KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, July 25, 2018

ANJING - JINAK DAN BAHAYA

ANJING (Dogs) atau pun anjing yang jinak (Canis lupus familiaris) ialah haiwan dari jenis keluarga Canidae yang dikenali sebagai sahabat baik manusia. Anjing merupakan binatang pertama yang dibelajinakkan (domesticated) dan dimiliki secara meluas sebagai teman kerja, perburuan dan juga haiwan untuk belaan dirumah. Didapati ada sesetengah masyarakat mengambil anjing sebagai teman setia mereka terutama yang tinggal bujang. Menurut anggaran kasar data yang terkini dilaporkan buat masa ini terdapat antara 700 juta sehingga satu bilion ekor anjing didunia menjadikannya diantara anggota paling banyak daripada order Carnivora di dunia. Wow!... bnyaknya jumlah anjing yang ada didunia. Apa yang unik mengenai haiwan ini adalah dimana anjing tercenderung menunjukkan kecerdasan sosial yang luarbiasa dalam alam haiwan kerana haiwan anjing berupaya untuk belajar dalam beberapa seperti melalui pengukuhan mudah dilakukan anjing seperti dilatih untuk mengenali musuh, mengenalpasti kes-kes jenayah, menghidu dadah dan banyak lagi yang boleh dilakukan anjing. Dri segi evolusi dikatakan dimana anjing melalui banyak siri peringkat perkembangan kognitif (cognitive development) dimana didakwa bagi kita manusia ada proses pemahaman bahawa objek yang tidak giat dilihat masih wujud (ia juga dipanggil pengkekalan objek) tidak ada pada kelahiran. Perkembangan ini berlaku sebaik anak anjing belajar untuk berinteraksi dengan dengan objek yang berada dipersekitarannya hanya dengan jangkamasa singkat iaitu pada umur lebih kurang 8 minggu sahaja. Dalam Islam anjing adalah dikelaskan sebagai sejenis najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar memang adalah najis dimana berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat). Apa yang n=menjadi penyebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai haiwan anjing yang amat jauh daripada masyarakat Islam Melayu di Malaysia sebagai haiwan peliharaan.


Dalam pada itu dilaporkan dimana anjing yang dipelihara memang amat jinak dan ia mewarisi tingkah laku yang kompleks dan unik serta setia. Anjing juga haiwan agak merbahaya kepada manusia sebab ia mampu mengigit dimana jika ada kuman Rabies ia juga membahayakan nyawa manusia. Pada anjing liar ia memburu sama dengan cara tindakan serigala memburu mangsanya dengan mengigit mangsanya dan membunuhnya. Anjing juga sejak dahulu mempunyai deria bau kuat dimana sering dijadikan anjing pengesan yang cekap semerti semasa memburu haiwan lain. Anjing juga dikatakan menjadi sejenis haiwan peliharaan yag disukai ramai kerana sikap manja dan suka bermain-main serta bergerak aktif jika ada proses tunjukajar yang sesuai diberikan. Sikap suka bermain yang ada pada anjing dan kebolehannya untuk menyesuaikan diri di dalam perumahan manusia dan situasi sosial telah memberi anjing hubungan dengan manusia yang membolehkannya menjadi spesies paling berjaya di planet ini kini. Saintis Barat pada tahun 1753 iaitu Carl Linnaeus telah berjaya menyenaraikan perkataan Latin untuk anjing iaitu ''canis''. Diantara spesies dalam genus ini adalah haiwan Rubah (Canis vulpes), Serigala (Canis lupus) dan Anjing Belaan Jinak (Canis canis).  Kemudian dalam tahun 1758 saintis tersebut telah memasukkan rubah, serigala dan jakal dan banyak lagi istilah yang kini disenaraikan sebagai sinonim kepada anjing bela jinak, termasuk aegyptius (anjing yang tidak berbulu), aquaticus, (anjing air) dan mustelinus (bermaksud "anjing bejar") dalam kumpulan sama. Anjing yangmeluas untuk anjing dipelihara dengan jinak dari spesies sama ada jenis  Canis domesticus dan juga paling utama adalah dari spesis Canis familiaris atau dipanggil ''anjing biasa''.


Walau pun anjing lebih popular sebagai haiwan peliharaan dan kesayangan manusia, didapati ia juga menjadi hidangan makanan yang penting bagi sesetengah negara dan bangsa didunia. Penulis blog ada melihat sendiri dimana daging anjing dimakan dan dijual dengan meluas di sesetengah negara Asia Timur termasuk Korea, China dan Vietnam (Sila anda lihat foto disebelah). Rakyat negara Vietnam yang berada di Malaysia juga didapati antara komuniti yang dikatakan makan anjing yang berada disekiling penempatan mereka. Amalam makan daging anjing ini dikatakan sebagai satu amalan sejak zaman purba. Laporan jurnal menyatakan sebanyak 13 -16 juta ekor anjing dianggarkan dibunuh dan dimakan di rantau Asia pada setiap tahun. Dalam laporan BBC News mendakwa bahawa dilaporkan hanya pada tahun 1999 terdapat lebih daripada 6,000 buah restoran yang ada menghidangkan sup diperbuat daripada daging anjing di Korea Selatan. Di negara Korea ada dilaporkan dimana antara baka anjing utama yang dibesarkan untuk daging adalah baka Nureongi iaitu sejenis baka yang berbeza daripada baka yang dibesarkan untuk peliharaan. Mungkin aktiviti menternak anjing untuk dijadikan sumber makanan dibeberapa negara dilakukan untuk tujuan bekalan daging anjing yang komersil. 


