mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, May 31, 2019

PADI PULUT MR47 DI PERAK - KAJIAN KES

TANAMAN PADI PULUT  (Oryza sativa var. glutinosa) merupakan satu usaha baik yang dilakukan oleh seorang usahawan di Kerian, Perak sebagai satu bidangusaha pertanian yang boleh dijadikan contoh. Beliau dikenali dengan nama Mohd Khairi yang juga merupakan seorang pesawah berukmur 39 tahun menjalankan tanaman padi di Kg. Parit Tg Piandang, Kerian sejak 12 tahun lalu telah menanam dua musim padi pulut ini iaitu pada Musim 2/2018 dan Musim 1/2019. Penulis blog yang berkesempatan melawat Pusat Pertanian Titi Serong ada meninjau lokasi penanaman padi pulut tersebut untuk melihat sendiri usaha beliau yang mendapat bantuan khidmat nasehat teknikal daripada Jabatan Pertanian. Jenis padi pulut yang ditanam adalah Pulut Siding (MR47) iaitu hasil kacukan diantara Pulut Sutera dengan Ria dan Tina yang mana ia telah diistiharkan pada tahun 1981 oleh MARDI. Padi ini dilapor mempunyai tempoh jangkamasa matang selama 135 - 143 hari. Ia memberikan hasil beras panjang berbentuk slender (kecil) dengan jumlah beras penuh (headrice) yang lebih tinggi daripada padi pulut varieti Pulut Malaysia 1. Beliau yang menanam dengan cara mencedung (mengubah) mampu membeikan hasil yang baik berbanding dengan jika dia tanam dengan kaedah tabur terus dan ini juga ianya menjimatkan kos benih padi pulut. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya terus menulis mengenai satu kajian kes penanaman padi pulut oleh usahawan Mohd Khairi bin Abd Rahman sebagai satu bahan rujukan semua pembaca blog ini.


Penanaman disawah Kg Parit, Tg Piandang, Kerian ini dikawasan Jelapang Padi IADA Krian Sg Manik. Benih padi pulut yang digunakan adalan rendah dimana pada musim penanaman 2/2018 sebanyak 20 kg biji benih padi pulut digunakan bagi keluasan 1 hektar sementara bagi musim berikutnya iaitu Musim 1/209 beliau hanya gunakan benih pada kadar 10 kg/0.8 hektar. Benih ini beliau perolehi daripada rakannya yang ada menanam padi MR47 ini di IADA Ketara Terengganu sebanyak 300 kg. Kaedah penyediaan benih dilakukan dengan menyemainya dalam  dulang semeian (tray) dimana sebiji benih diletakkan dalam satu lubang untuk selama 7 hari. Dia akan meredih benih selama 21 hari dimana pokok akan beranak dan kemuian dipecahkan anak padi ini di sawah untuk tujuan penjimatan benih (alasan adalah kekurangan benih). Dari kiraan kasar  beliau sebanyak 5,200 kg benih diperlukan bagi keluasan seluas 260 hektar jika hendak menanamnya dikeseluruhan skim sawah dikampong tersebut. Isu kesukaran dalam mendapatkan benih padi pulut MR47 merupakan kekangan didalam usaha menanam padi pulut ini. Ini kerana aktiviti penanaman padi pulut di Malaysia amat kurang dibuat dan tidak ada pembekal benih pulut untuk mendapatkan benih. Kemungkinan perlu ada pihak berkuasa atau usahawan yang boleh menghasilkan benih padi pulut jika tanaman ini hendak dikembangkan dikawasan lebih luas


Pengusaha ini menggunakan Pakej Teknologi Tanaman Padi sedia ada dan disesuaikan dengan tanaman padi pulut seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai teknikal Jabatan Pertanian Titi Gantung. Fasa pertama adalah fasa menanam dengan kerja mengubah menggunakan kuku kambing. Fasa semaian dilakukan pada awal sebelum menanam (0HLT) dimana pembajaan 6 beg baja campuran dilakukan selepas menanam iaitu pada 5HLT. Maximum Tillering berlaku pada 40HLT dimana kawalan serangga dengan racun Volium + Akira + Renox disembur pada 10HLT. Pada 20HLT disembur racun Match + Takumi + Antracol dan Renox. Perigkat Panicle formatian padi Pulut MR47 berlaku pada 50HLT. Program pembajaan dibuat pada 30HLT dengan 1 beg Urea + 5 baja tambahan  dan semburan racun Fenterra. Pada 35HLT disembur lagi racun Match + Sumibasa + Balas + Renox.  Pembajaan berikutnya dilakukan pada 50HLT denan 4 beg baja tambahan.  Pada umur padi pulut 60HLT disembur racun Match + Alika + Plenium + Score + Renox Power-K. Seterusnya pada 90HLT pula disembur racun Sumibasa + Score + Renox Power-K. Kesemua amalan agronomi ini dilakukan mengikut jadual sehinggakan hasil diperolehi mencecah kepada 5.2 mt (5,200 kg) sehektar pada musim 2/2018 dan musim ke 2 akan dituai Jun 2019 (Artikel ditulis Mei 2019)


Berdasarkan kepada data kos pengeluaran dan pendapatan dari musim pertama penulis blog telah membuat analisa. Kajian kes menunjukkan dimana kos pengeluaran bagi sehektar tanaman padi pulut MR47 oleh Mohd Khairi ini adalah sebanyak RM4,004.00. Kos ini diperingkat semaian kos menabur benih (RM60), Meredih (RM150), Membaja Semaian (RM14) dan juga Mengorek Semaian (RM300). kemudian peringkat seterusnya kos menanam (RM1,400 - komponen kos tenagakerja paling tinggi), Membajak kering (RM360), Membajak basah (RM200), Menabur Baj Campuran (RM140), Meracun sebanyak 5 kali (RM400), Menabur Baja Tambahan (RM80) dan juga kerja menuai (RM600). Kos pembelian semua bahan input seperti baja dan racun adalah sebanyak RM425/ha dimana ini menjadikan Jumlah Kos Pengeluaran penanaman padi pulut beliau sebanyak RM4,429.00/hektar. Hasil diperolehi untuk musim 2/2018 sebanyak 5,200 kg sehektar dan dijual dengan harga runcit RM5.00/kg menjadikan pendapatan kasar beliau sebanyak RM26,000/ha. Setelah ditolak dengan jumlah kos pengeluarn maka jumlah pendapatan bersih beliau sebanyak RM21,571 /hektar untuk tempoh 4 bulan atau purata RM5,392/bulan. Analisa kadar pulangan (BC RAtio) bagi pesawah ini dikira sebantak 4.87 bermakna setiap seringgit dilaburkan memberikan pulangan RM4.87 iaitu kadar sangat baik. Semua beras pulut ini diproses sendiri pengusaha dengan mesin sendiri dan dibungkus untuk dijual kepada pengguna tempatan. Daripada analisa diatas menunjukkan penanaman padi pulut dilihat berpotensi untuk dikomersilkan bagi memenuhi pengeluaran padi pulut tempatan. Semuga Mohd Khairi akan terus berjaya dalam penanaman padi pulut ini. Semua anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PULUT SIDING ... MR47 DITANAMNYA...
DI TG PIANDANG PERAK.. LOKASINYA...
DUA MUSIM... LUMAYAN HASILNYA...
DIJADIKAN RUJUKKAN...OLEH SEMUA...

