Support My Blog

Saturday, September 30, 2023

BIODIESEL 35 - APA KAH BENDANYA?

KALAU DI MALAYSIA
Kerajaan diminta segera menaik taraf pelaksanaan program Biodiesel B10 kepada B15 bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pemain utama dan penanda aras bagi harga minyak sawit dunia tetapi di negara jiran Indonesia sudah viral dengan Biodiesel B35. Media disana laporkan Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) menyata dimana penggunaan biodiesel B35 akan diterapkan mulai 1 Februari 2023. Mengenali bahan bakar biodiesel B35 yang mana ia adalah campuran biodiesel antara bahan bakar nabati (BBN) berasaskan minyak kelapa sawit dengan minyak diesel. Sesuai dengan namanya dimana kadar minyak sawit dalam bahan bakar adalah 35% sahaja dan sebanyak 65% adalah bahan bakar merupakan terdiri dari minyak diesel. Menurut akhbar kompas.com yang disiarkan [ada 16 Dec 2022 menyatakan dimana program biodiesel ini adalah bertujuan meningkatkan penyediaan tenaga bersih secara berterusan. Bukan hanya itu sahaja dimana dengan adanya bahan bakar biodiesel juga merupakan usaha bagi mengurangkan lagi jumlah import minyak semasa berlaku keadaan atau situasi global yang terancam dengan banyak krisis termasuk krisis tenaga. Apa pun bahan Biodiesel di Indonesia sebelum ini telah melalui proses cukup panjang hingga mencapai angka bahan campuran 35% minyak kelapa sawit dengan minyak diesel. Kementerian menjelaskan dimana program mandatori pengggunaan biodiesel sudah mulai dikuatkuasakan semenjak tahun 2008 bermula dengan kadar campuran minyak kelapa sawit 2.5% sahaja. Kemudian kejayaan program secara mandatori ini membuatkan kadar biodiesel secara bertahap ditingkatkan hingga 7.5% bermula dari tahun 2008 hingga 2010. Lima tahun kemudian atau tepatnya semenjak April 2015 peratus biodiesel dib=naikkan lagi 10% kepada 15%. Kemudian pada 1 Januari 2016 dimana kerajaan Indonesia melalui Kementerian ESDM kembali meningkatkan kadar biodiesel menjadi 20% atau disebut B20.  Terkini dilaporkan minyak biodiesel kembali meningkat menjadi 30% atau B30 selaras dengan Peraturan Menteri (Permen) ESDM Nomor 12 tahun 2015. Merujuk arahan tersebut faedah gunakan biodiesel sebagai campuran bahan bakar telah ditetapkan minima oaotu sebanyak 30% mulai Januari 2020. Terkini pada Feuari 2023 ditetapkan campuran biodiesel untuk BBM solar sebanyak 35% atau B35. Mandatori pengggunaan biodiesel ini akan bermula pada 1 Februari 2023. Pencampuran biodiesel menjadi B35 sendiri telah melalui banyak kali ujian sama ada yang dilakukan dimakmal atau dijalanraya B40. Kegiatan ujian dijalanraya telah pun berlangsung semenjak Julai 2022 hingga akhir Desember 2022. Keputusan kajian mendapati secara umum minyak B35 memberikan prestasi yang baik. Selain itu kajian mendapati dimana penyediaan kemudahan biodisel menyediakan persiapan dari segi aspek penyediaan pasukan, edaran dan pembangunan infrastruktur penting. Artikel pada tengahari khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai minyak biodiesel B35 yang viral di negara jiran untuk dijadikan bahan bacaan semua. 


Me
narik artikel dari portal detikOto.com bertajuk 'Indonesia Terapkan Biodiesel B35, Jadi yang Pertama di Dunia' agak sesuai dikongsikan. Dalam bulan Februari 2023 ini dilaporkan kerajaan Indonesia akan mula menerapkan akan penggunaan biodiesel B35 di Indonesia. Indonesia menjadi negara pertama yang menerapkan bahan bakar biodiesel dengan kandungan tinggi. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo) iaitu Yohannes Nangoi dimana industri otomotif juga mencuba menggunakan bahan bakar diesel jenis ini. Disebabkan seluluh dunia masih belum ada yang gunapakai B30 atau B35 maka pemain industri di Indonesia secara prinsipal (sektor automotif) dari negara-negara asalnya menjadi bingung semua. Ini adalah karena sampai kini seluruh dunia masih gunakan biodisesl dengan kadar di bawah 10%. Semasa pengenalan untuk menggunakan kepada minyak B20 dilihat ramai pengguna sudah menjadi bingung. Kemudian ada diperkenalan juga minyak jenis B30 dan terkini kerajaan ini memperkenalkan minyak B35 yng menggegarkan dunia automotif. Kisah ini ada didalam program Energy Corner Special B35 Implementation, yang disiarkan CNBC Indonesia. Terkini dimana di Indonesia mereka sudah menerapkan Biodiesel. B35 didakwa sesuai dan selamat dijadikan minyak kenderaan terutama kenderaan menounyai tenaga yang banyak seperti bas ekspress, kori treller dan peng atau pengembara jalanan. Bahan minyak seperti biodiesel B35 selamat bagi jenis semua kendaraan bermotor. Bagaimana pun apa yang ditakuti pengguna adalah apabila dimana campuran ini titik bekunya akan lebih tinggi tetapi hasil kajian di tanah tinggi Dieng kelihatannya ia adalah selamat untuk digunakan dan tiada masalah. Dilaporkan dimana kadar kandungan sulfur juga menurun disebabkan minyak sawit tidak mempunyai bahan sulfurnya. Terkini industri automotif tetap mengikuti arahan dari kerajaan berkait dengan cara penggunaan tenaga yang lebih ramah lingkungan. Kerajaan Indonesia berharap penggunaan biodiesel dengan standard Euro 4 sesuai demiu mempastikan pengeluaran (emmition) karbon yang lebih rendah. Minyak diesel dengan standard Euro 4 dipasaran masa ini adalah bukan biodiesel. Apa pun munyak Euro 4 itu berkeadaan bahan bakarnya sangat ketat sehingga masa ini ia belum tersedia bahan bakar biodiesel untuk jenisnya


