Support My Blog

Wednesday, September 9, 2020

BIAKBAKA NANAS MD2 TC - KAJIAN MARDI

BENIH NANAS VARIETI MD2 merupakan salah satu bahan input yang perkara penting kepada petani yang ingin untuk mendapatkannya. Nanas (Ananas comosus) merupakan salah satu komoditi yang penting di Malaysia sejak dahulu lagi dimana industri nanas negara bergantung kepada bekalan sulur bagi menghasilkan benih nanas berkualiti. Penulis blog yang juga pernah menerajui LPNM mendapati dimana sulur nanas merupakan komponen utama dalam proses penanaman nanas sama ada melalui penanaman semula atau penanaman baharu. Pembiakan nanas secara konvensional melalui sulur akan menghasilkan satu atau lebih anak pokok bagi setiap pokok induk yang telah matang dan dituai buahnya. Kaedah ini tidak mampu membantu usaha memenuhi permintaan pasaran benih nanas untuk penanaman yang berskala besar yang semakin meningkat. Sudah pastinya ini akan merugikan petani yang ingin mengusahakan projek penanaman secara berskala besar. Kebergantungan penghasilan anak benih kepada sulur tanah, sulur udara atau jambul bagi menghasilkan satu anak pokok juga tidak mencukupi untuk varieti nanas tertentu terutamanya nanas premium MD2. Ada laporan menyatakan Ia akan mengundang kepada risiko penyakit jika terdapat induk yang telah dijangkit seperti serangan penyakit reput perdu (heart rot). Jika dibiak dan ditanam di ladang pula akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini mudah merebak kepada pokok-pokok nanas yang lain. Dalam pada itu dilaporkan dimana sulur batang atau sulur tanah adalah sumber benih nanas yang paling lazim dan banyak digunakan. Sulur ini keluar pada bahagian batang nanas yang dituai. Penghasilan benih nanas memang boleh ditingkatkan berkali ganda menerusi penggunaan kaedah kultur tisu melalui sistem kultur cecair. Proses menghasilkan anak benih nanas menggunakan sistem kultur cecair telah dibangunkan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi (BT) MARDI serta beberapa syarikat swasta. Bagaimana pun inovasi ini dapat didakwa menyelesaikan masalah bekalan anak benih nanas sekali gus memajukan industri nanas negara. Bekalan anak benih nanas MD2 yang mencukupi akan menggalakkan pertumbuhan industri nanas dan membuka ruang serta menyediakan peluang pekerjaan kepada pekebun kecil. Kajian ini dijalankan juga walau pun Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia dan LPNM masih tidak mengiktiraf penanaman nanas MD2 yang menggunakan benih daripada Kultur Tisu kerana masalah 'somaklonal variatioo' yang berlaku dan boleh menjejaskan industri penananaman nanas MD2 di Malaysia. Apa pun penulis blog berkongsi maklumat dengan pembaca akan satu kajian diambil daripada laporan Buletin Teknologi MARDI, Bil. 12(2017): 9 -17 oleh kumpulan penyelidik iaitu Zuraida Ab Rahman, Hartinee Abbas dan Ayu Nazreena Othman untuk difahami. Artikel subuh ini bagi artikel ke 6,035 dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula dan juga mengupas semula laporan kajian dari bulletin ini untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca.


Dilaporkan dimana teknologi penghasilan benih kultur tisu nanas MD2 ini telah dipaten (Intellectual property) pada tahun 2013 bawah rahsia dagang (trade secret) (IP-TS 2013/02/009) bertajuk “Proses menghasilkan anak benih nanas MD2 dengan menggunakan sistem kultur cecair (liquid shake culture)”. Ianya adalah merupakan anak benih nanas secara kultur tisu. Penulis blog ada melihat proses seperti ini dibanyak tempat diseluruh negara oleh makmal swasta. Cara ini bermula dengan menggunakan sumber bahan nanas yang digunakan iaitu bahagian jambul (Sila lihat foto dibawah). Pucuk pemula dihasilkan pada permulaan proses dimana ia kemudian akan  digandakan dan dibiak baik menggunakan kaedah iaitu goncangan dan medium cecair yang mengandungi hormon bagi menghasilkan anak benih dalam jumlah yang besar. Anak benih nanas tanpa akar yang terhasil dipindahkan terus ke rumah kaca tanpa melalui proses pengakaran secara in vitro (Sila lihat foro dibawah). Medium campuran yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih nanas secara in vivo adalah mudah dan tidak perlu melalui proses pensterilan dan juga ‘acclimatizion’. Dengan itu masa dan tenaga boleh dapat dikurangkan malah dapat memudahkan operasi pemindahan anak benih. Inovasi ini juga boleh mengurangkan kos pengeluaran di samping meningkatkan kualiti anak benih berbanding dengan teknologi terdahulu. 


