Support My Blog

Tuesday, May 21, 2024

SELASIH - APA FAKTANYA

SELASIH
(Ocimum basilicum Linn.) merupakan sejsnis tumbuhan herba yang ditanam untuk pelbagai tujuan kegunaan. Penulis blog dapati dimana tanaman ini juga dikenali sebagai Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic) dan juga dipanggil sebagai Bai horapa (Thai). Tumbuhan ini dari keluarga Lamiaceae (labiatae) mudah tumbuh di negara kita dimana kadang kala ia dijumpai tumbuh liar didalam belikar sahaja. Penulis blog dapati dimana selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tumbuhan ini sudah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Apa pun penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana terdapat sebanyak 35 spesis Selasih yang dikenalpasti akan tetapi yang paling biasa dijumpai di Malaysia dan kawasan tropika lain adalah seperti Ocimum americanum, Ocimum basilicum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum, Ocimum kilimandscharicum dan juga Ocimum tenuiflorum. Tumbuhan renek ini mudah ditanam dan dijaga dimana ia akan menghasilkan daun, bunga dan bijinya dalam masa singkat sahaja. Sebenarnya dari banyak spesis yang terdapat dinegara kita dilaporkan kebanyakan tumbuhan ini adalah berbau dengan mempunyai citarasa khas. Apa yang penulis blog buat ujian dimana tumbuhan ini kadang-kadang agak busuk (Langu), Bau Harum atau Bau Manis dimana ia juga tergantung kultivarnya. Dilaporkan ada beberapa di antaranya jika dimakan menyebabkan pemakannya akkan dapat rasa seperti mabuk. Walau pun kajian taksonomi mendapati ada beberapa jenis selasih yang mana ia berasal dari Asia Tenggara seperti Kemangi akan tetapi dilaporkan sebahagian besar adalah dari India. Dalam pada itu dikalangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini secara tradisionalnya mengenalinya sebagai Ocimum basilicum ("basil" atau "sweet basil") iaitu ia juga dikenali sebagai rempah yang diwariskan dari tradisi dari Yunani Kuno. Di India tanaman selasih yang paling dikenali merupakan jenis "tlasi" atau "tulasi" ("holy basil" dengan nama botaninya O. tenuiflorum syn. O. sanctum. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai fakta menari bagi selasih untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Fakta penting mengenai tumbuhan ini adalah mengenai 
morfologi tanaman selasih secara tepat. Tumbuhan selasih merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak dimana ia juga mengeluarkan aroma yang sangat harum. Ia boleh tumbuh dengan ketinggian sekitar 0.6 -1.6 meter dengan mempynyai warna batang yang hijau atau coklat yag bentuknya agak bersegi empat. Susunan daun selaish adalah jenis tunggal bertentangan dengan mempunyai tangkai yang berukuran panjang 0.5 - 2 cm dan berbentuk bulat telur dimana dibahagian hujungnya. Bahagian pangkal daun adalah agak meruncing dengan bahagian permukaan daun agak halus dan bintil-bintik kelenjar. Daunnya juga ada tulang daun menyirip dengan di tepinya bergerigi, panjangnya 3.5 - 7.5 cm dengan ukuran lebarnya adalah sekitar 1.5 - 2.5 cm. Daunnya juga ia mempunyai warna hijau tua dan apabila berbunga dilihat dimana bunganya berwarna putih atau lembayung atau pelbagai warna warna lain. Dibahagian kelopak sisi luar ada yang berambut, bulat telur terbalik dengan tepi mengecil sepanjang tabung. Biji selasih adalah bertekstur keras, berwarna coklat tua dimana apabila dimasukkan dalam air akan mengembang dan lembut.


Tumbuhan herba ini mudah tumbuh ditanah yang subur dan di tempat lembab dengan mana jika ada sedikit teduhan di tanah dataran rendah sampai ketinggian 450 meter. Tumbuhan ini dilaporkan ditanam secara kecil-kecilan atau secara komersil yang meluas bergantung kepada pasaran atau untuk kegunaan sendiri. Pengurusan bagi tanaman selasih mudah kerana tidak banyak perosak dan penyakit yang perlu dirawat. Penjagaan yang baik selalu membolehkan hasilnya dapat dituai dalam masa singkat sama ada dari bahagian daun, bunga atau pun bijinya. Dilaporkan kehebatan tanamaan selasih adalah kerana hasil kajian dan analisa makmal dilaporkan ia dilapor mengandungi bahan kimia berguna seperti bahagian daunnya yang ada komponen seperti Asid Kafeat, Asid kumarat, bahan Myresin, Rutin dan juga Kuersetin. Pada keseluruhan pokok herba ini juga ianya mengandungi minyak meruap yang terdiri daripada 1,8-Sineol, p-Cymene, Limonen, Linalool, Metilkaviol, Metil sinamat, Pinen, Safrol dan juga Alfa-Terpinen. Kajian juga nendapati dimana minyak selasih yang diekstrak sesuai digunakan sebagai bahan antibakteria yang sesuai untuk mengelakkan serangan dari Salmonella aureus, Salmonella enteritidis dan E. coli. Minyak ini juga ada kesan sebagai bahan Antifungi dimana dilapor merawat C. albicans, P. notatum dan Microsporeum gyseum. Unsur sepeti Kamfor, d-limonen, myresen dan timol mempunyai kesan sebagai bahan kawalan serangga perosak (repellent) dengan kemampuan dalam membunuh serangga sampai 90% pada konsentrasi 113 - 283 ppm. Dalam kajian lain ia telah dikaitkan dengan bahan antikanser. Pada bahagian daun Ocimum basillicum yang telah digunakan sebagai ubatan tradisional antikanser semulajadi secara tradisional. Kandungan Asid Fenolate yang tinggi didalam selasih dikaitkan dengan perkara ini. Apa pun penyelidikan saintifik perlu dijalankan berterusan mengenai perkara ini.


