KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 30, 2017

DURIAN BELANDA - SIRSAK

DURIAN BELANDA (Annona muricata) atau di Indonesia lebih dikenali dengan nama 'Sirsak' merupakan sejenis buah-buahan yang semakin diminati ramai. Buah durian belanda memang sama sekali tidak sama dengan jenis buah durian (Durio ziberthinus) yang dikatakan sebagai 'Raja Segala Buah" dimana di negara Indonesia dipanggil sebagai 'Duren'. Sejarah menunjukkan buah durian belanda bukan berasal dari buah tempatan kerana ia dipercayai dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh zaman kolonial dahulu dari kawasan Hindia Barat. Buah durian belanda yang telah masak sesuai dimakan dalam keadaan segar setelah kulitnya dikupas terlebih dahulu. Isinya yang berwarna putih krim amat manis (jenis yang manis) atau masam (jenis yang masam) atau rasa yang sederhana sahaja. Di Malaysia terdapat beberapa varieti durian belanda yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian seperti tulisan saya sebelum ini (Sila rujuk disini) untuk mengetahui varieti tersebut. Selain dari itu juga durian belanda banyak digunakan untuk membuat pes buah, jus, pati buah, dodol, digoreng dan untuk campuran minuman jus atau sirap ais. Kini telah ramai penjual air minuman durian belanda di pasar malam, pasar tani, kompleks membeli belah dan premis lain kerana kehebatan khasiatnya telah diketahui ramai. Pemerhatian penulis menunjukkan bahawa bentuk buah Sirsak tidak menentu bergantung kepada beberapa faktur dan keadaan. Sila rujuk artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Bentuk buah durian belanda ada yang bulat seperti 'heart shape' dan ada pula yang lonjong malahan ada yang bentuknya bengkok. Bentuk buah ini bergantung kepada proses pendebungaan (lengkap atau separa lengkap atau tidak lengkap) serta pengurusan agronomi tanaman. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman durian belanda atau Sirsak untuk dijadikan bahan bacaan.


Pemerhatian penulis dibeberapa lokasi mendapati bahawa bentuk buah durian belanda dari berbentuk ginjal sampai berbentuk seperti telur saja (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bentuk yang paling baik adalah yang berbentuk Jantung (Heart shape). Lazimnya kulit buahnya akan juga dilengkapi oleh duri-duri lembut yang hijau warnanya. Duri ini bagaimana pun akah kurang ketara apabila buah durian belanda lebih matang atau hampir masak ranum. Sewaktu masih muda kulit buahnya berwarna hijau muda bagaimana pun ia setelah masak warnanya menjadi hijau gelap atau sedikit kehitam-hitaman. Bagaimana pun apabila sudah terlalu masak akan bertukar kepada warna pudar apa lagi kalau disimpan dalam peti sejuk. Bahagian isi buah durian belanda atau pun isi daging buahnya berwarna putih dan mengandungi banyak serat serta ada beberapa biji (seed). Isinya merupakan bahagian yang enak dimakan terus jika ia manis dan ianya adalah lembut. Ia juga sesuai untuk diproses dan diminum dalam bentuk jus setelah dikisar dan paling enak jika dicampur air batu. Buah yang masih muda boleh dipotong dan digoreng. Ada yang menggoreng begitu sahaja tetapi lebih enak jika disalut dengan tepong goreng. Biji durian belanda bersaiz besar dan berwarna hitam dan jumlahnya tidak menentu. Bentuknya agak lonjong dan pipih dimana penulis mendapati didalam setiap buah terdapat biji yang boleh dikumpulkan untuk dijadikan benih bahan tanaman. Benih ini bagaimana pun perlu di rawat sebelum disemai didalam tapak semaian. Kaedah semaian menggunakan biji durian belanda adalah kaedah paling mudah dan efektif. 


Dalam banyak keadaan, pokok durian belanda atau pokok Sirsak mempunyai percabangan batang yang rendah tetapi ia mampu menjadi tinggi juga. Tinggi pohonnya antara 3 sampai 8 meter. Daunnya memanjang dengan bentuk lanset atau bulat telur terbalik. Bunganya berdiri sendiri berhadapan dengan daun dimana ia berbentuk seperti Karung (kerucut). Warna bunganya yang matang adalah kuning muda. Dibahagian pangkal atau dasar bunga cekung, benang sarinya cukup banyak dan begitu pula bakal buahnya. Bagaimana pun proses pendebungaan bunga durian belanda kadang-kadang bermasaalah dan ianya mengurangkan 'fruit set' pada sesetengan pokok. Bagi meningkatkan kadar kejayaan tinggi dalam pendebungaan, kaedah memelihara lebah tukang dalam kawasan kebun boleh membantu. Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Kini telah ada teknologi untuk meningkatkan peratus kejayaan pendebungaan durian belanda. Kaedah terbaik adalah dengan menggunakan alat khas iaitu 'Muricata Shaker'. Alat ini digunakan pada malam hari dari jam 8.00 malam sehingga tengah malam dengan menggoncang pokok durian belanda yang berbunga. Ini kerana bunga jantan (debunga) akan matang pada sekitar jam 5.00 petang sedangan bunga betina hanya 'receptive' mulai jam 8.00 malam sehingga tengahmalam. Oleh itu gegaran pada pokok mampu memberikan peratus pendebungaan melebihi 80% dari jumlah bunga pada pokok untuk jadi buah. Sila baca banyak tulisan saya mengenai teknologi ini (Sila klik disini)  dan (Sila klik disini). Menanam tanaman Sirsak dengan mempergunakan bijinya. Bagaimana pun terdapat juga menanam dengan cara pembiakan vegetatif. Musim berbuah lazimnya adalah pada bulan Januari dan Februari setiap tahun bergantung kepada lokasinya. Dalam satu bulan sebelum penanaman lubangnya sudah harus disediakan dengan diisi tanah campuran dan baja asas. Persiapan dilakukan dengan jarak 6 meter. 


