Cara Penggunaan Hormon Nanas adalah penting dengan kaedah amalan yang betul dan tepat dimana lazimnya pastikan guna waktu sesuai menyembur hormon ethrel yang sesuai di lakukan pada awal pagi atau lewat petang apabila cuaca redup dan tidak panas terik (Sila lihat foto disebelah). Perlu pastikan gunakan dos campuran betul dimana ia biasanya dicampur dengan air dan sedikit baja urea mengikut nisbah yang disyorkan oleh pakar pertanian untuk kesuburan optimum. Kaedah menghormon nanas danah ia disembur atau dititiskan terus ke bahagian pucuk tengah pokok nanas dengan kuantiti yang mencukupi. Antara perkara penting di lakukan dimana pokok nanas yang hendak di hormon mestilah cukup matang dan sihat sebelum diberikan hormon ethrel. Sebagai panduan umum dimana penggunaan yang tidak terkawal boleh menjejaskan kualiti buah atau merosakkan pokok dimana pekebun nanas perlu sentiasa ikuti sukatan yang betul untuk mengelakkan masalah fitotoksik. Amalan menghormon nanas ialah proses aruhan pembungaan yang menggunakan bahan kimia penggalak bagi memaksa pokok nanas berbunga dan berbuah serentak mengikut jadual yang ditetapkan. Ia adalah amalan standard dalam industri tanaman nanas dimana di Malaysia penanaman varieti nanas premium seperti varieti MD2 dan Jambul Mas di tanam untuk memastikan tuaian yang seragam. DIjelaskan sekali lagi iaitu tujuan Menghormon Nanas adalah untu mendapatkan keadaan Keseragaman Tuaian. Ini akan membolehkan satu keadaan dimana semua pokok mengeluarkan buah pada masa yang sama dan ia akan memudahkan proses penuaian dan pemasaran buah nanas dan aktiviti penanaman semula di kawasan tanah yang sama. Kalau pokok nanas tidak di hormon dan di biarkan ia masih akan berbuah juga akan tetapi tidak seagam dan sukar untuk pemasaran secara masif. Apa pun petani perlu menjaduakan masa menyembur hormon nanas didalam usaha memaksa pokok nanas berbuah di luar musim atau mengikut permintaan pasaran. Ia juga akan dapat mempastikan Kematangan Optimum uah nanas dan buah juga akan mencapai saiz standard pasaran apabila dipetik.
Di laporkan diantara beberapa jenis bahan penggapak pembungaan nanas atau hormon nanas yang selau di gunakan antaranya adalah bahan yang mempunyai bahan aktif sesuai. Proses ini termasuklah menggunakan jenis hormon seperti Ethephon atau Ethrel, NAA (Asid Asetik Naftalena), Planofix dan juga Kalsium Karbid (sering digunakan dalam kaedah tradisional) di kawasan kurang komersil. Jenis Ethephon adalah sejenis bahan kimia pengawal atur pertumbuhan tumbuhan yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Apabila disembur pada tumbuhan, bahan ini akan meresap dan terurai menjadi gas etilena (hormon semula jadi tumbuhan) yang bertindak balas untuk dapat mempercepatkan proses pemasakan buah-buahan seperti pisang, tomato dan mangga. Ia merangsang pembungaan serentak bagi tanaman seperti nanas MD2 dan durian dan mampu memudahkan penuaian dengan mencabut tangkai buah atau menggalakkan pengguguran daun. Etephon juga mengawal pertumbuhan pokok (seperti mengelakkan tanaman jagung atau bijirin daripada terlalu tinggi/mudah rebah). Jenis Hormon NAA (1-Naphthylacetic Acid) adalah sejenis bahan pengawal selia pertumbuhan tumbuhan sintetik yang bertindak seperti hormon auksin semula jadi. Ia digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan perladangan (seperti tanaman durian dan nenas) untuk merangsang pembentukan akar serta