Laporan oleh CNN Indonesia pula yang bertajuk '
Apa Untung Rugi Penggunaan Biodiesel B35?' juga berkait dengan tajuk ini. Dilaporkan dimana kerajaan Indonesia akan mengarahkan agar penggunaan minyak kenderaan atau Bahan Bakar Minyak (BBM) Biodiesel 35% (B35) mulai Febuari 2023. Pemerintah mulai menerapkan pemakaian bahan bakar minyak (BBM) Biodiesel 35% (B35) dan ia menjadikan Indonesia sebagai negara pertama yang menerapkan biodiesel dengan kandungan tinggi. Penggunaan bahan B35 ini tidak lepas dari keberhasilan B30 dan sebagai upaya mengurangkan jumlah import minyak serta ini akan menjimatkan hasil negara. Secara umum, B35 merupakan campuran bahan bakar nabati (BBN) berbasis minyak kelapa sawit, Fatty Acid Methyl Esters (FAME). B35 merupakan campuran minyak sawit 35% dan 65% lagi merupakan bahan minyak diesel. Di Indonesia bahan asas biodiesel adalah ia  berasal dari minyak sawi dimana selain dari hasil CPO ada tanaman lain yang berpotensi untuk menjadi bahan asas pembuatan biodiesel tanaman jarak, jarak pagar, kemiri sunan, kemiri cina, nyamplung, dan lain-lain. Proses didalam pembuatan minyak biodiesel umumnya menggunakan hasil tindakbalas iaitu metanolisis (transesterifikasi dengan bahan metanol) iaitu reaksi antara minyak sawit semulajadi dengan metanol dibantu pemangkin (catalyst)  basa (NaOH, KOH, atau sodium methylate). Ini untuk menghasilkan campuran ester methyl dan asid lemak dengan produk terhasil iaitu  gliserol. Biodiesel sesuai untuk digunakan pada injin diesel biasa dengan sedikit atau tanpa penyesuaian. Penyesuaian diperlukan jika penyimpanan biodiesel terbuat dari bahan sensitif dengan biodiesel seperti seal, gasket dan perekat terutama keenderaan jenis lama dan yang terbuat dari bahan getah sasli dan getah nitril. Faedah atau keuntungan dengan gunakan minyak biodiesel fakta dimana bahan bakar ini yang berasal dari bahan semulajadi menguranglan kadar dalam ketergantungan pada minyak. Biodiesel juga boleh dapat mengurangkan perlepasan gas karbon yang merbahaya. Kajian oleh pihak Enviromental Protection Agency (EPA) mendapati minyak biodiesel mengeluarkan karbon dioksida iaitu dengan kadar 11% lebih rendah daripada diesel. Ia juga dilaporkan oleh USDA dimana biodiesel dapat mengurangkan perlepasan CO2 sebanyak 78%. Kekhuatiran penggguna pula berdasarkan kesan minyak ini kepada injin disesel tersebut. Dari aspek pasaran semua pusat yang menjual biodisesel perlukan kemudahan untuk menyimpan biodiesel pada suhu yang tepat kerana jika dibiarkan terlalu lama dalam tangki penyimpanan maka ia di ancam oleh cendawan. Sebaliknya, jika disimpan pada suhu yang terlalu sejuk pula biodiesel boleh jadi keras dan kental dan susah untuk dipam. Pihak mekanik syorkan agar pemilik kendaraan diesel menggantikan bahan penapis (filter) minyak sesuai dengan biodiesel. Apa pun pihak kilang kenderaan di Indonesia bermula 2022 keendraan dikeluarkan di Indonesia sudah memenuhi ciri standarisasi Euro 4 sesuai dengan emisi buangnya. Kini sudah ada sebanyak 230 - 300 ribu kendaraan diesel terjual untuk tujuan ini diman ia sudah mewakili 23% dari jumlah penjualan kendaraan roda empat di Indonesia. Dalam 5-6 tahun lagu akan ada sebanyak 3 juta kendaraan berbahan bakar diesel yang sesuai gunakan B35.


Laporan media lain menyatakan '
Indonesia Terapkan Biodiesel' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) mengimplementasikan program B35 atau Biodiesel 35 persen. B35 ini mulai diterapkan pada Februari 2023 dimana penggunaan B35 menyusul keberhasilan program Biodiesel 30%(B30) yang merupakan tindakan kerajaan untuk mengurangkan jumlah import minyak. Direktur Bioenergi Edi Wibowo menyata dimana kerajaan akan menaikkan peratusan kadar pencampuran Bahan Bakar Nabati (BBN) ke dalam Bahan Bakar Minyak (BBM) jenis minyak disel dari 30% menjadi 35% mulai 1 Februari 2023 ini. Dengan implementasi ini dilaporkan Indonesia menjadi negara yang terdepan dalam memanfaatkan BBN jenis Biodiesel. Sasaran penyaluran minyak biodiesel pada tahun 2035 dijangka akan mencapai 13.15 juta kiloliter dimana ia akan menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak USD 10.75 miliar atau setara Rp 161 triliun. Apa pun projek B35 ini dijangka akan menyerap tenaga kerja sekitar 1.65 juta orang serta pengurangan perlepasan Gas Rumah Kaca (GRK) sekitar 34.9 juta ton CO2e. Apakah dia B35. Merujuk Kementerian ESDM dimana minyak B35 adalah salah satu bahan bakar nabati atau biofuel. Biofuel merupakan salah satu tenaga yang dihasilkan dari bahan baku bioenergi melalui proses atau teknologi tertentu. Bahan bakar nabati terdiri dari biodiesel, bioetanol dan minyak nabati murni. B35 sendiri adalah pencampuran 35% Biodiesel dengan 65% bahan bakar minyak jenis disel yang akhirnya akan menghasilkan produk Biodiesel B35. Pemerintah juga mensasarkan penerapan B100. B100 adalah istilah untuk Biodiesel yang merupakan bahan bakar nabati untuk aplikasi mesin atau motor diesel berupa ester metil asam lemak (fatty acid methyl ester/FAME) yang terbuat dari minyak nabati atau lemak haiwan melalui proses Esterifikasi atau pun proses Transesterifikasi. Proses transesterifikasi adalah proses pemindahan alkohol dari ester, namun yang digunakan sebagai katalis (suatu zat yang digunakan untuk mempercepat laju reaksi) adalah alkohol atau methanol. Menurut Menteri ESDM dimana penjimatan sunsidi dari penggunaan bahan biodiesel di tahun 2022 mencapai lebih dari Rp 100 triliun atau sekitar USD8.34 miliar (Berapa jilai Ringgit Malaysia). apa pun pada tahun 2022 dijangka penggunaan biodiesel mencapai 10.45 juta kiloliter (KL) dan sebanyak 13 juta KL pada tahun 2023. 


Sebagai perbandingan dimana di Malaysia ada laporan dar bharian.com bertajuk '
Laksanakan segera program biodiesel B15 tingkat penggunaan sawit tempatan' untuk dikongsikan kali ini. Kisah dipetik dari Kuala Lumpur apabila kerajaan diminta segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel B10 kepada B15 bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pemain utama dan penanda aras bagi harga minyak sawit dunia. Datuk Lim Pay Hen berkata dimana rancangan oleh negara Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga minyak sawit mentah (MSM) pada Jun 2022 itu boleh memberi ancaman kepada negara Malaysia terutama industri sawit tempatan terutama selepas negara jiran itu melancarkan program B35 bagi meningkatkan permintaan domestik. Pada masa kini dimana negara Indonesia adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia dengan pengeluaran 47 juta tan pada 2022Sekiranya Indonesia meneruskan rancangan ini maka Malaysia akan terus ke belakang dan tidak lagi jadi signifikan dalam industri sawit dunia. Solusi (untuk segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel) ini adalah bagi menyelamat industri sawit negara kerana sudah tertangguh berkali-kali. Jadi, jika serius, kerajaan perlu bergerak pantas. Perkara ini dinyatakan semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara. Apa pun dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dimana kerajaan Malaysia menyasarkan pengenalan program biodiesel B30 menjelang 2025. Jadi persoalannya adalah adakah Malaysia akan sempat dalam dua tahun saja untuk menaik taraf dan mencapai matlamat pengenalan program B30 dalam RMK12?. Dalam Program B20 sebelum ini dijadual dilaksanakan di seluruh negara pada akhir 2022. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rancangan Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga MSM akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian industri perladangan sawit, bukan saja di Malaysia, malah di peringkat dunia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BIODIESEL B35... LANCAR DI INDONESIA...
PADA FEBUARI 2023... IANYA BERMULA....
MENJIMATKAN IMPORT... DINEGARANYA...
BAGAIMANA MALAYSIA... SUDAH BERSEDIA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1445H).

