mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 6, 2020

DURIAN MALAYSIA PREMIUM

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan jenis buah bermusim yang luas di tanam di Malaysia semenjak dahulu lagi. Pokok durian yang tumbuh tinggi akan berbuah pada musimnya dari bulan lewat Mei sehingga September setiap tahun dimana ia dipasarkan untuk pasaran domestik, eksport dan juga ada yang diproses untuk pelbagai produk berasaskan durian. Terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian pada 2018 dengan jumlah penghasilan sebanyak 251,910 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan utama penanaman durian di Malaysia terletak di Negeri Pahang (18,293 hektar) diikuti dengan Johor (15,630 hektar) dan juga Sarawak 10,431 hektar). Bagaimana pun dari segi rekod pengeluaran buah durian, Negeri Johor masih merupakan pengeluar terbanyak pada 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 52,272 metrik tan dan banyak buah yang di eksport ke Singapura. Kawasan di Daerah Muar dan Daerah Tangkak sahaja sudah mempunyai keluasan melebihi 4,200 hektar dengan jenis buah durian premium seperti Musang King (D197), Hajah Hasmah/IOI (D168), D24, Durian Tembaga dan beberapa lagi. Pemilik durian komersil kini kebanyakannya telah pun menukar pokok durian lama kepada varieti baru terutama kepada varieti premium seperti Musang King dengan cara menanam anakpokok baru atau pun melakukannya melalui Cantuman Dewasa (Matured Budding). Pokok lama yang sudah tinggi dan berbatang besar akan dilakukan cantuman dewasa dengan mengunakan baka durian premium sehingga sebahagian besarnya sudah menjadi pokok durian premium. Pasaran durian kini menjadi lebih berdaya saing apabila negera China telah meluluskan pengeksporan 'whole fruit' buah durian kenegara tersebut setelah protokol diluluskan beberapa tahun lepas. Apa pun kini penulis blog dapati kualiti buah durian lebih baik daripada dahulu apabila cara amalan agronomi pemilik dusun durian telah mengamalkan pakej amalan teknologi moden. Antaranya seperti penggunaan baja berkualiti, kawalan perosak dan penyakit, pemasangan sistem pengairan dipokok, aktiviti menandakan pokok untuk 'tracebility', memasang jaring bawah pokok untuk menampan buah gugur dan juga mendapatkan persijilan MyGAP atau MyOrganik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan megenai status durian Malaysia yang menuju kearah durian premium dengan kadar yang lebih tinggi dimasa akan datang.

Berita dari Bernama dengan beberapa buah akhbar tempatan menulis artikel bertajuk 'Durian Kita Premium' dimana kini durian dari Malaysia dilaporkan akan kekal menjadi pilihan dan rebutan dalam kalangan rakyat China yang dipacu permintaan lebih kukuh terhadap raja buah itu. Berita ini adalah memetik kepada kenyataan dari Penasihat Komersial di Kedutaan China di Malaysia, Shi Ziming dimana kini minat rakyat China terhadap durian tetap tidak berkurang meskipun rantaian bekalan di Malaysia terjejas sedikit pada awal tahun 2020 akibat pandemik Covid-19 dan kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku. Dakwa beliau lagi dimana Durian Malaysia jadi pilihan pembeli di China untuk dijadikan hadiah premium kepada rakan dan keluarga dan ia merupakan hadiah yang amat dihargai dikalangan mereka. Beliau nyatakan dimana keunikan pada tekstur dan rasa durian Malaysia tiada tandingannya di dunia maka buah ini akan dipilih dan selalunya dibeli sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan. Pengalaman penulis blog semasa mengikuti rombongan YB Menteri Pertanian ketika itu di Nanning, China pada 2017 memang penulis juga boleh mengesahkan dakwaan ini kerana melihat bagaimana tahap sambutan penduduk Nanning yang sanggup berbaris sepanjang lebih 3 km untuk menikmati durian Musang King. Mereka menyatakan durian dari Malaysia lebih manis, aroma kuat dan 'rasa yang tidak boleh dilupakan' setelah buat ujirasa tersebut berbeza dengan durian import dari Thailand. Perbezaan ini kerana durian dari Malaysia masak gugur (full ripenig stage) sementara durian dari Thailand adalah dipetik dari pokok.

Dilaporkan dimana China mengimport 600,000 tan durian bernilai AS$1.7 bilion (RM7.24 bilion) pada tahun 2019. Apa pun dari penelitian penulis blog jumlah tersebut hanya kurang daripada 2% daripada jumlah import durian ke negara China. Thailand mendominasi pasaran durian di negara China sehinga melebihi 93% pada tahun 2019 dengan menghantar durian jenis Munthong, Chanee dan Kanyou. Malaysia pula setakat ini hanya menghantar jenis durian Musang King (D197) sahaja yang merupakan durian premium dari negara kita.  Eksport durian dari Malaysia menyumbang peratusan kecil di pasaran China akan tetapi ia menerima harga yang agak baik disana. Dilaporkan dimana setakat ini edaran bagi durian Malaysia hanya terdapat di beberapa bandar utama di China dan hanya boleh dibeli melalui platform dalam talian. Penulis blog yang ada ikuti prosedur penghantaran durian Malaysia ke China memang melalui laluan sukar untuk mempastikan perjanjian protokol pengeksportan durian Malaysia sehingga selesai dan memang rumit caranya. Kini selain daripada penghantaran 'whole fruit' telah dibenarkan menghantar dalam bentuk 'durian paste' dan 'frozen durian'. Dilaporkan telah ada perkhidmatan kapalterbang yang khusus untuk menghantar durian segar ke China bermula tahun 2018 lagi oleh pihak pengeksport durian tempatan kita. Perkhidmatan ini dilakukan bersama diantara Persatuan Pengeksport Durian Malaysia dengan usahawan terkemuka daripada China dengan penerbangan khusus.

