Support My Blog

Monday, June 1, 2026

CACING TANAH DAN FAKTA PENTING (PART 2)

CACING TANAH (Earthworm) ialah haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang) berbadan bersegmen yang hidup di dalam tanah lembap. Ia sangat penting untuk alam sekitar kerana bertindak sebagai 'Pembajak Tanah Semulajadi' yang menggemburkan tanah, mengurai bahan reput dan dapat menghasilkan najis yang kaya dengan nutrien untuk menyuburkan tanaman. Bagi penulis blog dimana cacing tanah adalah nama biasa untuk ahli terbesar Oligochaeta iaitu dalam filum Annelida. Dahulunya ia diletakkan dalam order Opisthopora tetapi diatas dasar posterior bukaan liang jantan kepada liang betina, walaupun segmen jantan dalaman adalah anterior betina. Kajian cladistic berdasarkan teori telah pun ia diletakkannya dalam suborder Lumbricina, order Haplotaxida, namun mungkin ini akan berubah lagi. Daripada sekitar 6,000 spesies cacing tanah ada hanya kira-kira 120 spesies sahaja bertaburan meluas di seluruh dunia. Dalam pertanian sudah popular apabila cacing tanah digunakan untuk menghasilkan kompos dari sisa-sisa bahan organik. Proses ini dinamakan 'Vermicomposting' yang menjadi viral di Malaysia satu masa dulu. Antara fakta menarik mengenai cacing tanah dimana ia adalah haiwan pemakan sis organik dan di reputkan. Cacing ini akan memakan sisa tumbuhan dan haiwan yang mereput dalam habitatnya. Cacing tanah juga sebagai agen kesuburan tanam dimana hasil najis cacing adalah baja semula jadi yang sangat baik untuk kesuburan tanah. Kehebatan dan peranan cacing tanah membantu memperbaiki saliran dalam tanah apabila cara pergerakannya dengan menggali lubang dapat membantu sistem pengudaraan tanah (aerasi) dan proses ini membolehkan air diserap dengan lebih baik ke dalam tanah. Peranannya yang sangat penting untuk mengekalkan status kesuburan tanah, mengitar semula sisa organik dan bantu meningkatkan pengudaraan serta saliran air yang baik untuk pertumbuhan tanaman dengan lebih baik. Kehebatannya dalam mengurai Sisa Organik dengan memakan sisa daripada tumbuhan reput dan menukarkannya kepada humus dimana ini ia sekali gus mempercepatkan proses pereputan semula jadi. Lazimnya kehadiran cacing dalam tanah sebagai satu indikator Kesihatan Tanah diman lagi banyak populasi dilokasi atau di sesuatu kawasan menandakan tanah tersebut adalah lebih sihat, subur dan bebas daripada bahan kimia toksik. Terkini dilaporkan cacing tanah sudah di jadikan bahan sumber Makanan dan sumber Perubatan dari protein semula jadi untuk haiwan ternakan dan akuakultur (seperti ikan) serta digunakan dalam perubatan tradisional juga. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting cacing tanah sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik membincangkan bagaimana status industri menternak cacing tanah (atau vermikultur) di Malaysia iaitu salah satu bidang pertanian yang semakin ia sudah di komersialkan dimana ia lebih memfokuskan kepada pembiakan spesies cacing terpilih untuk tujuan bagi menghasilkan dua produk utama: baja organik berkualiti tinggi (vermikompos/kascing) dan bio-protein untuk makanan haiwan. Merujuk portal kementerian pertanian dimana fokus utama industri menternak cacing di Malaysia adalah untuk Aktiviti Penghasilan Baja Kascing dimana ia merupakan sisa organik (seperti sisa pertanian atau najis haiwan) diurai oleh cacing menjadi baja premium yang sangat subur untuk tanaman. Dalam kes lain di laporkan industri ini juga mengfokuskan menjadikan sebagai salah saru Sumber Makanan Ternakan apabila cacing tanah yang kaya dengan protein tinggi (kadarnya dilaporkan ia melebihi 60%) diternak untuk dijadikan makanan bernutrisi bagi industri akuakultur iaitu didalam penternakan udang dan perternakan ikan komersil serta didalam industri ternakan ayam atau ternakan burung. Bagi penulis blog mendapati dimana aktiviti penternakan cacing tanah (vermikultur) lazimnya diusahakan untuk dua tujuan utama iaitu sama ada dalam penghasilan baja organik (vermikompos) atau untuk menjadi sumber makanan bernutrisi tinggi untuk ternakan. Bagi tujuan untuk Penternakan dimana baja Vermikompos: dari sisa cacing (najis) adalah baja organik berkualiti tinggi yang kaya dengan nutrien dan mikrob untuk menyuburkan tanah tanaman dan juga haiwan ternakan. Cacing tanah mengandungi kadar protein (sehingga 70% berat kering) yang sangat tinggi yang amat sesuai dijadikan makanan tambahan atau protein premium untuk ternakan seperti ikan, ayam, itik, burung, dan udang. Ada beberapa jenis atau spesies cacing tanah yang popular dan paling sesuai dan cepat membiak di ternak antaranya adalah Jenis Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus rubellus), Cacing African Nightcrawler (Eudrilus eugeniae) dan juga Cacing Tiger Worm (Eisenia fetida).  Cacing ini akan memakan sisa dapur (sayur atau buah), sisa pertanian atau najis haiwan (seperti tahi lembu atau kambing yang telah dirawat). Cacing ini memerlukan tempat yang redup, lembap, dan mempunyai pengudaraan yang baik (suhu sekitar 20-30°C). Ia sesuai untuk di ternak didalam kotak kayu, bekas plastik berlubang, atau batas khas. Terkini dalam industri cacing tanah sudhah berkait dengan 'Ekstraksi Farmaseutikal' dimana jenis cacing tertentu diproses untuk ekstrak enzim dan perubatan tradisional (seperti mengurangkan panas dalam badan). Iklim tropika di Malaysia sangat sesuai untuk spesies cacing yang membiak dengan cepat. Potensi pasaran dan aspek kelebihan menternak cacing tanah sebab ia adalah aktiviti mesra Alam dengan operasi kos yang rendah sebab ia hanya menggunakan bahan buangan atau sisa kompos sebagai makanan cacing, menjadikannya kos operasi yang rendah. Semakin lama di laporkan di mana jumlah permintaan semakin tinggi terutama permintaan untuk baja organik bebas kimia semakin meningkat dalam sektor pertanian moden dan fertigasi di Malaysia. Kenaikan harga baja kimia akibat perang USA-Israel dengan Iran dan penutupsn Selat Hormuz pada awal tahun 20206 ini amat menyebabkan kos baja meningkat sehinnga lebih 40% dari harga sebelum perang. Kini dengan isu perang ini beri peluag lebih kepada perusahaan membuat baja organik termasuk baja vermikompos untuk lebih aktif di Malaysia.


