Support My Blog

Sunday, November 30, 2014

PENUTUP BUMI - CALOPOGONIUM

KACANG PENUTUP BUMI jenis CALAPOGONIUM (Calolpogonium mucunoides Desv) merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai penutup bumi dikawasan tanah yang baru dibuka. Tumbuhan kekacang dari keluarga Fabaceae (Dulu dipanggil Leguminoceae) mempunyai empat spesis iaitu C. caeruleum, C. mucuniodes, C. galactiodes dan C. velutinum. Tumbuhan ini adalah berasal atau natif daripada India Barat dan Amerika Selatan Tropika dan dibawa ke Asia Tenggara sekitar tahun 1900 oleh penjajah Eropah semasa membangunkan ladang-ladang pertanian. Pada masa ini kacang ini digunakan bersama kekacang jenis Centrosema spp dan Mucuna spp untuk dijadikan tanaman penutup bumi yang sangat popular di Malaysia dalam sektor perladangan. Saya memang kenal akan tumbuhan ini kerana sering melihatnya di ladang berhampiran kampong semanjak zaman sekolah tahun 1970'an dulu. Amalan penanaman tanaman penutup bumi memang dilakukan oleh estet swasta dan kerajaan sebagai satu SOP yang sering dilakukan. Kebaikan dalam menanam  tanaman penutup bumi ini adalah untuk kawalan rumpai, kawalan hakisan, memberikan sumber nutrien kapada tanah dan membantu menyuburkan tanah. Subjek ini ada diajar semasa belajar di universiti dahulu dan adalah subjek wajib yang perlu lulus. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kekacang Calopogonium untuk dibaca dan dibuat rujukkan.


Tumbuhan Calopogonium adalah jenis menjalar dengan batang (vine) atau memanjat secara melilit (Lihat foto sebelah). Kadar pertumbuhannya adalah cepat dikawasan yang cukup air pada tanah yang subur. Dalam keadaan semulajadi, ia selalu tumbuh secara berkumpulan dengan padat setebal 30 - 50 cm dengan banyak batang berbelit dan daun lebat. Daunnya berbentuk tiga segi membujur tirus dihujung atau bujur telur dengan ada 3 daun pada satu tangkai. Daun yang berwarna hijau ini akan tumbuh subur dari peringkat awal penanaman jika mendapt air dan sumber makanan mencukupi (Sila lihat foto disebelah). Panjang tangkai sekitar 14 - 18 cm dengan permukaan yang rata. Bunga tanaman penutup bumi jenis calopogonium berwarna ungu atau biru dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 20 cm dalam satu jambak. Bunga ini akan keluar apabila tanaman ini sudah cukup matang. Buahnya pula adalah dalam bentuk buah lengai (pod) yang bentuknya panjang dan membengkok serta lazimnya ia berbulu ketika muda dengan berwarna hijau kecoklatan sedikit. Bagi buah yang masak akan berwarna coklat dan setiap pod buah mengandungi antara 3 - 8 biji benih yang berwarna coklat dan biji berukuran 2 - 3 mm garispusat (Lihat foto dibawah). Biji kacang calopogonium ini sesuai dijadikan benih tanaman dan mudah untuk di proses untuk dijadikan bahan tanaman. Walau pun ia mengandungi minyak seperti jenis kekacang lain tetapi belum banyak yang menggunakannya untuk tujuan tersebut.


Tanaman calopogonium ini sesuai pada banyak jenis tanah terutama jenis tanah lembap dengan taburan hujan tahunan melebihi 1,250 mm setahun. Ia boleh tumbuh dikawasan tanah pamah sehingga kawasan tinggi sehingga 800 - 1,300 meter dari aras laut (DPL). Tanah dengan mempunyai pH 4.5 hingga 5.6 amat sesuai untuk tanaman ini dengan sistem saliran yang baik. Tumbuhan ini kurang tanah dikawasan berair dan ia akan mati jika tenggelah didalam banjir dalm jangkamasa agak lama. Tanaman ini juga tahan kepada keadaan cuaca kering dan panas tetapi jika terlalu lama pokok akan mati. Pemerhatian penulis mendapati cara batang kekacang ini adalah menjalar dengan membelit menyebabkan ia mudah menyesuaikan dengan keadaan sekitar untuk mendapatkan cahaya matahari. Batangnya mudah memanjat kebahagian yang lebih tinggi dan padat sehingga pokok yang asal tidak kelihatan lagi.  Tanaman utama seperti getah dan kelapa sawit yang muda akan dibelit keseluruhannya jika tidak diuruskan dengan baik dan ini tidak baik untuk pertumbuhan getah dan kelapa sawit. Kerja-kerja membuang tanaman penutup bumi pada tanaman utama perlu dilakukan. Pada saya amat tepat ia diberikan nama 'Penutup Bumi' kerana pokok tanaman utama pun akan ditutupnya jika tidak dibuat penyelenggaraan agronomi. Tumbuhan ini memerlukan sinaran matahari yang banyak dan tidak sesuai jika ditanam dibawah naungan. 


Kaedah menanam kekacang Calopogonium adalah dengan menggunakan biji benih. Kadar benih yang disyorkan adalah sebanyak 1 - 3 kg sehektar (Sila lihat bungkusan benih disebelah). Benih segar yang baru dituai mempunyai kadar percambahan tunggi iaiitu melebihi 75% sesuai untuk digunakan. Bagaimana pun rawatan biji benih Calopogonium perlu dibuat dengan betul sebelum ditanam. Rawatan yang perlu dilakukan adalah dengan merendam bijibenih dengan air panas pada suhu 75 Celsius selama 3 minit dikira mencukupi. Tujuan menggunakan air panas adalah untuk 'break dormancy' benih tersebut dan mendapatkan kadar pertumbuhan yang seragam. Penanaman diladang dengan menyediakan lorong atau alur untuk meletakan biji benih sedalam 2 - 4 cm dan tutup dengan tanah. Cara menanam sering dilakukan pada musim hujan untuk mempastikan benih dapat tumbuh dengan seragam. Kerja menyelenggara dan mebuang kacang penutup bumi calopogonium yang menjalar pada tanaman perlu dilakukan mengikut jadual. Tanama kacang yang berjaya membantu dalam pembangunan estet di negara kita. Semuga pembaca blog ini mendapat info berguna. Wasallam!.
CALOPOGONIUM...PENUTUP BUMI...
TANAH DIBUKA... DITANAM MESTI...
BENIH DITABUR... WAKTU DIKAJI...
DISELENGGARA... KESANNYA PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Safar 1436H)   

Saturday, November 29, 2014

ARANG TEMPURUNG KELAPA

ARANG HITAM dari tempurung kelapa (Cocos nucifera) atau Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan satu industri yang semakin popular dalam menghasilkan karbon aktif (Activated carbon). Arang tempurung kelapa selama ini lebih sering kita kenal sebagai bahan bakar untuk memanggang atau membakar ikan atau makanan lain. Di balik kehitaman arang tempurung kelapa itu, ternyata memang ia menyimpan nilai ekonomi yang lebih tinggi lagi. Penulis melawat beberapa kilang memproses kelapa di Perak, Johor dan Selangor dimana terdapat beberapa kilang yang telah memproses tempurung kelapa untuk dijadikan bahan karbon aktif. Tempurung kelapa yang dijadikan arang selalunya akan dapat ditingkatkan nilai ekonominya dengan menjadikan kepada produk karbon aktif. Cara membuat karbon aktif dari tempurung kelapa juga relatif lebih mudah dengan SOP pembuatan yang simpel. Pada masa ini saya dapati produk 'Karbon Aktif' ini digunakan dan berfungsi sebagai penapis (filter) untuk menjernihkan air, pemurnian gas, industri minuman, farmasi, catalisator dan berbagai penggunaan lain. Tempurung kelapa adalah salah satu bahan karbon aktif yang kualitinya dikatakan terbaik jika ia dijadikan karbon aktif. Ini diebabkan dari segi bentuk dan ukuran serta kualiti, tempurung kelapa harus dipilh untuk pemprosesan dalam industri pembuatan karbon aktif. Tempurung kelapa yang hendak dijadikan bahan pembuat karbon aktif dikenalpasti sebaiknya bebentuk setengah atau seperempat ukuran tempurung. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Arang Tempurung Kelapa sebagai satu by-produk dari kilang memproses kelapa yang mempunyai nilai tinggi dipasaran jika ia diproses secara sistematik.


