KUPANG (Mussel) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'Siput Sudu' atau 'Kupang Hijau' ia merupakan sejenis haiwan bercengkerang dua (dwicangkerang) daripada keluarga kerang-kerangan yang hidup di kawasan air tawar atau dalam air laut. Dilaporkan dimana kupang ini ia popular sebagai makanan laut (seafood) dan sumber nutrisi yang kaya dengan protein, zat besi serta zat omega-3. Di Malaysia dimana aktiviti penternakan kupang merupakan satu aktiviti akuakultur yang menarik minat beberapa nelayan di negara kita terutama di Johor, Melaka dan beberapa lokasi lain. Kupang merupakan sejenis siput (mollusk) yang mempunyai bentuk bulat dan bujur tirus dibahagian hujung kulitnya. Penulis blog dapati terdapat dua keping kulit kupang berwarna hijau gelap (hijau lumut) dan berjalur hijau muda dibahagian tepinya. Siput sudu ini mempunyai isi lembut dan berwarna oren kekuningan dan berasa liat ketika mentah. Kulit kupang yang keras akan melindungi isi dari cacat atau dimakan oleh ikan dewasa. Terdapat 3 jenis varieti kupang yang biasa diternak di Malaysia iaitu pertama jenis Pteriomorpha spp untuk ternakan air laut, kedua jenis Palaeoheterodonta spp untuk ternakan air tawar dan ketiga jenis Heterodonta spp sejenis Kupang Zebra. Bagi penulis blog yang sika makan kupang dapati ia merupakan siput planton feeders iaitu (pemakan plankton) sama seperti kerang, remis, siput sedut dan pelbagai haiwan akuakultur bercengkerang lain. Penternakan kupang ini memerlukan kawasan perairan yang tidak mempunyai arus yang deras, tiada laluan kapal besar dan memerlukan air laut yang bersih dari pencemaran sampah dan tidak tercemar dengan tumpahan minyak. Ini kerana ianya akan menganggu tumbesaran benih kupang yang akhirnya akan menjejaskan saiz kupang yang ingin dituai. Kupang sesuai diternak pada musim panas iaitu di bulan Januari hingga Februari dan akan dituai pada bulan Julai hingga September. Pada ketika ini apa yang penulis blog rujuk dimana kadar taburan hujan yang tidak menentu di kawasan Johor kurang dan angin tidak bertiup dengan kencang merupakan antara ancaman dalam aktiviti penternakan kupang. Penternakan kupang tidak memerlukan pemerhatian yang khusus dan rapi namun ianya memerlukan kos yang tinggi untuk membeli tong plastic dan tali rawai. Kos bagi kes permulaan penternakan kupang menelan belanja kira-kira RM 30 000.00 termasuk harga pembinaan jeti pemprosessan kupang segar. Kawasan perairan yang sesuai dan selamat dipilih perlu bersih dari sebarang tumpahan unsur minyak kerana ianya akan menjejaskan kualiti kupang yang diternak. Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan merupakan agensi yang bertanggung jawab untuk mengawal, mengurus dan mengeluarkan lesen kepada persatuan nelayan atau pengusaha yang berminat untuk menternak kupang. Pelbagai projek yang dianjurkan oleh pihak LKIM dalam memeriahkan dan untuk program iaitu mengembangkan usaha perniagaan dalam bidang akuakultur ini supaya penternakan spesis akuakultur ini boleh dilaporkan berkembang maju sehingga boleh dipasarkan secara lebih komersial kepada seluruh negara. Ianya juga boleh dilihat mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik mengenai kupang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.