Dalam menggunakan daun selasih apa yang penulis blog paling suka adalah Makanan Ayam Daun Selasih Masak Cili Hijau dengan nasi panas. Makanan ini mudah disediakan menggunakan ayam daging biasa dan paling direkomen adalah menggunakan daging ayam kampong atau sekurang-kurangnya gunakan ayam telur tua (dagingnya keras sedikit). Bagi memasak makanan ini diperlukan bagan terdiri daripada 
1/2 ekor Ayam yang dipotong (saya suka ayam kampong), 6-8 biji Cili Hijau, 6 biji Cili Padi Hijau, 6 ulas Bwg Puti (ia di tumbuk kasar), 1 batang serai yang diketuk, 1" halia yang di hiris, 1 biji bawang besar  juga di hiris,1 sudu besar sos Ikan, 2 sudu besar sos tiram, 1 biji tomato yang di potong, Daun Selasih ambil seberapa banyak disukai dan garam. Cara memasaknya dengan memanaskan beberapa sudu minyak dan di tumis bahan tumbuk ramuan sehingga wangi. Kemudian bahan lain dimasukkan adalah serai, halia, bwg besar serta mesti di kacau sebentar. Seterusnya dimasukkan daging ayam, sos ikan, sos tiram dan di kacau sebati. Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk. dan kemuidan ia ditutup sehingga ayam betul-betul masak. Sebaiknya ditambahkan garam jika tidak cukup masin. Akhir sekali adalah dimana dimasukkan herba daun selasih dan hirisan tomato dan di kacau beberapa minit dan angkat untuk dihidangkan. 


Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Selasih Bekal Tenaga di bulan puasa' untuk dikongsikan kali ini. Apa pun dilaporkan sajian enak dan menyegarkan sememangnya menjadi pilihan utama ketika berbuka khususnya bagi kanak-kanak, apatah lagi dalam cuaca panas begini. Tidak kira di bazar Ramadan mana pun selalunya juadah yang dibariskan atas meja jualan memang menarik perhatian dan kadangkala membuatkan pembaca blog rambang mata. Apa pun pada bulan mulia inilah semua akan bertemu pelbagai juadah pencuci mulut dan kuih-muih yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Ada juadah resipi baru dan memang tidak kurang juga yang mengambil usaha untuk mengetengahkan semula kuih-muih tradisional yang semakin dilupakan semuanya bergantung kepada kreativiti si penjual. Apa pun menyentuh soal kreativiti pembaca juga bolehlah menyediakan juadah enak yang mudah dengan mengubah suai sedikit resipi sedia ada. Bagaimanapun yang masih tiada ilham maka semua boleh mencuba dua resipi pertama mudah dengan menggunakan biji selasih bernama '
Puding kelapa biji selasih' untuk di ujirasa. Bahan disediakan adalah 200 ml santan, 2 sudu kecil madu (boleh juga gunakan gula Melaka atau pemanis pilihan), 2½ sudu besar biji selasih, Seikat daun pandan dan 2 buah mangga dipotong dadu. Cara penyediaan iaitu dengan menggaulkan santan, madu dan biji selasih di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pandan dan biarkan dalam peti sejuk buat semalaman. Langkah seterusnya adalah mengasingkan daun pandan dari puding dan boleh dihidangkan dingin bersama kiub mangga. Resepi ke dua adalah 'Teh bunga kekwa selasih' dimana bahan diperlukan adalah beberapa kuntum bunga kekwa kering, 1 sudu besar biji selasih, air panas mendidih secukupnya dan bahan pemanis pilihan secukup rasa. Cara penyediaan adalah dengan memasukkan bunga kekwa ke dalam secawan air yang sudah dididihkan dan perlu dibiarkan seketika. Kemudian ditambahkan biji selasih dan pemanis pilihan dan ia boleh diminum panas atau sejuk. Apa pun mungkin ramai yang tidak tahu biji selasih atau dipanggil biji chia ini sebenarnya kaya dengan omega-3, protein, serat, antioksidan, kalsium, magnesium dan vitamin B3. Didakwa dengan pengambilan 10 gram biji selasih (kira-kira dua sudu makan) ketika bersahur boleh membekalkan tenaga untuk anda menjalani ibadat puasa. Pembaca boleh manfaatkan kebaikan biji selasih yang bukan saja murah malah mudah untuk disediakan. Apa pun jika tiada ilham untuk menghasilkan resipi sendiri, anda boleh menyediakan puding kelapa biji selasih pada waktu malam supaya ia boleh dinikmati sejuk ketika berbuka keesokan harinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SELASIH... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI CARA...
MUDAH DITANAM.. DI RUMAH SAHAJA...
ADA RESEPI AYAM... KENA UJIRASA...
DUA RESEPI... AKHBAR JELASKANNYA...
BAC ARTIKEL... HATI TURUT SUKA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1444H).
Kemaskini pada;
11 Zulkaedah 1445H
Parkroyal A'Formosa Resort,
Alor Galah, Melaka.