Dalam pada itu menurut laporan statistik Kedutaan China dimana dilaporkan ada mengimport 3,200 tan isi durian sejuk beku dan pes dari Malaysia berjumlah AS$41 juta pada 2018. Tinjauan penulis blog kesebuah kilang memproses durian di Raub pada 2019 mendapati dimana Pes Durian Musang King Sejuk Beku di Raub, Pahang seberat 2 kg berharga RM200/pek dimana isi durian D197 ini mengandungi 15-18% isi buah setiap biji. Bagi pes durian kampung pula ia dijual dengan harga sekitar RM150/pek ke China dan USA (Sila lihat foto disebelah).  Kelulusan mengeksport durian dalam bentuk biji (whole fruits) ke China dilaporkan bermula pada pertengahan 2019 mencetuskan lonjakan eskport berjumlah 7,700 metrik tan (termasuk isi dan pes) pada tahun lalu bernilai AS$67 jutaWalaupun berlaku wabak pandemik Covid19 di China dan penghantaran berlaku di luar musim dilaporkan dimana  eksport durian Malaysia ke China pada suku pertama 2020 sama dengan tempoh sebelumnya iaitu AS$ 22 juta iaitu trend yang tersu meningkat. Perkara ini menunjukkan yang eksport durian Malaysia ke China tidak terjejas meskipun pada luar musim. Shi berkata penjualan durian di Malaysia meningkat 10 kali ganda menjelang akhir Mac lalu berikutan promosi platform buah segar e-dagang China, FreshHema dan mencecah RMB4.35 juta (RM2.62 juta) di platform makanan bawa pulang, Meituan Waimai pada 20 Mei lalu.

Dalam pada itu menurut Presiden Persatuan Peladang Makanan Malaysia (Bahagian Belia), Francis Hong yang mendakwa dimana eksport durian ke China pada masa ini menyumbang hampir 80 peratus-bekalan baharu untuk musim (Mei hingga Julai atau Ogos)-dijangka meningkat dan dapat memenuhi permintaan pasaran China. Seperti sektor lain, kita terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Tetapi sekarang keadaan semakin baik dan dengan musim baharu bermula, kami harap dapat menuai hasil yang banyak, tetapi (pengeluaran) kali ini bergantung kepada cuaca. Menurut Hong lagi dimana pasaran durian Malaysia di China hanya 10 peratus dan dijual di Shanghai, Guangzhou, Guangdong dan Beijing. Malaysia hanya mengeksport durian premium ke China-termasuk Musang King yang terkenal seperti varieti Durian D168 (101) dan varietu durian D24Dianggarkan sekilogram Musang King boleh menjangkau harga bermula daripada RMB200-RMB300 (RM120-RM180)Seorang usahawan bernama Fred Lim juga mengatakan walaupun pengeluaran dan penjualan duriannya terjejas akibat wabak, beliau tetap optimis dan yakin keadaan akan pulih tidak lama lagi. Beliau mendakwa wabak Covid-19 awal tahun ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti perniagaan duriannya merosot 50 peratus, sementara pendapatannya berkurang dari RM5 juta sebulan sebelum ini kepada RM2.5 juta. Lim mula mengeksport isi dan pes durian ke China sejak 2010. Pengeluaran terjejas teruk, semoga keadaan akan pulih seperti biasa. Saya juga berharap MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menganjurkan misi perdagangan ke China tidak lama lagi supaya kita dapat menyertai dan memanfaatkan pasaran yang lebih besar di sana. Semuga artikel inii memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN MALAYSIA... PREMIUM DIA...
MUSANG KING... IA VARIETI UTAMA...
HARGA MAHAL... DIHANTAR KE CHINA...
POTENSI BAIK... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1441H).

Sunday, July 5, 2020

BETIK 'RED LADY QUEEN' - KENALI DIA

BETIK JENIS 'DWARF PAPAYA RED LADY' atau nama saintifiknya Carica papaya merupakan sejenis tanaman betik yang sangat popular dibeberapa negara. Di Malaysia varieti Betik Sekaki adalah varieti yang paling popular di tanam untuk pasaran domestik dan eskport dimana selain itu ada ditanam betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa varieti lain. Seluas 3,267 hektar betik ditanam pada tahun 2018 dengan hasil pengeuarannya sebanyak 88,840 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri utama yang menanam dan menghasilkan betik adalah Johor (46%) iaitu seluas 1,459 hektar diikuti dengan Pahang (522 ha) dan Perak (277 ha). Penulis blog yang telah menulis lebih daripada 25 artikel mengenai betik mendapati tanaman betik mampu memberikan pulangan yang lumayan jika dilaksanakan dengan komersil mengiuti amalan MyGAP. Di dunia dari segi sejarah tanaman betik berasal daripada dua jenis iaitu asasnya Betik Hawaian dan Betik Mexican.  Perbezaan fizikal antara kedua jenis ini dimana betik Hawaian biasanya mempunyai bentuk buah bentuk buah pear (pear shape) dengan purata berat sekitar 0.45 kg sebiji (1 pounds). Sementara itu betik Mexican asasnya berbentuk bulat (football shape) dengan ukurlilit sehingga 15 inci dan beratnya mencecah sehingga 4.5 kg sebiji (10 pounds). Dalam pada itu varieti betik 'Red Lady' dari kumpulan betik Mexican didakwa mampu mencapai berat sekitar 1.4 - 1.8 kg sebiji (atau 3 - 4 pounds) dan mampu menghasilkan sebanyak 120 biji buah sepokok. Apa pun betik Red Lady Dwarf ini mampu tumbuh setinggi 20 - 30 kakii dalam keadaan biasa walau pun dilaporkan isinya agak keras. Penanaman jenis ini di Malaysia masih kurang popular dan tidak dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Kalau ada pun berkemungkinan ia ditanam secara kecil-kecilan dan tidak dikomersilkan. Bagaimana pun betik ini ada di tanam di negara jiran Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya di sekitar Asia Tenggara. Artikel tengahari hari raya ke 10 Syawal 1441 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia betik Red Lady Dwarf dari beberapa sumber dan pengalaman penulis sendiri bagi menambah ilmu anda semua untuk rujukkan.


