Support My Blog

Friday, September 22, 2023

TANAH SAWAH JADI KEBUN SAWIT

ISU TANAH SAWAH DIJADIKAN KEBUN SAWIT
merupakan satu fenomena lazim di Malaysia sejak lama dulu. Merujuk kepada Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan keluasan pasel sawah di Malaysia pada tahun 2022 adalah seluas 283,911 hektar (Jumlah luas di Semenanjung Malaysia) dengan keluasan bertanam adalah seluas 647,859 hektar (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Keluasan ini mampu menghasilkan sebanyak 2,428,880 metrik tan padi yang bernilai RM2.771 billion. Dalam pada itu dilaporkan keluasan tanaman kelapa sawit pula adalah seluas 5,865,297 hektar dengan tanaman sawit merupakan komodiri paling luas ditanam dan penyumbang besar kepada KDNK dari sektor pertanian. Negeri 
Sarawak mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit terbesar iaitu 1,584,520 hektar diikuti Sabah dengan 1,543,054 hektar. Apa pun dengan keluasan hampir 5.9 juta hektar itu kini Malaysia menjadi pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Keluasan tanaman kelapa sawit di Indonesia dilaporkan 14.6 juta hektar dimana Indonesia kini mampu membekalkan 60% minyak sawit dunia, Malaysia pula membekalkan 30% bekalan minyak sawit dunia sementara 10% lagi adalah datang dari negara-negara seperti Thailand, Colombia dan Nigeria. Malaysia telah menetapkan keluasan maksimum tanaman kelapa sawit kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada laporan dimana penerokaan tanah bagi membuka ladang-ladang baharu bukan lagi menjadi keutamaan. Sebaliknya, kerajaan Malaysia menggalakkan aktiviti penanaman semula dan usaha-usaha meningkatkan hasil dan kualiti minyak sawit melalui penyelidikan untuk penghasilan baka, baja dan juga penggunaan peralatan jentera moden. Bagaimana pun masih ada isu penukaran status tanah pertanian termasuk tanah sawah yang ditukar kepada tanaman sawit dimana ini telah memberi implikasi kepada penghasilan padi negara. Selin itu dilihat proses Kebenaran Merancang (KM) untuk mengubah status tanah daripada pertanian kepada pembangunan perlu dilakukan secara teliti dengan mengambil kira impak negatif terhadap isu keterjaminan makanan jangka panjang yang mungkin dihadapi negara. Walaupun pada dasarnya impak positif terhadap perubahan status tanah daripada pertanian kepada pembangunan membawa manfaat kepada ekonomi, pertambahan pendapatan dan peluang pekerjaan, namun isu keterjaminan makanan amat penting untuk diambil kira secara mendalam. Trend permohonan pertukaran status tanah daripada pertanian kepada pembangunan ketika ini amat membimbangkan. Apa pun permohonan untuk menukar status tanah daripada pertanian kepada pembangunan berlaku secara berterusan disebabkan di sesetengah tempat, industri pertanian dilihat kurang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Pemain industri di Malaysia ini secara umumnya tidak lagi melihat sektor pertanian sebagai satu punca pendapatan sebaliknya berpendapat bahawa sektor pembangunan selain pertanian lebih membawa pulangan yang lumayan kepada mereka. Memang tidak dinafikan bahawa pertukaran status tanah daripada pertanian kepada pembangunan memberi impak positif kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan pendapatan lumayan akan tetapi kehilangan sumber pertanian tidak diambil kira dan ia boleh memberi kesan kepada kemerosotan sumber alam dan kemusnahan terhadap alam sekitar. Tanah pertanian yang ingin ditukar status tidak hanya membabitkan sawah padi sebaliknya merangkumi tanaman kontan lain selain tanah kelapa sawit. Dalam isu sawah padi dilihat pesawah tidak memperolehi pulangan yang sewajarnya kerana dibelenggu oleh peranan orang tengah yang lebih mengaut keuntungan dalam industri padi. Kebanyakan status pendapatan isi rumah pesawah masih pada tahap kumpulan pendapatan B40 walaupun sudah hampir 30 tahun mereka berkecimpung dengan sektor pertanian. Penulis blog tidak hairan jika pesawah sanggup menukar status tanah pertanian kepada kelapa sawit dan pembangunan walau pun kehilangan sumber pertanian mungkin akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada keterjaminan makanan negara. