mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 31, 2018

CILI PADI - PROJEK KOMUNITI

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Ianya merupakan salah satu tanaman yang sangat mudah ditanam. Nama lain bagi cili padi adalah seperti cili api, cili rawit (lombok rawit), cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng dan bermacam lagi. Cili padi sangat popular digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tradisional terutama di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, cili padi ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian, kini ditanam secara komersial. Terdapat permintaan yang tinggi untuk cili padi daripada pasaran isi rumah dan sektor perkilangan setiap hari. Pokok cili padi merupakan tumbuhan renek sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian 0.5 - 2.0 m. Batangnya separa berkayu, liat dengan cabang yang banyak, sederhana besar dan tersusun bersilang serta berdaun tunggal. Pokok cili padi mempunyai bunga berwarna putih dan kedudukan bunga terletak di celah cabang tunas. Buah cili padi berbentuk menirus dan tumbuh menegak ke atas. Panjang buah cili padi adalah 3 - 5 cm bergantung kepada varietinya. Buah cili biasanya akan matang di dalam masa 80 – 90 hari selepas dipindahkan ke ladang. Buah cili padi mempunyai biji serta berwarna hijau dan apabila matang warnanya akan bertukar menjadi merah. Bijinya kecil berbentuk leper berwarna kuning memenuhi rongga buah. Walau bagaimanapun, cili padi boleh digunakan pada peringkat tidak matang (berwarna hijau) dan bila matang (berwarna merah). Manakala untuk tujuan pemasaran, cili padi biasanya dijual berwarna hijau dan merah sahaja atau dengan mencampurkan buah hijau dan merah. Namun pada kebiasaannya, cili padi dibiakkan daripada semaian biji benih. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai potensi tanaman cili umumnya yang mesti ada pada kebanyakan rumah iaitu cili api bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Terdapat pelbagai jenis varieti cili padi yang sesuai ditanam di Malaysia. Kesemua jenis cili ini mempunyai ciri tersendiri. Antara varieti yang disyorkan untuk penanaman secara fertigasi adalah centil dan bara. Walau bagaimanapun, benih varieti hibrid F1 adalah digalakkan untuk tanaman fertigasi. Ini kerana benih hibrid F1 dapat memberikan prestasi pertumbuhan dan hasil yang menggalakkan dengan pengurusan dan penjagaan yang tepat. Satu pokok cili padi mampu mencapai purata hasil sebanyak 1.5 kg dan jangka hayat ekonomi tanaman cili padi fertigasi adalah enam bulan. Manakala tuaian hasil boleh dibuat 3 - 4 hari sekali, bergantung kepada bilangan atau keluasan tanaman.  Keluasan kawasan penanaman cili padi di Malaysia adalah 2,850 ha dengan pengeluaran sebanyak 32,780 mt setahun. Manakala, jumlah permintaan keperluan cili padi pada tahun 2010 adalah sebanyak 493,000 mt. Walaupun terdapat pengusaha di negara ini yang masih terus mengusahakan penanaman cili padi secara komersial, namun pengimportan cili padi dari Thailand, Indonesia dan Vietnam masih tinggi. Ini kerana pengeluaran cili padi tempatan masih tidak mencukupi. Ini disebabkan serangan penyakit seperti layu bakteria, kerinting daun, bintik daun atau serangan serangga perosak seperti hamama, kutu daun, aphids serta lalat putih. Ditambah pula dengan kekurangan kemahiran teknikal petani menyebabkan penghasilan cili padi masih di bawah potensi hasil yang sebenarnya. Nilai pasaran tahunan cili padi diunjurkan pada RM395 juta. Penanaman cili padi di negara ini dilihat berpotensi besar untuk dimajukan, kerana permintaan cili padi terus meningkat dari masa ke semasa dan harganya akan terus naik. Dengan purata hasil sebanyak 1.5 kg sepokok, cili padi mampu memberikan pulangan baik kepada pengusaha. Justeru itu, penanaman cili padi secara fertigasi boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan yang lebih lumayan. Ianya boleh dijalankan secara perusahaan tahap keluarga atau secara komersial.

Potensi tanaman cili api memang besar dimana negara masih memerlukan cili api siam yang diimport dari negara jiran dengan kuantiti yang banyak. Cili api jenis ini paling mudah didapati daripada pasar, pasar malam, kedai runcit, pasar tani dan banyak premis jualan. Cili berwarna hijau dengan bentuk panjang ini dijual dengan harga jauh lebih murah daripada harga cili api tempatan. Ia banyak digunakan dalam masalan restoren ala Thai seperti dalam masakan tomyam dan sebagainya. Bagaimana pun cili ini amat jarang ditanam oleh petani tempatan walau pun penulis blog ada menjumpai penanam cili api jenis ini di Segamat dan Kulai beberapa lama dahulu. Menurut mereka harga cili ini yang ditanam dalam negara tidak dapat menandingi harga Cili Siam yang diimport. Cili Siam impoert juga lebih tahan lama disimpan berbanding dengan cili api tempatan. Daripada tinjauan penulis blog mendapati laluan masuk seperti di sempadan Malaysia-Thailand membawa masuk Cili Api Siam ini berkontena setiap hari masuk k Malaysia. Adalah menjadi satu kemungkinan untuk petani di Malaysia menanam cili api lebih luas atau lebih ramai yang terlibat. Cili Api mudah ditanam dikawasan kebun secara komersil atau pun disekeliling kampong atau disekeliling rumah anda sendiri. Program Kempen Bumi Hijau dan Pertanian Bandr di Jabatan Pertanian boleh dijadikan pemacu penanaman cili api disekeliling rumah.

