Support My Blog

Wednesday, December 9, 2020

DRON - TEKNOLOGI SEMAKIN POPULAR DI MALAYSIA

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON
di Malaysia dalam sektor pertanian kini semakin popular dan di minati ramai terutama dikalangan petani muda. Pada penulis blog juga mendapati dimana dengan cuba mengasingkan di antara kepakaran teknologi terkini dengan alam sekitar adalah tindakan yang cukup merugikan. Mungkin ramai yang tidak terfikir cara bagaimana struktur keras seakan besi ini boleh diasimilasikan dengan flora dan fauna sekeliling kita dengan bantuan teknologi ICT. Lebih ramai kalangan negara maju yang mana telah mendahului teknologi dron ini melalui beberapa aplikasi. Terkini didalam Revolusi Industri 4.0 atau lebih terkenal dengan istilah IR4.0 dalam dan luar negara mereka semakin maju. Peredaran revolusi dalam sejarah ketamadunan manusia telah mengajar kita banyak perkara yang dulu memang pelik dan dianggap mustahil bagaimana pun kini menjadi sebuah norma baharu untuk kehidupan yang lebih bermutu tinggi. Di Malaysia telah mula gerakan kalangan petani dan usahawantani yang mula megerakan penggunaan teknologi dron dalam bidang pertanian. Ia sebenarnya makin mendapat tempat di hati para petani di negara kita ini. Selaras dengan itu penulis blog juga dapati dimana hasrat pihak kerajaan sekarang adalah melahirkan para petani moden yang tidak lagi menggunakan cangkul, kerbau dan lain-lain amalan tradisional dan sebaliknya negara kita ingin melahirkan golongan petani moden yang lebih efektif. Antara perkara yang juga diperhatikan adalah aplikasi Internet Of Thing (IOT) dalam sektor pertanian yang mula diaplikasikan. Dalam pada itu petani moden yang dimaksudkan adalah perkaitan antara tenaga kerja petani dengan penggunaan teknologi terkini seperti dron, IOT, pemasaran dan juga kualiti. Ia juga berkait dengan memastikan kualiti dan kuantiti hasil tuaian akan berlipat kali ganda berbanding ketika menggunakan kaedah lama. Sebenarnya secara umum istilah petani moden adalah dengan cara menjadikan alat-alat teknologi seperti dron ini bukan sahaja terhad kepada petani malahan juga melibatkan nelayan, penternak dan usahawan tani. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai bagaimana teknologi dron di Malaysia telah mendapat sambutan dikalangan pengusaha pertanian dan pihak kerajaan sendiri seperti dilaporkan didalam media tempatan dan penelitian penulis blog sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dari segi aplikasi dilaporkan dimana penggunaan dron kini boleh untuk diaplikasikan 
untuk menyiram tanaman, menabur anak benih, menyebar racun serangga, mengukur kapasiti kawasan, menganalisis keadaan air di lautan, memantau keadaan cuaca di persisir pantai dan bermacam lagi kepelbagaian penggunaannya. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa memandang serius transformasi ini dan juga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga pernah menyatakan kerajaan sentiasa berusaha memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa serta meningkatkan produktiviti sektor pertanian dimana ini sekali gus meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara. MADA di Kedah diantara pelopor didalam penggunaan dron sejak beberapa tahun lalu untuk tujuan pengurusan di sawah padi (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini adalah selaras dengan senario dimana seluruh dunia juga berhadapan dengan krisis menghasilkan makanan yang cukup bagi menjamin kelangsungan hidup manusia yang berkualiti. Permintaan peringkat global ini dijangka tumbuh hampir 50 peratus dalam tempoh 40 tahun akan datang memang akan berlaku kekurangan bahan makanan yang berkualiti. Apa lagi jika digabung dengan iau perubahan iklim global yang mana semakin ekstrem serta isu jumlah penduduk global juga makin bertambah dari hari ke hari. Senario ini akan memberi impak besar kepada sektor pertanian kerana kekurangan tanah yang sesuai untuk sektor pertanian dan ancaman bencana alam. Apa pun memang teknologi dron didakwa memang mampu untuk memodenkan industri pertanian supaya memenuhi permintaan masa depan, dan menyelesaikan krisis makanan untuk kehidupan manusia. Dron membantu petani sebelum musim penanaman bermula menganalisis keadaan ladang. Teknologi ini berupaya memetakan keadaan ladang dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) dan memberi gambaran berimej mengenai kawasan bermasalah.

