HOBI BERCUCUK TANAM atau BERKEBUN merupakan sejenis hobi yang menguntungkan semua terutama untuk menanam jenis tanaman makanan yang cepat berhasil. Apa pun penulis blog dapati untuk berkebun adalah hobi yang memerlukan komitmen setiap hari untuk dapat memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagaimana pun lazimnya kebanyakan tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu pengurusan memberikan air diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala ada yang mendapati ia sukar untuk memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Dalam pada itu pula kerja penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam sayur secara Sistem Tanaman Hidroponik (Hydroponic System). Hidroponik ialah cara penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. Tanaman hanya perlu untuk diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien di bawah. Konsep asas adalah dimana tanaman tidak perlu disiram dimana ini boleh dapat menjimatkan banyak masa dimana tanaman juga akan terus sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien. Apa pun memang cara penanaman secara hidroponik adalah mudah dan ianya adalah mungkin satu permulaan yang sesuai bagi mereka ingin mula berkebun. Pengalaman penulis blog yang telah melakukannya mendapati dimana hanya beberapa barangan yang diperlu disediakan seperti bekas tanaman juga mudah untuk dibuat sendiri contohnya daripada botol terpakai dan lain-lain. Bagaimana pun sebelum mencuba perlukan ilmu pengetahuan bagaimana menanam tanaman secara hidroponik terutama mengetahui penggunaan baja. Begitu juga medapatkan set hidroponik takung yang mempunyai semua barangan yang diperlukan untuk memulakan hobi penanaman secara hidroponik. Apa pun perlu diingat dimana sama ada cara penanaman secara biasa atau hidroponik, terdapat beberapa perkara asas yang tanaman perlukan iaitu air, cahaya, nutrien dan udara. Kesemua perkara ini adalah antara aspek utama di dalam penanaman. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai terdiri dari tanaman yang mana jangka masa tuainya pendek seperti sayuran dan herba. Pokok hiasan daun dan bunga yang bersaiz kecil juga boleh ditanam secara hidroponik. Walaupun pelbagai tanaman boleh ditanam secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan mengikut jenis tanaman contohnya bekas tanaman untuk sayuran buah seperti cili perlulah lebih besar berbanding sayuran daun seperti salad. Selain daripada itu cara kawal keperluan air dan nutrien juga berbeza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kepentingan media tanaman untuk hidroponik sebagai satu bahan rujukan semua.
Dalam teknik tanaman hidroponik media tanaman yang betul akan memudahkan pengurusan dan penghasilan. Ini kerana bagi cara penanaman secara biasa lazimnya tanaman akan ditanam di dalam media tanah. Tanah dapat membekalkan utamanya air dan nutrien kepada tanaman. Selain daripada itu biasanya media yang digunakan memberi sokongan kepada tanaman dan pengudaraan kepada akar tanaman. Perbezaan utama antara media tanah dan media hidroponik ialah media hidroponik tidak perlu mengandungi sebarang nutrien kerana setiap nutrien yang diperlukan oleh tanaman disediakan oleh larutan nutrien.Terdapat pelbagai jenis media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini juga merupakan ‘inert’ yang bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan mikroorganisma serta tidak terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya media organik). Fungsi utama media hidroponik adalah untuk memegang air dan nutrien, menyokong tanaman dan membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. Walaupun begitu, penanaman sesetengah tanaman secara hidroponik boleh juga dibuat tanpa menggunakan sebarang medium. Apa pun pemerhatian penulis blog kini bagi kebanyakan tanaman ramai yang suka gunakan kenis media cocopeat kerana ia sesuai digunakan dan ia juga mudah untuk didapati.