Cara menanamnya sama saja dengan cara untuk menanam tanaman buah-buahan lainnya. Begitu juga aktiviti agronomi dan pemeliharaan selanjutnya, Pokok Sirsak atau  durian belanda mula berbunga dan berbuah dan dapat dipetik buahnya setelah berumur 3 tahun lebih. Durian belanda sebenarnya memerlukan jangkamasa pertumbuhan untuk membentuk daun sehingga pokok membesar selama lebih kurang 2 tahun. Jangkamasa peralihan dari peringkat vevetatif pertumbuhan ke masa berbuah (reproduktif) sirsak ini saya kira memerlukan jangka waktu kira-kira 1 tahun. Buah yang terbentuk sebelum pokok berumur 3 tahun boleh menyebabkan buah gugur apalagi kalau pokok mengalami kekurangan air pada waktu musim kemarau. Kemungkinan buahnya gugur ketanah ini dapat dicegah dengan cara iaitu mengairkan tanah di kawasan sekitar. Sebaiknya kebun tanaman Sirsak disediakan sistem pengairan sempurna untuk tanah cukup lembab. Biasanya keguguran bunga dan buah dapat juga disebabkan oleh faktur lain seperti tidak ada perimbangan antara pengambilan nutrien dan unsur lain makanan dari tanah. Ini berlaku dimana daun-daunnya akan melalukan timbunan unsur makanan dalam bakal buah pada masa peralihan itu belum seimbang. Pembajaan dengan baja organik yang mencukupi adalah digalakkan selain daripada baja sebatian lain.


Ada teori menyatakan yang buah yang sudah terbentuk dan kemudian ia tidak menjadi buah akan tumbuh agak lama kerana tidak menerima penyaluran bahan makanan. Jika putik buah tidak terima bahan makanan untuk ditimbunkan dengan baik maka buah tidak menjadi besar dan matang. Lazimnya putik buah yang tidak dapat membesar dengan baik itu akan gugur dengan sendirinya. Antara teknologi untuk mengatasi perkara ini adalah dengan memberikan banyak baja tambahan terhadap pokok tersebut dan juga air yang mencukupi. Tinjauan penulis dibanyak kebun sirsak mendapati dari segi amalan, sebaiknya program membaja dilakukan berperingkat-peringkat dalam setahun tetapi paling kritikal adalah bila ia memasuki masa berbunga dan berbuah. Lebih baik lagi kalau pembajaan itu dilakukan sebelum ada bunga atau buah yang ada masih melekat atau belum gugur lagi. Pemberian baja dilakukan secara teratur minima sekali setahun. Pastikan memberikan baja organik yang mencukupi dan ditambah dengan baja sebatian kimia NPK 12:12:17:2 TE dan buja baja jenis lain dipasaran. Hanya pokok yang sihat sahaja akan menghasilkan buah durian belanda yang banyak dan berkualiti. Dari pengalaman dan tinjauan ladang, buah durian belanda yang berada dibahagian atas pokok lebih berkualiti daripada buah yang berada dibahagian tengah pokok dan buah dibahagian bawah pokok. Buah dibahagian atas lazimnya lebih besar, manis dan elok bentuknya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Saya telah menulis artikel mengenai buah durian belanda atau sirsak ini melebihi 35 artikel. Wasallam!..

DURIAN BELANDA...SIRSAK JUGA...
HENDAK TANAM...BENIH MANA...
LEPAS 3 TAHUN...BERHASIL DIA...
BANYAK KHASIAT... IA DIJAGA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Buah-buahan,
Kg Bekok, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1435H)
Kemaskini pada 29 November 2017 
di Hotel Imperial Heritage, Melaka.

Wednesday, November 29, 2017

NANAS 'CRYSTAL HONEY' - SATU TINJAUAN

NANAS 'CRYSTAL HONEY' merupakan salah satu varieti nanas yang popular dikawasan Melaka, Johor Utara dan Selatan Negeri Sembilan. Nanas (Ananas comosus) ini adalah salah satu jenis dari kumpulan Nenas Moris yang khusus kerana rasa yang manis sedangkan nanas moris biasa adalah masam manis. Penulis sebelum ini hanya dengar sahaja akan nanas 'Crystal Honey' yang bermakna 'Madu berkristal' bermaksud ianya adalah manis dan seperti ada kristal teksturnya. Kalau anda lihat foto diatas yang saya ambil sebaik sahaja dipetik di Kebun Kg Cerana Putih, Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka di kebun En Lim memang amat menarik tekstur dan warnanya untuk segera dinikmati. Melihat nanas Crystal Honey yang dipotong ini penulis terus membuat ujirasa. Kemanisan nanas tersebut mencapai bacaan 14 darjah Brixs dibahagian bawah dan bacaan 10 darjah Brixs dibahagian atas buah. Ia adalah bacaan daripada alat Brixmeter yang dibawa. Ini menunjukkan nanas yang purata beratnya 1.3 kg ini sesuai digunakan untuk makan segar dan juga untuk diproses. Kandungan sukrose tinggi pada empulur dan isi nanas Crystal Honey. Bacaan ini menjadikan bacaan pH Crystal Honey rendah. Daripada 9 jenis varieti nanas yang telah didaftarkan, varieti Nanas Crystal Honey belum didaftarkan dengan Jabatan Pertanian seperti dalam tulisan saya sebelum ini (Silakan klik disini)Belum ramai kalangan penanam nanas yang menanamnya di Malaysia kerana nanas ini hanya popular di sekitar lokasi yang dinyatakan sebelum ini. Walau pun penulis bertanya sama ada En Lim ingin menukar nanas cyrstal honey ini kepada jenis lain seperti Josapine atau pun MD2 namun katanya beliau tidak berniat akan menukar varieti Crystal Honey. Kepelbagaian tanaman varieti nanas di negara kita sebenarnya membolehkan kita sebagai pengguna ada banyak pilihan untuk mengambilnya selain daripada ianya bergantung kepada cara penggunaannya. Artikel malam ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" sedikit info atau keterangan mengenai varieti nanas Crystal Honey dari hasil lawatan sekadar untuk dijadikan bahan bacaan. 


Nanas ini mempunyai buah yang matang masih berwarna hijau dengan mata buah kelihatan kilat sedikit (Sila anda lihat foto disebelah). Penelitian penulis blog yang melawat kebun En Lim seluas 9 ekar ini mendapati pertumbuhan tanaman yang baik memberikan buah nanas crystal honey dikelaskan dalam gred A sekitar 60% dan selebihnya adalah gred AA (10%) dan bakinya adalah Gred B. Buahnya berbentuk selinder dengan berat buah yang sekata jika ditanam diatas tanah mineral yang mendapat sinaran matahari 100% dan pembajaan cukup mengikut jadual memang tidak mengecewakan. Mata buah nanas jenis ini terkeluar sedikit dan jelas dapat dibezakan dengan varieti nanas lain. Nanas ini dahulu luas ditanam di Johor sahaja tetapi kini tumpuan petani sudah berubah kenegeri lain seperti di Melaka. Nanas ini sesuai ditanam dikawasan tanah gambut tetapi lebih baik lagi jika ditanam dikawasan tanah mineral. Nanas crystal honey yang ditanam diatas tanah mineral mempunyai ciri tambahan seperti tahap kemanisan yang tinggi, buah lebih rangup dan masa matang lebih cepat. Bagaimana pun nanas ini mempunyai daun yang berduri dengan struktur daun yang menegak kedudukannya. bagi atasi masaalah duri ini sebaiknya memakai seluar jeans yang tidak ditemburi durinya.


