Support My Blog

Saturday, July 25, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 2)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku karangan Panos G. Piperopoulos (2012). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Oleh itu, usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Ciri seterusnya adalah LOKUS KAWALAN DALAMAN merupakan kepercayaan bahawa peristiwa boleh dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor luaran. Individu percaya bahawa tingkah laku seseorang individu dipandu oleh keputusan kepada peribadinya dan usaha dalaman. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi lebih bergantung kepada diri sendiri terhadap apa-apa perkara dan situasi tanpa kira baik atau tidak, kerana mereka rasa pencapaian adalah mengikut nilai yang sanggup didosakan. Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Antara contoh usahawan yang memiliki lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula dengan hanya 4 produk, kini D’Herbs sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat. Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal. Permohonannya untuk mendapatkan pinjamn bank telah ditolak. Namun dikatakan semangatnya tidak pernah padam. Setelah berfikir panjang akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Akhirnya beliau mendapat modal yang mencukupi dan hal ini manjadi titik permulaan bagi perniagaannya naik ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu beliau membina jenama produknya sendiri.


Ciri KECEKAPAN MASA memang dikaitkan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan untuk berjaya. Seseorang usahawan haruslah menjalankan sesuatu tugas atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati ada. Ada juga yang mendefinisikan kecekapan masa sebagai kecekapan usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikuti permintaan semasa yang tinggi. Usahawan perlu pandai menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan. Salah satu contoh usahawan yang berkaitan kecekapan masa ialah Dato' Hj Ameer Ali Bin Mydin. Beliau telah mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu Mydin Mohamed Holding Berhad yang ditubuhkan oleh ayahnya, iaitu Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. Salah satu moto yang digunakan oleh beliau ialah “ jika tiba tepat pada waktunya, anda adalah lewat”. Beliau dikaitkan dengan ciri kecekapan masa boleh yang boleh dilihat melalui peristiwa yang telah berlaku seperti kenaikan harga barangan dan permintaan terhadap keperluan asas kehidupan seorang manusia, beliau memperkenalkan konsep jualan harga barangan pada harga yang sangat rendah dan kuantiti yang banyak.


Ciri usahawan berjaya seterusnya adalah KERJA BERPASUKAN dimana perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Sekiranya perniagaan melakukan kerja berpasukan dalam menghasilkan sesuatu produk, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti daripada hasil kerja individu. Kerja berpasukan boleh dipupuk dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain. Selain itu, setiap ahli pasukan perlu memberi kekuatan dan kelebihan apabila ingin melakukan sesuatu projek supaya projek yang dihasilkan lebih cekap dan cekap serta berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan boleh dikecapi dengan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dan mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara ahli pasukan. Sebagai contoh, Erik Johson seorang pengasas permainan ‘online’ iaitu Dota 2 (Defense of the Ancient) telah bekerjasama dengan IceFrog iaitu pencipta asal Dota, Gabe Newell, pengarah pengurusan Valve Corpotation, Robin Walker, perekaTeam Fortress dan Adrion Finol, programmer. Pada asalnya, Dota hanya merupakan permainan ‘online’ dalam grafik 2D. Erik Johson telah berbincang bersama IceFrog melalui e-mel untuk memperbaharui permainan tersebut dalam bentuk grafik 3D. Selepas mendapat persetujuan untuk bekerjasama, ahli-ahli pasukan yang lain turut membantu mereka dalam melaksanakan projek tersebut serta mendapat sokongan daripada syarikat Valve Corporation. Projek dilancarkan pada13 Oktober 2010. Kesimpulannya, seseorang usahawan yang berjaya, hendaklah mempunyai ciri-ciri usahawan ini iaitu berani mengambil risiko.Perkara ini demikian kerana, dengan mempunyai cirri-ciri keusahawanan seperti ini, keuntungan syarikat akan bertambah maju dan berkembang dengan pesat, tetapi jika risiko yang diambil itu gagal, berkemungkinan besar akan menyebabkan sesebuah syarikat itu gulung tikar.  Artikel ini dibahagikan kepada 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...