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas mengenai isu tanah sawah jadi tanaman sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam media tempatan bharian.com bertajuk '
Kehilangan tanah sawah untuk pembangunan jejas hasil padi' wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana hasil tanaman padi yang kurang menguntungkan menyebabkan petani lebih cenderung menjual tanah kepada pihak yang memberi tawaran tinggi dan ada yang cuba menanam tanaman lain termasuk mangga, sayuran dan sawit. Pernah dilaporkan iaitu ada petani mengungkitkan soal tanah sawah semakin kurang yang mungkin mengurangkan pengeluaran padi negara. Ada laporan seperti laporan mengenai 'kehilangan' 35,000 hektar sawah di Kedah yang pernah dijadikan isu perbincangan umum. Memang ada kawasan tanaman padi semakin berkurang dari setahun ke setahun kerana pelbagai bentuk pembangunan dilakukan yang membabitkan kawasan tanaman padi. Isu ini tidak boleh dinafikan kerana penduduk kian bertambah dan pembangunan mesti dilakukan di kawasan mengalami pertambahan penduduk. Difahamkan susulan 'kehilangan' sejumlah besar tanah itu mengakibatkan penyusutan sebanyak 350,000 tan padi setahun dengan jumlah RM320 juta. Angka ini memang banyak dan membawa petanda status Jelapang Padi Malaysia bagi Kedah akan terjejas atau hilang begitu sahaja suatu masa nanti, jika tanah pertanian membabitkan sawah dimajukan atau pun ia ditukar kegunaannya. Difahamkan ramai anak muda tidak begitu berminat dalam bidang pertanian terutama tanaman padi. Apa pun golongan yang masih bertahan dalam bidang ini pun sebenarnya daripada orang veteran yang sudah tidak ada pilihan terbabit dalam bidang lain. Mereka masih bergelumang dengan dunia tidak mendatangkan keuntungan yang banyak. Tanaman padi boleh diancam serangan penyakit, ditenggelami banjir dan kemarau. Mungkin ramai tidak menafikan golongan ini tersepit dengan pelbagai masalah untuk mereka menjalani kehidupan seharian. Penjualan tanah sawah turut berkait dengan permintaan pemaju mendirikan bangunan dan kawasan perniagaan. Semua ini sebenarnya boleh dielakkan jika status tanah pertanian tidak boleh ditebus guna kepada sebarang bentuk pembinaan. Aktiviti Pengambilan Balik Tanah (PBT) pertanian termasuk tanah tetap berlaku kerana tuntutan pembangunan. Pada pihak petani pula disebabkan bidang tanaman padi yang rendah dan mempunyai pelbagai risiko dan kurang menguntungkan semakin lebih cenderung untuk menjual tanah sawah kepada pihak memberi tawaran tinggi. Apa pun penulis blog dapati cara mengekalkan bidang padi  ini bergantung kepada usaha kerajaan mempertingkatkan kajian kaedah memperbanyak hasil tanaman padi supaya perolehan petani semakin meningkat walaupun saiz tanah diusahakan semakin mengecil. Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan, keyakinan petani untuk meneruskan bidang ini mesti diberi perhatian supaya mereka memperoleh pendapatan lumayan. Tidak menghairankan apabila ada petani menukarkan tanaman padi bukan sahaja kepada mangga harum manis, bahkan ketum dan ada diluar kawasan jelapang padi menukar kepada kelapa sawit kerana risiko tanaman padi agak tinggi.