Merujuk kepada artikel dari Technology-Indonesia.com ada cerita menarik mengenai penanaman betik khususnya betik red lady ini untuk dibuat rujukkan. Menurut dari artikel tersebut penghasilan dari penanaman betik (pepaya) sangat ditentukan oleh benih unggul yang ditanam, teknik amalan agronomi yang dilakukan dan keadaan persekitaran kebun dimana ianya ditanam. Terkini di Indonesia selain daripada Betik California (Betik Calina) telah ada potensi penanaman betik Red Lady yang menarik perhatian. Betik ini diberikan nama lokal sebagai 'Betik Merah Delima' dengan biji benih ada dikeluarkan oleh Syarikat Know You Seeds (Sila lihat foto disebelah). Didakwa bagaimana pun dimana varieti ini adalah hasil inovasi penyelidikan biakbaka tempatan yang dijalankan oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian (Balitbangtan) dan hasilnya iai sudah berkembang di hampir seluruh wilayah di Indonesia. Dilaporkan dimana terkini nilai komersial pengeluaran Betik Merah Delima telah menarik minat beberapa pihak swasta dan petanii biasa didalam usaha untuk menanamnya secara luas. Salah satunya Syarikat PT. New View Glen Faloch (PT. NVGF )  iaitu sebuah syarikat perkebunan bertempat di Dusun Gunung Krikil Desa Tegalharjo, Kecamatan Glenmore Kabupaten Banyuwangi Jawa Timur. Dilaporkan dimana syarikat inii berjaya menanam Betik Merah Delima sejak tahun 2017 di kawasan seluas seluas 10 hektar. Didapati aktiviti menanam betik ini telah pun mula menampakkan kesan positif kepada syarikat dan membuka mata masyarakat petani tempatan. 


Dilaporkan dimana penghasilan Betik Red Lady (Merah Delima) ini memang amat tinggi sehingga dapat memberikan keuntungan dan pulangan kepada cash flow kepada syarikat dengan baik. Tanaman betik kini sapai tahap dimana pproses menuai dilakukan seminggu 2-4 kali dengan kapasiti pengeluaran sekitar 3 -  8 metrik tan setiap kali penuaian dari kawasan seluas 10 hektar. Walau pun pada peringkat awal Syarikat PT. NVGF belum boleh memasarkan buah betik ini secara rutin sebab ramai pengguna tempatan belum mengenalinya akan tetapi penerimaan betik ini semakin baik. Mereka menjalankan beberapa promosi dan pengenalan betik ini dengan cara kerjasama pihak kerajaan dari Pusat Penyelidikan iaitu Balitbangtan, Bagaimana pun kini telah ramai pemborong yang datang keladang sendiri untuk mendapatkan bekalan betik Merah Delima ini dan memang mendapat permintaan pasaran baik. Walau pun keluasan hanya sedikit akan tetapi luas pasaran betik ini selain dari sekitar Banyuwangi juga sudah mencapai kelokasi lain seperti di Bali, Bandung, Jakarta, Surabaya dan Jawa Tengah. Biasanya kaedah dilakukan dimana pemborong akan datang kekebun dan mereka membeli dengan memetik, mengemas (grading) dan mengangkut sendiri buahnya dengan harga ladang sekitar Rp. 2.000-3.000/kg (RM0.60 - RM0.90/kg)..Purata berat sebiji buah sekitar 2.0 - 3.0 kg sebiji bermakna nilai sebiji buah adalah RM1.20 (2 kg c RM0.60 (Paling kecil) sehingga RM2.70 sebiji (paling besar (3 kg x RM0.90).


Menyorot mengenai amalan agronomi dilaporkan betik Red Lady yang ditanam dikawasan ini menghadapi beberapa permasalahan antara lain serangan penyakit Bakteria iaitu Erwinia yang menjejaskan kualiti buah. Kes serangan bakteria Erwinia segera dikawal dengan memusnahkan tanaman yang sakit ddiserang bagi mencegah penularan dengan pemeliharaan tanaman yang lebih intesif dan disembur dengan racun kimia (Bacteriside). Kualiti buah mulai dapat diperbaiki dengan pembajaan yang seimbang antara baja organik, baja foliar dan baja kimia sesuai dengan keperluan pokok. Syarikat PT. NVGF bercadang memperluaskan penanaman betik Merah Delima untuk menjadi salah satu komoditi unggul syarikat. Dilaporkan kini selain di Banyuwangi, Betik Merah Delima mempunyai peluang besar untuk ditanam di Bali. Potensi pasaran buah tropika ini adalah untuk memenuhi keperluan oleh ramainya pelancong asing ke pulau tersebut dari luar negara yang suka makan buah-buahan termasuk betik. Terdapat permintaan dari petani untuk menanam Betik Merah Delima di Denpasar dan bekalan sehingga kini masih jauh dari mencukupi.  Betik  Merah Delima sudah ditanam oleh Syarikat Liran Farm di Tabanan, Bali sejak awal 2018 danterkini sebanyak 1,000 pokok sedang menunggu untuk berbuah. Selain itu beberapa jenis betik lain seperti Betik Calina ditanam dikawasan berhampiran.Pemilik kebun dikenali dengan nama Gus Joni mendakwa dimana Betik Merah Delima diharapkan sangat menguntungkan dan senang dijual sebab mempunyai rasa yang manis dan harganya kompetitif. Permintaan buah betik di sini mendorong beliau untuk meluaskan lagi tanam betik  Merah Delima sebanyak 2,000 pokok lagi pada 2020 yang terletak di Singaraja, Bali.


