Support My Blog

Monday, November 6, 2017

10 JENIS RACUN PALING MERBAHAYA (Part 2)


RACUN (Poison) merupakan satu perkataan yang dikaitkan dengan bahan kimia merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan sama ada mansia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mikrob dan sebagainya. Kehidupan kita didunia memang dikelilingi racun dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Ramai keluarga dirumah ada menyimpan Racun Aerosol untuk membunuh beberapa jenis serangga seperti Lipas, Nyamok, Semut dan sebagainya. Malahan di TV anda setiap hari ada diiklankan pelbagai jenis racun terutama racun aerosol untuk kegunaan dalam rumah. Adakah anda tidak tahu bahawa kesan dari racun tersebut juga merbahaya kepada manusia jika tersalah guna?. Racun ini dikelaskan mengikut kategori khusus dalam seperti dalam bidang pertanian seperti Racun Serangga, Racun Kulat, Racun Rumpai, Racun Nematod, Racun Tikus, Racun Gas (untuk rawatan fumigasi) dan banyak lagi. Dalam bidang perubatan juga terdapat banyak jenis racun yang digunakan oleh doktor untuk membuat rawatan. Sektor pertanian dikatakan antara sektor yang paling luas aktiviti penggunaan pelbagai jenis racun walau pun tujuannya adalah untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi dan hasil tanaman yang berkualiti. Penggunaan racun secara betul mengikut panduan yang diberikan adalah penting dilakukan oleh petani dimana jika salah guna racun akan menyebabkan kesan sisabaki racun yang memudharatkan pengguna. Apa pun selain daripada dalam pertanian racun juga digunakan sebagai senjata untuk peperangan dimana racun adalah amat berkesan dalam mengalahkan musuhnya. Dalam sejarah diberitakan penggunaan 'Agent Orange' oleh US di dalam peperangan di Vietnam dimana gas ini telah pun memusnahkan banyak kehidupan biologi dinegara tersebut. Dalam perang dunia ke 2 juga dilaporkan perkara sama dan juga dalam perang Iraq ianya juga dilaporkan berlaku. Bagaimanakah racun ini bertindak sehingga mampu membunuh manusia, tumbuhan dan hidupan lain?. Saintis telah mengkaji jenis bahan perawis (active ingredient) yang mana ia mampu membunuh sasarannya. Artikel pagi Sabtu ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis pada Raya Aidil Adha atau Raya Qurban 1438H mengenai 10 jenis racun merbahaya didunia sekadar berkongsi info dengan semua pembaca blog ini yang setia. Sila baca sama Part 1.


Rencana bertajuk '10 jenis racun paling merbahaya dan boleh membunuh didunia' akibat salah guna oleh orang yang kurang mengetahui adalah merbahaya. Kita mungkin banyak mengenali jenis racun-racun yang digunakan untuk membunuh hamama, serangga, rumput dan sebagainya. Tetapi terdapat banyak jenis racun yang sangat merbahaya kepada manusia dan alam sekitar yang perlu diketahui. Di Malaysia semua jenis racun adalah dikawal oleh pihak berkuasa dibawah kawalan Kementerian terlibat termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian (LRMP) dan juga beberapa pihak lain. Penggunaan racun kimia dalam sektor pertanian selalunya dikawal dari segi penjualannya, pengilangan, pengedaran, perlabelan dan juga cara untuk menggunakannya. Premis yang ingin terlibat dengan semua aktiviti diatas dilesenkan dan diwajibkan mematuhi syarat-syarat ketat. Antara racun yang paling banyak digunakan adalah RACUN RUMPAI (weedicide) bertujuan untuk mematikan rumput (weeds) yang menganggu tanaman. Racun rumpai umumnya ada dua jenis iaitu Jenis Racun Sentuh dan Jenis Racun Sistemik. Bagaimana pun ada beberapa jenis racun rumpai yang telah diharamkan penggunaannya akibat kesan toksik yang merbahaya seperti Paraquat. Bagaimana pun kita juga perlu tahu akan beberapa jenis racun lain didunia yang amat merbahaya hasil daripada pembacaan penulis blog.


6. RICIN
Racun Ricin mendudukki tangga ke 6 didalam senarai 10 racun merbahaya. Pokok Jarak (Ricinus communis) merupakan sejenis tumbuhan ada ditanam dari keluarga Euphorbiaceae iautu tumbuhan yang mengeluarkan getah apabila dicederakan. Pokok Jarak ada sejenis lagi iaitu Jatropha curcas juga dari keluarga Euphorbiaceae yang juga mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa. Pokok atau tanaman jarak lebih dikenal sebagai tanaman yang ditanam untuk dijadikan bahan bakar dan diambil ekstrak patinya. Bagaimana pun buah jarak (Sila lihat foto disebelah) ini dapat mengakibatkan orang yang kena akan mati disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan juga sistem pernafasan. Tahap bahaya lagi sehingga kini belum ada lagi bahan penawarnya. Menurut laporan saintis di CNN ada mendakwa dimana semasa racun masuk dalam tubuh manusia maka satu molekul ricin akan membunuh satu sel. Para ahli medik juga mendakwa dimana racun jenis ricin merupakan pembunuh ganas iaitu sekuat virus anthrax. 
Jika bahan racun ini ini terminum atau disuntikkan atau tertelan dalam saiz kurang hanya setitik kecil racun ricin maka akibatnya akan membunuh seseorang dalam jangkamasa hanya 36 - 48 jam. Semasa racun ricin tertelan maka tanda awal akan menyebabkan mual, muntah-muntah, pendarahan dalam perut dan usus. Gejala ini akan terus berlanjutan dan menyebabkan kegagalan fungsi hati, limpa dan ginjal yang menyebabkan kematian seseorang sebab kerosakkan sistem peredaran darah. Racun isin mencegah tubuh mengeluarkan bahan protin yang diperlukan untuk seseorang itu hidup lama.