Penentuan tempurung kelapa yang hendak dijadikan bahan karbon aktif ini mesti dilakukan dengan teliti. Lazimnya jika ukuran tempurong yang digunakan jenis yang terlalu hancur, maka tempurung itu kurang sesuai untuk dijadikan bahan produk karbon aktif. Dari segi kualiti produk lazimnya digunakan jenis tempurung kelapa yang memenuhi syarat dijadikan produk karbon aktif adalah kelapa yang benar-benar tua hingga warnanya hitam berkilat dan strukturnya amat keras (Sila anda lihat foto disebelah). Oleh itu tempurung yang dijadikan bahan pembuat karbon aktif sebaiknya terdiri dari kelapa yang dijadikan kopra. Tempurung ('Batock' dalam bahasa Jawa) adalah dari kelapa yang dihasilkan dengan membelah dua dari sebiji buah kelapa. Dalam proses untuk membuat karbon aktif yang berkualiti sebaiknya tempurung yang hendak diproses mesti dalam keadaan bersih dan terpisah dari sabutnya. Lazimnya ada dua jenis atau tahap dalam membuat karbon aktif yang berkualiti dari tempurung kelapa. 


Peringkat Pertama yang harus dilakukan adalah tempurung dibuat arang dengan peralatan drum berpenutup (Sila anda lihat foto disebelah). Pada peringkat kedua adalah dimana ia melalui proses khas membuat arang iaitu pembentukkan arang tempurung hingga menghasilkan karbon aktif dan serbuk arang. Serbuk arang ini masih boleh diproses menjadi bentuk bata arang tempurung. Pembentukkan itu dilakukan dengan mesin yang sederhana sama ia digerakkan oleh eletrik atau minyak petrol. Lazimnya kualiti tempurung dan proses pembakaran akan sangat menentukan kualiti karbon aktif yang dihasilkan. Kualiti bagi jenis tempurung kelapa biasa lebih baik dibanding kelapa dari buah kelapa hibrid. Di Malaysia tempurung kelapa dari varieti Malayan Tall, Tagnanan dan West African Tall dilaporkan mempunyai kualiti arang karbon yang aktif. Dalam menentukan kualiti, kaedah membakar dengan tong drum dimana ada 4 lubang dibahagian bawah tong drum untuk sistem pengudaraan adalah cara terbaik. 


Lazimnya proses pembakaran arang dilakukan lapis demi lapis tempurung. Proses dimulakan dengan pembakaran dengan menggunakan kayu bahan bakar dibawah tong drum. Setelah tempurung lapisan pertama terbakar maka ia sedikit demi sedikit naik kepada lapisan dibahagian tempurung diatasnya. Langkah ini terus dilakukan sampai drum penuh dengan arang tempurung kelapa untuk dijadikan karbon aktif. Semasa tempurung lapisan atas sudah terbakar maka alas batu bata yang menjadi tunku drum dialih perlahan-lahan. Akhirnya tong drum akan sampai ditanah untuk menghalang dari udara memasukkin ruang pembakaran. Jika ada udara yang masuk kesannya arang yang ada dalam drum akan menjadi abu. Tetapi kalau drum ditutup rapat sebelum seluruh tempurung terbakar pula kesannya tempurung tidak akan menjadi arang. Keesokan harinya apabila siap dan api terpadam maka penutup tong drum perlu dibuka dan kemudian tong drum dibaringkan. Arang tempurung kemudian dikeluarkan secara perlahan-lahan dimana lazimnya arang tempurung yang terhasil berwarna hitam, berkilat, keras dan mudah untuk dipatahkan. Ciri seperti ini menunjukkan kualitinya baik. Jika dibuat ujian makmal lazimnya kadar air dalam produk arang tempurung kelapa antara 50-70%. Arang tempurung ini kemudian akan dimasukan dalam bekas dan dijual. Wasallam!.
BUAT ARANG... AKTIF KARBONNYA...
TERMPURUNG KELAPA....ASASNYA...
DIBAKAR HABIS... IKUTI CARANYA...
PENAPIS AIR... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Agriculture Experts,
Kilang Kelapa HOT R.E.E Sdn Bhd,
Kg Telok, Hutan Melintang,
Perak, Malaysia.
(28 Muharam 1436H)



Friday, November 28, 2014

KELAPA MBD - APA DIA?

KELAPA MBD atau Malayan Brown Dwarf (Cocos nucifera) merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam plot penyelidikkan mereka. Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Kelapa MBD mungkin ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut, penulis ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Ada yang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD. Kelapa Sungai Gulang-gulang telah didaftarkan atas nama Encik Ismail Tahir daripada Sungai Gulang-gulang, Tanjong Karang, selangor dengan Jabatan Pertaian pada Julai 2013. Daripada maklumat yang ditulis dalam Buku Senarai Varieti Tanaman Yang Didaftarkan oleh Jabatan Pertanian rujukan (BK134/01.14/0.5R) yang diterbitkan telah menyatakan akan beberapa pencirian kelapa tersebut. Walau bagaimana pun beberapa pakar kelapa dan agronomis perlu membuat pemeriksaan lebih teliti mengenai perkara ini demi kebaikan industri kelapa. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kelapa MBD (Malayan Brown Dwarf) yang berpotensi untuk ditanam secara meluas sebagai tanaman monokrop atau sebagai tanaman berintergrasi dengan tanaman lain yang sesuai.


Kelapa Sungai Gulang-gulang (CN16) menyatakan bahagian daun pokok kelapa ini mempunyai panjang petiol sekitar 98cm dengan lebar petiol pula sekitar 8.0 cm. Panjang Rachis pula adalah 330.3 cm dengan jumlah anak daun sebanyak 206 helai. Setiap daun mempunyai ukuran panjang anak daun iaitu 115 cm dengan lebar anak daun sekitar 4 cm dan warna bahagian atas daun adalah Yellow  Green Group (147A). Panjang central axis adalah 27 cm dengan diameter tangkai bunga pada bahagian tengah adalah sekitar 83 cm. Bagaimana pun penulis memeriksa pokok MDB yang berumur 4 tahun dan mendapati pokok tersebut mempunyai pertumbuhan baik dengan buah yang lebat (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini yang juga jenis kelapa renek ang memang cepat berbuah berbanding dengan pokok jenis kelapa tinggi seperti varieti Malayan Tall dan Tagnanan yang mula berbuah selepas 5-7 tahun setelah ditanam. Bagaimana pun jenis pokok kelapa tinggi lazimnya hidup lebih lama kerana ketahanannya dari serangan penyakit dan perosak jika diuruskan dengan baik. Kelapa MBD masih kurang dikenali dan ditanam secara komersil kerana ia merupakan jenis kelapa renek yang lazimnya berbuag kecil. Bagaimana pun lawatan penulis dibeberapa plot tanaman kelapa MBD di Stesyen Pertanian mendapati ia menghasilkan buah sederhana besar setanding dengan kelapa tinggi jika dibuat penjarangan buah (Sila lihat foto dibawah). Ia juga ada yang mencecah kepada buah gred A dengan pengurusan buah yang baik dan dikawal jumlah biji setandan. 


