KAYU JATI (Tick Wood) dari Pokok Jati (Tectona grandis) ialah sejenis kayu keras tropika yang sangat popular dimana ia juga dikenali sebagai raja kayu dalam pembuatan perabot yang amat bernilai tinggi kerana ciri fizikalnya yang berat, mampat, tahan lasak dan mempunyai minyak semula jadi yang telah pun menjadikannya kalis air, tahan serangan anai-anai serta tidak mudah untuk reput. Memahami akan ciiri-ciri utama kayu jati dimana ciri pertama adalah Ciri Ketahanan dimana kajian mendapati jika kayu jati ini jenis yang tahan terhadap cuaca ekstrem dan tidak mudah mengecut atau meleding kualitinya. Kedua dari segi ciri warna dan ciri uratnya yang mana ia mempunyai warna coklat keemasan serta susunan urat kayunya kemas dan cantik yang mana ini memberikan nilai estetika yang tinggi. Ketiga adalah ciri Kegunaannya dimana ia adalah sangat ideal untuk perabot dan banyak kegunaan lain yang dilihat ia mewah dan ada di gunakan didalam pembinaan kapal, dibuat lantai dan bahan perhiasan luar rumah. Diseluruh dunia dimana dilaporkan yang kayu jati terbaik sering kali dikategorikan kepada beberapa gred dimana paling terkenal daalah dari Jenis Kayu Jati Burma yang dianggap antara yang terbaik di dunia kerana tempoh matangnya yang lama dan kandungan minyak aslinya yang tinggi. Asasnya dimana pokok Jati adalah sejenis pokok tropika yang sangat terkenal di dunia kerana menghasilkan kayu berkualiti tinggi, tahan lasak, dan tidak mudah rosak dimana dalam habitat semulajadinya pokok jati ini boleh tumbuh tinggi sehingga 60 meter tinggi dan terkenal dengan daunnya yang lebar. Apabila matang ia banyak ciri khas kualiti kayunya yang sangat kuat, kalis air dan mempunyai minyak semula jadi yang melindunginya daripada serangga seperti anai-anai dan kulat. Kayu jati menjadi pilihan utama untuk perabot mewah, pembinaan kapal, lantai, dan hiasan dalaman. Apa pun teras kayu jati yang berwarna kuning emas hingga coklat kemerahan sementara warna dibahagian luar (gubal) berwarna putih kelabu. Ia mempunyai jenis serat yang padat dan serat yang berat dengan iranya yang lurus dan padat dimana ini menjadikannya sangat kuat serta tidak mudah retak atau melengkung. Minyak semula jadi pada kayu melindungi paku atau skru daripada berkarat jika bersentuhan dengannya. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas berkaitan keistimewaan kayu jati dan fakta menarik untuk bahan rujukkan semua pembaca.
Jenis Kayu Jati Gred B adalah ia diambil dari lapisan tengah pokok tu iaitu ia adalah antara inti (heartwood) dan bahagian terluar (sapwood). Kualitinya berada di bawah Grade A akan tetapi ia masih cukup baik untuk tujuan berbagai jenis penggunaannya. Mengetahui akan ciri-ciri Kayu Jati Gred B dengan mempunyi warna iaitu satu kombinasi coklat muda dan coklat tua dan ia kurang seragam dibandingkan kayu jati dari Gred A iaitu ia mempunyai jenis serat yag cukup padat akan tetapi lebih bergelombang dan sedikit tidak berperaturan. Menyentuh dengan kandungan minyak dimana ia amasih mengandung minyak pelindung walau pun ia lebih sedikit dibandingkan Gred A. Terdapat mata kayu kecil (diameter maksimal 10 mm) dalam jumlah minimal dengan tahap kepadatan yang sederhana dan ketahanan yang baik namun tidak sekuat Gred A. Harganya ia lebih terjangkau dibandingkan Gred A yang menjadikannya pilihan lebih popular untuk bahan perabut yang berkualiti kelas menengah. Sebenarnya ia masih tetap tahan terhadap ancaman nai-anai dan kulat serta sesuai untuk dijadikan bahan decoration iaitu dalam ruang indoor. Gred B ini ia menawarkan keseimbangan antara estetika dan kos dimana ciri kekurangannya adalah ia kurang sesuai bagi dijadikan bahan exsterior sebab ada ancaman cuaca ekstrim. Selalu ia bervariasi warna dan seratnya ia boleh memengaruhi status keseragaman penampilan. Apa pun cara penggunaan jenis kayu jati Gred B sering digunakan untuk perabot seperti almari, papan tangga dan lantai parker dengan anggaran lebih terbatas.