ia dapat mengelakkan buah daripada gugur. Secara khususnya, fungsi utama hormon ini adalah untuk menggalakkan pertumbuhan akar, membantu proses pengakaran bagi keratan batang atau anak pokok supaya lebih cepat tumbuh dan kuat. NAA juga akan mengelakkan buah dan bunga gugur serta dapat membantu menguatkan tangkai bunga dan putik buah, memastikan pokok mampu mengekalkan putik yang terbentuk sehingga menjadi buah matang. NAA di laporkan ia akan dapat merangsang saiz buah, membantu dalam fasa-fasa tumbesaran buah daripada peringkat putik kecil kepada saiz yang lebih besar. Bahan NAA sering digunakan sebagai semburan foliar (pada daun danbatang) dalam sektor pertanian di Malaysia. Jenis Planofix adalah sejenis hormon pengawal tumbesaran tumbuhan (dalam kumpulan auksin) yang mengandungi bahan aktif 1-Naphthaleneacetic acid (NAA). Ia digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pekebunan. Fungsinya termasuklah ia mencegah dalam pengguguran, mengelakkan bunga dan putik buah daripada gugur sebelum matang, merangsang pembungaan. Ia juga di laporkan akan membantu menghasilkan pembungaan yang lebih seragam dan lebat dan juga menggalakkan saiz buah: Membantu perkembangan buah selepas persenyawaan. Akhir sekali adalah penggunaan hormon Jenis Kalsium karbida (sering dipanggil batu karbaid atau kabait) bukanlah hormon, tetapi sebatian kimia (CaC₂) yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas asetilena. Gas ini bertindak seperti hormon tumbuhan semula jadi (etilena) untuk tujuan iaitu untum mempercepatkan proses buah-buahan masak. Antara perkara penting mengenai kalsium karbida dalam pematangan buah dan cara ia berfungsi iaitu apabila batu karbaid ianya bersentuhan dengan kelembapan (seperti air atau wap pada buah), ia mengeluarkan gas asetilena yang mencetuskan proses masak. Bagaimana pun ada risiko kesihatan apabila bahan karbaid gred industri sering mengandungi kesan bahan toksik seperti arsenik dan fosforus dan bila memakan buah yang diperam menggunakan kaedah ini boleh mendatangkan bahaya kepada sistem saraf dan kesihatan. Penggunaan: Penggunaan kalsium karbida untuk tujuan pematangan makanan adalah salah di sisi undang-undang di banyak negara termasuk Malaysia. Bahan ini selalu di gunakan sebagai penggalak pembungaaan nanas varieti tertentu.
Perlu di kongsikan bagaimana masa sesuai dan cara aktiviti menghormon tanaman nanas. Pertama di pastikan iaitu Umur Pokok Nanas biasanya diberikan hormon pada usia 7 hingga 10 bulan selepas ditanam mengikut varieti di tanam dan juga ia bergantung kepada tahap kematangan dan pembesaran pokok di kebun. Kaedah di jalankan ada beberapa cara tetapi lazimnya kaedah menghormon dengan sediakan larutan hormon dicampur dengan air dan disembur atau dititiskan terus ke bahagian tengah (pucuk) pokok nanas supaya ia bertakung dan diserap kemudian kedalam pokok. Pastikan melakukan pada waktu pagi atau lewat petang dan tidak ada hujan akan turun untuk beberapa jam selepas menghormon. Perlu di ulang hormon jika hujan turun dengan lebat sebaik sahaja menyembur hormon ke pokok nanas. Apa pun selepas proses menghormon dilakukan dimana kemudian di lihat yang pokok nanas biasanya akan mengeluarkan jambak bunga dalam tempoh 35 hingga 45 hari dengan ketara dan buah nanas akan terbentuk di jaga dengan baik dimana selalunya ia boleh dituai selepas 100 hingga 120 hari kemudian bergantung kepada