mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, January 18, 2020

TRAK ANGKUT WAGIMAN - HEBAT

GERABAK AIR HITAM (GAH) atau pun TRAK JENTERA TANAH GAMBUT penting untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit dan nanas di negara kita dalam meringankan kerja dikebun. Terdapat beberapa anak muda dan usahawan tempatan yang berjaya mencipta trak yang sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja pertanian didalam kebun kelapa sawit terutama di Johor. Merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan, penulis blog telah mendapat tahu biarpun hanya menerima pendidikan setakat darjah 6 sahaja namun Wagiman Dulahabedi berumur 61 tahun berjaya membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk dia mencetuskan inovasinya sendiri di dalam bidang teknologi. Sebagai buktinya beliau telah berjaya mereka cipta trak serbaguna yang mampu membantu masyarakat di kampungnya untuk memudahkan mereka melakukan hasil-hasil pertanian di lading mereka. Beliau yang dilahirkan di Muar Johor baru pada tahun 1954 hanya pernah bekerja sebagai seorang pemandu lori dan kemudiannya mencari rezeki sebagai petani di ladang kelapa sawit pada usia 40 tahun. Biar pun bergelar sebagai petani namun sebenatnya Wak Wagiman dan masyarakat pekebun kampung beliau sering berhadapan dengan kekangan pengangkutan hasil kelapa sawit didalam kebun tanah gambut dalam. Lantas beliau gigih memikirkan alat atau kenderaan yang mampu memudahkan kerja-kerja mengangkut. Ciptaan pertama beliau adalah sebuah kereta sorong khas namun ia masih tidak mampu menampung hasil kelapa sawit yang diperolehi. Sebabnya, kereta sorong tersebut berkapasiti kecil dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk engendalikannya. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan bagaimana Wak Wagiman berjaya menghasilkan trak serbaguna untuk kebun dikawasan tanah gambut sebagai bahan rujukkan anda semua.

Kemudian beliau terus gigih berfikir dan mencetuskan idea menggunakan motosikal pula untuk mengangkut tandan sawit. Akan tetapi penggunaan motosikal masih belum dapat mengangkut buah kepala sawit dengan lebih efisien. Kemudian pada tahun 1994, Wak Wagiman mula menghasilkan trak sebaguna yang dapat memudahkan perkerjaan beliau di ladang. Dengan berbekalkan sebuah kotak gear enjin VESPA terpakai. Beliau memperincikan idea beliau dengan pergi ke kedai besi terpakai dan barang potong. Hasil dari padansuai daripada barangan terpakai dan buangan, maka terhasilah sebuah trak serbaguna yang mampu pelbagai barangan terutamanya hasil kelapa sawit dari ladang beliau. Trak serbaguna tersebut dikenali sebagai Gerabak Ayer Hitam (GAH)Walaupun dia menggunakan kekuatan enjin motosikal Vespa, Gerabak Ayer Hitam ciptaan Wagiman mampu mengangkut hasil ladang seperti kelapa sawit, nenas, getah dan lain-lain tanaman yang berat. Selain itu, setiap komponen yang dipasang untuk membuat trak ini mudah dipasang serta dibuka. Ini membolehkan trak tersebut mudah dijaga, dibaiki tanpa penjagaan teliti. Bermula dengan kegunaan sendiri kini trak serbaguna Wak Wagiman akhirnya berjaya mendapat sambutan ramai. Sejak itu, beliau telah membina lebih banyak trak demi berkongsi kesenangan bekerja di ladang dengan jiran tetangganya.

Sebagai seorang inovator atau pencipta kemudian beliau telah menggunakan apa saja barangan terpakai yang ada. Sama ada kerusi plastik lama, rim tayar lori lama, enjin skuter, kotak gear terpakai dan motor sprocket; beliau akan berusaha mencari jalan bijak untuk menginovasikan barangan tersebut menjadi mesin-mesin berguna yang dapat membantu aktiviti pertanian. Seterusnya dia  terus mengeluarkan modal demi menghasilkan traknya. Sebuah enjin skuter terpaksa dibeli di antara RM500 hingga RM600 manakala rim roda terpakai pula pada harga RM25 setiap satu. Bagi badan kenderaan pula beliau biasanya akan membeli secara langsung dari kilangnya. Sehingga kini dakwa Wak Wagiman dimana beliau telah menghasilkan lebih 100 buah trak serbaguna. Trak tersebut dijual pada harga RM7,000 hingga RM13,000 setiap satu bergantung kepada spesifikasinya. Sebagai contoh dimana trak berharga RM7,000 tersebut mampu menampung hasil tanam sehingga keluasan kebun sawit 12 hektar dengan cekap dan mudah.

Dalam pada itu pada tahun 2011dimana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menjejaki inovasi Wak Wagiman di kampungnya dan mengenalpasti rekaan yang dihasilkan serta khidmat beliau kepada masyarakat setempat dalam memudahkan aktiviti pertanian dapat dijalankan. YIM telah bekerjasama dengan pihak , telah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Industri Kecil Sederhana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CESMED) untuk memberi bantuan infrastruktur bagi menambah-baik bengkel Wak Wagiman serta kelengkapan yang lebih moden. Selama 21 tahun Wak Wagiman berkecimpung dalam industri trak ini, beliau amat berterima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) kerana memberi penghargaan kepada beliau yang tidak pernah beliau impikan. YIM turut memberi beliau pendedahan yang amat berharga menerusi penglibatan dalam acara World Innovation Forum- Kuala Lumpur (WIF-KL) sebagai salah seorang exhibitor dan juga delegasi. Penggunaan jententar trak, mesin dan sebagainya memang membantu petani dan pekebun kecil menjalankan kerja dikebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA WAGIMAN... TRAK DICIPTA...
DAERAH MUAR...GAMBUT TANAHNYA...
SANGAT PRAKTIKAL.. MURAH PULA...
SAWIT DIBAWA... PEKEBUN SUKANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Muadzam Satelit,
Bandar Muadzam, Rompin,
Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H).

