Support My Blog

Friday, November 10, 2017

FESTIVAL DURIAN DI NANING, CHINA

FESTIVAL DURIAN NANNING 2017 DI CHINA telah berjaya diadakan di Han Yang City Complexs, China daripada 3 - 5 November 2017. Program ini diadakan sempena lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia kepada Gobenor Guangxi Zhuang Autonomous Region bersama delegasi Malaysia. Turut sama dalam delegasi ini adalah YB Menteri, Duta Malaysia ke China, Pengerusi AgroBank, TKSU (Dasar), Pengerusi LPNM. KP LPNM, SUB PE, KP JPV, KP MAQIS, TKP Jabatan Pertanian, TKP FAMA, ACO Beijing, Syarikat Rimbunan Hijau, Syarikat Regal dan lebih 25 pegawai pengurusan pelbagai Jabatan dan agensi lain dibawah MoA. Turut sama dalam lawatan ini terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Pengeluar Sarang Burung, 20 Pengusaha Industri Pemprosesan berasaskan durian dan beberapa wartawan media. Festival Durian Malaysia ini bertujuan untuk mempromosikan hasil durian (Durio zibethinus) negara ini kepada rakyat China yang sememangnya amat suka makan buah durian ini. Durian yang dibawa merupakan dari durian varieti premium iaitu Durian Musang King atau Durian Raja Kunyit  atau D197 yang khususnya dibawa daripada Raub, Pahang dalam bentuk biji durian sejuk beku. Selain itu banyak produk proses berasaskan buah durian dibawa oleh pengusaha IAT seperti Kopi Durian, Durian Pes Beku, Biskut, Aiskrim durian dan banyak lagi melibatkan 15 pengusaha. LPNM pula telah pun membawa 500 biji nanas MD2 (Ananas comosus) untuk dipromosikan di festival ini darpada 3 syarikat yang telah mula mengeksport nanas MD2 ke China bermula Oktober 2017. Nanas MD2 dari Malaysia kini juga merupakan produk buah-buahan terkini yang telah mendapat kelulusan AQSIQ (pihak berkuasa pertanian dan Kuarantin China) setelah protokol pengeksportan nanas ditandatangani pada 13 Mei 2017. Beberapa produk proses IAT berasaskan nanas seperti produk vacuum fry, jus dan sebagainya juga dipamerkan. Selain itu festival ini promosikan buah nangka (Artocarpus heterophyllus) iaitu varieti Tekam Yellow (J33) sebagai buah yang berpotensi untuk dieksport kenegara tersebut. Walau pun buah nangka Malaysia belum mendapat kelulusan protokol untuk pengeksportan ke China tetapi kedua-dua negara difahamkan sedang dalam peringkat perundingan untuk buah nangka. Nangka Tekam Yellow merupakan varieti nangka yang paling sesuai dieksport kerana ia mempunyai kualiti terbaik dikalangan nangk yang ada di negara kita. Difahamkan festival yang diadakan selama 3 hari ini telah menarik lebih daripada 350,000 pengunjung untuk mengenali buah premium dari Malaysia ini. Menteri Pertanian memberikan kenyataan iaitu "Di China kini, ada dua perkara sahaja orang beratur panjang. Pertama, apabila Amerika Syarikat mengeluarkan produk baru I-Phone X. Kedua. berbaris untuk mendapatkan Durian Malaysia. Itu perkara yang amat membanggakan kita." Kini festival ini mendapat liputan luas dinegara tersebut mengenai keenakan dan kehebatan durian Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai program dan penglibatan penulis blog sendiri yang hadi dalam festival tersebut dan membuat penilaian semula.


Festival yang kali pertama diadakan di China menerima liputan meluas media tempatan dan dinegara tersebut. Negara Thailand merupakan pengeksport utama buah durian kenegara tersebut tetapi durian Musang King dari Malaysia didakwa memberikan kepuasan kepada rakyat negara tersebut yang mana ada yang sanggup untuk datang beratus-ratus seperti dari Guangzhou dan Shenzen menaiki keretapi laju untuk menikmati promosi durian Malaysia. Penulis yang tutut sama membuka buah durian untuk para pengunjung mendapati ianya merupakan satu jenis buah yang memang amat disukai dinegara tersebut. Durian Musang King dari daerah Raub merupakan satu kawasan pengeluaran utama durian musang King di negara kita selain daripada di Johor, Perak dan Kelantan. Harga pasaran eksport durian ini ke China membolehkan penanam durian tidak risau akan lambakkan buah durian dimasa akan datang kerana buah yang telah dihasilkan daripada dusun durian yang diiktiraf dengan persijioan MyGAP boleh disejuk- bekukan untuk tujuan dieksport kenegara tersebut. Terdapat seluas 5,300 hektar dusun durian di Daerah Raub dimana sebahagiannya adalah dari varieti Musang King yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Semasa penulis ada meninjau harga buah durian Musang King bulan ini juga mendapati harga durian ini mahal sehingga mencecah lebuh dari RM60 sekilogram dan pasaran runcit mencecah RM100 sekilogram. Ini disebabkan permintaan yang tinggi dan akibat penghasilan durian hanya sekitar 20% daripada musim buasa yang menyebabkan harga tinggi.