Anakbenih sulur yang ditanam dengan jarak 1.5 kaki x 2 kaki sesuai dilakukan untuk nanas jenis ini. Bagaimana pun En Lim menanam nanas ini dengan jarak lain yang disesuaikan yang memberikan kepadatan 12,000 pokok seekar. Jika menanam terlalu rapat dan padat maka kesannya adalah saiz buah kecil sedikit tetapi jika menanam dengan jarak agak jauh maka buahnya lebih besar dan lebih manis. Penanaman rapat juga dapat mengelakkan ancaman rumpai tetapi tanaman yang jarak perlu mengawal rumpai untuk 4 bulan pertama penanaman. Daunnya selalu bersaiz sederhana kecil dengan warna hijau kebiruan yang tumbuh sedikit menegak. Sebaiknya buah yang hampir matang dibungkus dengan kertas atau plastik atau bahan lain untuk elakkan masaalah kecederaan 'scorching' (Sila lihat foto disebelah). Ia akan dibaja mengikut jadual pembajaan yang disediakan oleh LPNM dan menjadualkan aktiviti seterusnya menghormon pokok nanas dewasa. Aktiviti menghormon selalu dilakukan pada bulan ke 6=7 bergantung kepada kesuburab pokok. Lazimnya jenis bahan kimia (hormon) yang sesuai untuk nanas varieti crystal honey adalah Etephon (Kalau tidak keluar bunga boleh ulangi semburan). Aktiviti menyembur hormon perlu dilakukan ketika waktu tidak hujan kerana mengelakkan daripada tidak berkesan. Aktiviti menghormon perlu dijadualkan dengan betul untuk tujuan pemasaran yang mana ia berterusan mengikut kehendak pasaran. Lazimnya sekali menuai En Lim akan mengatur dengan jumlah sekitar 2,000 biji seminggu dimana kuantiti ini adalah amat sesuai dengan pasaran dan jadual tenagakerja dikebun.


Keunikan nanas crystal honey adalah kerana ia mampu menghasilkan sulur anak yang banyak untuk dijadikan benih. Sulur ini akan keluar sekitar 6-8 sulur setiap pokok buah yang sudah matang dan boleh dikumpulkan semasa buah nanas dipetik (Sila lihat foto disebelah). Dari pemerhatian penulis blog juga ada mendapati sulur yang dihasilkan ini mencapai saiz sesuai untuk terus dijual atau ditanam semula. Sulur ini akan dikumpulkan disatu lokasi sebelum dirawat dan ditanam dilokasi lain. Harga ladang anak benih sulur nanas varieti  crystal honey diantara RM0.30 - RM0.50 satu sulur. Sulur benih ini sebaiknya perlu diasingkan dengan mengikut saiz sulur untuk tujuan menanamnya mengikut barisan tanaman yang berlainan. Ini memudahkan program amalan agronomi tanaman yang berikutnya. Bekalan benih untuk nanas crystal honey tidak sukar untuk dibeli atau didapati TIDAK seperti benih nanas MD2 yang masih lagi berkurangan. Kepada mereka yang bercadang untuk menanam nanas jenis crystal honey boleh mendapatkan benih disekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Utara. Pokok nanas varieti ini agak tahan dari serangan penyakit dan perosak kecuali gangguan oleh orang yang ingin datang mencuri buah. Kawasan tanaman dikebun ini bagaimana pun dipagar dengan kukuh dengan pintu yang sentiasa berkunci. Harga buah nanas pada masa ini seperti nanas crystal honey membolehkan penanaman dilakukan berterusan.


Daripada tinjauan ladang En Lim mendapati penggunaan baja foliar (Baja Semburan Daun) telah membantu beliau mendapatkan tanaman nanas crystal honey yang berkualiti. Bukan sahaja ia mampu menghasilkan buah yang besar dan seragam malahan kesan baja foliar ini juga memberikan rasa buah lebih manis dan berjus serta kulit yang mudah untuk dikupas. Lazimnya meurut Lim beliau akan memberi baja lebih sedikit daripada syor oleh LPNM dengan tujaun untuk singkatkan proses kematangan. Buah yang matang akan dipetik dan dikumpulkan dulu untuk digred sebelum beliau bawa keluar menggunakan kenderaan Pick-up atau ada peraih yang membawa lori untuk mengambil kuantiti yang banyak. Beliau sendiri akan tentukan gred buah yang hendak dipetik (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti kawalan rumpai amat sukar diperingkat awal penanaman sehingga pokok nanas berumur 6 - 8 bulan dimana apabila daun nanas bercantum maka kadar pertumbuhan rumpai berkurangan. Bagaimana pun hanya pembajaan yan baik akan membantu petani mendapatkan nanas ini dengan jaminan kualiti. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua. Diharap ada pihak lain yang akan mendaftar nanas Crystal Honey, Nenas Moris Meranik, nanas Madu Kaca dan beberapa lagi kepada Jabatan Pertanian dengan kaedah menggunakan Borang DK-1 yang boleh dimuatturun daripada lamanweb.  Nanas varieti Crystal Honey adalah berpotensi untuk dikembangkan sebagai salah satu varieti nanas di Malaysia. Sekian Wasallam!!!...

NANAS...CRYSTAL HONEY NAMANYA....
DITANAM LUAS...JOHOR UTARA ADA...
MELAKA, NS.. TANAH BARU DIBUKA...
MAKAN YANG SEGAR...SIHAT KITA....

By:
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103A,
Hotel Wasasan, Simpang Rengam,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(29 Zulhijjah 1438H).
Posted from Room 1807, 
Hotel Imperial Heritage, Melaka.