By,
MA Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Ramadan 1440H).

Thursday, May 30, 2019

BERTANI DIWAKTU MALAM - APA REAKSI

BERTANI WAKTU MALAM merupakan satu perkara yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan mendapat respon yang banyak dari semua golongan. Ia dilaporkan dalam media tempatan, komen-komen dalam media sosial dan perbincangan dikedai kopi dimerata tempat terutama kawasan jelapang padi. Pada penulis blog ini merupakan satu anjakan paradigma kepada golongan petani khususnya dimana ia seakan satu perkara aneh. Apa pun dalam amalan agronomi pertanian bukan semua aktiviti pertanian sesuai dilaksanakan pada waktu malam kerana ada juga yang tidak praktikal. PM Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan akan  memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk pertanian pada waktu malam bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing sebenarnya sudah pun dibuat sejak zaman nenek moyang kita. Bagaimana pun memetik perkara sama oleh Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Abdul Shukor Juraimi beliau ada dalam kalangan ibu bapa kita sendiri pernah mempraktikkannya. Menoreh getah misalnya dahulu dibuat pada pukul 4 pagi dimana orang kampong sudah keluar rumah dalam keadaan gelap gelita. Tujuannya bagi membolehkan susu getah keluar banyak. Lagipun suhu pada waktu itu cukup sejuk membolehkan susu getah lebih tahan lama mengalir berbanding menoreh pada siang hari. Penulis blog memang biasa perkara ini semasa kanak-kanak dahulu satu negeri dengan Prof. Shukor dari Johor. Memanglah ia gelap tetapi pokok getah yang ditanam sederet memudahkan pergerakan penoreh. Penoreh akan gunakan lampu minyak tanah (terbaru guna suluh dengan bateri) yang diletakkan di kepala sudah memadai (Sila lihat foto dibawah). Lazimnya pukul 10 pagi mereka sudah habis kutip susu getah dan kemudian proses getah di bawah teduhan (bangunan). Pukul 11 atau 12 tengah hari selesai semuanya.  Dalam tempoh enam jam selesai semua kerja dan penoreh ini sudah boleh balik rumah dan berehat. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan beberapa laporan akhbar dan kupasan mengenai cadangan bertani waktu malam sekadar membuka minda kita sebagai rujukkan semua.


Dalam pada itu di negara-negara yang mempunyai empat musim di mana ada kala waktu siangnya begitu pendek lazimnya para petani di sana sudah biasa bekerja dalam cuaca gelap (waktu siang atau malam yang panjang). Tiada masalah pun aktiviti ini dijalankan malahan hasil pengeluaran tetap memberangsangkan. Apa yang penting adalah dimana pilih jenis aktiviti pertanian itu sendiri kerana ada yang sesuai dilaksanakan pada waktu malam kerana ada juga yang tidak praktikal. Ia mesti bersifat pertanian moden seperti kaedah pertanian pintar (precision farming), menegak (vertical agriculture - dalam bangunan) atau pertanian bandar (Urban farming)Misalnya petani yang yang mengusahakan rumah hijau dimana lazimnya mereka boleh menuai dan membaja pada sebelah malam. Keadaan di dalam rumah hijau juga terkawal dimana ia cukup segala kemudahan seperti lampu, tertutup dan tiada ancaman merbahaya. Kini di Cameron Highlands memang ada petani yang mengusahakan pertanian sedemikian seperti dibawah SPH, tanaman bertingkat dan tanaman bunga.  Sektor lain yang sesuai adalah pertanian intensif seperti Teknologi Tanaman Fertigasi. Biasa kaedah ini petani akan menanam dalam polibeg yang disusun dalam kawasan bersih tanpa semak samun serta saiz ladang tidak berapa luas. Penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang sendiri pernah melawat ladang dibawah SPH dan dalam bangunan di Cameroon Highland dan melihat aktiviti pertanian meeka dijalankan diwaktu malam. Selainitu bagi industri tanaman cendawan yang melaksanakan kaedah pertanian pintar memang boleh dilakukan pada waktu malam. Bertani pada waktu malam juga lebih selesa. Kalau siang suhunya antara 33 hingga 37 darjah Celcius, malam pukul 10 atau 11 biasanya 25 darjah Celcius. Sayur juga tahan lebih lama, boleh terus bungkus sebaik sahaja dipetik dan masukkan ke bilik sejuk untuk dipasarkan dalam keadaan segar. 


Dalam kes lain tanaman padi mungkin belum sesuai untuk diusahakan pada waktu malam kerana kawasannya luas dan terbuka. Waktu malam juga agak bahaya kerana biasanya haiwan berbisa seperti ular keluar mencari makan dimana ini akan ada sedikit kerisauan dari segi keselamatan pesawah. Dari segi kualiti kecualilah menggunakan kaedah moden seperti rumah hijau biasanya di negara kita padi ditanam di bendang. Tapi di Jepun sudah dipraktikkan penanaman paadi diatas bumbung bangunan dimana mereka boleh bertani pada waktu malam kerana ia selamat, sejuk dan ada lampu (Sila lihat foto disebelah). Bagi tanaman kelapa sawit penulis blog dapati pekebun adalah terdedah kepada serangan haiwan liar seperti babi hutan dan ular pada waktu malam. Lagipun bagi kawasan ladang kelapa sawit sangat luas sudah pastinya ia agak sukar dikawal. Penulis blog dapati memang tidak semesti petani terhad bekerja pada sebelah malam sahaja akan tetapi mereka boleh mengatur jadual kerja mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh dimana petani boleh turun selepas pukul 5 petang semasa matahari mulai terbenam. Ini kerana pada waktu ini suhu tidak panas sehingga pada pukul 7.30 malam berhenti rehat untuk solat maghrib. Kemudian pada pukul 9 berhenti rehat pula untuk makan dan isyak dimana pada jam 1 pagi semua kerja sudah pun selesai iaitu kiraan semala cukup kerja lapan jam. Pukul 2 pagi sudah boleh masuk tidur. Petani juga masih lagi boleh dapat kualiti tidur yang mencukupi. Kini penggunaan teknologi canggih yang melibatkan gajet mampu menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian pintar. Anak-anak muda pastinya teruja kerana tidak lagi perlu berpanas di bawah terik matahari. Mereka boleh menggunakan telefon bimbit sahaja untuk memantau tanaman, membekalkan air dan baja, mencegah serangan serangga perosak, mengawal suhu dan sebagainya. Kalau hendak sembur racun pun boleh guna dron. Semuanya hanya di hujung jari dan ini juga ada didalam sektor ternakan dalam bangunan atau reban. Kita boleh jaga makan minum haiwan ternakan, pantau makanan serta penyakit dengan guna gajet sahaja. Adalah dicadangkan kerajaan mendirikan ladang pintar contoh untuk dijadikan model pertanian waktu malam seperti di beberapa TKPM dikawasan penempatan penduduk dimana orang ramai boleh melihat sendiri kaedahnya.


