Support My Blog

Saturday, December 12, 2020

TANAMAN BAWANG MERAH - DIKAJI SEMULA

TANAMAN BAWANG MERAH (Allium cepa) atau Shallot kini telah dikaji semula bagaimana teknologi menanamnya di Malaysia. Bawang Merah merupakan komoditi yang amat penting didalam penyediaan makanan di Malaysia kerana ia memberikan kelazatan kepada makanan yang disediakan. Ia juga diambil bersama dengan ramuan seperti bawang merah, Bawang putih (Garlic), Bawang Besar (Onion) dimana kebanyakannya adalah diimport dari India, China, Pakistan dan sebagainya. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedia mengkaji semula polisi dan dasar sedia ada untuk merancakkan pertumbuhan industri agromakanan khususnya produk yang diimport seperti dinyatakan oleh menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Diantara tumpuan yang akan diberikan termasuk penanaman beberapa jenis sayur yang masih dimport seperti bawang dan halia dengan lebih rancak dalam RMK12. Dakwa beliau kerajaan mahu melihat penanaman sayur tersebut dapat ditingkatkan bagi mengurangkan kebergantungan produk import yang akhirnya akan menekan harga kepada pengguna. Ada beberapa jenis penumpuan dibuat oleh kementerian terutamanya untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) dari segi pengeluaran beras dan juga meningkatkan SSL dari segi pengeluaran daging dan tenusu tempatan. Maka beberapa jenis sayur-sayuran yang masih diimport dari luar terutama bawang, halia dan beberapa lagi akan menjadi tumpuan oleh kementerian dalam memastikan pihak industri membut pelaburan untuk memulakan tanaman yang diimport ini secara besar-besaran. Kerajaan akan sentiasa mengkaji dasar jika memerlukan perubahan dasar dan jika perlu perubahan undang-undang kita akan buat. Cara ini untuk pastikan kita mempunyai kapasiti dengan penglibatan pihak swasta, dan pihak industri supaya kita dapat kurangkan kebergantungan kita terhadap barang penting makanan import. Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian National Conference on Precision Biotechnology In Agriculture (NCPBA) 2020 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur. Artikel petang Jumaat ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas beberapa fakta mengenai potensi penanaman bawang merah di Malaysia sebagai satu komoditi yang perlu dimajukan. Negara jiran Indonesia merupakan diantara yang sangat berjaya didalam usaha penanaman dan pengeluaran bawang merah dimana mereka mempunyai keadaan iklim yang hampir sama dengan Malaysia. 

Percubaan memajukan penanaman bawang merah di Malaysia telah lama dicuba akan tetapi sehingga saya sudah bersara pun masih belum dapat ianya dilaksanakan dengan komersil. Kenyataan oleh MAFI mengenai usaha jangka panjang bagi berdepan dengan isu kenaikan harga bawang import yang menekan pengguna terbaru menarik minat ramai petani dan pengguna akan tetapi adakah ia satu realiti atau hanya untuk publisiti sahaja. DInyatakan menteri dimana peruntukan dalam Belanjawan 2021 tidak cukup untuk menampung penglibatan industri bagi merancakkan penanaman makanan import. Kini sebaiknya pihak industri harus melibatkan diri untuk melabur dalam industri agromakanan. Jika dilihat industri agromakanan ini keseluruhannya merupakan satu industri yang berkembang walaupun dalam keadaan negara berhadapan dengan isu Covid-19. Industri pertanian masih mampu bergerak dan menyumbang pada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Peranan MARDI selaku agensi yang spatutnya menjalankan kajian mengenai penanaman bawang masih kurang berhasil. Ada ramai saintis di MARDI yang sepatutnya sudah berjaya menghasilkan baka-baka baru bawang merah yang sesuai ditanam di Malaysia dan amalan agronomi yang sesuai untuk dikomersilkan. Hanya ada beberapa kenyataan media mengenai kajian serius mengenai penyelidikan bagi tanaman bawang didalam akhbar tempatan sahaja (Sila lihat foto paling bawah). Negara masih terus mengimport semua jenis bawang akibat kegagalan pihak penyelidik tempatan dalam menghasilkan teknologi penanaan bawang.