Friday, September 29, 2023

BUNGA KEMBOJA DAN FAKTA DI MEDIA

BUNGA KEMBOJA
(Plumeria rubra) merupakan sejenis pokok bunga dari keluarga Apocynaceae yang mudah tumbuh dinegra kita Malaysia. Pokok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering ditanam dikawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah tumbuh sama seperti pokok bunga lain. Penanaman pokok kemboja sebagai tanaman hiasan keliling rumah dan juga ditanam disepanjang jalan dikampong tradisional yang dilakukan bagi tujuan landskap. Tanaman ini sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan dibawa masuk kenegara kita oleh penjajah zaman kolonial. Bunga ini diberi nama Plumeria dari seorang saintis berbangsa Perancis yang mengkaji mengenai bunga ini iaitu Charles Plumeria. Bunga ini sememangnya banyak ditanam dikawasan ibadat diseluroh dunia seperti di Kuil, Pagoda (banyak saya lihat di Myanmar, Vietnam, Thailand), Masjid dan rumah ibadat lain. Pokok Bunga Kemboja adalah jenis pokok yang lasak dan tumbuh menegak dengan banyak cabang serta dipercayai mampu untuk tumbuh lama sehingga ratusan tahun. Mungkin itulah sebabnya orang dulu suka tanam dikawasan kubur kerana bau wanginya dan ianya akan jadi tanda sebagai tanah kubur berpuloh-puloh tahun. Pokok ini mampu tumbuh setinggi 7-8 meter dengan daun berwarna hijau rimbun dan bunga yang berwarna pink, putih dan kuning yang terang atau kombinasi diantaranya dan mengeluarkan bau atau aroma yang wangi. Lazimnya pokok kemboka di negara kita adalah sekitar ketinggaian 1.0 - 2.5 meter sahaja jika sering dibuat cantasan. Batang pokok kemboja berwarna coklat kelabu dengan ada ruas-ruas yang jelas dan bukan dari jenis yang berkayu keras. Batangnya akan mengeluarkan getah putih jika dilukakan atau keluar cairan jernih yang menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit sesetengah orang. Daunnya berwarna hijau yang berkelompok rapat pada hujung dahan , bertangkai panjang , memanjang dan hujung yang tirus tajam. Ukuran daun sekitar 20-40 cm panjang dan 5-12 cm lebar. Bunganya berkumpul dibahagian hujung ranting dengan kelopak yang agak kecil serta mempunyai mahkota berbentuk corong dengan sisi dalamnya berambut dengan warna agak putih, kuning atau merah. Lazimnya bunga kemboja berbau harum tetapi ada juga yang tidak berbau langsung. ini yang menyeramkan waktu malam dikawasan kubur!. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta mengenai bunga kemboja sebagai ingatan selepas mengunjungi negara Kingdom Of Cambodia iaitu ditulis 3 hari lepas balik ke Malaysia untuk bahan rujukkan semua.


Fakta menarik pertama dari akhbar Kosmo bertajuk '
Bau wangi waktu malam cetus tanda tanya' sesuai dirujuk. Kisah dipetik dari Petaling Jaya dimana ada bau wangi yang kuat di beberapa kawasan kebelakangan ini terutama ketika waktu malam dimana ia menimbulkan tanda tanya orang ramai.  Perkara tersebut dibincangkan oleh pengguna media sosial di Facebook di mana ada yang mendakwa terhidu bau seperti bunga yang kuat ketika berada di luar rumah. Dilaporkan ada bau wangi betul sepanjang jalan dari Jalan Dewan Bahasa di Kuala Lumpur sampai jambatan di Petaling Jaya dimana kemudian dikenalpasti ia dari bunga kemboja kuat dakwa penduduk dikenalis sebagai Nurul Amira. Apa pun hasil tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa individu yang mengalami perkara sama dan mereka menganggap ia sesuatu yang misteri. Di Ampang pun ada bau bunga yang dihidu selepas maghrib dan pada pukul 12 malam semasa penduduk baru hendak masuk tidur. Ada penduduk yang berasa dari Terengganu mendakwa dia juga ada terbau wangi sangat dimana dia tidak dapat bercakap ke orang lain sebab bau wanginya sekejap saja dakwa Siti. Bagaimanapun, menurut penduduk lain dakwa bau wangi tersebut bukanlah satu kejadian mistik akan tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku ketika ini iaitu bulan penuh. Selalunya masa ini ada banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’ terutama sekali pada waktu malam dan ia akan mengeluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan ada orang yang dakwa ada roh balik rumah dan sebagainya. Apa pun diberitahu dimana ketika berlaku fenomena ini, bunga-bunga akan kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.


Dalam pada itu sinarharian.com laporkan 'Wanita kantoi curi pokok kemboja RM1,500' juga satu kisah menarik. Dilaporkan dimana ada seorang wanita diberkas polis selepas mencuri pokok bunga kemboja di kedai bunga nurseri di Bandar Botanik di sini pada Jumaat lalu.  Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dimana kes kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu disedari kerani kedai terbabit yang melihat wanita berusia lingkungan 40-an itu berlegar-legar di kawasan nurseri. Wanita itu kemudian memasukkan enam pokok bunga kemboja dianggar bernilai RM1,500 ke dalam keretanya. Pekerja nurseri itu kemudian menahan wanita terbabit dan dia memberitahu akan membayar kesemua bunga yang diambilnya sebelum terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Pihak polis beritahu mereka bertindak hasil maklumat oleh sepasukan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan wanita terbabit Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang kira-kira jam 5.30 petang keesokan harinya. Menurutnya terdapat enam pasu bunga kemboja turut dirampas dalam serbuan itu. Hasil soal siasat suspek mengaku mencuri bunga tersebut untuk dijual semula secara dalam talian. Kes ini disiasat dimana ia juga masih dijalankan dan suspek telah direman empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Fakta mengenai bagaimana '
Bonsai putih berbunga lebat' ada dilaporkan dalam hmetro.com. Dilaporkan bunga yang mempunyai haruman tersendiri iaitu Bunga Kemboja (Plumeria rubra) yang berasal dari keluarga Apocynaceae sememangnya popular sebagai flora landskap. Sering ditanam di persekitaran rumah, pokok tahan lasak yang mudah dijaga ini kelihatan menarik apabila sifat fizikalnya yang rimbun dengan daun hijau dan mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti merah jambu, kuning serta putih. Di sebalik keupayaannya tumbuh mencecah tujuh meter, pokok bunga kemboja turut menjadi pilihan popular untuk dijadikan bonsai. Penggemar dan pengumpul bonsai kemboja dikenali Ruhani Zakaria mengakui minatnya terhadap Plumeria rubra bermula sejak tujuh tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Pada awalnya pokok bonsai kemboja menjadi trend di kawasan kejiranan saya sebelum tertarik dengan keunikan bentuk dan warna yang sangat cantik. Ia bermula dengan hanya menjaga sepohon bonsai kemboja dan dia kini saya memiliki lebih 80 bonsai kemboja, tidak termasuk anak pokok daripada koleksi yang dijaga sebelum ini. Spesies bunga kemboja yang menjadi kegemaran adalah jenis au dom sup kerana kelopak bunga lebih besar malah warnanya merah terang. Pokok ini juga lebih senang dijaga kerana selalunya bunganya akan kembang sepenuhnya. Dia menjadikan pokok bunga ini sebagai hiasan halaman rumah kerana bunganya sering tumbuh lebat sekali gus membuatkan rumah kelihatan berseri meskipun daripada kejauhan. Menurutnya penjagaan bonsai kemboja tidak terlalu rumit sebaliknya ia hanya perlu disiram setiap hari terutama pada hari panas. Selain itu ada baja kimia khas lambat larut pula digunakan dengan kekerapan tiga bulan sekali. Dia tidak pernah mengikuti kelas atau kursus berkaitan bonsai kemboja, Ruhani mengakui ilmu penanaman dimilikinya hasil daripada pengalaman sendiri, selain meminta bantuan anak bagi mendapatkan tip penjagaan menerusi perkongsian blog, artikel dan Internet. Berkongsi cabaran penanaman dan penjagaan bonsai, pesara kerajaan ini menyifatkan serangan ulat beluncas dan ulat gonggok musuh utama namun ia dapat dikawal melalui penukaran tanah serta pemantauan berterusan. Antara faktor seperti cuaca juga perlu dititik beratkan terutama di Kelantan yang sering mengalami musim tengkujuh. Apabila tanah menjadi terlalu lembap, ia tidak bagus untuk kesuburan akar bonsai kemboja. Sebagai penyelesaian dimana dia akan membuang bahagian akar yang memburuk, kemudian menjemur pokok itu sehingga akarnya kering. Apabila sudah kering maka barulah dia akan menanam semula pokok itu menggunakan tanah baru. Antara masalah utama dalam penjagaan bonsai kemboja adalah serangan ‘mealy bug’ (koya-koya) yang menyedut air di bahagian batang pokok, seterusnya membuatkan pokok mati dengan cepat malah kudup bunga juga tidak sempat kembang cantik. Apa pun jika masalah ini dikesan lebih awal, selalunya saya akan mengutip serangga perosak itu. Menyifatkan yang koleksi bonsai kemboja adalah peribadi dimana wanita ini tidak menafikan sepanjang proses bonsai adalah rumit kerana dahannya mudah patah dan batangnya sukar membentuk sekata gara-gara terlebih air. Proses pembentukan bonsai seeloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana batang lebih mudah dibentukkan. Sebaiknya peminat bonsai perlu peka dengan cuaca dan suhu sekeliling terutama pada musim kemarau dan tengkujuh.