Monday, May 20, 2024

KOSTING TANAMAN BETIK 2023

KOSTING TANAMAN BETIK (Carica papaya) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Betik di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 ha) diikuti dengan Pahang (267 ha) dan Sabah (258 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Buah Betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat-zat galian dan dapat membentu dalam mencernakan serta mwngelakan kejadian sembelit. Dalam memulakan usaha baru penanaman betik perlu dibuat bajet dimana semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Betik semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Di Malaysia terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimpot dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya termasuk varieti Sunrise Solo, Callina dan Honey Dew. MARDI telah mengeluarkan Betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Jenis betik Piola merupakan betik yang berasaskan dari betik Eksotika 3 yang di promosikan oleh MAFC untuk tujuan domestik dan ekspot yang banyak ditanam di kawasan Lanchang. Pahang. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betik Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Betik mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak dalam pengendaliannya. Antara penyakit yang serious adalah Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan Penyakit Papaya Dieback. Kedua-dua penyakit ini di gazetkan dibawah Akta Perlindungan Tanaman 1974 yang mana pokok betik yang dijangkiti perlu dimusnahkan segera. Industri betik Negara terjejas teruk dengan serangan kedua-dua penyakit ini sejak 10 tahun dahulu yang menyebabkan kerugian berjut ringgit setiap tahun. Penulis blog mempunyai pengalaman dalam operasi membenteras kedua-dua penyakit ini diseluruh negara dahulu.



KOSTING TANAMAN BETIK (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : BETIK (Carica papaya)

2. Varieti Betik        : Betik Sekaki, 

3. Jarak Tanaman   : 2.0 m x 3.0 m 

4. Kepadatan          : 1,650 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 3 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (3 tahun):

7. Potensi Hasil Betik   :  185,6250 kg/ha 

8. Purata berat sebiji    :  1.5 kg

9. Pendapatan Kasar   : RM 278,437.50

10. Angaran Pendapatan Bersih - RM 96,765.25 


ALIRAN WANG KELUAR ( 3 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan  : RM 26,500.00

12. Kos Bahan Input               : RM 96,149.30

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 43,200.00

14. Kos Pelbagai                    : RM 5,060.00

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 181,672.25


ANALISA KEWANGAN KELAPA MATAG:

16. iRR (Internal rate of Return)   : 130%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 76,311.00

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 1.53

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.53)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM0.99 

20. Tempoh Pulang Modal Betik   : Tahun ke 2


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan bagaimana 'Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan' menarik di rujuk. Bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan tidak pernah menjangkakan tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan. Bagi Mohamed Omar (66) yang mendakwa dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi dapat mengisi masa di waktu lapang. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Situasi itu menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan, Betik ini memang ia mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Ia berpotensi serta permintaan tinggi dia memberanikan diri dengan mengusahakan tanaman tersebut secara komersial. Bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar dan akan tambah luas kawasan lain. Dakwanya setakat ini permintaan terhadap buah betik sangat tinggi namun bekalannya terhad dimana walaupun dia sudah berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan. Dia memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial. Kini dia sendiri memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Apa pun dengan mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat. Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik akan tetapi pokok betik tetap memerlukan air yang cukup. Isu hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak apa lagi kalai tanaman ditenggelami air. Penanaman betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 lalu bagi mengisi masa di waktu lapang dimana pokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh selalu ia diremajakan semula. Ia ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh dijaga baik bagi menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa. Apa pun disepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
..
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