Dalam pada itu dilaporkan dimana satu lagi Syarikat PT Trijaya Agro Mandiri (TAM) juga telah merasakan seronoknya berkebun dengan menanam betik Red Lady ini. Kebun yang terletak di Tegalwaru, Ciampea, Bogor pada 2017. Syarikat menanam Betik Merah Delima di Serang, Banten seluas 5 ha melalui konsep “Sustainable Agroecosystem” yang pertama kali dilaksanakan pada 2016 di Tegalwaru Ciampea Bogor. Kebun tersebut masa ini telah ditanam secara aktif dengan beberapa jenis tanaman bercampur-campur termasuk betik unggul, durian, pisang, dan komoditi lain. Ditanam juga tanaman singkat masa seperti cili, tomato, kobis, terong dan sebagainya. Kebun yang subur ini mempunyai cukup air dan diuruskan dengan baik sehingga dari penuaian betik sahaja dianggarkan sebanyak 5 metrik tan seminggu terutama dari betik Red Lady ini. Dakwa mereka Betik Merah Delima ini kualitinya sangat baik iaitu mempunyai warna isi daging buah merah kuat dengan tahap rasa kemanisan cukup tinggi. Daya tahan simpan buah jenis ini adalah sangat baik dimana ini merupakan antara faktor sangat penting untuk pembeli. Beberapa pemborong tempatan menyatakan amat berminat membeli buah Betik Red Lady ini untuk pasaran domestik di supermarket telah membuat tempahan awal. Syarikat ini kini mendapati semua kegiatan petik buah betik, proses grading, packaging dan pengangkutan dilakukan oleh pemborong. Penuaian dilakukan secara rutin dua kali seminggu atau setiap 3 hari. Mereka membeli pada harga ladang RM0.90 sekilogram bagi Gred A dan B. Kini pengeluaran dari kebun sekitar 20 - 24 metrik tan sebulan dengan pendapatan bersih yang diperolehi sekitar Rp 60 - 72 juta sebulan (RM17,835 - RM21,400 sebulan). Laporan oleh artikel ini menunjukkan penanaman Betik Red Lady atau nama tempatan sebagai Betik Merah Delima memberikan pulangan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,

MENANAM BETIK... RED LADY ASALNYA...
DI INDONESIA...IA BETIK MERAH DELIMA...
MUDAH DITANAM...PASTIKAN BENIHNYA...
HASIL LUMAYAN... DITERIMA PENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1441H).

Saturday, July 4, 2020

SUWEG - KENALI TANAMAN INI

SUWEG (Amorphophallus campanulatus) merupakan sejenis tanam umbisi iaitu perkataan didalam bahasa Jawa dari keluarga Araceae yang memang jarang dikenali di Malaysia. Tumbuhan ini adalah tanaman anggota kumpulan genus  Amorphophallus dan masih berkerabat dekat dengan bunga bangkai raksasa (Amorphophallus titanum) dan Iles-iles (A. muelleri) serta Porang. Suweg sering didapati selalu ada kekeliruan dengan pokok Iles-iles sebab kedua-duanya menghasilkan umbisi dari perdu batang yang boleh dimakan dan ada juga persamaan didalam sifat morfologi daun pada peringkat vegetatifnya. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah porang walau pun ia berbeza dari beberapa ciri pada batang dan 'kataknya'. Nama lain trmasuk Elephant foot yam, Stink lily (bahasa Inggeris), Teve (bahasa Tonga), Jimmikand, Suran, Chenna, ol (bahasa Bengal), serta Oluo (bahasa Odia). Didakwa tumbuhan Suweg adalah berasal atau natif dari Asia Tenggara dan tumbuh di hutan-hutan kawasan Malesia, Filipina, serta India Tropika (bahagian selatan India). Suweg adalah umbi paling besar di dunia. Ukuran umbi suweg bisa mencapai diameter lebar 40 cm. Bentuknya bundar agak pipih. Sementara diameter tinggi umbi bisa mencapai 30 cm. Seluruh permukaan kulit suweg penuh dengan bintil-bintil dan tonjolan yang sebenarnya merupakan anak umbi dan tunas. Sementara di bahagian atas tepat di tengah-tengah lingkaran umbi ada terletak tunas utamanya. Suweg di seluruh dunia dilaporkan ada sekitar 90 jenis semuanya. Selain suweg dan bunga bangkai raksasa yang juga dikenalpasti hampir sama adalah termasuk Iles-iles (Amorphophlallus konyac) dan Acung (Amorphophallus variabilis). Umbisi bagi suweg sebenarnya merupakan batang yang berada dalam tanah. Sementara batang suweg  yang boleh membesar dengan diameter 10 cm dan setinggi 1.5 meter dengan berwarna hijau belang-belang putih mirip corak pada ular. Struktur ini sebenarnya hanyalah tangkai daun. Daun suweg sendiri menjari banyak dan membentuk seperti payung selebar 1 meter. Batangnya akan menguning, layu lalu mati menjelang musim kemarau dan pada musim kemarau umbisi ini akan mengalami masa dorman (istirahat). Ia akan tumbuh kembali pada awal musim hujan. Benih yang ditanam bila matang hasilkan umbi yang mencapai ukuran sehingga berat 10 kg dalam masa pertumbuhan sekitar 5 tahun atau lebih. Suweg tumbuh ditanah yang gembur di bawah naungan tanaman lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparka mengenai tanaman Suweg yang orang Malaysia jarang dengar atau jumpa utnk dijadikan bahan rujukan anda.

Suweg merupakan tumbuhan herba yang akan hidup menahun dimana batangnya berbentuk tegak, lembut, halus berwarna hijau atau hitam berbelang-belang putih. Batang tunggal memecah menjadi tiga cabang sekunder dan akan memecah lagi sekaligus menjadi tangkai daun (Sila anda lihat foto disebelah). Pada setiap pertemuan batang akan tumbuh bintil berwarna coklat kehitaman sebagai alat perkembangbiakan suweg. Tinggi tanaman dapat mencapai 1,5 meter dan ia bergantung umur dan kesuburan tanah. Suweg pada awalnya dijumpai di kawasan tropika dari Afrika sampai ke pulau-pulau Pasifik dn ia kemudian menyebar ke negara beriklim sedang seperti China dan Jepun. Jenis A. muelleri Blume pula asalnya dijumpai di Kepulauan Andaman India dn ia menyebar ke arah timur melalui Myanmar masuk ke Thailand dan ke Indonesia. Tanaman ini tumbuh dimana sahaja seperti di pinggir hutan jati atau di bawah rumpun buluh dan di tepitepi sungai, di semak belukar dan di tempat-tempat di bawah naungan yang beranekaragam. Bagi tujuan untuk mencapai pengeluaran umbi yang tinggi diperlukan naungan 50 - 60%. Tanaman ini tumbuh dari dataran rendah sampai 1,000 meter di atas permukaan laut dengan suhu antara 25 - 35 Celcius sedangkan curahan hujannya antara 300 - 500 mm per bulan untuk pertumbuhannya. Pada suhu di atas 35 Celcius selalunya daun tanaman akan terbakar. Akan tetapi pada suhu rendah pula akanmenyebabkan suweg mengalami masaalah pertumbuhan 'dormant' atau berehat. Tumbuhan ini sesuai ditanam ditanah bertekstur ringan seperti tanah liat berpasir, strukturnya gembur, dan kaya zat makan di samping itu juga memiliki pengairan baik. Lebih sesuai jika tanahnya ada kandungan humus yang tinggi dan memiliki pH tanah 6.0 - 7.5. 