Kelapa jenis renek (Dwarf variety) yang terdapat didunia banyak dari kawasan 'tropika seperti jenis 'Malayan Dwarf'. Pokok yang tumbuh menegak ini mempunyai ketinggian 30-60 kaki dengan jarak tanaman lazimnya 15-25 kaki. Tumbuhan ini perlukan cahaya matahari yang banyak dan tidak sesuai dijadikan tanaman dikawasan teduh. Ia boleh tumbuh dengan baik pada tanah jenis subur atau pun tanah liat, tanah pasir, tanah lom dan mesti ada sistem saliran baik. Jenis kelapa ini juga tahan dalam keadaan kemarau dan tanah yang masin sedikit seperti kawasan pantai. Pokok kelapa ini sperti pokok kelapa lain mempunyai ancaman perosak seperti Coconut Leaf Miner (CLM), Kumbang Tanduk, Kumbang Jalur Merah, Artona dan juga Ulat Beluncas. Penanaman kelapa MBD sesuai dikawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan dan naungan disamping mendapatkan hasilnya. Selain dari buah kelapa, pokok kelapa MBD yang tumbuh boleh diambil daunnya untuk buat ketupat, lidinya untuk dibuat penyapu dan sebagainya.


Kelapa Malayan Brown Dwarf (MBD) saya fikir boleh dijadikan satu alternatif kepada petani di Malaysia untuk ditanam secara komersil. Menurut Ketua Stesyen MARDI Sg Sumun, Bagan Datok, Perak potensi hasil pokok dewasa berumur 8 tahun mampu menghasilkan sebanyak 8,000 - 10,000 buah sehektar setahun. Kiraan saya mendapati pokok berumur 4 tahun diplot kajian mereka mempunyai sebanyak 12 - 18 biji buah setiap satu tandan. Satu tandan kelapa akan keluar setiap bulan bermakna sepokok akan menghasilkan antara 140 - 210 biji setahun. Anda boleh kira berapa banyak buah kelapa dihasilkan jika 178 pokok kelapa ditanam sehektar. Kelapa MBD boleh ditanam daripada buah biji kelapa matang yang gugur dan telah dikhususkan untuk pengeluaran benih (Perlu ditutup dengan plastik pendebungaan atau pokok benih isolated). Ia tidak perlukan proses kacukan seperti kelapa hibrid Matag atau MAWA yang kos pengeluaran benihnya tinggi. Jika dipasaran harga benih kelapa MATAG mencecah RM 30 sepokok, pilihan petani untuk kelapa MBD (Jika ada stok anak benih) adalah jauh lebih murah. Penulis anggarkan harga benih kelapa MBD boleh dijual dengan anggaran RM4.00 sepokok sama seperti kelapa pandan. Adalah menjadi harapan penulis pada masa hadapan agar kelapa varieti MBD ditanam secara komersil sebagai memenuhi keperluan kelapa negara. Malaysia masih kekurangan bekalan buah kelapa pada tahun-tahun mendatang kerana keluasan tanaman pokok kelapa semakin berkurangan dan masih mengimpot kelapa tua dari negara jiran.  Semuga artikel ini memberikan idea baru kepada anda semua. Wasallam!.


KELAPA RENEK...MBD NAMANYA...
BENIH DICARI... MANA SUMBERNYA...
CEPAT BERBUAH..MUDAH TANAMNYA..
PERLU DIGALAKAN...KERJA SIAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Komoditi Kelapa,
Sungai Sumun, Bagan Datok,
Perak, Malaysia.
(16 Muharam 1436H)

Thursday, November 27, 2014

KELAPA - BUAT KELAPA TELUR

ISI KELAPA TELUR merupakan satu produk proses yang dihasilkan dengan teknik betul untuk minum air kelapa muda terutama Kelapa Pandan (Cocos nucifera). Isi Kelapa Telur atau juga ada yang panggil 'Kelapa Botak' selalunya akan disediakan dengan teknik yang perlukan tahap kemahiran khusus kerana mereka yang tidak mahir akan merosakkan isi lembut kelapa tersebut dan tidak dapat digunakan. Penulis baru-baru ini berpeluang dan membuat serta melihat satu demonstrasi dan membuat sendiri isi kelapa telur daripada kelapa pandan di Pusat Pembangunan Komoditi, Teluk Baru, Bagan Datok, Perak. Walau pun pada mulanya ia seakan mudah untuk melakukannya tetapi daripada latihan hands-on yang dibuat oleh 5 orang rakan hampir 75% mereka gagal melakukannya kerana isi kelapa pecah dan airnya bocor keluar dan tidak boleh digunakan sebagai 'kelapa putih telur'. Melihat kepada pembuat yang professional, antara faktor penting dalam membuat produk ini adalah ketelitian ketika memasukkan alat khas tersebut kedalam tempurung kelapa pandan. Jika kurang teliti dan terpotong sehingga alat itu menembusi ruangan dalam maka air akan keluar. Produk ini amat popular di negera Thailand dan dijadikan sebagai hidangan istimewa dihotel-hotel dengan rasa yang amat enak untuk menghilangkan dahaga. Selain daripada airnya yang manis dan harum seperti air pandan, isinya juga boleh terus dimakan dan amat mengenyangkan. Hidangan produk ini yang dihias dengan bendera dan sekaki payung memang amat cantik dan kreatif (Sila lihat foto diatas). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi mengenai bagaimana membuat kelapa putih telur daripada demonstrasi yang dijalankan.


Pemilihan biji kelapa pandan yang tepat adalah penting sebelum membuat kelapa telur. Jika biji kelapa yang dipetik terlalu tua menyebabkan isinya sudah keras dan sukar untuk dibuat proses kelapa telur. Sebaliknya jika biji kelapa terlalu muda masih belum ada isi dan memang TIDAK BOLEH untuk dibuat kelapa telur atau pun jika isinya terlalu nilis juga tidak sesuai dipilih. Sebaiknya biji kelapa dipetik sesuai dengan ketebalan isi sekitar 3-5 mmdan sederhana lembut. Mula-mula tanggalkan biji kelapa dari tangkai tandan dan potong bahagian bawah dan atas biji kelapa menggunakan parang tajam. Bahagian bawah kelapa diratakan sementara dibahagian atas biji kelapa dipoting dengan bentuk tirus untuk dijadikan alas kelapa telur nanti (Sila lihat foto disebelah). Potongan bahagian atas hampir separuh dari biji kelapa (50%) untuk membolehkan kerja memisahkan isi putih kelapa dengan tempurungnya. Biji kelapa perlu diletakkan diatas meja yang kuat dengan ketinggian paras pinggang untuk memudahkan kerja. Pastikan meja tersbut dan alatan yang hendak digunakan adalah bersih dan hygenik. Ini kerana jika ada kekotoran akan menyebabkan pencemaran kerana kelapa telur akan dihidangkan segar terus dari ladang untuk menjamin kualiti dan aromanya. Bagaimana pun pengusaha komersil akan menyediakan bilik sejuk untuk penyimpanan sebaik sahaja ia selesai dibuat.


Alat Khas mengeluarkan isi putih kelapa pandan ini adalah unik dan jarang kita jumpa. Alat ini dipanggil 'Pisau Tanduk Kerbau" yang lembut tetapi ia amat tajam dan elastik (Sila lihat foto disebelah). Tanduk Kerbau (Bubalus bubalis) jantan yang telah matang sesuai diambil untuk dijadikan piau yang unik ini. Tanduk kerbau ini dipotong sepanjang 6-7 inci dan di potong selebar 1 inci sebelum di kikis dan dibentuk pisau tajam. Dibahagian pangkal pisau agak tebal tetapi dihujung pisau lazimny nipis sahaja dan ia mudah melentur sendiri tetapi tidak patah kerana ia adalah elastik. Hujung pisau lazinya berbentuk separuh bulat dan tidak tirus kerana ia akan membantu semasa proses memisahkan isi putih kelapa dengan tempurung. Pisau ini lazimnya tahan lama jika dijaga dan disimpan dengan baik. Saya tanya pembuat demo bagaimana dia dapat pisau ini. Katanya ia diwarisi oleh datuknya yang memang telah lama menggunakan pisau ini untuk menyediakan kelapa telur semasa kenduri dikampongnya. Bagaimana pun kepada mereka yang pergi Thailand boleh membelinya dari penjual disama dengan harga sekitar RM15.00 - RM20.00 satu unit. Pisau ini juga boleh kita beli dibeberapa kawasan di Filipina dan Indonesia terutama dilokasi yang ada banyak kerbau dan tanaman kelapa.


