KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, November 12, 2014

TERNAKAN IKAN PUYU (Part 3)

 
TERNAKAN IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikitit imu pengetahuan yang baik. Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperolehi daripada lamanweb, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada. Kini saya dapati memang tidak ramai dikalangan kita di Malaysia yang menjalankan ternakan ikan puyu seperti di negara jiran Thailand. Penulis dapati Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Ikan Betok’ dan ada setengah-tengah orang pula memanggil ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang pada umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm. Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau mereka menjadikannya platform menghalang kuasa jahat. Ikan ini juga sering dijadikan ikan hiasan didalam rumah kerana ia dipercayai boleh menghalang TOYOL daripada mencuri duit kita (Itu kepercayaan dikampong saya dahulu di Muar, Johor). Maka boleh dikatakan setiap rumah akan memelihara sekurang-kurang seekor ikan puyu dalam rumah terutama apabila dikatakan banyak duit hilang dicuri toyol. Kini kepercayaan tersebut sudah terhakis. Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana rupa bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air. Artikel beberapa siri ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menternak ikan puyu uuntuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Pemberian makanan untuk ikan puyu perlu untuk mempastikan ikan tersebut membesar dan boleh dituai mengikut jadual. Ikan puyu selalu memerlukan makanan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan mampu untuk mencapai tahap matang 4-6 bulan dimana ia bergantung tahap kesuburan air dan sistem penjagaan. Teknologi kini lebih mudah dan ikan puyu akan cepat membesar dengan formulasi makanan ikan komersil di pasaran seperti keluaran Syarikat Cargill dan Gold Coin dalam bentuk pellet atau butiran (floated granules) yang ada dijual dipasaran (sila lihat foto sebelah). Semasa anak ikan baru dimasukkan kedalam kolam pembesaran ia mesti diberi makanan secukupnya iaitu sebanyak 4-5 kali sehari dimana ini akan menjadikan kadar untuk pembesaran ikan sehingga 20% dari berat badan. Kaedah ini perlu juga dijalankan selama 2-3 minggu pertama. Pada umur 2 - 3 minggu pertama adalah masa yang kritikal dengan memberi makan sebanyak 4- 5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam kelompok dikolam. Jika ini berlaku maka populasi anak ikan puyu akan berkurangan dalam lokasi pemeliharaan.


Pemberian makan lai seperti bahan usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu karnibalism dimana cara ini lazimnya mampu  bagi mengurangkan sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak di kawal. Selain itu pemberian makanan ikan puyu yang dicadangkan seperti bahan pallet telur katak campur dengan baja pembesaran iaitu bahan sepeti Bakuhanseki sesuai dilakukan. Selain daripada itu boleh digunakan Mix Vitamin digunakan untuk dicampur dengan makanan pallet bagi menanbahkan lagi vitamin dalam makanan ternakan. Kadar campuran yang disyorkan 10 gram mix vit dengan sebanyak 1 kg makanan pallet ikan. Minyak Omega digunakan untuk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran digunakan adalah 10 ml dengan sebanyak 1 kg makanan pallet ikan. Boleh juga menggunakan media makanan seperti kelapa sawit, buah neram, ulat sagu, cengkerik, ubi kayu, cacing tanah, perut ayam, gewang (mengilat) dan lain-lain lagi. Bahan seperti EM boleh juga dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan. Minyak Omega digunakan untuk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml dengan sebanyak 1 kg makanan pallet ikan. Bahan lain seperti Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yang berumur 4 hari -10 hari.


Lazimnya selepas sebulan diternak akan diadakan aktiviti pengredan atau proses pemilihan ikan puyu. Aktiviti ini perlu bagi kita mengeluarkan atau proses untuk mengasingkan ikan puyu jantan, apabila sampai ke peringkat matang ianya susah membesar tidak seperti mana ikan betina. Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak. Langkah-langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih, penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air, makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai, rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian. Bersambung kepada Part 4. Wasallam!


IKAN PUYU.. BETUK PUN SAMA...
MUDAH DITERBNK...OLEH SEMUA...
PILIH TAPAK...BENIH DARI MANA...
MASA SINGKAT...DAPAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1542, Hotel Creator (Dulu Hotel Kulai Inn),
Batu 20, Jalan Kulai-Air Hitam,
Kulai,
Malaysia.
(3 Muharam 1436H)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...