Support My Blog

Tuesday, June 16, 2026

BUAH MATA KUCING DAN FAKTA PENTING

BUAH MATA KUCING
(Dimocarpus longan) ialah sejenis buah tropika tempatan yang saiznya kecil, berbentuk bulat dan berkulit coklat kasar serta kulitnya juga nipis kalau ia hendak dibandingkan dengan buah longan tetapi lebih manis dan ia lebih beraroma. Bagi penulis blog yang suka makan buah mata kucing tempatan apabila tiba musimnya mendapati ia juga mempunyai isi putih lutsinar dengan biji hitam besar yang kelihatan seperti 'Mata Kucing' apabila kulitnya siap dikupas. Rasanya sangat manis, isinya nipis, berjus dimana ia sering dimakan segar daripada pokok atau membelinya di pasar buah. Jangan keliru diantara buah mata kucing dengan buah longan sebab ada perbezaan dimana buah mata kucing berbeza daripada longan import iaitu pada kulitnya lebih gelap dan kasar (menggerutu) manakala isinya lebih nipis dan berbau harum. Melihat rupanya dimana buah mata kucing oa berkulit coklat muda, berbentuk gugus, isi putih lutsinar iaitu dengan biji besar. Menyentuh tentan fakta khasiatnya dimana buah ini juga kaya dengan bahan zat antioksidan, vitamin C, dan sumber tenaga. Ia juga dikatakan membantu didalam cara untuk meredakan demam panas dan di laporkan boleh juga meningkatkan selera makan. Kajian penulis blog dapati dilaporkan dimana ada di sesetengah tempat di Malaysia ia juga dikenali sebagai 'Buah Bidara' atau 'Buah Kelengkeng' dimana sebenarnya ia adalah dari jenis buah bermusim iaitu akan tumbuh subur di iklim tropika Malaysia serta Indonesia dan sudah ada petani yang menanam pokok mata kucing secara komersil atau menanam dalam pasu (jenis hibrid) dan di susu di kawasan keliling rumah sahaja. Buah mata kucing merupakan sejenis buah-buahan tropika tempatan yang sering dikelirukan dengan buah longan. DIlaporkan ia kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun, mengurangkan tekanan (stres) dan bagus untuk kesihatan kulit. Buah ini sangat popular dimakan segar atau dijadikan minuman 'Air mata kucing' yang menyegarkan tetepi sebaiknya pengambilannya perlu dikawal kerana kandungan gulanya yang tinggi. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis fakta penting bagi buah mata kucing untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Buah mata kucing mempunyai beberapa jenis yang popular di Malaysia dan rantau Aisa Tenggara dimana ia juga sering akan dibezakan melalui beberapa ciri seperti tekstur kulit, ketebalan isi dan asalnya.  Penulis blog yang merujuk kepada Jabatan Pertanian Malaysia mendapati dimana diantara beberapa jenis buah mata kucing yang utama adlah Jenis Mata Kucing Tempatan (Mata kucing Jenis Liar atau Jenis Hutan) dimana ia merupakan jenis asal yang tumbuh di Malaysia terutama didalam kawasan hutan semulajadi. Jenis ini saiz buahnya biasanya lebih kecil dengan kulit yang agak kasar, menggerutu dan berwarna coklat tua (Sila lihat foto disebelah). Fakta menarik bagi jenisini dimana isinya lebih nipis berbanding longan import tetapi sangat manis dan mempunyai aroma yang kuat dan sesekali bila tiba musimnya ia ada djual di kampong dan juga di pasar malam. Jenis Longan Hijau (Isau) pula adalah sejenis varieti buah mata kucing dimana varieti yang sangat popular di negeri Sarawak dan ciri keunikannya terletak pada kulit buah yang berwarna hijau walaupun sudah matang akan tetapi berlainan dengan isi yang lebih tebal dan manis. Ketiga pula adalah Jenis Mata Kucing Brazil (Matoa) dimana dari pemerhatian walaupun ia sering dipanggil mata kucing, ia sebenarnya spesies berbeza dengan nama saintifinya sebagai Pometia pinnata. Buahnya lebih besar, kulitnya lebih keras dan berwarna ungu kehitaman atau hijau kemerahan apabila masak. Rasanya unik iaitu ia seperti satu gabungan antara beberapa jenis buah seperti gabungan mata kucing, rambutan, dan durian. Jenis Longan (Kelengkeng) pula ia juga sering dikelirukan dengan mata kucing tempatan dimana ciri buah longan sama ada ia di import dari Thailand atau dari China yang mana ia mempunyai kulit yang lebih licin, berwarna coklat cerah, dan isi yang lebih tebal serta kenyal. Varieti popular termasuk Diamond River dan Ping Pong yang mempunyai buah yang sangat besar. Ada juga Jenis Longan Berlian (Diamond Longan) dimana jenis ini sering ditanam di kawasan rumah kerana pokoknya yang tidak terlalu besar akan tetapi mampu menghasilkan buah yang lebat dan manis. Antara perbezaan ketara mata kucing tempatan berbanding longan adalah kulitnya yang lebih berbintil atau kulit yang menggerutu dan saiz bijinya yang besar, menjadikannya kelihatan seperti 'bentuk mata kucing' apabila dikupas sedikit. 
Dalam kes lain di laporkan jenis buah mata kucing ia biasanya dibezakan berdasarkan saiz biji (biji halus/besar) dan ciri pada ketebalan isi. Ada Jenis Mata Kucing Isi Nipis dimana jenis ini selalunya ia adala jenis paling biasa di temui dengan mempunyai kulit nipis, isi kurang tebal tetapi rasa manis. Kedua ada Jenis Buah Mata Kucing Isi Tebal serta ia Berbiji Halus dimana ia adalah jenis yang lebih disukai kerana isinya tebal dan bijinya kecil.
  