Dalam akhbar Harian Metro, penulis blog juga merujuk kepada laporan akhbar tersebut bertajuk ''Cili Bara Punca Rezeki'' yang dibuktikan boleh dijadikan perbandingan. Berita yang dipetik dari Temerloh dimulakan dengan gambar Roslan dan Muhamad dikebunnya di Kg Bolok, Hilir, Lanchng, Temerloh , Pahang (Sila lihat foto disebelah). Beliau berdua hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian dan juga ahli Kelab Bintang Lama Lanchang (LOSG) di sini yang menghulurkan bantuan memulakan projek tanaman cili api bara dengan menggunakan kaedah fertigasi. Kini sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 dan RM150 sehari apabila pengeluaran buah bermula awal tahun lepas, dakwa bapa tunggal iaitu Roslan Rosli berusia 49 tahun. Roslan yang menetap di Kampung Bolok Hilir Lanchang di sini berkata, selepas kematian isteri akibat kanser otak kira-kira tiga tahun lalu, dia tidak dapat melakukan kerja kerana dia terpaksa menjaga dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Katanya kini kerja kampung dilakukan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan kini hidup keluarganya hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya RM300 sebulan. Beliau juga menerima bantuan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang RM600 sebulan dalam bentuk baucar. Setiap bulan pelbagai barangan keperluan harian perlu diambil di Pasaraya Darulmakmur cawangan Temerloh.  “Rumah tempat saya sekeluarga berteduh ini pemberian kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterima dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Roslan berkata projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi diusahakan diharap dapat mengubah taraf hidupnya yang mana dulu bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Katanya dia tidak pernah menyangka bahawa rakan sekampung dalam LOSG sanggup datang untuk memberikan bantuan kepadanya memulakan projek pertanian yang mampu memberikan pendapatan tambahan bagi menyara keluarga. Beliau juga menyatakan ada pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan tunjukajar teknikal mengenai sistem tanaman fertigasi ini.  Beliau juga amat bersyukur masih ada pihak prihatin dengan nasib saya sekeluarga, hanya terima kasih saja mampu diberikan kepada mereka yang membantu,” katanya.  Sementara itu dalam kes lain seorang jurucakap LOSG Muhamad Majid, 52, berkata, pihaknya menyediakan peruntukan RM5,000 untuk menyediakan semua peralatan bagi menjayakan projek pertanian berkenaan. “Kami ahli kelab berusaha memberikan pendapatan sampingan kepadanya (Roslan) yang kini tidak mampu melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang cacat,” katanya. Pada penulis penanaman cili api memang berpotensi baik walau pun siapa juga yang ingin untuk mengusahakannya. Diharap artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CILI PADI... IA PEDAS RASANYA...
BOLEH DITANAM.. DIMANA-MANA...
POTENSI BAIL... KENA MENCUBA...
BACA BLOG... ADA KAEDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(17 JamadilAwal 1439H).
Published from:
Asrama Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.

Monday, July 30, 2018

TANAM ANGGUR - ADA BUKTINYA

TANAMAN ANGGUR (Vitis vinifera) atau Grapes perlu dijalankan mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Penanaman anggur pada masa ini didunia di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan juga beberapa negara lain dengan pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. BUAH anggur mengandungi kimia piceatannol yangmenghalang perkembangan sel lemak dalam badan. Tanaman ini pernah diusahakan secara komersil di Malaysia oleh beberapa syarikat tempatan tetapi sehingga kini belum menampakkan peratus kejayaan yang memuaskan. Ada beberapa syarikat di Selangor, Negeri Sembilan yang mengupah pakar-pakar menanam anggur daripada negara Thailand untuk menjadi pengurus malahan pekerja ladang tetapi masih banyak masaalah perlu diatasi. Minat orang Malaysia terhadap buah anggur memang tinggi dimana komoditi ini banyak diimport untuk makan segar. Buah anggur juga mudah dibeli di negara kita dan sering juga dijadikan 'buah tangan' untuk pesakit dihospital, bahan hantaran perkahwinan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar aktiviti penanaman anggur  yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog.

Laporan dari Sarawak bertajuk "Anggur hidup subur di Sarawak" seperti  dilakukan oleh Nur Fazilah Ludan dan anaknya Sharifah Aishah berjaya menanambuah anggur di kebun mereka di Miri (Sila lihat foto disebelah)Jika dulu kawasan pendalaman Ba'Kelalan terkenal dengan buah epal yang ditanam dan tumbuh subur tetapi kini usaha dalam penanaman anggur pula cuba dibangunkan di Miri. Berada pada kedudukan di utara Sarawak iaitu bandar raya yang pesat membangun ini sebenarnya mampu menghasilkan penanaman anggur yang baik dan berkualiti. Lazimnya pokok anggur hanya boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana tetapi oleh kerana sikap ingin tahu dan keazaman salah seorang pengusaha tanaman kecil-kecilan iaitu Syed Fazil Yahya menunjukkan pokok anggur hidup subur di Miri. Beliau juga yakin suatu hari nanti penanaman anggurnya itu boleh dibekalkan ke seluruh bahagian negeri ini termasuk di Semenanjung. Beliau yang kini baharu menanam 12 pokok anggur di atas tanah seluas empat hektar itu memberitahu dia kini juga masih dalam proses belajar untuk mereka dapat mengusahakan tanaman tersebut. Sebelum ini beliau juga menanam pokok buah mata naga namun penanaman tersebut terpaksa dihentikan ekoran kesemua pokoknya diserang penyakit. Walaupun terpaksa menukar jenis dan kaedah penanaman kini Syed Fazil optimis tanaman anggurnya itu pasti akan berjaya dan memberi hasil pulangan lumayan. Dia nyatakan akan membina dua buah rumah khas bagi penanaman anggur jenis Black Opal itu tidak lama lagi dengan sebuah rumah boleh menanam 12 pokok anggur. Dia hanya mempelajari proses menanam anggur itu melalui Internet selepas mendapati pokok buah mata naga mereka diserang penyakit. Dijelaskan dimana pada awalnya hanya ingin mencari cara hendak merawat pokok buah mata naga tetapi secara kebetulan terlihat kaedah menanam anggur yang boleh menghasilkan pendapatan lebih lumayan. Beliau tertarik dengan info dari laman web tersebut dan terus mengajak isterinya mencuba tanaman anggur itu. Sebenarnya dia juga pernah mengikuti beberapa kursus penanaman anggur di beberapa bengkel bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai tanaman barunya itu. Dia juga rajin menyertai pameran buah-buahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Dari situ dia hanya  sekadar mampu bertemu dengan ramai orang dan juga pengusaha tanaman lain bagi bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai penanaman.