Dalam pada itu seramai 4.7 juta orang dianggarkan digigit oleh anjing pada setiap tahun dimana ia dikatakan digigit anjing gila yang menyebabkan penyakit Rabies. Sejarah ada melaporkan dimana pada tahun 1980-an dan 1990-an purata kematian kerana ini di Amerika Syarikat untuk penyakit gigitan anjing gila ini adalah seramai 17 pada setiap tahun. Kemudian dilaporkan dimana pada tahun 2000 keatas angka ini telah meningkat kepada seramai 26 orang. Didakwa dimana sebanyak 77% gigitan anjing yang terjadi adalah daripada anjing peliharaan keluarga atau rakan dan 50% serangan berlaku terhadap harta benda pemilik sah anjing itu. Anjing yag dijangkiti oleh kuman ini perlu dibasmi dengan segera dan sistematik untuk mengelakkan perebakkan berterusan. Rabies adalah sejenis jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.  Agen penyebab adalah virus rabies iaitu sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus. Cara jangkitan dimana virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Biasanya tempoh untuk pengeraman diantara 3 hingga 8 minggu atau seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun. Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik) biasanya pelawat berisiko mendapat jangkitan apabia atau jika berhubung kait dengan haiwan liar atau pun haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing. Antara tanda dan gejala Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis). Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan. Pesakit juga akan mudah terangsang serta berhalusinasi dan berasa takut pada kesan tiup­an angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut. Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh. Antara kesan komplikasi seperti sukar bernafas sehingga ianya akan menyebabkan kematian. Bagi rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon. 


Bagi rawatan khusus perlukan Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya. Lazimnya dengan beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik terus ke dalam kulit.  Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika ianya diperlukan) dan sebaiknya elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan). Sebagai langkah pencegahan lakukan vaksinasi untuk mencegah dari dijangkiti rabies. Disyorkan untuk semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies. Jenis vaksin yang sesuai adalah Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio) dengan bilangan suntikan sebanyak 3 dos iaitu pada hari 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos). Kemudian diberikan dos tambahan iaitu selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun dan bergantung kepada risiko pendedahan. Diantara kontra indikasi juga pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies. Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh. Individu yang telah merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies. Apa yang perlu adalah langkah berjaga-jaga dengan cara mengelakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.


Dalam Islam walaupun mazhab Maliki menganggap anjing dan seluruh tubuhnya tidak najis dan tidak haram disentuh, pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syarie. Mazhab Hambali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie (Sumber: Utusan Malaysia Online). Kita juga dilarang memelihara anjing untuk tujuan peliharaan atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. Ulama kontemporari, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) menegaskan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara anjing ke­cuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).  Menurut Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hukum memelihara anjing tanpa sebab yang muktabar termasuk menjadikannya binatang peliharaan adalah haram. Hadis di atas memberi ancaman pengurangan pahala kepada pembela anjing tanpa sebab muktabar. Menurut Al-Iraqi dalam kitabnya Tarh al-Tathrib, sesuatu yang mengurangkan pahala menunjukkan perbuatan itu adalah haram. Bukan semua orang suka dengan anjing. Salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Mereka yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing akan tahu bukan semua dapat bertahan dengan baunya. Salakan anjing dan bulu-bulu yang berterbangan di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan menjaga hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai. Dari segi keselamatan dan kesihatan juga ada baha­yanya. Terbaharu kes penularan virus rabies atau anjing gila yang meragut nyawa dua beradik di Serian, Sarawak, Selasa lalu. Selain itu, gigitan anjing, najis serta jilatannya berbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Ringkas cerita sebaiknya jangan suka-suka memelihara anjing. Banyak lagi haiwan lain yang boleh dijadikan peliharaan. Memelihara anjing juga menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk dalam rumah pemiliknya. (rujuk hadis Nabi SAW riwayat Muslim). Semuga artikel malam ini dapat memberika info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMA ANJING... TINGGI POPULASINYA...
ADA DIJUMPAI ...DISELURUH DUNIA...
DAGING ANJING... SUP DIJADIKANNYA..
DALAM ISLAM... ELAKKAN MEMPUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1803, Eastin Hotel,
Kuala Lumpur, 
Malaysia.
(7 Dulkaedah 1439H).
 Published from:
Anggerik Hostel, Intan Bukut Kiara,
Kuala Lumpur, WP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...