
Dilaporkan dimana Syarikat Del Monte telah membuat kajian oleh saintis mereka dan sampel nanas pink ini telah diperiksa oleh FDA USA. Didakwa dimana syarikat ini telah mengubah DNA dengan cara moden iitu Teknik Kejuruteraaan Genetik (engineered genetically) untuk dihasilkan kadar enzim rendah mengubah pigment lycomene kuning kepada pigment merah jambu. Selain daripada telah ditanam di Jamaica dan Hawai, syarikat Del Monte merancang menanam nanas ini di Costa Rica secara komersil kelak. Nanas ini akan diberikan label khas dinamakan sebagai ''Nanas Pink Lebih Manis'' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ''Extra sweet pink pineapple''. Nanas ini iwalau pun melalui proses perubahan GMO tetapi didakwa ia adalah selamat dimakan bagaimana pun untuk tujuan jualan ia perlu dilabel sebagai GMO. Manusia telah menjalankan pembiak baka tumbuhan sejak beribu-ribu tahun dahulu secara konvensional (selective breeding) dan cara moden. Kini pembiakbakaan melalui 'Kejuruteraan Genetik' memang perlu dilakukan untuk memdapatkan bahan tanaman yang mampu memberikan hasil tinggi, tahan serangan perosak dan kurang penyakit, lasak dari masaalah iklim dan cuaca. Kekurangan tanah pertanian dan pertambahan penduduk menyebabkan bahan tanaman dari GMO ini merupakan alternatif terbaik mengatasi masaalah krisis makanan. Apa pun nanas pink (dikenali secara komersial sebagai Pinkglow atau nanas rosé) merupakan varieti nanas yang unik dengan isi berwarna merah jambu. Ia mempunyai isi berwarna merah jambu atau merah jambu pucat, manakala kulit luarnya kelihatan seakan-akan nanas biasa yang berwarna hijau kekuningan apabila masak. Dilaporkan ia memberikan rasa yang lebih manis, berjus dan kurang berasid berbanding nanas kuning biasa. Teksturnya juga lembut dan memiliki aroma seperti gula-gula. Ciri unik lain dimana nanas ini ia tidak ada lagi Jambul atau 'crown' diatasnya dan apabila dijual sebab bahagian jambul atau daun di atas buah biasanya dipotong untuk mengelakkan penanaman semula tanpa kebenaran oleh pemilik hakcipta iaitu Del Monte melalui pembiakan aseksual (vegetative) sebab jambul nnas boleh ditanam sebagai benih nanas, Hasil Kejuruteraan Bio (GMO): Dihasilkan melalui proses saintifik di mana tahap enzim diubah untuk mengelakkan pigmen merah jambu (likopena) bertukar menjadi pigmen kuning (beta-karotena) seperti yang berlaku secara semula jadi. Jenis nanas pink dilaporkan ia kaya Antioksidan dimana warna merah jambu itu terhasil daripada likopenam iaitu ia sejenis antioksidan yang turut terdapat pada buah tomato dan tembikai. Dilaporkan hanya di tanam secara eksklusif di Costa Rica dan dipatenkan oleh syarikat Del Monte.