Tuesday, November 28, 2017

POTENSI TANAMAN KELAPA RENDAH


TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman penting di banyak negara tropika terutama negara yang banyak berpulau. Pokok kelapa adalah jenis pokok saka dari keluarga Arecaceae yang mampu hidup dengan ekonomik selama lebih 30 tahun. Ia merupakan pokok serbaguna sehinggakan digelar 'Pokok Kehidupan' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'tree of life'. Apa tidaknya semua bahagian pokok kelapa boleh digunakan daripada bahagian pucuk, daun, buah, batang dan akarnya. Penulis blog telah menulis artikel mengenai kelapa lebih daripada 70 dimana ianya dibaca hampir suku juta orang setakat ini. Dari rujukkan penulis dan pengalaman sendiri semasa menjaga industri ini mendapati pada masa kini, pengeluaran kelapa negara adalah sebanyak 504,700 tan metrik setahun dengan keluasan tanaman sebanyak 84,600 hektar. Negara masih mengimport sekitar 100 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia bagi menampung kekurangan dalam sektor perkilangan bagi menghasilkan produk berasaskan kelapa. Kawasan utama bagi penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia adalah di Bagan Datoh, Perak, di Sabak Bernam, Selangor dan di Batu Pahat, Johor selain daripada di Kudat, Sabah dan Asajaya, di Sarawak. Kebanyakan varieti kelapa sedia ada merupakan jenis atau varieti Kelapa Malayan Tall  (CN1) yang mana ia ditanam dibawah program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dahulu dibawah Jabatan Pertanian. Ia merupakan varieti terbaik ketika itu iaitu daripada jenis KELAPA TINGGI. Bagaimana pun kini penanaman KELAPA RENDAH (Dwarf Variety) telah digalakan penanammanya bagi mempastikan bekalan biji kelapa mencukupi. Kekurangan bekalan benih kelapa hibrid seperti Kelapa Matag membuatkan petani perlu mengubah kepada penanaman kelapa rendah yang disyorkan. Aretikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penanaman kelapa jenis rendah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Penanaman kelapa rendah secara ladang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada petani. Penuli juga tahu beberapa varieti kelapa rendah yang sesuai dan disyorkan untuk ditanam seperti KELAPA PANDAN (CN6), KELAPA RENDAH KUNING MALAYA (MYD - Malayan Yellow Dwarf), KELAPA RENDAH MERAH MALAYA (MRD - Malayan Red Dwarf), KELAPA RENDAH HIJAU MALAYA (MGD - Malayan Green Dwarf), KELAPA RENDAH COKLAT MALAYA (MBD - Malayan Brown Dwarf), TAGNANAN dan beberapa varieti lagi. Semua varieti ini sesuai ditanam oleh petani dengan mendapatkan benih tulin daripada pihak yang berwibawa. Pada masa ini negara masih kekurangan bekalan kelapa untuk kegunaan domestik. Agromakanan merupakan salah satu sektor penting dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi mencapai status sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Kini di samping menjamin sekuriti makanan, sektor ini juga menyediakan pelbagai peluang yang boleh diteroka dalam mewujudkan sumber kekayaan baharu. Ia dapat memberi manfaat besar kepada sosioekonomi petani, penternak dan nelayan, bahkan juga kepada pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun begitu, negara masih mengimport sekitar 100 juta hingga 120 juta biji kelapa tua setahun bagi menampung pengeluaran kelapa negara sebanyak 600 juta biji setahun sama ada untuk jualan segar mahupun memenuhi permintaan kilang memproses kelapa. Justeru itu, pada tahun 2018 maka kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi pembangunan industri kelapa yang kini dilihat berpotensi sebagai sumber kekayaan baharu negara. Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 juga menyatakan untuk menggabungkan industri nanas dan Kelapa dalam satu lembaga baru bagi mempastikan industri kelapa maju kehadapan. Peruntukan tersebut adalah bagi menggalakkan pembangunan industri kelapa yang akan dilaksanakan secara sistematik, merangkumi program peningkatan pengeluaran kelapa dan program pengeluaran benih kelapa varieti terpilih berhasil tinggi.


Antara varieti kelapa yang berpotensi tinggi selain kelapa matag dan kelapa pandan ialah kelapa Rendah Kuning Malaya (MYD) dan kelapa Rendah Merah Malaya (MRD). Penulis dapati bagi program pengeluaran kelapa, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah melalui pendekatan tanam semula terutama di ladang-ladang tradisional, penanaman secara berkelompok dan secara integrasi dengan komoditi lain. Selain itu dilaporkan dimana proses penyelidikan terkini yang dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) juga telah berjaya menghasilkan kelapa hibrid Marleca, Myleca, Careni, Careca, Marena dan Mylag yang sudah tentu akan menyumbang kepada varieti kelapa baharu dalam beberapa tahun yang akan datang. Kelapa MYD dan MRD adalah jenis kelapa yang dihasilkan diladang benih dengan secara pendebungaan terbuka dengan ketinggian pokok boleh mencapai sehingga enam meter (m). Pokok kelapa rendah ini mula mengeluarkan hasil seawal tahun ketiga selepas penanaman. Dilaporkan keluasan tanaman kelapa rendah di Malaysia dianggarkan 10 peratus daripada keluasan keseluruhan tanaman kelapa.  Diantara beberapa kelebihan tanaman kelapa MYD dan MRD dimana ia sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai tanaman yang boleh memberikan sumber kekayaan baharu. Ia mempunyai produktiviti yang amat tinggi dengan kepadatan tanaman sebanyak 250 hingga 270 pokok sehektar (6.5 m X 6.5m). Dari rekod Jabatan Pertanian menunjukkan dimana varieti kelapa tersebut juga boleh mencapai tahap pengeluaran sebanyak 25,000 hingga 30,000 biji sehektar setahun berbanding kelapa Tinggi Malaya dengan kepadatan sebanyak 100 hingga 120 pokok sehektar (10m X 10m) dengan pengeluaran antara 6,000 hingga 8,000 biji sehektar setahun. Harga ladang bagi kelapa tua daripada varieti MYD dan MRD pula ialah antara RM1.20 hingga RM1.50 sebiji manakala harga ladang kelapa muda adalah RM2.00 hingga RM2.50.


