Support My Blog

Saturday, May 4, 2019

PEMBEKAL ''PADI HANTU'' DIBURU


BROKER PADI ' HANTU' DIBURU merupakan satu artikel yang menarik perhatian penulis blog untuk dikongsi sama hasil laporan akhbar Utusan. Dilaporkan semasa artikel ini ditulis ramai pesawah disaran belajar dari kesilapan yang lalu dengan memastikan benih padi sah mesti hanya dibeli dari pembekal yang sah sahaja. Perkara ini berikutan laporan muka depan Mingguan Malaysia terbitan 28 April 2019 bertajuk ‘Selamatkan Padi Negara’ dan laporan-laporan susulan selepas itu yang disiarkan di Utusan Malaysia, Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pertanian Malaysia berjaya memberikan maklum balas berikut berkaitan isu-isu yang dibangkitkan (Sila rujuk foto diatas). Tanaman padi (Oryza sativa) merupakan tanaman yang ketiga terpenting di Malaysia selapas Kelapa Sawit dan Getah kerana ia menyumbangkan sebanyak 70% daripada kecukupan sara diri beras (SSL) negara. Bagaimana pun terkini berlaku banyak isu mengenai penggunaan benih padi tidak sah yang mengancam industri padi negara. Dalam banyak isu industri padi negara, antara isu-isu terpopular masa kini adalah penjualan benih padi tidak sah, kegiatan broker yang menjadi dalang turut mengaut keuntungan dimana mereka ada menjual benih padi tidak sah serta menjadi punca kepada penyakit Bacterial Panicle Blight (BPB)Benih padi sah adalah progeni daripada penanaman biji benih padi asas daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian Malaysia bagi memastikan ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian dalam Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM). SPBP merupakan satu sistem perakuan kualiti bagi mengeluar dan membekal benih padi sah untuk tujuan penanaman mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan. Di bawah skim ini hanya pengeluar yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani layak memohon untuk mendapatkan perkhidmatan skim ini. Varieti-varieti yang dikeluarkan adalah daripada varieti yang ditetapkan oleh kerajaan. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu bekalan benih padi tidak sah dan pentingnya broker yang menjual benih tersebut dihalang berbuat demikian kerana ia jejaskan industri beras negara untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Sasaran pengeluaran benih padi sah setahun yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah sebanyak 72,000 metrik tan setahun bagi memenuhi keperluan penanaman kawasan padi seluas 284,000 hektar (Sila lihat foto disebelah). Kuota pengeluaran benih padi sah bagi tahun 2017-2019 telah diagihkan kepada sembilan syarikat pengeluar benih padi sah iaitu Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd., Haji Md. Nor Bin Haji Abd. Rahman (M) Sdn. Bhd., Felcra Plantation Services Sdn. Bhd., PPK Lahar Bubu, Pertama Padi Sdn. Bhd., KB Seri Merbok Sdn. Bhd., Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd., PPK Puteri Saadong, dan KB Jelapang Selatan (M) Sdn. Bhd., Pencapaian pengeluaran benih padi sah pada tahun 2018 adalah sebanyak 75,260 metrik tan iaitu 104% daripada sasaran pengeluaran. Kini pesawah padi di seluruh negara disaran mendapatkan bukti pembelian daripada mana-mana pembekal benih padi bagi tujuan mengesan, sekali gus membanteras ejen dan orang tengah yang menawarkan benih tidak sah. Pesawah disaran belajar dari kesilapan yang lalu dengan memastikan benih padi hanya dibeli dengan pembekal yang sah sahaja. Ini kerana jika berlaku sebarang masalah seperti padi tidak menjadi, serangan penyakit dan sebagainya, pihak Jabatan akan memastikan pembekal menggantikan benih berkenaan. Sebagai agensi pengesah bagi Skim Pengesahan Benih Padi kini Jabatan Pertanian sentiasa memastikan bahawa pengeluaran benih adalah berkualiti. Pembekal/individu yang terlibat dalam usaha membekalkan beg putih ini kebiasaannya tidak memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku kepada industri benih negara dan penularan penyakit padi. Kerja-kerja pengesahan yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian hanya melibatkan sembilan syarikat pengeluar yang telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membekalkan benih padi sah kepada petani. Pengeluar-pengeluar ini dipantau dari semasa ke semasa dan mereka wajib memenuhi piawai Malaysia Standard MS 469:2012 Rice (Oryza sativa L.) Inbred Seed Planting Materials-Specification dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009).

Jabatan Pertanian biasanya akan membuat pengesahan bermula daripada Permohonan Pengesahan Ladang Benih sehinggalah ke Perakuan Pengesahan Kualiti Benih Padi. Harga jualan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi benih padi sah di pintu kilang adalah RM28 sebeg. Sehubungan dengan itu petani adalah digalakkan untuk membeli terus benih padi di pintu kilang untuk menjamin kualiti benih tersebut daripada membeli terus daripada agen/ broker/ orang tengah yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Antara punca utama serangan penyakit BPB di Malaysia adalah melalui penggunaan benih padi yang telah dijangkiti BPB. Jangkitan penyakit bermula pada peringkat berbunga. Pokok padi lebih peka pada jangkitan BPB pada 4 hingga 5 hari selepas terbit tangkai (60-70 hari lepas tabur). Bagi Musim 1/2019 di Sawah Sempadan, selain serangan penyakit BPB, adalah didapati kehadiran perosak lain seperti ulat pengorek batang, bena perang dan padi angin juga turut mempengaruhi pengeluaran hasil padi. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pasukan survey Jabatan Pertanian dan Kelompok Sawah Padi dilaporkan serangan ulat pengorek batang pada musim 1/2019 adalah yang paling tinggi dimana ini adalah berkemungkinan akan menjejaskan pengeluaran hasil padi di Sawah Sempadan. Ini menjejaskan pendapatan pesawah dizama semua harga barang adalah mahal.