Friday, January 17, 2020

INDUSTRI KELAPA - STATUS MALAYSIA

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bersuhu panas dan lembap. Buahnya tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun dimana kelapa adalah kaya dengan lemak berguna dan pelbagai unsur penting kepada manusia seperti antioksidan dan juga antibodi penting. Di Malaysia tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting diusahakan selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi dengan jumlah keluasan sebanyak 81,585 hektar pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Daripada jumlah tersebut seluas 76,612 hektar diusahakan oleh pekebun kecil dan 4,973 oleh estet swasta. Pada tahun tersebut sebanyak 538,685 metrik tn kelapa dihasilkan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM603.32 juta. Kekurangan buah kelapa di Malaysia ditampong dengan pengimportan bijii kelapa tua daripada Indonesia sekitar RM150 - 200 juta biji setahun. Kelapa hanya ditanam secara komersil dibeberapa kawasan tumpuan seperti di Johor, Selangor dan Perak. Ladang-ladang dan juga kebun utama terdapat di kawasan Bagan Datok dan Hutan Melintang, Perak. Industri kelapa masih memainkan peranan penting dalam perdagangan negara. Sebahagian besar daripada varieti yang ditanam adalah daripada jenis tradisional seperti varietii Malayan Tall (CN1) iaitu kadar sebanyak 92% walau pun kini bakinya adalah daripada jenis hibrid komersil seperti MATAG (5%), Pandan (2%) dan MAWA (1%). Kerajaan amat menggalakkan penanaman kelapa bagi memenuhi akan keperluan dan permintaan yang semakin meningkat dalam penggunaan masakan, kuih muih, minuman, aktiviti pelancongan dan lain-lain. Pada tahun 2018, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai lebih daripada RM75 juta manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai RM60 juta. Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering dan santan/serbuk santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Kepentingan kelapa juga semakin menyerlah dengan penemuan dan penghasilan produk-produk baru seperti Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai industri kelapa status di Malaysia yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sejarah pembangunan tanaman kelapa di Malaysia telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian semenjak berpuloh tahun dahulu dengan perlaksanaan Projek Rancangan Pembangunan Semula Kawasasn Kelapa (RPSKK) yang sangat aktif pada tahun 1960'an sehingga ditamatkan tahun 1980. Bagaimana pun tiada projek khusus penanaman kelapa pada tahun 1980 sehingga tahun 2010 kerana kelapa dianggap kurang ekonomik dan memberikan pulangan rendah dibawah paras kemiskinan masa itu. Kawasan tanaman kelapa telah bertukar kepada tanaman Kelapa Sawit kerana ia mendapat pasaran baik, mudah dijaga, harga pasaran dikawal, mudah dijaga, bantuan yang signifikan dan pendapatan lebih baik kepada pekebun kecil dan estet. Pokok kelapa yang ada masa kini ditanam dari kelapa Malayan Tall yang telah tua dan kurang produktif kerana kurang penjagaan. Dahulu dilaporkan dimana Jabatan Pertanian melaksanakan projek tanaman kelapa melalui Projek Kelompok Kelapa. Kaedah ini merupakan pendekatan pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan dengan bjektif utama projek ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran ladang dan seterusnya meningkatkan lagi akan pendapatan petani. Bagaimana pun selepas 2010 telah diujudkan smeua program penanaman kelapa bagi tujuan menyahut seruan kerajaan apabila pengeluaran kelapa negara tidak mencukupi. Kini telah banyak negeri-negeri memulakan penanaman kelapa terutama penanaman kelapa jenis hibrid seperti MATAG (CN13, CN14, CN15) yang mana benihnya dikawal oleh Jabatan Pertannian. Salah satu contoh projek tersebut ialah Projek Kelompok Kelapa Kampung Batu Puteh, Marang, Terengganu yang saya telah melawatnya (Sila lihat foto diatas sekali). Projek kelompok ini mula diusahakan sejak tahun 2005 yang mana tanah asalnya merupakan tanah terbiar dan dimajukan di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Marang. Kawasan ini mula bertanam pada tahun 2006 dengan keluasan 8.8 hektar meliputi varieti Pandan seluas 0.8 hektar dan varieti MATAG seluas 8.0 hektar. Bagaimana pun terkini tanaman kelapa dikampong ini dicampurkan dengan Kelapa Pandan dan juga Kelapa Renek lain. 

Kelapa Matag merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf CN4 - MRD atau Malayan Yellow Dwarf CN5 - MYD) dan Kelapa Tagnanan (CN7, CN8, CN9). Apabila cukup dewasa maka ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna samada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 - 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kopra. Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang ‘robust’ dan ‘vigorous’ di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ketiga dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun keempat. Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau ‘double hedge row pattern’ sekiranya pengutipan hasil dirancangkan secara 3 mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan adalah antara 178 hingga 180 pokok sehektar. Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61 hingga 139 biji sepokok) daripada MAWA (75 hingga 151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh dan ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 169 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA. Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada tahun pertama iaitu 12.1 kg hingga 36.4 kg berbanding dengan 16.4 kg hingga 33.0 kg kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ketujuh dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg berbanding 34.3 kg kopra daripada kelapa MAWA. Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik. 