varieti, cuaca, pembajaan dan jadual. Perlu di ketahui jika didalam penanaman nanas, penggunaan hormon atau pengawal atur tumbesaran adalah kaedah standard untuk merangsang pokok mengeluarkan bunga dan berbuah secara serentak. Terdapat 2 jenis utama hormon yang biasa digunakan oleh pekebun nanas di Malaysia iaitu Jenis Ethephon (Ethrel) yang merupakan jenia hormon jenis cecair yang berfungsi merembeskan gas etilena untuk memaksa pembungaan. Kepekatan biasa yang digunakan adalah antara 10% hingga 23%. Kedua ada Jenis Kalsium Karbida (Kabaid) yang merupakan jenis hormon berbentuk pepejal (ketulan batu) yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas etilena apabila dimasukkan ke dalam pucuk pokok. DIlaporkan dimana biasanya, hormon digunakan apabila pokok mencapai umur 7 hingga 9 bulan (bergantung kepada varieti seperti MD2, Josapine, atau Moris). Tempoh matang buah pula adalah kira-kira 135 hingga 140 hari selepas proses menghormon dilakukan. Tanaman nanas perlu dihormon untuk merangsang pembungaan serentak serta menjadualkan pengeluaran hasil (membolehkan penuaian sepanjang tahun untuk pasaran komersial), dan menghasilkan saiz buah yang lebih besar serta seragam. Sebab utama bagi pokok nanas dihormon adalah untuk penyeragaman buah sebab secara semula jadi, pokok nanas tidak berbuah pada masa yang sama. Pemberian hormon memastikan setiap pokok mengeluarkan bunga dan buah serentak. Ia juga akan di jadikan kawalan Jadual Tuaian dan ini membolehkan pekebun merancang tarikh tuaian. Ini sangat penting untuk memenuhi permintaan pasaran atau eksport secara konsisten setiap minggu atau bulan. Ia juga menentukan saiz dan kualiti buah nanas adalah optimum sebab hormon penggalak akan membantu merangsang pembentukan buah yang maksimum, menjadikan saiz buah lebih besar dan seragam. Kajian mengenai harga hormon Ethrel (atau Ethephon) untuk tanaman nanas biasanya berlegar antara RM8.40 hingga RM90.00 sebotol bergantung pada jenama, peratusan kepekatan bahan aktif (seperti 10.8% atau 40%), dan saiz botol. Diperincikan dimana harga jualan semasa di Malaysia bagi Jenis Botol kecil (50ml - 500ml) adalah sekitar RM8.40 hingga RM15.00 dan harga bagi Jenis Botol bersaiz besar (1 Liter - 4 Liter) adalah ia sekitar RM60.00 hingga RM90.00.
Dalam beberapa temubual dengan mana penanam nanas MD2 komersil di laporkan dimana penggunaan hormon Ethrel (atau bahan aktifnya ethephon) adalah pengawal pertumbuhan yang digunakan untuk memaksa pokok nanas berbunga serentak dan menghasilkan buah serentak adalah lazim. Mereka dakwa cara ini memberikan hasil terbaik dimana ia biasanya akan dicampur dengan Urea untuk merangsang pembungaan. Apa pun berikut adalah panduan langkah demi langkah dalam penggunaannya dimana langkah pertama pastikan Dos dan Penyediaan Campuran dimana untuk 18 liter air (saiz tong penyembur biasa) gunakan EThrel sebanyak 30 - 40 ml dnan juga Baja Urea: 360 gram dengan dibancuh dalam air dan kacau sehingga larut sepenuhnya dan kemudian barulah masukkan Ethrel dan kacau rata. Kedua tentukan waktu dan kaedah menyembur dimaman sebaiknya umur pokok capai tahap matang atau ia biasanya berumur 15-16 bulan (atau mempunyai 39-42 helai daun). Menyembur di lakukan pada waktu pagi yang redup atau lewat petang dan elakkan daripada menyembur ketika cuaca panas terik. Cara sembur dengan menuang atau sembur lebih kurang 50ml bancuhan betul-betul ke bahagian tengah