Sunday, May 19, 2024

AGROVOLTAIC - KEHEBATAN DAN ISU

AGROVOLTAIC
atau Agrivoltaic adalah bentuk baru tenaga (energy) matahari yang menggunakan panel solar untuk menghasilkan tenaga eletrik dengan digabungkan bersama aktiviti pertanian bagi menghasilkan makanan. Inovasi ini dengan menggunakan tumbuhan, ternakan atau mungkin ternakair sebagai aktiviti sampingan dimana ia juga dapat menghasilkan tenaga letrik dinamakan 'Agrivoltaic' yang mesra alam dimana akhirnya kaedah ini akan dapat menjana tenaga dengan mengurangkan isu kebergantungan kepada bahan bakar fosil. Bagaimana pun teknologi ini perlu diteliti dari segi rekabentuk dengan disesuaikan dengan keperluan tanaman atau ternakan yang ingin di lakukan dibawahnya agar mampu memberikan persekitaran sesuai untuk sektor pertanian dengan ketinggian tiang solar panel sebaiknya ia melebihi 3 meter dan jarak yang sesuai. Ini kerana tumbuhan sama ada tanaman makanan atau rumput ragutan emmang ia memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis walau pun sebahagiannya akan di serap oleh panel solar bagi tujuan menghasilkan tenaga eletrik. Beberapa negara didunia ini sudahpun melaksanakan projek agrovoltaic yang memberikan tenaga dan juga bahan makanan dengan baik kepada mereka. Ramai kalangan orang di Malaysia belum kenal bahkan ramai rakan-rakan di Jabatan Pertanian dan agensi lain masih belum pernah mendengar 'Agrovoltaic' atau pun melihat sendiri inovasi tersebut. Bagi penulis blog yang pernah ke negara UAE, Jepun, China, Korea dan beberapa negara di Eropah ada beberapa kali membuat beberapa tinjauan mengenai agrovoltaic ini. Dari segi sejarah dimana Agrovoltaic adalah teknologi yang relatif baru walau pun ia sudah ada sejak beberapa dekad lalu. Asasnya adalah pemasangan banyak panel solar dan bateri serta kelengkapan lain di kawasan lapang yang banyak cahaya matahari. Apa pun banyak isu teknikal perlu disesuaikan kawasan solar panel untuk hanya menjana letrik dengan rekabentuk jika hendak di gabungkan dengan aktiviti pertanian. Dilaporkan dimana diantara m
anfaat Agrivoltaic termasuk kesan terhadap persekitaran seperti  pengurangan perlepasan karbon (carbon emmision) dan peningkatan kualiti udara. Dari segi faedah ekonomi pula dilihat agrovoltaic ini memberikan pulangan dalam bentuk pendapatan dari tenaga letrik dan juga menghasilkan wang dari aktiviti pertanian yang di lakukan. Faedah sosial dimana ia akan melibatkan masyarakat setempat dalam model pemilikan bersama atau menggunakan kawasan untuk pelbagai aktiviti pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya kupas mengenai apakah dia kehebatan dan isu berkatan dengan inovasi Teknologi Agrovoltaic sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Selalunya penggunaan panel suria (solar panel) dulu ia lebih di tumpukan kepada penggunaannya bagi kawasan rumah yang terpencil yang sukar mendapatkan bekalan tenaga letrik grid nasional dan ia berskala kecil saja. Bagaimana pun kini di Malaysia sudah ada banyak 'Kilang Tenaga Solar Panel' sehingga ratusan ekar yang menghasilkan tenaga eletrik dan di sambung dengan gred TNB nasional. Projek panel suria sudah ada di banyak negeri di Malaysia dimana antara yang mudah dilihat semasa perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA iaitu dinamakan p
rojek tenaga solar berskala besar (LSS) atau TNB Sepang Solar (Sila lihat foto disebelah). Lokasi ini yang terletak di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor didakwa  merupakan sebagai LSS terbesar pertama negara yang mana ia telah dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dimenangi secara bidaan kompetitif melibatkan kos pelaburan berjumlah RM348 Juta. Loji solar hebat ini berkapasiti 50MW dan terdiri daripada 230,000 panel solar serta kabel bawah tanah gentian optik sepanjang 10km dengan kuasa 132kV. Projek ini menjadi bukti aspirasi dan komitmen Syarikat TNB ke arah pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy atau RE) di Malaysia. Bagaimana pun teknologi yang di buat di LSS Sepang ini menggunakan pemasangan panel suria yang rendah tiangnya dimana khusus untuk manjana tenaga letrik sahaja dan bukan untuk kegunaan bersama sektor pertanian. Kalau melihat bagaimana negara China yang melaksanakan projek tenaga solar dimana mereka memasang ratuasan hektar kilang ini di kawasan gurun dan beberapa lokasi lain untuk menjana tenaga letrik amat signifikan. Kini dengan adanya inovasii agrovoltaic dilihat potensi menggabungkan keduanya sudah menjadi sasaran di banyak negara didunia. Pada peringkat awal ramai orang awam agak sangsi tentang idea agrovoltaic kerana mereka melihat mnungkin ada kesan negatif seperti kesan radiasi, kesan panas, ketidakselesaan dan takut akan bahaya renjatan eletrik. Sebenarnya belun ada kajian terperinci  terhadap perubahan di persekitaran dengan keberadaan yang berdekatan dengan kawasan penduduk dalam masa jangka panjang. Oleh itu di Malaysia dimana cara pemilihan lokasi dan pemasangan panel suria ini masih dipastikan ia berjauhan dengan kawasan penduduk padat. Apa pun yang pasti dimana kilang solar ini sudah pasti ia mampu menjana tenaga letrik untuk kegunaan semua pihak. Apa pun inovasi agrovoltaic dijangka akan melengkapkan lagi kesejahteraan manusia kerana selain mampu menjana tenaga ia juga akan menjana bahan makanan dengan penanaman tanaman makanan, ternakan dan ternakair.


Selain daripada kebaikan akan faedah diterima mengenai agrovoltaic terfikir sebenarnya a
pakah ujud masalah dengan inovasi Agrovoltaics?. Memang semua tahu dimana apabila populasi dunia terus bertambah maka jumlah permintaan untuk makanan dan tenaga juga terus meningkat. Agrivoltaics yang kini menjadi inovasi alternatif terbaik dimana ia melibatkan penempatan bersama panel solar dan aktiviti pertanian difikirkan ia dicadangkan sebagai salah satu cara penyelesaian yang berpotensi untuk mengatasi cabaran ini. Idea dengan menggunakan tanah yang sama untuk kedua-dua pengeluaran tenaga solar dan penanaman tumbuhan untuk hasilkan makanan dimana idea agrivoltaics berpotensi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tanah tersebut, mengurangkan penggunaan air dan menjana tenaga boleh diperbaharui. Apa pun dilihat di sebalik potensi manfaat ini sudah difikir jika mungkin akan terdapat beberapa masalah dengan agrivoltaics yang mesti ditangani. Perlu di ketahui jika model panel solar photovoltaic (PV) mampu untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik dimana boleh menjadi sumber tenaga boleh diperbaharui yang semakin popular di seluruh dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini dilihat dimana ia juga satu pendekatan baru untuk pengeluaran dari tenaga suria telah muncul digabungkan dengan aktiviti pertanian dengan terminologi sebagai 'Agrivoltaics'. Asasnya dimana Agrivoltaics ialah lokasi khas bersama panel solar dan aktiviti pertanian yang sesuai dipilih seperti aktiviti penanaman tanaman makanan (sayuran, bijirin, buah-buahan terpilih dsb) serta aktiviti ternakan haiwan terpilih. Apa pun tujuan utama  agrivoltaics disesuaikan adalah untuk menggunakan tanah yang sama untuk pengeluaran tenaga suria dan pengeluaran makanan dimana ini akan dapat kemudian ia meningkatkan kecekapan penggunaan tanah dan potensi mengurangkan penggunaan air. Teknologi ini dilihat ia boleh membantu menangani dua cabaran penting yang kritkal oleh masyarakat  dihadapi dunia iaitu asas keperluan untuk tenaga boleh diperbaharui dan keperluan untuk menghasilkan lebih banyak makanan apabila populasi global bertambah dan keberadaan tanah sesuai pertanian semakin berkurang.


