Support My Blog

Thursday, December 24, 2020

SAWIT - CUKAI MSM 8% JANUARI 2021

MALAYSIA
 menetapkan cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) pada lapan peratus bagi bulan Januari 2021. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan hari ini nyatakan dimana kadar duti eksport lapan peratus (8%) itu ditetapkan selepas harga pasaran MSM mencecah RM3,450 setan metrik dan ke atas. Laporan MPOB juga dirujuk dimana kadar ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari sehingga 31 Januari 2021 dan ini menandakan berakhirnya cukai eksport sifar yang dilaksanakan dari bulan Jun hingga Disember 2020 yang mana ia bertujuan untuk meningkatkan nilai eksport sawit Malaysia ke negara lain iaitu terutamanya India. Berita pengecualian duti eksport itu juga bertujuan untuk membantu menyokong industri komoditi sebagai sebahagian daripada keseluruhan usaha bagi merangsang ekonomi di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 seluruh dunia dan juga Malaysia. Dilaporkan pada penutup dagangan 24 Disember 2020 dimana kontrak niaga hadapan MSM bagi Januari, Februari, Mac dan April 2021 berlegar antara paras RM3,320 dan RM3,646 setan metrik manakala harga MSM fizikal bagi Januari Selatan susut RM20 kepada RM3,660 setan metrik. Dalam pada itu ramai penganalisis perladangan kelapa sawit khususnya mengunjurkan paras sokongan pada RM3,350 dan paras ketahanan pada RM3,520 setan metrik. Dalam akhbar Berita Harian oleh Bernama 3 hari sebelum iyu melaporkan dimana Indonesoa sebagai
 pengeluar minyak sawit terbesar dunia pula akan menaikkan tarif eksport minyak sawit mentah (MSM) untuk menyokong program wajib pemerintah serta bahan bakar-bio. Sehubungan itu, negara Indonesianakan mengenakan cukai eksport progresif dari US$55 hingga US$255 bagi setiap tan metrik MSM bergantung pada harga rujukan iaitu seperti laporan oleh Agensi Berita Vietnam (VNA). Timbalan Menteri Koordinasi Ekonomi Indonesia untuk Makanan dan Pertanian Musdhalifah Machmud laporkan dimana dasar tersebut akan disemak setiap bulan agar ianya bersesuaian dengan keadaan ekonomi. Agensi penarafan kredit Fitch Ratings pada Isnin mengatakan kenaikan cukai eksport akan meningkatkan penggunaan biodiesel tahun depan bagi mengimbangi beban subsidi. Menurut Persatuan Minyak Sawit Indonesia, eksport MSM tahunan akan menurun sebanyak 18 peratus tahun 2020 ini kepada 24.92 juta tan metrik dimana ia kebanyakannya adalah disebabkan oleh kemerosotan permintaan dari Kesatuan Eropah, China dan India. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai berita cukai minyak kelapa sawit mentah (MSM) ditetepkan sekitar 8% pada Januari 2021 untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Dalam pada itu Reuters melaporkan dengan artikel bertajuk ''
India kurangkan cukai import minyak sawit'' yang dipetik daripada Mumbai, India dimana Kerajaan India memotong cukai import ke atas minyak sawit mentah dan ditapis dari negara ASEAN selepas mendapat permintaan daripada pembekal, menurut notis kerajaan. Kes pengurangan itu akan membawa kepada lebih banyak import komoditi berkenaan oleh pembeli minyak boleh dimakan terbesar dunia dalam beberapa bulan ini ketika ia merapatkan perbezaan antara minyak sayur tropika dan pesaing seperti minyak soya dan minyak bunga matahari. Import lebih tinggi akan menyokong harga minyak sawit Malaysia yang mana akan meningkat 44 peratus pada 2019. Duti ke atas minyak sawit mentah diturunkan kepada 37.5 peratus daripada 40 peratus, manakala cukai ke atas pelbagai minyak ditapis dikurangkan kepada 45 peratus daripada 50 peratus seperti laporan menurut notis berkenaan. Cukai lebih rendah itu juga  dikenakan kepada hampir semua minyak sawit import kerana India adalah pengimport utama komoditi itu dari yang asalnya Indonesia dan Malaysia. Import minyak sawit ditapis dijangka bertambah dalam masa beberapa bulan lagi. Apabila jurang duti antara minyak mentah dan ditapis dikurangkan kepada 7.5 peratus daripada 10 peratus mengikut BV Mehta sebagai pengarah eksekutif Solvent Extractors’ Association (SEA) iaitu badan dagangan beribu pejabat di Mumbai. Struktur baharu duti membuka pintu bagi minyak kelapa sawit ditapis. Ia akan memberi keburukan kepada kilang penapis tempatan. SEA meminta kerajaan India mengekalkan perbezaan duti antara minyak mentah dan ditapis kepada 10 peratus. India memang bergantung kepada import bagi 70 peratus minyak boleh dimakan iaitu kadar meningkat 44 peratus. 

