Support My Blog

Wednesday, July 22, 2020

KEHEBATAN KACANG SACHA INCI (Pt 1)

TANAMAN KACANG SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia bagaimana pun dengan capaian internet ramai orang yang mengetahu akan kehebatan minyak pati sacha inchi. Perkara ini mula 'viral' setelah pihak RISDA berjaya mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagaimana pun masa itu penulis blog masih kurang pasti akan semua kehebatan tanaman ini untuk ditanam secara komersil sehingga setelah bersara ada membuat banyak tinjauan teknologi dibeberapa kebun usahawan sacha inci dan pemproses kacang ini di sekitar Perak, Melaka dan Pahang. Khasiat kacang Sacha Inchi dilaporkan amat tinggi dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 menyababkan produk dari kacang ini dijual dengan harga tinggi. Dilaporkan tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' bagaimana pun telah dikomersilkan di Thailand, Vietnam dan Kemboja.  Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016 (4 tahun lepas). Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali  ini saya bentangkan akan khasiat dan kehebatan tanaman dan produk dari kacang sacha inci sebagai bahan rujukan semua.

Penulis blog mendapati dimana tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.  Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini telah ada banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi oleh usahawan tempatan dan berjaya dipasarkan sebagai makanan kesihatan. Menurut En Ahmad seorang usahawan dari Taiping menyatakan dimana wujud permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.

Khasiat Sacha Inchi memang mudah dicari maklumatnya didalam internet dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan sedikit Melayu. Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya. Didakwa dimana Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Dilaporkan dimana antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Diatas kelebihan ini maka didakwa dimana ia akan dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Dari beberapa rujukkan penulis blog mendapati dimana diantara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi seperti dimana ia dapat membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Ia juga didakwa mampu membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.

Produk Sacha inni juga didakwa dapat membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Ia mampu untuk melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti. Minyak ini dapat meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.  Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum. Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

Mmeneliti dikebun mendapati pokok Sacha nchi ini akan tumbuh dengan cara menjalar. Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas, bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.  Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.  Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Artikel ini bersambung dalam Part 2 dan boleh dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SACHA INCHI... DARI PERU ASALNYA...
BANYAK KHASIAT.. SISIAPA YANG GUNA...
OMERGA 3, 6 DAN 9... HEBAT KEBAIAKNNYA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
24 Zulkaedah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...