Pada masa ini dilaporkan sumber bekalan anak benih kelapa rendah sentiasa boleh diperoleh di pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian dengan harga RM6.00 sepokok.  Anak benih kelapa matag yang dijual oleh Jabatan Pertanian ialah sekitar RM15.00 jauh lebih rendah berbanding yang dijual oleh pihak swasta iaitu lebih RM50.00 bagi satu benih. Pengeluaran anak benih kelapa rendah juga tidak serumit pengeluaran anak benih kelapa hibrid seperti MATAG memandangkan ia tidak memerlukan proses kacukan. Benih kelapa rendah boleh didapati dengan mengutip dan juga menyemai buah kelapa tua daripada pokok yang terpilih dan berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Kerja-kerja pengurusan tanaman kelapa rendah juga tidak rumit berbanding pengurusan kelapa hibrid yang amat sensitif kepada pembajaan dan memerlukan penjagaan lebih rapi. Satu lagi kelebihan buah kelapa daripada varieti kelapa rendah ialah ia berpotensi untuk diproses bagi menghasilkan kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa serbuk santan dan minyak kelapa. Ia juga sangat sesuai untuk diproses bagi menghasilkan produk-produk yang ditambah nilai seperti minyak kelapa dara, jeli kelapa, nata de coco, serat kelapa, karbon teraktif dan produk kraftangan. Malah dilihat pada saiz buahnya yang sederhana besar amat sesuai untuk dijadikan minuman air kelapa muda. Apa yang lebih menarik, pokok kelapa rendah juga boleh dijadikan sebagai tanaman landskap kerana ia tidak memerlukan ruang yang luas dan boleh ditanam di kawasan perumahan dan taman-taman rekreasi dan avennue planting. Pokok kelapa rendah dengan warna kuning, kemerahan dan hijau mencantikkan dari kaca permandangan disepanjang jalan atau kampong jika dirancang penanamnya dengan baik. Kepada mereka yang berminat dengan penanaman kelapa rendah boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian untuk mendpatkan khidmat nasehat dan bekalan benih. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM KELAPA...RENDAH JENISNYA...
BENIH MURAH....CEPAT BERBUAHNYA...
BUAH KECIL... PELBAGAI KEGUNANNYA...
MUDAH DIJAGA... LANDSKAP CANTIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1807, Imperial Heritage Hotel,
Bandar Hilir, Melaka.
(27 November 2017).

Monday, November 27, 2017

AYAM KAMPONG YANG ORGANIK

AYAM KAMPONG adalah sejenis haiwan berkaki dua yang sejak dulu diternak dikawasan kampong secara tradisional. Bagaimana pun kini ayam kampong telah diternak secara komersil kerana ia mempunyai pasaran yang sangat baik. Ayam kampong mempunyai rasa daging yang lebih enak berbanding dengan ayam daging komersil atau dikampong saya ayam ini dipanggil 'Ayam Karen'. Semua jenis ayam termasuk ayam kampung dimukabumi ini dipercayai berasal dari 4 jenis ayam hutan yang telah pun dikacukan. Ayam kampung di Malaysia adalah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti Barred Plymouth Rock, New hamshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish, Canton. Baka ayam tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950an sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memelihara ayam sebagai sumber protin yang murah. Kajian pembacaan oleh penulis mendapati terdapat 3 jenis ayam kampung yang lazim ditemui dinegara kita. Pertama adalah Jenis Ayam Kampung Tempatan (native village chicken) yang mana ia mempunyai tempoh sesuai untuk jualan 100-110 hari denganpurata berat 1.0 - 1.5kg. Kedua adalah Jenis Ayam Kampung Kacukan (kampung cross) dimana ia lazimnya mempunyai tempoh jualan 60-80 hari dengan berat 1-1.5 kg. Ketiga adalah Jenis Ayam Daging Berwarna (coloured broiler) dimana ia mempunyai tempoh jualan 40 - 50 hari dengan purata berat 1-1.20 kg. Kini ayam kampong organik (Organic Poultry) semakin mendapat tempat dikalangan pengguna kerana ia didakwa mempunyai kualiti yang baik untuk kesihatan. Walau pun belum ramai penternak yang menghasilkan ayam organik ini tetapi usaha kearah itu semakin popular. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan akhbar berkaitan aktiviti ternakan ayam kampong organik untuk dijadikan contoh kepada bakal usahawan lain.


TESTIMONI:  LAPORAN AKHBAR
Satu laporan akhbar tempatan bertajuk "Ayam kampung organik" dimana ia menyatakan seorang usahawan iaitu Encik Ishamuddin telah pun membuat keputusan untuk menternak ayam kampong organik dimana ia telah memberikan impak besar terhadap dirinya. Mendapat dorongan dan juga semangat daripada ahli keluarganya membuatkan dia nekad berkecimpung dalam satu projek penternakan ayam kampung organik. Pada peringkat awal dia menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi tetapi lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan beliau bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung. Lebih mengujakan dimana ladang ternakan ayam yang hanya mempunyai keluasan lima hektar (ha) dimana ia mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek pertanian lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Bermula hari pertama anak ayam menetas beliau akan menempatkan ayamnya di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang. Ayam itu juga dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari. Secara umumnya cara ternak ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi ianya membolehkannya ayam bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang mana ianya sempit. Tambahan pula jenis ayam kampong adalah merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan. Bagaimana pun bagi tujuaan keselamatan maka ia perlu dipagar dan disediakan kemudahan lain.


Ayam Kampng yang dilepaskan ini akan memakan apa sahaja makanan iaitu daripada bijian kepada jenis dedaun termasuk rumpai dan serangga (Sila lihat foto disebelah). Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Pada kebiasaannya mereka akan memberi makanan rumput jenis Azola (Azolla sp) dan kiambang itik dimana ini sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was sebagai ayam organik yang berkualiti. Usahawan ini ditemui semasa beliau menerima kunjungan penulis blog dan kumpulan wartawan diladangnya di Daerah Bentong, Pahang baru-baru ini. Mereka yang hadir sama semasa tinjauan dibuat ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza. Kaedah penternakan ayam kampong yang diperkenalkan Encik Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran. Di samping itu ada juga tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup iaitu secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang. Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.


Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 kg hingga 1.4 kilogram seekor. Bagi memastikan proses pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap yang maksimum lazimnya beliau akan berusaha menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan bahan tumbuhan herba yang ditanam sendiri. Usahawan tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi. Campuran herba yang digunakan seperti hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit. Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi. Jenis-jenis makanan yang diberikan kepada ayam mereka untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit. Bagaimana pun proses pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran ayam kampingnya berjalan lancar. Pemeriksaan ini bagi melihat jika ada kemungkinan serangan penyakit atau serangan haiwan yang mengancam seperti ular, musang dan pencuri.