(3) Rockwool
Rockwool merupakan salah satu bahan media tanaman digunakan dalam teknik Hidroponik. Rockwool adalah media pertumbuhan peratanian yang terbuat dari batu Basalt dan Kapur. Kedua media ini kemudian dicampur dan dilelehkan dalam panas hingga 1,600 Celcius sehingga hasilnya rockwool yang terlihat seperti span ini tetapi ia berasal dari batu-batuan. Namun stelah ianya dipanaskan dan diproses maka bentuknya berubah tidak keras seperti batu lagi. Rockwoool tidak hanya digunakan dalam bidang pertanian akan tetapi ia juga untuk tujuan lain seperti mencegah haba panas yang berguna sebagai Bahan Penebat Haba. Apa pun cirinya rockwool dapat menahan air dengan baik dimana ia tidak hanya menyerap saja tapi juga mampu menahannya. Struktur Rockwool yang berongga membolehkan akar tanaman dalam mendapatkan oksigen. Strukturnya yang masih padat memungkinkan akar tumbuhan tumbuh dengan baik dalam hidroponik. Kelemahan rockwool dari strukturnya adalah dia mudah peroi dimana ada sebahagian partikelnya yang terurai atau terlepas. Perkara ini juga menyebabkan kesan radang atau kesan gatal bagi sesetengah orang. Mereka yang baru menggunakan rockwool mungkin akan merasa gatal pada tangan. Rockwool tidak boleh digantikan dengan span, kassa atau kapas sebab ia tidak dapat menyimpan air dengan banyak dan strukturnya tidak keras dimana ia tidak dapat sebagai memegang akar semaian. Cara menyimpan rockwool ditempat yang kering dan tertutup oleh plastik kerana jika rockwool lembab maka susah untuk dipotong. Selepas menuai sebaiknya rokwool dibuang dan tidak boleh diguna semula. Ini disebabkan rockwool ini sudah menyatu dengan akar. Saiz potongan rockwool boleh disesuaikan dengan jenis tanaman seperti untuk selada air, sawi dan sayur daun lainya ia sesuai dipotong dengan ukuran kotak 2-3 cm. Sedangkan untuk tanaman seperti melon boleh dipotong berukuran yang lebih besar hingga kotak 5cm saiz untuk digunakan.
4) Oasis Cubes
Oasis cubes adlah bahan media yang seakan sama dengan kiub rockwool, namun perbezaannya adalah bahan asas yang digunakan. LAzimnya didalam aktiviti menyemai bahan oasis kiub lebih sesuai digunakan kerana ia mampu menyimpan air dan berkembang serta mempunyai lubang untuk memasukkan benih. Bergantung kepada jenis dan kegunaan lazinya bahan medium ini dijual dengan harga sederhana dan mampu beli. Kelebihan oasis cubes adalah harga yang terjangkau dan dapat digunakan untuk fase perkecambahan dan pembibitan. Di Malaysia oasis kiub ada diperkenalkan dan digunakan dikalangan penduduk banda didalam mengusahakan program Pertanian Bandar terutama untuk menyemai dan ada yang terus menjadikannya sebagai medium penanaman.
5. Perlite
Perlite merupakan sejenis mineral yang terhasil daripada letusan gunung berapi pada suhu 1,600 darjah celcius yang akan mengembang sehingga 13kali ganda daripada saiz asal. Perlite ini sangat ringan dan mempunyai 'surface area' yang tinggi. Dalam pertanian bahan perlite ini merupakan medium terbaik bagi tanaman sistem hidroponik dan aquaponik disamping berfungsi sebagai penapis air yang baik. Ia juga dijadikan sebagai bahan tambahan bagi memastikan medium tanaman menjadi lebih poros dan ini bermakna tiada air berlebihan yang mungkin akan merosakkan akar tanaman. Perlite ini mampu dalam meningkatkan aliran udara dalam tanah supaya akar lebih aktif dimana ia adalah diantara medium terbaik bagi sistem pengakaran semaian keratan. Ia boleh juga diccampur dengan satu bahagian peatmoss dan juga tanah sebagai gabungan terbaik tanaman pot. Dalam pada itu perlite yang juga adalah kaca vulkanik yang relatif banyak mengandung air. Perlite umumnya terbentuk dari proses hidrasi batuan obsidian. Perlite juga merupakan media tanam bebas tanah yang mana ia memiliki tingkat retensi oksigen terbaik dari semua media tanaman namun sebaiknya dikombinasikan dengan sabut kelapa, tanah atau vermikulit.
6. Batu Kerikil
7. Habuk Kayu atau Serat kayu
Habut Kayu atau Serat kayu adalah produk yang terhasil daripada proses menyediakan pakan atau tiang daripada kayu balak yang berukuran kecil. Serat ini dikumpulkan dan dirawat dahulu sebeluk ianya sesuai untuk dijadikan media tanaman fertigasi atau hidroponik. Ini keran ada sesetengah kayu yang telah dirawat dengan bahan kimia (celcurised wood) yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan tanaman. Apa pun sebenarnya habuk kayu ini boleh menjadi media yang bagus serta efesien untuk media hidroponik. Beberapa penelitian mendapati imana serat kayu dapat mengurangkan kesan pengatur pertumbuhan iaitu menjadikan tanaman mungkin tumbuh menjadi lebih besar. Bagaimana pun bukan mudan sekarang untuk mendapatkan bekalan serat kayu dipasaran komersil berbanding dengan media lain seperti cocopeat.
Artikel ini ditulis didalam 2 segmen iaitu Part 1 dan Part untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEDIA TANAMAN...BANYAK JENISNYA...
COCOPEAT... ANTARA BANYAK DIGUNA....
BACA ARTIKEL... BARU TAHU BENDANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.