Menyentuh mengenai beberapa faedah inovasi agrivoltaics dimana antaranya adalah berlaku hasil
 peningkatan kecekapan penggunaan tanah. Daripada mendedikasikan plot tanah secara ianya berasingan untuk pertanian dan untuk pengeluaran tenaga suria dimana cara agrivoltaics membolehkan kedua-dua aktiviti dijalankan di tanah yang sama. Ini bermakna bahawa terdapat kurang keperluan untuk tanah yang dikhaskan semata-mata untuk pemasangan panel solar yang boleh memberi manfaat terutamanya di kawasan yang kekurangan tanah. Di Korea Selatan ada projek menanam padi dengan di pasang panel suria dan mempu bagi menjana beras dan tenaga eletrik pada kawasan yang sama (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana antara satu lagi faedah berpotensi agrivoltaics ialah peningkatan kecekapan penggunaan air. Kini dengan menyediakan naungan untuk tanaman dilhat yang panel solar boleh membantu didalam cara mengurangkan kejadian sejatan iaitu satu proses kehilangan air melalui tumbuhan dan tanah. Isu ini dilihat ia  boleh membantu menjimatkan air dan menjadikan pertanian lebih mampan di kawasan yang kekurangan air. Kemudian dimana agrivoltaics juga boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar dengan pemasangan panel solar. Dalam keadaan biasa apabila dibuat projek pemasangan panel solar berskala besar dikawasan luas kemudian boleh mengganggu ekosistem dan menyebabkan kess-kes hakisan tanah akan tetapi dengan cara agrivoltaics dilaporkan ia boleh membantu mengurangkan kesan hakisan tanah ini dengan mengekalkan landskap pertanian sedia ada dan berpotensi meningkatkan biodiversiti. Seperti banyak kali dilapor diatas yang pasti adalah dimana projek agrivoltaics boleh membantu menjana tenaga boleh diperbaharui. Caranya adalah dengan mana ia menggunakan rekabentuk khusus iaitu dengan menempatkan bersama panel solar dan aktiviti pertanian. Kemudian ia akan berpotensi dalam usaha menghasilkan tenaga elektrik dari kawasan yang hampir dengan tempat yang paling diperlukan dimana ini akan menjadikannya lebih mudah untuk konsep menyepadukan sumber tenaga boleh diperbaharui ke dalam infrastruktur tenaga.