Kupang Segar yag di tuai dari laut selalunya akan di bawa ke daratan untuk beberapa proses selanjutnya. Perlu di kongsikan fakta akan Cara memproses kupang dengan betul penting untuk membuang kotoran, pasir dan memastikan kupang ini ia selamat dimakan. Langkah penting atau langkah utamanya ia juga merangkumi pembersihan cengkerang kupang yang kotor secara menyeluruh (Sila lihat foto disebelah) yang mesti ia di bersihkan dahulu. Kupang segar ini juga ia perlu direbus untuk cara memisahkan isi dan menyejukbekukan isi tersebut untuk simpanan lebih lama. Penulis blog kongsikan akan panduan atau pun langkah-langkah demi langkah untuk memproses kupang segar dimana langkah pertama adalah Proses Mencuci dan Memberus dimana kupang segar perlu direndam dan juga perlu di buang sebarang jenis kupang dituai yang sudah mati. Caranya adalah dengan merendam kupang di dalam air dan buang kupang yang terapung atau cengkerangnya sudah terbuka luas (ini bermakna kupang sudah mati atau rosak). Kemudian memberus cangkerang kupang dengan membasuh kupang 3 hingga 4 kali dengan air paip. Gunakan berus dawai atau span penyental pinggan untuk menyental permukaan cengkerang sehingga bersih daripada selut, lumut dan semua kekotoran. Langkah kedua adalah Proses Merebus tanpa air berlebihan atau memasak kupang menggunakan wap dengan sedikit sahaja air. Pastikan isi kupang tidak terendam di dalam air rebusan yang banyak untuk menjaga kualiti isi kupang. Perlu di tutup periuk dan membiarkan kupang masak sehingga cengkerangnya terbuka sendiri. Seterusnya adalah Proses Mengasingkan Isi Kupang iaitu kupang rebus tadi di biarkan atau di sejukkan seketika dan kemudian barulah sesuai untuk di kopek dan diasingkan isi kupang daripada cengkerangnya. Langkah penting seterusnya adalah Proses Menyimpan dimana ia untuk tujuan penyimpanan tahan lama, masukkan isi kupang yang telah direbus ke dalam bekas kedap udara dan simpan di bahagian sejuk beku (freezer). Sebaiknya dimana apabila hendak memasak kupang sejukbeku ini perlu dipindahkan kupang ke bahagian chiller terlebih dahulu untuk proses penyahbekuan (defrost) dimana kemudia ia barulah boleh dimasak dengan pelbagai resepi.
Dijelaskan lagi jika kupang padat dengan pelbagai nutrien penting. Makanan laut ini adalah Sangat Berkhasiat dengan ia akan membekalkan sumber protein berkualiti tinggi yang mudah dihadam, kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia, serta sarat dengan Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung. Antara khasiat utama kupang merangkumi ia berzat untu membantu Membina dan Membaiki Tisu sebab ada kandunga zat protein yang tinggi akan dapat ia membantu pertumbuhan otot dan membaiki sel-sel badan. Memakan kupang didakwa ia akan mampu Mencegah Anemia sebab ia kaya dengan zat besi dan Vitamin B12 yag dapat membantu ia menggalakkan pembentukan sel darah merah bagi mengatasi keletihan dan lesu. Makan kupang di laporkan ia akan dapat cara untuk Menyihatkan Jantung peminatnya sebab ada asid lemak Omega-3 membantu melancarkan peredaran darah dan mengawal tekanan darah. Kupang yang tinggi nutrisi juga menjadi sumber terbaik untuk Zinc yang menguatkan sistem imun, serta Vitamin B12. Apa pun ada kaedah atau cara dalam pemakanan dan langkah keselamatan perlu ia di patuhi. Sebaiknya cara penyediaan memakan kupang paling sihat dimasak secara stim, rebus atau bakar tanpa menambah kalori berlebihan. Bagaimana pun ada isu Risiko Alahan iaitu ia sama seperti hidupan laut lain perlu mengelakkan jika ada mempunyai alahan kerang-kerangan. Pastikan kupang dibeli dari sumber yang bersih dan segar dan sentiasa mengelakkan kupang yang telah terbuka cengkerangnya sebelum dimasak kerana ia mungkin telah mati atau tercemar. Memakan kupang ada ancamannya terutama jika makan kupang yang berpunca daripada sifat haiwan ini sebagai penapis air yang menyerap alga berbahaya (bunga alga) dan toksin di lautan. Toksin ini tidak mengubah rupa atau rasa kupang akan tetapi ia boleh menyebabkan keracunan teruk, masalah saraf, lumpuh, atau