Pisau lembut ini akan di tusuk ditepi kulit tempurung kelapa dan dilakukan dengan berhati-hati. Kerja menusuk pisau tanduk kerbau tidak boleh menembusi isi putih kelapa kerana ini menyebabkan air kelapa akan terpancut keluar jika bocor. Setelah semua isi kelapa tanggal dari tempurung maka isi putih kelapa telur ini dikeluarkan dan dipisahkan dari tempurung (Sila lihat foto demo yang dibuat disebelah). Bersihkan kulit tempurung yang terlekat pada isi putih dengan pisau tersebut sehingga semuanya putih bersih dengan mengikisnya. Permukaan tempurung kelapa boleh diratakan dengan paang atau pisau biasa untuk menstabilkan kita meletak kelapa telur nanti diatasnya. Kelapa putih yang siab bulat dibasuk dengan air bersih sebelum dibalut dengan plastik pembalit nipis. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan kelapa telur pecah atau bocor jika jatuh. Lapisan plastik juga dapat mencantikkan dan ia akankelihatan berkilat dan menaikan selera kita untuk meminumnya. Susun kelapa telur diatas bekas tempurung asal tadi dan hiaskan dengan payung, bendera negara atau apa-apa jua hiasan lain seperti bunga orkid dan sebagainya (Sila lihat foto dibawah). Saya minum 2 biji kelapa ini dan makan isinya selepas itu kenyang dan tidak perlu makan tengahari lagi. Berapa harga sebiji?... Ia bergantung kepada dimana kita mendapatkannya dan kalau dihotel 5 bintang diminun tepi kolam sambil melihat orang mandi.. agak-agak sajalah harganya. Saya dapat minum kelapa pandan segar menghilangkan dahaga!. Syukur!.


KELAPA PANDAN.... WANGI BAUNYA...
DIBUANG KULIT...KELAPA BOTAKNYA...
PISAU TANDUK KERBAU...MACAMANA...
BUAT SENDIRI... MACAM BERNIAGA...

By,
M Anem,
Senior Agrononist,
Pusat Pertanian Teluk Baru,
Bagan Darok, Perak,
Malaysia.
(11 Muharam 1436H) 

Wednesday, November 26, 2014

KELAPA - INDUSTRI DI MALAYSIA

KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejsni tanaman kekal yang telah lama diusahakan di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain daripada keluarga Arecaceae. Ia merupakan tanaman tradisional yang keempat terpenting dari segi ekonomi dan keluasan selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Kelapa masih memberikan sumbangan ekonomi yang penting dalam KDNK Sektor pertanian melibatkan seramai 82,000 petani dengan keluasan 98,533 pada tahun 2013. Seluas 94,592 hektar (94.6%) kawasan kelapa adalah pekebun kecil dan selebihnya seluas 3,941 hektar (4.6%) adalah diusahakan oleh estet swasta.  Keluasan tamanan kelapa di Malaysia bagaimana pun terus menurun daripada seluas 105,659 hektar pada tahun 2010 kepada 95,000 hektar pada 2015 dan dijangka hanya tinggal 80,000 hektar pada tahun 2014. Penurunan keluasan kawasan penanaman kelapa ini disebabkan oleh banyak faktor seperti umur pokok kelapa yang tua, umur petani tua, persaingan dengan tanaman lain (terutama tanaman kelapa sawit) dan kekurangan bajet pembangunan industri kelapa. Pengeluaran kelapa di Malaysia adalah sekitar 490 juta biji setahun sedangkan permintaan untuk kelapa sebanyak 580 juta biji. Sebanyak 90 juta biji diimpot daripada Indonesia dimana sebahagian adalah untuk diproses dan diekspot semula. Malaysia merupakan negera ke 11 didunia yang menghasilkan kelapa dengan produktiviti kelapa sebanyak 5,700 biji sehektar. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ststus terkini industri kelapa di Malaysia untuk rujukan dan sumber informasi.


Penanaman kelapa dunia kini didominasi oleh 3 negara utama iaitu Indonesia iaitu seluas 3.796 juta hektar dengan jumlah pengeluaran 16.25 billion biji setahun (22.8%) diikuti dengan Filipina seluas 3.574 juta hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 15.86 billion biji ( 22.25%) dan India dengan keluasan 2.308 juta hektar dan pengeluaran sebanyak 21.8 billon biji (30.70%). Negara India dilaporkan mempunyai nilai produktiviti tertingggi didunia dengan kapasiti pengeluaran 10,373 biji sehektar. Purata produktiviti biji kelapa dunia sekitar 4,748 biji sahaja sehektar. Tiga negara ini dilaporkan mendominasi tanaman dan pengeluaran kelapa dunia dengan jumlah keluasan 9.41 juta hektar (75.6%) dan hasil biji kelapa sebanyak 54.01 billion biji (75.75%) pada tahun 2013. Negara yang mempunyai kawasan pulau yang banyak amat sesuai untuk tanaman kelapa terutama untuk tujuan pengeluaran komersil dan penyimpanan janaplasma (Germplasm). Industri berasaskan kelapa di tiga negara tersebut adalah luas dan pelbagai daripada memproses buah kelapa, batang kelapa, dun kelapa malahan produk kesihatan dan makanan tambahan. Antara produk popular dari buah kelapa adalah Minyak Kelapa, VCO, cocoapeat, santan dan pelbagai produk lain seperti produk makanan.


Kajian penulis mendapati Varieti Kelapa Malayan Tall telah mendominsi tanaman kelapa di Malaysia dengan sejumlah 79,000 hektar (80%) diikuti dengan Matag Hbrid (9%), MAWA Hibrid (5%), Kelapa Pandan (3,000 ha) dan lain-lain varieti. Kebanyakan pokok kelapa tinggi Malayan Tall (MT) telah tua iaitu berumur lebih dari 30 tahun iaitu ditanam dibawah Program Rancangan Pembangunan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian daripada tahun 1970 sehingga 1980'an. Pokok kelapa tua ini telah tua sama dengan umur pekebun kecil yang kebanyakannya juga sudah berumur lebih 60 tahun. Purata penghasilan pokok tua ini sekitar 2,500 - 3,500 biji sehektar sahaja. Bagaimana pun penghasilan kelapa tempatan adalah di tahap mencukupi jika tidak ada apa-apa serangan penyakit dan serangan perosak (seperti perosak Artona spp) dan lain-lain perosak. Kajian penulis juga mendapati pemilik kebun kelapa tradisional dengan kurang penjagaan pempunyai pendapatan agak rendah iaitu antara RM450 - RM 900 sebulan. Kini kebanyakan pekebun kecil kelapa terytama di Johor, Selangor dan Perak telah menukar tanaman mereka kepada tanaman lain terutama tanaman kelapa sawit. Kesan perbandaran dan perindustrian juga mengurangkan kawasan penanaman kelapa tradisional kerana kebanyakannya berkedudukan kebun kelapa adalah berada ditepi jalanraya utama. Kajian penulis mendapati purata harga biji kelapa tempatan tua diantara RM 0.80 - RM1.20 sebiji bergantung kepada saiz biji kelapa, varieti kelapa, kesegaran dan jarak dengan pusat pembelian. Malaysia juga ada mengimpot kelapa biji tua daripada luar negara (Khususnya Indonesia) untuk kegunaan kilang-kilang memproses produk asas kelapa seperti santan, kerisik, santan powder, kelapa parut dan sebagainya.