Pada saya ini semua tidak mustahil dilakukan dengan jaya jika ada inisiatif daripada kerajaan yang disokong oleh semua sistem-sistem sedia ada. Sudah sampai masanya kita berbuat demikian memandangkan negara sedang memasuki era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Dalam pada itu berkemungkinan dimana hasil pengeluaran makanan negara kita pun boleh ditingkatkan lagi jika aktiviti pertanian ini dijalankan dengan waktu berbeza. Dalam pada itu sebagai contoh dimana bekalan beras kini masih belum cukup dan perlu diimport sebanyak 30% terutama untuk permintaan beras gred pemium seperti beras wangi dan beras basmathi.  Jika ada inovasi menanam padi secara precision farming berkemungkinan pengeluaran padi negara akan dapat ditingkatkan. Pengeluaran daging lembu pun kita hanya 23 % manakala kambing 10 % damana bakinya adalah diimport dari beberapa negara termasuk Australia, India dan sebagainya. Mungkin sektor ternakan dan perikanan memang sesuai dijalankan diwaktu malam. Adalah perlu dinasihatkan agar orang ramai supaya melihat cadangan Perdana Menteri tersebut secara positif. Pertanian waktu malam tidak mustahil diusahakan di negara ini tetapi ianya bergantung juga kepada jenis tanaman tertentu dan cara pengurusan disesuaikan semula. Jangan beri alasan bertani pada waktu malam takut menjadikan seseorang tiada masa bersosial sebab pada hari Sabtu dan Ahad masih ada untuk berbuat demikian. Orang yang kerja syif pun tiada masalah dimana ramai juga petani yang bekerja sendiri. Usahlah fikir semua perkara negatif yang mengganggu fikiran semua.


Lapran akhbar Berita Harian bertajuk ''Tanam padi waktu malam bukan perkara baharu'' dimana berita dari Yan, Kedah oleh wartawan Mustakim nyatakan penanaman padi pada waktu malam bukan perkara baharu, sebaliknya amalan petani pada zaman dahulu dakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Oleh itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara berkenaan adalah berdasarkan ingatan Perdana Menteri pada waktu muda. Katanya bagi sesetengah orang mungkin ia pelik, di luar kotak. Sebenarnya, itu amalan dulu-dulu. Mungkin Tun (Mahathir) sebagai orang yang paling lama antara kita, beliau ingat perkara itu (tanam padi waktu malam). Dia ingat waktu kecil beliau ke Tokai dekat Pendang memang ada pesawah bekerja pada waktu malam dengan memasang lampu gasolin. Beliau diminta mengulas cadangan Dr Mahathir bahawa kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat. Mukhriz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), berkata cadangan itu mungkin boleh dipertimbangkan jika membawa manfaat kepada pesawah. MADA akan meneliti perkara itu dengan melihat kesesuaian tempat, keadaan dan masa mengenai cadangan itu. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 4 Sungai Limau, Datuk Ismail Arshad, berkata pada tahun 50-an hingga 60-an proses penanaman padi memang dilakukan pada waktu malam. Kerja menuai, memukul (membanting) padi, dilakukan pada waktu malam... kalau bulan terang, kita bergantung pada cahaya bulan, jika tak guna lampu gasolin. Kebiasaannya selepas solat Isyak dah ada turun ke sawah... bergantung pada keadaan cuaca.


Laporan lain bertajuk ''Sekarang boleh tanam padi waktu malam'' itu yang duidakwa sebaga sidiran  Tun Dr M yang agak sesuai dijadikan tajuk perbincangan kali ini. Beliau juga berkata demikian dipercayai menyindir sikap sesetengah orang Malaysia yang memilih-milih pekerjaan sehinggakan ada yang tidak sanggup berpanas di bawah terik matahari.  Ini kata beliau menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada pekerja asing. Kerajaan fikir bahawa kalau kita fikir pada siang hari dan panas terik tak selesa kerja. Kerajaan kini sedang fikir sama ada kita boleh alih masa kerja pada siang hari, waktu panas tapi lakukan malam hari. Memanglah gelap pada masa malam. Tapi sekarang ini kita boleh melihat orang kaya main golf malam dimana dipadang golf biasanya akan dipasang lampu cerah-cerah. Ada kemungkinan jika hendak menanam padi pada malam hari sesuai dilakukan dengan memasang lampu dan waktu itu tak ada panas terik," perlinya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam tautan muhibbah parti Bersatu bahagian Segambut, Kuala Lumpur. Pemimpin berusia 94 tahun yang terkenal dengan sikap sinisnya itu berkata rakyat akan dapat membiasakan diri walaupun pendekatan menukar waktu kerja pada sebelah malam itu sukar untuk diterima pada mulanya. "Kita tahu di sesetengah negara apabila datang bulan puasa, mereka siang tidur, malam kerja. "Jadi kerja sebelah malam ni bukan satu luar biasa untuk kita. Supaya kita selesa. "Sekarang ini lampu boleh pakai LED, tak makan elektrik banyak. Pada masa sama katanya terus menyindir, cadangan itu akan mengurangkan tekanan berbanding bekerja di siang hari. Tambahnya lagi beliau berharap supaya rakyat bekerja keras untuk diri sendiri tanpa hendak mengharapkan wang secara percuma. "Amatlah hina kalau kita dapat duit tanpa kerja. Sebaliknya, kalau kita kerja dan dapat upah, adalah mulia dan halal. "Kalau cuma terima duit percuma mungkin dari punca yang tidak baik. Dakwanya terkini jumlah warga asing yang datang bekerja di negara ini mencecah 7 juta orang dan setiap tahun mereka membawa keluar wang pendapatan sebanyak RM60 bilion balik ke negara asal mereka. 


