Merujuk kepada laporan hmetro.com yang menyatakan dimana '60% pesawah tua dah tak larat' amat sesuai di kongsikan.Ada foto yang menunjukkan seorang pesawah yang berada disawah padi untuk aktiviti kawalan rumpai secara manual (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana kawasan yang masih bertanam padi di seluruh negara kini adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja. Dikaitkan juga bagaimana ada isu petani warga Bangladesh 'takluk' sawah di Sekinchan, Selangor. DIlaporkan dimana ada sejumlah 12 hektar tanah diusahakan bukan sedikit sekarang tetapi tidak mustahil jika saiznya akan 'membesar' jika perkara ini terus dibiarkan. Persoalan isu mengapa ia begitu mudah ia berlaku dan apa punca tanah itu diberi kepada mereka untuk dapat diusahakan di mana perlu ada pihak berkaitan yang mana ia sepatutnya melindungi kedaulatan tanah ini serta petani. Persoalan bagaimana pula dengan nasib petani tempatan boleh di kongsikan ianya dalam satu wawancara wartawan hmetro dengan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak lama dulu. Dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu sebelum di tukar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan - KPKM) yang sudah mendapat makluman dan mengenalpasti kawasan-kawasan sawah yang telah bertukar menjadi kebun sayur-sayuran oleh warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya. Kementerian juga laporkan dan mendapati terdapat beberapa kawasan sawah dimana ada penanaman kelapa sawit telah melepasi sempadan tanah sawah. Keadaan ini akan menyebabkan tanaman padi terkena serangan penyakit seperti ulat batang. Kawasan bertanam padi seluruh negara adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja jika dibandingkan dengan keluasan tanaman padi di Thailand dan Vietnam yang mana masing-masing adalah seluas 10 juta hektar dan 7.5 juta hektar. Warga Bangladesh telah merantau ribuan kilometer untuk bekerja dan kini jadi 'tauke' di bumi Malaysia. Apa isu dan masalahnya?. Kalau sebelum ini ada laporan yang pembabitan ramai warga asing terutamanya warga Bangladesh dalam sektor pertanian hanya membabitkan pekerja bagi industri tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di Cameron Highlands. Kini dengan isu kenaikan harga baja dan racun ddimana pekerja asing dari Cameroon Highland ini berhijrah ke negeri-negeri lain dan mengusahakan tanaman sayur di tanah sawah. Dalam satu kajian dilaporkan ketika ini ada hampir 60 peratus pesawah yang terdiri daripada warga tempatan sudah berusia dan tidak larat untuk mengusahakan sawah padi. Generasi muda pula tidak berminat dan lebih cenderung untuk bekerja dalam sektor lain selain pertanian. Secara umumnya ada dilaporkan dimana rakyat Malaysia tidak berminat bekerja dalam pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) mengakibatkan sektor tertentu dimonopoli pekerja asing.
Laporan lanjut menyatakan dimana ada sebagai contoh ada 12 hektar tanah sawah yang sudah di kerjakan warga asing ini di Sekinchan, Selangor. Adakah keluasan ini akan bertambah luas lagi jika isu pesawah tempatan sudah tidak mahu mengusahakan sawah mereka dan bagaimana kaedah mahu mengatasi isu kedaulatan tanah ini?. Walau pun ada sedikit pemantauan diantara pihak kementerian dengan Pejabat Tanah dan Galian terutamanya di peringkat negeri serta sentiasa menyarankan agar kawasan tanah sawah dikekalkan tetapi isu ini masih belum menjamin kawasan sawah padi akan dikekalkan. Isu bagaimana proses pertukaran tanaman selain padi di atas tanah-tanah sawah sebaiknya sama sekali tidak dibenarkan kerana ia akan mengancam pengeluaran padi dan beras negara sekali gus membabitkan sekuriti bekalan makanan negara. Perlu ada tindakan tegas sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menukarkan tanah sawah kepada tanaman lain tanpa kebenaran daripada kerajaan. Apa pun kalangan petani atau pemilik tanah tempatan yang tiada modal mencukupi untuk mengusahakan tanah mereka boleh mendapatkan modal melalui pelagai sumber. Mereka mungkin boleh ditubuhkan koperasi untuk atasi masalah ini seterusnya membolehkan penanaman dijalankan secara besar-besaran serta sistematik. tetapi isunya jika mereka ingin meminjam dengan ihak institusi kewangan dengan umurnya yang sudah tua juga menjadi isu. Pihak institusi kewangan agak 'cuak' jika ingin meluluskan pinjaman kepada petani yang 'sudah tua' walau pun kertas kerjanya meyakinkan. Dalam pada itu dicadangkan dengan cara penubuhan satu koperasi dengan memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli untuk menghadiri mesyuarat agung untuk atasi isu ini. Apa pun jika jumlah ahli koperasi dapat dikurangkan kepada sekurang-kurangnya 20 orang maka ia akan lebih memudahkan proses penubuhan koperasi dan sistematik. Dilaporkan skim bantuan kredit turut disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang mana ia merupakan satu pembiayaan untuk meringankan beban pesawah tetapi berapa ramai 'petani tua' yang dapat manafaatnya. Skim bantuan kredit ini diberikan kepada ahli-ahli yang mengusahakan Mini Estet Padi di uruskan di bawah pengurusan PPK. Kadar pemberian bantuan kredit oleh PPK ini bergantung kepada kos pengurusan ladang tanaman padi dan kedudukan kewangan sesebuah PPK. Pihak Agrobank juga ada menyediakan perkhidmatan pinjaman mudah kepada pesawah yang layak untuk mengusahakan sawah mereka.
Pada penulis blog perlu di remajakan sektor pertanian negara dengan cara meningkatkan penyertaan golongan muda. Memang selama ini tidak dinafikan jika terdapat segelintir masyarakat masih tidak peduli tentang sektor pertanian walau pun sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Golongan muda seperti golongan belia misalnya kurang berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka dilihat lebih mementingkan ruang lingkup kerja yang selesa dan lebih berminat untuk kerja makan gaji. Sektor pertanian masih terus dianggap sumber pekerjaan terakhir dan terpaksa dimana isu ini termasuk kalangan graduan berkaitan pertanian yang seharusnya secara sukarela menceburkan diri secara aktif dalam aktiviti asas sektor pertanian tetapi beralih arah lain. Pada penulis blog sebagai pendekatan jangka panjang sebaiknya aktiviti pertanian sara diri intensif wajar diterokai dan dijuarai generasi muda supaya industri tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan pertambahan penduduk dalam negara. Salah satunya adalah dengan sistem tanaman fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu dilaporkan pada 2021, hanya sekitar 15% sahaja daripada 1.4 juta belia di negara ini terlibat dalam bidang pertanian dan hanya sekitar 4% sahaja pelajar di universiti yang akan mempertimbangkan kerjaya mereka dalam bidang pertanian. Ini memberi gambaran seolah-olah golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut. Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian pada penulis blog perlu harus berusaha lebih giat lagi bagi meremajakan sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam bidang berkenaan. Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu terus diperbaiki bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam bidang itu, sekali gus berupaya untuk 'meremajakan' sektor berkenaan. Penglibatan belia dalam bidang pertanian juga boleh ianya mengurangkan pengangguran, mengatasi kemiskinan, serta meningkatkan bekalan makanan dalam negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan di masa akan datang. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dan perlu dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
GOLONGAN MUDA... KURANG MENCEBURINYA...
PERLU ADAKAN.. STRATEGI MENGATASINYA...
JAMINAN MAKANAN...IA AMAT PENTINGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
3 RabiulAwal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.