Support My Blog

Sunday, November 19, 2017

KHASIAT BUAH PEAR - TAHUKAN ANDA?

BUAH PEAR (Pyrus spp) mempunyai lebih daripada 30 spesis dari keluarga Rosaceae yang sejak dulu ditanam secara komersil. Malaysia mengimport buah pear (pir) atau juga dipanggil 'Buah Lai' untuk dimakan segar. Kebanyakan buah ini diimport terutama daripada negara China dengan kuantiti yang banyak setiap tahun. Buah pear masak yang bermacam jenis ini bagaimana pun lazimnya yang berkulit hijau atau yang berkulit kuning pudar (Sila lihat foto diatas). Buah Pear (Pir) ini sering dijual dipasar malam, pasar tani, kedai runcit, pasar basah, pasaraya dan hypermarket. Buah pear sangat banyak dijual kerana ia disukai ramai orang selain harganya yang berpatutan. Mengenai rasanya, buah pear yang segar manis dan menyegarkan sesuai dimakan terus atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai satu hidangan 'mixed fruit'. Buah pear amat disukai oleh pembeli terutama semasa musim panas terik kerana ia kaya serat dan kandungan air yang tinggi. Bahan cecair dalam buah pear paling disukai orang ramai terutama golongan kanak-kanak dan orang dewasa disebabkan ia mampu dalam cara menyejukkan badan dan rasanya yang juga manis. Selain kandungan serat dan kadar air tinggi, buah ini juga banyak mengandung zat antioksidan yang berguna untuk tujuan meningkatkan tahap imuniti atau kekebalan tubuh. Penulis juga merupakan seorang dahulu sering membeli buah pear dalam kuantiti agak banyak kerana ia mudah disimpan dalam peti sejuk dalam masa agak lama untuk dimakan tetapi kini lebih kerap makan buah nanas, tembikai dan jambu batu. Buah pear masak yang dibuang kulitnya ini juga sesuai dimakan bersama kulit jika kena dengan varieti tertentu yang lembut kulitnya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa khasiat buah pear sekadar menambah ilmu pengetahuan penulis dan pembaca blog ini semuanya.


Buah pear walau pun sejenis buah sub-tropik yang diimport di Malaysia tetapi banyak bahan rujukkan mengenainya yang boleh dibaca. Buah pear yang dimakan segar memberikan khasiat yang boleh menyihatkan tubuh badan jika dimakan dengan kadar sesuai. Buah Pear mengandungi bahan 'Anti radikal bebas' seperti unsur vitamin C, vitamin K dan tembaga dimana semuanya adalah bermanfaat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan manusia. Ada juga dakwaan sesiapa memakan buah pear akan membentu mencegah penyakit jantung. Ini kerana kandungan serat yang banyak dijumpai dalam buah pear akan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seterusnya akan memberikan perlindungan bagi badan dari penyakit jantung. Makan-makanan yang kaya serat seperti buah pear dilaporkan boleh mengurangkan risiko kejadian serangan 'stroke' hingga 50 %. Mereka yang berumur lanjut dan mempunyai sejarah keluarga yang pernah ada stroke dinasihatkan makan buah-buahan seperti buah pear untuk mengelakkan kehadiannya. Dalam laporan lain penulis juga mendapati ada dakwaan yang makan buah pear akan mencegah kejadian serangan kanser. Ini kerana kandungan serat tinggi dalam buah pear akan mengikat sel-sel seperti sel 'carsinogenic' dan membuangnya keluar dari tubuh badan dimana ini akan mencegah kanser usus besar. Daripada jurnal yang dirujuk menyatakan dimana bagi sebiji buah pear yang dimakan setiap hari boleh ia menurunkan risiko kanser payudara sehingga 34 % pada wanita setelah menopause. Ini merupakan satu perkara yang agak jarang dibincangkan dinegara kita demi kesihatan semua. Buah pear ini bukanlah buah yang mahal dan ia mudah didapati setiap hari dan bulan dijual dalam pasaran dalam Malaysia walau pun buah ini sebenarnya diimport.

