Support My Blog

Wednesday, May 22, 2019

GUARANA - HENTI GUNA NAMA!.

TANAMAN GUARANA (Paullina cupana)  semakin hangat dipaparkan dalam media utama akhbar tempatan dengan bertajuk ''Henti Guna Nama'' pada muka hadapan Utusan Malaysia terbitan 25 Mei 2019 (Sila lihat foto diatas). Menurut Dauk Jamal Harizan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia nyatakan "Jangan guna nama Jabatan. Perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak patut berlaku. Ia harus dihentikan demi kebaikan bersama. Kalau tanaman itu mengikut prosedur, mendapat kelulusan pelbagai jabatan kita boleh pertimbangkan". Muka hadapan juga paparkan caption 'Bukan Jabatan Pertanian tidak sokong atau anggap guarana tidak mampu tambah pendapatan, tetapi syarikat hendaklah penuhi syarat; sijil fitosanitari (PC) Brazil, Sijil Eksport semula negara transit, rawatan kuarantin. Hairan benih guarana Brazil dipilih sedangkan  pernah membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). Tanaman guarana akan dihapuskan jika terdapat penyakit. Begitulah muka hadapan iaitu Amaran Jabatan Pertanian terhadap semua pihak. Dalam pada itu pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullina cupana merupakan sejenis pokok herba yang berasal daripada Venezuela atau Utara Brazil. Pokok ini mempunyai 10 spesis dimana ia mempunyai daun yang lebar, bunga yang berjambak dan saiz buahnya sebesar biji kopi. Pokok dewasa menghasilkan biji guarana dimana ia bila diproses didakwa akan menjadi ubat perangsang sistem saraf pusat dimana ia juga didakwa mengandungi dua kali kandungan kafien (caffiene) daripada biji kopi. Dilaporkan dinegara Brazil produk yang dihasilkan daripada biji guarana ini adalah minuman berkarbonat, kopi, ais krim dan ekstrak buah guarana. Penulis blog belum pernah lagi menikmati semua produk tersebut akan tetapi pernah melihat pokok dan buahnya. Di Malaysia, Jabatan Pertanian telah melarang pengimportan biji dan bahan tanaman ini masuk kenegara ini kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB - South American Leaf Blight) yang sagat merbahaya kepada industri getah dan tanaman lain dalam negara. Bagaimana pun akhbar tersebut mendakwa telah terdapat ladang bertanam dengan pokok guarana dalam negara kita seperti di Pulau Pinang (Bukit Mertajam), Kelantan (Tanah Merah) dan Kedah (Sik dan Baling). Belum diketahui asal usul dan bagaimana biji benih guarana tersebut dibawa masuk akan tetapi yang pastinya memang ia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Penanaman guarana ini didakwa akan dilakukan di Sabah seperti di Keningau, Tamparuli dan juga Kota Marudu. Apabila berbuah kelak antara produk yang akan dihasilkan mengikut laporan akhbar tersebut adalah tepung guarana, minyak masak, ubat kanser serviks, produk kecantikan dan juga minuman bertenaga. Bagaimana pun akhbar tersebut dengan 4 artikel yang dikeluarkan telah menarik minat penulis blog ''Anim Agro Technology'' untuk membaca dan mengupasnya bukan berniat tidak baik akan tetapi sekadar berkongsi info tersebut.
Artikel kedua berkaitan perkara ini bertajuk "Henti guna nama Jabatan Pertanian '' juga disiarkan pada 21  Mei 2019. Berita yang dipetik daripada Kuala Lumpur itu menyatakan Jabatan Pertanian memberi amaran terhadap mana-mana pihak atau syarikat yang terlibat dengan perusahaaan tanaman guarana dinegara ini supaya menghentikan penggunaan nama jabatan tersebut bagi tujuan promosi. Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku sama ada disebar atau diwar-warkan secara langsung kepada umum atau melalui apa saja medium termasuk media sosial (facebook) jika tidak tepat dan sahih. " Jangan guna nama jabatan. Kita anggap itu tidak bertanggungjawab dan tidak patut. Ia harus dihentikann demi kebaikan bersama. Kalau tanaman itu mengikut prosedur, mendapat kelulusnan pelbagai jabatan kita boleh pertimbangkan. Ini tidak, sudahlah tindakan tidak tepat kini mereka sesuka hati 'menjual' nama jabatan." katanya didalam sidang akhbar ketika dihubungi tusan Malaysia. Katanya, banyak lagi cara lain untuk menarik serta menambat hati petani serta pengusaha diluar bandar selain menggunakan taktik tersebut. ''Bukan kita tak sokong dan cakap guarana tidak mampu menambah pendapatan cuma sekarang kena buktikan dahulu yang syarikat mampu apa yang diperuntukkan jabatan termasuk sijil fitosanitasi (PC) dari Brazil, sijil eksport semula dari negara ketiga, rawatan kuarantin dan sebagainya, barulah biji benih boleh dibawa masuk sekaligus tanaman itu boleh diusahakan. Seterusnya boleh dibawa dalam keratan akhbat diatas (Sila lihat foto diatas). "Kita pun hairan, negara lain ada juga menanam guarana, mengapa biji benih dari Brazil (Kawasan berisiko membawa penyakit SALB) juga yang mereka pilih.". Jabatan Pertanian akan memastikan mengawal dan memudahcara didalam perdagangan produk pertanian namum mesti mengikut prosedur yang ditetapkan.