Kelapa Pandan (Kelapa Wangi) merupakan kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai ‘Makprow Nam Horm’ dan di peringkat antarabangsa pula ia dikenali sebagai ‘aromatic dwarf’. Antara ciri keistimewaaan kultivar kelapa wangi terdiri daripada isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai enam meter dengan tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga (Sila lihat foto disebelah). Penanaman kelapa pandan boleh dijalankan secara iaitu kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur tiga hingga empat tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur tiga tahun pengeluarannya penulis blog dapati hanya 40% - 50% berbuah dan akan mencapai 100% apabila berumur empat tahun. Pokok kelapa Pandan mengeluarkan 12 - 18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10 - 15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Pada tahun ke 13 didakwa ia boleh mengeluarkan 130 - 175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000 -  49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml. Anak kelapa pokok Pandan boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan. Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6 - 6 ½ bulan selepas persenyawaan. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut. Tandan kelapa muda yan dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain. 


Tanaman kelapa adalah tanaman serbaguna (Tree of life) dimana banyak kehunaanya dan pelbagai produk dihasilkannya. Daripada bahagian isi, air, sabut daun dan batang kelapa digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk kelapa dalam bentuk makanan atau bukan makanan. Produk kelapa ini boleh dikategorikan sebagai produk kelapa segar dan produk kelapa yang diproses. Produk kelapa segar terdiri daripada isi, air dan santan kelapa yang digunakan untuk masakan atau sebagai makanan dan minuman segar. Buah kelapa muda boleh dibuat ‘Coconut Milk Shake’ dan juga diproses untuk menjadi produk-produk yang enak yang boleh dibawa balik atau dihadiahkan kepada kaum keluarga dan rakan. Manakala produk kelapa yang boleh diproses terdiri daripada isi kelapa yang boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Seterusnya minyak kelapa ini diproses untuk menghasilkan produk-produk komestik, farmasi dan produk-produk lain. Minyak kelapa juga digunakan untuk pengeluaran asid laurik. Isi kelapa boleh juga diproses untuk menghasilkan kopra, santan segar, santan proses, kerisek, dodol, kuih muih, nata de-coco, bahan kosmetik, sabun, ‘coco peat’, ‘coco fibre’, kraftani dan juga Minyak 5 Kelapa Dara (VCO) yang semakin meningkat permintaannya. Produk VCO yang dihasilkan telah menjadi daya penarik kepada pengunjung serta sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat koir dan serat kelapa. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan arang teraktif, bahan bakar dalam pembuatan ubat nyamuk dan bahan hiasan dalam industri kraftangan, batang kelapa diproses menjadi kayu yang bermutu untuk kegunaan industri pembinaan dan perabot. Nira diperolehi dari mayang kelapa dan boleh diminum atau diproses menjadi gula melaka, cuka atau todi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
AMAT PENTING....TANAMAN KELAPA...
KELAPA TINGGI... RENEK PUN ADA...
BUAH DAN POKOK...PELBAGAI GUNA...
TANAMAN POTENSI... KENA TANAMNYA...

By,
M Anem.
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1441H).
Punllished from
Bandar Satelit
Muadzam Shah, Pahang.

Thursday, January 16, 2020

FAKTA TENTANG PUDINA

DAUN PUDINA (Mentha pipenta) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan atau pun sebagai ulam. Tanaman ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di Malaysia dimana penulis blog dapati daripada Laporan Statistik Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 15 hektar kawasan bertanam dengan pudina. Jumlah anggaran penghasilan adalah sebanyak 90.000 kilogram yang bernilai sebanyak RM 370,500 pada tahun 2018. Hanya dua negeri di Malaysia yang ada mencatitkan ada keluasan aktiviti penanaman pudina secara rasmi iaitu di Pahang (Kebanyakannya di Cameroon Highland - seluas 10 hektar fizikal) dan juga di Pulau Pinang (seluas 3.5 hektar fizikal). Negeri-negeri lain tidak melaporkan akan penanaman pudina secara komersil untuk pasaran tempatan. Tanaman Pudina adalah tanaman dari kumpulan 'Mentha' atau 'Mints' yang mana ia akan menghasilkan aroma khusus seperti bau mints yang anda selalu rasa. Tanaman ini dipercayai natif daripada kawasan Asia Tengah atau Eropah dalam cuaca beriklim sederhana (Temperate) tetapi kini setelah melalui banyak proses pembiakbakaan dimana kini ianya boleh di jumpai di tanam di Asia, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Utara dan Eropah. Walau pun spesis asal pudina sekitar 65 genus sahaja mtetaapi kejayaan biakbaka maka spesis pudina  telah banyak jenis pudina termasuk varieti hibrid yang ada di pasaran. Sebanyak 10 varieti pudina hibrid yang banyak ditanam diantaranya adalah seperti Mentha pipenta (Papermint), Mentha garcilis (Gingermint), Mentha rotundifolia (False apple mints), Mentha smithara (Red rariphila Minta) dan Mentha villosa (Hairy mints). Artikel petang ini dalam 'Anim Agro Technology' saya berkarya mengenai daun pudian bertujuan untuk dikongsi bersama pembaca blog semua.