Apa yang lebih menarik penulis blog ad merujuk portal rasmiKemanterian Pertanian an Jabatan serta agensi di bawahnya berkaitan industri penternakan cacing tanah. Walau pun di laporka yang kerajaan tidak mempunyai geran khusus untuk menternak cacing tanah namun, jika projek pengusah ini ia memfokuskan kepada pembuatan baja organik (vermikompos) maka ia layak memohon dana di bawah agensi pertanian dan keusahawanan. Pertama ada Bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) dimana jenis bantuan inkubator ini diberikan kepada usahawan yang layak dengan nilai banyian di berikan sehingga RM30,000. Merujuk program ini di laporkan bantuan ini diberikan  dalam bentuk barangan (infrastruktur/peralatan) untuk individu berumur 18-43 tahun. Apa pun pemohon boleh memohon melalui Portal Geran Agropreneur Muda dengan mengisi borang dan menghantar kembali untukd diproses. DIlaporkan juga di mana adala agensi dikenai sebagai RISDA yang memberikan Skim BAntuan Program Agromakanan RISDA dimana dana bantuan diberikan kepada sasaran para pekebun kecil getah yang berdaftar dengan pihak RISDAyang ingin mempelbagaikan pendapatan selain daripada kerja menoreh gerah yang terjejas terutama ketika musim hujan atau monsoon atau semasa kemarau panjang. Apa pun sesiapa berminat boleh menyemak syarat di Portal Rasmi RISDA dimana ada jumlah pembiayaan DPKM (Agrobank) dengan dana sehingga RM5.0 juta bagi usahawan PKS yang terlibat dalam projek keterjaminan makanan seperti penghasilan baja  Dilaporkan dimana dalam Tips Usahawan: Industri cacing tanah (vermikultur) sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan baja organik bernilai tinggi. Kebanyakan penternak mendapat pulangan modal seawal 6 hingga 12 bulan apabila memasarkan cacing dan baja terus kepada syarikat landskap, nurseri, atau pekebun sayur. Meninjau akan harga cacing tanah di Malaysia dimana ia masih bergantung kepada jenis, kuantiti dan tujuan bagi pembelian tersebut sama ada untuk dijadikan umpan pancing, ternakan kompos membuat baja vermikompos atau makanan ternakan atau akuakultur. Dalam beberapa tinjauan secara purata dilaporkan harganya adalah seperti berikut iaitu bagi Cacing Untuk Kegunaan Umpan memancing ia di jual sekitar RM8.00 untuk satu bekas (cacing kampung). Dalam kes lain bagi membeli cacing untuk kegunaan Kompos aatau untuk makanan ternakan iaitu membeli jenis cacing jenis khas (seperti African Nightcrawler) dijual sekitar RM22 untuk 50 gram (anggaran 50 hingga 60 ekor). Ada pembeli yang akan membeli Secara Pukal iaitu dalam kuantiti lebih banyak dimana harganya boleh mencecah antara RM110 untuk 200 ekor. Bagi jenis Baja Vermikompos (baja tahi cacing) yang ada di jual di Malaysia lebih banyak dipasarkan oleh jenama iaitu produk tempatan dan pengeluar baja organik berbanding jenama komersial berskala besar. Beberapa analisa mendapati dimana antara beberapa jenama yang popular dan mudah didapati secara dalam talian di Malaysia termasuklah seperti Jenama SHS Kebun yang terkenal dengan baja vermikompos berkualiti tinggi yang kaya dengan mikrob berfaedah dengan slogan 'Organic Vermicompost Fertilizer'. Ada juga jenama KUNNI iaitu satu jenama yang popular menjual 100% vermikas (tinja cacing) asli yang boleh di cari dalam platform beli-belah KUNNI Baja Organik Cacing 100% 5kg Pure Vermicast. Ada juga Jenama Tania iaiyu usahawan yang mengeluarkan baja organik cacing tanah yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Seterusnya ada Jenama Baba iaitu satu jenama pertanian yang turut menawarkan produk berasaskan kompos dan vermikompos dengan slogannya iaitu Vermicompost and Compost Prime. Selain jenama ini masih terdapat juga pekebun kecil dan penternak cacing (seperti African Night Crawlers) di sekitar tempat tinggal pembaca blog yang turut menjual vermikompos terus tanpa jenama komersial yang khusus. 