7. ARSENIC (Arsenik)
Racun Aesenik amat biasa kita dengar dimana racun ini sebenarnya telah digunakan sejak abad ke-15 dan ke-16 (Sila lihat foto disebelah). Racun arsenik miliki tanda seperti terkena penyakit kolera. Mangsa lazimnya akan merasa kejang, gangguan pencernaan, koma dan boleh akhirnya mati. Arsenik dalam jumlah kecil boleh juga menyebabkan masaalah. Peracunan arsenik boleh terjadi secara akut akibat berlebihan dos atau kronik akibat terdedah secara terus-menerus meski dalam kadar rendah (misalnya disebabkan oleh terminum air yang tercemar bahan arsenik melebihi dos agak tinggi). Jika terdedah dengan racun arsenik dalam waktu lama menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap), penyakit pembuluh tepi, gangguan saraf pada tangan dan kaki, blackfoot disease dan kanser kulit. Dahulu racun arsenik digunakan sebagai racun dalam kaedah membunuh melalui makanan yang dibubuh arsenik. 



8. PLUMBUM (Timbal)
Logam Plumbum atau Timbal atau Timbel (Bahasa Indonesia) adalah suatu unsur kimia dalamjadual periodik yang memiliki lambang Pb dan nombor atom 82 (Sila lihat foto disebelah). Kita di Malaysia juga ada yang memanggilnya sebagai 'Timah Hitam' dimana ia merupakan logam beracun. Plumbum (Pb) adalah sejenis logam berat yang terdapat secara semulajadi di dalam kerak bumi. Kewujudan Pb ini adalah terhasil daripada aktiviti manusia adalah sebanyak 300 kali ganda daripada yang terdapat didalam perut bumi. Pb terhasil sebagai pekatan didalam deposit bijih logam. Unsur Pb digunakan dalam bidang industri moden sebagai bahan pembuatan paip air yang tahan karat dimana ia juga ada dalam bahan pembuat cat, bateri dan campuran bahan bakar minyak petrol (Kandungan Plumbum dalam RON95 dan RON97) berkait dengan bahan Pb ini. Plumbum adalah logam yang mendapat perhatian khusus disebabkan oleh kerana sifatnya yang toksik (beracun) terhadap manusia. Bahan Pb dapat masuk ke dalam tubuh melalui pengambilan bahan makanan, minuman, udara, air, serta debu yang tercemar dengan bahan Pb.


9. BRODIFACOUM
Racun Brodifacoum merupakan sejenis racun merbaya yang sering digunakan didalam racun tikus (Sila lihat foto disebelah).Bahan perawis (ai) didalam racun ini bekerja dengan cara mengurangkan  jumlah vitamin K yang diperlukan tubuh untuk pembekuan darah. Kesnnya apabila mangsa terkena racun ini akan menyebabkan darah boleh mengalir keluar melalui pembuluh darah yang halus dan ini mengakibatkan berlakunya kesan penndarahan yang luar biasa. Tikus ini akan kehausan dan apabila minum maka ia akan mati secara perlahan-lahan. Manusia juga akan menerima kesa sama jika termakan racun jenis ini.

10. STRYCHINIE
Strychinie adalah sejenis racun merbayaya daripada biji pokok dikenali dengan nama Strychnos nux-vomica yang terdapat dibeberapa lokasi di Asia Tenggara dan India (Sila lihat foto disebelah). Kajian saintis menunjukkan dimana racun ini digunakan untuk membasmi tikus sebagai pestiside. Semasa dalam  peperangan dunnia kedia dilaporkan dimana salah satu komandan NAZI kerap menggunakan racun ini dengan menyuntiknya kepada mangsa tahanan perang. mangsa ini akan mengalami kejang sebab otot berkontraksi dan mangsa akhirnya mati secara perlahan. Pada masa itu ada yang menganggapnya sebagai hiburan semata-mata. Semuga coretan dalam Part 1 dan Part 2 ini memberikan info berguna kepada pembaca semua, Wasallam!!!...
SEMUA RACUN... MEMANG MERBAHAYA...
KEPADA TANAMAN...DAN JUGA MANUSIA...
DALAM DUNIA... 10 JENIS PALING UTAMA...
SENJATA PEPERANGAN...ADA DIGUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 Zulhijjah 1438H)
Diposkan dari Room 2020, Hotel Mariott Naning, China

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...