Menanam pokok Bunga Telang (Butterfly Pea) bagi penulis blog ia sangat mudah dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Panduan ringkas dan langkah demi langkah untuk menanam pokok bunga telang boleh di kongsikan dimana langkah pertama adalah Proses Pemilihan Biji Benih dari pokok induk sihat dimana mendapatkan biji benih yang matang iaitu dari lenggai atau pod buah kering berwarna coklat) atau keratan batang (Sila lihat foto diebelah). Biji ini boleh di keluarkan dari pod dengan memecahkannya dimana ia bersaiz kecil dengan warna kehitaman. Proses seterusnya adalah merendam bijibenih bunga telang ini kedalam air suam selama 12 hingga 24 jam untuk tujuan melembutkan kulit dan mempercepatkan proses percambahan (break dormancy). Seterusnya adalah peringkat semaian dimana biji terpilih ini perlu disemai di dalam dulang semaian yang mengandungi media peatmoss atau boleh ia terus ditanam ke dalam pasu dengan kedalaman 1 hingga 2 cm di tengahnya. Seterusnya adalah aktiviti menyiram dimana sebaiknya lokasi penanaman bung telang adalah kawasan yang menerima cahaya matahari selama 6 - 8 jam sehari sepenuhnya untuk jadikan prestasi pertumbuhan dan pembungaan yang terbaik. Penyiraman ini sebaiknya dilakukan 1 hingga 2 kali sehari tetapi jangan terlalu berlebihan untuk elakkan pokok mati lemas. Sebaiknya ia diberikan dan disediakan kayu sokongan (pancang) atau boleh di jalarkan pada pagar rumah kerana ia adalah sejenis pokok menjalat yang cebat tunbuh. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Ia mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan (Lihat foto diatas sekali). Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Daripada penelitian saya mendapati buah tumbuhan ini dalam bentuk lengai (Pod) berukuran 5-7 cm panjang dan 1-1.5 cm lebar yang pipih. Setiap lengai mengandungi antara 6 - 10 biji benih berwarna kehitaman yang memang boleh di makan sebagai kekacang. Lengai atau 'pod' ini ia terbentuk selepas proses pendebungaan berlaku dan lengai adalah berwarna hijau ketika masih muda. Kebiasaanya tanaman bunga telang adalah ditanam menggunakan biji benih. Biji benih memang boleh didapati dari buah kacang telang yang telah merekah. Pilih biji benih yang elok daripada pokok induk yang subur, tidak berpenyakit dan banyak bunga dan buahnya. Jika hendak menanam boleh sediakan lokasi penanaman yang sebaiknya mendapat cahaya matahari yang banyak. Benih diletak dalam lubang dulang semaian atau menanam sebanyak 2 biji satu lubang. Apa pun bergantung kepada sistem penanaman, jika ditanam diatas batas dalam 2 barisan jarak yang sesuai adal 1m x 1 m. Pasangkan kayu sokong atau para mengikut kesesuaian sistem tanaman. Siram selalu sehingga tumbuhan menjalar dan berikan baja organik dengan kadar sesuai.
Penulis blog memang ada pernah menanam beberapa pasu dahulu pokok bunga telang semasa tinggal di beberapa daerah di Johor dan bertugas disana. Bunga telang yang merupakan tumbuhan mudah dijaga dimana amalan agronominya perlu di fahami. Apa pun sebenarnya tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang cantik berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim (Sila lihat foto disebelah). Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 - 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih bunga telang ini mengikut pengalaman penulis akan mula bercambah selepas 7 - 14 hari. Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah dimana anda perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau dibuat 'pruning' untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut. Bagi tujuan amalan agronomi sebaiknya penggunaan baja organik (baja tahi ayam proses) dan baja NPK diberikan mengikut jadual. Penyiraman air beras atau penggunaan pproduk EM mampu meningkatkan prestasi tanaman lebih subur dan menghasilkan banyak bunga. Ada sesekali penulis blog akan menggunakan baja bunga komersil yang ada dijual di kedai nurseri dan memang baik sekali kesannya. Penting di kongsikan fakta akan masalah utama tanaman Bunga Telang dimana ia sering diancam oleh pelbagai isu agronomi dimana ada yang melibatkan daun kuning atau layu akibat masalah air dan cuaca, serangan serangga perosak dan jangkitan kulat. Bagi isu ini iaitu ancaman atau serangan Penyakit Daun Layu dan isu Daun Menguning (akibat Stres Air atau keadaan Cuaca) dimana bila keadaan cuaca terlalu panas atau terlebih siram boleh buat pokok layu, daun bertukar kuning dan kering. Cara mudah untuk atasinya adalah dengan mempastikan tanah bersaliran baik dan elakkan daripada air bertakung. Boleh disiram secara konsisten iaitu ia bergantung pada kelembapan di lingkungan dan juga faktur cuaca. Ada ancaman Penyakit Bintik Putih atau Bintik Kekuningan yang berpunca dari serangan jenis serangga seperti kutu daun (aphids) diman ada jenis serangga perosak lain suka menghisap cecair daun yang mengganggu tumbesaran dan kesihatan pokok. Kawalan adalah dengan memangkas mana-mana bahagian daun yang rosak teruk dan sembur pokok dengan racun serangga organik seperti minyak neem untuk mengawal populasi perosak. Seterusnya ada ancaman Masaalah Pucuk dan Daun Menjadi Hitam yang berpunca dari serangan kulat seperti Choanephora spp. yang menyebabkan dilihat bahagian pucuk, kudup atau bunga jadi kehitaman dan gugur. Cara kawalan dengan membuang dan lupuskan bahagian yang berpenyakit dan elakkan menyiram terlalu lebat pada waktu malam dan pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Ada juga masaalah dimana Pokok Lemah atau Terbantut disebabkan pembajaan yang tidak tepat sama ada ia terlebih baja yang mana ia boleh merosakkan akar atau mungkin kurang baja buat pokok kurus dan daun nipis. Cara penyelesaian sebaiknya dengan cara menggnakan baja yang seimbang di bubuh dengan kuantiti dan kekerapan yang tepat. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.