Berita dari Sinar Harian dari Terengganu bertajuk ''Menanam padi waktu malam dianggap mustahil, tak masuk akal'' juga dijadikan rujukkan. Secara tradisinya padi di tanam sekali setahun di kawasan Batu Rakit mengikut laporan akhbar Sinar Harian. Berita dari Batu Rakit, Terengganu ini melaporkan dimana pesawah menyifatkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan penanaman padi pada waktu malam sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan di sini. Seorang pesawah dengan nama Mamat Engah berumur 67 nyatakan beliau sudah menjadi kebiasaan bersawah dan mengusahakan tanaman itu pada waktu siang dan berehat pada waktu malam selepas seharian bekerja. Jika ada cadangan menanam padi pada waktu malam juga akan menambah kos kerana kami perlu memasang lampu. Selain itu dakwanya pesawah juga terdedah bahaya kerana pada waktu malam ular dan haiwan berbisa lain keluar dari sarang. Beliau seorang bapa sembilan anak dari Padang Maras itu dakwanya secara tradisinya tanaman padi di tanam sekali setahun di kawasan itu walaupun menghadapi masalah sistem pengairan. Beliau melihat cadangan tanam padi waktu malam tidak sesuai di sini walaupun masalah pengairan diatasi. Kos akan meningkat dan kami tidak mampu menampung kos tambahan. Dalam pada itu seorang lagi pesawah iaitu En Mohamad Rani dakwa mereka sudah lama bekerja di bawah panas terik matahari dan tidak menjadi masalah untuk meneruskan tradisi nenek moyang mereka itu. Dakwanya lagi mana boleh tanam padi waktu malam. Waktu malam tidak sesuai berada di sawah. Cadangan ini mustahil dan agak tidak masuk akal. Dia telah mengusahakan tanaman padi lebih 10 tahun lalu. Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan bakal memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu meringankan kerja rakyat. Pengerusi PH dakwaa inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan dijangka akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.
Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERTANI MALAM... SATU PENDEKATAN...
SATU SINDIRAN...PM SUDAH NYATAKAN...
BOLEH DILAKSANA.. BANYAK PILIHAN...
BACA ARTIKEL... DAPAT KEFAHAMAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1440H).

Wednesday, May 29, 2019

TANAMAN PADI "SRI PROBIOTIC' - APA DIA?

TEKNOLOGI PENANAMAN PADI SPRI (System of Probiotic and Rice Intensification) merupakan satu teknologi yang melibatkan penggunaan probiotik. Teknologi ini didakwa boleh menghasilkan ekologi dan mengawal mikroorganisma bagi mewujudkan keadaan tanah yang lebih subur untuk meningkatkan hasil tanaman. Teknologi SPRI ini juga didakwa akan menghasilkan tanaman padi berkualiti tinggi, mesra alam dan menjimatkan penggunaan air. Penulis blog ada mendengar perkara ini semasa membuat lawatan ke Tokyo, Jepun dan semasa berkursus di Saraburi, Thailand lama dulu. Probiotik akan ditambah ke dalam sistem pengairan tanaman padi sedia ada untuk mengaktifkan mikrob dalam tanah dan ini akan menjadikan akar pokok padi menjadi sihat dimana kesannya ia akan menghasilkan tahap pengeluaran lebih tinggi.  Beberapa negara maju seperti di Jepun, Korea dan Taiwan dilaporkan telah mengaplikasikan teknologi SPRI ini dengan jayanya dan mereka membuat penyelidikan sejak lama dulu. Apa pun di Taiwan mereka lebih agressif dimana ada kalangan mereka yang ingin memperkenalkan teknologi SPRI ini ke negara kita. Terkini ada beberapa kumpulan yang ingin membawa teknologi ini dan dalam perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan di Malaysia. Walau di Malaysia telah lama di amalkan kaedah penanaman padi SRI terutama di Selangor akan tetapi ia belum luas berkembang kelokasi lain. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi SPRI yang didakwa baik untuk penghasilan tanaman padi sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Di Taiwan penanaman padi adalah sangat penting walau pun dinegara tersebut masih kekurangan kawasan tanah, pulangan yang terhad, persaingan penggunaan air untuk domestik dan masaalah mengenai kekangan tenagakerja. Teknologi SRI didakwa mampu menjimatkan air dan mengoptimakan penghasilan yang lebih baik. Pengamalan penggunaan baja dan racun kimia yang berterusan dilaporkan merosakkan kesuburan anah dan ia juga menyebabkan kekebalan patogen musuh dan penyakit. Kini mereka mengamalkan kaedah SPRI untuk melestarikan pertanian dan lebih mesra alam serta selamat. Sejak tahun 2008, Prof. Yu-Chuan Chang dari Hsing Wu University dan Prof Yu-Min Wang dari Pingtung University (NPUST) bergiat aktif didalam mempromosikan teknologi SPRI ini. Kajian kali pertama dilakukan pada 2008 menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 4% - 99% dengan jarak tanaman 20-25 cm dikurangkan kepada 30 cm dengan ada bahan probiotik. Dalam beberapa kajian berikutnya pada tahun 2010 - 2012, hasil temuan mendapati penting digabungkan teknologi SPRI ini dengan melibatkan pengurusan bersasar yang akan menentukan penghasilannya. Antara keputusan awal mereka laporkan dimana ia menunjukkan hasil tinggi dicapai untuk musim pertama penanaman tetapi memerlukan kos buruh lebih tinggi dan kos pengurusan air lebih cekap. Bagaimana pun pada pusingan seterusnya akibat berubah cuaca dan suhu rendah menyebabkan serangan perosak dan penyakit telah mengurangkan hasil. Akhirnya kajian yang dijalankan di University Pingtung pada 2017 berjaya menghasilkan tuaian hasil padi tertinggi hanya dengan menggunakan suku dan separuh sahaja penggunaan air disawah daripada kaedah penggurusan konvensional. 


Dalam dakwaann mereka, antara faedah yang boleh didapati dengan teknologi SPRI ini adalah penggunaan air disawah yang minima yang digunakan oleh tanaman padi untuk tempoh pertumbuhan pokok vegetatif. Dengan ini air dapat dikurangkan dan pokok padi hanya menerima jumlah air yang hanya diperlukan sahaja sekitar 3cm lapisan air untuk padi. Teknologi ini juga mengurangkan keadaan anearobik dan ini akan meningkatkan pertumbuhan akar. Keadaan ini juga menyebabkan akan kepelbagaian organisma tanah aerobik hidup dan akan meningkatkan pertumbuhan mikrob didalam tanah. Kesannya adalah dimana mikrob ini akan membanu lebih banyak nutrien dapat dipegang di zon pengakaran tanag dimana berlaku 'nitrogen fixation' dengan aktif. Dalam pada itu nutrien boleh terurai apabila ia diperlukan dimana ia sekali gus boleh mengurangkan penggunaan baja. Walau pun penerangan diatas agak teoritikal tetapi ia perlu dilihat dalam aspek lebih meluas mengenai SPRI. 