Artikel ke 3 bertaju ''Guarana : Petani dinasihat jangan terburu-buru" juga menarik untuk difahami (Sila lihat keratan akhbar diatas). Berita daripada Kuala Lumpur ini menyatakan Persatuan Kebangsaan Pekebun-oekebun kecil Malaysia (PKPKM) menasihati para pekebun dinegara ini agar tidak terburu-buru mahu mengusahakan tanaman yang masih belum mendapat kebenaran daripada Jabatan Pertanian. Presidennya, Datuk Alisak Ambia berkata , pengenalan tanaman baru tanpa kajian yang mendalam hanya akan merugikan petani berbanding mencari mekanisma baharu untuk mempertingkatkan hasil komoditi sedia ada seperti getah dan kelapa sawit. Lebih dikhuatiri ujar beliau, petani mungkin akan menjadi mangsa manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab apabila hasil yang dituai tidak boleh dijual ekoran pasaran yang tidak menentu. "Kita sudah ada pokok kelapa sawit dan getah yang kita memang mahir, tahu selok belok. Pokok guarana ini berbaya sebab ada penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). "Saya nasihatkan orang kampong agar tumpukan apa yang kita tahu. Cari kaedah untuk tingkatkan hasil dan bukannya sebab harga getah murah hendak cari pokok lain.' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada pekebun kecil berkenaan tanaman potensi serta bagaimana cara mendapatkan biji benih dan anak pokok. Namun begitu, PPPKM mengambil pendirian tidak menyokong penanaman berikutan tiada kebenaran daripada pihak berwajib serta potensi pasaran yang masih kabur. "Jangan gopoh gapah, pastikan ada kajian dan pasaran yang jelas dahulu'' ujarnya.

Laporan seterusnya bertajuk "Tanaman guarana akan dilupuskan jika terdapat penyakit" juga diterbitkan pada 21Mei 2019 di akhbar Utusan Malaysia. Berita dari Pulau Pinang ini menyatakan, Jabatan Pertanian negeri masih menunggu keputusan hasil kajian Bahagian Biosekuriti Tumbuhan mengenai tanaman guarana yang ditanam di negeri ini sama ada bebas penyakit atau sebaliknya.  Pengarahnya, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, sampel tanaman itu yang ditanam di Bukit Mertajam di sini telah diambil tiga minggu lalu dan akan dilupuskan segera jika didapati mempunyai penyakit. “Mengikut maklumat yang diperolehi tanaman guarana telah ditanam di sekitar Bukit Mertajam sejak tiga tahun lalu. “Sampel tanaman ini telah diambil oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian negeri untuk kajian dan jika didapati mempunyai penyakit kita akan lupuskan tanaman berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan ratusan petani yang dipercayai menjadi mangsa penipuan individu yang bergelar ‘Datuk’ menerusi tawaran membangunkan projek tanaman guarana. Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam membawa masuk biji benih guarana, Ritz Corporate Holding Berhad menjelaskan penipuan itu tidak berlaku namun mengakui terdapat kes pihak yang menyamar sebagai ejen syarikat tersebut dan mengambil wang daripada petani.  Tanaman guarana yang berasal dari Brazil didapati ditanam di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan negeri ini namun tidak dibenarkan dibawa masuk ke Sabah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Dalam pada itu, Mohd. Muhaimin berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan rasmi daripada Kementerian Pertanian mengenai status tanaman tersebut. “Isu mengenai tanaman ini masih berlegar-legar, masih belum ada keputusan daripada Kementerian Pertanian dari segi kebenaran atau larangan tanaman ini,” katanya. Semuga keratan akhbar dalam artikel ini menyokong akan risiko penanaman benih guarana dari luar terutamanya dari Brazil. Semua artikal ini memberi sedikit ilmu kepada pembaca anim agro technology subuh ini. Wasallam.. Arigato
TANAMAN BERISIKO... GUARANA...
SYARIKAT DAWA IMPORT...KATANYA...
TIDAK IKUT PROSEDUR...ITU CARA...
SYARIKAT DIBERI AMARAN.. JAGA2..

By, 
M ANem,
Senior Agronomist,
Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Melaka,
Malaysia.
(18 Ramadan 440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...