Dilaporkan ada Jenis Kayu Jati Gred C yang mana ia berasal dari bahagian terluar pokok jati yang dikenal sebagai Kayu sapwood atau Kayu gubal. Ini adalah gred dengan kualiti yang terendah di antara ketiganya akan tetapi masih mempunyai nilai untuk keperluan khusus. Ciri-ciri Kayu Jati Gred C dimana ia berwarna putih kekuningan hingga coklat pucat dengan ciri dan variasi warna yang signifikan. mempunyai tekstur serat yang kasar, tidak teratur dan sering dilihat ia bergelombang. Ia dilaporkan mempunyai kandungan minyak yang memang ia sangat minima atau tidak ada minyak semulajadi di dalamnya sehingga lebih mudah untuk di serang dengan anai-anai dan juga kulat atau cendawan. Mempunyai jenis mata kayu yang banyak yang bersaiz besar dan kadang-kadang terdapat mata kayu mati yang memerlukan perbaikan. Mempunyai tahap kekerasan kayu yang rendah dimana ini akan membuatnya kurang kukuh untuk di jadikan perabot berbandng dengan kayu Jati Gred A dan Gred B. Apa pun kelebihan kayu jati gred C ini ka harganya paling murah dimana ia sangat sesuai untu dijadikan perabut yang dijual dengan anggaran harga lebih murah. Apa pun warna terang memberikan estetika berbeza yang menarik untuk desain tertentu sesuai dengan harganya. Ciri kekurangannya bag kayu gred C adalah ia mudah rosak akibat serangan serangga dan cuaca dan ia memang todak sesuai unuk di letakkan di luar rumah. Apa pun perabut jenis ini memerlukan aktiviti penjagaan dan rawatan tambahan seperti rawatan semburan racun anai-anai dan racun kawal cendawan. Dilaporkan dimana jenis kayu jati Gred biasanya digunakan untuk bahagian perabut yang tidak terlihat tetamu lain seperti struktur dalaman, papan plint atau digunakan untuk projek yang menjimatkan kos seperti reban ayam, pagar dan sebagainya.