Akhbar sama melaporkan '
Nuramnani, gadis pemakan bunga' yang agak unik faktanya untuk dikongsikan kali ini. Kisah dari Kuala Lumpur laporkan dimana rutin untuk menikmati nasi bersama ulam seperti petai dan ulam raja menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat Melayu. Namun ini berbeza bagi gadis berusia 26 tahun ini apabila bunga menjadi pilihannya untuk dinikmati bersama nasi sebagai ulam. Menurut Nuramnani M Khairi dimana dia mula mencuba makan bunga sebagai ulam sejak Mei tahun lalu selepas menonton seorang Youtuber Indonesia memakan bunga (Sila lihat foto disebelah). Dia mula rasa ingin mencuba sebab bagi saya makan bunga adalah unik dan tak ramai orang tahu yang bunga sebenarnya boleh dimakan. Selepas mencuba, saya pun tak sangka rasa bunga ini tidak sepelik disangka, tambahan pula dia memang seorang yang gemarkan ulam-ulaman. Baginya rasa semua jenis bunga lebih kurang sama, ada yang tawar dan ada juga pahit seperti sayur. Dia turut berkongsi pengalaman makan bunga di aplikasi TikTok dan ia mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata baru tahu ada bunga yang boleh dimakan. Bagaimanapun ada juga warganet yang selalu akan mempersoalkan kerana khuatir akan kesan yang bakal diterima. Sebenarnya dia ada baca di Internet berkenaan bunga apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Ada lebih 20 jenis bunga yang boleh dimakan dan saya baru mencuba tujuh bunga iaitu mawar, melati, zinnia, kemboja, bunga raya, bunga matahari dan bunga telang. Bunga telang menjadi kegemaran kerana mempunyai kelopak yang sangat lembut. Dakwanya menerusi pembacaannya di Internet, bunga mempunyai pelbagai manfaat seperti mengawal tekanan darah, zat besi dan antioksidan yang tinggi. Selain bunga dia juga terbaca mengenai rumput yang boleh dimakan. Namun, apa pun lebih baik kita membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum makan kerana risau juga sekiranya berlaku apa-apa.
Semuga artikel ini memberi fakta berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KEMBOJA... PELBAGAI WARNA...
MALAM HARI... AGAK WANGI BAUNYA....
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL... DAPAT JUGA ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1445H).

Thursday, September 28, 2023

INOVASI TANAMAN NAGA DENGAN LAMPU

INOVASI PASANG LAMPU di kawasan kebun Buah Naga (Hylocereus spp.) merupakan satu kaedah yang di laporkan sangat signifikan untuk penghasilan buah yang lebih tinggi. Di Malaysia penggunaan lampu boleh dipasang di antara baris dengan menggunakan lampu  kuasa 40 watt selama 4 jam (7.00 sehingga 11.00 malam) bertujuan untuk menggalakkan proses pengeluaran bunga. Dalam pada itu mengenali tanaman buah naga dari famili Cactaceae dimana antara nama tempatan yang biasa ialah Buah Naga (Malaysia), Huo long guo atau hong long guo (Taiwan), Pitaya atau kaew mang korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry pear, Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red dragon fruit dan fire dragon fruit (Asia). Pada penulis blig mengetahui dimana ada terdapat tiga jenis iaitu buah naga Isi Putih (Hylocereus undatus), jenis buah naga Isi Merah (Hylocereus polyrhizus) dan jenis buah naga Isi Kuning (Selenicereus megalanthus). Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai tanaman buah naga dimana sifat tanaman pokok buah naga ialah tanaman jenis memanjat yang mempunyai batang sukulen dan berduri berbentuk tiga segi. Setiap batang mempunyai ruas yang mempunyai duri tajam. Pokok buah naga bersifat epifit (memanjat) dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut.  Para diperlukan kerana batangnya adalah daripada jenis memanjat dan menjalar. Akar adventitus akan keluar daripada batang yang menjalar di atas para untuk pengambilan air dan makanan. Buah naga mempunyai sifat fisiologi long day plant (LDP) dan memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tanaman buah naga ini adalah pokok daripada golongan Crassulacean Acid Metabolic (CAM) yang mana ia menjalankan sintesis makanan pada waktu malam. Habitat tanaman secara semula jadi buah naga ialah Amerika Latin sesuai di kawasan dengan taburan dan jumlah hujan sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil buah naga di Malaysia. Buah naga boleh hidup dengan baik di kawasan yang selalu menerima jumlah hujan tahunan antara 500 - 1,500 mm dengan taburan yang sekata sepanjang tahun. Kawasan yang mengalami musim kering (<100 mm sebulan) melebihi 3 bulan berturut-turut tidak sesuai untuk tanaman kerana proses bagi tumbesarannya akan terjejas. Buah naga adalah memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam sinaran matahari yang mana ini memainkan peranan penting untuk tumbesaran dan juga menggalakkan pengeluaran bunga. Keadaan fizikal tanah yang tidak sesuai akan menghalang pertumbuhan dan fungsi akar yang sempurna serta mengurangkan potensi hasil yang maksimum. Kecerunan tanah berkait rapat dengan paras kedalaman tanah yang efektif. Tanah yang curam lebih terdedah kepada masalah hakisan. Tanah yang tinggi kandungan pasir (>90%) adalah tidak sesuai. Tanah berpasir mempunyai keupayaan memegang air yang rendah, kadar evapotranspirasi yang tinggi, suhu permukaan tanah yang tinggi, struktur tanah yang lemah serta saliran yang tidak baik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya konngsikan inovasi dan teknologi pemasangan lampu 40 watt di kebun buah naga dari jam 7.00 hingga 11.00 malam untuk menghasilkan lebih banyak bunga dan proses pendebungaan sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam tinjauan penulis blog di satu kebun dimana petani ada memasang lampu pada malam hari sesuai dijadikan rujukkan. Dulu dilaporkan ada kalangan penanam pokok buah naga yang mengalami masaalah iaitu buah naga yang tidak banyak sepanjang tahun kecuali pada bulam November sehingga Januari kerana ada sedikit isu atau masaalah proses pendebungaan iaitu musim hujan. Namun isu ini dahulu menjadikan pengeluaran dan penghasilan buah naga tidak menentu di ladang walau pun amalan agronomi telah dilakukan dengan baik mengikut kaedah pakej amalan teknologi. Masa dulu dilaporkan dimana penghasilan atau produktiviti buah naga ini bulan tersebut agak kurang memberangsangkan kerana buahnya sedikit kurang dan kurang menguntungkan. Ini belum lagi isu berlaku serangan penyakit dan perosak yang menyebabkan tanaman ini semakin kurang diminati petani. Pernah juga dilaporkan dahulu dimana faktor harga buah naga segar dipasaran merudum (dijual murah terutama buah naga putih) apabila berlaku lambakkan buah naga segar dipasaran yang telah menyebabkan petani menggantikan tanamannya dengan tanaman lain. Pada tahun 2022 keluasan tanaman buah naga seluas 800 hektar dengan penghasilan sebanyak 11,527 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pernah dulu keluasan tanaman buah naga di Malaysia mencecah 2,500 hektar dahulu semasa ia viral di Malaysia. Dulu penghasilan buah naga yang tidak menentu juga 
tidak mampu memenuhi permintaan buah naga sepanjang tahun. Pengenalan inovasi pembajaan foliar dan cara  menggunakan lampu di kebun buah naga pada malam hari untuk merangsang proses pembungaan semasa diluar musim pengeluaran utama mampu meningkatkan penghasilan buah naga. Ada beberapa testimoni petani dimana dengan inovasi pemasangan lampu ini beberap jm semasa malam hari mampu meningkatkan penghasilan sehingga 2 kali ganda jika dibandingkan tanaman naga tanpa menggunakan lampu. Bagaimana pun kes ini amat signifikan di negara jiran Indonesia berbanding dengan di Malaysia. Hasil laporan dari kompas.com dimana di Pulau Jawa melaporkan dahulu dimana sebelum adanya inovasi ini dimana purata pendapatan petani adalah RM8,500 sehektar setahun (Purata RM71 sebulan) dengan harga buah RM0.65 sekilogram di ladang (Jenis Putih). Kini dengan pemasangan lampu dimalam hari dilaporkan pendapatan petani telah mampu mencapai RM79,050 sehektar setahun (atau sekitar RM6,590 sebulan) dengan harga jualan are per tahun dimana harga ladang buah naga jenis Merah sekitar 3.10 sekilogram. Penanam buah naga di Pulau Jawa dengan pendapatan ini maka kos penyambungan dan pembayaran letrik adalah berbaloi. Inovasi ini sudah semakin popular dikalangan penanam buah naga di Jawa pada bulan tertentu yang mempunyai modal dan saiz ladng yang sesuai.