Antara ciri-ciri positif SPRI ini yang didakwa mereka berdasarkan data yang dibangunkan di Taiwan dimana mereka dakwa SPRI ini menjimatkan sekurang-kurangnya 15% daripada jumlah pengggunaan air sawah. Kalau untuk kawasan luas anda boleh mengira jika sebanyak 15% dapat dijimatkan secara totalnya memang banyak jumlah air yang dapat dijimakan. SPRI juga didakwa mampu mengurangkan pelepasan Karbon Dioksid (CO2) keudara dimana ini adalah mesra alam. Teknologi ini didakwa akan menjimatkan kos untuk penggunaan baja nitrogen (N) dalam penanaman padi sebanyak 50%. Jika harga baja Urea sudah dapat dijimatkan sebanyak 50% cuba kira akan kebaikannya. Memang teknologi ini dianggap sebagai teknologi mesra alam sekitar. SPRI juga akan meningkatkan interaksi probiotik, mikrob tanah dan juga akar tanaman. Apabila tanaman padi mempunyai akar sihat dan banyak maka tidak mustahil ia akan menyumbangkan kepada hasil dan kualitinya. Teknologi ini juga didakwa mampu mengurangkan kos tenaga buruh disawah padi. Dalam padi teknologi penggunaan dron (UAV) akan dapat membantu pemantauan dan penanaman surveilance padi dengan lebih cekap. Kemudian data daripada drone akan dimasukkan dalam sistem komputer dan boleh didnalisa untuk tujuan lain. Bagaimana pun sumber dan jenis probiotik yang digunakan mereka tidak didedahkan kepada pihak lain. Penggunaan baja chitosan dilaporkan memberi kesan yang signifikan kepada kesan penggunaan air yang berkurangan disawah. Sebarang kemasukkan mikrob termasuk 'probiotik' kedalam negara perlu diluluskan oleh MOBO sebelim teknologi ini dibawa masuk secara rasmi. Sebenarnya teknologi SRI ini telah lama diamalkan di Selangor .Semuga tulisan ini sedikit sebanyak memberi info berguna mengenai teknologi SPRI yang diwarwarkan di Taiwan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TEKNOLOGI PROBIOTIK... SUDAH ADA...
TANAMAN PADI... SASARAN UTAMANYA...
BOLEH DILAKSANA...PERLU WASPADA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIPERIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Prrcint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1440H).

Tuesday, May 28, 2019

KELAPA SAWIT DAN TEKNOLOGI DRONE

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini dimana ramai saintis ingin menggunakan Teknologi Drone sebagai langkah bijak. Teknologi Drone yang merupakan teknologi canggih membolehkan UAV ini diterbangkan untuk pelbagai tujuan terutama didalam membantu survei dari udara dan potensi melakukan kerja-kerja pengurusan ladang dimasa depan.  Kelapa sawit terdiri daripada famili Arecaceae (Dulu famili Palmae) yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit adalah berasal dari Afrika (Elaeis guineensis) adalah jenis yang berasal dari Afrika Barat di antara Angola dan Gambia. Sementara itu Kelapa Sawit Amerika (Elaeis oleifera) pula adalah berasal dari Amerika Tengah atau pun Amerika Selatan. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2012 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil. Nilai buah segar industri kelapa sawit Malaysia sekitar RM 4.6 billion dengan nilai pasaran produk berasaskan ekspot sebanyak RM 36.110 billion. Terdapat seramai 451,000 orang yang terlibat dengan industri kelapa sawit dengan sebanyak 1,264 buah perladangan (estet). Statistik menunjukkan pada masa ini ujud sebanyak 444 buah kilang memproses buah kelapa sawit dan beratus-ratus kilang atau syarikan yang memproses hasilan daripada industri kelapa sawit di Malaysia. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai teknologi penggunaan drone dalam pengurusan untuk tanaman kelapa sawit dan teknologi lain yang berkaitan dengannya.

Dalam ladang kelapa sawit bolehkan menggunakan teknologi potong kelapa sawit guna dron laser?. Ini yang dicuna oleh Pembantu Penyelidik Kambyan Network, J Kiirthan dimana dia sedang melakukan pemeriksaan sebelum menunjukkan demonstrasi pemotongan kelapa sawit menggunakan dron Airborne Laser Cutter ALC MK1 (Sila lihat foto disebelah). Ia dilakukan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Kedah. Pada masa ini penggunaan dron sahaja menjadi keperluan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, namun fungsinya mampu melangkau sehingga ke aspek pengkomersialan.  Terkini, inovatif dron akan membantu pula bidang pertanian khususnya perusahaan komoditi kelapa sawit dalam meningkatkan hasil pengeluaran membabitkan teknologi robotik. Inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan oleh konsortium teknologi Kambyan Network Sdn. Bhd. yang menggunakan teknik laser itu, bakal menjadi kenyataan apabila projek perintis pemotongan buah kelapa sawit akan dilaksanakan di sebuah ladang seluas 323.7 hektar di Tanjung Malim, Perak. Dron Airborne Laser Cutter ALC MK1 yang dibangunkan syarikat itu penuh dengan ciri-ciri unik termasuk keupayaan mengenal pasti buah yang sudah boleh dipetik. Pengarah Eksekutif Kumpulan Kambyan Network dakwa pemotongan buah kelapa sawit dengan menggunakan dron itu secara tidak langsung mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing. Sebenarnya pertanian digital ini merangkumi semua jenis pertanian, tetapi kami mahu memberi tumpuan kepada ladang kelapa sawit dahulu kerana impaknya yang tinggi dan besar kepada negara. Mereka (pengusaha) ada masalah kekurangan tenaga kerja, masalah tidak boleh mengumpul hasil kelapa sawit dalam masa yang pendek dan mutu yang tidak begitu jitu. Jadi, penggunaan dron ini diharap mampu mengurangkan kekangan itu. Sehingga kini sebanyak 50 unit dron akan dihasilkan dalam tempoh dua tahun yang mampu menampung kerja-kerja pemotongan di ladang kelapa sawit berkeluasan 2,000 hektar.  

Khidmat teknologi dron amat praktikan didalam membuat survei aset kelapa sawit. Perkembangan estet kelapa sawit dari awal penanamannya hingga sekarang memang boleh dikatakan cukup signifikan. Sebagai negara pengeluar kelapa sawit besar di dunia Malaysia memiliki banyak ladang kelapa sawit dengan penghasilannya menjadi komoditi eksport negara yang amat besar mencecah billion ringgit setiap tahun. Pembukaan kawasan baru dan penanamaman semula ladang sawit berlaku setiap tahun dimana ia memerlukan teknologi lebih canggih dimasa hadapan untuk melakukan pengutipan data. Pemilik estet kelapa sawit perlu teliti dengan apa yang berlaku agar ianya tidak merugikan pemilik estet. Teknologi drone kini amat selesa dan cekap didalam melakukan kerja-kerja survei diestet dengan cepat, tepat dan data yang sangat signidfikan untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah). Survei aset merupakan kegiatan yang perlu dilakukan secara rutin oleh estet kelapa sawit dimana ini membolehkan perubahan aset tanaman setiap tahun seperti menilai kelapa sawit dapat dilihat dari seberapa banyak jumlah pokok tanaman tersebut. Penggunaan teknologi pemetaan dengan menggunakan dron kini dikira memang mempunyai beberapa kelebihan, salah satunya adalah ketepatan didalam mengira tanaman dan aset yang ada. Jika dibandingkan dengan kaedah konvesional menggunakan pekerja ladang untuk mengira pokok mungkin untuk kawasan luas lebih 5,000 ekar mengambil masa lebih sebulan. Teknologi drone hanya mengambil masa kurang 3 hari untuk menerbangkan dron bagi megutip data dan foto udara dan kurang dari 5 hari untuk menganalsia data dalam sistem dengan lebih tepat. Dalam survei aset ini akan mendapat maklumat lengkap seperti susunan pokok, peta blok tanaman, peta kontour, peta sesusu, peta guna tanah, bilangan pokok yang hidup atau sudah diserang penyakit dan juga aspek kesuburan pokok bagi pengesyoran pembajaan mengikut pengkhususan pokok yang rosak.