Tumbuhan pudina adalah jenis yang ada batang menjalar (Creeping) dimana ianya mempunyai batang jenis Stolon yang berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Daun pudina berbentuk ovat, berwarna hijau dengan susunan bertentangan sepasang dan berukuran 2 - 6 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Urat-urat daun kelihatan jelas dengan permukaan lai daun yang bergelombang atau kasar dimana sesetangan spesis ianya seakan berbulu. Ketinggian atau panjang tumbuhan ini sekitar 10 - 60 cm tinggi dan jarang-jarang mencecah panjang 100 cm. Apabila berbunga ianya mempunyai bunga berwarna keunguan dengan ukuran sekitar 3 - 4 mm panjang. Kaedah menanam pudina atau mints amat mudah dengan menggunakan bahan keratan stolon. Sebaiknya penanaman pudina adalah diatas batas atau didalam bekas (keliling rumah) untuk mudah dalam penjagaan tanaman. Bagi kawasan yang banyak hujan. adalah digalakan menyediakan pelindung hujan (black netting) bagi tujuan untuk mengurangkan kerosakan akibat hujan lebat walau pun ianya tahan dalam keadaan terbuka. Benih keratan sepanjang 12 - 20 cm dpotong dan ditanam diatas batas dengan jaraj 8 -15 cm mengikut kesesuaian batas (Lihat foto). Penanaman menggunakan biji benih juga boleh dijalankan dengan kaedah menabur benih diatas batas. Pudina adalah tanaman yang tidak disukai oleh serangga perosak dan penyakit kerana ianyanya bersifat "pest repellent". Bagaimana pun dilaporkan serangga seperti Thrips dan whitefly ad menyerang pudina. 

Kegunaan daun pudina dalam masakan merupakan satu daripada keistimewaan yang ada kerana aroma yang dihasilkan akan meningkatkan rasa keenakan makanan. Nasi Beriyani Gam diantara masakan yang pasti menggunakan daun pudina untuk menambahkan rasa kelazatan nasi tersebut. Begitu juga dengan nasi minyak, nasi hujan panas, nasi goreng, ayam goreng berempah dan banyak menu lagi yang menggunakan daun pudina. Masakan kari ikan, kari daging atau kurmak juga akan menggunakan daun pudina sebagai bahan penting. Ada daun pudina yang dimakan mentah sebagai ulam yang dicecah dengan sambal dimakan dengan nasi. Daun pudina yang digoreng dengan ayam, daging dan ikan juga akan menaikan selera makan. Terdapatramai yang gunakan daun pudina sebagai jus minuman untuk meningkatkan kesihatan. Dalam pada itu khasiat Daun Pudina memang telah dikaji semenjak dahulu lagi kerana kandungan bahan makanan didalamnya. Diantara spesis iaitu Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) adalah diantara yang dikenalpasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai uuntuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur. Khasiat Daun Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) pula didakwa ada digunakan untuk merawat masaalah cirit birit. Caranya dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus dari pudina ini akan membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik. Terdapat juga laporan dimana daun pudina jenis Mentha arvensis, iaitu sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya. Sementara itu jenis pudina dari jenis Crispa (Mentha x piperita) yang didakwa boleh menjauhkan atau mampu menghalau atau menghindar dari tikus didalam rumah atau dikawasan kebun dimana kita tidak mahu akan tikus tersebut yang merosakkan hartabenda. Saya rasa kita kena cuba dulu perkara diatas kalau hendak tahu kebenarannya.

Khasiat Daun Pudina didakwa boleh membantu Sistem Penghadaman kita apabila kita mengambilnya. Laporan dari pakar klinikal mendapati bahawa kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Sifat ini sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuhbadan kita yang tidak mudah diserang bakteria dan virus seperti Selsema, demam dan sebagainya. Ada laporan dan dakwaan bahawa pemakanan daun pudina secara betul mampu dalam meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Aktiviti berpeluh merupakan satu proses yang sangat baik dalam kesihatan. Peluh sebenarnya adalah satu proses yang mennyahkan segara toksin yang hendak dibuang oleh tubuh badan manusia. Berapa ramai diantara kita tidak pernah mengeluarkan peloh akibat bekerja didalam pejabat yang berhawa dingin dan 'passive' cara pergerakannya?. Makanlan pudina untuk membantu mengeluarkan peloh dari badan kita. Sebagimana yang anda mungkin telah tahu, Daun Pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Terdapat juga amalan dimana minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi. Itu sebabnya banyak mints dari gula-gula berperisa pudina diambil ketika kita sedng menghadapi masaalah diatas. 

Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint) akan diceritakan selepas ini. Rata-rata kita mengetahui yang daun pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bakteria dan anti septik. banyak pewangi, sabun, makanan, alatan perkakasan yang menggunakan aroma dari pudina untuk tujuan kesihatan. Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in heller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya. Dalam kaedah aromatherapy, ekstrak dari daun pudina diambil, kebiasaannya setitik minyak pati menyamai 30 titik minyak rebusan pudina itu sendiri. Nilai herbanya lebih tinggi, bermenthol, namun kesan bau dan kepekatannya tidak sesuai digunakan terus pada kulit. Kesan rengsang pada kulit akan jelas kelihatan, seperti kering, kasar dan masalah radang kulit. Amalan makan daun pudina organik sebagai ulam memberikan kesihatan dan kecantikan kepada penggunanya. Makanlah daun pudina untuk kesihatan anda!.
BERBAU HARUM.. ITU DAUN PUDINA... 
MUDAH DITANAM...DIRUMAH SAHAJA....
AMBIL BENIH.. DARI KERATAN SAJA...
SEDIKIT JAGA... BANYAK KALI TUAINYA...
 
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 8 Januari 2020.