Penulis blog ini merujuk kepada laporan inovasi penanaman buah naga yang menggunakan lampu malam hari sebagai bahan sesuai dikongsikan dari Indonesia. Portal berita kompas.com ada melaporkan kisah menarik bertajuk '
Cerita di Balik Sinar Terang Lampu Kebun Buah Naga' dimana aktiviti dalam bidangusaha penamanan buah naga di Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur yang banyak tersebar meluas dan ditepi=tepi jalan kampung memang membanggakan. Seperti yang terlihat di Dusun Tambakrejo, Desa Bulurejo, Kecamatan Purwoharjo, Banyuwangi dimana hampir di setiap pekarangan rumah pendudk, tepi jalan, dan dalam kebun ditanami dengan pokok buah naga. Disebabkan ada banyaknya pokok buah naga maka kampong ini kini dikenal sebagai 'Kampung Buah Naga'. Kampong ini juga menjadi salah satu kampong yang pertama mulai mengembangkan pertanian buah naga di Bumi Blambangan. Apa yang menarik apabila pada malam tiba dimana akan dilihat kerlipan lampu cahaya dilihat menerangi kebun buah naga disini. Cahaya itu berasal dari lampu-lampu Light Emitting Diode (LED) yang dipasang di atas pokok buah naga. Cahaya dari lampu itu membantu buah naga berbunga dan berbuah di luar musimnya. Setiap kali menuai buah naga dilaporkan penghasilan ratusan juta biji buah kini sudah menjadi perkara yang biasa. Petani buah naga sebelum ini juga mengalami keadaan pasang surut dalam usaha menjalankan komoditi ini dimana sejarahnya amat membimbangkan dahulu. Tanaman buah naga mula ditanam di Banyuwangi sejak 2009-2010 dahulu. Asalnya petani menggunakan benih naga dari Batam, Kepulauan Riau, seharga Rp 8.000 tiap batang (RM2.43 sebatang). Buah naga ditanam dan dibesarkan hingga mampu berbuah namun para petani ini menemui kesusahan untuk menjualnya kemudian. Dilaporkan petani di Banyuwangi belum kenal dengan jenis buah naga masa itu. Masa itu untuk menjual satu bakul dalam sehari tidak akan habis. Sekarang ini semasa pandemik covid-19 jualan sebanyak 10 tan sehari boleh habis dakwa seprang petani Edi Purwoko (41) dari Dusun Tambakrejo. Edi juga merupakan salah satu generasi awal petani di Banyuwangi yang menanam buah naga.


Menarik fakta mengenai buah naga di negara jiran Indonesia dimana pada tahun
 2011 dilaporkan permintaan kepada buah naga kian popular. Harganya stabil dan permintaan terus tinggi menyebabkan lebih ramai petani berminat menanam buah ini terutama dikawasan Banyuwangi, Jawa Timur. Tetapi apa yang berlaku adalah semakin banyaknya petani menanam buah naga ini rupanya menimbulkan masalah apabila penuaian yang berlebuhan mengakibatkan harganya turun mendadak. Sama seperti di Malsyais suatu ketika dahulu dimana puncaknya pada 2015 ke atas dimana harga buah naga terus tidak stabil dan murah sehingga banyak petani di Banyuwangi mengalami kerugian. Masa itu harganya rendah dengan purata Rp 1.000 - Rp 2.000 per kilogram (RM 0.30 - 0.60 sekilogram). Sebelum itu harga pasaran buah naga adalah sekitar Rp 10.000 (RM3.05) sehingga Rp 20.000 (RM6.08/kg). Bagaimana pun dilaporkan sebelum ada inovasi lampu dipasang di kawasan tanaman buah naga dimana penghasilan hanya banyak pada Oktober - March. Kemudian pengeluar luar musim iaitu dari bulan April sehingga September di sini dilaporkan iaitu buah naga tidak berbuah. Isuini membuat petani buah naga tiada pendapatan dari kebun walau pun jumlah pemintaan terus ada sepanjang tahun. Berasaskan isu ini maka petani buah naga dan pejabat pertanian Banyuwangi berusaha mencari cara mengatainya. Inovasi penggunaan cahaya lampu pada kebun buah naga akhirnya boleh membuat buah naga mampu untuk berbuah sepanjang tahun dengan ramai petani mendapat harga tinggi kerana buah keluar di luar musim puncak. Hasil tinjauan ladang dimana harga buah naga luar musim mampu mencapai antara Rp10,000 (RM3.05/kg) sehingga ianya setinggi Rp 35.000 sekilogram (RM10.60/kg). Alasan harga lebih mahal di luar musim itulah berpunca kerana petani rela mengeluarkan kos untuk pasang lampu pada malam hari yang agak tinggi juga. Inovasi penggunaan lampu di kebun buah naga malam hari bermula sejak 2015. Penelitian mendapati dimana buah naga yang dekat dengan lampu selalu berbunga dan berbuah di luar musim biasa. Umumnya pokok buah naga boleh berbunga jika mendapatkan sinar matahari selama 12 jam. Buah naga perlukan cuaca panas dan selalu mendapat sinar matahari dimana pokok buah naga sering berbuah jika mendapat sebab sinaran lampu mentol 12-15 watt ini akan dapat membantu fotosintesis. 


Cahaya lampu ini sebagai pengganti sinaran matahari digunakan agar buah naga berbunga di luar musim biasa. Kajian mendapati dimana buah naga akan berbuah pada Oktober hingga March dimana matahari akan mampu berikan cukup sinaran matahari yang membolehkan pokok naga berbuah pada tempoh tersebut. Ini kerana pada masa itu 
matahari berada di selatan khatulistiwa. Ini berlainan pada bulan April hingga September apabila matahari berada di utara hemisppear dan ini menyebabkan pokok buah naga tidak berbunga kerana isu kurangnya sinar matahari. Sebab pada bulan itu matahari ada di uatara khatulistiwa. Teknikalnya dimana pokok buah naga boleh berbunga dan berbuah setelah menerika sinaran matahari selama 12 jam atau lebih secara berterusan. Kini terbukti dengan cara memasang mentol lampu pada malam hari menjadikan buah naga berbunga dan berbuah dengan cekap. Kajian menunjukkan dimana kombinasi diantara aktiviti amalan agronomi seperti pemasangan lampu, sistem pengairan, umur tanaman dan kawalan perosak serta penyakit mampu menghasilkan buah naga yang besar dan berkualiti. Apa pun pemasangan lampu di malam hari ini dibuktikan telan membantu proses fotosintesis batang dan membantu dalam proeses pengeluaran bunga dan kemudian akan di kahwinkan (crossing pollination) secara manual di malam hari (Sila lihat foti disebelah). Kerja pendebungaan ini dilakukan dimalam hari yang terang benderang dengan meletakan debunga (pollen) kepada bunga betina yang kembang. Inovasi ini sarankan bagi kawasan tanaman naga seluas sehektar perlu dipasang point lampu sebanyak 400 - 800 unit dengan daya 12-15 watt (di Malaysia di pasang 40 watt dengan jumlah kurang mentol dari jam 7.00 - 11.00 mlm sahaja). Waktu penggunaan penyinaran lampu pukul 6.00 petang sehingga 5.00 pagi subuh di Banyuwangi. Sebagai perbandingan dimana kebun pokok buah naga yang tidak memasang lampu menghasilkan buah sebanyak 14 mt/ha sedangkan kebun yang memasang lampu menghasilkan buah sebanyak 26 mt/ha denga buah naga yang lebih besar, seragam dan berkualiti. Hasil kajian mendapati kos tenaga eletrik di kawasan Banyuwangi adalah sekitar Rp 400,000 (RM121.50) untuk selama 10 hari. Dilaporkan buah naga berbunga hingga keluar buah memerlukan jangkamasa 40 - 60 hari. Meski pun dilihat kos pengeluaran naik sebab bayar letrik akan tetapi sebenarnya ada keuntungan dari hasil penjualan buah naga menggunakan lampu yang lebih tinggi dibanding dengan kebun buah naga diusahakan secara konvensional dan paling penting buahnya boleh dikeluarkan sepanjang tahun. Semuga artikel ini dibaca oleh petani dan pengusaha serta sesiapa sahaja yang berminat menanam buah naga di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM BUAH NAGA... BAGAIMANA CARA..
CARA KONVENSIONAL... IA SUDAH LAMA..
PASANG LAMPU MALAM... BANYAK BUAHNYA...
JADIKAN AMALAN... PETANI DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3101, Phnom Penh Hotel,
Phnom Penh, 
Kongdom of Cambodia.
(6 Rabiulawal 1445H).