Dalam beberapa carian di laporkan dimana buah nanas pink (dikenali sebagai Pinkglow Del Monte) dijual memang mahak di pasaraya (jika ada) iaitu ia berharga sekitar RM80 - RM150 ke atas (USD16 - USD30+) sebiji. Harga ini pun ia bergantung kepada tempat jualan kerana ia adalah buah eksklusif yang biasanya diimport. Di zon Asia pula di laporkan ia pernah dijual sehingga RM200 ke RM1,000 sebiji iaitu dijual mengikut pasaran dan caj penghantaran yang jauh dari Costa Rica (naik kapalterbang). Penulis blog memang belum pernah dapat peluang ujirasa nanas pink lagi sehingga artikel ini di tulis. Nanas pink ini sangat istimewa kerana ia mempunyai isi berwarna merah jambu (Sila lihat foto disebelah) dimana ia dihasilkan secara saintifik melalui bioteknologi (GMO) dengan kaedah iaitu mengurangkan enzim yang menukarkan warna pigmen. Apa pun dakwaan rasa lebih manis dan ia kurang berasid serta ia didakwa memag kurang rasa 'tajam' berbanding nanas biasa dan mempunyai aroma seakan gula-gula. Nanas pink (atau Pinkglow) adalah varieti nanas yang diubah suai secara genetik yang berwarna merah jambu di dalam, kurang berasid, dan mempunyai rasa lebih manis seperti gula-gula. Dari beberapa sumber di laporkan cara menanam nanas ini adalah gunakan benih dari bahan Jambul (mahkota) buah dimana jambunya akan di putar atau potong jambul dan akan dibuang sedikit daun di bahagian bawah sebabai sumber benih. Ia kemudian akan dibiarkan bahagian bawah jambul agar menjadi agak kering selama 2-3 hari di tempat teduh untuk mengelakkan insiden dan masaalah ancaman reput. Ia kemudian perlu diproses sebelum menyemai dengan cara merendam bahagian bawah jambul di dalam air selama 1-2 minggu sehingga akar tumbuh dan boleh juga ia terus tanam ke dalam tanah. Penyediaan tanah ia disediakan dengan cara menggunakan campuran tanah peroi berserta pasir dan kompos yang mempunyai saliran air yang baik (air tidak bertakung). Jangkamasa menuai nanas pink ini adalah selepas 1.5 - 3 tahun lamanya untuk berbuah. Nanas pink ia boleh dituai secara manual apabila kulitnya mula bertukar warna dari hijau ke kuning-kuningan di bahagian bawah dan mengeluarkan aroma manis. Perlu di kutahui jika jenis nanas pink komersial (seperti Pinkglow) adalah hak cipta terpelihara oleh pihak tertentu dan tidak boleh dengan mudah tanpa kebenaran pihak lain menanamnya. Adpa pun perlu tahu jika ada membeli nanas pink dimana bahagian jambulnya (crown) ia biasanya telah dipotong sebelum dijual bagi mengelakkan ia ditanam atau dibiakkan oleh pihak lain.
Penting di kongsikan akan kehebatan dan khasiat Nanas pink (sering dikenali sebagai Pinkglow atau Rosé Pineapple) iaitu varieti buah nanas yang diubah suai secara genetik untuk menghasilkan isi berwarna merah jambu. Warnanya yang unik terhasil daripada sebatian likopena, iaitu antioksidan yang sama ditemui dalam tomato dan tembikai. Khasiat yang asas di katakan ia memang Tinggi Antioksidan dan amat kaya dengan likopena dan Vitamin C yang membantu melawan radikal bebas dan boleh bertindak sebagai agen pencegah kanser. Khasiat kedua dimana nanas pink ini ia akan dapat Meningkatkan Imunisasi dan juga Kesihatan Kulit dimana zat Vitamin C yang tinggi menyokong sistem imun dan menggalakkan kulit yang sihat. Ia juga akan membanti Kesihatan Jantung sebab ia mengandungi kalium (potassium) dan serat yang membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Sama dengan nanas biasa dimana ia akan bantu dalam Melancarkan Penghadaman sebab ia memang dilaporkan mengandungi enzim bromelain yang membantu memecahkan protein, mengurangkan keradangan, dan menyokong kesihatan usus. Walau bagaimanapun dilaporkan ada beberapa isu dan ancaman utama berkaitan dengannya termasuk Masaalah dan Isu Undang-undang dan Hak Cipta sebab varieti nanas inni ia dipatenkan dimana sebarang usaha untuk menanam, menjual atau mengedarkan benihnya tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta dan boleh disaman oleh syarikat pengeluar. Ancaman lain adalah Potensi Ancaman Penyakit (Pink Disease) apabila dalam bidang pertanian, nanas berdepan dengan ancaman sebenar yang dipanggil Pink Disease (Penyakit Merah Jambu) berpiunca dari bakteria yang menyerang isi buah dimana kesannya ia akan menjadikannya berwarna perang (setelah diproses) dan menyebabkan kerugian besar kepada peladang. Apa pun ada kes Kekeliruan dengan Telur Siput Gondang Emas yang telur siput gondang emas (atau apple snail) yang berwarna merah jambu terang. Telur siput ini adalah perosak tanaman yang sangat agresif dan mengandungi toksin berbahaya kepada ekosistem perairan di kawasan padi. Bila agaknya dapat ujirasa nanas pink ini belum tahu jawapannya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!,
CUMA DI TANAM.. DI COSTA RICA SANA...
HARGA MAHAL... SEBAB SEDIKIT ADA...
BACA ARTIKEL...DAPAT JUMPA FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1447H).




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.