Wednesday, January 15, 2020

KARAS - AMALAN AGRONOMI

POKOK KARAS atau GAHARU merupakan sejenis pokok yang tergolong di bawah genera Aquilaria dalam famili Thymelaeaceae. Terdapat sebanyak 25 spesies pokok Karas yang telah dilaporkan di seluruh dunia. Penulis blog yang meujuk kepada 'Buku Panduan Menanam Karas' oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mendapati terdapat beberapa spesies pokok ini didapati tumbuh di Malaysia, Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Filipina dan Thailand. Bagaimana pun sebelum artikel ini saya telah menulis mengenai pokok karas dan gaharu didalam blog sama melebihi 5 artikel yang boleh dibaca (Sila klik disini)(Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan beberapa siri lagi. Dari segi fisiologi apa yang pernah saya laporkan dimana  pokok ini boleh tumbuh sehingga 6m - 20m tinggi dengan mempunyai susunan daunnya berselang-seli dan ia juga mempunyai garis tepi yang penuh serta hujung daun yang pendek dan menirus. Jika diteliti dimana pada kebiasaannya saiz daun adalah 6cm - 8cm panjang dan 3cm - 3.5cm lebar. Bunga pokok Karas berwarna hijau kuning dan dihasilkan dalam kudupnya manakala buahnya adalah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5cm - 3cm. Pokok Karas hidup di hutan semula jadi dan mengeluarkan gaharu pada usia 20 - 45 tahun bergantung kepada ketahanan pokok dan tindakbalas terhadap kecederaan pokok. Pokok Karas merupakan salah satu spesies di bawah CITES, Appendix II iaitu spesies yang terancam. Di Malaysia dilporkan memang telah dikenalpasti iaitu terdapat 11 spesies pokok ini yang dilaporkan mampu mengeluarkan gaharu. Di Semenanjung Malaysia terdapat 5 spesies iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana, Aquilaria rostrata dan Aquilaria microcarpa yang didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga kepada  kawasan berketinggian 750m dari aras muka laut. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" marilah kenali beberapa spesis pokok karas dan juga bagaimana menyediakan anak benih semaian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penanaman pokok karas memerlukan penjagaan semenjak mula tanam sehingga aktiviti menuai. Kawalan rumpai perlu dilakukan kerana rumput yang tumbuh disekeliling pokok karas akan bei kesan dan menyebabkan pokok terjejas. Pokok karas yang ditanam akan dibersih dan digemburkan dari sebarang gangguan pokok-pokok lain dalam lingkungan 50cm dari pokok tersebut sebanyak dua (2) kali setahun sehingga umur pokok mencapai lima (5) tahun. Pemangkasan dibuat dengan membuang dahan-dahan yang tidak diperlukan. Kaedah pemangkasan seperti boleh dilakukan dengan semua dahan dan cabang kurang daripada 1.5cm diameter pada bahagian pangkal hendaklah dipangkas menggunakan secatuer, manakala semua cabang dan dahan yang melebihi 1.5cm hendaklah dipangkas menggunakan gergaji memangkas. Sebaiknya muka keratan hendaklah dibersihkan dan luka bekas keratan hendaklah disapu dengan ubat kimia untuk mencegah kulat. Kerja-kerja membaja adalah satu proses merangsang pertumbuhan anak pokok di peringkat awal. Pembajaan kali kedua dan seterusnya dilakukan dua (2) kali setahun sama ada dengan menggunakan baja buatan atau baja kompos. Pemeriksaan karas sepanjang masa diperlukan bagi mempastikan ia akan tumbu subur dan mampu memberikan pulangan baik.


Pokok Karas juga menghadapi masaalah serangan perosak dan penyakit. Serangan oleh makhluk perosak kebiasaannya menyerang daun, batang, dahan dan akar. Selain itu akan berlaku persaingan pokok musuh dan faktor-faktor persekitaran juga memberi kesan kepada pertumbuhan pokok Karas. Penyakit dan perosak serta persaingan dan faktor persekitaran boleh dikawal dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan bahan tanaman yang tahan kepada serangan penyakit atau perosak, menggunakan kawalan biologi atau menggunakan racun kimia dan sebagainya. Di samping itu, pemeriksaan dan pemantauan yang kerap dan sistematik perlu dilakukan untuk memastikan jangkitan penyakit, serangan serangga perosak serta persaingan dan faktor persekitaran boleh dikawal pada peringkat awal. Antara jenis perosak yang menyerang seperti Ulat Makan Daun (Heortia vitessoides) yang merupakan serangan utama kepada pokok Karas. Tahap kerosakan adalah disebabkan oleh serangan larva secara berkumpulan. Serangan yang serius akan menyebabkan keseluruhan pokok tidak berdaun dan seterusnya boleh mengganggu tumbesaran pokok tersebut. Racun serangga yang berkesan untuk mengawal serangga ini adalah racun yang mengandungi bahan aktif Cypermethrin (5.5 % w/w).