Wednesday, September 27, 2023

ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA (Part 2)

ISU PETANI TUA
di Malaysia merupakan satu isu nasional yang terus di bincangkan di pelbagai forum yang relevan. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan daripada pihak kementerian serta jabatan berkaitan serta dari beberapa media yang menyatakan dimana 70 peratus petani sedia ada di Malaysia sudah berusia lebih 60 tahun!. Bagaimanakah trend ini boleh berlaku dimana ada kemungkinan disebabkan oleh banyak faktur termasuk kekurangan (jumlah amat kecil) golongan orang muda yang mahu menjadi petani. Ia amat berkait dengan isu kekurangan tenaga buruh di Malaysia dimana ia merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara dalam usaha membangunkan sektor pertanian negara. Merujuk kepada stu kenyataan oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi dalam kertas dibentangkan di satu forum, penulis blog dimaklumkan dimana kini sekitar 70% daripada petani negara ketika ini merupakan individu yang sudah berusia lebih 60 tahun. Ia disebabkan kadar penyertaan golongan belia negara yang menyertai sektor tersebut juga didapati tidak lebih lima peratus (kurang 5%) daripada jumlah keseluruhan individu di bawah usia berkenaan. Ini bermakna kebanyakan yang terlibat dalam sektor pertanian pun sudah sampai usia bersara. Situasi ini akan memberi masalah kepada sektor pertanian dan pengeluaran makanan di Malaysia. Pada penulis blog ada banyak inisiatif yng telah, sedang dan sesuai dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta didalam menarik golongan muda menjadi petani moden yang menarik. Pernah dengar program Agropreneur Muda, Program TKPM, Program Pinjaman Untuk Orang Muda dan pelbagai insentif latihan untuk sektor pertanian dilakukan. Terkini sebagai contoh sudah ada dijalankan penyelidikan untuk boleh mempertingkatkan penggunaan automasi dan 'Internet of Things' (IoT) dalam pengurusan pertanian. Pihak tertentu juga dilaporkan terus memastikan jaminan terhadap aspek keselamatan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan untuk menghasilkan varieti baharu dalam usaha penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil pertanian lain, ternakan serta perikanan dan dalam industri asas tani. Dilaporkan pada tahun 2022 terdapat seramai 466,12 orang petani yang telah didaftarkan di Malaysia dimana jumlah paling tinggi berada di Sarawak (76,732 orang) diikuti dengan Kedah (67,091 orang) dan Johor (64,712 orang) dimana laporan tersebut menyatakan jumlah di Semenanjung Malaysia seramai 346,372 orang dan bakinya berada di Sabah (Sumber: Booklet Statistik Laporan Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pada tahun sama terdapat seluas 103,563 hektar tanah terbiar dilaporkan di seluruh Malaysia dengan paling luas di laporkan di Pahang (29,392 hektar) diikuti Selangor (20,058 hektar) dan di Negeri Sembilan (11,324 hektar). Pada penulis blog, memang ada kaitan signifikan diantara isu petani yang semakin tua di Malaysia dengan jumlah keluasan tanah terbiar di Malaysia. Artikel petang Isnin sambil melihat aliran Sungai Perak dari Aras 2 Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak saya kupas dan menganalisa dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu ramai petani berumur atau tua di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam pada itu perlu dilakukan segera perubahan persepsi terhadap sektor pertanian di Malaysia secara berterusan. Selama ini masih kuat persepsi dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti serta dikelaskan sebagai 3D menyebabkan sektor pertanian terus bergantung kepada buruh asing. Ia disebabkan wujudnya situasi persepsi bahawa sektor pertanian dianggap sebagai pekerjaan pilihan terakhir dan pekerjaan untuk pelajar tercicir atau untuk orang tidak bersekolah sahaja, khususnya bagi mereka yang tinggal di luar bandar. Justeru dilaporkan dimana hampir 40% pekerja dalam industri pertanian ini dipelopori oleh tenaga kerja asing. Antara faktor lain yang menyebabkan generasi muda perlu melibatkan diri dalam industri pertanian moden adalah supaya industri berkenaan tidak hanya terhad dalam kalangan generasi tua sahaja. Kesemua halangan ini boleh diatasi dengan penggunaan teknologi digital menerusi pertanian pintar, kecekapan serta produktiviti agar pendapatan petani dapat dipertingkatkan selain ‘meremajakan’ sektor ini dengan penyertaan lebih ramai golongan belia. Walau pun sudah ada beberapa langkah berkaitan termasuk dengan pemerkasaan program pendidikan melalui program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertanian tetapi ia masih dilihat sangat signifikan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara dan pembentukan budaya pertanian dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran secara 'peer-to-peer' juga boleh dilakukan untuk mengubah pemikiran belia tentang kebaikan sektor pertanian dengan menunjukkan dan juga menceritakan kejayaan petani muda sebagai sumber inspirasi dan pengajaran untuk golongan muda. Dalam pada itu kempen kesedaran berterusan kepada ibu bapa juga perlu dilakukan yang membolehkan mereka menyemai sikap cintakan pertanian dalam diri anak-anak dengan melibatkan mereka secara langsung mempraktikkan pertanian skala kecil di sekitar rumah untuk menyemai minat awal terhadap sektor pertanian. Para ibu bapa juga boleh membawa mereka ke pameran pertanian seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) dan HPPNK Negeri yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. MAHA dilihat ia berupaya menjadi medan membekalkan pengetahuan kepada anak-anak kecil mengenai sektor pertanian, kepelbagaian tanaman dan makanan negara, satu unsur yang amat penting dalam memupuk kesedaran berhubung kepentingan pertanian di masa kini dan masa depan dalam usaha mengubah persepsi masyarakat bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya sektor terkesamping.