Ada potensi memotong buah kelapa sawit menggunakan dron. Itu laporan artikel bertajuk ''Pertanian digital guna drone potong buah kelapa sawit'' yang dianggap perkara dan inovasi baru. Jika selama ini drone hanya digunakan untuk mengambil gambar dan rakaman viceo tetapi kini penggunaan drone boleh dimanfaatkan dalam pertanian digital bagi pemotongan buah kelapa sawit. Kini sebuah syarikat tempatan telah berjaya mencetuskan idea inovatif yang menyaksikan gadget itu digunakan untuk tujuan pertanian. Drone yang dihasilkan oleh syarikat itu direka bentuk untuk mentransformasi dan memodenkan industri kelapa sawit atau lebih tepat lagi pertanian digital. Yuvarajoo berkata bahawa syarikatnya mendapati bahawa sebilangan besar penduduk tempatan terutama belia tidak suka bekerja dalam sektor pertanian dan sebab itulah syarikat berkenaan berjaya mengubah fungsi drone dalam usaha untuk menambah nilai dalam sektor berkenaan. Mereka mendapati bahawa mereka yang bekerja dalam industri minyak sawit menerima gaji yang rendah walaupun melakukan kerja dengan keras walaupun kerja itu berbahaya. Ini mendorong kami untuk mencetuskan idea bagi memodenkan sektor tersebut kerana kami percaya ini akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih baik. Bagaimana drone itu berfungsi dijelaskan terdapat pelbagai drone mempunyai fungsi masing-masing itiu drone sensor, drone penuaian, drone pemetik dan drone pengangkut yang akan digunakan di kawasan perladangan. Drone sensor akan mengumpulkan data mengenai kawasan perladangan, drone penuaian akan memotong buah sawit, drone pemetik akan mengumpulkan data dan drone pengangkut berupaya memindahkan sehingga 250 kg buah sawit ke kilang. Apa yang lebih menarik dimana para petani dapat menilai proses tersebut melalui aplikasi dikenali “Manusia”, singkatan bagi “Man using intelligence application”, yang dibangunkan oleh syarikat tersebut. Melalui aplikasi itu didakwa para petani dapat melihat proses yang dirakamkan oleh drone termasuk melihat rakaman dari atas pokok. Petani boleh menentukan keadaan kesihatan pokok dan sama ada buah sawit telah masak atau sebaliknya. Aktiviti memperluaskan penggunaan drone meliputi sektor lain seperti minyak dan gas, aeroangkasa dan pembuatan. 

Bolehkan minyak kelapa sawit ganti minyak hitam kereta?Jika anda masih ragu-ragu didakwa seorang lelaki juga dipercayai dari negeri ini telah berjaya membuktikannya. Malah dia dikatakan telah lama menggunakan minyak masak kelapa sawit itu bagi menggantikan minyak hitam kenderaan tanpa sebarang masalah. Namun sebelum ini pun sudah ramai golongan ‘berani’ menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit itu sebagai alternatif kepada minyak hitam yang harganya mencecah ratusan ringgit. Dalam satu klip video pendek berdurasi seminit 30 saat itu yang tular di laman-laman sosial, dia kelihatan sedang mengisi satu jenama minyak masak ke dalam enjin kereta miliknya. Melalui perbualan dengan seorang lagi lelaki, dia menyatakan telah menggunakan keretanya itu untuk berulang-alik antara Alor Setar ke Baling serta ke lokasi lain. “Lama dah pakai (guna) tak pernah ada masalah... Daripada ampa (kamu) dok pakai minyak yang beratus-beratus (ringgit) tu buat apa. Pada akhir video tersebut, lelaki tersebut turut menghidupkan enjin keretanya tanpa sebarang masalah, sekali gus menyarankan rakannya itu agar turut cuba menggunakan minyak kelapa sawit sebagai pengganti minyak untuk kenderaan.  Sementara itu menerusi laman web kereta.info, seorang bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun, Hisyam Abdullah berkata, minyak masak merupakan minyak paling sintetik tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Dia menggunakan minyak masak sebagai pelincir untuk enjin kereta Proton Iswara dimana selepas lebih setahun menggunakannya dia mendapati tiada kesan negatif atau kerosakan berlaku pada kereta. Mungkin sekarang sudah tiba masanya kajian lanjut terhadap minyak kelapa sawit untuk digunakan pada kenderaan dilakukan sebagai langkah alternatif dalam usaha menggantikan pelincir yang mahal dan tidak mesra alam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!..
TEKNOLOGI DRON... SUDAH DICUBA...
PELBAGAI USAHA.... PELBAGAI CARA...
LADANG SAWIT... LUAS KAWASANNYA...
RAMAI MENUNGGU... PENGGUNAANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(18 Ramadan 1440H).

Monday, May 27, 2019

INDUSTRI DURIAN - APA STATUSNYA DI MALAYSIA?