Kajian MARDI ini dilakukan dibeberapa lokasi termasuk benih nanas MD2 diambil di Pontian, Johor dan dibiakkan dengan menggunakan kaedah kultur tisu. Dalam pengendalian kaedah kultur tisu dimana bilangan subkultur merupakan salah satu faktor penentuan variasi benih yang mana ia dihasilkan selain kepekatan hormon yang digunakan. Dalam kajian yang dijalankan dilaporkan terdapat beberapa peringkat subkultur benih yang dihasilkan iaitu peringkat 2 - 9 dengan menggunakan hormon BAP rendah dan hormon tinggi. Dalam proses pengenalpastian variasi dilihat pokok yang bermasalah dapat dikenal pasti di peringkat makmal lagi. Jika subkultur dijalankan dalam masa yang lama dimana ia akan menjadi bentuk yang panjang dan menjalar (ini bermakna telah berlaku variasi) seperti didlaam foto disebelah. Manakala pokok yang normal pula akan kelihatan cacat dan akan dibuang kerana tentunya tidak boleh digunakan untuk peringkat penanaman. Dilaporkan dimana kumpulan rawatan ini juga tidak menunjukkan sebarang variasi yang boleh menjejaskan kualiti buah MD2 dari segi bentuk buah yang dihasilkan, respons terhadap hormon pembungaan dan mampu menghasilkan buah gred A (1.3 kg dan ≤2.5kg) dan B (1.0 - 1.3 kg). Berat buah yang terhasil daripada bahan tanaman 1, 2 dan 4 adalah pelbagai. Walau bagaimanapun, hasil tertinggi yang dicatatkan ialah 2.45 kg oleh aktiviti penanaman batch dua. Permasalahan daripada keputusan kajian, batch sembilan (subkultur yang ke-10) yang menunjukkan variasi dalam bentuk buah CSHT iaitu sebanyak 0.86%.


Pengelasan bentuk buah nanas MD2 dilakukan didalam kajian dini dengan melihat ciri bentuk buah MD2 yang sesuai untuk pasaran eksport ialah Segi Empat (square like, SL) dan Silinder Lonjong  Sedikit (cylindrical slight taper, CST). Manakala bentuk buah Slinder Sangat Lonjong (cylindrical sharp taper, CSHT) merupakan bentuk buah yang tidak dikehendaki dan bentuk buah inilah yang selalu disebut sebagai terdapat variasi somaklonal dalam bahan tanaman tisu kultur MD2. Temuab kajian mengenai respons terhadap hormon pembungaan, bentuk buah dan hasil pula didapati dimana terdapat sembilan batch serta kumpulan rawatan anak benih pokok kultur tisu yang telah ditanam pada persekitaran dan pembajaan yang sama. Kumpulan rawatan terdiri daripada bilangan subkultur (2, 3, 4, 7, 8, 9 dan 10) dan kepekatan hormon (1 dan 5 mg/liter BAP). Didapati subkultur yang ke-2 hingga 8 merupakan rawatan yang menghasilkan 100% buah berbentuk jenis SL dan CST dan tiada bentuk CSHT. Namun keputusan menunjukkan kadar peratusan pembungaan adalah berbeza mengikut bilangan subkultur dan kepekatan hormon yang digunakan. Secara umumnya, data menunjukkan bahawa semakin tinggi bilangan subkultur dimana ia semakin menurun peratusan pembungaan. Rawatan hormon yang tinggi iaitu pada kepekatan 5 mg/liter BAP telah menyebabkan peratusan pembungaan yang rendah berbanding dengan rawatan menggunakan 1 mg/liter BAP. Batch 1, 2 dan 4 menunjukkan kumpulan rawatan yang paling berpotensi kerana telah menghasilkan jenis buah MD2 dalam bentuk SL dan CST sahaja. Di samping itu, ketiga-tiga batch ini menunjukkan potensi yang baik kerana mempunyai nilai peratusan respons terhadap hormon pembungaan melebihi 90% yang merupakan ciri yang sangat penting bagi tanaman nanas. Selain itu, bentuk buah yang dihasilkan oleh pokok daripada ketiga-tiga batch ini melebihi 78% SL dan 22% CST.