Kaedah penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan dapat membekalkan nutrisi yang tinggi kepada ramai pengguna. Dalam pada itu usahawan ini juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar. Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban. Cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.  Kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang khas penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Diladangnya dia juga turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat. Menyentuh mengenai rasa daging ayam didakwa ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam daging konvensional di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut. Ia juga memberikan rasa yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina. Perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank. Dia hanya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan asas menternak ayam kampung organik. Memang amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank. Ditanya mengenai perancangannya dia menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri. Beliau sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi bertujuan untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli. Pada masa ini dengan permintaan yang amat memberansangkan dia yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi. Begitulah laporan akhbar yang dapat saya paparkan bagaimana seorang usahawan menternak ayam kampong organik berjaya. Wasallam!!!...
AYAM KAMPONG...ADA POTENSI...
MUDAH DITERNAK...ADA BERANI...
HARGA BAIK... PERMINTAAN TINGGI...
SUDAH MINAT...TUNGGU APA LAGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Ayam Kampong,
Kg Bekok, Labis,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(26 Rejab 1435H)
Kemaskini pada 4 Oktober 2017
PUBLISHED FROM ROOM 1807,
IMPERIAL HERITAGE HOTEL, BANDAR HILIR,
MELAKA.

Sunday, November 26, 2017

TIPS MENGHALAU SEMUT

SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang rapat dengan kehidupan manusia. Semut terdapat diseluruh pelosok dunia terutama dikawasan beriklim tropika dan hidup berkomuniti. Semut merupakan sejenis serangga yang penting didalam ekosistem dimana semut memainkan peranan penting sebagai agen pengkomposan, agen pendebungaan, agen pengawal musuh tanaman, agen dalam membantu pereputan dan sebagainya. Bagaimana pun semut juga ada yang memberikan ancaman kepada manusia seperti jenis semut berbisa yang mempunyai racun atau toksin yang mampu menganggu manusia. Terdapat banyak kajian mengenai semut sejak lama dahuli. Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae dan dikelaskan bersma dengan Serangga Penyengat (Vespa tropica) dan jenis Lebah (Apis spp) dan juga banyak serangga yang berkaitan. Semut adalah tergolong dalam kumpulan iaitu Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 - 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini dilaporkan terdapat lebih 12,500 spesies telah diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Semut sebenarnya agak mudah dikenalpasti sebab ada antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing. Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga semulajadi yang bersaiz kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni semut yang besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar" atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu serta bekerja bersama-sama menyokong koloni mereka. Artikel malam ini penulis blog "Anim Agro Technology" menyentuh bagaimana tips atau petua untuk menghalau semut yang menganggu kita dirumah atau sebagainya. 


Salah satu ancaman dan gangguan semut adalah dimana ia sering akan menghurungi  makanan yang ditinggalkan sekejap dimana ada koloni semut. Kadang kala pada bekas berisi gula pasir yang tidak ditutup rapat terdapat semut didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Penulis dapati kerana itu terdapat peribahasa yang berbunyi "Ada Gula Adalah Semut'. Sila baca keterangan peribahasa tersebut dalam artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Dari mana datangnya semut ini memang kurrang diketahui dimana sarangnya. Penulis blog dapati peribahasa ini memberi maksud iaitu "Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul". Ia juga  memberikan satu contoh ayat iaitu "Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut". Kini dalam negara Malaysia kini menjadi tumpuan warga luar seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal, Pakistan, India dan banyak lagi negara untuk mereka datang bekerja. Jumlah mereka kini mungkin mencecah 2 juta orang dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang pembinaan, pertanian, perkhidmatan, orang gaji dan perkilangan. Ini juga bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang 'BERGULA' kerana banyak semut dari dalam dan luar negara berkumpul untuk mendapat kerja, kesenangan dan seterusnya aspek kemewahan. Kemana sahaja anda pergi akan nampak atau dilayan oleh warga asing seperti di Pam Minyak, Restoran Makanan Segera, Supermarket seperti Mydin dan Jusco, Jaga Keselamatan di Kompleks Membeli Belah, Lapangan Terbang KLIA dan banyak lagi. Mereka datang untuk mengambil dan menyedut gula-gula yang bertaburan di bumi Malaysia dari setiap sudut. Sumbangan mereka pada pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan gula yang bertabran ini diambil secera berterusan dan rakus oleh semut dari luar ini. 


Pada pengalalaman penulis blog dan ramai juga anda meman amat 'stress'  kalau segala makanan asyik dihurung semut. Kita akan terus terbantut selera untuk makan makanan tersebut. Bukan setakat makanan manis saja yang semut suka tetapi kadang kla didalam bekas air kosong pun ianya selalu dijumpai. Pada saya kemungkinan atau kebanyakan semut-semut ini berada di bahagian dapur yang terdapat banyak makanan. Apa pun memang tiak sesuai untuk menyembur emuat dalam ruang makan kerna kesan racun aerosolmemang tidak bagun untuk kesihatan. Apa lagi kalau hendar sembur racun aerosol serangga kalau dalam rumah ada anak kecil dan bayi. Biasa juga makan yang ada semut seperti makan roti yang berlubang-lubang akan dibuang sahaja kedalam tong sampah. Ini kerana semut yang berada didalam rongg roti, pau, gula dan sebagainya memang sukar untuk dibuang (Sila lihat foto disebelah). Kaedah penyimpanan makanan yang selamat dan terhindar dari gangguan semut dan perosak makanan lain perlu diawasi. Bagaimana pun sebenarnya banyak juga petua atau tips bagaimana untuk menghalau semut daripada mendekati makanan.


 1.  PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH
Kebersihan didalam rumah merupakan faktor utama didalam menghindarikan kehadiran semut didalam rumah. Jika ada makanan yang tidak dibersihkan dibawah meja makan. sinki, lantai karpet dan sebagainya ia akan menarik semut dan serangga lain untuk datang. Makanan yang berterusan dan dikutip dan dibawa balik kesarang ini membolehkan semut tersebut membina sarang dengan lebih dekat dengan sumber makanan. Rumah yang sentiasa di sapu atau divacuum akan bersih dan ini mengelakkan daripada semut bertandang. Pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.


2. GUNAKAN CUKA

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut selalunya tidak suka akan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid. Jenama cuka makan seperti Cuka keluaran Jalen juga merah dan berkean untuk digunakan. Sebaiknya larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian anda semburkan larutan cuka ini ke bahagian pintu masuk atau laluan biasa semut. Sebaiknya anda selalu ulangkan beberapa kali semburan cuka ini sebaik sahaja larutan ini kering. Dalam beberapa hari hasilnya anda akan nampak kesannya dimana tiada semut dikawasan tersebut.