INDUSTRI DURIAN (Durio zibethinus Murr.) merupakan satu industri yang kini semakin popular dikalangan petani dalam Malaysia semenjak harga pasaran durian premium melonjak akibat pasaran keluar negara khususnya ke negara China. Pokokk durian adalah sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu sejenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Nama durian sendiri penulis blog percaya berasal dari bahasa Melayu iaitu ''Duri'' atau 'buah berduri' menjadi durian. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan adalah pengeksport terbesar buah durian segar di dunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi bagaimana durian Thailand ini dieksport bermula daripada petik buah dipokok sehingga digred, dirawat dan dihantar melalui kapalterbang keluar negara (Sila baca artikel tersebut - Sila klik disini). Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik di atas pokok tidak sama dengan di Malaysia di mana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Penulis blog yang pernah mengikuti Malaysia Durian Festival 2017 di Nanning, China mendapati memang potensi eksport durian segar Malaysia amat cerah dimasa hadapan (Sila lihat foto diatas). Menteri Pertanian pada waktu itu amat strategis didalam menyusun proses pengeksportan durian ke China. Pada tahun 2019 ini sebanyak 12 buah syarikat akan mendapat kelulusan sebagai pengeksport durian segar ke China. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini membincangkan isu status industri durian negara kita untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Dahulu memang pernah berlaku lambakkan buah durian apabila pengeuaran banyak menyebabkan harga jatuh dan ianya merugikan penanam durian. Bagaimana pun kini harga pasaran durian kini semakin meningkat sehingga menyebabkan ada golongan yang tidak mampu untuk membeli dan menikmati keenakan dan keunikan buah durian itu sendiri terutama jenis durian premum seperti Musang King, Tekka, Duri Hitam, Udang Merah dan beberapa lagi. Malangnya mereka hanya mampu menghidu keenakkan bau buah durian yang amat kuat itu dan hanya melihat jualan-jualan di sepanjang jalan atau digerai tanpa membelinya. Kalau mampu pun jenis durian kampong yang bila dibuka maka isinya 'hanya pakai singlet' sahaja. Penulis blog yang sering membuat tinjauan beberapa tahun mendapati dimana sekiar 2016 - 2018 harga durian memang agak tinggi dimana harga mengikut berat kini sehingga sebiji durian mampu mencecah RM 80 - RM 150. Memang agak mustahil jika hanya mahu membeli sebiji saja sedangkan masih punya isteri dan anak untuk dikongsi bersama jadi sekali belanja mampu mencecah ratusan ringgit. Jadi ada segelintir masyarakat berpendapat bahawa berbaloikah jika mereka menghabiskan wang mereka sehingga ratusan ringgit untuk menikmati durian premium sedangkan kos sara hiup sekarang agak tinggi. Ada juga golongan yang sudah mentah-mentah menolak untuk membeli durian dengan harga pasaran sekarang. Netizen juga tidak terlepas dalam melontarkan pendapat dan kata-kata kesat pada peniaga durian tersebut oleh hal kenaikan harga yang agak melampau dakwa mereka. Adakah isu harga durian ini disebabkan oleh pasaran ke China yang mampu menawarkan harga lebih baik atau punca lain sepeti kekurangan bekalan durian dipasaran atau pun ia kesan manipulasi orang tengah?. Memang banyak alasan boleh diberikan akan tetapi yang pasti promosi makan buah duian di China memang ada kesannya. Baru-baru ini isu durian premium ini semakin hangat diperkatakan di mana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani masa itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penanaman durian ini bakal muncul sebagai industri yang mampu dalam menjana ekonomi negara pada masa hadapan (Sila lihat foto disebalah). Industri ini boleh menjadi satu industri baharu dan cabang ekonomi yang berpotensi besar kepada sumber pendapatan negara. Dipercayai ini mampu menguntungkan mereka yang mengusahakannya di sepanjang ‘value chain’ selain pengusaha yang merangkumi pengusaha baja untuk memperoleh hasil durian yang baik, pengangkutan untuk memasarkan durian ke pasaran luar serta kilang untuk memproses pelbagai produk hiliran daripada durian. Promosi makan durian Musang King yang diadakan di Nanning, China juga membuka ruang pasaran durian Malaysia ke China di masa akan datang. Protokol pengeksportan buah durian segar Malaysia ke China sedang diusahakan di antara “General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine” (AQSIQ) China dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan terkini AQSIQ telah digantikan dengan agensi baru iaitu General Administration of Customs China (GACC).

Varieti Durian Musang King (D197) kini sudah mempunyai potensi eksport yang sangat luas ke luar negara terutamanya selepas pihak Jabatan Pertanian telah mendapat laluan pasaran pada tahun 2011 untuk pengeksportan durian dalam bentuk ulas sejuk beku (frozen pulp) ke China. Pada masa ini selain ke negara China dilaporkan durian sejuk beku juga berjaya menembusi pasaran seperti Australia, New Zealand dan Taiwan. Pada pendapat penulis blog yang juga suka akan keenakkan durian varieti Musang King dimana ia mempunyai kualiti premium yang memenuhi keperluan pasaran antarabangsa (Sila lihat foto disebleah). Dalam pada itu tinjauan penulis blog dapati dimana bagi pengeksportan durian segar diberitakan di mana Malaysia juga mendapat laluan pasaran ke Jepun dan Korea. Jumlah eksport ke China dijangka meningkat kerana penggunaan durian bukan setakat dimakan segar tetapi telah berjaya dipelbagaikan bagi tujuan untuk memenuhi kehendak pasaran mereka. Selain durian sejuk beku kini pasaran untuk pes durian juga telah boleh dihantar ke negara tersebut. Bagaimanapun bagi durian sejuk beku pada kebiasaannya ia dimakan segar dan dijadikan pes durian untuk pelbagai produk seperti piza, kuih bulan, aiskrim, tart kastard dan pencuci mulut. Salah sebuah syarikat yang jadi pengimport, pemborong dan peruncit di Shanghai iaitu Royal Durian melaporkan dimana mereka mengimport durian sejuk beku dari Malaysia kali pertama pada tahun 2010. Selepas tahun 2013 syarikat ini menyaksikan pertumbuhan jualan yang konsisten sebanyak 30 peratus setiap tahun. Sebenarnya fenomena durian Musang King yang mana semakin mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan kadar permintaannya tinggi dan memberi kesan kepada harga ladang durian sejak akhir-akhir ini. Harga mencecah antara RM50 -  RM140 sekilogram berbanding hanya sekitar RM40 sekilogram tahun lalu. Potensi hasil durian Musang King didakwa sekitar 90 - 130 biji sepokok atau 150 kilogram (kg) sehingga 170kg sepokok dan bagi ladang seluas 1 hektar boleh memperoleh sehingga 110 pokok bagi jarak tanaman 9m x 9m. Harga sebiji durian Musang King di Hong Kong pernah mencecah sehingga RM800 /kg kini membolehkan ia mendapat pasaran yang baik. Sebelum ini pun ada juga dilaporkan di mana durian dari Malaysia dihantar ke China melalui Thailand, Laos dan beberapa negara lain dengan menggunaka jenama negara tersebut. Sebagai contoh sebuaah syrikat di Kedah (Nitron Sdn Bhd) telah lama menghantar buah ke China melalui Thailand.

Apa yang penulis blog analisa masa dulu ramai petani sering mengeluh kerana harga buah durian yang tidak setimpal dengan usaha tetapi kini tanaman durian khususnya durian premium seperti Musang King boleh menjana sumber pendapatan yang tinggi kepada para pengusaha dan negara. Ramai pemilik kebun durian varieti lain kini telah menukar kepada tanaman durian varieti musang king. Ada juga pekebun kelapa sawit yang menebang tanaman mereka dan menggantikannya dengan durian varieti musang king di daerah Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang. Adakah langkah pengusaha ini adalah langkah yang bijak? Bagi penanaman daripada anak pokok mengambil masa yang agak panjang iaitu sekitar 6 ke 7 tahun untuk mengeluarkan hasil akan tetapi jika pengusaha melakukan cantuman dewasa ia hanya mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 tahun (mengikut penyelenggaraan yang betul) untuk mengeluarkan hasil. Pada satu musim, jangka masa berhasil durian adalah lebih kurang sebulan sahaja (kebanyakan varieti). Manakala jangkaan jualan seperti yang kita lihat semakin meningkat dari masa ke semasa tambahan pula ia makin mendapat sambutan daripada pelancong luar negara. Tidak mustahil saya katakan suatu masa nanti harga jualan durian ini akan lebih meningkat sehingga mampu mencapai ratusan ringgit sebiji.