Memakan buah pear (pir) juga tidak menimbulkan kesan reaksi ALAHAN (alergi) kepada ramai orang dan dibuktikan benar. Buah pir juga tidak memberikan kesan alergi jika ia hendak dibandingkan dengan buah-buahan lain dimana ia juga adalah merupakan salah satu dari banyak jenis buah-buahan yang boleh diberikan kepada bayi. Bayi yang baru lahir kurang setahun memang belum mempunyai sistem pencernaan baik sesuai dan boleh diberikan buah pera ini yang segar. Buah pear ini juga mampu untuk menjaga kadar gula darah walau pun diketahui ia adalah sejenis buah yang manis. Meski pun buah pear ini agak sedikit agak manis namun buah pear juga memiliki tahap indeks gliserin yang rendah dan tinggi serat dimana ianya di katakan dapat membantu untuk tujuan mengawal kadar gula dalam darah dan mencegah diabetes. Khasiat buah pear seterusnya adalah potensi buah ini dalam usaha meningkatkan sistem kekebalan tubuh dimana disebabkan oleh tingginya kandungan antioksidan seperti vitamin C, A, dan Cu akan membantu meningkatkan sistem kekebalan badan kita untuk melawan berbagai penyakit. Masaalah sakit tulang atau osteoporosis dikatakan dapat dikurangkan lagi dengan makan buah pear dimana selalunya masalah tulang adalah kejadian yang sangat biasa masa kini. Dalam satu kajian dimana kaedah untuk mempertahankan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis maka sangat penting untuk menjaga tahap keasidan atau juga pH tubuh dan mencukupi dengn unsur kalsium. Sebaiknya bacaan pH dalam badan boleh dikawal dengan cara berdiet dengan makan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Buah Pera didakwa memang kaya akan unsur Boron memudahkan proses penyerapan Kalsium (Ca) oleh badan manusia.

Buah pear juga mampu meningkatkan tingkat tenaga (energy) dimana kadar glukosa yang tinggi dalam buah pir akan memberikan tenaga secara cepat. Ia perlu diambil ketika kita merasakan tubuh yang lemah. Ini kerana gula akan cepat diserap oleh tubuh dan mengmprosesnya menjadi tenaga. Sistem penghadaman (pencernaan) seorang yang makan buah pir lebih baik. Ini kerana buah pir yang berukuran sedang mengandung sekitar 20-25 % bahan serat harian yang diperlukan badan. Disebabkan jenis serat dalam buah pir adalah tidak larut maka akan bergerak lebih mudah melalui usus besar dan mencegah kejang usus. Kandungan serat tinggi buah pir akan membantu untuk memperbaiki keadaan sistem pencernaan. Bagi ibu hamil adalah digalakkan makan buah pir kerana kandungan Asid Folate adalah bahan sangat penting untuk menjaga agar bayi sihat dan terhindar dari kecacatan semasa lahir. Buah pear banyak mengandung unsur nutrien ini dan mereka boleh makan secara teratur sepanjang proses kehamilan untuk mendapatkan khasiatnya. Buah pear juga sesuai digunakan untu proses 'cerai susu' kanak-kanak. Caranya dengan selalu memberikan mereka buah pear kerana kandungan nutrisi dan keasidan rendah tidak menyebabkan masaalah penghadaman. Buah pear boleh dikupas, dipanaskan dan kemudian dimasak jadi bubur. Kulitnya juga boleh dikisar dan diberikan makan kepada bayi tetapi harus berhati-hati sebab ia mempunyai kulit tepi yang keras. Buah Pir tidak boleh diberikan kepada anak-anak yang sedang mengalami diare. Makan buah pear dengan kulitnya dikuppas dan disimpan dalam peti ais dimakaj semasa sejuk amat menyegarkan.