Bagaimana pun ada beberapa isu dan m
asalah dengan agrivoltaics yang perlu dikatahui. Ini kerana disebalik potensi manfaat agrivoltaik mungkin terdapat beberapa cabaran yang mesti ditangani untuk menjadikan inovasi pendekatan pengeluaran tenaga dan penanaman makanan ini berdaya maju. Penulis blog dalam satu lawatan ke lokasi diberitahu dimana salah satu cabaran utama agrivoltaics ialah potensi kesan teduhan pada tanaman. Apabila panel solar dipasang di atas tanaman tanpa susunan dan jarak yang sesuai maka ia boleh mengurangkan jumlah cahaya matahari yang akan sampai kepada tumbuhan atau tanaman. Kesan nyata adalah bergantung kepada jenis tanaman dimana ada tanaman yang kemudian berpotensi mengurangkan hasil tanaman sebab kurang cahaya matahari. Secara teknikal dimana perlu  ada sistem penyelidikan yang boleh tunjukkan bahawa teduhan yang disebabkan oleh panel solar sebenarnya boleh memberi manfaat kepada tanaman tertentu termasuknlah jenis sayur-sayuran berdaun dan sayur-sayuran umbisi atau yang serupa dengannya. Tanaman terpilih ini sebaiknya ia memang tidak memerlukan cahaya matahari penuh dan boleh mendapat manfaat daripada perlindungan yang disediakan oleh panel solar. Ada isu lain dimana boleh berlaku kerosakan angin dan hujan batu atau bencana alam yang lain kepada panel solar dan tumbuhan jika berlaku dan ini amat merugikan. Kedua isunya dimana cabaran agrivoltaics ialah keperluan untuk mengimbangi pengeluaran tenaga dan produktiviti pertanian. Untuk menjadikan agrivoltaics boleh dilaksanakan maka panel solar mesti disusun sedemikian rupa agar tidak mengganggu operasi pertanian atau hasil tanaman. Ini boleh menjadi satu cabaran kritikal kerana panel solar memerlukan sejumlah ruang dan tidak boleh dipasang jarak terlalu rapat. Ketiga adalah menyentuh mengenai isu yang berkaitan dengan kos dan penyelenggaraan dimana cara Agrivoltaics mungkin ia boleh menjadi lebih mahal untuk dipasang dan diselenggara daripada pemasangan panel solar tradisional. Ini kerana cara pemasangan agrivoltaics mungkin dengan banyak memerlukan infrastruktur tambahan seperti sistem pagar yang berfungsi untuk melindungi tanaman daripada haiwan, isu dari kerosakan angin dan juga pencerobohan manusia. Selain itu isu dimana cara pemasangan agrivoltaics memerlukan kerja pembersihan yang lebih kerap kerana panel solar boleh ianya menjadi kotor daripada habuk dan serpihan dimana ini juga akan mengurangkan kecekapan menghasilkan tenaga. Cabaran dan isu lain adalah mungkin terdapat halangan sosial dan budaya kepada penggunaan agrivoltaics. Ramai petani mungkin masih teragak-agak untuk menerima pakai teknologi baharu ini atau mungkin bimbang tentang kesan panel solar terhadap amalan pertanian sedia ada yang akan berlaku. Mungkin terdapat kebimbangan mengenai cara penggunaan tanah dan hak harta kerana kebanyakkan petani mungkin teragak-agak untuk menyerahkan kawalan tanah mereka kepada syarikat atau organisasi luar yang mempunyai modal besar untuk membuat pelaburan. Pada penulis blog berpendapat dimana inovasi agrivoltaics berpotensi menjadi penyelesaian yang menjanjikan kepada beberapa cabaran paling mendesak di dunia dimana ia termasuk keperluan untuk tenaga boleh diperbaharui dan keperluan untuk menghasilkan lebih banyak makanan apabila populasi global semakin meningkat. Walau ada terdapat beberapa cabaran ia mesti ditangani untuk menjadikan pendekatan pengeluaran tenaga dan penanaman makanan ini berdaya maju. Cabaran ini termasuk kesan teduhan pada tanaman, mengimbangi pengeluaran tenaga dan produktiviti pertanian, isu kos dan penyelenggaraan dan halangan sosial dan isu budaya untuk diterima pakai orang awam. Dengan penyelidikan dan inovasi yang berterusan, agrivoltaics berpotensi untuk menjadi pilihan teknologi yang menjanjikan untuk pengeluaran tenaga dan pertanian yang mampan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA AGROVOLTAIC... IA INOVASI BERGUNA...
PANEL SOLAR DIATAS...TANAMAN BAWAHNYA....
HASILKAN MAKANAN... TENAGA LETRIK JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 805, Hotel Tenera,
Persiaran Bangi, Bangi,
Selangor,
Malaysia.
(9 Zulkaedah 1445H).
Posted from,
Room 6006, Hotel Classic,
No 49, Jalan Ali, Muar, Johor.

Saturday, May 18, 2024

KOSTING PISANG BERANGAN 2023

KOSTING TANAMAN PISANG BERANGAN
(Musa spp) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Keluasan tanaman pisang di Malaysia pada tahun 2023 dilaporkan seluas 27,580 hektar meliputi pelbagai varieti dengan hasil sebanyak 342,833 metrik tan. Tanaman pisang dilaporkan ia paling luas di tanam di Johor (8,366 ha) diikuti dengan Pahang (3,540 ha) dan Sabah (4,292 ha) yang mana dilihat kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan juga ada sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting bagi tanaman Pisang Berangan semoga ia dapat dijadikan panduan pembaca dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Saya ada menulis banyak artikel dalam blog ini mengenai tanaman pisang termasuk bagi jenis pisang beragan. Amalan agronomi penanaman pisang berangan dimana s
etiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja. Apa pun pengalaman penuis blog dimana untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja dan selebihnya dibuang bersama jantung. Amalan ini penting untuk dapat petani dalam menghasilkan buah ynag besar dan berat yang maksimum. Dalam pada itu setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam dimana menggunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja. Sebaiknya pada anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur. Kemudian setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.  Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh. Amalan agronomi termasuk pembajaan boleh dilakukan dimana semasa mula menanam diberikan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam dan setelah pokok berumur 3 bulan tabur baja subur iaitu baha NPK 15:15:15. Seterusnya setelah pokok berumur 6-7 bulan maka beoleh di tabur baja buah NPK12:12:17:2 dimana cara memberikan baja pada kadar hanya segenggam atau pun sebanyak 250gram setiap pokok. Kerja mengawal rum[u atau merumpai menggunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk kerja merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok untuk elakkan pokok tumbang. Sebaiknya bagi meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air dan dipasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum. Mengenai kawalan penyakit dimana jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih. Akhir sekali semasa memetik pisang berangan dimana sebaiknya buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau dilighat sudah kering.
 