Pengusaha ini juga ada juga terfikir untuk membuka perniagaan tetapi kena tunggu sehingga banyak pokok anggur ditanam terlebih dahulu. Dia yakin sekiranya tanaman anggurnya itu berjaya maka ia ujudkan satu keunikan tersendiri dimana Sarawak akan semakin terserlah di mata dunia. Jika dahulu orang telah mengetahui di Ba'kelalan ada tanaman epal tetapi kini tidak mustahil untuk Miri pula ada ladang buah anggur (Sila lihat foto disebelah). selaini  itu tanaman lain diusahakan adalah buah rock melon dan cili yang diusahakan sejak 20 tahun lalu. Kedua tanaman itu tidak seperti buah mata naga yang sering rosak dan diserang penyakit. Tanaman buah rock melon dan cili juga mampu memberikan hasil yang lumayan apabila pada bulan lepas dia telah berjaya memperoleh sehingga RM7,000. Dinyatakan antara rahsia tanamannya itu adalah dengan menggunakan baja organik kerana pokok-pokok tersebut boleh menghasilkan lebih banyak buah. Bagi mendapatkan baja organik dia membela dua ekor kuda dan 18 ekor kambing di dusunnya untuk dijadikan sumber baja tinja yang dproses menjadi baja organik. Usaha seperti ini memang sepatutnya diberikan sokongan daripada pihak tertentu agar pemilihan varieti anggur yang sesuai dan berhasil tinggi serta aalan agronomi mampu menghgasilkan buah angur tempatan.

Dalam kes lain seorang usahawan muda berjaya menanam pokok anggur di Perlis. memng umum telah mengenatui dimana tanaman anggur sering dikaitkan dengan Perlis sebagai negeri pertama dan hebat mengusahakan ladang anggur di negara ini kini hidup subur dan mengeluarkan buah berkualiti di Kampung Banggol Jenereh, dekat sini. Seorang pengusaha dikenali dengan nama Wandir Ali berusia 46 tahun telah bermula dengan menanam sepohon anggur sebagai percubaan empat tahun lalu Terkini terdapat 30 pokok anggur yang ditanam dan membiak dengan baik di sekeliling rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Apa yang lebih membanggakan dakwanya kualiti buah anggur dihasilkan tiga kali setahun dari ‘kebun’nya itu dikatakan setanding dengan anggur yang dijual di kedai, malah lebih beraroma kerana dipetik segar dari pokok. Penulis blog yang pernah berkunjung kerumah beliau mendapati dimana buah anggur dirumahnya boleh dipetik antara tiga hingga empat bulan semusim atau tiga kali setahun dan kebun anggur saya dapat menghasilkan kira-kira 12 kilogram anggur setiap kali tuaian. Beliau dakwa dimana anak pohon anggur sama ada untuk ditanam atau dijual menggunakan kaedah pembiakan tut (markot) bagi menghasilkan pokok yang berkualiti. Kesemua 30 pokok anggur di kebunnya telah dibiakkan dengan menggunakan kaedah tut bermula daripada pohon pertama yang dia beli ketika melawat Ladang Anggur Perdana di Perlis. Dia juga telah menghasilkan anak pohon anggur guna kaedah tut untuk dijual atas permintaan saudara mara dan rakan yang ingin cuba tanam anggur di rumah mereka. Lazimnya pokok anggur dibiak untuk dijual atau ditanam di kebunnya itu daripada jenis White Malaga bagi anggur hijau dan Cardina bagi anggur merah. Anggur Cardina berbentuk bulat dan putiknya berwarna hijau sehingga sebulan sebelum masak, baru bertukar warna merah, manakala bentuk anggur White Malaga lebih bujur. Dua jenis anggur itu sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir atau dalam pasu dengan nisbah 80 peratus pasir dan selebihnya tanah. Kini selain tempat penggantungan, tanaman anggur perlukan ‘rumah’ sebagai teduhan kerana pohon yang terdedah hujan akan menghasilkan buah kurang berkualiti dan putiknya juga mudah gugur. Dia banyak belajar cara menanam dan menjaga tanaman anggur serta menambah pengetahuannya mengenai tanaman itu melalui Internet. Antara cabaran yang dihadapi sepanjang menceburkan diri dalam penanaman anggur adalah penerimaan orang ramai yang masih kurang percaya. Kini bila bercakap tentang tanam anggur di rumah maka masih ada orang di sekeliling pandang sinis kerana tidak percaya tetapi kini dia mampu membuktikannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua.  Wasallam!!!...
TANAM ANGGIR... DI DALAM NEGARA...
BELUM KOMERSIL...MENCUBA SAHAJA...
DISARAWAK DIPERLIS...MACAM DAH ADA...
KAJIAN LANJUTAN ... PERLUKAN MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Grand Allora,
Alor Setar, Kedah, 
Malaysia.
(24 Ramadan 1439H).
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur,  WP, Malaysia.

Sunday, July 29, 2018

IKAN EMPURAU - BOLEH DITERNAK???


IKAN EMPURAU (Tor tambroides) iaitu daripada keluarga - Cyrpinidae atau IKAN KELAH merupakan sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan merupakan antara jenis ikan air tawar termahal semasa ini. 
Pada saya di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakn sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan banyak terdapat di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan jenis Golden Mahseer pernah dilaporkan seenis ikan kelah yang besar hingga mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya walaupun spesimen sebesar ini jarang dijumpai pada hari ini. Pada keadaan biasa dilaporkan Ikan Empurau atau IkanKelah ini mendiami di sungai serta tasik dan naik sehingga ke anak sungai yang ada arus deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Pada umumnya ia serupa dengan jenis ikan kap yang lain iaitu mereka juga ikan merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Kalau di Malaysia ikan Empurau lebih sinonim di Negeri Sarawak sebagai Ikan Ingegebious. Ia merupakan spesis ikan air tawar yang mahal sehingga terkenal diseluruh dunia. Pernah dilaporkan seorang Tycoon Jutawan daripada Hong Kong datang ke Kuching dengan jet peribadinya semata-mata ingin menikmati hidangan ikan empurau yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ikan empurau merupakan ikan eksotik yang sukar didapati dalam keadaan liar semulajadi dan kadar pembiakan dan tumbesaran lambat menyebabkan ia menjadi mahal. Walau pun di negara Barat ikan seperti ini sebagai delikasi jenis ikan kap, ikan empurau didakwa mempunyai daging isi yang lebih enak dengan tekstur yang lebih kenyal. Dalam keadaan semulajadi ikan empurau ini makan buah-buahan daripada tumbuhan tebingan sungai sepanjan sungai. Ini menyebabkan rasa ikan empurau adalah berkrim, savor, manis sedikit dengan ada bau seperti buah-buahan. Artikel petang Khamis ini sempena cuti Awal Puasa (1 Ramadan) bagi Negeri Johor saya menulis dalam''Anim Agro Technology'' mengenai Ikan Empurau sama ada ianya boleh diternak kerana amat sukar untuk mecarinya secara semulajadi.