Cara penanamannya suweg dilakukan secara terbalik. Bahagian kulit luar yang bertunas ditaruh menghadap ke bawah, sementara bekas hirisan menghadap ke atas. Mata tunas dengan lingkaran kulit sekitar 3 cm perlu diletakkan menghadap ke bawah dan bekas hirisan umbi suweg menghadap ke atas. Tunas utama ini perlu diletakkan di bahagian tengah lubang dimana kulit dengan mata tunas diletakkan di sekelilingnya. Selanjutnya lubang ditimbun dengantanah. Kalau penanaman tunas utama ini tidak dibalik maka pertumbuhan tanaman akan terlambat, atau malahan tidak boleh tumbuh sebab reput. Tunas ini akan tumbuuh kalau hujan turun sekitar dua minggu dengan berterusan. Tunas utama menjadi tanaman dengan saiz tunas yang besar sementara anakan umbi dan kulit akan menjadi tanaman yang sangat bervariasi ukurannya dimana ia akan tumbuh di sekitar tunas utama. Kalau tunas utama atau umbi yang masih berukuran kecil ini menumbuhkan dua batang tanaman maka petani akan mengambil pucuk tanaman yang tumbuh untuk dijadikan sayuran. Sayur pucuk tanaman suweg ini rasanya sangat enak dnan khusus. Pokok tumbuh baik didalam keadaan banyak hujan sebaliknya terencat waktu musim panas dan kemarau. Pada awal musim kemarau tanaman akan menguning kemuidan menjadi layu lalu kemudian akan mati. Pada masa itul umbi suweg boleh dtuai awal. Tunas utama tanaman suweg akan menghasilkan umbi yang tiap tahun ukurannya makin besar hingga boleh mencapai ukuran optima berdiameter sekitar 40 cm. Proses pengambilan tunas utama tersebut harus meninggallaknisi daging umbisinya. Pengambilan tunas utama ini terlalu tipis mengakibatkan pertumbuhannya akan lambat dan pokok mengecil atau malahan tidak dapat tubuh karena rosak. Kalau umbi ini berasal dari hirisan matatunas utama, maka pada bahagian bekas irisan akan tampak kulit umbi yang sangat halus dengan warna lebih muda. Pada kulit bekas irisan ini, sama sekali tidak tumbuh tunas maupun anak umbi. Warna daging umbi suweg coklat kekuningan. Tekstur umbi sangat kasar dan biasanya umbi suweg dimasak dengan cara dipotong-potong lalu dikukus. Untuk menghindari rasa gatal sebaiknya umbi dikupas kulitmya sampai bersih (tidak ada kotoran tanah) dan selanjutnya tanpa dicuci langsung dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam kukus. Rasa umbi seweg menyamai keladi hanya ia sedikit lembik (Sila lihat foto dibawah). Umbi kukus ini boleh langsung dimakan ketika masih panas atau ia boleh ditumbuk hingga hancur dmana ia kemudian dipadatkan pada dulang dan dibiarkan dingin. 

Proses pemprosesan umbi suweg boleh dilakukan dengan pengeringan terlebih dahulu. Caranya dengan umbi yang telah dicabut dari dalam tanah mesti dibersihkan, dikupas dan di cuci dengan air bersih. Kemudian umbi suweg dihiris nipis-nipis dan dikeringkan dalam oven pada suhu 50 °C selama 18 jam. Ia kemudian dikisar dengan blender dan diayak sampai diperoleh ukuran tepung 60 mesh. Tepung kemudian dapat dimakan melalui berbagai macam cara masakan. Berlainan dengan umbi porang yang mana ia sangat besar dengan tebalnya mencapai 25 cm selalu akan mememiliki kandungan glukomanan cukup tinggi. Glukomannan adalah polisakaride yang tersusun atas glukosa dan manosa. Di kawasan Asia Tenggara jenis Amorphophallus penghasil glukomanan yang dikenal dengan konjac plant terdiri dari beberapa jenis iaitu A. rivieri, A. bulbifer atau A. konjac. Umbi porang mengandung kristal kalsium oksalat yang jika dimakan mentah akan membuat mulut, lidah dan kerongkongan terasa tertusuk-tusuk. Untuk menghilangkannya, umbi porang dapat dimasak atau dengan mengeringkannya. Bagi orang-orang yang memiliki kecenderungan rematik, arthritis, gout, dan batu ginjal harus menghindari makanan ini.Manfaat porang banyak sekali terutama dalam industri obat dan suplemen makanan dan perkara ini terutama disebabkan oleh sifat kimia tepungnya  sebagai pengental (thickening agent), gelling agent dan pengikat air. Glukomannan saat ini dijadikan suplemen pangan yang dikonsumsi penderita diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, sembelit dan penurun berat badan. Di Jepun pula umbi ini akan diproses dengan cara dimasak dan dilumatkan untuk mendapatkan pati, kemudian dipadatkan menggunakan air kapur menjadi gel istimewa yang disebut sebagau ‘Konnyaku’.Manfaat lain porang adalah sebagai lem, film, penguat kertas, pembungkus kapsul dan juga untuk perekat tablet. Semuga semua pembaca blog anim agro technology memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA SUWEG... IA BAHASA AJAWA...
TANAMAN UMBISI...ADA DI INDONESIA...
MENGHASILKAN UMBISI.. DIBAWAHNYA...
SIAPA BERMINAT... BOLEH TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1441H).