Buah kelapa dan pokok kelapa adalah 'Tree of Life' dimana penggunaan perkapita kelapa di Malaysia sebanyak 17 biji seorang setahun. Perkapita ini akan naik pada tahun 2020 sekitar 22 biji seorang setahun jika trend permakanan rakyat Malaysia tidan banyak berlaku perubahan. Bayangkan kita tanpa santan kelapa dan buah kelapa?. Nasi lemak seawal pagi menggunakan santan sehingga sarapan roti canai dengan kuah kari yang juga menggunakan kelapa. Kemudan makan tengahari dihidangkan dengan Masak Lemak Cili Api, Sayur Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Kari Daging, Ayan atau Ikan Percik dan banyak lagi. Sebelah petang kita dihidangkan dengan kuih koci (inti kelapa), serawa, bubur kacang durian, kuih tradisional begitu juga makanan pada waktu malam. Pada hari raya juga daun kelapa digunakan untuk dijadikan sarung ketupat dan lidi kelapa dijadikan penyapu. Penghasilan kopra juga akan menghasilkan minyak kelapa yang mendapat pasaran khusua (Niche market). Industri penanaman kelapa mesti terus diberikan perhatian  oleh kerajaan sebagai satu langkah mempastikna 'keselamatan mekanan negara' akan terjamin. Program memajukan tanaman kelapa perlu disokong dari semua pihak untuk jaminan makanan negara. Wasallam!..


TUMBUH TEGAK...POKOK KELAPA...
MALAYSIAL TALL..VARIETI LAMA...
RAMAI BEREBUT...MATAG SAHAJA...
PRODUK KELAPA... BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Conference Hall, The Everly Hotel,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(3 Safar 1436H)   

Tuesday, November 25, 2014

TERNAKAN LEBAH MADU - ASAS

TERNAKAN LEBAH MADU (Bee Farming) merupakan satu aktiviti pertannian yang kurang diperkatakan di negara kita. Dunia perlebahan diduina melibatkan beberapa jenis lebah untuk mengutip nektar dan pollen serta banyak produk lain seperti propoli, royal jelly dan banyak lagi. Di Malaysia terdapat beberapa kategori berkaitan dengan lebah madu  iaitu pemburuan madu Lebah Tualang (Apis dorsata), penternakan lebah Keran (Apis cerana), Lebah Impot (Apis mellifera) dan juga Kelulut (Heterotrigona spp). Laporan menunjukkan jenis Apis mellifera merupakan spesis lebah madu yang paling banyak digunakan dalam industri lebah madu. Jenis ini besaiz agak besar dan lebih produktif dan juga lebih jinak dibandingkan spesis Apis cerana . Racun pada sengatnya sangat sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Di Malaysia seramai 730 usahawan lebah madu telah direkodkan oleh Jabatan Pertanian dengan penghasilan madu sekitar 30 metrik tan setahun. Beberapa kawasan hutan gelam dan hutan akasia telah dikenalpasti amat sesuai untuk penternakan lebah Apis mellifera dan juga kawasan kelapa serta ladang belimbing. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai asas-asas penternakan lebah madu. 

Dalam dunia penternakan lebah madu antara beberapa ciri-ciri lebah madu yang baik dikaitkan dengan keadaan ratu lebah berupaya hidup hingga 3 tahun dimana ia perlu dapat menghasilkan jumlah telur yang banyak. Koloni lebah banyak mampu menghasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan propolis dalam kuantiti banyk. Lazimnya larva lebah yang dihasilkan lebih segar  dimana lebah biasanya lebih agresif. Koloni baik juga mampu untuk memperbanyakan koloni lebah madu. Mereka yang ingin untuk memulakan ternakan lebah madu perlu mempunyai asas penternakan lebah madu sama melalui kursus formal atau tidak formal sehingga memahami teknologi penternakan lebah madu. Sebaiknya untuk permulaan ternakan lebah madu ini memeng tidak banyak yang perlu disediakan. Anda hanya perlu membeli koloni lebah madu dari penternak lebah madu yang terjamin. Biasanya pembelian koloni ini dibuat pada waktu malam dan dilengkapi dengan kotak, kasa dan penutupnya. Buat sementara waktu, kita tidak perlu membeli koloni lebah madu dalam jumlah terlalu banyak, dan tidak juga terlalu sedikit. Dalam penyediaan kotak koloni lebah madu, biasanya perlu dibuat tiang (kayu/besi) agar kotak tidak menyentuh tanah. bagi jenis kotak koloni lebah madu dari kawasan yang disahkan produktif. Kajian menunjukkan untuk menghasilkan keuntungan yang optimum dari penternakan lebah madu ini, penternak lebah madu harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 kotak koloni lebah madu. Langkah-langkah untuk meningkatkan jumlah koloni lebah madu.

Lokasi ternakan semestinya adalah dari lokasi yang disukai lebah iaitu tempat terbuka. Sebaiknya lokasi seperti di bawah pokok atau di kawasan panas terik, jauh dari keramaian dan banyak terdapat bunga sesuai dipillih. Kajian awal mengenai jumlah luas kawasan sumber pemakanan yang mencukupi ini adalah sangat pentimg. Lebah akan mengutip nektar dan pollen untuk dibawa balik kedalam arangnya. Lazimnya jenis ratu lebah dapat menghasilkan lebih banyak telur dan lebah pekerja juga lebih giat membuat sarang baru. Suhu yang ideal dalam haif sekitar 26-30°C. Di lereng pergunungan atau didataran tinggi yang bersuhu normal (25°C). Penyediaan Ratu lebah madu yang baru perlu dilakukan untuk ditempatkan dalam koloni lebah madu yang baru. Pengasingkan atau teknik memisahkan koloni lebah madu perlu dilakukan begitu juga dengan pemeriksaan koloni lebah madu yang sudah padat. Jika koloni dipisahkan akan diletakkan ke dalam kotak koloni lebah madu yang baru dan menempatkan ratu lebah baru atau ratu lebah yang sedia ada ke kotak koloni tersebut. 

Kaedah bagi memastikan bekalan makanan lebah tidak putus adalah dengan pemindahan lebah ke tempat yang sesuai mengikut musim bunga yang ada. Perkara yang perlu diambil perhatian semasa pemindahan koloni lebah sebaiknya sesuai dilakukan pada malam hari (lebah tidak aktif pada waktu ini). Jika lokasi pada jarak jauh maka perlu makanan tambahan (buatan) dimana jarak lokasi minimum dalam lingkungan 3 km. Tujuan utama pemindahan ini adalah untuk memastikan produktiviti madu tidak menurun secara drastik. Pemberian bahan makanan tambahan bertujuan untuk mengatasi kekurangan makanan akibat perubahan cuaca dan ketika melakukan pemindahan. Makanan tambahan ini tidak dapat menambah produktiviti, hanya sebagai makanan gantian sewaktu pemindahan. Anda perlukan beberapa peralatan menternak lebah madu. Alat tersebut adalah Pengasap (Smoker) untuk menghalau lebah madu yang agresif jaring pelindung muka (Veil). Bingkai (frame) yang terbuat dari rangka kayu dan ditengahnya diberi dawai (kawat) sebagai penahan landasan sarang lebah madu. Selain itu adalah pencungkil frame dan pisau. Keperluan alatan lain seperti  berus, Pollen Trap untuk pungut hasil Bee Pollen dan alatan untuk memungut hasil royal Jelly dan tempat untuk menghasilkan Ratu Lebah yang baru. Alatan Pengempar Madu (Extractor) adalah mesin pemerah madu untuk mengeluarkan madu bekas  baldi kutip madu dan penapis madu. 


Membuat Ratu Lebah Madu yang baru (requeening) dengan mengambil larva lebah madu yang baru menetas usia 1 hari. Ia kemudian akan dimasukan sepotong frame Royal jelly iaitu frame Royal jelly yang sudah berisi larva lebah madu. Kemudian ia akan di tempatkan pada kotak koloni (kotak lebah madu yang berisi koloni lebah madu tinggi minimum 2 tingkat). Sekatkan atau pisahkan kotak koloni lebah madu tersebut dengan ratu lebah berada di kotak bawah dan frame royal jelly untuk ratu lebah madu yang baru di tempatkan pada kotak atasnya. Sehingga ratu lebah madu tidak boleh mendekati calon ratu lebah madu.  Ia perlu dibiarkan selama 11 hari sampai ratu lebah yang baru menjadi kepompong. Setelah11 hari ratu lebah yang baru tersebut di pindahkan ke kotak lebah yang berisi koloni lebah tanpa ada ratunya. 13 hari ratu lebah yang baru keluar dari kepompong dan seterusnya menjadi ratu lebah oleh koloni lebah tersebut. Pada kebiasanya setelah seminggu, ratu lebah yang baru bersedia untuk mengawan dan akan mengembangkan koloni lebah yang baru (ditempatkan di kotak koloni yang baru).