Buah Mata Kucing memang ia kaya dengan vitamin C, antioksidan dan bahan zat mineral yang membantu meningkatkan tenaga, menguatkan sistem imun, serta menyihatkan kulit. Ia juga melancarkan peredaran darah, menyihatkan jantung, mengatasi masalah insomnia, dan merawat penghadaman, menjadikannya snek sihat yang rendah lemak. Antara laporan kajian menyatakan jika beberapa khasiat utama buah mata kucing dimana ia mampu untuk  Meningkatkan Tenaga dan akan Tingkatkan Stamina disebabkan oleh kandungan glukosa dan sukrosa memberikan tenaga segera dan mengatasi keletihan selepas bekerja, bersenam atau dari perjalanan jauh. Ia dilaporkan juga berkhasiat sebab mampu Melindungi Tubuh Daripada Demam sebab ada bahan antioksidan yang tingkatkan asas komisitiImuniti sebab bahan Vitamin C dan sebatian fenolik melawan radikal bebas serta melindungi tubuh daripada demam dan selsema. Sesiapa makan buah ini di laporkan dia mendapat Kesihatan Jantung dimana ia akan juga melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko strok serta penyakit kardiovaskular yang elakkan daripada kena serangan sakit jantung. Ia juga didakwa baik untuk tujuan Kesihatan Kulit dan ia berfungsi sebagai buah yang bantu mengandungi bahan anti-penuaan membantu mencerahkan kulit dan mencegah kedutan. Buah ini berkhasiat sebab ia mampu untuk Mengatasi Insomnia dan Memberikan Fungsi Ketenangan hasil minum air rendaman isi buah kering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah susah tidur. Memang logik khasiatnya mampu untuk Kesihatan Penghadaman dimana kandungan serat dan zat lain akan dapat melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit dimana ia juga di laporkan memang mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah untuk di jadikan makanan diet bersama aktiviti senaman yang regular. Buah ini juga baik untuk wanita hamil dalam kuantiti sederhana (untuk tenaga) dan bijinya digunakan dalam perubatan tradisional untuk menghentikan pendarahan. Bagaimana pun elakkan memakan buah mata kucing secara berlebihan dimana ia memang boleh mendatangkan ancaman kesihatan seperti alahan seperti kes ruam atau kes bengkak, isu kenaikan gula darah mendadak bagi pesakit diabetes dan ada kesan 'panas dalam' (seperti kes sakit tekak atau kes demam). BUah ini juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jenis ancaman spesifik pengambilan berlebihan seperti Kesan Allergi iaitu reaksi alahan seperti gatal-gatal, ruam atau bengkak berlaku pada sesetengah individu. Jika ada Masalah Gula Darah perlu waspada sebab kandungan gula semula jadi yang tinggi berisiko untuk individu yang menghidap diabetes. Isu mengenai kes 'Panas Da;am' ia di kaitkan dengan kes dimana menurut perubatan Cina ia boleh menyebabkan sakit tekak atau demam. Terdapat kebimbangan mengenai buah yang diimport dari luar negara yang dimakan tanpa diketahui kes dan jaminan keselamatannya yang boleh menyebabkan kes  kematian sebab buah tersebut mungkin ada racun toksik dan pembaca blog ini walau pun sagat suka makan buah mata kucing (terutama buah import) dinasihatkan untuk memakan buah ini secara sederhana.


