Support My Blog

Saturday, May 11, 2019

CENDOL MUSANG KING - HEBAT!

CENDOL DURIAN MUSANG KING merupakan satu lagi kulinari Malaysia yang hebat. Ini kerana selain daripada isu cendol biasa yang ada biji cendol, kacang merah, jagung dan santan serta gula melaka sebaliknya ada isi Durian Musang King. Durian Musang King (Durio zibethinus) merupakan varieti durian premiun yang harganya dilaporkan paling mahal di Malaysia. Ini kerana Durian Musang King (D197) merupakan buah yang bermusim dan jika bekalan buah ini berkurangan maka sudah tentu harga runcit membelinya juga amat tinggi. Pada penulis blog yang memang minat makan cendol memang sentiasa menunggu akan musim cendol musang king ini setiap tahun (Penulis tidak berapa suka gunakan isi buah durian musang king sejuk beku untuk cendol). Dalam pada itu penulis blog dapati harga buah durian terutama varieti premium seperti Musang King, Duri Hitam, Tekka dan beberapa lagi tetap mahal walaupun mudah didapati di mana-mana sepanjang musim. Ini menunjukkan raja buah itu terus mendapat permintaan yang tingi bukan sahaja untuk dimakan sebagai buah tetapi digunakan dalam pelbagai jenis makanan termasuk cucur durian, tempoyak, bubur dan yang terkini adalah minuman cendol. Berapa agaknya anda minum cendol biasa di gerai tepi jalan... terbaru penulis blog jalan-jalan di Jalan Bendahara, Bandar Melaka dan menikmati secawan cendol mamak dengan harga RM1.00 semangkok iaitu cendol basic sahaja. Apabila minta cendol special harganya mencecah kepada RM2.50 semangkok dengan ada pelbagai ramuan tambahan didalamnya. Bila minum semangkuk pun sudah kenyang dimana ada guna, isi cendol dan sebagainya dan ia memberikan tenaga yang banyak. Bagaimana pun di Melaka juga telah viral dimana Cendol Durian Musang King telah dijual dengan harga amat mahal. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah tentang keenakan cendol durian musang king, isu harga mahal diviralkan dan juga perkara lain mengenainya untuk bahan rujukkan anda.


Jangan terkejut apabila diviralkan malahan ditulis dalam media tempatan dimana bila harga cendol RM114  kerana Musang King yang di jual oleh Pemilik Kedai Raja Cendol Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka yang ditetapkan mengikut menu cendol yang ditawarkan (Sila lihat foto disebelah). Media melaporkan dimana pemilik kedai Raja Cendol Taming Sari di Banda Hilir di sini meminta orang ramai tidak terkejut dengan harga cendol durian Musang King berharga RM114 yang tular dalam media sosial hari ini. Pemilik kedai tersebut dikenali dengan nama Muhammad Ariff Qayyum berumur 25 tahun mendakwa ini kerana harga tersebut adalah untuk tiga (3) mangkuk cendol durian jenis Musang King yang merupakan salah satu menu ditawarkan dikedainya. Kini menu cendol Musing King itu dijual mengikut berat isi durian antara 120 gram sehingga 150 gram setiap hidangan. Dalam pada itu pihaknya juga  memaparkan senarai harga bagi setiap menu cendol yang dijual antaranya Cendol Musang King (RM38), Durian Udang Merah (RM20), Durian D24 (RM20), Durian Kahwin (RM17) dan Cendol Biasa RM7. Kini bagi ramai penggemar durian mereka sudah pasti mengetahui harga yang ditetapkan itu adalah munasabah, cuma dia bimbang kritikan ini dilemparkan oleh penggemar cendol yang tidak arif dengan harga durian. Menurut beliau pernah kakitangan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka ada membuat pemeriksaan di kedainya petang ini dan mereka berpuas hati dengan produk jualan serta tanda harga yang diletakkan. Mmemang umum pun tahu bahawa harga sebiji durian musang king dipasaran amat tinggi dimana pada musiam banyak buah pun sekitar purata RM40 sekilogram dibanding dengan durian varieti lain. 


Ia berlaku selepas sekeping gambar tular dalam media sosial hari ini memaparkan tiga mangkuk cendol durian Musang King beserta sekeping resit tertera harga RM114. Sehingga kini bagaimanapun tidak dapat untuk dipastikan tujuan sebenar pembeli cendol berkenaan membuat viral sama ada untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap harga cendol Musang King yang dibelinya atau sekadar ingin berkongsi pengalaman menikmati cendol durian premium itu. Dalam pada itu menurtu Pengarah KPDNHEP Melaka, Jaiya Abu ketika dihubungi wartawan ada mengesahkan pihaknya berpuas hati dengan syarat jualan yang dilaksanakan oleh pemilik premis perniagaan cendol berkenaan. Para anggota penguat kuasa kami membuat pemeriksaan dan mendapati peniaga terbabit tidak melanggar apa-apa syarat perniagaan termasuk tanda harga dan produk makanan yang ditawarkan. Dalam gambar yang tular menunjukkan seorang pembeli bersama resit pembelian tiga mangkuk cendol dengan durian Musang King berharga RM114 di sebuah kedai di Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka.


Dalam laporan akbhar BH juga yang bertajuk "Cendol Musang King RM38 semangkuk memang berpatutan". Berita yang dipetik dari Melaka ini menyatakan dimana tidak tahu apa niat dia, tetapi ingin dimaklumkan yang harga itu memang berpatutan kerana itu cendol Musang King bukannya cendol biasa,” kata pemilik Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25. Dia menyedari cendol durian dari premisnya itu viral sejak semalam selepas didakwa mahal, termasuk menerima banyak kiriman pesanan melalui WhatsApp. Bagaimanapun, dia menganggap insiden itu sesuatu yang positif dan membantu mempromosikan lagi premisnya, sambil menegaskan harga cendol durian dijualnya pada kadar berpatutan. Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian, mereka tidak akan pertikaikan lagi harga yang sudah ditetapkan. Sejak dibuka kira-kira 19 bulan lalu harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38 bagi cendol mengikut gred durian tertentu,” katanya yang ditemui di premisnya di Raja Cendol Taming Sari, Menara Taming Sari. Perbezaan harga cendol itu ditentukan berdasarkan jenis durian yang turut diletakkan dalam hidangan cendolnya iaitu Musang King, Udang Merah, D24 atau D101. Setiap cendol durian juga diletakkan antara 120 hingga 150 gram ulas durian bagi memastikan kepuasan serta nilai setara yang dibayar oleh pelanggan. Malah di dalam dan luar kedai juga sudah ditampal tanda harga untuk memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga cendol durian. Petang tadi wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada datang membuat pemeriksaan dan mereka berpuas hati. Terdahulu, resit yang memaparkan caj bagi tiga mangkuk cendol durian yang mencecah RM114 viral di laman sosial hingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. Apa pun pada umum dan penulis ada kemungkinan viral ini memberi kesan baik kepada pemilik dusun durian dimana mereka sudah tahu kemana hendak jual buah durian musang king. Kalau produk cendol durian ini dijadikan sebagai  kulinari negara semestinya akan lebih ramai orang yang akan berani menjadi usahawan cendol Musang King diseluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CENDOL MUSANG KING... ISTIMEWA...
HARGANYA MAHAL... TIDAK MENGAPA..
ADA DISEDIAKAN.. DI NEGERI MELAKA...
BACA ARTIKEL... PASTI HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 504, Hotel The Putra Regency,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(7 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...