Dalam penternakan lebah madu berlaku serangan penyakit dan perosak. Lebah mempunyai musuh dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian, kepupusan dan pengeluaran madu berkurangan. Terdapat dua jenis masalah utama kepada lebah iaitu BAKTERIA dan PARASIT. Bakteria banyak memberi kesan kepada lava. Dua penyakit yang biasanya menyerang lebah seperti Americal Foul Broon dan European Foul Brood (Sila lihat foto disebelah). Ia perlu dikawal dengan sentiasa membuat pemeriksaan berjadual dikoloni lebah. Kaedah memungut hasil lebah madu dilakukan apabila simpanan madu telah penouh atau mengikut kesesuaian keadaan. Mula-mula adalah perlu menyediakan smoker untuk mengasapkan kawasan kotak koloni agar dapat menghalau lebah madu ketika mengutip hasil. pastikan memakai pakai yang sesuai serta memakai jaring pelindung muka. Sila gunakan pengungkit bingkai, angkat bingkai dari kotak koloni lebah, gegar atau pun kita boleh goncangkan hingga lebah yang tinggal terjatuh. 
Gunakan sikat sekiranya masih ada lebah yang masih tinggal atau melekat pada sisiran. Setelah bingkai kom tiada lebah melekat, masukkan bingkai ke dalam baldi dan terus dibawa ke mesin pemerah madu (Extractor) dimana produk  madu akan dikeluarkan.  Madu kemudian ditapi dan dibotolkan sebluum dijual. Wasallam!.


TERNAK LEBAH... ADA CARANYA...
JENIS IMPOT... POTENSI BAIKNYA...
KUTIP nEKATR... JUGA BUNGA...
KUTIP MADU  HATI GEMBIRANYA...

By,
M Anrm,
Senior Agronomist,
Apiari Parit Botak,
Batu pahat, Johor,
Malaysia.
(29 Muharam 1436H)

Monday, November 24, 2014

GEL UNTUK TANAMAN

Apakah dia GEL UNTUK TANAMAN?. Itu merupakan satu produk yang mana dipasaran dijual dengan nama WRC atau Water Retaining Crystal dalam bentuk serbuk (powder). Dalam sektor pertanian khususnya sektor tanaman perkara ini amat kurang dibincangkan di Malaysia sebagai satu teknologi masa hadapan yang boleh dimajukan. Sebenarnya apakah dia Gel Tumbuhan?. Ia merupakan sejenis Polimer (Polymer) yang mampu menyimpan air dan nutrien makanan tumbuhan yang diletakkan pada bahagian akar pokok. Air dan mineral ini akan diserap oleh akar tumbuhan dan telah pun dicipta lebih daripada 35 tahun dahulu oleh pakar-pakar sains pertanian. Dibeberapa negara tertentu gel tanaman sering digunakan sebagai bahan penting penanaman tumbuhan seperti rumput dan pokok-pokok dikawasan padang pasir. Jabatan Perhutanan di negara tersebut menggunakan gel untuk mengekalkan pertumbuhan pokok dikawasan padang pasir yang panas dan kurang air. Semasa membuat lawatan kerja di Mesir saya berpeluang melihat bagaimana bahan gel ini digunakan untuk menanam pokok disepanjang jalan ke Semenanjung Sinai dan juga padang pasir jalan ke Iskandariah. Teknologi ini juga yang mana ia membolehkan tumbuhan hidup dikawasan padang pasir dengan baik dengan pengamalan teknologi yang sesuai. Bagaimanakah kita di Malaysia yang mempunyai hujan yang banyak sepanjang tahun dalam iklim tropika dapat menafaatkan teknologi penggunaan gel tanaman dalam sektor pengeluaran makanan asas?. Artikel pagi Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan gel tanaman atau bahan 'water retaining crystal' sekadar memberikan info berguna kepada kamajuan pertanian di Malaysia.



Apakah sebenarnya kegunaan 'Plant Gel' dalam pertanian?. Sebenarnya ia amat berguna sebagai bahan tambahan kepada tanah atau bahan pengganti tanah untuk menyimpan air, udara serta nutrien makanan bagi tumbuhan. Fungsi ini membolehkan bahan tersebut dapat disimpan lebih lama untuk diambil oleh pokok berbanding dengan keadaan sebelum dibubuh gel. Foto diatas saya tunjukkan lakaran rajah hasil kajian bagaimana gel ini berfungsi untuk kegunaan tumbuhan dalam pasu. Foto kiri menunjukkan tanah yang dicampur dengan gel mempunyai kadar pertumbuhan lebih baik berbanding dengan tumbuhan disebelah kanan tanpa rawatan gel. Ia melambatkan proses kehilangan air dan mineral dar dalam tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Gel ini boleh digunakan bersama dengan media tanah atau hanya gel sahaja diletakkan dalam bekas khas. Mudah sahaja untuk mencampurkan serbuk gel dengan tanah sebelum aktiviti menanam, menyiram serta amalan agronomi yang lain. Jika pokok dalam pasu sudah membesar pun kita boleh buat lubang pada tanah dalam pasu dan masukkan serbukl gel didalamnya sebelum meniram air. Setelah disiram, gel akan mengembang dalam lubang dan memberikan sumber nutrien, udara dan air kepada tumbuhan dan pokok akan segar semula. Jika menggunakan gel sahaja, kita boleh gunakan bekas yang jernih dengan gel yang berwarna-warni atau bekas yang tidak jernih. 

Pada penelitian penulis, penggunaan bahan serbuk gel oleh petani di Malaysia masih ditahap asas sahaja dimana hanya beberapa orang sahaja yang ada mengamalkannya. Gel ini memang ada digunakan oleh beberapa usahawan nurseri bunga, usahawan tanaman makanan bernilai tinggi dan pelbagai petani yang telah tahu akan kebaikannya. Dalam temubual saya dengan usahawan En Khalil Mahpul 60, di Kong Kong, Masai, Johor yang kini berjaya menanam Pisang Berangan, Pisang Tanduk dan beberapa jenis tanaman lagi, beliau menggunakan gel tumbuhan sewaktu mulakan menanam pada awal tahun 2014. Penggunaan bahan gel ini telah membolehkan tanamannya tumbuh dengan baik walau pun mengharungi bencana El-Nino daripada bulan Mac - Ogos 2014. Beliau membeli 10 kg serbuk gel untuk keluasan 10 ekar pisang daripada pembekal tempatan dan dibancuh dengan air sebelum digaul dalam lubang penanaman pisang. Bagaimana pun sebahagian pokok pisang yang ditanam kemudian beliau hanya masukan serbuk gel dalam lubang penanaman sebelum disiram dan ditimbus (Sila lihat foto disebelah). Tanpa bantuan gel tumbuhan ini katanya banyak pokok pisang akan mati kerana cuaca panas berpanjangan dan pokok kekurangan air seperti beberapa petani lain yang menanam pisang pada masa yang sama bersebelahan. 