PESARA TLDM TANAM TERUNG

TERUNG (Solanum melongena) merupakan sejenis tanaman sayur jenis buah yang banyak ditanam di Malaysia untuk kegunaan domestik dan eksport. Terdapat banyak jenis terung yang ditanam di negara kita daripada jenis terung panjang (terung ungu), Terung Putih, Tering Bulat, Terung Pipit, Terung Thailand (Terung Lalap) dan banyak jenis lagi. Pada tahun 2019 seluas 2,710 hektar kebun ditanam terung dengan pengeluaran sebanyak 43,780 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri utama yang luas menanam terung di Malaysia adalah Johor (786 hektar) diikuti dengan Pahang (498 hektar) dan Sarawak (254 hektar) pada tahun yang sama. Kebanyalan tanaman terung ini adalah secara konvensional iaitu ditanam diatas tanah tetapi telah ramai yang menanam secara fertigasi sama ada berada diatas plastik atau pun secara fertigasi gantung. Terung merupakan sejenis sayuran buah yang sesuai dimasak sebagai sayur tumis, dimasukkan didalam kari atau dimasak sambal. Terdapat beberapa vaireti popular bagi tanaman terung yang mana benihnya ada dijual oleh syarikat pebekal benih tempatan dimana dakwa mereka termasuk jenis terung hibrid yang mahal harga benihnya. Terung merupakan tanaman yang perlukan penjagaan baik agar menghasilkan tuaian berkualiti dan memberikan pulangan baik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai pesara tentera laut TLDM yang mengusahakan tanaman terung sebagai satu cara mendambah pendapatan untuk bahan bacaan semua.

Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih terung sebagai komponen utama dengan menyertai Fertigasi Rakyat di bawah pengurusan Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah di Pusat Pertanian Gelong Gajah, Beruas, Perak. Mohd Azam Junus yang berumur 37 tahun telah mula menceburi dunia pertanian sejak 2013 selepas menamatkan perkhidmatan pakaian seragam dalam pasukan keselamatan itu. Anak kelahiran Jengka, Pahang, sebelum ini memilih tanaman cili kulai (MC10) sebelum dia mula beralih sepenuhnya kepada terung kerana penjagaan tanaman itu lebih mudah dan tidak memerlukan air yang banyak (Sila lihat foto disebelah). Selain itu pengurusan racun juga lebih mudah berbanding tanaman lain dan pokok terung juga tahan lasak dengan mengambil masa dalam tempoh tiga hingga empat bulan untuk mengeluarkan hasil selepas proses semaian dilakukan. Terung sesuai ditanam di tanah jenis gambut dan saya mengusahakan 0.8 hektar setengah di dua tapak berlainan di lokasi sama. Hasil dari beberapa lawatan kelokasi kebun terung beliau kini telah pun menggunakan kaedah tanaman berbeza iaitu secara fertigasi yang mempunyai 2,450 pokok dan ditanam di batas tanah sebanyak 1,500 pokok.

Pada beliau terung yang ditanam secara fertigasi agak sukar khususnya kaedah pengurusan tanamannya kerana ia memerlukan penjagaan baja yang mencukupi membabitkan kos tinggi berbanding ditanam di batas tanah secara moden konvensional. Mohd Azam berkata, kaedah fertigasi terung perlu dibaja mengikut formula dengan penjagaan yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik dan semua terung ditanam adalah jenis nyonya yang bentuknya panjang. Dakwanya sepokok terung akan mampu mengeluarkan hasil hampir lima kilogram (kg) dan sebulan kebunnya mengeluarkan hasil 2,800kg. Harga jualan pernah mencecah RM4 sekilogram pada harga ladang. Paling rendah dijual pada harga RM2.50.kg  dan jenis ini juga mendapat permintaan tinggi daripada semua pelanggan kerana terung nyonya lebih sedap dan manis serta paling sesuai dimasak pajeri. Menurut bapa dua anak itu, walaupun sebelum ini dia boleh dikatakan hidup selesa tanpa perlu membanting tulang di kebun dengan pendapatan tetap sebagai penjawat awam selama 13 tahun, namun tidak pernah kesal memilih pertanian sebagai punca pendapatan biarpun bidang itu mempunyai risikonya tersendiri. Ketika dalam peralihan iaitu kursus wajib diikuti anggota yang mahu menamatkan perkhidmatan tanpa berfikir panjang saya memilih pertanian kerana minat yang mendalam dalam bidang ini.

Bagi Mohd Azam jika minat itu disertai dengan ‘jiwa’ dan usaha pasti ia akan membuahkan hasil biarpun pada awalnya kita akan jatuh dahulu sama seperti yang dilalui ketika di awal pembabitan dalam bidang ini apabila pernah tidak mendapat keuntungan. Namun kini dengan hanya berbekalkan semangat, bantuan serta sokongan yang diberikan Jabatan Pertanian selain keluarga dan pengalaman lalu saya bangkit semula dengan tanaman terung,” katanya yang memperoleh pendapatan kasar kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Sementara itu ditanya kepada  Penolong Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah (Pembangunan Komoditi) Nor Afifah Zawawi menyatakan dimana petani ini adalah antara 26 peserta program Fertigasi Rakyat yang mula diperkenalkan sejak tahun 2013 sehingga tahun lalu. Program ini memberikan bantuan asas berupa input pertanian dan khidmat nasehat teknikal bagaimana menguruskan penanaman sayuran yang dilakukan. Setiap peserta akan dipantau sejak memulakan aktiviti penanaman sehingga kepada penentuan gred kualiti tanaman dan juga aspek-aspek pemasarannya. Jabatan Pertanian akan terus hadir untuk membantu dalam menyediakan kemudahan seperti tapak, beg semaian, rumah fertigasi, benih, baja, racun selain khidmat nasihat. Penanaman sayuran dan buah-buahan merupakan satu aktiviti yang membekalkan makanan negara sehingga kebergantungan kepada produk makanan impport dapat dikurangkan. Kepada semua yang berminat untuk mengikuti program Fertigasi Rakyat. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAMAN TERUNG... KAWASAN TERBUKA...
TEKNIK FERTIGASI... MUDAHNYA DIJAGA...
HASIL BERKUALITI... DITERIMA PENGGUNA...
PESARA TENTERA... TERBUKTI DIA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan Ria,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1441H).

Friday, July 3, 2020

KHASIAT SACHA INCI - APA DIA?

SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang amat kurang dikenali di negara kita Malaysia. Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini sesuai diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Penulis blog kali pertama melihat tanaman ini semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam walau pun masa itu belum berminat untuk menulis blog. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH diantara pH5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Penulis mendapati banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Saya ada menulis dan membuat posting artikel ini pada tahun 2017 dimana untuk pautan (Sila klik disini). Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sacha inci dan khasiatnya untuk pembaca yang berminat dengannya sebagai rujukan.