Serangan oleh Ulat Ratus (Spodoptera lituraboleh berlaku selepas satu tahun penanaman pokok Karas. Serangan kepada pokok Karas akan menjadi serius jika tiada langkah pengawalan diambil pada peringkat awal. Serangan kemudian merebak dari daun ke pucuk dan buah. Larva menyerang secara berkumpulan semasa kecil dan berasingan semasa membesar. Daun muda dan pucuk dimakan sehingga tinggal urat daun sahaja. Ulat ratus ini boleh dikurangkan dengan menggunakan racun jenama Kencis seperti mana di Gambar 17 yang mengandungi bahan aktif cypermethrin yang boleh disembur pada daunnya. Serangan oleh Teritip (Aulacaspis spp.) berlaku selepas empat (4) bulan ditanam, pokok Karas akan mudah diserang oleh serangga jenis scale insect dari spesies Aulacaspis spp. Spesies ini akan menyerang batang dan daun menyebabkan daun menjadi kuning dan batang menjadi kering seperti mana yang ditunjukkan di Gambar 18. Pokok boleh mati jika tindakan cepat tidak diambil. Tindakan pencegahan yang boleh diambil adalah dengan menyembur racun yang mengandungi white oil seperti racun jenama Albarol (25ml racun ditambah dengan 5,000ml air). Serangan oleh Kepinding atau Kesing (Dysdercus sp.) kepada pokok  karas boleh dikategorikan sebagai serius. Ia tidak akan menyebabkan kematian pokok tetapi menyebabkan daun pokok Karas menjadi kerinting seperti yang ditunjukkan di Gambar 20. Pada peringkat yang serius, serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan semburan (0.1% a.i) diazinon, sidazinon, endosulfan (0.1% a.i) dan karbaril (0.1% a.i).


Ulat Pengorek Batang (Rhytidodera simulans)  biasanya menyerang dengan menetas di dalam ranting yang agak lembut dan mengorek masuk ke dalam batang yang lebih besar. Ranting atau batang yang diserang akan mempunyai lubang dan menjadi serius apabila daun-daun dan ranting-ranting akan layu dan mati seperti yang ditunjukkan di Gambar 21. Bagi mengatasinya, ranting-ranting yang telah diserang perlu dicantas dan dimusnahkan. Kawalan dengan menggunakan bahan kimia sebagai rutin juga dapat digunakan iaitu dengan memasukkan racun Malathion ke dalam lubang dan ditutup dengan tanah liat atau plastisin. Serangan oleh Koya (Phaenococcus marlatti) menyebabkan  daun di mana daun akan menjadi kuning dan hampir layu disebabkan oleh air daripada daun yang diserap oleh spesies ini. Daun akan gugur dan sekiranya tidak dikawal dengan cepat pokok akan mati. Cara mengatasinya adalah dengan menggunakan racun penyembur seperti jenama Ancom Thiram 80. Dalam pada itu serangan Penyakit Akar Putih (Rigidoporus lignosus) akan menyebabkan pokok karas daun layu, berwarna kekuningan, gugur, akar reput dan akhirnya pokok akan mati. Biasanya pokok-pokok diserang dikawasan tanah pamah yang mempunyai sistem saliran yang tidak baik. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan racun jenama Hexaconazole, Xzole 50, Vantil, AGR hexagon boleh digunakan dengan menyiram racun pada pangkal pokok.


Masaalah lain perlu diperiksa seperti situasi persaingan dan faktor persekitaran seperti isu pH tanah yang rendah. Ini kerana tanah yang berasid antara pH 4.2 hingga 4.3 tidak sesuai untuk penanaman pokok Karas. Kerja pengapuran dengan menggunakan Ground Magnesium Limestone (GML) sebanyak 260g/pokok perlu dilakukan untuk mendapatkan pH 5.5 hingga 6.5. Kerja-kerja pengapuran dijalankan enam (6) bulan sekali bagi menambahkan unsur kalsium dan magnesium pada tanah sekiranya diperlukan. Kerja-kerja pembaikan saliran juga perlu dilakukan supaya air tidak bertakung dan tidak merendahkan pH tanah. Dalam pada itu sebaiknya dilakukan kawalan binatang ternakan dan hidupan liar kerana apabila kawasan penanaman yang berhampiran dengan ladang kelapa sawit akan menimbulkan masalah gangguan hidupan liar dan binatang ternakan. Oleh itu, pemasangan pagar atau pagar elektrik boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Semak dan rumpai dihadapi selepas enam (6) bulan pokok karas ditanam. Persaingan ini akan berlaku antara pokok Karas dan pokok musuh khususnya pokok Acacia mangium yang mempunyai pertumbuhan yang cepat. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan racun Garlon yang dicampur dengan minyak diesel menggunakan campuran 1 liter racun jenama Garlon bersama 5 liter minyak diesel (1:5) atau 1 liter racun jenama Garlon bersama 9 liter minyak diesel (1:9) dan disapu pada batang yang telah ditebas. Bagi rumpai, boleh diatasi dengan menggunakan racun-racun biasa seperti jenama Capayan. Akhirnya pada musim kemarau pokok perlu disiram gunakan tangki air bergerak juga boleh digunakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
MENANAM KARAS... MACAM MUDAHNYA...
SERANGAN PEROSAK... DIKAWALNYA...
ADA PENYAKIT ...KAWALAN DISEGERA..
MAMBACA ARTIKEL... FAHAM KAEDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
15 JamadilAwal 1441H.

Tuesday, January 14, 2020

PERIA KATAK - PENAWAR PENYAKIT

PERIA KATAK atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Peria Katak dahulu tidak diminati oleh masyarakat tempatan sehingga kini menjadi sayuran penting kerana kemampuannya untuk merawat pelbagai penyakit termasuk diabetik, darah tinggi dan sebagainya. Sejarah menunjukkan dimana didalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India telah lama menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula telah pun memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam. Berbalik kepda Malaysia, bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Sebenarnya dilaporkan dimana sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian. Bagaimana peria katak dapat membantu rawat diabetes. Dalam pada itu beberapa penyelidik mendapati peria katak memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Biasanya cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info menarik mengenai peria katak termasuk khasiatnya dan kegunaannya untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Dalam mengenali tanaman dan buah peria sebaiknya kita cuba membeli peria yang organik. Ada petua dimana bagi  tujuan  mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren. Cara ini memang telah biasa di lakukan oleh mereka yang berpengetahuan mengenai kelebihan dan khasiat peria katak, Didakwa dimana peria katak dapat membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga. Peria katak juga dapat melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa. Peria juga mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Buah peria memang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli. Dalam pada itu ada  sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser. Bagaimana pun terdapat beberapa keburukan peria katak antara nya adalah dimana semasa mengambilnya ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut. Peria katak juga memang sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu. Bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana juga dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.