KOSTING TANAMAN PISANG BERANGAN (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : Pisang Berangan (Musa spp)

2. Varieti Tanaman  : Pisang Berangan Tempatan

3. Jarak Tanaman   : 2.5 meter x 2.5 meter 

4. Kepadatan          : 1,600 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 2 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (2 tahun):

7. Potensi Dapat Hasil         :  67,200 kg 

8. Purata harga (RM/kg)      :  RM2.00 

9. Pendapatan Kasar          : RM 134,400.00

10. Pendapatan Bersih       : RM   16,694.00 


ALIRAN WANG KELUAR ( 2 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan  : RM 33,170.00

12. Kos Bahan Input               : RM 47,931.00

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 28,800.00

14. Kos Pelbagai                    : RM 2,200.00

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 117,806.00


ANALISA KEWANGAN PISANG BERANGAN:

16. IRR (Internal rate of Return)   : 26%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 8,846.00

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 1.14

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.14)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM 1.75 

20. Tempoh Pulang Modal Betik   : Tahun ke 2


Menarik dalam bharian,com melaporkan dimana 'FGV sasar hasilkan sejuta pisang klon tahun 2022' untuk dirujuk. Apa pun di;aporkan dimana Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan pasaran. Penerokaan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam kajian pisang klon membuka peluang kepadanya untuk mereka  menghasilkan pengeluaran besar-besaran varieti berkualiti tinggi dengan sasaran menghasilkan sejuta pisang klon menjelang 2022. Sasaran itu adalah peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran semasa untuk memenuhi permintaan pasaran khususnya pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang, yang sekali gus membolehkan FGV memenuhi sekitar 30 peratus permintaan penggunaan negara untuk pisang. Kualiti tinggi benih pisang klon yang dihasilkan terbukti dengan lebih dari enam juta ramet pisang berangan terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu pengeluar benih pisang klon terbesar di Malaysia. Pusat Inovasi FGV yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan industri sawit di dalam tempoh tanam semula dan petani pisang di negara ini. Kini dengan beberapa penyelidik yang berpengalaman dan berdedikasi dalam pengeluaran kultur tisu, nasihat teknikal dan operasi tapak semaian, FGV mempunyai kepakaran untuk menyokong usahawan agro pisang dan pekebun kecil dengan benih pisang klon yang terbaik, kontrak pengklonan pisang dan pertanian kontrak. Ini selari dengan langkah strategik FGV untuk meluaskan inisiatif Pertanian Bersepadu dan pada masa sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus atau bersamaan 1.7 juta anak benih yang akhirnya akan meningkatkan kehidupan petani pisang di Malaysia. Jenis Pisang dikenal pasti mempunyai permintaan yang paling tinggi dan tanaman kontan terlaris di Malaysia yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kelapa sawit semasa fasa belum matang dengan cara menggunakan sistem tanaman selingan. Varieti pisang yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan petani tempatan adalah Pisang Berangan dan FGV kini menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Pokok pisang induk FGV iaitu klon berangan diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Anak benih pisang klon yang dihasilkan oleh FGV bebas dari penyakit, mempunyai pertumbuhan yang seragam dan mampu menghasilkan hasil lebih awal dibandingkan dengan bahan penanaman sulur. Anak pokok pisang klon FGV merangkumi beberapa jenis seperti tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian yang terletak di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) dan Lahad Datu (Sabah). Anak pokok pisang klon juga dijual secara dalam talian melalui platform Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd. FGV kini mengembangkan bahan penanaman klon untuk tanaman bernilai tinggi seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman air untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 

INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

Friday, May 17, 2024

KOSTING TANAMAN MELON FERTIGASI 2023

KOSTING TANAMAN MELON 
(Cucumis melo Linn) sudah banyak berubah pada masa ini akibat banyak faktor yang mana ia naik berbanding dengan 10 tahun dahulu. Tanaman Melon dilaporkan dalam kategori tembikai iaitu untuk pasaran domestik dan sedikit eksport. Keluasan tanaman tembikai (termasuk melon) di Malaysia pada tahun 2023 seluas 8,523 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 179,753 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tembikai paling luas di tanam di Kelantan (2,187 ha) diikuti dengan Pahang (2,129 ha) dan Johor (793 ha). Analisa kos pengeluaran tanaman kontan termasuk tembikai d lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakunya wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci penulis blog syor supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya paparkan kosting tanaman Tanaman Melon Fertigasi semuga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat kajian dan perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Tanaman buah Melon adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga Cucurbitaceae yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang agak menarik dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Cara menanam melon dilakukan di tanah lapang atau secara Fertigasi didalam rumah Struktur Pelindungan Hujan (SPH) yang ditanam untuk sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan juga eksport.  
Penyediaan tanah dengan membajak dikawasan terbuka akan dibuat dengan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan MYGAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu serta boleh merugikan petani dengan teruk. Pengalaman penulis blog dalam mebuat tinjauan dikawasan tanaman melon diseluruh negara mendapati dimana ada beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) boleh menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (disebebkan oleh Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan terutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga amat merbahaya kepada tanaman melon yang perlu dikawal. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Penyakit Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Isu serangan Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat 'farm surveilance'. Tanaman melon memerlukan teknik kawalan yang baik bagi mempastikan penghasilan yang baik dan berkualiti. Kosting bagi tanaman elon fertigasi ini boleh berubah jika menanam berlainan varieti dan sistem fertigasi yang berlainan juga.