Semakan semula cukai oleh New Delhi kini menjadikan minyak sawit lebih kompetitif kepada minyak makan alternatif seperti minyak bunga matahari dan minyak kacang soya, yang mempunyai tebaran paling kecil dalam tempoh 10 tahun, akan meningkatkan eksport minyak kelapa sawit ke India dalam beberapa bulan akan datang lapor oleh Public Investment Bank. 
Berdasarkan perjanjian dua hala maka kini Kementerian Kewangan India mengurangkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) dan minyak sawit bertapis dari negara Asia Tenggara berkuat kuasa semalam. Duti ke atas MSM diturunkan kepada 37.5 peratus daripada 40 peratus manakala cukai ke atas minyak sawit ditapis diturunkan kepada 45 peratus daripada 50 peratus sebelum ini. Perbezaan kecil duti antara MSM dan minyak sawit yang bertapis kepada 7.5 peratus daripada 10 peratus dimana ini berkemungkinan menyaksikan pembeli India mengubah permintaan masing-masing daripada MSM kepada minyak sawit bertapis atau minyak sawt olein. Pada masa ini, import minyak bertapis di India menyumbang 18.5 peratus daripada penggunaan dan dijangka menyaksikan peningkatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, katanya dalam nota penyelidikannya hari ini. “Disokong oleh perbezaan duti antara MSM dan produk minyak sawit bertapis susulan pemulihan semula duti eksport di Malaysia, selain semakan semula cukai oleh India, syarikat penapisan minyak sawit Malaysia dijangka menikmati margin yang lebih baik berbanding rakannya. Kini penguasaan pasaran minyak sawit Malaysia di India juga dijangkakan melonjak dari paras semasa pada 49.8 peratus susulan tindakan itu. Langkah yang menggalakkan ini membantu menangani inventori minyak sawit Malaysia dan memberi sokongan kepada harga MSM yang kukuh sekarang,” kata bank itu, yang mengekalkan unjuran menaik ke atas sektor perladangan dengan andaian harga MSM sebanyak RM2,600 setan tahun ini. Sementara itu, Kenanga dalam nota penyelidikannya bagi sektor perladangan berjudul “The Worst Over, Better Days Ahead” menaikkan sektor itu kepada ‘berprestasi tinggi’ dengan harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM2,700 setan pada 2020. 

Ramai percaya tempoh terburuk untuk sektor itu sudah berakhir dengan dinamik penawaran-permintaan ke atas MSM berpihak kepada kenaikan harga disebabkan oleh bekalan yang kurang serta permintaan yang semakin meningkat, dengan penanam dijangka mencatatkan peningkatan pendapatan yang ketara hasil peningkatan harga MSM. 
Selain permintaan dari India selepas pengurangan cukai itu, impak cuaca kering ke atas pengeluaran MSM dengan jurang lazimnya antara enam bulan dan 12 bulan, sudah pun bermula. Berdasarkan data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kami mula melihat penurunan dua angka MSM pada November (-14.4 peratus bulan ke bulan), manakala menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA ), pengeluaran MSM dari 1 hingga 20 Dis 2019 merosot 16.4 peratus bulan ke bulan, lebih tinggi daripada jangkaan kami sebanyak lapan peratus bulan ke bulan. Di samping penggunaan baja yang lebih rendah dan kelembapan aktiviti penanaman baharu bagi mengurus kos ketika harga MSM tertekan pada 2018 hingga pertengahan 2019, Kenanga menjangkakan penurunan pengeluaran akan berterusan ke tahun 2020. Secara keseluruhannya, kami menjangkakan permintaan akan mengatasi bekalan pada suku pertama 2020, yang mengakibatkan penurunan stok, dan mengekalkan harga MSM. Ia berkata mandat biodiesel di Indonesia dan Malaysia juga akan menyokong komoditi itu. Ini dapat menyakinkan kami bahawa permintaan ke atas minyak sawit akan terus kukuh, dan ekoran pengeluarannya yang semakin perlahan, ia menjurus kepada situasi pertumbuhan permintaan mengatasi pertumbuhan bekalan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MINYAK SAWIT ...BERUBAH HARGA...
HARGA EKSPORT..SELURUH DUNIA....
TURUN NAIK... CUKAI TENTUKANNYA...
KOMODITI PENTING... DARI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...