Dalam pada itu ada dakwaan umum yang viral menyatakan dimana walau pun peria katak pahit akan tetapi peria ini dilaporkan boleh memanjangkan umur. Penulis blog dapati dimana peria di Malaysia terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi dikenali dengan nama ‘peria katak’ iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. memang mereka amalkan memakan kerana didapati peria adalah baik diamalkan untuk faedah khasiatnya. Pertama dimana eria mampu untuk mengawal Gula Dalam DarahPeria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif. Peria juga boleh menguatkan akan Imunisasi Badan. Dengan cara mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus. Sayuran ini kaya dengan vitamin C, Peria didakwa mamu mengurangkan Risiko AsmaPeria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Dalam kajian lanjut dilaporkan juga dimana peria mampu mengurangkan Tahap Kolesterol. Ini kerana peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok. Biasanya amalan mengambil peria adalah selamat bagi kebanyakan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. Ramai juga dahulu tidak menyangka walaupun pahit tetapi banyak khasiatnya. Peria katak kini sesuai juga di goreng rangup sebagai makanan ringan atau snek dan boleh dimakan begitu sahaja dan dinikmati oleh pelbagai usia.

Bagaimana petua untuk anda merawat penyakit Kencing Manis Dengan Peria Katak dan buah Apple Hijau akan dibincangkan dalam artikel ini. Kini saintis telah mengesahkan perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan. Malah boleh dikatakan kapsul dan jus peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis. Didakwa dimana mencegah lebih baik daripada mengubati atau dengan kata lain merawat lebih baik daripada membiarkannya terus merebak. Walaupun kita rasa yakin sihat, tapi apa salahnya sesekali mencuba jus begini untuk menjaga kesihatan. Jika tidak ada peria katak maka anda bolh gunakan peria biasa. Pilih kulit peria yang mana ia berwarna hijau disebebkan warna sedemikian dipercayai mempunyai rasa yang agak pahit berbanding peria yang berwarna hijau muda atau hijau keputih-putihan. Bagi menyediakan jus tersebut sebaiknya gunakan bahan2 iaitu  1/2 biji peria yang dibersihkan dan buang biji kemudian dipotong kecil-kecil, ambil 2 biji epal hijau yang dibuang biji dan potong kecil-kecil degan sebanyak 300ml air masak. Cara menyediakan jus ini dengen mencampurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar. Sebaiknya ia dikisar hingga halus, kemudian ditapis bahan kisar dan dituangkan jus ke dalam gelas. Apabila sudah sedia maka ia sesuai dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIA KATAK... PELBAGAI KHASIATNYA...
BERWARNA HIJAU...PAHITNYA RASA...
DIJADIKAN UBAT... MUDAH CARANYA...
BACA ARTIKEL.. SUDAH HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior agronomsit,
Precint 11, Putrajaya,
WP, MAlaysia.
(17 RabiulAkhir 1441H).

Monday, January 13, 2020

BAWANG BESAR - TANAM DAN KHASIATNYA

BAWANG BESAR (Onions) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga bawang dengan nama saintifiknya sebagai Alium cepa. Penanaman bawang besar secara komersil banyak dilakukan dibeberapa negara utama seperti China (Pengeluaran sebanyak 10.5 juta mt), India (13.4 juta mt), USA (3.3 juta mt), Mesir (2.2 juta mt), Iran (1.9 juta mt) serta beberapa negara lain dengan jumlah pengeluaran tahunan sebanyak 74.25 juta metrik tan setahun. Dalam amalan teknologi penanaman, sayur ini adalah antara jenis tanaman yang paling mudah ditanam dan diselenggara. Anda boleh tanam dari bebawang (bulb) atau dari biji. Jika ditanam dari biji, masa yang diambil untuk matang agak lama tetapi kos perbelanjaan benih adalah lebih murah. Bawang besar tidak memerlukan penjagaan yang rapi terutama jika ditanam sendiri dalam bekas kotak tanaman kecil disekeliling rumah. Bagaimana pun tanaman bawang besar perlu merumput selalu untuk mempastikan rumpai tidak mencuri baja dari tanah kerana ia sensitif terhadap tanaman bawang. Keadaan tanah untuk bawang besar juga tidak perlu terlalu basah dan ada saliran baik kerana bawang mudah busuk jika terendam. Aktiviti menyiram tidak perlu dilakukan dengan kerap seperti tanaman sayuran sawi dan cili. Tanah yang subur dan kaya dengan kompos sangat sesuai untuk tanaman bawang besar. Penanaman bawang besar di Malaysia tidak dilakukan kerana ia merupakan satu tanaman yang agak sukar di tanam di negara kita yan lembab dan bekalan bawang besar adalah kesemuanya diimport. Percubaan penanaman bawang kecil bagaiana pun pernah dicuba dibeberapa negeri ketika harha bawang kecil sangat mahal akan tetapi ia kurang berjaya.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bawang besar dan khasiatnya untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Pada penulis blog bawang besar juga merupakan satu keperluan yang penting sebagai makanan di Malaysia. Walau pun ada dikalangan kita yang tidak suka makan bawang besr keran bau akan tetapi ia merupakan satu keperluan didalam memakan sate (Sila lihat foto disebelah). Ada pula yang dakwa kalau makan bawang besar memang banyak khasiatnya. Bawang besar adalah salah satu bahan umbisi kering yang digunakan dalam masakan untuk menyedapkan hidangan ada juga yang menggunakannya untuk hiasan. Dalam beberapa rujukkan mendapati bawang merah mempunyai khasiat seperti mampu mengekalkan kesihatan jantung.  Ia didakwa dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik. Bawang merah juga mampu menggawal gula dalam darah. Kandungan bahan mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan. Dilaporkan juga bawang besar akan mencegah Asma dengan ia memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang sedang mengalami batuk teruk. Bawang Besar memang mampu dalam memudahkan proses penghadaman sebab ia juga mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit seperti contoh. Selain itu didakwa dimana bawang besar mampu didalam meningkatkan sistem imuniti dalam badan. Iini berkait dengan bawang besar mampu memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit. Penulis blod dapat tahu kepada semua pembaca untuk langkah permulaan, anda boleh mulakan dengan pengambilan bawang besar dalam makanan sedikit demi sedikit. Mungkin dalam salad mahupun hidangan.