Dalam portal utusan.com pula dilaporkan '
Makin ramai pesawah pilih tanam sawit' iaitu kisah bagaimana tanah  sawah yang ditukar kepada tanaman kelapa sawit wajar dikongsikan. Kos penanaman padi terutama harga racun dan baja yang meningkat menyebabkan semakin banyak pesawah dilaporkan berlaku di Sawah Sungai Manik, Perak di sini menukar tanah mereka kepada tanaman kelapa sawit. Pesawah dakwa hasil padi ‘tidak balik modal’ walaupun ada subsidi ditawarkan oleh kerajaan berbanding tanaman lain terutama kelapa sawit. Pesawah juga nyatakan jika mereka menanam pisang lebih menguntungkan daripada menanam padi. Seorang pesawah yang enggan namanya disiarkan berkata, dia memiliki 9.3 hektar tanah sawah pusaka daripada orang tuanya yang dikongsi bersama adik beradik, namun, sejak 10 tahun lalu dimana dia sudah ditanam kelapa sawit. Dakwanya walaupun pada awalnya dia ragu-ragu terhadap keputusannya itu namun kini terbukti keputusannya itu berbaloi apabila menikmati hasil daripada kelapa sawit yang diusahakannya. Dia yang menukar tanah ini daripada padi kepada kelapa sawit kerana tidak tahan dengan kos untuk menanam, membaja dan meracun yang naik setiap musim, itu belum lagi jika padi diserang penyakit atau serangga perosak yang menyebabkan padi tak menjadi. Tambahnya memang ada subsidi padi, tapi jumlah yang diperoleh masih tidak mencukupi jika nak dibandingkan dengan modal, tenaga dan usaha yang digunakan untuk tanaman padi katanya kepada Utusan Malaysia. Menurutnya, selepas menanam kelapa sawit di atas tanah bekas sawah yang diusahakannya dimana dia menikmati hasil yang lebih memuaskan. Dakwanya memang berlaku naik dan turun harga kelapa sawit namun sekurang-kurangnya hasilnya boleh dijual secara berterusan. Kini dengan tanaman kelapa sawit, paling kurang dua kali sebulan saya boleh menjual hasilnya, berbanding padi kena tunggu masak sepenuhnya. Seorang lagi penduduk yang juga enggan dikenali berkata, dia baru sahaja menukar penggunaan tanah untuk padi kepada tanaman pisang sejak enam bulan lalu. Dia mengubah tanaman kepada pisang selepas melihat rakan-rakannya yang lain menikmati hasil yang baik daripada tanaman pisang berbanding padi. Buah pisang sentiasa ada harga dan hasilnya berterusan, kadang kala setandang pisang berangan boleh dapat RM35. Semakin luas tanaman pisang, makin tinggi hasil yang kami dapat. Dia percaya walaupun semakin banyak tanah sawah yang ditukar kepada tanaman lain, penghasilan padi tidak terjejas kerana kualiti padi semakin meningkat bagi setiap ekar yang ditanam.


Menarik laporan dalam sinarharian.com bertajuk '
Sawah jadi kebun kelapa sawit' yang menunjukkan Shafie sedang mengait buah sawit yang ditanamnya di dalam sawah yang sebelum ini mengalami kerugian di Pendang, Kedah.Dilaporkan tindakan nekad seorang petani dari Kampung Sungai Mati di sini menjadikan sawahnya kepada kebun kelapa sawit akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjana pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagi Shafie Ahmad (60) dakwa pada awalnya dia sudah berputus asa dan kecewa selepas tanaman padinya sering menghadapi pelbagai masalah terutamanya diserang penyakit dan saliran yang tidak terurus. Masalah itu menyebabkan dia sering mengalami kerugian setiap kali tibanya musim menuai kerana mendapat pulangan yang tidak seberapa. Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya akhirnya nekad untuk menanam kelapa sawit di dalam sawah dan memulakan kerja meratakan tanah serta membina saliran. Pada mulanya tindakan dia mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana tidak pernah sawah digantikan dengan kelapa sawit kecuali getah. Bagaimanapun saya tidak mengendahkan kata-kata mereka dan nekad juga kerana tidak mahu lagi menanggung rugi setiap kali musim menuai padi. Apa pun usaha itu nyata tidak sia-sia apabila selepas lapan tahun menanam kelapa sawit, dia mampu menjana ribuan ringgit setiap bulan hasil tanaman seluas 0.81 hektar itu. Kalau sebelum ini semasa dia menanam padi dia hanya mampu memperoleh hasil sekitar RM3,000 dalam tempoh empat bulan tetapi dengan kelapa sawit saya mampu mendapat RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Tanaman kelapa sawit pula sangat mudah dijaga berbanding padi yang mempunyai pelbagai masalah penyakit dan kadang kala berhadapan dengan banjir hingga terpaksa menanggung kerugian. Katanya lagi tidak dinafikan pada awalnya dia turut bimbang jika bekas tanah sawahnya itu tidak sesuai untuk tanaman kepala sawit. Pernah pada tahun lalu semasa banjir seluruh tanaman kelapa sawit saya ditenggelami air selama 38 hari dan ini menyebabkan dia bimbang semua pokok itu akan musnah. Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana semua pokok kelapa sawit ini mampu bertahan lagi sehingga ke hari ini. Apa pun selepas berlakunya banjir itu dia telah memulihkan kembali kandungan tanah dengan menabur baja supaya semua tanamannya itu pulih kembali. Dia pun tidak percaya dengan hasil yang diperoleh kerana dengan tanah seluas itu mampu menghasilkan buah hingga lima tan. Kejayaan ini mendorong saya untuk mengusahakan satu hektar sawah lagi untuk dijadikan ladang kelapa sawit.