Buah pir mampu merawat masaalah radang hempedu, radang usus, radang sendi dan juga masaalah gout. Buah Pir membantu mencegah tersebut jika ianya dimakan secara teratur. Masaalah tekanan darah juga dapat dikurangkan kerana kandungan bahan seperti antikarsinogen glutathione dan bahan antioksidan dalam buah pir akan membantu menjaga tekanan darah. Disebabkan buah pir memiliki sifat anti-inflamasi (Anti-inflamation effect) maka ia didakwa mampu mengurangkan masalah peradangan seperti arthritis dan lainnya. Jika ada masaalah seperti gejala sesak nafas terutama musim panas sebaiknya anda sering makan buah pir untuk sepajang cuaca panas. Jika ada masaalah sakit tekak juga digalakkan agar makan buah pir dalam bentuk segar atau dibuat jus dulu terutama juga pada musim panas. Buah Pir tinggi kandunagn zat juga berperanan penting untuk menjaga kulit kita agar tetap halus dan lembut. Kanungan serat dalam buah pir akan mengurangkan kadar kelajuan pembuangan gula ke dalam aliran darah sehingga mencegah kerosakan kolagen (sejenis protein) pada kulit. Kalogen juga berkait dengan punca kepada kandungan gula dalam darah. Makan buah pir setiap hari akan menjauhkan kulit kita dari penuaan dini. Buah ini kaya akan vitamin C, vitamin K dan tembaga. Semua elemen ini bermanfaat untuk memerangi radikal bebas berbahaya, sehingga sel-sel kulit kita akan terlindung dari kerusakan parah. Hal ini akhirnya akan membatasi pembentukan garis-garis halus di dekat mata kita serta daerah bibir. Khasiat makan buah pir seterusnya adalah melambatkan proses kerepot dan merawat kejadian kulit berminyak. Caranya dengan kita menghancurkan buah pir dan mencampurkannya dengan madu. 

Buah pear boleh digunakan sebagai bahan untuk konmetik kecantikkan. Adunan buah ini diproses sebagai masker wajah dengan menyapunya sebanyak tiga kali dalam seminggu (Sila lihat foto disebelah). Kesannya adaalah sebagai penutup muka sehinnga ianya akan mengurangkan seluruh secretion kelenjar sebaceous yang berada di kulit muka. Bagi rawatan jerawat pada muka wanita sebaiknya buah pear boleh digunakan. Ini kerana buah ini juga mengandungi unsur vitamin dan mineral penting dengan kadar tinggi sehinggakan buah ini boleh meningkatkan kekebalan tubuh dan membuat kulit lebih kuat secara internal. Kulit muka akan menjadi lebih kuat untuk melawan jerawat dan semua jenis infeksi kulit dari dalam. Buah pear sesuai dijadikan pelembab kulit semulajadi. Ini kerana buah pir tidak hanya baik untuk kulit yang ada masaalah berminyak tetapi juga baik untuk kulit yang kering dan bersisik. Buah ini mengandung humectants semulajadi yang membantu keseimbangan air yang menjaga mampu kelembaban kulit. Ekstrak buah pir dan gunakan untuk pembuatan 'lotion pelembab' atau conditioner. Penggunaan dengan teratur membolehkan kulit muka jadi halus. Buah pear sesuai dijadikan bahan 'scrub' semulajadi yang berkesan dengan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada di lapisan permukaan kulit. Caranya dengan mencampurkan pear tumbuk kedalam bekas sesuai dan ditampal kebahagian muka kerana ia juga menyababkan kelembutkan kulit disebabkan proses cepatkan pergantian sel. Buah ini ada didakwa juga mampu merawat bibir. Buah pear mengandungi asid lactate yang berfungsi untuk menjaga sel-sel bibir kita menjadi sihat, tidak kering, lembut dan halus. Memang banyak penjelasan mengenai khasiat dan kegunaan buah pir yang dinyatakan diatas. Diharap anda pembaca blog anim agro technology dan mendapat info berguna membaca artikel Anim Agro Technology kali ini . Wasallam!!..


BUAH PEAR... BUAH PIS SAMA SAJA...
BUAH DIIMPORT...DARI LUARNEGARA...
BANYAK KHASIAT...PPELBAGAI GUNA...
BACA ARTIKEL... RASA HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Taman Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor, 
Malaysia.
(4 Syawal 1437H)
Edited and posted from Room 614, Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...