Dalam beberapa kali laporan akhbar tempatan ada dinyatakan bahawa ikan empurau merupakan ikan eksptik yang mahal dan sukar untuk mendapatkannya. Satu akhbar dengan judul "Raja sungai boleh diternak'' dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Kadim Suaidi (kanan) bersama ikan yang terdapat dalam projek sistem tagang ketika lawatan ke tapak Projek Pemerkasaan dan Transformasi Tangang Komuniti. Ini merupakan satu projek pemerkasaan dan transformasi Tangang Komuniti Sarawak. Apabila ada dakwaan bahawa ikan empurau pernah dilaporkan mencecah harganya sehingga RM17,000 seekor!. Itulah yang perlu dibayar untuk membeli seekor ikan empurau seberat 20 kilogram (kg) untuk dijadikan hidangan eksotik istimewa. Ikan Empurau yang digelar ‘raja sungai’ memang dikatakan paling sukar diperoleh kerana hanya hidup di habitat semula jadi iaitu hulu sungai yang berarus deras, jernih dan berbatu. Di Sarawak didapati ikan empurau atau dikenali nama saintifiknya Tor Tambroides (Valenciennes) boleh didapati di kebanyakan sungai utama di negeri itu seperti Rejang, Sungai Baram dan juga Sungai Limbang. Harganya pula mencecah RM850 sekilogram dimana memang dimaklumkan sentiasa ada permintaan yang tinggi dikalangan pelancong ditambah pula dengan populasinya yang makin menurun di habitat semula jadi menyebabkan harga ikan ini terus meningkat.


Lantaran itulah maka Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) cuba mengkomersialkan penternakan ikan ini selain dari berusaha memulihara habitatnya bagi memastikan ia tidak pupus. Menurut Pembantu Perikanan di Jabatan Pertanian Sarawak Learned Musa Bandang mennyatakan Jabatan Pertanian Sarawak (saya pernah bertugas di jabatan ini pada tahun 1995 -1977) mereka mewujudkan dua lokasi menggunakan sistem tagang bagi memastikan pengawalan dan pemuliharaan ikan empurau di negeri itu. Sistem tagang diwujudkan di kawasan Sungai Engkatit Yong dan Sungai Tisa Yong di Kapit yang dikenal pasti sebagai habitat semula jadi pembiakan ikan itu. Pada masa ini sistem tagang adalah satu perkongsian pintar antara masyarakat setempat dengan JPS bagi melindungi, memulihara dan menguruskan sumber perikanan sungai di kawasan-kawasan yng terpilih. Sistem ini bermaksud larangan menangkap ikan dalam sungai. Larangan itu ditetapkan Jawatankuasa Tagang yang ditubuhkan di kawasan kampung terpilih. Penangkapan ikan ini juga dilakukan secara terkawal. Dalam pada itu  Learned berkata ketika ditemui di ruangan pameran JPS sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pering­kat Kebangsaan (HPPNK) lokasi di Kota Samarahan, Sarawak. Kini kewujudan sistem itu secara tidak langsung berjaya melindungi dan memulihara ekosistem su­ngai supaya tidak rosak serta tercemar, selain mening­katkan pengeluaran ikan dan menjana pendapatan baru kepada masyarakat. Di Sarawak dakwanya sistem ini bukan saja dilakukan terhadap ikan empurau. Antara spesies ikan lain yang diternak menerusi sistem terbabit ialah semah, baung, kapiat, sebarau, bantak, lais dan kulong. Pemilihan ikan untuk sistem tagang bergantung kepada kesesuaian hidupan dengan kawasan terbabit. Misalnya, air Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang, Mongkos Serian tidak sesuai untuk penternakan empurau, tetapi sesuai untuk ikan semah dan baung dimana anak benih ikan terseut dilepaskan kedalam sungai (Sila lihat foto disebelah). Ini bagi mempastikan ikan tersebut akan didapati didalam sungai terilih.


Dalam pada itu di Sarawak dilaporkan sehingga kini terdapat 42 kawasan atau perkampungan me­ngamalkan sistem tagang. Sistem Tagang yang pertama dilancarkan pada tahun 2005 di Sungai Brayong, Long Tuyo. Tagang yang mana ia bermaksud sebagai pengawalan dan pemuliharaan dalam bahasa Iban berjaya menjadi sistem yang bukan saja berupaya meningkatkan sumber ikan air tawar di negeri ini, malah membantu mengurangkan penangkapan ikan secara haram. Menurut Learned, selain memelihara ekosistem ikan air tawar, projek tagang ikan empurau berpotensi dijadikan produk agro pelancongan dan memberi peluang kepada penyelidik menjalankan kajian spesies ikan itu. Kewujudan sistem tagang membantu membina semula habitat semula jadi populasi ikan terbabit. Selain kejayaan sistem tagang bagi ikan empurau ini, pelaksanaan projek lain yang berjaya membabitkan penternakan ikan tawar di negeri ini ialah di Kampung Terbat, Serian dan Long Lidung Lawas serta Limbang. Dalam pada itu, Learned berkata, hasil kajian JPS untuk memelihara dan memulihara empurau mendapati ia boleh diternak dalam kolam atau tangki konkrit. Walau bagaimanapun ia hanya boleh dilaksanakan dengan syarat kawasan penternakan itu mempunyai pengudaraan yang baik serta pergerakan dan kesesuaian air untuk pembesaran ikan. Ikan yang diternak diberi makanan palet berkualiti mengandungi sekurang-kurangnya 45 peratus protein mentah. Usaha pembiakan empurau berjaya dijalankan sejak tahun 2003 seperti dilakukan oleh Dr Elli (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kualitinya tidak sama dengan ikan empurau liar iaitu termasuk melalui sistem tagang yang dilaksanakan JPS ketika ini. Perkara ini dijelaskan lebih lanjut mengenai ikan ini dimana ciri-ciri khas pada ikan empurau ialah mempunyai sisik besar berwarna perak gelap di bahagian atas dan agak cerah di bawah.