kematian jika dimakan. Panduan penting untuk langkah keselamatan makan kupang dari ancaman Gejala Keracunan (Biotoksin atau PSP) sebab dilaporkan kesan keracunan boleh berlaku seawal beberapa minit hingga beberapa jam selepas memakan kupang tercemar. Gejala awal merangkumi simptom seperti berlaku kes muntah-muntah, loya dan cirit-birit, sakit perut, kebas atau kesemutan pada lidah, bibir dan wajah, sukar bernafas atau lemah anggota badan (gejala yang lebih kritikal). Panduan cara Mencegah Ancaman dimana elakkan memakan kupang atau kerangan dari perairan yang sudah diisytiharkan tercemar oleh pihak berkuasa perikanan atau kesihatan tempatan. Perlu Memasak Dengan Betul dengan kupang segar ini mesti perlu dicuci dan dimasak dengan sempurna (sehingga mendidih atau betul-betul masak) untuk membunuh bakteria seperti Vibrio parahaemolyticus. Apa pus amalkan Mengelak Makan Mentah atau kupang masih separa masak atau meminum air rebusannya jika status keselamatan perairan diragui. Sebaiknya amalkan Membuang Jika Rosak dan perlu elakkan daripada membeli atau memasak kupang yang kulitnya telah terbuka (mati) atau berbau busuk. Perlu tahu Kaedah Menyimpan Kupang Segar Dengan Betul iaitu dengan mempastikan kupang disimpan di dalam peti sejuk pada suhu yang betul untuk mengelakkan pembiakan bakteria sebelum dimasak. Penting ambil tindakan segera sekiranya ada mengalami gejala seperti di atas selepas memakan kupang, segera dapatkan rawatan perubatan di klinik atau hospital berdekatan.

Menarik juga mengetahui akan beberapa jenis produk kupang diproses yang ada di jual dalam pelbagai bentuk untuk pasaran. Selalunya di Malaysia ia juga terbahagi kepada kategori utama seperti Produk Kupang Segar, Produk Kupang SejukBemu (diproses), Produk Kupang Kering dan Produk Kupang yang sedia dimakan. Kategori pertama adalah Produk Kupang Segar iaitu hasil tuaian kupang yang masih hidup di dalam cangkerang dimana ia biasanya dijual di pasar basah atau pasar tani. Produk kupang segar merujuk kepada kupang dari laut atau sungai (mussel) yang baru ditangkap atau dituai serta dipasarkan dalam keadaan hidup, belum dimasak dan mengekalkan rasa manis semula jadi. Ia popular dalam masakan tempatan seperti kupang rebus, bakar atau tumis serai dan sebagainya. Selalunya cara jualan ia akan dijual bersama cengkerang (kulit hitam atai jenis hijau) yang tertutup rapat. Ciri Kupang Segar dilihat cengkerang tertutup (atau tertutup bila diketuk), berbau air laut yang segar (bukan hanyir busuk), dan isi melekat pada kulit dimana khasiatnya ia kaya dengan protein, zat besi, dan omega-3 yang baik untuk kesihatan. Kupang adalah hidupan tapis dan kena pastikan ia dibersihkan dengan betul dan dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengelakkan keracunan makanan. Kedua ada Jenis Produk Isi Kupang Kupas dimana isi kupang yang telah dibuang cangkerang secara manual atau mesin dimana ia kemudian dibungkus untuk memudahkan penyediaan. Ada juga Jenis Produk Kupang Kering atau Produk Kupang Dalam Tin dimana isi kupang yang telah dikeringkan atau ditinkan untuk tahan lebih lama. Kelebihan produk jenis ini ia memang menjimatkan masa sebab pembeli tidak perlu bersusah payah merebus, mengopek dan membuang bulu atau misai kupang. Ia sesuai dimasak dalam pelbagai resipi seperti masak sambal, rendang, sup, pasta atau digoreng bersama sayur. Produk biasanya telah dicuci bersih dan sedia dimasukkan terus ke dalam kuali. Cara Penyimpanan yang betul produk ini adalah dalam Sejuk Beku (Frozen) dimana kebanyakan produk komersial dijual dalam pek sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran dan perlu pastikan ia dinyahbeku (thaw) sepenuhnya sebelum dimasak. Kupang adalah makanan laut yang kaya dengan protein dan pelbagai nutrisi penting dan ada kepelbagaian produk nilai tambah seperti keropok perisa kupang, maruku kupang, sambal kupang, dan pes kupang. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology yang ke 9,102 kali ini. Wasallam!!..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.