Menarik laporan dalam portal berita  bharian.com bertajuk '
Belia digalak ceburi pertanian moden' seperti bagaimana penggunaan teknologi dan inovasi moden mampu tingkat hasil bidang pertanian. Belia kini di antara golongan terkesan pasca pandemik COVID-19 kerana majoritinya belum memiliki tahap kewangan stabil kerana baru menceburi alam pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan hingga menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Pernah dilaporkan dimana menurut Laporan Tenaga Buruh dimana kadar pengangguran belia bagi umur 15 - 24 tahun meningkat sebanyak 0.4 mata peratus iaitu 13.9% pada Februari 2022 lalu berbanding bulan sebelumnya.  Bilangan belia didakwa pernah mereka menganggur dilapor meningkat sebanyak 52,400 ribu orang kepada 347,600 orang berbanding bulan sebelumnya (295,300 orang). Bagi tujuan untuk mengatasi isu kadar pengangguran tinggi dilihat sektor pertanian menjadi gerbang paling ideal diterokai belia. Pilihan kerjaya golongan itu pada masa kini lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pertanian sudah menjadi tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama dan ia malah ia terus relevan dengan perkembangan semasa kerana dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat kerana dapat membekalkan sumber makanan, menyediakan bahan mentah untuk keperluan serta kegunaan industri asas tani. Ia juga mampu meningkatkan taraf hidup, menawarkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan, mempromosikan pembangunan kemanusiaan serta menjaga hak kemanusiaan dan membasmi kemiskinan. Sumbangan sektor pertanian di negara ini amat besar dan ditambah kadar pengangguran meningkat dalam kalangan belia terutama golongan mereka berpendidikan tinggi, pembabitan belia amat diperlukan. Apa pun golongan belia perlu terarah kepada memodenkan dunia pertanian. Memang sehingga kini pembabitan golongan belia berusia antara 18 - 40 tahun masih pada tahap rendah. Dilaporkan dimana purata umur petani di negara ini melebihi 55 tahun dengan petani lebih tua dikatakan sukar atau enggan menerima perubahan dan kurang cenderung mempromosikan aktiviti diversifikasi atau mempelbagaikan pengeluaran serta kurang berupaya mengguna teknologi baharu. Malaysia kini memerlukan komuniti pertanian sandaran daripada belia untuk menyokong kumpulan petani semasa kerana generasi muda ialah aset penting bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Senario ini menggambarkan betapa sektor pertanian perlu segera dibanjiri agropreneur muda dan dapat ianya untuk ditransformasikan ke arah lebih efisien serta efektif bagi meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara seiring sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor ini amat memerlukan agropreneur muda memiliki ciri sesuai seperti sanggup menanggung risiko, berinovasi, mampu mengaplikasikan teknologi dalam perusahaan pertanian dan juga generasi digital pertama dapat melihat keusahawanan pertanian sebagai bidang kerjaya menarik dan dilaporkan akan menguntungkan. Kaedah bagi merancakkan semula sektor pertanian dengan kehadiran agropreneur muda memiliki lensa penggunaan teknologi dan inovasi adalah keperluan agar sektor ini dapat memberi lebih impak positif. Dilaporkan dengan pembabitan agropreneur muda perlu terus dipertingkatkan untuk menjamin matlamat tersebut.


Memang s
ektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk negara. Pengeluaran padi dan beras sebagai makanan ruji misalnya berupaya memenuhi 70 peratus keperluan negara. Selain itu, sektor seperti kelapa sawit merupakan antara sektor yang menjadi penyumbang terbesar pertanian kepada Malaysia dengan nilai billion ringgit. Sudah lama tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka. Pengiktirafan itu juga telah membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha mereka memainkan peranan dlam memacu pelbagai aktiviti demi pengeluaran bahan makanan serta memudahkan sektor pertanian. Ia berkait dengan sektor pertanian harus lebih moden dan kompetetif dimana ada banyak isu perlu dilihat semula termasuk kekurangan tanah, pengurusan tanah, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, dan umur majoriti pesawah. Selain itu, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Oleh itu, sektor pertanian harus dibangunkan sebagai sektor moden, berdaya saing dan komersial. Justeru, imej sektor pertanian harus diubah dengan menjadikannya sebagai sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kemajuan sesebuah negara kini dinilai dari segi kecukupan dan keselamatan makanan sebagai asas kepada negara maju. Maka, kerajaan melalui agensi berkaitan sewajarnya melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara keseluruhan, bukan sahaja daripada konteks pengeluaran atau pembekal makanan, tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan. Inisiatif ini dapat dilihat ketika pembentangan seperti semasa Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukkan ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi, seterusnya memacu ekonomi negara melalui sektor agromakanan. Malah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sentiasa ke hadapan bagi memastikan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih dinamik, inovatif serta kompetitif dan menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.


Dalam 
dunia pertanian dimana berlaku perkembangan teknologi pertanian dalam membantu tingkatkan pengeluaran makanan. Ini kerana pada ketika ini dilihat sektor pertanian dipacu oleh Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)  (2021-2025) dengan tumpuan khusus diberi kepada transformasi sektor ini melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Di bawah RMK12 dimana kerajaan berusaha mempersiapkan negara ke arah pembangunan sektor pertanian lebih maju, moden dan mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Apa pun sasarannya adalah untuk memberi suntikan lebih moden. Antaranya dengan menumpukan kepada teknologi seperti penggunaan dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan dibantu peningkatan penggunaan mekanisasi. Selain itu, benih bermutu yang rintang penyakit serta berdaya tahan tinggi daripada kesan perubahan iklim serta amalan agronomik lestari, akan dapat mengubah landskap sektor agromakanan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Apa pun sebaiknya dalam penggunaan teknologi menjadikan pertanian lebih mudah, meningkatkan kecekapan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil. Malah, penggunaan teknologi juga menjadikan bidang pertanian bukan lagi pekerjaan yang dikategorikan sebagai sukar, berbahaya, kotor (3D). Perubahan daripada pertanian konvensional kepada kaedah pertanian berteknologi tinggi amat perlu bagi menampung bekalan makanan sejajar dengan pertambahan penduduk negara yang dijangka mencecah 50 juta orang pada 2050. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH LAMA... ISU PETANI TUA DI MALAYSIA...
GOLONGAN MUDA... KURANG MENCEBURINYA...
PERLU ADAKAN.. STRATEGI MENGATASINYA...
JAMINAN MAKANAN...IA AMAT PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
3 RabiulAwal 1445H).

Tuesday, September 26, 2023

ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA (Part 1)