KOSTING TANAMAN MELON (0.4 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : MELON (Cucumis melo)

2. Varieti Tanaman     : MELON (Banyak varieti)

3. Bilangan SPH (60'x100') : 4 unit (1 unit = 3 bay)

4. Kepadatan Pokok           : 4,800 polibeg

5. Jarak Tanaman Fertigasi: 0.6 m x 0.6 m

6. Jangkahayat ekonomik   : 0.25 tahun

7. Intensiti tanaman setahun : 3 musim

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ Setahun):

                                            SEMUSIM            SETAHUN

7. Hasil  Melon (Kg/ha)         9,600                28,800 

8. Harga Ladang (RM/kg)        4.00                   4.00

9. Pendapatan Kasar (RM)    38,400              115,200

10. Pendapatan Bersih (RM)   26,071.65      86,908.65


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/Setahun):

                                               SEMUSIM            SETAHUN

11. Kos Awal SPH + infra (RM)  150,940                 Tiada

12. Kos Bahan Input (RM)          22,103                  29,721

13. Kos Tenaga Kerja (RM)          4,800                 14,400

14. Kos Pelbagai (RM)               32,703                  74,076

15. Kos Luar Jangka (10%)       1,625.15              2,942.15

16. Jumlah Kos Pengeluaran   34,338.15            48,091.35


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 25%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 65,206.54

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.31 

20. Titik Pulang Modal                : RM 3.05 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun 3 


Menarik dalam hmetro.com kisah dimana usahawan melon 'Berkebun Sebelum Subuh' 
menarik untuk di kongsikan. Apa pun jik aberbudi kepada tanah maka lambat-laun akan mendapat hasilnya. Siapa sangka jika ia bermula sekadar hobi mengisi masa lapang untuk melepaskan tekanan bekerja seharian seorang pelukis pelan Mohamad Yazid (33) kini mampu berbangga apabila kebun mini melon yang telah diusahakannya membuahkan hasil lumayan (Sila lihat foto diatas). Usaha bapa kepada seorang cahaya mata itu wajar diberikan pujian kerana daripada hanya 10 pokok, halaman rumahnya kini memiliki kira-kira 900 pokok melon yang baru berbuah dan dituai. Dia dakwa meskipun berasal daripada keluarga pekebun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu mencetuskan minat yang serius untuk berkebun kerana ia menjadi terapi menghilangkan tekanan kewangan dan emosi. Tanaman pertama di buat dalam kawasan halaman rumahnya adalah padi kemudian pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kubis, sawi, terung, timun, cili, salad, jagung dan banyak lagi. Kalau sebelum ini, rumah lama memiliki keluasan tanah yang terhad dan alhamdulillah apabila dapat berpindah ke rumah baharu yang mempunyai halaman lebih luas, ia ibarat syurga buatnya. Disebabkan melon memerlukan penjagaan rapi, kini saya hanya memberi tumpuan kepada tanaman itu sahaja. Pada setiap musim ada empat jenis melon ditanam iaitu 3 varieti terdiri dari Golden Melon (Chanchai dan Khaitongkham dari Thailand), R41 dari Belanda dan satu lagi Sweet Emerald dari negara Malaysia. Dia selalu mencuri masa untuk berkebun sebelum Subuh dan selepas waktu kerja hingga ke lewat malam. Apa pun kini semua empat melon itu menjadi pilihan kerana ia lebih manis dan rangup sesuai dengan cita rasa masyarakat di Malaysia. Menanam melon memiliki cabaran tersendiri kerana ia jenis sensitif yang perlu dibelai dan dijaga setiap hari, bukannya 'tanam dan tinggal'. Memandangkan ditanam secara terbuka di halaman rumahnya apabila tanaman itu turut juga berdepan dengan cabaran cuaca. Pokok mudah mati jika ditimpa hujan yang kerap selain itu, harga baja juga semakin meningkat dan saya terpaksa mencari kaedah penanaman lain yang lebih menjimatkan penggunaan baja seperti dengan menggunakan kaedah High Density Planting (HDP). Ini sekali gus dapat maksimum ruang dengan hasil yang lebih lumayan. Dia juga dakwa tanaman melon bukanlah tanaman bermusim dan ia hanya mengambil masa antara 60 hingga 72 hari untuk satu pusingan. Selalunya satu pokok hanya mengeluarkan sebiji buah dan selepas selesai tuaian, pokok perlu dibuang selain kawasan dibersihkan untuk persediaan musim tanaman baharu. Melon adalah sejenis tanaman sensitif dimana ia memerlukan penjagaan rapi. Pada musim ini, semua pokok mengeluarkan buah yang diharapkan, saya bersyukur kerana usaha ini membuahkan hasil sekali gus dapat menambah pendapatan keluarga. Kebun ini juga hasil bantuan tenaga anak, isteri dan ahli keluarga lain yang banyak membantu memberi sokongan serta meringankan kerja menanam. Dia kini berhasrat meluaskan kawasan tanaman melon dan mengalu-alukan sekiranya ada pihak ingin bekerjasama kerana ketika ini modal yang digunakan terhad iaitu menggunakan simpanannya sendiri. Kursus untuk sesiapa mempelajari ilmu pertanian juga agak mahal dan dia mengambil inisiatif mempelajari sendiri melalui media sosial dan perkongsian ilmu daripada individu yang terlebih dahulu menceburi bidang tanaman itu. Bagi yang ingin mula berkebun di halaman rumah, nasihat saya sebaik-baiknya memulakan dengan tanaman yang lebih mudah dahulu dan sediakan medium tanah yang sesuai. Kena dapatkan sedikit sebanyak ilmu mengenai tanaman yang mahu ditanam dan paling penting jangan sesekali berputus asa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
TANAM MELON...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...