Penulis blog juga paparkan panduan penggunaan benih padi sah seperti yang dinyatakan dalam risalah Jabatan Pertanian untuk dirujuk. Semasa pesawan ingin membeli benih pasi sah sebaiknya disemak label benih, membeli benih daripada pengeluar yang sah, dapatkan resit pembelian dan penting mempastikan tarikh label benih tidak melebihi 3 bulan dari tarikh bungkus. Semasa aktiviti merendam benih pula pastikan menyimpan label benih, menggunakan air yang bersih, pastikan benih bercambah dengan baik sebelum menabur dan jika tidak bercambah baik laporkan kepada Jabatan Pertanian dengan segera. Sebaiknya mesti disimpan benih sebagai bukti kepada agen pembekal. Semasa menabur benih disyorkan agar mempastikan siput gondang emas dikawal terlebih dahulu. Kedua dipastikan keadaan sawah rata dan keadaan air ‘cap-cap’ dan jika menabur dalam air, pastikan air tidak kotor dan berkeladak dan pastikan benih ditabur dengan sekata. Sebagai satu kesimpulannya pendedahan yang dibuat oleh pihak Utusan Malaysia adalah satu langkah yang baik bagi membantu pihak Jabatan Pertanian mengenal pasti broker atau orang tengah yang bertanggungjawab mengaut keuntungan dalam permasalahan ini. Ini secara tidak langsung dapat membantu pesawah padi mengatasi dari terus diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Pesawah juga disarankan bekerjasama dengan pihak Jabatan dengan mendapatkan bukti pembelian benih padi bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil. Bantuan dan kerjasama pesawah amat penting bagi memastikan perkara ini dapat diatasi dengan baik. Ia juga sekali gus dapat menjamin kestabilan industri padi negara bahkan melindungi pesawah daripada terus menanggung kerugian akibat ketamakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam laporan media lain bertajuk "Broker kaut untung, petani terduduk" berkait dengan isu dimana kesan dari jualan benih 'padi hantu' yang tidak diketahui menjadi punca kepada asal usul berpenyakit. Wartawan Mohd Yasir melaporkan dimana berlaku kemelut isu pembekalan benih padi tidak sah kepada pesawah menjadi lebih kronik apabila didapati wujud ‘orang tengah’ yang dikesan mengaut keuntungan besar dengan membekalkan benih berpenyakit atau lebih dikenali ‘padi hantu’. Gelaran padi hantu itu amat popular dalam kalangan pesawah memandangkan ia bukan diperoleh daripada pembekal sah serta tidak diketahui asal usul termasuk varietinya malah didatangkan hanya dalam guni putih tanpa sebarang label perakuan kerajaan. Apa yang penulis blog pasti dimana peranan orang tengah atau pembekal haram terbabit akan bertindak mempromosikan benih tersebut dengan mendakwa pesawah bakal meraih sejumlah hasil pengeluaran lebih daripada biasa serta memiliki sifat rintang pelbagai penyakit. Keadaan akan bertambah parah apabila semakin ramai pesawah menyebarkan fakta tidak benar itu. Berlaku sembang mulut ke mulut membuatkan lebih ramai pesawah akan terpengaruh dan menggunakannya. Sebenarnya benih tersebut tidak mengikut spesifikasi dan pengesahan Jabatan Pertanian selain amat berisiko tinggi berpenyakit termasuk tidak diketahui prestasi hasil pengeluarannya. Dalam erti kata mudah juga sebenarnya penggunaan benih ‘padi hantu’ ibarat pesawah telah pun memperjudikan perusahaan mereka di mana keputusan akhir penanaman tiada jaminan.

Menurut sumber, antara punca petani membeli benih cenderung membeli benih ‘padi hantu’ itu adalah kerana faktor harganya yang murah berban­ding benih padi sah. Dalam pada itu benih ‘padi hantu’ mereka tidak proses dimana sebanarnya ia hanya dikeringkan dan terus dibungkus dalam guni, paling bahaya kawasan serangan penyakit juga mereka ambil jadikan benih. Itu yang tersebar penyakit ke banyak kawasan seluruh negara. Terdapat bermacam-macam nama mereka beri, padi Megawati, Sukarno dan Hibrid untuk promosi, Tetapi yang kasihan petani, mereka tidak tahu pun daripada mana datang benih itu yang akhirnya orang tengah kaya, petani rugi terduduk,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia ada melaporkan dimana negara bakal mengalami kemerosotan bekalan beras tempatan berikutan ramai penanam padi di seluruh negara dikesan semakin cenderung menggunakan benih tidak sah yang tidak terjamin hasil pengeluarannya. Laporan penggunaan benih ‘haram’ yang tidak menepati piawaian di bawah standard Jabatan Pertanian itu amat beri­siko khususnya dalam aspek pengawalan penyakit termasuk menjejaskan tanaman padi peng­usaha lain. Dalam pada itu terdapat sumber tambahan dimana ada usaha bagi membendung penjualan benih haram atau padi hantu itu agak rumit berikutan pembekalan itu dilakukan oleh orang tengah yang sukar dikesan. Didakwa dimana mereka licik guna broker dan urusan jual atas tangan ke atas tangan lain menyebabkan punca pembekalan itu sukar untuk dikenal pasti. Broker ini akan bergerak dan pasang kaki di tempat tertentu di setiap negeri bagi membekalkan padi hantu. Semuga artikel  kali ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
BENIH PADI HANTU... APA DIA...
BENIH TIDAK SAH...DIJUAL JUGA...
ADA PEMBELI... BROKER PUN ADA...
PERLU DIKAWAL...CARI PELAKUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...