Di Malaysia tiada laporan jumlah keluasan tanaman kekabu secara rasmi sebag pokok kekabu belum pernah di syorkan di tanam sebagai bidanguaha komersill. Pokok Kekabu mempunyai antara 10 - 20 spesis diseluruh dunia dimana ia merupakan pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 40 -70 meter terutama jenis yang tumbuh liar didalam hutan. Spesis yang lazim ditanam atau tumbuh di Malaysia dan Indonesia adalah jenis Ceiba pentandra dimana di laporkan jenis pokok kekabu ini agak unik kerana mempunyai batang berwarna hijau kelabu yang lurus dan biasanya kurang bercabang pada peringkat awal proses pertumbuhan kecuali pada dibahagian atas yang membentuk kanopi (Sila lihat foto disebelah). Kayu pokok kekabu diketegorikan sebagai kayu yang lembut (tidak keras) dan tidak mempunyai nilai ekonomi untuk dijadikan kayu balak. Kayunya mudah reput jika terdedah kepada matahari dan sesuai dijadikan bahan bakar atau kayu api sahaja dikawasan kampong. Batang pokok kekabu lazimnya akan mengeluarkan duri-duri besar yang tajam dan akan tanggal pada peringkat dewasa. Daun kekabu berwarna hijau dengan bentuk glaborous dengan tangkai berwarna hijau dan susnan bersilang. Pemerhatian saya mendapati terdapat 5,7 atau 9 helai daun dalam satu tangkai. Kegunaan daun kekabu ini juga belum ada kajian saintifik. Fakta penting dimana pokok kekabu terbahagi kepada dua utama yang berasal daripada famili Bombacaceae iaitu Jenis Kekabu Putih (Ceiba pentandra) dimana jenis ini ia adalah jenis kekabu yang paling popular dan biasa digunakan sebagai pengisi bantal dan tilam kerana sifatnya yang gebu dan ringan. Jenis yang kedua adalah dari Jenis Kekabu Merah atau Jenis Kekabu Hutan (Bombax ceiba) dimana jenis pokok ini ia mempunyai bunga berwarna merah atau merah jambu (dikenali sebagai red silk-cotton tree) dan seratnya turut digunakan sebagai pengisi tilam dan bantal berkualiti ekonomi. Apa pun di laporkan kedua-dua spesies ini menghasilkan serat lembut di dalam lenggai buahnya yang dituai untuk pelbagai kegunaan perabot dan produk tekstil. Direkodkan dimana negara Indonesia dan Thailand adalah pengeluar dan pengeksport utama kekabu (serat kapok) di dunia. Apa pun pokok kekabu memang ia banyak ditanam di kawasan tropika dimana di Indonesia ia banyak di tanam di Pulau Jawa dan di Sumatera yang mana ini sudah terkenal sebagai pengeluar terbesar sejak abad ke-19 lagi. Kekabu ialah serat semula jadi yang ringan, kalis air, dan mudah urai. Kegunaan utama kekabu adalah ia digunakan secara tradisional sebagai bahan isian untuk bantal, tilam, pelampung keselamatan, dan penebat haba. Kelebihan kekabu yanag bersifat mesra alam, anti-hama (hypoallergenic) dan ia boleh terapung. Pasaran eksport bahan kekabu dari Asia Tenggara sangat mendapat permintaan di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan untuk produk mesra alam berkualiti.