Bagaimana pun pengguna dan mereka yang mengoperasikan teknologi dron perlu dari kalangan mereka yang mahir dan berilmu. Ini kerana berdasarkan kepada h
asil daripada data yang diperoleh maka seseorang petani itu mampu untuk menggunakannya bagi menentukan pola amalan agronomi yang akan dilaksanakan di kebun atau ladang. Penggunaan dron juga didkwa mampu mengesan tanaman dijangkiti penyakit 10 hari lebih awal sebelum dapat dilihat dengan mata kasar menggunakan kamera inframerah. Kamera yang ada pada dron itu mampu membuatkan para petani melihat kehadiran atau ketiadaan kulat dan bakteria dalam tumbuhan lebih awal berbanding kaedah lama. Apa pun jika ada petani kita masih mengekalkan cara lama maka berkemungkinan ada petani akan mengalami pelbagai kerugian berganda kerana tidak mengetahui sebarang jangkitan pada tanaman di waktu akhir yang mana ini adalah berisiko tinggi berjangkit ke tanaman lain. Antara perkara penting mengenai penggunaan dron dalam sektor pertanian bukan sahaja dapat mengeluarkan hasil tanaman lebih baik malahan penulis blog setuju dengan aspek penjimatan masa dan tenaga para petani. Ini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden sebagai lebagai kaedah pertanian baru yang dilihat 'lebih moden' dan 'bergaya'. Dalam beberapa aktiviti memperkenalkan teknologi dron oleh pihak tertentu memang masih ramai 'terngaga' atau tidak percaya akan keupayaan teknologi dron ini tidak seperti pesawah di Jepun yang telah lama mengaplikasikannya. Dilaporkan dimana penggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian bukan sahaja sekadar mengikut ‘trend’ revolusi, sebaliknya ia lebih kepada kewujudan minat dalam kalangan orang muda, meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Kalau sebelum ini ramai golongan anak muda tidak gemar dalam menceburi bidang pertanian kerana kotor dan tidak kemas akan tetapi kini mungkin kombinasi teknologi dron dan pertanian akan mampu menarik minat petani muda.

Apa pun p
enggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian kini semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan petani moden. Teknologi ini penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi pertanian mapan untuk merealisasikan salah satu matlamat pembangunan negara iaitu meningkatkan status pendapatan petani, nelayan, penternak dan usahawan tani. Pihak kerajaan sentiasa berusaha memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa serta meningkatkan produktiviti sektor pertanian dimana ini sekali gus mampu untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara. Kini dengan permintaan global yang dijangka tumbuh hampir 50 peratus dalam tempoh 40 tahun akan datang maka persoalan sering timbul adalah bagaimana untuk menghasilkan makanan cukup bagi menjamin kelangsungan kehidupan manusia. Kini jumlah penduduk global kian bertambah akan tetapi apa yang masih merisaukan seperti perubahan iklim global semakin ekstrem akan memberi impak besar terhadap sektor pertanian kerana ia akan menjejaskan hasil pengeluaran pertanian negara. Teknologi dron dapat memodenkan industri pertanian supaya memenuhi permintaan masa depan. Dron sebenarnya telah digunakan secara meluas dalam banyak bidang seperti tentera, operasi mencari dan menyelamat, pemantauan lalu lintas serta pertanian. Dalam sektor pertanian lazimnya teknologi dron sesuai untuk digunakan sebagai kaedah Pertanian Tepat (Precision Farming). Didakwa memang teknologi drom akan meningkatkan hasil dan keuntungan tanaman dimana pada masa sama boleh mengurangkan jumlah input diperlukan untuk penanaman seperti tanah, air, baja dan herbisida atau racun herba. Dron boleh membantu petani memastikan teknik pertanian yang tepat digunakan dan membantu mereka membuat keputusan jitu mengenai tanaman mereka.

Apa pun s
eperti semua pembaca maklum dimana hasil pertanian bergantung kepada beberapa faktor yang tidak dapat dikawal petani. Antaranya akses air, perubahan iklim, angin, kualiti dan kelembapan tanah, kejadian rumpai dan serangga serta musim pertumbuhan tidak konsisten. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini maka petani perlu untuk digalakkan mengaplikasi teknologi dron dalam kaedah pertanian. Dron membantu petani sebelum musim penanaman bermula menganalisis keadaan ladang. Teknologi ini berupaya memetakan keadaan ladang dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) dan menunjukkan kawasan bermasalah. Hasil analisis dapat digunakan untuk menentukan pola maksimum seperti penanaman benih dan menyemur bahan kimia ditapak semaian (Sila lihat foto disebelah). Pihak petani bukan sahaja dapat menjimatkan masa malahab akan dapat meningkatkan hasil tanaman walau pun terdapat kos untuk dron. Kini ada beberapa usahawan muda yang memberikan perkhidmatan teknologi dron sebagai satu sektor perkhidmatan pertanian baru. Mereka mampu untuk menghasilkan imej kawasan tanaman dan menuediakan khidmat pengiraan tanaman dan pengesanan kemunculan tanaman baharu dapat dilakukan. Tugas ini yang dikenali sebagai analitik tanaman dapat mengenal pasti berapa banyak benih bercambah dan sebagainya dikawasan yang sukar dijangkau dengan matakasar. Maklumat ini sangat berguna untuk menentukan sama ada benih perlu disemai semula atau tidak. Kaedah penyemburan racun boleh dilakukan dron yang dapat mengurangkan risiko manusia dengan bahan kimia, racun perosak dan baja berbahaya. Dron juga dapat menentukan jumlah optimum bahan semburan diperlukan serta memastikan semburan dibuat secara rata pada tanaman.

