!...
UNDANG KARA... LOBSTER SAMA...
SEPAT MERAH...AIR TAWAR JUA...
MUDAH DITERNAK... PERLU DI JAGA...
HARGA MAHAL... POTENSINYA ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Muharram 1442H).
Publishef from:
Pulau Rawa, Mersing, Johor.
Last day holliday here!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...