Biasanya ikan empurau mempunyai daging di bawah dagu dan jumlah sisik di bahagian garisan lateral ikan dewasa antara 20 -30 keping (Sila lihat foto disebelah)Di Sungai Rajang ada tiga jenis empurau iaitu Empurau Burak, Empurau Merah dan Empurau Chelum. Namun hasil kajian masih dijalankan untuk menentukan ikan ini adalah subspesies atau variasi kepada spesies sedia ada. Dalam pada itu biasanya anak ikan empurau boleh ditemui di kawasan sungai cetek manakala kebanyakan induk yang matang di air dalam. Ia lazimnya di hulu sungai yang berarus deras, jernih dan berbatu. Biasanya seekor empurau boleh mencapai berat lebih 20kg dan mencapai satu meter panjang. Ikan eksotik ini mempunyai isi lembut dan enak, sesuai dimasak dengan menggunakan kaedah kukus bagi mengekalkan citarasa kelazatannya. Buah-buahan seperti neram, maris, ara, perah, jambu air dan mata lembu yang gugur di permukaan air sungai menjadi makanannya. Maka tidak hairanlah empurau mempunyai keenakan yang tersendiri kerana ia memakan tumbuhan semula jadi yang tumbuh meliar di tebing sungai dan gugur di permukaan sungai. Walaupun empurau dikatakan banyak di kawasan Baleh dan Kapit, bukan semua nelayan dapat menangkapnya kerana ia agak liar. Nelayan tempatan biasanya menebarkan jala di lubuk empurau dan apabila masuk dalam perang­kap, ia akan terus ditang­kap menggunakan tangan. Nelayan perlu menjual empurau dalam keadaan hidup kepada pembeli kerana ia mempunyai nilai tinggi berbanding yang sudah mati. Malah biasanya  bagi masyarakat Cina jika memakan empurau dipercayai membawa tuah dan mereka sanggup berbelanja besar untuk menikmati ikan air tawar termahal ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN EMPURAU .. APAKAH DIANYA...
SANGAT TERKENAL..DIMANA-MANA...
SPESIS IKAN KELAH... LAIN CIRINYA....
HARGA MAHAL.. UNTUK ORANG KAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1226, Hotel Hilton,
Kuching, Sarwak,
Malaysia.
(2 Ramadan 1439H).
Published from:
Anggerik Hostel, Intan Bukit Kiara,

Kuala Lumpur, WP, Malaysia.

Saturday, July 28, 2018

PENYAKIT KARAT DAUN KOPI

PENYAKIT KARAT DAUN KOPI yang disebabkan oleh kulat iaitu Hemileia vastatrix merupakan ancaman utama dalam penanaman kopi di banyak lokasi seluruh dunia. Tanaman Kopi di Malaysia dilaporkan hanya seluas 3,764 hektar pada tahun 2014 yang menghasilkan sekitar 14,600 mt buah kopi dengan jenis Kopi Liberica (Coffea liberica). Kawasan utama yang menanam kopi di Malayia adalah Sabah (62%) diikuti dengan Negeri Johor (34%). Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam di dunia iaitu Kopi Arabika (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica. Penanaman kopi Arabika dan Robusta di Malaysia agak kurang kerana ia adalah mudah diserang dengan penyakit karat daun ini. Dalam usaha memajukan tanaman kopi antara ancamannya adalah penyakit karat daun. Penyakit ini adalah salah satu penyakit penting yang menjadi perhatian serius bagi pegawai pengembangan, penyelidik dan juga petani. Penyakit karat daun dianggap penting disebabkan penyakit ini mampu menurunkan hasil kopi dan produktiviti tanaman kopi hingga 20 peratus. Penyakit 'HV' ini yang disebabkan oleh parasit seperti cendawan dikenali sebagai Hemileia vastatrix pada daun ini sangat mengganggu metabolisma pada tanaman untuk proses fotosintesin yang optima oleh daun (stomata) kerana berlaku kerosakan pada daun yang diserang. Penyakit karat daun sering menyerang tanaman kopi terutama jenis kopi arabika yang ditanam dikawasan tanah rendah. Penulis semasa membuat pemerhatian di ladang antara 3 jenis kopi mendapati pokok kopi liberica dan robusta agak tahan dengan serangan penyakit ini.  Serangan oleh penyakit karat daun kopi bukan hanya dapat menyerang pokok dewasa malahan ia akan menyerang anakbenih kopi di tapak semaian menyebabkan daun gugur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Penyakit Karat Daun Kopi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan rujukkan.


Penyakit Karat Daun pada tanaman kopi akan menyebabkan gejala kerosakan yang serius jika tidak dikawal oleh pekebun kopi terutama jika ia dari kopi arabika. Serangan penyakit karat daun kopi dapat dikenali melalui beberapa tanda dimana pada tahap awal serangan akan terdapat beberapa bintik pada helaian daun yang menghadap ke bawah. Bintik atau pusaran tersebut pada awalnya berwarna kuning muda dan lama kelamaan berubah menjadi kuning tua (Sila lihat foto disebelah). Bintik ini mula-mula berbentuk bulatan kecil dengan garispusat kurang 0.5 cm dan ianya kemudian terus tumbuh membesar hingga keluasan diameter lebih 5 cm. Bintik yang tadinya berwarna kuning tua lama kelamaan menjadi coklat dan akhirnya daun akan terus mengering.Jika diteliti pada daun, lazimnya bintik daun dapat dilihat dari daun bahagian atas namun untuk tepung yang berwarna oren jingga yang mengelilingi bintik hanya dapat dilihat dari helaian daun yang menghadap ke bawah. Serangan pada tahap seterusnya oleh penyakit ini dapat mengakibatkan daun berguguran sebelum waktunya dimana kita boleh lihat semua daun tidak ada (gondul) dimana pada akhirnya mati. Amat penting kawalan dilakukan peringkat awal serangan bagi menghindarkan ia sampai kepada tahap serius.