Sacha Inchi kurang dikenali di Malaysia dimana ia berasal dari Hutan Amazon Peru dan sudah lama ditanam serta digunakan sejak beribu tahun yang lalu oleh masyarakat orang asli Inca di Peru sebagai herba ubat disana. Menurut portan delimajelita2u.com yang saya rujuak didakwa biji Sacha Inchi mempunyai kandungan protein tinggi sebanyak 27% dan minyak sebanyak 35%-60%. Minyak didalam Biji Sacha Inchi kaya dengan asid lemak penting seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin A dan E sekaligus menjadikannya sumber bahan antioksidan yang terbaik sehingga digelar 'Power Food' oleh negara2 tertentu. Biji Sacha Inchi tidak boleh dimakan secara mentah kerana sukar ditelan, melekat dan tersangkut pada kerongkong. Ia perlu perlu dipanggang menggunakan oven atau digoreng tanpa minyak bersama kulitnya sebelum ia boleh dimakan isi dalam sebagai kacang atau dimasukan kedalam kapsul supaya mudah ditelan. Portal ini menyatakan dimana diantara Khasiat Sacha Inchi adalah untuk kesihatan jantung, Mengawal kencing manis, Mengawal kolestrol dalam darah dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga khasiatnya untuk mencerdaskan otak. anti kanser, melancarkan dan menjaga sistem buah pinggang dan juga pulihkan tenaga batin lelaki dan wanita. Kegunaan lain minyak dari biji Sacha Inchi banyak digunakan didalam produk kosmetik sebagai agen pembantu menyihat dan melembabkan kulit sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan juga jeragat kulit, ia juga mampu menyembuhkan penyakit kulit serta bantu tingkatkan kesuburan rambut. Cara guna dengan mengoreng biji sacha inchi tanpa minyak atau panggang menggunakan oven. Pecahkan kulit luarnya dan makan isi dalam yang berwarna putih 1biji 1kali 1hari sebagai suppliment kesihatan, isi biji sacha inchi rasa lemak seperti kacang goreng.


Pokok Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Blog sentiasapanas.com yang saya rujuk menarik untuk dikongsi bersama semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Khasiat Sacha Inchi yang mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit kita yang berbahaya. Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%)Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi kerana ia didakwa membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Ia juga akan membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan, membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser dan juga menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Khasiat seterusnya melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti dann juga meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi. Ia akan melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik dan mampu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Khasiat selanjutanya ia dapat memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum dan juga membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.


Bagi mengukuhkan lagi akan khasiat sacha inchi yang banyak ditulis maka saya kunjungi pula blog berkaita milik mustafayas.in dimana beliau juga menyatakan akan 12 khasiat tumbuhan ini. Beliau nyatakan Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi dakwanya dapat membantu mencegah dan eterusnya meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan sistem pengaliran darah dalam tubuh. Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan. Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh seterusnya mengakibatkan obesiti. ia juga akan meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi. Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SACHA INCHI... BANYAK KHASIATNYA...
PENYAKIT DISEMBUHKAN...BERGUNA...
OMEGA 3 PULA... KANDUNGAN UTAMA...
BANYAK RUJUKKAN...DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawaal 1441H).

Thursday, July 2, 2020

BEZA PORANG, SUWEG, ILES-ILES & WALUR

TANAMAN UMBISI PORANG, SUWEG, WALUR DAN ILES-ILES merupakan sejenis tanaman yang kurang dikenali di Malaysia akan tetapi ia adalah sejenis tanaman umbisi yang popular di Indonesia untuk pasaran domestik dan eksport. Porang (Amorphophallus oncophyllus) atau yang juga kalangan orang biasa yang tidak mahir mengenalnya sebagai dengan nama Suweg, Walur atau Iles-iles termasuk famili Araceae merupakan jenis tanaman umbisi yang mana ia mempunyai potensi dan prospek untuk dikembangkan di negara jiran Indonesia. Tanaman ini sebenarnya termasuk tjenis tumbuhan liar sehingga di kalangan petani Indonesia belum banyak yang telah kenal. Porang sendiri ada tumbuh secara sporadic di hutan-hutan mahupun di pekarangan dan baru beberapa masa terdekat ini pokok atau porang mulai dikomersilkan. Porang sesuai tumbuh di dataran tanah yang rendah hingga ketinggian 1,000 m di atas permukaan laut dengan suhu antara 25 - 30 darjah Celsius dan curahan hujan antara 300 - 500 mm per bulan selama jangkamas proses pertumbuhan. Benih porang biasa menggunakan dari potongan umbi batang ataupun umbinya yang telah memiliki tunas yang keluar atau umbi katak (bubil) yang dihasilkan pokok dewasa dan boleh ditanam secara langsung. Purata ketinggian pokok porang sekitar 100 - 250 cm. Ciri lain bagi tanaman porang adalah mempunyai batang tumbuh cra menegak, lunak serta batang halus berwarna hijau atau hitam belang-belang dengan bintik-bintik berwarna putih. Oleh kerana masih ramai kalangan umum belum kenal tanam ini maka artikel ini akan menjelaskan akan beberapa perbezaan pada tanaman Porang, Suweg, Walur dan Iles-iles yang boleh menjadi bahan rujukkan anda semua melalui tulisan dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini.


Sebenarnya tanaman porang memiliki nilai strategik untuk dikomersilkan disebabkan ia mempunyai peluang yang cukup besar untuk dieksport. Di negara Indonesia pada tahun 2018 tercatat pengeksportan sebanyak 254 metrik tan yang bernilai sebanyak Rp 11.31 miliar (RM34.04 juta ) kebeberapa negara seperti ke Jepun, China, Vietnam, Australia dan sebagainya. Walau pun dilaporkan dimana umbi porang ketika ini masih banyak yang berasal dari hutan dan belum banyak dihask]lkan dari kebun komersil akan tetapi penanaman semakin meluas. Ada beberapa kilang yang mampu memporses tepung porang ketika ini di Jawa seperiti yang berada di Pasuruan, Madiun, Wonogiri, Bandung serta Maros. Pokok Porang dapat tumbuh di semua jenis tanah namun apa yang penting adalah porang akan tumbuh dengan baik di tanah yang memiliki pokok naungan seperti pohon jati, mahoni dan Albasia (sengon). Peringkat awal ini pokok porang ada ditanam pada kebun di sekitar pookok jati yang rendang dan dilihat hanya ditanam sekali sahaja sebelum ia dituai. Selepas itu umbi akan tumbuh lagi setelah menuai dengan meninggalkannya dilubang semula. Kini ada 3 teknik bagi menghasilkan benih porang iaitu menggunakan katak, buah atau biji dan umbisi porang itu sendiri. Bagaimana pun kaedah menggunakan biji dilaporkan paling mudah dan cekap untuk penanaman porang secara komersil.