Kajian mengenai kenaikan harga durian Musang King kini sebenarnya telah pun  mempengaruhi harga durian tersebut di pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kini orang ramai atau petani merebut peluang ini iaitu bagi yang mana mereka mempunyai kawasan tanah yang masih tidak diusahakan atau mempunyai kawasan lapang mereka akan menanam durian premium seperti Musang King. Tinjauan penulis blog sendiri sebagai Pengarah Pertanian Pahang pada tahun 2016 dan 2017 mendapati pemilik kebun sawit dan getah telah menebang tanamannya dan menggantikannya dengan durian Musang King sekitar Raub, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis. Ini tidak termauk yang membuat antuman dewasa pokok durian biasa dengan mata tunas durian premium seperti Musang King dikalanan pemilik dusun durian tradisionl. Kepada pengusaha durian yang telah menanam pokok durian tetapi bukan daripada jenis premium juga terpengaruh melakukan teknik cantuman dewasa (Mature budding) bertujuan untuk mendapatkan tanaman durian tersebut. Ada dakwaan dimana jika semua petani dan pekebun terpengaruh dengan tanaman ini sehingga sanggup menukar jenis tanaman yang telah diusahakan selama ini kepada durian Musang King dikhuatiri satu masa nanti ianya menyebabkan lambakkan hasil dan menyebabkan harga durian akan turun di mana pengusaha terpaksa menjual dengan harga yang lebih murah berbanding menanggung kerugian. Terkini hubungan baik Malaysia dengan China ia memberikan potensi durian premium untuk pasaran eksport dan antarabangsa memang cerah di masa hadapan dengan wujudnya persetujuan diantara Malaysia dan China mengenai protokol didalam pengeksportan durian dan nenas yang dicapai semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perdana Menteri Malaysia di Beijing pada 13 Mei 2017. 

Dari segi analisa ekonomi memang seronok mendengar harga durian Musang King melonjak tinggi tetapi untuk mendapatkan sebiji durian musang king dari tangan di kebun sendiri tidak mudah seperti dijangka. Jika harga durian ''membaik'' sebenarnya ia memberikan kelebihan kepada petani dan peraih akan tetapi dipihak pengguna akan tidak berpuashati. Apa pun anda kena mulakan dari sekarang. Pengusaha tidak perlu terburu-buru dalam mengambil keputusan dalam projek yang akan dilakukan. Ilmu dan pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian ini harus dibekalkan dahulu untuk menjamin projek yang bakal dilakukan. Teknik pengurusan tanaman yang dilakukan perlulah sesuai kerana ianya sudah tidak mahu dikenali sebagai tanaman bermusim, kesan daripada permintaan yang tinggi pengusaha perlu memikirkan cara untuk menghasilkan buah di luar musim seperti kebiasaan. Justeru, hasil di luar musim ini jugalah merupakan faktor kepada peningkatan harga di pasaran. Dalam pada itu petani  haruslah memikirkan status keuntungan dan modal yang bakal dilaburkan adakah ianya menguntungkan pengusaha pada masa akan datang dan adakah harga durian itu masih boleh kekal dengan harga kini. Ianya kelihatan mudah tetapi dipercayai ia tidak semudah yang anda fikirkan. Mungkin penulis blog berpendpat agak kurang baik sekiranya mana-mana pihak mendesak atau hanya fokus kepada satu tanaman sahaja kerana seperti yang diperkatakan kerana ada juga kemugkinan ianya akan memberikan kesan tidak baik kelak. Urusan jual beli pada pasaran ke luar negara bukanlah perkara yang remeh. Setiap pengusaha juga perlu mengetahui selok belok dan syarat yang ditetapkan untuk mengeksport hasil pertanian yang diusahakan.

Dalam perancanan jangka panjang industri tanaman durian di Malaysia sebenarnya semakin cerah dimasa hadapan. Petani sebaiknya berfikiran rasional terlebih dahulu sebelum membuat keputusan nntuk melabur didalam tanaman durian. Kenaikan harga runcit buah durian premium yang terlalu tinggi menyebabkan masyarakat di Malaysia juga masih berkira-kira untuk membelinya. Dari segi teori dengan langkah lain iaitu dengan mengawal harga pasaran di Malaysia akan lebih menarik minat masyarakat Malaysia sendiri sekaligus menarik pelancong-pelancong luar ke Malaysia untuk merasai keunikan dan keenakan durian ini dan ianya juga mampu meningkatkan ekonomi negara dalam industri pelancongan. Kegagalan dalam mengurus projek tanaman akan menyebabkan kerugian yang besar kerana sudah pastinya ia memerlukan modal yang cukup besar juga. Kini ada petani atau pemilik dusun atau masyarakat yang baru ingin menceburi bidang pertanian durian tertarik dengan tanaman ini. Bila nilai harga durian itu semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga mampu menutup mata pengusaha akan kesan dan akibat jika mereka berhadapan dengan kegagalan. Tanaman durian memakan masa sehingga 6 ke 7 tahun selepas penanaman untuk bermula menghasilkan buah. Jadi kerana itulah tanaman ini adalah kurang sesuai jika pengusaha hanya fokus kepada satu tanaman ini sahaja. Pengusaha memerlukan modal untuk melakukan aktiviti pengurusan diladang sebagai contoh pemberian baja yang memakan kos yang amat tinggi. Kini dengan dengan usaha dan semangat yang teguh beserta ilmu yang dimiliki tidak mustahil jika petani dan pengusaha mampu mencapai kejayaan tersebut. Tanaman durian ini juga telah pun mendapat sambutan dan membuka mata kerajaan dimana ia mampu memberikan impak yang baik dan keuntungan pada negara dan pengusaha itu sendiri di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 2018 kerajaan mengumumkan kluster tanaman durian sebagai satu Program Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB) dengan memberikan bajet pemangunan tinggi untuk tanaman surian. Semuga artikel ii memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology untuk rujukkan. Wasallam...
 
TANAMAN DURIAN... MAHAL HARGANYA...
ADA PASARAN EKSPORT.. KELUAR NEGARA...
PALING POTENSI... IA DIHANTAR KECHINA...
BACA ARTIKEL... MEMANG SERONOKNYA...

By, 
M Anem,
Senior Agonomist,
Precint 11, Putrajaya,
W Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...