Menarik berkongsi maklumat mengenai beberapa ciri kelebihan Kayu Jati yang menjadikannya sebagai jenis kayu pilihan terbaik bagi kebanyakan pengguna. Ketahanan Kayu dan kelestarian se;ain darpada mempunyai aroma dan tekstur yang baik bersama dengan nilai jual tinggi adalah beberapa ciri kehebatan dan kelebihannya. Faktur mengapa kayu jati layak menjadi pilihan utama bagi para pembeli yang pertama adalah Ciri Kualiti dan Ketahanannya dimana kayu jati memiliki serat yang kuat dan keras sehingga mempunyai daya tahan yang baik terhadap cuaca dan serangan serangga perosak seperti anai-anai. Kayu jati memiliki kualiti dimana ia adalah tahan lama dengan tahap tinggi. Perkara ini ia dilihat dari ketahanan terhadap ancaman dari serangga seperti anai-aanai dan cendawan walau pun di letakkan di halaman rumah (Sia lihat foto disebelah). Kayu jati juga memiliki tekstur yang halus dan menarik sehingga sangat sesuai untuk ia digunakan untuk berbagai aplikasi dekoratif dan fungsional. Kayu jati banyak digunakan sebagai bahan bangunan sebab ia memiliki sifat yang tahan lama dan mudah dijaga unruk menjaga kelestarian yang menjadikannya ia berbeza dengan kualiti kayu jenis lain yang ada di pasaran. Kayu Jati merupakan tanaman tropika yang mudah di tanam dan di jaga dengan baik di beberapa negara di Asia Ternggara terutama ia meluas di tanam di Indonesia yang mana ia sangat jarang terkena ancaman serangan penyakit dan perosak. Selain itu apa yang penulis blog beberapa kali melawat ladang kayu jati dinegara Indonesia mendapati dimana proses penanaman dan proses penjagaan agronomi serta cara menyau mudah sebab ssudah tersedia teknologi yang semakin baik membuat kayu jati lebih lestari dan menjaga kelestarian hutan. Kelebihan kayu jati yang ketiga dimana ia mempunyai ciri Aroma Khas dan Tekstur Halus yang hebat. Aroma khas membuat bahan kayu ini menjadi pilihan yang tepat untuk dipakai sebagai bahan asas pelbagai perabot dimana aroma yang kuat dan memiliki tekstur yang unik dan halus telah membuatnya menjadi bahan asas industri perkayuan popular dalam pembuatan furniture dan produk-produk kayu lainnya. Kehebatan keempat dimana ia mempunyai Nilai Jual Tinggi atas banyak ciri khasnya seperti kualiti, ketahanan, keindahan, kelestarian serta pelbagai ciri positif lain. Ciri ini membuat kayu jati menjadi pilihan terbaik bagi para pemilik rumah atau ahli perniagaan dalam menaikkan martabat status mereka dengan vara iaitu mempercantik properti mereka. Apa pun dengan nilai jual yang tinggi maka pemilik properti dapat memperolehi keuntungan jika ingin menjual properti tersebut kemudian.
Kalangan ahli perniagaan teentunya mencari keuntungan Kayu Jati dibanding kayu lain sebab kayu jati mempunyai ciri kelebihan dan keuntungan yang membuatnya menjadi pilihan terbaik. Keuntungan ini antara lain terdapat pada kualiti dan ketahanannya, kelestarian, aroma dan tekstur serta nilai jual tinggi. Faktur keuntungan dibandingkan antara membeli kayi jati dengan jenis kayu lain adalah bahwa kayu jati memiliki kekuatan dan daya tahan yang lebih baik serta ia ada tahap kekerasan yang tinggi sehingga membuatnya lebih sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Sifat ini juga membuatkan kayu jati lebih tahan terhadap ancaman kerosakan dan lebih tahan lama dengan dijamin kualiti dijamin. Kualitinya berpunca dari kayu jati yang tahan terhadap kerosakan dan memiliki daya tahan yang lebih baik dibanding kayu lain. Kayu jati juga memiliki tekstur yang halus dan kukuh yang lebih baik untuk berbagai penggunaan seperti furniture, pembinaan bangunan dan lainnya. Ketahannya menyebabkan ia lebih jarang perlu diperbaiki atau diganti dibandingkan dengan jenis kayu lain. Cara menjaganya dilihat lebih mudah dan murah dan ini menguntungkan dalam kos jangka panjang yang lebih rendah dibandingkan dengan menggunakan kayu lain. Menilai akan kelebihan kayu jati Lebih sesuai di jadikan perabut sesuai di bincangkan. Kayu jati memiliki tekstur yang halus dan serat yang rapat sehinggakan ia esuai untuk diolah menjadi banyak jenis perabut kayu jati dengan cara penampilan yang elegan dan tahan lama. Kayu jati juga memiliki kelebihan tahan air dan tia lebih tahan lama. Artikel ini dituis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mana mat sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.