Beberapa kaedah dan teknik kawalan Penyakit Karat Daun Kopi perlu dilakukan kerana serangan penyakit karat daun adalah sangat merugikan. Kawalan penyakit ini pada tanaman kopi harus segera dilakukan agar tidak menimbulkan kerugian yang jauh lebih besar. Kawalan penyakit karat daun dapat dilakukan melalui konsep pendekatan Amalan Perosak Bersepadu (IPM) dengan beberapa cara iaitu melalui amalan agronomi dan kawalan secara kimia. Kawalan secara Amalan Agronomi bagi penyakit karat daun dapat dilakukan mulai dari awal penanaman dengan menggunakan bahan tanam atau benih kopi terpilih yang berasal dari klon atau varieti yang tahan terhadap serangan kulat HV Hemileia vastatrix. Bagi negara jiran Indonesia yang menanam Kopi Arabika antara varieti yang pasti tahan seperti S 795, S 1934, USDA 62, Kartika 1 dan Kartika 2. Belum ada varieti arabika ditanam komersil di Malaysia. Selalu buat cantasan dan pemangkasan pada daun yang terjangkit untuk mengurangkan kemungkinan penyebaran. Perlu juga dilakukan cantasan berkala pada pokok penaung atau tanaman kopi untuk menurunkan tahap kelembaban dalam kebun. Pengawalan juga dapat dilakukan dengan menjaga agar tanaman selalu dalam keadaan sihat melalui program pembajaan berimbang yang sesuai mengikut kadar, masa, cara membaja dan jenis yang betul. 

Kawalan menggunakan racun kimia merupakan alternatif yang sering dilakukan oleh ramai pekebun kopi. Kawalan cara ini sebaiknya dilakukan jika cara kawalan kultura tidak berapa membuahkan hasil yang maksima. Kawalan dilakukan dengan menggunakan beberapa jenis racun berdaftar seperti jenis dengan bahan aktif Mancozeb atau racun dari jenis kontak seperti Cupravit OB 21 (0.4%) dengan sukatan yang tertera pada label. Bagi kaedah kawalan lain racun jenis sistemik seperti Bayleton 250 EC (0.1%) atau Racun Anvil 50 SC (0.2%) atau Racun Tilt 250 ES (0.1%) atau Sumiate 2.5 WP (0.2%) yang mungkin tiada dipasaran Malaysia sesetengahnya. Semburan racun perlu dilakukan dengan sukatan betul terhadap tanaman kopi yang terkena serangan penyakit karat daun mengikut keperluan. Penyakit karat daun yang sering kali menyerang tanaman kopi merupakan ancaman serius terutama untuk kopi jenis arabika.  Semuga tulisan ini dapat menambah pengetahuan kepada semua sekali pembaca blog 'Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam!.
KARAT DAUN KOPI... KUNING DAUNNYA...
POKOK DEWASA...DISERANGANNYA...
ANAKBENIH KOPI... TERKESAN JUGA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang kopi komersil,
Benut, Pontian,
Johor, Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1436H)
Published from:
Asrama Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Friday, July 27, 2018

BEZA BUAH KLIMATERIK DAN NON-KLIMATERIK

BUAH (fruits) merupakan bahagian pada tumbuhan yang merupakan perkembangan lanjutan daripada bakal buah (ovarium). Buah pada umumnya adalah membungkus dan melindungi bahagian biji (Seeds). Terdapat banyak bentuk daripada buah tropika (tropical fruits) dan buah subtropika (temperate fruits) mengikut kesesuaian iklim. Bagaimana pun penulis blog pasti fungsi sebenar buah adalah sebagai asas kepada pembiakan rumbuah tersebut dengan menghasilkan bijinya yang menjadi benih. Pengertian buah dalam sektor pertanian (hortikultur) atau bahan makanan adalah lebih luas daripada pengertian buah di atas dan biasanya dinamakan sebagai 'Buah-buahan. Buah sebenarnya adalah satu proses daripada bermulanya pendebungaan bunga, pembentukan bahagian isi dan biji sehingga proses lengkap menjadi buah sebenar. Buah seringkali mempunyai nilai ekonomi sebagai bahan untuk dimakan atau pun dijadikan bahan mentah untuk diproses menjadi pelbagai produk asas tani. Industri memproses buah-buahan bernilai tinggi seperti untuk dijadikan buah 'cut fruit', jus, jeruk dan sebagainya. Buah mengandungi banyak zat permakanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, alkaloid sehingga kepada bahan seperti terpena dan terpenoid. Ilmu dalam buah-buahan dan mempelajari mengenai buah-buahan dinamakan 'Pomology' dan pakar buah-buahan adalah 'Pomologist'. Bagi tumbuhan berbunga buah merupakan satu kaedah pembiakan dimana isi yang manis berkhasiat akan terus menyelaputi biji dan manusia atau haiwan akan sererusnya menyebarkan biji tersebut untuk pertumbuhan pokok baru. Secara umumnya setiap bakal buah terdiri dari satu atau lebih bakal biji (ovulum) yang masing-masing mengandungi sel telur. Pembuahan pada tumbuhan berbunga ini akan melibatkan bahagian plasmogami iaitu proses peyatuan protoplasma sel telur dan sperma dan kariogami iaitu proses peyatuan inti sel keduanya. Setelah itu zigot yang terbentuk mulai membesar menjadi embrio (lembaga) dan bakal biji tumbuh menjadi biji serta bahagian dinding menjadi isi buah (perikarp). Apabila masa buah terjadi maka lazimnya bunga  tersebut layu dan jatuh. Buah mula membesar dan akhirnya akan matang mengikut masa. Buah-buahan mengikut pakar pomologi iaitu Biale, Nurlaela (1996) ianya boleh dikelaskan kepada 2 kategori berdasarkan tahap proses Respirasi (respiration process) semasa peringkat pemasakan atau dinamakan sebagai BUAH KLIMATERIK (Climateric Fruits) dan BUAH NON-KLIMATERIK (Non Climateric fruits). Rencana malam Rabu (Esok Cuti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa ciri-ciri dan perbezaan antara kedua jenis buah ini.