Festival yang dibuat persiapan mulai 1 November 2017 ini melibatkan 25 gerai pameran dan di buks kepada tetamu khas serta orang awam. Pengunjung perlu mendapatkan 'passport' daripada urusetia dan kemudian mendapatkan 20 chop passport daripada semua gerai pameran sebelum diserahkan passport yang lengkap untuk ditukar dengan kupon untuk makan buah durian yang dikawal ketat.  Pengunjung perlu mengambil masa diantara 1 - 3 jam untuk menyelesaikan urusan passport Festival Durian Malaysia dengan berbaris panjang dan bersabar. Bagaimana pun mereka akan amat gembira menikmati buah nanas MD2 diikuti dengan nangka Tekam Yellow sebelum tiba di gerai durian Musang King. Setiap pengunjung diberikan satu ulas isi durian musang king dan memakannya serta ambil foto drngan buah durian yang ada. Penulis blog dapati seakan satu kepuasan kepada pengunjung yang berjaya menikmati durian premium Malaysia yang manis, kuning enas dan bau yang amat kuat. Ada beberapa pengunjung yang dilihat akan berulangkali meminta isi durian sehingga kenyang. Bertuah mereka makan buah durian ini yang memeng berkualiti. Selama ini mereka hanya menikmati durian dari Thailand yang lazimnya dipetik daripada pokok dan menguasai pasaran. Ada juga durian daripada Vietnam yang dipasarkan di Nanning walau pun masih tidak mencukupi untuk menampung kecukupan.


Dalam pada itu penulis amat sedih melihat satu keluarga yang menghempas beberapa kali buah durian diatas tanah di Taman Botani QingXiuShan. Penulis mendekati keluarga ini terdiri dari 2 wanita, 2 anak kecil dan satu nenek yang menghempas buah durian ini berkemungkinan untuk makan isinya. Mereka kemudian keluarkan pisau dan cuba membukanya tetapi tidak berjaya. Rakan saya Ali Hanafian cuba menggunakan daya usaha untuk membantu membuka durian ini (Sila lihat foto disebelah) tetapi tidak berjaya akhirnya. Penulis mencium buah durian tersebut tetapi tidak ada langsung baru durian. Buah yang seberat 1.6 kg dibeli dengan harga 56 Yuan (RM35.80) dari penjaja sebelum ketaman ini dengan penuh harapan. Apa yang saya lihat bagaimana mereka ingin makan durian tetapi hanya buah durian muda yang dibeli (kemungkinan buah daripada Vietnam) berdasarkan kepada dakwaan mereka. Kaum wanita China di dakwa amat suka makan durian untuk tujuan memanaskan badan mereka terutama mereka yang sedang berpantang atau selepas bersalin. Kaum lelaki juga amat suka makan isi durian terutama untuk memanaskan badan meraka dimusim sejuk. Potensi untuk mengeksport durian ke China dimasa akan datang memang besar. Bagaimana pun protokol untuk mengeksport durian segar masih perlu diusahakan olah pihak tertentu sehingga membolehkan eskport durian 'fersh whole fruit' ini mampu dilaksanakan. Perasmian festival ini yang dilakukan bersama oleh YB Menteri Pertanian, Setiausaha Guangxi Zhuang Autonomous Region dengan disaksikan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mula (Speaker Dewan Rakyat), Konsulat Kemboja, Vietnam yang amat meriah. Penilaian pada keseluruhan program Festival Durian Malaysia 2017 ini membuka ruang untuk pasaran durian dari Malaysia ke China dimasa akan datang. Wasallam!!!...

FESTIVAL HEBAT ...DURIAN MALAYSIA...
HANYANG CITY... NANNING DI CHINA...
MUSANG KING... NANAS DAN NANGKA...
TEMBUSI PROMOSI...EKSPORT DIMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2020, Hotel Mariott,
Nanning, China.
(1-6 November 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...