Support My Blog

Saturday, June 27, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit.  Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Bagaimana pun akan lebih seronok jika kita mempunyai maklumat berkaitan fakta  dan  manfaat bunga telang dimana penulis blog anim agro technology percaya masih ramai yang tidak tahu. Khasiat pertama didakwa bunga telang ini mampu dalam mengatasi masalah sembelit. Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum. Dalam pada itu ada petua dimana bunga telang mampu untuk menguruskan badan. Paling mudah mencapai tujuan ini dengan minum selalu teh herba bunga telang (Sila lihat foto disebelah). Ia juga didakwa boleh membantu anda melalui proses 'detox' untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox dengan menyediakannya sendiri dari bunga yang dipetik dari kawasan rumah sendiri atau membelinya (jika ada). Bunga telang juga didakwa mampu dalam meningkatkan kewanitaan seseorang. Ini kerana bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita dan dilaporkan mengambil nama latin dari genus ‘Clitoria’ atau pun dari perkataan ‘clitoris’. Didakwa dimana bunga ini mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tumbuhan ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran pada kes menstruasi (haid) dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual. Terdapat juga kepercayaan dulu-dulu yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan dari kes keguguran sebaiknya batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan yang sedang mengandung. Sama ada berkesan atau tidak didakwa petua ini tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu untuk membetulkan kitaran haid sila ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.


Penulis blog pernah mendapat petua daripada rakan dari Terengganu yang juga seorang penternak kelulut aktif bagaimana dia mengamalkan mengambil madu kelulut dan teh bunga telang untuk kesihatan. Beliau akan bercerita minuman kegemarannya kepada sesiapa yang datang melawat kawasan penternakan kelulut dikawasan yang dikelilingi dengan pokok akasia. Dakwa beliau teh ini boleh disediakan dengan mudah dengan menggunakan bahan asas iaitu Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa dan jangan lupa akan 1/2 biji limau nipis. Katanya cara membuat teh bunga telang ii dengan memasukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian perlu masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 - 7 minit dimana setelah airnya bertukar warna biru pekat maka di tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali perlu di masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan. Dia dakwa bunga telang boleh mengecutkan jerawat dengan cara mengambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Ia perlu dibiarkan selama 30 minit kemudian bersihkan. Apa yang seronok bila dinyatakan bunga telang mampu untuk melebat dan menghitamkan rambut. Dakwanya lagi kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan mampu untuk menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya adalah dengan meramas bunga telang didalam segayung air dan kemudian lakukan mencuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.


Dalam beberapa kejutan dinyatakan beliau dimana tumbuhan ini mampu untuk menghilangkan sakit kepala. Bunga telang juga dikatakan mampu merawat dan mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil beberapa keping bunga telang kemudian di masukkan dalam kain sehingga membentuk bantal dan ianya boleh digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur. Dalam testimoni lain didakwa ari rebusan bunga telang mampu mencuci darah kotor. Ini dilakukan dengan cara mengamalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor. Selain itu khasiatnya adalah bagi merawat cirit-birit dengan mengamalkan minum air rebusan bunga telang setiap hari selama seminggu. Kepada mereka yang bermasaalah dengan selera dilaporkan khasiat bunga ini termasuk untuk membuka selera makan. Kepada semua pembaca blog anim agro technology yang tiada selera makan boleh mengamalkan memakan daun telang bersama nasi didakwa ia akan membuka selera makan anda. Hebatnya dimana tumbuhan ini mampu merawat ulser mulut dengan cara merendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Bagaimana pun jika pembaca blog ini tidak sembuh juga akan masaalah ulser mulut disyorkn mendapat rawatan dari doktor kerana berkemungkinan ada komplikasi lain. Apa pun hasil beberapa kajian dan berdasarkan testimoni dimana bunga telang kaya dengan antioksidan (antosianin) dan bersifat antiradang adalah ia berkhasiat untuk mengawal gula dalam darah, meningkatkan fungsi memori, mengurangkan stres, serta menyihatkan kulit dan rambut.  Antara kajian tentang bunga telang yang telah dibuktikan adalah untuk tujuan kesihatan atau kecantikan dimana antaranya ia akan mampu bantu Meningkatkan Fungsi Otak seperti dapat meningkatkan memori dan melindungi sistem saraf. Ia dikaitkan juga didalam Mengawal Gula Darah dengan cara menstabilkan paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Bunga telang yang kaya dengan antioksidan membantu dalam Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Ia di laporkan adkan bantu bagi Menyihatkan Kulit dan juga rambut sebab ada sifat antioksidan dan antiradang membantu merawat masalah keguguran rambut dan menyamarkan kedutan. Ia didakwa akan mrangsang aspek Ketenangan sebab ia bersifat adaptogenik yang membantu tubuh melawan tekanan serta mengurangkan simptom kerisauan (anxiety). I ajuga akan Melegakan Keradangan iaitu degnan cara membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, dan menurunkan demam secara tradisional. Paling pasti dimana bunga telang mampu Melancarkan Penghadaman dimana ia bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu merawat masalah cirit-birit. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...