Kajian ini mendapati dimana penghasilan teknologi kultur tisu nanas iaitu secara goncangan cecair yang dijalankan dalam kajian ini di Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI ini didakwa mampu menghasilkan anak pokok nanas MD2 yang berbentuk segi empat (square like, SL) dan silinder lonjong sedikit (cylindrical slight taper, CST) dengan peratusan yang tinggi. Namun begitu penting diingatkan pemilihan bahan asas tanaman tulen (pokok MD2 yang bentuk buahnya ialah silinder atau segi empat) yang digunakan untuk pengeluaran secara kultur tisu sangat penting kerana akan menghasilkan anak pokok nanas MD2 yang berkualiti setanding dengan yang tulen. Kajian secara berskala besar perlu diteruskan dan dijalankan bagi mendapat data yang boleh meyakinkan dan perlu mewakili kawasan yang lebih luas sekurang-kurangnya satu hektar. Sebagai ringkasan hasil temuan kajian dinyatakan dimana bioteknologi tumbuhan merupakan alternatif yang boleh dilaksanakan untuk membantu dalam mengatasi risiko kekurangan makanan. Kultur tisu tumbuhan adalah asas kepada semua bioteknologi dan merupakan bidang yang penting dalam sains asas untuk penyelidikan lanjut. Nanas ialah buah-buahan tropika yang telah lama dikomersialkan untuk pengeluaran dunia. Menurut Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dimana pengeluaran nanas Malaysia telah jatuh kepada kedudukan ke-15 berdasarkan data 2014. 


Terdapat peningkatan permintaan untuk bahan nanas MD2 kerana nanas ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menghasilkan slip atau sulur. Permasalahan ini boleh diatasi dengan pengeluaran anak benih melalui teknik kultur tisu. Di MARDI terdapat kajian pengeluaran anak pokok (plantlets) nanas MD2 dimana ia telah dijalankan dengan menggunakan teknik goncangan cecair secara kultur tisu boleh dipertingkatkan berbanding dengan secara normal. Anak pokok yang dikeluarkan akan ditanam di rumah kaca untuk menyesuaikan diri selama 1 - 2 bulan sebelum dipindahkan ke ladang. Semasa penilaian di ladang, hasil buah telah menunjukkan perbezaan dari segi peratusan bentuk buah. Data menunjukkan hanya 0.86% bentuk cylindrical sharp taper (CSHT) dan 12.68% bagi bentuk cylindrical slight taper (CST) selepas 10 kali eksplan di subkultur. Malah bentuk SL yang dihasilkan telah menunjukkan peratusan tertinggi iaitu pada kadar 85.92%. Pada penulis blog kajian ini mestilah diteruskan sehingga ianya terbukti boleh dijadikan bahan tanaman yang stabil untuk industri. Bagi nanas bukan hibrid teknik ini memang tidak menjadi isu akan tetapi penulis blog berpendapat bagi varieti nanas hibrid seperti MD2 ianya memang kurang sesuai dengan isu variasi somaklonal. Larangan penggunnaan benih nanas MD2 kultur tisu masih berkuatkuasa di Malaysia sehingga artikel ini ditulis terutama untuk bekalan benih MD2 kepada LPNM, usahawan swasta, pekebun kecil kerana ia ada masaalah kualiti benih. Kepada mereka yang hendak menanam nanas varieti MD2 pastikan mennggunakan benih nanas sulur tulin daripada pokok induk yang mendapat persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) daripada Jabatan Pertanian dan mengikuti standard piawaian SIRIM dalam pembekalan benih nanas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
BENIH NANAS MD2... SUSAH DAPATNYA...
CARI YANG ORIGINAL...TAK TAHU CARA...
KAJIAN MARDI... KULTUR TISU DICUBA...
DIRUJUK LAPORANNYA...APA TEMUANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Muharram 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...