Tanaman Porang akan berbunga pada umur sekitar 4 tahun dimana selalunya berbunga dimana bunga tersebut akan berubah menjadi buah dan kemudian menghasilkan biji yang baik dikembangbiakan pada musim hujan (Sila lihat foto disebelah). Dalam amalan biasa selalunya tanaman komsrsil porang boleh dituai setelah 3 tahun tumbuhan tersebut ditanam. Cara menuainya ialah dengan mengambil umbi yang paling besar dari tumbuhan tersebut dan diproses. Dalam pada itu amalan dilakukan dimana umbi yang kecil dibiarkan saja di kebun agar pada ketika musim hujan umbi tersebut dapat tumbuh lebih besar lagi. Kkemudian setelah umbi yang besar diambil dan dibersihkan dari tanah dan akar, umbi kemudian dipotong-potong setebal 1 cm dan perlu dijemur sehingga cukup kering. Cara mengiris menentukan kualiti porang kering. Jika salah mengiris dan porang tidak kering pada masa penjemuran maka akan timbul cendawan dimana ia akan merugikan. Pendapatan akan terjejas kesan kerosakkan hirisan poring yang dijemur ini akibat oleh kehadiran cendawan. Porang banyak dimanfaatkan untuk bahan asas seperti tepung, kosmetik dan penjernih air. Selain itu ia juga digunakan untuk pembuatan lem dan "jelly" yang beberapa tahun terakhir kerap dieksport ke Jepun. Ada laporan dimana umbi porang banyak mengandung bahan dikenali glucomannan berbentuk tepung. Glucomannan merupakan serat semulajadi yang larut dalam air biasa digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental, bahkan dapat digunakan sebagai bahan pembuatan lem ramah lingkungan dan pembuatan komponen pesawat terbang. 

Berikut adalah beberapa fakta mengenai perbezaan diantata Porang, Suweg, Walur dan Iles-iles untuk difahami oleh semua pembaca anim agro technology:-


(1) PORANG
Porang (Amorphopalus muelleri Blume) mempunyai benruk daun lebar, hujung daun runcing warna hijau, batang halus belang belang hijau dan putih. Umbi berserat halus dan berwarna kuning, tidak terdapat bintil (calon tunas/anakan). Pada setiap cabang dan ketiak daun terdapat bubil atau dipanggil sebagai 'katak' yang boleh dijadikan bahan tanaman. Selain ia mempunyai jenis daun Lebar, hujung Daun Runcing dan berwarna hijau muda biasanya pada bahagian Kulit Batang halus dan berwarna belang hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi tidak terdapat bintil dimana umbinya berserat halus dan berwarna kekuningan.  Pada setiap pertemuan batang ada bubil atau katak. Umbi digunakan setellah melalui beberapa proses.

(2) SUWEG
Suwek atau pyn Suweg (Amorphopalus companulatus) pula mempunyai bentuk daun kecil, ujung runcing warna hijau mengkilat, batang agak kasar belang hijau dan putih. Kelainan pada permukaan umbi terdapat bintil ( Calon tunas atau anakan) dimana ia tidak terdapat bubil atau katak. Umbi suwek langsung boleh dimasak dan dimakan selepas dituai tidak seperti porang yang perlu diproses dahulu. Selain mempunyai saiz daun yang kecil, hujung daunnya meruncing dan berwarna hijau. Perbezaan nyata terletak pada kulit batang agak kasar dan berwarna belang hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi banyak bintil dan kasar, umbi berserat halus dan berwarna putih. Pada setiap pertemuan batang tidak ada bubil atau katak. Umbi bisa dimkan setelah di kupas bersih dan dimasak.


(3) WALUR
Walur (Amorphopalus variabilis) mempunyai bentuk daun kecil dengan hujung runcing warna hijau berkilat dan ia ada batang berduri tajam dengan ada titik berwarna hijau dan putih. Pada bahagian umbi terdapat bintil (calon tunas/anakan) kulitnya berwarna coklat, umbi berserat kasar dengan warna agak kemerahan dan pada daun tidak terdapat bubil atau katak.
Daun Kecil dengan hujung daun meruncing dan ia berwarna hijau. Bahagian batangnya berduri tajam dengan ada corak berwarna hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi terdapat bintilndengan kulitnya berwarna coklat dengan warna agak kemerahan. Pada setiap tempat pertemuan batang tidak ada bubil atau katak.



(4) ILES-ILES
Iles-iles (Amorphophallus spp) pula ia mempunyai bentuk daun kecil, ujungnya runcing warna hijau tua, kulit batang halus berwarna keunguan, bercak putih, umbi berwarna putih seperti bengkoang pada permukaan berbintil (calon tunas / anakan), serat halus berwarna putih dan memang ia  tidak mempunyai bubil atau katak. Bahagian daun Kecil, hujung Daun Runcing dan berwarna hijau tua. Diteliti lanjut ia mempunyai Kulit Batang halus dan berwarna belang keunguan dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukan umbi ada bintil, umbi berserat halus dan berwarna putih seperti bengkoan. Pada setiap pertemuan batang tidak ada bubil atau katak.
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,
NAMANYA PORANG... BANYAK GUNANYA...
UMBISI...TIDAK DIKENALI DI MALAYSIA,,,
SUDAH KOMERSIL... DI INDONESIA ADA...
BACA ARTIKEL... ANDA DAH TERPESONA..

By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1441H).

Posted from Room 11,
Bedrock Hotel, Ipoh, Perak.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...