Isu tanah sawah ditukar kepada sawit bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan juga di Indonesia. Menurut laporan kompas.com bertajuk '
Sawah Jadi Kebun Sawit' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari kawasan Pangkalan Balai, Indonesia menyatakan akibat rendahnya pendapatan yang diperoleh petani dari hasil bertani padi membuat puluhan hektar sawah di Kecamatan Tanjung Lago, Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan kili mulai dialihkan oleh petani menjadi kebun sawit. Hasil dari perkebunan kelapa sawit tersebut dinilai lebih menguntungkan daripada padi. Berdasarkan pmemantauan ada banyak pohon-pohon sawit setinggi sekitar 1 meter tumbuh di sawah-sawah yang juga masih ditanami padi. Beberapa petak di antara kawasan persawahan terlihat kebun sawit dengan pohon yang tinggi dan rimbun sehingga tak bisa digunakan menanam padi. Menurut Mukti Gunadi (32) seorang petani Desa Sumber Mekar ada mengatakan mulai menanam sawit di sawahnya sejak tiga tahun lalu. Dari dua hektar sawah dia sudah menjadi kebun sawit dimana satu hektar lagi kebun masih ditumpangi dengan padi karena sawit baru dua tahun dan belum tinggi.  Semasa menuai sawit di sawah yang ditumbuhi padi berusia dua bulan dakwanya berkebun sawit lebih menguntungkan karena harganya tinggi dan Kos (biaya) perawatannya lebih rendah. Dari menjual sawit diperoleh pendapatan rata-rata Rp 3 juta per bulan (RM920 sebulan). Dari padi dakwanya dia hanya meraih Rp 5 juta per tahun (RM1,525 setahun atau RM127 sebulan). Rendahnya hasil dari pendapatan padi di kampung ini adalah disebebkan oleh kualiti air yang masam (asidik). Selain itu panen (tuaian) dalam beberapa tahun terakhir ini sering rosak akibat diserang hama kulat berwarna putih yang menyebabkan bulir padi kosong. Penuaian hanya kurang sampai separuhnya kalau terkena jamur. Jadi keuntungan dari padi turun sedangkan harga baja (pupuk) dan pembasmi hama (racun kimia) dilihat terus naik. Mengikut petani lain Kadek Suarti (30) dari Desa Mulyasari, Kecamatan Tanjung Lago, dakwa kini para petani di desanya tertarik beralih menanam kelapa sawit karena ingin meningkatkan kesejahteraan. Selalunya sejak benih (bibit) sawit mudah didapatkan lebih ramai petani yang mencuba menanam sawit dan mereka ternyata berhasil. Pejabat (Dinas) Tanaman Pangan dan Hortikultura Sumsel mencatatkan dimana pada tahun 2008-2009 luas sawah di Sumsel sudah berkurangan seluas 17,922 hektar dari 806.397 ha menjadi 788.475 ha sahaja. Setiap tahun dilapokan seluas 100,000 ha sawah di seluruh Indonesia beralih fungsi. Sebagai contoh dimana di Banyumas, Jawa Tengah isu stok beras untuk masyarakat miskin di sejumlah gudang Perum Bulog Subdivisi Regional IV Banyumas semakin kritikal dan hanya cukup untuk memenuhi keperluan penyaluran hingga March 2023. Penyebabnya di antara lain adalah harga beras di pasaran semakin melonjak. Pihak Bulog sukar untuk menyerap sebab harganya mencapai Rp 9.000 per kg (RM2.74/kg) untuk kualiti beras medium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAL SAWAH... SAWIT JADINYA...
PETANI TUKAR...PENAT KATANYA...
TANAM SAWIT... MUDAH KERJA...
DI MALAYSIA... INDONESIA PUN SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, 1st Floor, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
(30 Safar 1445H).
Posted from,:
Room 3101, Phnom Penh Hotel, 
Phnom Penh City,
Kingdom of Cambodia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...