Support My Blog

Tuesday, July 14, 2020

LADANG NANAS TANAH ABANG, MERSING

LADANG NANAS KOMERSIL TANAH ABANG, MERSING JOHOR merupakan salah satu estet atau ladang nanas (Ananas comosus) yang luas dan komersil untuk pasaran eksport dan sebahagian kecil lqgi untuk pasaran domestik. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi keladang ini seluas 300 ekar yang mana ia ditanam 100% dengan nanas varieti MD2 atau pun nombor rujukan pendaftarannya adalah AC9. Nanas varieti MD2 merupakan sejenis nanas premium yang berkualiti kerana ia merupakan nanas hibrid yang mempunyai rasa sangat manis, bentuk selinder dan jangkamasa penyimpanan lama. nanas MD2 atau maknanya 'Millie Dillard 2' merupakan salah satu nanas hibrid hebat yang dihasilkan dari PRI (Pineapple Research Institute) dii Hawai semenjak kama dahulu. Kini nanas MD2 merpakan nanas premium yang mendapat galakan dalam penanamnnya oleh LPNM melalui pelbagai program mereka sehingga kepada promosi pemasaran diluar negara. Penulis blog mendapati nanas MD2 kini diusahakan bukan sahaja oleh penanam nanas biasa malahan ia kini ditanam oleh golongan usahawan muda malahan syarikat perladangan sawit dengan kapasiti agak luas diseluruh negara. Salah satu kawasan penanaman nanas komersil diatas tanah mineral yang di usahakan secara meluas adalah seperti Projek Tanaman Kluster Nanas (KNaL) yang dulu dipelopori oleh LPNM dibawah bekas ketua pengarahnya iaitu saya sendiri. Ladang nanas di Tanah Abang ini ditanam diatas tanah milik LPNM yang disewa daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk penanaman nanas dan beberapa jenis tanaman makanan lain. Jenis tanah mineral yang  ada disini adalah beralun bukit ini amat sesuai untuk tanaman nanas dikelilingi oleh ladang sawit milik MADOS. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu info mengenai kejayaan penanaman nanas MD2 komersil sebagai bahan rujukkan anda semua. 



Pengurus Ladang En Frin dibantu Hisham telah memberikan penerangan bagaimana status perlaksanaan tanaman nanas hibrid dengan baik. Projek ini melibatkan seramai 10 orang usahawan beliatani yang telah diberikan 10 ekar seorang yang mendapat pinjaman daripada Agrobank. Kini kaedah penanaman disasarkan seluar 7 ekar setiap bulan secara penjadualan matrik. Benih nanas Sulur (true-to-type) diprojek ini dibekalkan oleh syarkat KPF dan juga LPNM mengikut program tanaman nanas premium. Tanaman nanas diatas tanah mineral kini dijangka telah dijangka akan memberikan pulangan berbaloi kepada pengusaha jika dijalankan amalan agronomi yang baik seperti mana penanaman nanas pada tanah gambut dimasa dahulu untuk pasaran domestik dan kaleng. Pengurusan teknologi bagi penanaman nanas di tanah mineral adalah berbeza dengan teknologi penanaman nanas di atas tanah gambut. Penghasilan nanas bermula pada Disember 2019 dimana peringkat fasa 1 penanaman mula dituai dengan kuantiti sebanyak 3-4 metrik tan setiap 2 hari atau 12 - 16 metrik tan sebulan. Apa yang penting dimana semua buah yang mencapai 120 hari akan ditutup dengan sejenis plastik hitam diatasnya untuk mengelakkan kerosakkan akibat kepanasan matahari. Jenis jaring plastik yang digunakan oleh KPF merupakan sejenis jaring hitam 'special' dengan 30% cahaya berharga RM1,000 satu gulong untuk 100 kaki (Sila lihat foto disebelah). Jaring hitam ini lebih tahan untuk beberapa musim penanaman dan tahan disimpan setelah tidak digunakan. Lazimnya penanam nanas kecil-kecilan hanya menggunakan jaring plastik biasa yang murah untuk tujuan ini.

Program menghormon bagi ladang ini juga dipastikan pokok telah mencapai tahap tumbesaran baik untuk menghasilkan buah yang besar dan berkualiti. Bagi tujuan itu aktiviti menghormon dilakukan apabila pokok mencapai umur 12 bulan keatas dimana hormon etephon disembur mengikut amalan agronomi biasa. Pembajaan foliar dan juga baja biasa dilakukan mengikut jadual untuk mendapatkan pertumbuhan terbaik dan akan memberikan buah yang manis dan besar. Penelitian penulis blog mendapati saiz buah yang ada dibarisan pokok adalah besar belaka dengan 80% mencapai gred AA dan A (Sila lihat foto disebelah). Merujuk kepada lawatan ladang memang berlaku serangan repur perdu oleh patogen iaitu Dikeya spp. dimana ia masih terkawal dengan aktiviti membuang dan memusnahkannya. Menurut Encik Frin serangan haiwan babi hutan diantara yang menyebabkan pokok nanas MD2 diserang reput perdu dimusim hunan (sekitar November - awal Januari). Pada penulis blog ia merupakan perkara biasa dikawasan yang ada hutan belukar dimana babi tinggal yang merosakkan tanaman nanas. Penggunaan pagar letrik dan menembak babi dilaksanakan dikawasan ladang ini. Walau pun berlaku gajah liar memasukki ladang sebanyak dua kali tetapi tidak banyak kersoakkan yang dialami pada penghujung tahun 2019. 