Dalam pada itu penanaman Bawang Besar dengan biji dimulakan dengan menyemai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan. Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci). Anda boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat sama ada dalam kotak kayu  atau yang ditanam dikebun luas. Bagaimana pun teknik menanam dengan Bebawang (Bulbs) dengan kita mengupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas. Jika bawang tiada bertunas maka perlu dipotong sedikit bahagian atas. Kemudian perlu ditoreh sedikit di bahagian akar (bahagian bawah bebawang). Pada permukaan tanah kemudian dibuat jalur penanaman menggunakan Alat sesuai (rake) dan juga untuk gemburkan tanah. Lazimnya dengan ibu jari maka tolak bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di dalam tanah (Sila lihat foto sebelah) . Jika keadaan agak tanah keras maka sebaiknya kita korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan bahagian bawah bebawang. Pastikan bahagian akar berada di bahagian bawah. Dalam banyak keadaan jarak tanaman bawang besar dengan jarak 10 cm (4 inci). Menyiram dengan air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang terlalu basah akan menyebabkan bebawang menjadi rosak dan busuk.


Tanaman Bawang Besar seperti juga bawang merah perlukan penjagaan dimana aktiviti merumput dilakukan awal dimana kerja membuang rumpai secara manual menentukan tahap kesuburan bawang. Bawang akan kalah dengan kebanyakan rumput dan ia perlu dibasmi (Sila lihat foto sebelah)  Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu basah. Pembajaan bawang dilakukan beberapa peringkat iaitu peringkat vegetatif dan juga peringkat mengeluarkan bebawang. Baja NPK 15:15:15 boleh digunakan bersama baja organik dan baja NPK 12:12:17 digunakan apabila bebawang mula terbentuk. Unsur Nitrojen (N) yang tinggi adak membesarkan bebawang dalam tanah. Pembajaan sebaiknya dilakukan kerap setiap 2 minggu. Hentikan pembajaan apabila bebawang membesar dan ia akan menolak tanah keluar (Bulbing process started). Jangan cuba menimbus bebawang yang keluar dari permukaan tanah. Bawang besar yang bebawangnya telah keluar dipermukaan tanah tidak perlu disiram jika sungkupan telah digunakan dipermukaan atas tanah seperti jerami padi dan rumput kering. Jika cuaca kering bagaimana pun bawang besar perlu disiram sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bagi mendapatkan rasa bawang besar yang manis memang perlukan air.


Kawalan perosak dan juga penyakit bawang besar dilakukan apabila berlaku serangan pada tanaman. Serangan oleh hama Thrips merupakan sering berlaku dimana kita ambil beberapa helai daun dan ketuk diatas kertas dimana thrips akan jatuh diatasnya. Jika kadar populasi signifikan maka jalankan semburan dengan racun serangga bersabun (insectidal soap) dengan kekerapan setiap 3 hari. Bagaimana pun kadar semburan mengikut arahan pada label racun tersebut. Tanaman bawang besar juga diserang Ulat Bebawang (Onion maggots) yang sering tinggal dalam baja organik yang diberikan dikebun (Sila lihat foto sebelah). Ulat ini akan bertelur pada perdu tanaman bawang terutama pada musim hujan. Cara kawalan adalah dengan memasang jaring halus dipermukaan atas tanaman bawang yang baru ditanam dan serangan ini jarang berlaku pada musim panas. Tanaman bawang merah akan menuai apabila cukup umurnya. Langkah awal dengan memotong daun bawang selepas dua minggu. Daun bawang memang enak dibuat salad atau dimasak misalnya dibuat cucur bawang. Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan. Bebawang sedah sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga. Keadaan tanah peroi membantu menuai bawang dari kecederaan semasa menuai. Biarkan bebawang kering selama seminggu diladang sebelum diambil untuk dimasukkan kedalam guni berjaring. Sebaiknya apabila bawang besar telah cukup kering baru dimasukan dalam setor penyimpanan dan dipasarkan kemudiannya. Semuga artikel ini memberi info bergun aepada pembaca anim agro technology kali ini.  Wasallam !.
 BAWANG BESAR... TANAM DIMANA...
PENGELUAR HEBAT..NEGARA CHINA...
BANYAK KHASIAT...MAKAN CARA MANA...
PILIH YANG SEGAR...DIMAKAN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 6 Januari 2020).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...