pucuk (jantung) pokok nanas. Langkah ketiga dimana memerhatikan jngkamasa Selepas Semburan iaitu lazimnya jika berjaya makan pokok nanas akan mula mengeluarkan bunga kira-kira 30 hingga 40 hari selepas rawatan. Buah nanas kemudian ia boleh dituai dalam tempoh 130 hingga 135 hari selepas proses hormon tersebut. Ada laporan dimana dalam agronomi nanas, penggunaan hormon (Aruhan Pembungaan - AIF) merujuk kepada bahan kimia yang digunakan untuk merangsang pembungaan, menyeragamkan hasil, dan menjadualkan tuaian. Bahan utama yang biasa digunakan merangkumi Ethephon (Ethrel) atau NAA (asid alpha-naphthaleneacetic). Waktu sesuai (Umur Pokok): Pokok dinilai berdasarkan bilangan daun (sekurang-kurangnya 30-40 helai) atau mencapai umur 8 hingga 10 bulan (bergantung kepada varieti seperti MD2 atau Morris) dimana masa ini ia akan memaksa pokok mengeluarkan bunga secara serentak dan ini membolehkan petani merancang dan dapat menjadualkan pengeluaran buah untuk pasaran. Apa pun kadar kepekatan larutan hormon (biasanya antara 10% hingga 23%) mempengaruhi saiz dan bentuk fizikal buah. Larutan hormon disembur tepat ke dalam pucuk (red heart) pokok pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sejatan akibat panas terik.
Menarik dalam bharian.com laporan bertajuk 'Industri nanas Malaysia kekal bertahan di tengah konflik ekonomi dunia' seperti isu perang dan krisis tenaga global. Media laprkan dimana industri nanas Malaysia dilihat masih kekal berdaya tahan walaupun berdepan tekanan krisis tenaga global yang memberi kesan terhadap ekonomi dunia. LPNM dakwa dimana kenaikan harga minyak akibat konflik tenaga global meningkatkan kos pengangkutan serta kos input pertanian seperti baja dan racun di samping menjejaskan kelancaran rantaian bekalan. Ketidaktentuan ekonomi dunia juga berpotensi mengurangkan permintaan eksport, sekali gus memberi tekanan kepada pengeluar dan petani tempatan. Apa pun dalam konteks industri nanas, kesan ini turut dirasai terutamanya melalui peningkatan kos penghantaran serta kemungkinan penyusutan permintaan eksport dimana industri nanas negara masih mampu bertahan kerana permintaan domestik yang kekal kukuh dan menjadi penyokong utama pasaran dianggarkan sekitar 60 peratus daripada keseluruhan permintaan. Kekuatan pasaran tempatan itu membantu menstabilkan harga walaupun eksport dijangka terjejas sekali gus membolehkan hasil pengeluaran terus diserap dalam negara dan industri nanas Malaysia juga tidak bergantung kepada satu pasaran eksport sahaja. Kaedah kepelbagaian pasaran ini memberi kelebihan strategik dimana jika satu pasaran terjejas, pasaran lain masih boleh menjadi alternatif dan dunia mengharapkan agar konflik di Timur Tengah dapat diselesaikan segera bagi memastikan kestabilan ekonomi global. DIlaporkan tanaman nanas merupakan tanaman yang praktikal dan berpotensi tinggi dimana sehingga 2024, nilai dagangannya melebihi RM1 bilion. Tanaman nanas boleh diusahakan secara selingan di kawasan ladang seperti sawit selain mengoptimumkan tanah terbiar melalui penanaman berkelompok. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan pekebun kecil, malah berpotensi mengukuhkan ekonomi komuniti luar bandar. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!....


ETHREL DI SEMBUR.. IKUT KADARNYA...
NANAS BERBUNGA... SERENTAK MASA..
BACA ARTIKEL...DAPAT FAHAM SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.