Membincangkan isu harga Buah Mata Kucing Segar di Malaysia secara amnya berbeza-beza mengikut lokasi dan musim, biasanya dalam lingkungan antara RM6 - RM12 sekilogram. Penulis blog suka minum air mata kucing di rumah dengan merebus buah air mata kucing kering dalam periok dan di tambah gula melaka sedikit. DI luar sana h
arga air mata kucing biasanya berharga sekitar RM1.50 hingga RM5.00 satu segelas atau sebotol dan ia bergantung kepada lokasi dan premis jualannya. Minuman popular berasaskan buah mata kucing (kelengkeng), lo han kuo dan gula batu ini terkenal sebagai penyejuk badan dan mampu mengelakan kes batuk atau sakit tekak dimana ia banyak dijual di tempat tumpuan pelancong atau kedai minuman tradisional. Harga mungkin berbeza mengikut saiz hidangan dan lokasi pembelia. Apa pun hebatnya dimana Buah Mata Kucing (atau longan) biasanya dibuat menjadi minuman penyejuk badan yang sangat popular, terutama ketika cuaca panas. DI kongsikan akan Resepi Air Mata Kucing Tradisional yang mudah dan sedap dimana ia sesuai di hidangkan dalam bentuk air panas atau sejuk.  Bahan disediakan adalah 1 cawan Buah mata kucing kering yang dicuci bersih, 1 biji buah Luo Han Guo (dipecahkan dan dicuci), seketul Gula Batu atau Gula Perang di guna mengikut tahap kemanisan yang disukai, 2-3 helai daun pandan dan juga 2 liter air minuman. Cara penyediaannya dimulakan dengan membasuk buah mata kucing kering dahulu dan dalam periok di masukkan air, buah mata kucing kering, buah luo han guo dan daun pandan ke dalam periuk dimana ia di masak sehingga kembang. Sebaiknya merebus dengan api sederhana sehingga buah mata kucing kelihatan kembang dan air bertukar menjadi gelap sedikit iaitu terjadi hasil daripada buah luo han guo (Sila lihat foto disebelah). Boleh di bubuh gula batu atau gula perang dan dikacau sehingga larut. Bagi penulis blog suka minum yang panas untuk melegakan tekak atau sejuk dengan tambahan ketulan ais untuk kesegaran maksimum meminumnya. Jika suka menggunakan buah mata kucing segar dimana ia boleh menambahnya di akhir proses supaya tekstur buah tidak terlalu lembek. Ada sesetengah orang suka menambah buah kundur (winter melon) atau biji selasih untuk menambah tekstur dan khasiat penyejuk badan.  Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MATA KUCING...APA FAKTANYA....
BUAN LIAR.. TUMBUH DI HUTAN ADA...
BUAH BERMUSIM...BERKHASIAT DIA...
MINUM AIR MATA KUCING..ENAKNYA..

By,
 Anem,
Senior Ageonomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...