Perbezaan Buah Klimaterik dan Non Klimaterik perlu difahami oleh semua orang terutama mereka yang ingin menanam atau memasarkan buah-buahan. Buah klimaterik mempunyai peningkatan atau kenaikan laju respirasi sebelum pemasakan sedangkan buah non-klimaterik tidak menunjukan adanya kenaikan laju respirasi. Contoh buah klimaterik seperti Buah Pisang (Musa spp), Mangga (Magnifera indica), Papaya (Carica papaya), Avocado (Persia americana), Epal (Malus domestica), Tomato (Lycopersicum esculentum), Ciku (Manikara sapota) dan sebagainya. Buah klimaterik akan meneruskan proses pemasakan selepas dituai. Lazimnya jenis buah klimaterik menghasilkan lebih banyak etilen apabila ia telah matang dan ini akan mempercepat serta lebih seragam tingkat kematangannya apabila buah ini dirawat dengan pemberian etilen (Febrianto, 2009). Sementara itu buah jenis Non-klimaterik menghasilkan sedikit etilene dan tidak memberikan respon terhadap etilene kecuali dalam perkara 'degreening' atau proses penurunan kadar klorofil pada Limau (Citrus spp) dan Nanas (Ananas comosus). Contoh bagi jenis buah Non Klimetarik adalah seperti Buah Tembikai (Citrullus lunatus), Anggur (Vitis vinifera), Timun (Cucumis sativus) dan sebagainya. Buah Non Klimaterik tidak meneruskan proses pemasakan selapas dituai dengan cepat. Bagi membezakan buah klimaterik dari buah non-klimaterik adalah responnya terhadap pemberian etilen yang juga  ia merupakan gas hidrokarbon yang secara semulajadi ia dikeluarkan oleh buah-buahan dan mempunyai pengaruh dalam peningkatan respirasi. Buah non-klimaterik akan bertindakbalas terhadap rawatan pemberian bahan etilen semua peringkat sama ada pada tingkat sebelum tuai ataupun semasa menuai atau pun selapas penuaian (post harvest). Bagaimana pun lazimnya bagi jenis buah iaitu buah klimakterik hanya akan ada tindakbalas respirasi bila etilen diberikan semasa pra-klimakterik dan tidak peka lagi terhadap etilen setelah kenaikan respirasi telah dimulai (Pantastico, 1993).


Buah klimaterik ditanda dengan adanya proses peningkatan karban dioksid CO2 secara mendadak yang dihasilkan selama proses pematangan. Klimaterik adalah suatu jangkamasa (period) mendadak khusus berlaku pada buah-buahan tertentu dimana semasa berlaku proses tersebut ada perubahan biologi yang bermula dengan proses pembentukan etilen. Perkara ini juga dikenali dengan bermulanya Proses Pematangan (Ripening Process). Peringkat awal respirasi klimaterik bermula pada fasa pematangan iaitu bersama dengan pertumbuhan buah sampai konstan. Biasanya kelajuan tahap kerusokan buah atau komoditi selepas dituai atau dipetik bergantung kepadakecepatan proses respirasinya. Kajian oleh saintis menunjukkan dimana walaupun selalunya tidak terdapat hubungan konstan antara bahan etilen yang dihasilkannya dengan kemampuan rosaknya suatu buah tersebut tetati proses berterusan. Berdasarkan kepada kelajuan proses respirasinya maka buah boleh dibezakan menjadi dua iaitu Buah Klimaterik (laju respirasi meningkat dengan cepat selama jangkamasa pematangan dan proses pada awal permatangan) dan Buah Nonklimaterik (tidak ada perubahan laju respirasi pada akhir pematangan buah). Contoh buah jenis klimaterik adalah avokado, papaya, epal, pisang dan lain-lain sedangkan contoh buah nonklimaterik adalah limau, nanas, durian dan lain-lain. Buah-buahan tropika boled juga dikelompokkan berdasarkan lajunya pproses pernapasan mereka semasa pertumbuhan sampai fasa senescene menjadi kelompok buah-buahan Klimakterik dan kelompok buah-buahan nonklimakterik. Buah-buahan klimakterik yang sudah matang (matured) selepas dituai akan secara normal memperlihatkan suatu proses laju penurunan pernafasan sampai tahap minima yang diikuti oleh proses cepatnya pernafasan yang cepat sehingga ke tahap maksima yang disebut 'Puncak pernafasan klimakterik'.


Buah Non Klimaterik yang penulis blog ambil contoh adalah jenis Buah Nanas (Ananas comosus L.) Merr. Nanas adalah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay. Tumbuhan ini juga termasuk dalam famili Bromeliaceae dimana ia tumbuh rendah, herba dengan 30 helai atau lebih daun yang panjang, tajam hujungnya, ada berduri dan tidak serta tersusun dalam bentuk roset mengelilingi batang. Serangga seperti semut, kelulut dan angin  merupakan pendebunga semulajadi buah ini meskipun ada juga agen pendebunga lain. Buah nanas sebagaimana yang dijual orang bukanlah buah sebenar sebaliknya hasil gabungan buah-buah sejati (bekasnya terlihat dari setiap ’sisik’ pada kulit buahnya) yang dalam bergabung bersama-sama dengan tongkol (spadix) bunga majemuk yang menjadi satu ‘buah’ besar. Nanas yang ditanam komersil menggunakan bahan tanaman dari sulur tanah, sulur udara atau pun jambul iaitu secara vegetatif. Kaedah pembiakan menggunakan teknologi Kulltur Tisu boleh digunakan tetapi menyebabkan masaalah 'somaclonal varriation' terhadap nanas varieti hibrid dan tidak digalakkan.  Nenas merupakan tanaman buah-buahan yang mana ia selalu tersedia sepanjang tahun dan tidak bermusim. Malaysia menanam sekitar 13,750 hektar nanas setahun dengan pengeluaran sebanyak 391,714 metrik tan buah nanas dengan nilai pengeluaran sekitar RM515.248 juta (Sumber: Laporan statistik LPNM, 2016). Buah Nanas juga adalah jenis buan dalam kategori Non-klimaterik. Nanas termasuk dalam buah non klimaterik disebabkan pada buah nanas tiada perubahan cepat proses respirasi pada akhir pematangan buah, serta pengeluaran bahan etilen yang rendah. Bagaimana pun ia tidak memberikan respon terhadap etilen kecuali dalam perkara seperti degreening (penurunan kadar klorofil). Nanas merupakan buah yang mana ia mengandungi gula yang cukup tinggi dan sifatnya yang tidak mudah mengalami pembusukan.