3. KAYU MANIS dan CENGKIH

Bagi sesetengah yang tidak sukakan bau cuka penulis blog dapati anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih. Caranya dengan menaburkan serbuk tersebut di laluan semut dan dibiarkan selama beberapa hari. Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’maka anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan bahan ini ke kawasan semut  tersebut. Bukan sahaja kaedah ini berjaya mewangikan rumah tetapi kesannya semut-semut pun hilang.

4. SERBUK KOPI
Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda. Caranya dengan mengambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan ia kemudian dibiarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tidak akan datang lagi.


5. SODA PENAIK

Soda Penaik (Baking Soda) merupakan sejenis gula aising sesuai digunakan untuk memerangkap semut. Sementara itu didakwa soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kaedah kawalan dengan mencampurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. dan kemudian ditaburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari dimana semut tidak ada lagi dikawasan rawatan.

6. DAUN SIRIH

Daun Sireh (Piper betle) merupakan sejenis daun herba yang mudah didapati disekeliling kita. Ambil daun sireh dan cincangkan beberapa helai daun dimana ia kemudian ditaburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau daripada daun herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut dan ia didakwa berkesan dan amat mesa alam. Daun Siren ini selelunya akan kering dan perlu diganti yang baru setiap kali ia ingin di gunakan.

7. SEMBURAN AIR LADA

CILI (Capsicum annum) merupakan bahan yang menghhasilkan rasa pedas disebebkan oleh bahan Capsaicin. Lazimnya air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankan airnya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut yang selalu berkumpul atau melaluinya. Cara lain adalah dengan meletakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut dimana didakwa ia dapat seterusnya menghindarkan semut menghampiri gula.



8. KULIT TELUR

Kulit Telur Ayam selalu dibuang begitu sahaja selepas digunakan. Kulit telur ini boleh digunakan dengan membakar kulit telur hingga menjadi abu. Kemudian ditaburkn abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun didalam rumah. Daripada pemerhatian penulis blog juga ada mendapati selain semut kaedah ini juga berkesan untuk menghalau Cicak atau serangga lain yang tak diingini.


9. KULIT LEMON ATAU KULIT OREN

Kulit buah Limau atau Citrus lazimnya mengeluarkan bauan wangi untuk kita tetapi ia sebenarnya tidak untuk semut dan serangga lain. Kulit Limau yang dikupas ini dan juga jenis citrus lain sesuai untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan atau menghalau semut-semut daripada rumah anda. Kita juga boleh menggunakan buah limau dengan mencincang daun limau purut untuk kesan yang lebih baik keran daun limau purut memang berminyk dengan aroma kuat.

10. DAUN PANDAN

Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis pokok herba yang mudah didapati. Daun pandan sering digunakan dlm masakkan diman ia juga dikenalpsti menghalau semut yang praktikal. Biasanya bahagian yang praktikal adalah daun pandan. Caranya dengan mencincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Kita juga boleh dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras atau dijadikan larutan. Makanan pun bertambah harum dengan aroma dun pandan. Selamat mencuba!. Semuga anda mendapat info terbaik daripada blog anim agro technology kali ini.Wasallam!!!.
ADA SEMUT... DISITU ADA GULA...
MENGHALAU SEMUT...ADA PETUA...
SAYA APARKAN... ADA10 PETUA...
SELAMAT MEMBACA...TERUS GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 826, Avillion Hotel,
Jalan Hang Tuah,
Bandr Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Oktober 1439H)
Posted from Room 1640,
Hotel Boss, Jalan Sultan,
Republic of Singapore.

Saturday, November 25, 2017

KARBID - CARA GUNA UNTUK NANAS

KARBID (Calcium carbide) merupakan sejenis bahan dari satu sebatian kimia dengan formula kimia CaC2. Bahan ini adalah bahan tidak berwarna dalam keadaan tulen tetapi kebanyakan sampel kelihatan berwarna hitam sehinggalah kepada bentuk ketulan putih kekelabuan dimana warna ini selalunya bergantung kepada grednya. Kegunaan utamanya di dalam industri adalah bagi penghasilan gas asetilena. Dulu zaman reaja saya membeli karbide untuk digunakan sebagai umpan untuk main meriam semasa hampir Hari Raya Puasa. Sehingga ini pun ada karbid masih dijual semasa hampir hari raya  untuk main meriam tetapi agak sukar pada masa ini untuk mendpatkannya kerana bahan ini mungkinn adalah salah satu bahan boleh dijadikan letuan yang terkawal. Apa pun dalam sektor pertanian peranan karbide adalh sangat penting terutama sebagai bahan pengalak buah-buahan untuk masak serentak. Buah mangga, pisang, nangka, limau dan beberapa lagi sering diperam dengan bahan karbid untuk aruhan kematangan yang seragam. Buah Pisang kini diantara buah yag paling sering menggunakan bahan karbid untuk aruhan memasakan buah yang seragam. Bahan Karbid sebenar salah satu bahan yang penting untuk ianya digunakan didalam aruhan pengeluaran bunga nanas (Ananas comosus) pada beberapa jenis terpilih. Penulis dapati jenis Nanas Yankee yang tidak sensitif dengan hormon Pil ANAA, Planafix dan Etephon sesuai untuk kita menggunakan jenis karbid. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai karbid dan kepentingannya dalam menghormon tanaman nanas.



Apa yang penulis tahu, proses penghasilan bahan Karbid adalah agak unik. Kalsium karbida dihasilkan secara industri dengan menggunakan relau arka elektrik yang mana ia dimuatkan dengan campuran batu kapur dan arang batu (kok) pada suhu yang amat tinggi iaitu lebih kurang 2,000 °C. Kaedah ini tidak berubah sejak pengenalannya pada tahun 1888 sehingga proses ini akan menjadikan bahan karbid dengan proses CaO + 3C → CaC2 + CO. Proses pada suhu tinggi yang diperlukan bagi tindak balas ini secara praktikalnya mustahil dicapai jika menggunakan kaedah pembakaran tradisional. Lazimnya proses tindak balas dilakukan pada relau arka elektrik dengan elektrik grafit. Hasil karbida secara amnya mengandungi lebih kurang 80% kalsium karbida dari segi beratnya. Produk Karbida tersebut kemudiannya dihancurkan bagi menghasilkan ketulan kecil daripada sebesar beberapa milimeter sehingga 50 mm (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya bendasing yang terkandung lebih tertumpu kepada pecahan yang lebih halus. Kandungan CaC2 di dalam hasil dianggarkan dengan mengukur jumlah asetilena yang dihasilkan melalui proses hidrolisis. Sebagai contoh kepada piawaian British dan Jerman bagi kandungan pecahan yang lebih kasar ialah masing-masing sejumlah 295 L/kg dan 300 L/kg. Bendasing yang terkandung di dalam karbida termasuklah fosfida, yang menghasilkan fosfina jika dihidrolisiskan. Tindak balas ini merupakan bahagian penting semasa revolusi perindustrian dalam bidang kimia. Di USA ia adalah hasil daripada penjanaan hidroelektrik yang murah hasil daripada Empangan Air terjun Niagara sebelum abad ke-20 dan dikomersilkan. Bagaimana pun kaedah dalam penghasilan yang menggunakan relau arka elektrik ditemui secara berasingan oleh T. L Willson dan H. Moissanpada tahun 1888 dan 1892. 