Berapa ramai sebenarnya dikalangan kita yang 'berani' dalam teknologi menggunakan gel tumbuhan seperti ini untuk menanam pokok?. Keupayaan gel tumbuhan untuk menyimpan air dan nutrien amat signifikan digunakan oleh beberapa petani yang tidak mempunyai cukup modal untuk memasang sistem pengairan bagi tanaman terpilih. Bagi usahawan yang mempunyai risiko tanah kering seperti menanam dikawasan Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong dan juga kawasan pesisir pantai boleh menggunakan gel bersama bahan baja organik untuk menyuburkan tanah. Pokok yang telah besar dan sering terjejas kekurangan air kita boleh bubuh gel dipangkal pokok (Sila rujuk foto disebelah) bagi mendapatkan manafaatnya. Kita boleh juga masukkan gel pada media tanah dalam pasu yang mana pokok telah agak besar. Buatkan lubang pada tanah dalam pasu dan masukkan sedikit gel dan disiram air dan baja. Ia akan membolehkan gel mengembang dan kita boleh balik kampong dengan senang hati untuk selama beberapa hari tanpa perlu meniram air pada pasu kita. Wasallam!. 
MENANAM PISANG... GEL DIGUNA...
HARGA MAHAL... SEDIKIT SAHAJA...
MENYIMPAN AIR...NUTRIEN JUGA...
POKOK SUBUR... SENYUM SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Pisang,
Pusat Pertanian Kong Kong,
Masai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Zulkaedah 1435H)

Sunday, November 23, 2014

KELAPA SAWIT - KENAPA ADA PLASTIK?

PENANAMAN KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) di negara kita dan disekitar jalan Jerangau-Jabor memang permandangan biasa dimana pada daun pokok baru tanam digantung dengan plastik?. Mungkin itu adalah satu daripada permandangan yang menarik sepanjang jalanraya semasa kita melalui jalanraya tersebut yang memang sestiasa sibuk. Penulis kali ini melalui jalan tersebut dan berfikir kenapa anak-anak pokok sawit digantung dua cebisan plastik yang diikat pada kiri dan kanak pokok tersebut (Sila lihat foto dibawah). Perkara ini amat jarang kita nampak lihat berlaku diladang sawit yang baru ditanam dibahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Dalam membuat beberapa pertanyaan kepada rakan-rakan dalam kenderaan mereka memberikan pelbagai jawapan dengan hipotesis berbeza-beza. Ada yang kata ia bukan sengaja diikat pada pokok tetapi merupakan satu tanda pokok kelapa sawit tersebut telah siap dibaja. Rakan lain pula kata ia merupakan teknik untuk menjauhkan serangga perosak yang mungkin akan menyerang anak pokok kelapa sawit. Apa yang saya tidak boleh terima adalah jawapan plastik yang diikat adalah untuk menghalau hantu dan jin daripada menganggu kehidupan pokok kelapa sawit dan berbagai jawapan lagi. Kalai dahulu hanya anak pokok kelapa sawit dibahagian tepi ladang sahaja yang diikat dengan plastik tetapi kini saya dapati hampir kesemua anak pokok telah diikaat dengan cebisan plastik. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi mengikat cebisan plastik pada anak pokok kelapa sawit untuk berkongsi pendapat dengan pembaca semua.   


Mengikat cebisan plastik pada pelepah anak pokok kelapa sawit memang tidak pernah disebut semasa saya belajar diuniversiti lama dahulu. Adakah ini telah menjadi satu amalan teknologi baru yang telah diterima pakai dalam industri perladangan khususnya penanaman kelapa sawit atau merupakan keperluan untuk kawasan tertentu sahaja?. Mengikat cebisan plastik ini mudah dilakukan (sila lihat foto disebelah) dan mungkin akan memberikan faedah yang signifikan. Cebisan plastik seperti ini lazimnya murah atau digunakan plastik yang terbuang saja dan cuma perlukan buruh atau tenaga mengikatnya. Paras ikatan sebaiknya dibagagian tengah pelepah (pokok agak tinggi) atau dibahagian hujung pelepah (jika pokok rendah sedikit). Pekerja perlu memastikan ikatan tersebut kuat dan tidak mudah tanggal apabila ditiup angin atau ditimpa hujan lebat. Terdapat bermacam warna cebisan plastik yang diikat semasa saya buat penelitian daripada warna plastik yang jernih, merah, oren, putih dan juga plastik bekas bungkusan baja. Kebetulan semasa saya berhenti tepi jalan melihat ikatan plastik angin bertiup kencang dan saya lihat akan cebisan plastik yang bergerak-gerak dan ada yang menghasilkan bunyi berirama akibat geseran plastik dengan daun sawit. Tetapi masih terfikir apakah sebanarnya tujuan dan faedah mengikat cebisan plastik ini?. Kepada pelancong luar negara yang kali pertama melihat perkara ini mungkin mereka tertanya-tanya sama seperti kita yang kurang arif.


Beberapa hipotesis boleh dikaitan dengan kenapa cebisan plastik ini diikat pada anak pokok kelapa sawit. Antaranya adalah ia merupakan satu teknik untuk mengawal serangan babi hutan (wild boar) yang suka merosakkan anak pokok kelapa sawit dikawasan ladang baru baru membuat penanaman semula atau tanaman baru. Babi hutan (sila lihat foto disebelah) sering tinggal dikawasan hutan belantara yang mana ia suka mencari cacing dan kawasan yang banyak cacing adalah pada pangkal pokok kelapa sawit. Babi hutan juga suka makan umbut anak pokok kelapa sawit sebagai makanannya. Ia akan mengorek dan menumbangkan anak pokok sawit dan akan merosakannya menyebabkan pokok tersebut akan mati. Cebisan plastik yang diikat pada daun anak pokok kelapa sawit dipercayai akan menakutkan babi hutan apabila ia bergerak-gerak kerana ditiup angin atu pokok disondol terutama pada waktu malam. Babi hutan adalah sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau pada waktu siang hari jika tiada kelibat manusia. Kawasan ladang sawit di laluan jalanraya Jerangau Jabor saya lihat dikelilingi dengan hutan tebal yang mana populasi babi hutan banyak dan bersedia untuk merosakan anak pokok kelapa sawit berbanding dengan lawang sawit dibahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Adakah hipotesis ini boleh diterima oleh pengurus-pengurus ladang MTD yang telah pasang cebisan plastik dan melaksanakannya?. Biar anda dan mereka yang menjawab. Wasallam!.  


PLASTIK DIIKAT...APA TUJUANNYA...
POKOK SAWIT..PADA PELEPAHNYA...
DUA IKATAN... BERMACAM WARNA...
MENGHALAU BABI... ITUKAH CARANYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalanraya Jerangau-Jabor,
Kemaman-Dungun, 
Terengganu, Malaysia.
(13 Muharam 1436H)

Saturday, November 22, 2014

TANAH KAOLIN - HEBAT DIA

TANAH KAOLIN atau Kaolin yang dikenali juga sebagai China Clay adalah sejenis lempung (liat) yang lazimnya berwarna putih atau hampir putih dan bersifat tidak berplastik. Ia terdiri daripada mineral kaolinit (Al2Si2O5 (OH)4) dengan sedikit kandungan kuarza dan mika dimana ia terhasil dari proses luluhawa mineral feldspar. Laporan menunjukkan Tanah Kaolin bergred premium selalunya akan digunakan sebagai bahan penyalut dan dalam pembuatan seramik. Ianya adalah khusus seperti produk pinggan mangkuk berkualiti tinggi, porselin, penebat elektrik dan bone china. Kaolin bergred biasa pula adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengisi dan extenders dalam industri seramik, kertas cat dan sebagainya. Penulis yang lama bertugas di Johor mendapati banyak kawasan tanah kaolin diambil oleh beberapa kilang di sekitar Kluang bertaraf dunia. Selalunya tanah kaolin akan dibawa dengan lori yang sarat dan menyababkan jalan Kahang ke Kluang sering rosak bergelombang akibat banyaknya kuantiti tanah kaolin yang dibawa keluar. Kaolin atau tanah liat putih sangat diperlukan dalam industri seramik, pembuatan kosmetik, pembuatan kertas, industri makanan dan berbagai lagi apabila ia diproses dengan betul. Kajian penulis mendapati harga bagi 1 tan hanya RM20 (tanah kaolin mentah dan belum masuk transport) dimana ia dikatakan antara jenis tanah yang 'mahal harganya'. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanah kaolin yang sepatutnya ramai rakyat Malaysia perlu tahu mengenainya.


