Support My Blog

Sunday, December 13, 2020

NANAS, LANGSAT DAN TEMBIKAI - KURANG DIMINATI?

LAPORAN INDIKATOR PERTANIAN TERPILIH 2020
yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dari ibupejabat Putrajaya semalam menunjukkan permintaan terhadap buah nanas, langsat dan tembikai didakwa semakin semakin merosot. Media tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan beberapa lagi melaporkan dimana k
etika permintaan durian melonjak setiap tahun akan tetapi dilaporkan keadaan sebaliknya berlaku ke atas beberapa buah tempatan yang menurun mendadak. Laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) apa yang penulis blog semak ada menunjukkan permintaan terhadap nanas, langsat dan tembikai semakin merosot. Rekod kepada kejatuhan besar membabitkan nanas (Ananas comosus) apabila pengeluaran jatuh pada tahun 2019 kepada 314,627 tan berbanding tahun sebelumnya 322,551 tan (2018) dan 340,722 tan pada 2017. Kes ini mempunyai senario sama dialami buah langsat (Lansium domesticum) apabila buah itu mencatatkan pengeluaran hanya 18,933 tan di sepanjang 2019 lalu daripada 19,633 tan pada 2018 dan 22,912 tan pada tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan juga melaporkan dimana pengeluaran tembikai juga turun banyak kepada 144,147 tan pada 2019 berbanding 150,261 tan (2018) dan 172,275 tan (2017). Bagaimana pun DOSM merekodkan permintaan buah cempedak turut menerima tempias apabila jumlah rekod pengeluarannya hanya 27,893 tan pada tahun lalu daripada 30,041 tan (2018) namun lebih tinggi berbanding 26,935 tan (2017). Buah-buahan lain yang mencatatkan peningkatan yang agak signifikan antaranya rambutan sebanyak 55,891 tan sepanjang tahun lepas daripada 52,991 tan (2018) dan 37,215 tan (2017). Turut menokok sedikit pengeluaran ialah nangka sebanyak 31,281 tan pada tahun lalu, naik berbanding hanya 31,175 tan (2018) dan 28,042 tan (2017). Manggis pula menunjukkan permintaan positif apabila mengeluarkan merekodkan 28,764 tan tahun lepas berbanding 26,170 tan (2018) dan cuma 12,623 tan (2017). Belimbing membaiki pertumbuhannya apabila daripada pernah mencatatkan 8,748 tan pada 2017 sebelum jatuh kepada 6,926 tan (2018) tetapi naik semula 8,054 tan (2019). Begitu juga jambu batu yang pernah mendapat permintaan tinggi pada 2017 sebanyak 84,288 tan sebelum merosot kepada 34,495 tan (2018) namun melonjak sedikit 35,962 tan (2019). Situasi sama direkodkan betik apabila pernah pengeluarannya cecah 83,797 tan pada 2017 tetapi jatuh kepada 52,917 tan (2018) dan kemudian naik kembali menjadi 53,681 tan (2019). Dilaporkan tidak ketinggalan mangga atau mempelam daripada 16,913 tan pada 2017 sebelum merosot sedikit kepada 15,329 tan (2018) tetapi tahun lalu meningkat semula sebanyak 16,509 tan.  Bagaimanapun, raja segala buah, durian terus unggul apabila DOSM catat pertumbuhan positif daripada hanya 210,874 tan (2017) dan 342,170 tan (2018) kepada 377,251 tan (2019). Ini diikuti pisang yang berada kedudukan kedua terlaris dengan rekod 325,447 tan sepanjang tahun lepas walaupun merosot sedikit daripada 331,255 tan (2018) dan 350,493 tan (2017).  Artikel dalam blog "Anim Agro Technology'' ini saya akan mengupas laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Rakyat makin tak minat makan nanas, langsat dan tembikai' sebagai bahan bacaan dan rujukan anda jua.

Pertama sekali adalah mengenai tajuk laporan dimedia tersebut yang 'agak mengelirukan' pembaca sama ada ia disengajakan dilakukan atau pun tidak disengajakan. Apabila dibaca laporan tersebut rupanya ia berkisar mengenai pengelluaran ke tiga-tiga jenis buah yang dimaksudkan iaitu buah nanas, langsat dan tembikai yang rupanya menurun jumlah pengeluarannya daripada tahun 2017 sehingga 2019. Sebagai contoh bagi pengeluaran buah nanas mengurang sebanyak 7.65% atau sebanyak 26,095 tan dalam masa 3 tahun berterusan seperti dilaporkan. Pengurangan buah nanas di keluarkan ini 'bukan' bermakna rakyat Malaysia sudah 'kurang minat' untuk mereka memakan buah nanas pada pendapat penulis blog. Ia boleh dilaporkan mungkin sebagai 'pengambilan buan nanas' dikalangan rakyat Malaysia berkurangan disebabkan oleh kurangnya bekalan nanas dipasaran. Dalam beberapa kes penelitian yang penulis blog buat sebelum ini dimana ianya juga melibatkan LPNM ada data yang menunjukkan tahap pengambian buah nanas oleh individu di Malaysia telah meningkat daripada sebanyak 7-8 biji seorang setahun pada 2010 kepada sebanyak 14 biji seorang setahun pada tahun 2018 (Sumber: Laporan Tahunan LPNM 2019). Ini berlaku kerana penerimaan nanas varieti premium seperti Nanas MD2, Nanas Maspine dan Nanas Yankee yang manis dan tidak lidas telah mampu mengubah persepsi lebih ramai penggguna. Mereka yang telah membeli nanas MD2 berani membayar harga tinggi untuk menikmati nanas berkualiti ini dan akan mencarinya untuk memakan segar atau dibuat jus minuman nanas.