Dalam keadaan biasa struktur hablur biasanya Kalsium karbida tulen adalah dalam bentuk pepejal jernih tidak berwarna. Cara penghabluran am yang terbentuk pada suhu bilik adalah struktur garam batu yang dengan unit C22 yang tersusun selari. Kalsium karbida sering digunakan bagi aplikasi bahan asas untuk menghasilkan Asetilena iaitu melalui hasil tindak balas kalsium karbida dengan air iaitu CaC2 + 2H2O → C2H2 + Ca(OH)2. Selalunya penghasilan kalsium sianamida adalah melalui hasil tindak balas dengan nitrogen pada suhu tinggi iaitu CaC2 + N2 → CaCN2 + C. Dalam penghasilan keluli juga terutamanya bagi penyingkiran sulfur yang terkandung di dalam bijih besi bahan ini digunakan. Bagi membuat lampu jenis Lampu karbida ia akan digunakan pada model-model kereta terawal serta semasa melombong (kecuali di lombong arang batu kerana kehadiran gas-gas mudah terbakar yang berbahaya). Bagaimana pun lampu itu kini telah digantikan dengan lampu elektrik. Kegunaan lain Kalsium karbid adalah sebagai sumber gas asetilena untuk menjadikan beberapa jenis buah-buahan cepat masak (serupa dengan etilena). Ia juga dijadikan sebagai bahan api bagi meriam buluh. Gas yang dihasilkan dengan meletakkan karbid dalam meriam diisi dengan air akan meletup apabila dicucuh dengan api.



Tanaman nanas (Annanas comosus) adalah sejenis tnamn yng sesuai ditanam sepanjang tahun di Malaysia. Kini dilaporkan seluas 15,400 hektar nanas ditanam dengan mampu menghasilkan sebanyak RM515 juta setahun. Antara negeri utama pengeluaran nanas adalah Negeri Johor dengan keluasan mencapi 68% daripd keluaran dalam negara. Nanas jenis moris dahulu mendominasi tanaman tetapi kini telah banyak varieti baru nanas untuk dimakan segar seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas Crystal Honey, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Maspine dan sebagainya. Kini nanas segar telah mendapat pasaran baik untuk eksport. Tanaman nanas yang mempunyai petumbuhan dan perkembangan yang sehat dan akan memiliki daun nanas yang sempurna melebihi 35 helai pada umur sekitar 12 bulan setelah tanam. Pada masa ini tanaman telah siap sedia untuk memasuki tahap generatif atau penghasilan buah. Dalam keadaan semulajadi lazimnya pembungaan nanas biasanya tidak seragam atau tidak serentak. Penulis pasti perlu adanya aktiviti merangsang pkok nanas untuk ianya berbunga dengan aruhan agar bunga dan kemudiannya menjadi buah akan keluar serentak. Aktiviti merngsang pembungaan ini dapat dilakukan dengan menggunakan Calsium carbide (Karbid) dan hormon aruhan seperti Etilen (Ethrel/Ethepon). Pemberian karbid sebaiknya dilakukan pada tengah malam atau pagi hari sebelum matahari terbit disebabkan pemberian karbit pada siang hari tidak efektif, tindakan pemberian karbid memerlukan bantuan air atau embun yang terdapat pada tanaman sehingga dapat ianya bertindakbalas untuk mengeluarkan gas etilen yang dapat merangsang pembungaan nenas (Sila lihat foto odisebelah). Pemberian karbit tidak dianjurkan pada malam hari berangin karena akan menyulitkan penempatan karbid. 

Cara lazim yang diamalkan untuk pemberian Karbid adalah dengan membubuh serbuk karbid tterus pada pokok nanas matang atau mencampurkan 200 gram karbid dalam 1 liter air dan disemburkan pada pokok nanas. Lazimya batu karbid perlu dihancurkan sehingga membentuk serbuk halus untuk mendpatkan kesn yang efektif. Kadar disyorkn dalaam keadaan biasa sekitar 0.5 g bahan karbid dimasukan ke bahagian tengah (hati) tanaman nenas yang berembun. Serbuk atau ketulan batu karbit juga boleh untuk dilarutkan dalam air sehingga membentuk larutan. Kadar kepekatann larutan karbid yang digunakan 0.5 - 1.0 %. Pembuatan larutan karid sebaiknnya jangan dikacau dan sebaiknya ia dibiarkan larut dengan sendirinya. Larutan karbid yang telah siap digunakan apabila gelembung udara hampir yang keluar ini telah habis. Larutan harus secepatnya digunakan dengan menyiramya pada bahagian hati setiap tanaman disirami dengan 50 ml larutan karbid. Aktiviti ini perlu dilakukan kepada semua pokok nanas yang capai umur atau bilangan daun mencukupi. Ulangi semburan larutan karbid jika pokok tidak berbunga. Menghormon pokok nanas perlu dijadualkan untuk menentukan jumlah buah yang akan dituai seperti jadual pemasaran. Bergntung kepada siz kebun lazimnya untuk pekebun kecil nanas akan menjual sekitar 2,000 biji nenas sekali konsainmen. Semuga tulisan ini mempu memberi info berguna kepada penanam nanas dan bakal penanam nanas atau emakan buah nanas yang membaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...

NAMA KARBID... KERAS MACAM BATU...
UMPAN MERIAM... LETUPAN MELURU...
MENGHORMON NANAS...IKUT GURU...
BERBUAH SERENTAK... KENA BEGITU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 Zulhijjah 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...