ISU PETANI TUA
di Malaysia merupakan satu isu nasional yang terus di bincangkan di pelbagai forum yang relevan. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan daripada pihak kementerian serta jabatan berkaitan serta dari beberapa media yang menyatakan dimana 70 peratus petani sedia ada di Malaysia sudah berusia lebih 60 tahun!. Bagaimanakah trend ini boleh berlaku dimana ada kemungkinan disebabkan oleh banyak faktur termasuk kekurangan (jumlah amat kecil) golongan orang muda yang mahu menjadi petani. Ia amat berkait dengan i
su kekurangan tenaga buruh di Malaysia dimana ia merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara dalam usaha membangunkan sektor pertanian negara. Merujuk kepada stu kenyataan oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi dalam kertas dibentangkan di satu forum, penulis blog dimaklumkan dimana kini sekitar 70% daripada petani negara ketika ini merupakan individu yang sudah berusia lebih 60 tahun. Ia disebabkan kadar penyertaan golongan belia negara yang menyertai sektor tersebut juga didapati tidak lebih lima peratus (kurang 5%) daripada jumlah keseluruhan individu di bawah usia berkenaan. Ini bermakna kebanyakan yang terlibat dalam sektor pertanian pun sudah sampai usia bersara. Situasi ini akan memberi masalah kepada sektor pertanian dan pengeluaran makanan di Malaysia. Pada penulis blog ada banyak inisiatif yng telah, sedang dan sesuai dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta didalam menarik golongan muda menjadi petani moden yang menarik. Pernah dengar program Agropreneur Muda, Program TKPM, Program Pinjaman Untuk Orang Muda dan pelbagai insentif latihan untuk sektor pertanian dilakukan. Terkini sebagai contoh sudah ada dijalankan penyelidikan untuk boleh mempertingkatkan penggunaan automasi dan 'Internet of Things' (IoT) dalam pengurusan pertanian. Pihak tertentu juga dilaporkan terus memastikan jaminan terhadap aspek keselamatan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan untuk menghasilkan varieti baharu dalam usaha penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil pertanian lain, ternakan serta perikanan dan dalam industri asas tani. Dilaporkan pada tahun 2022 terdapat seramai 466,12 orang petani yang telah didaftarkan di Malaysia dimana jumlah paling tinggi berada di Sarawak (76,732 orang) diikuti dengan Kedah (67,091 orang) dan Johor (64,712 orang) dimana laporan tersebut menyatakan jumlah di Semenanjung Malaysia seramai 346,372 orang dan bakinya berada di Sabah (Sumber:  Booklet Statistik Laporan Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pada tahun sama terdapat seluas 103,563 hektar tanah terbiar dilaporkan di seluruh Malaysia dengan paling luas di laporkan di Pahang (29,392 hektar) diikuti Selangor (20,058 hektar) dan di Negeri Sembilan (11,324 hektar). Pada penulis blog, memang ada kaitan signifikan diantara isu petani yang semakin tua di Malaysia dengan jumlah keluasan tanah terbiar di Malaysia. Artikel petang Isnin sambil melihat aliran Sungai Perak dari Aras 2 Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak saya kupas dan menganalisa dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu ramai petani berumur atau tua di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada laporan hmetro.com yang menyatakan dimana '
60% pesawah tua dah tak larat' amat sesuai di kongsikan.Ada foto yang menunjukkan seorang pesawah yang berada disawah padi untuk aktiviti kawalan rumpai secara manual (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana kawasan yang masih bertanam padi di seluruh negara kini adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja. Dikaitkan juga bagaimana ada isu petani warga Bangladesh 'takluk' sawah di Sekinchan, Selangor. DIlaporkan dimana ada sejumlah 12 hektar tanah diusahakan bukan sedikit sekarang tetapi tidak mustahil jika saiznya akan 'membesar' jika perkara ini terus dibiarkan. Persoalan isu mengapa ia begitu mudah ia berlaku dan apa punca tanah itu diberi kepada mereka untuk dapat diusahakan  di mana perlu ada pihak berkaitan yang mana ia sepatutnya melindungi kedaulatan tanah ini serta petani. Persoalan bagaimana pula dengan nasib petani tempatan boleh di kongsikan ianya dalam satu wawancara wartawan hmetro dengan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak lama dulu. Dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu sebelum di tukar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan - KPKM) yang sudah mendapat makluman dan mengenalpasti kawasan-kawasan sawah yang telah bertukar menjadi kebun sayur-sayuran oleh warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya. Kementerian juga laporkan dan mendapati terdapat beberapa kawasan sawah dimana ada penanaman kelapa sawit telah melepasi sempadan tanah sawah. Keadaan ini akan menyebabkan tanaman padi terkena serangan penyakit seperti ulat batang. Kawasan bertanam padi seluruh negara adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja jika dibandingkan dengan keluasan tanaman padi di Thailand dan Vietnam yang mana masing-masing adalah seluas 10 juta hektar dan 7.5 juta hektar. Warga Bangladesh telah merantau ribuan kilometer untuk bekerja dan kini jadi 'tauke' di bumi Malaysia. Apa isu dan masalahnya?. Kalau sebelum ini ada laporan yang pembabitan ramai warga asing terutamanya warga Bangladesh dalam sektor pertanian hanya membabitkan pekerja bagi industri tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di Cameron Highlands. Kini dengan isu kenaikan harga baja dan racun ddimana pekerja asing dari Cameroon Highland  ini berhijrah ke negeri-negeri lain dan mengusahakan tanaman sayur di tanah sawah. Dalam satu kajian dilaporkan ketika ini ada hampir 60 peratus pesawah yang terdiri daripada warga tempatan sudah berusia dan tidak larat untuk mengusahakan sawah padiGenerasi muda pula tidak berminat dan lebih cenderung untuk bekerja dalam sektor lain selain pertanian. Secara umumnya ada dilaporkan dimana rakyat Malaysia tidak berminat bekerja dalam pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) mengakibatkan sektor tertentu dimonopoli pekerja asing.


Laporan lanjut menyatakan dimana ada sebagai contoh
 ada 12 hektar tanah sawah yang sudah di kerjakan warga asing ini di Sekinchan, Selangor. Adakah keluasan ini akan bertambah luas lagi jika isu pesawah tempatan sudah tidak mahu mengusahakan sawah mereka dan bagaimana kaedah mahu mengatasi isu kedaulatan tanah ini?. Walau pun ada sedikit pemantauan diantara pihak kementerian dengan Pejabat Tanah dan Galian terutamanya di peringkat negeri serta sentiasa menyarankan agar kawasan tanah sawah dikekalkan tetapi isu ini masih belum menjamin kawasan sawah padi akan dikekalkan. Isu bagaimana proses pertukaran tanaman selain padi di atas tanah-tanah sawah sebaiknya sama sekali tidak dibenarkan kerana ia akan mengancam pengeluaran padi dan beras negara sekali gus membabitkan sekuriti bekalan makanan negara. Perlu ada tindakan tegas sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menukarkan tanah sawah kepada tanaman lain tanpa kebenaran daripada kerajaan. Apa pun kalangan petani atau pemilik tanah tempatan yang tiada modal mencukupi untuk mengusahakan tanah mereka boleh mendapatkan modal melalui pelagai sumber. Mereka mungkin boleh ditubuhkan koperasi untuk atasi masalah ini seterusnya membolehkan penanaman dijalankan secara besar-besaran serta sistematik. tetapi isunya jika mereka ingin meminjam dengan ihak institusi kewangan dengan umurnya yang sudah tua juga menjadi isu. Pihak institusi kewangan agak 'cuak' jika ingin meluluskan pinjaman kepada petani yang 'sudah tua' walau pun kertas kerjanya meyakinkan. Dalam pada itu dicadangkan dengan cara penubuhan satu koperasi dengan memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli untuk menghadiri mesyuarat agung untuk atasi isu ini. Apa pun jika jumlah ahli koperasi dapat dikurangkan kepada sekurang-kurangnya 20 orang maka ia akan lebih memudahkan proses penubuhan koperasi dan sistematik. Dilaporkan skim bantuan kredit turut disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang mana ia merupakan satu pembiayaan untuk meringankan beban pesawah tetapi berapa ramai 'petani tua' yang dapat manafaatnya. Skim bantuan kredit ini diberikan kepada ahli-ahli yang mengusahakan Mini Estet Padi di uruskan di bawah pengurusan PPK. Kadar pemberian bantuan kredit oleh PPK ini bergantung kepada kos pengurusan ladang tanaman padi dan kedudukan kewangan sesebuah PPK. Pihak Agrobank juga ada menyediakan perkhidmatan pinjaman mudah kepada pesawah yang layak untuk mengusahakan sawah mereka.


Pada penulis blog perlu di remajakan sektor pertanian negara dengan cara meningkatkan penyertaan golongan muda. Memang selama ini tidak dinafikan jika terdapat segelintir masyarakat masih tidak peduli tentang sektor pertanian walau pun sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Golongan muda seperti golongan belia misalnya kurang berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka dilihat lebih mementingkan ruang lingkup kerja yang selesa dan lebih berminat untuk kerja makan gaji. Sektor pertanian masih terus dianggap sumber pekerjaan terakhir dan terpaksa dimana isu ini termasuk kalangan graduan berkaitan pertanian yang seharusnya secara sukarela menceburkan diri secara aktif dalam aktiviti asas sektor pertanian tetapi beralih arah lain. Pada penulis blog sebagai pendekatan jangka panjang sebaiknya aktiviti pertanian sara diri intensif wajar diterokai dan dijuarai generasi muda supaya industri tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan pertambahan penduduk dalam negara. Salah satunya adalah dengan sistem tanaman fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu dilaporkan pada 2021, hanya sekitar 15% sahaja daripada 1.4 juta belia di negara ini terlibat dalam bidang pertanian dan hanya sekitar 4% sahaja pelajar di universiti yang akan mempertimbangkan kerjaya mereka dalam bidang pertanian. Ini memberi gambaran seolah-olah golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut. Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian pada penulis blog perlu harus berusaha lebih giat lagi bagi meremajakan sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam bidang berkenaan. Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu terus diperbaiki bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam bidang itu, sekali gus berupaya untuk 'meremajakan' sektor berkenaan. Penglibatan belia dalam bidang pertanian juga boleh ianya mengurangkan pengangguran, mengatasi kemiskinan, serta meningkatkan bekalan makanan dalam negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan di masa akan datang. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dan perlu dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH LAMA... ISU PETANI TUA DI MALAYSIA...
GOLONGAN MUDA... KURANG MENCEBURINYA...
PERLU ADAKAN.. STRATEGI MENGATASINYA...
JAMINAN MAKANAN...IA AMAT PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
3 RabiulAwal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...