Sebagai perkembangan lanjut di MADA, 
Kedah dimana proses menyembur racun menggunakan dron dan teknik Ultra Low Volume (ULV), iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman padi (Sila lihat foto disebelah). Ketika proses semburan dilakukan biasanya tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka pokok padi supaya bahan kimia sampai ke pangkal tumbuhan. Ini bukan sahaja dapat mengeluarkan hasil tanaman lebih baik, malah dapat menjimatkan masa petani. Ini juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda. Dron juga dapat mengesan tanaman dijangkiti penyakit 10 hari lebih awal sebelum dapat dilihat dengan mata kasar menggunakan kamera inframerah. Kewujudan kamera ini pada dron membolehkan petani melihat kehadiran atau ketiadaan kulat dan bakteria dalam tumbuhan. Teknologi ini juga petani boleh mengetahui sebarang jangkitan pada tanaman dengan lebih cepat dan segera menyelesaikannya, sebelum ia menjangkiti tanaman lain. Teknologi dron didakwa mampu memberikan satu lagi kaedah penyelesaian segera untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman. Kewujudannya membuktikan teknologi tidak perlu dikhuatiri untuk digunakan. 

Di KADA, Kelantan seperti sawah padi di Skim Pasir Puteh dimana p
enggunaan teknologi dron bagi melancarkan kerja semburan racun dan baja cecair di sawah padi dan ia kini semakin popular di Kelantan sekali gus menggalakkan golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian dan usahawan. Ini dilaporkan media dimana seorang perintis penggunaan dron dikenali dengan Noor Hanif Noordin berumur 33 tahun telah menggunakan khidmat dron yang diusahakan beliau bersama sebuah syarikat Ikhwan Afif Resources (IAR) berpangkalan di Lumut, Perak. Dakwa beliau idea penggunaan dron bagi melakukan kerja-kerja sawah tercetus selepas beliau gagal mencari orang untuk melakukan semburan racun dan baja di tanah sawah milik mentuanya di Endau, Johor. Dia mulakan khidmat dengan membeli dua unit dron bernilai RM70, 000 yang dipasang sendiri di bawah kendalian syarikat IAR. Kini teknologi dron semakin sohor kini dalam kalangan petani di sekitar daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat bagi melancarkan operasi menyembur racun dan baja di sawah padi. Beliau yang dibantu oleh empat pekerja berkemahiran menerbangkan dron dan mempunyai lesen Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta mampu meraih pendapatan sampingan sehingga RM7,000 sebulan. Tambah beliau dimana melalui penggunaan teknologi dron, semburan racun atau baja akan lebih menyeluruh dan cepat kerana bagi sawah keluasan 0.4 hektar iaitu sebanyak 15 liter baja cecair atau racun dapat dilaksanakan. Bagi keluasan sawah seluas 0.4 hektar biasanya kerja penyemburan hanya memerlukan anggaran tujuh minit berbanding cara konvensional iaitu antara sejam hingga dua jam. Kaedah penggunaan dron dapat mengoptimumkan rawatan tanaman dimana ini sekali gus meningkatkan kualiti pengeluaran padi dan kurangkan kos serta tenagakerja. Syarikatnya iaitu IAR Pantai Timur Enterprise kini mampu melakukan semburan sehingga lapan hektar sawah dengan upah RM30 bagi setiap 0.4 hektar sehari dimana kini permintaan telah meningkat sehingga 24 hektar sehari. Bagaimana pun diantara cabaran perlu diatasi adalah seperti  faktor cuaca yang memainkan peranan penting ketika menerbangkan dron yang beratnya boleh mencecah sehingga 56 kilogram dengan bebanan dimana dia perlu mengawal ketinggiannya agar semburan racun dapat benar-benar menghapuskan penyakit dan serangan ulat padi. Dron tidak dapat diterbangkan dalam cuaca hujan atau angin kuat. Jadi, prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai topeng muka dan sarung tangan perlu sentiasa dipatuhi, selain mengikuti garis panduan Jabatan Pertanian Negeri. Dia dakwa penggunaan teknologi dron dalam melakukan kerja-kerja sawah akan diperluaskan ke seluruh Kelantan dan Pahang, jika mendapat permintaan.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini, Wasallam!!!...
TEKNOLOGI DRON... SANGAT BERGUNA...
KOS TINGGI... FAEDAHNYA BERGANDA....
USAHAWAN MUDA....MEMANG SUKANYA....
HASIL MENINGKAT... BERKUALITI PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...