Tanah Kaolin merupakan jenis tanah liat atau tanah lempung yang berwarna cerah atau putih setelah diproses. Oleh kerana ia jenis liat maka ia mempunyai partikel mineral berkerangka dasar silikat yang berdiameter kurang dari 4 mikrometer. Liat jenis ini mengandungi butiran silika atau aluminium yang halus dan amat sesuai untuk dijadikan pelbagai produk kegunaan ramai. Kajian makmal pula menunjukkan bahawa unsur-unsur ini iaitu bahan silikon, oksigen dan aluminum adalah unsur yang paling banyak menyusun dalam kerak bumi. Liat tanah kaolin yang selalunya terbentuk dari proses luluhawa batuan silika oleh asid karbonat dan sebahagiannya adalah dihasilkan dari aktiviti panas bumi. Liat kaolin akan membentuk gumpalan keras apabila ia kering dan melekit apabila basah terkena air. Sifat-sifat seperti ini akan ditentukan oleh jenis mineral liat yang menentukan sifatnya. Kandungan mineral liat kaolin dikategorikan berdasarkan susunan lapisan Silicon oxide dan Aluminium oxide yang mana akan membentuk kristalnya. Kategori pertama adalah jenis lapisan 1:1 iaitu ia memiliki lapisan satu Silicon oxide dan satu Aluminium oxide. Sementara kategori kedua iaitu jenis 2:1 memiliki dua lapis golongan Silicon oxide dan satu Aluminium oxide. Kelebihan mineral liat kaolin jenis 2:1 memiliki sifat elastik yang kuat dan ianya akan menyusut apabila kering dan mengembang apabila ianya basah. Sifat sebegini sebenarnya inilah yang akan menjadikan beberapa jenis tanah liat dapat membentuk kedutan atau kerutan atau "pecah-pecah" bila liat tersebut menjadi kering.


Sifat tanah Kaolin sendiri menentukan bagaimana ia digunakan sebagai tanah yang bernilai tinggi. Sifat keberkesanan kaolin sebenarnya akan bergantung pada sifat penyerapan terhadap cairan. Dalam dunia perubatan, bahan kaolin didapati amat berkesan untuk merawat masaalah cirit birit. Ini disebabkan kaolin akan menyerap berbagai zat yang setyerunya mengurangan punca atau toksin penyebab cirit birit yang dialami pesakit. Kaedah rawatan dilakukan dengan unsur tanah kaolin memang efektif menyerap air dan menyembuhkan ketika ia berada didalam usus manusia. Ia sering diberikan kepada mereka yang sakit perut akibat keracunan makanan, termakan makanan masam atau akibat keracunan makanan. Mereka yang mempunyai masaalah luka pada dalam usus juga baik mengambil kaolin untuk menyembuhkannya, Karena sebab keefektifan kaolin dalam menyerap cairan tersebut. Campuran boleh dibuat bahan campuran dimana paling biasa adalah campuran antara kaloin dengan pektin. Dalam kes lain, kaolin juga sesuai untuk dicampurkan dengan air kloroform, natrium bikarbonat dan air pappermint dimana ia akan menjadikan rasanya lebih sedap dimulut. Penulis mendapati melalui pembacaan dan pemerhatian dimana tanah Kaolin adalah sejenis tanah liat yang efektif untuk merawat masaalah radangan kulit tertentu. Tanah Kaolin merupakan hasil lukuhawa dari batuan yang mana kemudian menjadi liat yang mempunyai kandungan besi yang rendah. Ingin saya nyatakan kaolin umumnya berwarna putih atau agak keputihan yang digali dari tanah. Kaolin boleh dibersihkan dengan cermat dan diproses dimakmal sebelum menjadi bahan ubat.  


Tanah Kaolin Sebagai Bahan Galian Industri yang sangat penting. Kaolin banyak dipakai sebagai bahan pembuatan beberapa produk dalam berbagai industri, baik bahan asas yang utama mahu pun sebagai sebagai untuk bahan campuran. Kaolin banyak digunapakai sebagai penting dalam industri lama dan industri baru. Kaolin biasanya digunakan dalam Industri kertas, Industri getah, Industri Seramik, Industri cat serta juga Industri plastik. Lazmnya pengilang akan menggunakan kaolin dalam bentuk serbuk yang dibungkus dalam bungkusan 40 - 50 kg setiap guni (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bagi kilang besar yang menggunakan bahan asas kaolin lazimnya ia akan dihantar dengan lori treller atau koc logistik keretapi. Proses Pembentukkan kaolin (kaolinisasi) lazimnya melalui beberapa proses asas daripada proses pelapukan sehingga kepada proses pemanasan (hidrotermal alterasi) pada tanah liat atau tanah batu masih beku diubah menjadi debu kaolin. Mendapan kaolin ada dua cara iaitu dengan cara Mendapan Residu dan Mendapan Sedimentasi.


Ciri fizikal liat Kaolin lazimnya berwarna putih atau agak keputihan. Kaolin mempunyai komposisi hidrous alumunium silikat. Dari kajian menunjukkan tanah ini mempunyai tahap kekerasan 2.0 - 2.5 dengan kadar kiraan berat jenis 2.6 - 2.63 yang Elastik. Ia juga mempunyai daya hantar panas dan juga eletrik yang rendah dengan kadar pH yang banyak julat dan bervariasi. Daripada rujukkan menunjukkan yang ada beberapa jenis Kaolin yang boleh dikelaskan iaitu Kaolinite, Nakrite, Dikrite dan Halloysite. Teknologi perlombongan dan pengambilan liat kaolin ini berbagai kaedah daripada yang mudah sehingga kepada yang komplikated.  Kaedah pencrian kawasan kaolin ini dimulakan dengan membuat survei tanah iaitu dengan survei asas, survei permukaan dan survei geologi bawah tanah atau dalam terowong. Cara melombong ada dua kaedah perlombongan dikawasan terbuka diatas permukaan  (open pit mining) atau pun kaedah semburan (hydraulicking). Kaedah yang selalu dilakukan di Johor adalah dengan cara mengorek terus tanah kaolin dengan mesin dan diproses membersihkannya dahulu dengan air sebelum dikmpulkan dan seterusnya terus dihantar kekilang kaolin.


Kegunaan Kaolin kini sangat meluas daripada untuk kegunaan bahan kesihatan, kosmetik, barang kegunaan membina rumah serta perkakasan dan pinggan mangkuk. Tanah Kaolin banyak digunapakai sebagai bahan Asas Penapis Air (filler), Bahan Pelapis (coater) serta jenis barang-barang tahan api dan berfungsi sebagai 'isolator'. Kegunaan tanah kaolin sangat tergantung pada ciiri asasnya dimana ia amat mempengaruhi kualiti dan jenis penggunaannya. Di Johor terutama sekitar Bandar Kluang dan Simpang Rengam terdapat banyak kilang seramik yang memproses kaolin menjadi pelbagai produk. Ini termasik seramik seperti sinki, pinggan mangkuk, pasu, mangkuk tandas dan sebagainya. Terdapat juga kilang yang menggunakan bahan asas kaolin untuk membuat mozek bagi dipasang dilantai rumah atau didinding rumah. Kaolin juga dijadikan bahan asas cat rumah agar berkilat dan juga bahan campuran untuk mentl lampu letrik. Bagaimana pun paling terkini adalah penggunaan liat kaolin untuk kosmetik dan kecantikkan kulit muka. Bahan kaolin telah diproses dalam pelbagai bentuk (sila lihat foto disebelah) yang mampu mencerahkan kulit dan merawat masaalah kulit. Ia juga boleh digunakan sebagai ubatan dalam perut manusia. Kaolin di Malaysia mempunyai gred yang terbaik didunia sehingga negara Jepun, USA dan Korea mengimpot bahan ini untuk bahan industri mereka terutamanya bahan kosmetik. Wallahualam!.
LIAT KAOLIN... ADA DI MALAYSIA...
KUALITI TERNAIK..SELURUH DUNIA..
BAHAN KOSMETIK.. MAHAL JADINYA...
PRODUK LAIN... PELBAGAI NAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lombong Kaolinite,
Hutan Simpan Sedeli,
KM36 Jalan Kota Tinggi-Mersing,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(2 Muharam 1436H) 



THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...