Diantara produk berasaskaan kekabu adalah 'Bantal Kekabu' dimana ia memang menjadi kesukaan ramai orang diseluruh dunia. Bantal kekabu merupakan bantal tradisional yang diisi dengan serat semula jadi daripada serat buah kekabu dimana kehebatan cirinya menyebabkan ia masih terkenal kerana sifatnya yang sejuk, menyerap peluh dan mesra alam. Bantal ini sangat popular untuk kegunaan bayi dan dewasa kerana ia memberikan sokongan yang teguh, tahan lasak dan tidak mudah berhabuk. Meneliti akan beberapa ciri kelebihan Bantal Kekabu yang pertama ia berikan keselesaan sebab ia Sejuk dan Selesa di pakai sebab ia mampu jadi sebagai pengalir haba yang baik berbanding bantal sintetik yang di jual di pasaraya. Jenis Bantal Sintetik adalah bantal yang dalamnya ia diisi dengan gentian buatan manusia (seperti poliester, mikrofiber atau memory foam) dan bukannya bahan semula jadi seperti kapas, bulu itik atau kekabu. Ia merupakan pilihan yang sangat popular kerana harganya yang dijual lebih mahal berbanding dengan bantal kekabu. Bantal Kekabu adalah produk yang Mesra Alam sebab ia diperbuat daripada gentian tumbuhan semula jadi diambil daripada tumbuhan. Kehebatan lain dimana bantal kekabu adalah Teguh dan Kuat dimana ia akan memberi sokongan kepala dan leher yang baik terutama semasa tidur lena di malam hari. Ada beberapa petua penting dalam cara penjagaan bantal kekabu dimana sebaoknya JANGAN DIBASUK bantal kekabu dengan air kerana ia akan menggumpal dan merosakkan serat. Sebaiknya ia DIJEMUR selalu di bawah terik matahari secara berkala untuk tujuan iaitu akan memulihkan kegebuan dan akan juga mengeringkan kelembapan yang ada di dalam bantal. Membuat tinjauan akan harga bantal kekabu di pasaran biasanya berkisar antara RM7 sehingga RM50 sebuah bergantung pada saiz, gred kekabu, dan sama ada ia asli atau campuran. Dalam tinjauan lain di laporkan bagi Jenis Bantal Kekabu Campuran atau Separa Sintetik ia di jual sekitar RM5 - RM15 sebuah dimana ia biasanya bersaiz standard dan lebih ringan. Bagi Jenis Bantal Kekabu Asli (Gred Biasa) ia dijual sekitar RM15 - RM25 sebiji dimana ia selalunya diisi dengan kekabu asli yang memang sangat sesuai untuk kegunaan harian. Ada juga Jenis Bantal Kekabu Asli (Premium/Gred A/Bersaiz Besar) dimana jenis ini ia di jual sekitar RM25 - RM50 keatas sebuah dimana jenis ini selalunya ia lebih padat, tahan lama dan mesra alam.
Fakta penting tentang kekabu dimana ia terkenal sebagai gentian semula jadi yang sangat ringan, kalis air dan mempunyai daya apungan yang tinggi. Keunikan utamanya terletak pada sifatnya yang lembut, tidak menyimpan haba (memberikan rasa sejuk) dan mudah digebukan semula dimana ciri ini yang menjadikannya bahan premium untuk pengisian tilam dan bantal. Beberapa fakta kelebihan utama kekabu merangkumi ia adalah bahan bagus yang berikan Keselesaan dan Sejuk apabila di gunakan sebab seratnya tidak memerangkap haba, menjadikannya sangat selesa untuk tidur dan tidak panas. Produk kekabu di laporkan ia memang jenis Mesra Alam dibuat dari bahan Semula Jadi yang juga merupakan jenis bahan organik yang selamat, bebas bahan kimia dan tahan lama. Penulis blog pernah ada beberapa biji bantal kekabu yang di gunakan sehingga lebih 25 tahun. Apa pun hebatnya dimana kekabu adalah jenis gentian yang memang ia Kalis Air dan juga Anti-Serangga dimana gentian kekabu mempunyai salutan lilin semula jadi yang mana ini akan menjadikannya kekabu ini akan kalis air dan juga ia tidak digemari oleh pijat atau serangga perosak. Paling unik sebab kekabu sangat ringan dan ia mudah Terapung di Air dimana sifatnya yang ringan dan kalis air menjadikannya bahan tradisional yang sangat baik untuk jaket keselamatan sebagai bahan penyelamat nyawa. Bagaimana hebat kellebihan kekabu masih ada kekurangan kekabu (terutamanya sebagai bahan isian bantal atau tilam) dimana ini merangkumi aspek bekalan dan penyelenggaraan. Pertama kini Bekalan Kekabu Sangat Terhad dan ia semakin sukar diperoleh untuk di beli atau dijadikan industri secara komersial kerana pokok kekabu jarang ditanam secara ladang berskala besar. Kedua dimana isu Kos dan Tempoh Matang bagi pokok kekabu ia sangat lama dan kos penjagaannya yang tinggi menyebabkan sektor perladangan kurang berminat mengusahakannya. Ketiga dimana ancaman Penggunaan Produk Asas Kekabu ini akan Berkurang berpunca daripada masalah kekurangan bekalan yang berpanjangan dan kos yang mahal bersaing dengan industri pembuatan moden yang sudah banyak beralih kepada alternatif lain seperti gentian sintetik.Antara ciri lain kelemahannya adalah Cara Penjagaan Isian Kekabu dimana kekabu asli cenderung menyerap lembapan dan tidak boleh dicuci dengan air dimana isu ini ia boleh menyebabkannya mudah berketul dan menjadi habuan hama jika tidak dijemur dengan kerap. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KEKABU.... ADA DI MALAYSIA...
GENTIAN LEMBUT...PUTIH WARNANYA...
DIDALAM BANTAL....LAMA TAHANNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAN FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(7 Muharam 1448H).
(7 Muharam 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.