Diluar sana para peniaga barangan runcit di sekitar semakin resah berikutan harga bawang India yang dijual naik mendadak sehingga tiga kali ganda berbanding dengan harga biasa dimana ini sekali gus membebankan peniaga dan pengguna. Dalam laporan dan tinjauan akhbar Berita Harian (BH) di kedai runcit dan pasar di sekitar Kota Bharu, Alor Setar dan Melaka mendapati dimana kebanyakan kedai sudah kehabisan bekalan bawang India dan jika ada pun ia dijual sehingga tiga kali ganda. Temubual dengan seorang peniaga, Siti Mahayon Mokhtar dilaporkan dimana jika sebelum ini harga bagi seguni bawang merah seberat tujuh kilogram (kg) bawang India dijual RM18 seguni  di kedainya akan tetapi disebabkan kekurangan bekalan maka bekalan ia kini dijual sehingga RM48 seguni. Beliau dakwa telah mula menyedari kenaikan harga bawang India selepas mengetahui kebanyakan kawasan pengeluar bawang di India dilanda banjir sekali gus menyebabkan bekalan bawang dari negara itu terjejas.  Kini bekalan yang ada sekarang diambil daripada pembekal tempatan walau pun kuantiti terhad kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia tidak habis dijual atau rosak. Jika sebelum ini dia mampu mengambil bekalan dengan pembekal tempatan sehingga 15 kg untuk temppoh jangkamasa menampung permintaan pengguna tetapi kini bekalannya amat terhad sehingga 8 kg sahaja yang diperolehi untuk jualan dikedainya. Bawang India sememangnya bahan sentiasa menjadi pilihan pengguna terutama pengusaha kedai makan kerana ia melazatkan masakan. Walaupun bawang India dijual mahal sehingga tiga kali ia tetap menjadi pilihan pengguna dan masih dibeli pelanggannya. Dakwa seorang lagi warga pengusaha kedai makan En Muhammad dakwa bawang menjadi bahan utama masakan dan kenaikan itu membuatkan kedainya turut kesan. Kenaikan harga bahan mentah mendadak kini telah meningkat kos pembelian sedangkandia masih lagi mengekalkan harga makanan. Beliau juga berharap pihak berkaitan dapat campur tangan dan memandang serius perkara ini kerana ia membebankan pengguna terutamanya pengusaha restoran atau kedai makan yang sememangnya sudah terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam lapporan lain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan bekalan bawang di negara ini mencukupi meskipun kerajaan India mengeluarkan larangan eksport bahan itu. Menurut kenyataan kementerian tersebut sebanyak 121 syarikat pengimport mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara lain seperti Pakistan, Thailand, Belanda dan China bagi menampung keperluan semasa rakyat Malaysia. Secara keseluruhan jumlah pengimportan bawang ke negara ini sejak Januari lalu hingga Ogos 2020 dimana ia adalah sebanyak 340,202,285 kilogram (kg) atau bersamaan 42,525,285 kg sebulan secara purata. Kini terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia dan dua jenis daripadanya adalah dari India iaitu bawang kecil merah dan bawang besar import. Bagaimana pun kerajaan India telah mengeluarkan arahan larangan eksport semua jenis bawang kecuali jenis 'Bangalore Rose' dan 'Krishnapuram' bertujuan untuk menampung keperluan domestik negara itu ekoran banjir pada Julai 2020. Enam jenis lagi bawang yang diimport adalah Bawang Merah Import, Bawang Kecil Merah Import dan Bawang Kecil Merah Rose Import dari China); Bawang Kecil Merah Import (Myanmar); Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Belanda). Terdapat sebanyak 24 buah negara mengeksport bawang ke Malaysia dan lima negara daripadanya adalah pengeksport terbesar iaitu India dengan 38 peratus, Pakistan (23 peratus); China (16 Peratus); Belanda (8 peratus) dan Thailand (8 peratus). Penulis blog baru tahu dimana berdasarkan statistik semasa dilaporkan rakyat Malaysia secara purata menggunakan 17 kg bawang setahun bersamaan 1.4 kg sebulan dan ini menjadikan purata keperluan untuk rakyat Malaysia ialah sebanyak 35,971,671 kg sebulan (Wow... ini fakta yang menakjubkan!). Apa pun dilaporkan dimana di sepanjang tahun 2020 ini pihak KPDNHEP tidak menerima sebarang aduan berkaitan isu bekalan bawang namun pemantauan secara berkala dijalankan bagi memastikan tahap keberadaan bekalan bawang di pasaran adalah mencukupi meliputi semua rantaian pengimportan. Usaha kerajaan untuk menanam bawang merah di Malaysia amat diperlukan kerana jika ia berjaya ianya akan memberikan pendapatan baik kepada petani dan menjamin kestabilan makanan negara. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BAWANG MERAH... BANYAK GUNA...
IA DIMMPORT... DARI INDAI DAN CHINA...
TIDAK DITANAM... DALAM MAALAYSIA...
KENA DI KAJI... SEHINGGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...