Mengupas akan fakta Vermikompos (atau lebih dikenali sebagai baja tahi cacing) ialah baja organik premium yang terhasil daripada penguraian sisa bahan buangan (seperti sisa sayuran, buah-buahan dimana ia adlah najis haiwan) yang dimakan dan dicerna oleh cacing tanah. Ia sangat kaya dengan nutrien dan mikroorganisma baik. Pembaca blog ini memang boleh mendapatkan vermikompos (baja tahi cacing) ini dengan membelinya di kedai pertanian berhampiran atau pusat nurseri tanaman. Alternatif lain bagi mendapatkannya adalah dengan menghasilkannya sendiri di rumah dengan menyediakan bekas bertutup, cacing tanah (seperti cacing jenis Eisenia fetida) dan memberikan makanan daripada sisa-sisa dapur organik.  Penulis blog paparkan beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat vermikompos sendiri di rumah atau satu cara menghasilkan Vermikompos dirumah sendiri. Pembaca blog boleh menyediakan bekas khas seperti boleh menggunakan bekas plastik gelap yang mempunyai lubang pengudaraan di bahagian atas dan bawah untuk pengaliran cecair. Kemudian di masukkan Lapik (Bedding) kedalam bahagian bawah kotak tersebut dan di letakkan cebisan surat khabar basah atau sabut kelapa untuk memberikan tahap kelembapan dan keselesaan kepada cacing. Langkah selanjutnya adalah dengan memasukkan cacing tanah yang sesuai dan masih hidup kedalam media dalam kotak. Caranya dengan memasukkan cacing khas tersebut bersama kompos ke dalam bekas tersebut. Pastikan sentiasa memberi makan iaitu dengan meletakkan sisa buangan dapur seperti sisa sayuran atau kulit buah-buahan. Petua penting adalah mengelakkan sisa berminyak atau daging. Bahan 
Minyak (seperti minyak masak terpakai atau sisa berlemak) sangat berbahaya kepada cacing tanah. Ia boleh menyumbat liang pernafasan kulit cacing, menghalang penyerapan oksigen, merosakkan sistem pencernaan, serta mengubah pH tanah, yang akhirnya menyebabkan cacing lemas, sakit dan mati. Dalam beberapa tinjauan dilaporkan menui hasil dari menternak cacing tanah dilakukan selepas 1 hingga 2 bulan apabila cacing ini akan menukarkan sisa tersebut kepada butiran kompos yang halus (kascing). Asingkan cacing dahulu dimana dilakukan sebelum menggunakannya sebagai baja. Ada laporan dimana diantar akelebihan utama vermikompos untuk tanaman termasuklah memberikan nutrien sedia untuk terus diserap tanaman sebab ia mengandungi nutrien seimbang dan hormon semula jadi yang mudah diserap terus oleh akar tumbuhan. Baja ini didakwa ia akan membaiki Struktur Tanah dan menjadikan tanah jadi lebih gembur, mengekalkan kelembapan dan mampu memperbaiki sistem saliran tanah. Ia juga akan dapat meningkatkan Imuniti Pokok dengan membantu pokok melawan penyakit akar dan serangan serangga perosak. Didakwa dimana baja ini bersifat mesra alam dan sangat popular dalam kalangan penggiat urban farming serta pertanian komersial. Untuk panduan lengkap dan cara penyediaannya. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para peserta blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CACING TANAH... BANYAK JENISNYA...
MENYUBURKAN TANAH...HEBATNYA...
VERMIKOMPOS...JA MENJADI BAJA...
INDUSTRI CACING...BANYAK DI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...