Daripada penjelasan pengurus ladang En Frin, program menuai dilakukan mengikut jadual yang diatur bagi tanaman milik KPF sendiri sebagai Anchor Company atau pun milik usahawan belia disini. Buah nanas yang cukup uumur sekitar 135 - 140 hari selepas dihormon akan dipetik dengan beratnya diantara 1.5 - 1.8 kg sebiji untuk dikumpulkan sebelum dihantar kepusat rawatan eksport nanas KPF diladang Ulu Tiram, Johor Bahru. Buah nanas MD2 yang besar melebihi 2.5 kilogram akan dihantar didalam bakul berasingan bagi tujuan dirawat sebelum dimasukkan kedalam kontena dan dieksport. Difahamkan harga ladang adalah sekitar RM3.80 sekilogram bagi gred AA dan A RM3.00/kg bagi gred seterusnya. Kebanyakan buah dari ladang ini akan dirawat dan dicampur dengan buah nanas MD2 daripada Ladang KPF Ulu Tiram (ada lebih 800 ekar) sehingga penuh satu kontena 40 kaki (sekitar 20,000 biji sehingga 22,000 biji satu kontena). Buah ini dieksport ke beberapa negara seperti China, UAE, Iran, Korea dan beberapa negara lain dalam bentuk nanas segar melalui pelabuhan Pasir Gudang atau PTP. Jumlah eksport nanas segar keluar negara dari Malaysia masih rendah berbanding dengan permintaan yang amat tinggi seperti daripada negara China yang masih jauh untuk dipenuhi.

Selain itu syarikat KPF juga menjenamakan nanas segar dan produk berasaskan nanas dengan jenama MELITA. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang amat menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Kajian yang dilakukan dimakmal mendapati lazimnya kandungan gula nenas MD2 diantara 13 - 18 darjah Brixs iaitu pada kadar tahap kemanisan amat tinggi ubtuk buah tropika seperti buah nenas. Nenas varieti lain lazimnya pempunyai tahap kandungan gula diantara 8 - 12 darjah Brix sahaja. Nenas MD2 mempunyai keunikannya tersendiri dimana ia memang menyebabkan mudah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam nenas dan pengguna domestik dan antarabangsa. Ciri-ciri nenas MD2 yang manis rasanya dengan warna kulit dan isinya yang berwarna kuning-kuning keemasan serta tidak lidas memakannya. Kini telah ada beberapa usahawan nanas menanam nanas organik untuk menghasilkan nanas jenis premium.

Selain daripada produk nanas titbit dan jus nanas, kini telah ada dipasaran nanas iaitu produk Pineapple Freese Dried. Produk ini penulis blog yang buat ujirasa adalah lebih enak dan tasty daripada produk sebelum ini menggunakan teknologi 'vacuum fry'. Paket seberat 20 gram dijual dengan harga runcit RM7.00 satu paket. Pada penulis blog produk seperti kerepek nanas ini sangat enak sebab ia mengekalkan akan rasa masam dan manis nanas secara semulajadi berbeza dengan vacuum fry yang masamnya kurang dirasai. Produk ini dikilangkan oleh Tattyway Sdn Bhd beralamat di Jitra, Kedah dan diedarkan oleh Syarikat KPF (Kulim Pineapple Farm) diseluruh negara. Produk ini mempunyai akreditasi seperti MeSTI, HACCP, Halal, ISO22000 dan juga ditanda dengan Buatan Malaysia mengikut peraturan sedia ada. Teknologi Freeze Dried ini memerlukan kepakaran yang baik bagi mengekalkan semua diet permakanan dimana semua nutrisi dilabelkan pada bahagian belakang paket dengan jelas. Ia banyak mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bahan mineral. Penulis blog amat menyukai produk ini yang mempunyai jenama Melita 'Premium Fresh Pineapple' dengan paket kuning yang menarik. Anda perlu membuat ujirasa apabila jumpa pproduk ini dimana-mana kiosk yang anda jumpa atau berhubung terus dengan agen-agen pengedarnya iaitu Kulim Berhad. Tinjauan keladag ini  amat berbaloi dan penulis rasa amat bangga apabila inisiatif yang dimulakan beberapa tahun dahulu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semuga anda semua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 

DI TANAH ABANG... MERSING JAUHNYA...
NANAS MD2.. DITANAM DENGAN SUBURNYA...
BUAH BERKUALITI... IA DIEKSPORT PULA...
PERLU DIPERLUASKAN... DIMANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nanas KNal Tanah Abang,
Pejabat Ladang KPF, 
Mersing,Johor,
Malaysia.
(20 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...