Isu kekurangan jumlah pengeluaran buah nanas pada tahun 2018 dan 2019 pada penelitian penulis blog banyak berkait kepada beberapa hipotesis dan faktor. Trend penanaman nanas premium MD2 telah menjadi satu fenomena baru semenjak buah nanas ini dipromosikan sebaga tanaman Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB) oleh kerajaan iaitu semasa MAHA 2018. Ekoran dari promosi tersebut dan kempen yang dilakukan oleh LPNM dilaporkan lebih ramai petani dan estet swasta yang berminat untuk menanam nanas MD2 dimana ada program bantuan untuk oleh LPNM untuk dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2019. Akibatnya kawasan baru memerlukan banyak benih tanaman nanas MD2 sehinggakan kebanyakan tanaman nanas yang disahkan sebagai pokok induk tulin lebih ditumpukan untuk pengeluaran benih. Usahawan nanas akan mencantas dan membaja pokok nanas yang telah diambil buahnya untuk pengeluaran sulur nanas sehingga pokok berumur 20 bulan. Kesannya mereka tidak menanam semula dikebunnya untuk pengeluaran buah nanas. Tinjauan penulis blog di beberapa buah syarikat pembekal benih nanas MD2 di Johor dan sekitar Selangor mendapati memang hasrat mereka untuk menjual benih yang dilaporkan lebih menguntungkan daripada petani menanam semla untuk buah. Ada laporan tidak rasmi dimana keperluan benih nanas pada tahun 2018 dan 2019 sahaja mencecah hampir 20 juta sulur sedangkan bekalan sedia ada hanya sekitar 8 -12 juta sahaja dari ladang yang telah selesai ditentusahkan pokok induk oleh Jabatan Pertanian melalui SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman). 
Pembukaan beberapa ladang nanas bersaiz mega seperti di Rompin, Pahang (4,000 ekar), di Sarawak (2,000 ekar) dan di Sabah (1,200 ekar) serta usahawan sederhana dikebanyakan negeri memerlukan banyak benih nanas MD2 sehingga menjadikan ladang yang sepatutnya mengeluarkan buah tertumpu kepada penghasilan sulur benih nanas.

Trend penghasilan bagi buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, mangga, manggis, cempedak, langsat, dokong dan beberapa lagi memang tidak menentu bergantung kepada faktur cuaca, kesan binneal, penguran dusun dan juga pasaran. Perubahan cuaca banyak memberikan kesan terhadap pengeluaran bunga dan pembentukkan buah (fruit set) pada pokok buah-buahan. Terlebih hujan atau terlalu kering dan panas menjadikan jumlah buah boleh menurun atau kualiti buah yang menurun. Rekod yang penulis blog teliti menunjukkan dimana kesan cuaca La Nina dan El Nino memang berlaku dalam pengeluaran dan penghasilan buah. Ada kalanya berlaku banjir yang menyebabkan kematian pada pokok buah-buahan tertentu dan menjejaskan pengeluaran hasil. Cuaca kemarau dan panas juga menyebabkan berlaku gangguan kepada penghasilan buah-buahan tropika termasuk apa yang berlaku pada tahun 2017, 2018 dan juga tahun 2019 di Malaysia. Serangan penyakit dan perosak juga memberi kesan kepada kenaikan atau penurunan pengeluaran buah-buahan terpilih yang disenaraikan diatas. Sebagai contoh apabila berlaku serangan Papaya Dieback terhadap pokok betik menyebabkan Malaysia yang dominan dengan hasil pengeksportan betik telah jatuh merudum. Begitu juga dengan serangan Penyakit Moko Pisang yang disebabkan oleh patogen penyebab Ralstonia solanacerum telah menjadikan industri pisang negara merudum. Kesan serangan penyakit pangkal perdu (Heart rot) pada nanas MD2 disebabkan patogen Dikeya spp. semasa hujan lebat yang berlebihan dilaporkan telah menejaskan jumlah pengeluaran buah nanas. Pada penulis blog kenyataan dimana rakyat Malaysia semakin kurang minat makan buah nanas, langsat dan tembikai yang menjadi tajuk akhbar tersebut adalah 'kurang tepat' kerana sebenarnya hanya jumlah penge;uaran buah tersbut yang menurun kuantitinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tehnology kali ini. Wasallam!!!...
KURANG MINAT... MAKAN BUAHNYA...
LAPORAN AKHBAR...DITELITI CERITA....
HASIL MENURUN... BANYAK SEBABNYA....
ARTIKEL DITULIS... DIHARAP DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...