Bagi memahami lebih lanjut mengenai permatangan buah sebaiknya kita merujuk kepada proses Respirasi (respiration)Respirasi adalah salah satu proses vital dalam semua jenis makhluk yang hidup. Tanpa respirasi maka tidak akan ada aktiviti keranaa dari proses respirasi akan diperoleh sejumlah tenaga untuk hidup. Tenaga (energy) yang mana terhasil ini akan digunakan untuk berbagai aktiviti sel seperti pembelahan sel (mitosis), pembesaran sel (cell enlargement) dan perbanyakan sel (cell multiplication). Tenaga ini adalah hasil dari proses respirasi amat penting untuk menjaga sel hidupan untuk tetap hidup. Secara umum respirasi terbagi dua iaitu Respirasi Aerobik dan Respirasi Anaerobik. Respirasi Aerobik dilakukan oleh organisma Eukaryotik (multisel) dan beberapa prokariot yang berlangsung dengan memanfaatkan oksigen. Pada tanaman selalunya berlaku jenis respirasi secara aerobik. Respirasi Anaerobik pula terjadi pada kebanyakan jenis organisma prokariot (bersel tunggal) yang berlangsung tanpa kehadiran oksigen. Proses respirasi aerobik secara umum adalah rantaian dimana unsur organik bergabung dengan gas oksigen dan menghasilkan gas karbondioksida (CO2), Air dan juga Tenaga (energi). Bahan unsur organik yang biasa digunakan dalam proses respirasi adalah karbohidrat, lemak dan protein. Glukosa adalah bahan yang paling selalu atau sering digunakan dalam respirasi sel. Respirasi pada buah-buahan tidak hanya terjadi semasa buah masih melekat di pokok tetapi berlanjutan selepas buah telah dipetik. Respirasi merupakan proses biokimia utama yang terjadi pada produk selepas dituai (post harvest). Selain respirasi berlaku juga proses lain pada perkembangan buah dengan penghasilan sejenis gas iaitu Gas Etilene (C2H4). Bahan Etilene ini adalah salah satu hormon utama pada tanaman untuk berfungsi menstimulasi pemasakan (ripening stimulation) semua buah. Berdasarkan kadar kelajuan proses respirasi (respiration rate) dan pengeluaran bahan etilen (ethylene production) yang dihasilkan selama berlaku maka buah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu buah klimaterik dan buah non-klimaterik.


Buah klimaterik adalah dimana apabila jumlah gas CO2 (respiration rate) yang dihasilkan dalam fasa pertumbuhan buah terus menurun dan menjelang senescene pengeluaran CO2 kembali meningkat dan setelah itu menurun lagi. Etilen yang dihasilkan akan meningkat pada fasa pemasakan buah (ripening) dan menurun menjelang pada fasa pelayuan (senescene). Buah-buahan yang tergolong klimaterik antara lain seperti Epal, Melon, Kiwi, Tomato, Pear, Sukun, Mangga, Ciku, Durian, Betik, Durian Belanda, Jambu Batu, Buah Nona, Markisa, Pisang, Manggis, Nangka dan banyak lagi. Buah Non-klimaterik pula adalah jenis buah apabila CO2 (respiration rate) yang dihasilkan terus menurun secara perlahan sampai masa senescene (Layu). Etilene yang dihasilkan pun rendah atau tidak mengalami perubahan selama fasa perkembangan buah iaitu bermula dari pembelahan sel sampai kefasa senescene (Layu). Buah-buahan yang termasuk non-klimaterik adalah seperti Nanas, Blackberry, Delima, Buah Tamarillo, Limau, Rambutan, Labu, Mentimun, Cili, Buah Naga, Tembikai, Jambu Air, Koko, Strawberri, Anggur, Ceri, Belimbing dan Terung. Sila lihat grafik hubungan antara pertumbuhan buah dengan laju respirasi dan produksi gas etilene dalam rajah dibawah (Sila lihat rajah dibawah). Dari grafik dibawah dilihat dimana tahap kelajuan proses respirasi tertinggi terjadi pada fasa pembelahan sel (cell division) baik pada buah klimaterik maupun non-klimaterik. Perkara ini disebabkan ketika sel melakukan pembelahan (mitosis) ia memerlukan tenaga yang sangat banyak dan satu-satunya sumber tenaga tersebut adalah terhasil dari proses respirasi. Seiring dengan pertumbuhan buah maka tahap kelajuan respirasi semakin menurun sampai pada awal pemasakan (ripening) buah. Pengeluaran bahan etilene pada fasa pembelahan sel sampai pembesaran sel (cell enlargement) tidak ada perbezaan antara buah klimaterik dengan non-klimaterik. Apa pun apabila memasuki fasa ripening, fasa inilah yang membezakan buah klimaterik dengan non-klimaterik. Pada buah klimaterik terjadi peningkatan dalam jumlah besar terhadap pengeluaran gas etilene dan kelajuan respirasinya. Sementara pada buah non-klimaterik tidak terjadi peningkatan etilene walau pun berlaku kelajuan proses respirasi. Semasa menuai di ladang akan juga memberikan perbezaan. Buah klimaterik dapat dituai iaitu sebelum fasa ripening (pemasakan) sebab fasa ripening akan terus berlanjutan meskipun telah dipetik dari pokok. Sementara buah non-klimaterik harus tetap berada di pokoknya agar boleh masak (ripening). Contohnya seperti buah pisang sesuai dituai semasa buah sudah matang penuh meskipun warna kulit masih hijau. Ini kerana fasa kemasakan (ripening proses) akan berterusan meskipun buah tidak berada pada pokok ( buah jenis ini tidak perlu menunggu kemasakan di pokok). Tetapi buah limau hanya boleh masak untuk dapat dimakan apabila masak pada pokok sebelum dituai. Semuga tulisan rencana dalam anim agro technology subuh ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!..
BUAH-BUAHAN... DUA KUMPULANNYA...
BUAH KLIMATERIK ... ITU BUAH MANGGA...
NON KLIMATERIK..NANAS CONTOHNYA...
BACA ARTIKEL... ILMU DAPAT DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1439H)
Bersamaan 31 Januari 2018.
Published from: 
Blok Anggerik, Intan Bukit Kiara, KL.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...