mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, November 15, 2017

SERAI KAYU - RAWAT DARAH TINGGI

DAUN SERAI KAYU adalah bahagian berkhasiat daripada tumbuhan iaitu Pokok Serai Kayu (Syzygium polyanthum) dan ia merupakan sejenis pokok tropika daripada keluarga Myrtaceae. Ia merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya bewarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga Serai Kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. Penulis dapati dalam kalangan masyarakat kita daun serai kayu juga dikenali sebagai 'DAUN SALAM' yang banyak digunakan didalam masakan tradisional Melayu sejak dulu kala. Daripada bahan rujukkan dilaporkan dimana pokok ini terdapat di kawasan hutan tanah rendah seperti di Burma dan Malaysia. Biasanya pokok ini amat mudah untuk dijumpai di Pulau Langkawi sehingga ke Singapura. Selain daripada digunakan sebagai bahan masakan, dilaporkan dimana ia sering dimakan sebagai bahan ulaman serta mampu untuk merawat kes gatal-gatal badan dan pemakannya akan mendapat manafaat menjadi awet muda Huraian. Pokok yang mampu tumbuh sehingga setinggi 30 meter ini mmempunyai bahagian batang kelabu dan bersisik. Bila berbuah ia lazimnya mempunyai buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. Terdapat banyak pokok serai kayu ini tumbuh tanpa disedari iaitu tumbuh meliar di dalam kebun dan dalam hutan. Adakalanya pokok ini boleh menganggu tumbesaran pokok yang lebih berfaedah seperti buah-buahan didalam dusun. Lazimnya penduduk mampong akan sayang untuk menebang atau membuangnya dan akan dibiarkan terus kekal dalam dusun. Pada kebiasannya penulis dapat info dimana penggemar nasi ulam (nasi kerabu) sering akan mencampur nasinya dengan dedaun ulaman seperti ulam raja serta pelbagai dedaun yang boleh digaul secara mentah. Pada saya walau pun daun serai kayu ini mempunyai rasanya kelat tetapi sebenarnya kemudian ia mengeluarkan rasa lemak dan sedikit manis. Serai kayu atau pokok samak ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis serta darah tinggi. Air rebusannya yang kelat didakwa dan dipercayai dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Untuk mendapatkan pucuk muda ataupun pucuk baru yang lembut lazimnya dilakukan pemangkasan yang perlu dibuat. Pemangkasan juga perlu untuk mengelakkan pokok serai kayu lebih cepat meninggi dimana ia mungkin sukar untuk memetik pucuknya yang muda. Kini penulis telah pasti dimana pokok daun salam, serai kayu, pokok samak adalah pokok yang sama dan sebenarnya  cuma sebutan sahaja yang berbeza. Artikel petang ini sementara cuti rehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok serai kayu yang dikalii oleh saintis dan dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk dijadikan bahan yag merawat darah tinggi.

Dalam akhbar berita Harian yang penulis petik dilaporkan dengan tajuk "Khasiat daun serai kayu rawat darah tinggi" amat baik dibuat rujukkan. Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya dengan hasil kajian di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog sebenarnya kini ramai dikalangan masyarakat kita yang kurang tahu mengenai daun dan pokok Serai Kayu atau pokok Salam. apa pun kini memang ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang menjadi pengidap masaalah tekanan darah tinggi. Penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu. Kini daripada laporan dan mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan sudah terdapat lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi. Masalah ini menrupakan 'Pembunuh senyap' dimana daripada kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 dan hasinya mendapati 32.4 peratus atau mudah dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi. Dalam 10 tahun selepas itu dimana kajian lanjut dijalankan dan kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus. Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia. Kemudian satu kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara. Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya melakukan kajian ke atas daun serai kayu yang boleh mengubati penyakit darah tinggi di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian (Sila lihat foto disebelah). Kajian ini jika berjaya kelak  mampu menghasilkan kawalan pengidap tekanan darah tinggi dan menjadikan pokok serai kayu yang dahulu dibiarkan begitu sahaja akan menjadi tanaman yang komersil.

Amalan pengambilan ulam daun serai kayu didakwa amat baik seperti apa yang didapati oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan. Kumpulan ini telah  mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi. Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani dimana lazimnya ia banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah. Semasa penulis kenegara jiran di Indonesia, daun ini lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum. Apa pun di Eropah dan kawasan negara Mediterranean ada dilaporkan daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging. Dalam kes lain tidak ketinggalandi dalam masakan Arab, India dan Pakistan. mereka juga mengggunakan daun ini untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus). Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.

Dalam kita membincangkan akan khasiat daun serai kayu atau daun salam, rupa-rupanya di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan didakwa dimana daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi (Sila lihat foto disebelah)Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat. Dakwanya daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka. Kini mereka telah tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil. Bagaimana pun hasil penyelidikkan didapati rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka menjadi lebih sihat dan selesai masaalah tekanan darah tinggi. 

Sebenarnya memang belum ada kajian dan pengkomersilnan untuk membuat serbuk daun serai kayu (Sila lihat serbuh daun serai kayu disebelah). Dari itu maka  kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan bagaimana tahap keberkesanannya dalam bidang perubatan. Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu. Mereka menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan. Hasil kajiannya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal. Temuan ini telah dianalisa secara klinikal dengan lebih terperinci pada kajian berikutnya. Temuan ini terbukti bantu turunkan darah tinggi. Menerusi kaedah kedua, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi. Apa yang lebih menakjubkan dimana hasil kajian tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal. Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, mereka dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah. Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah. Mereka juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan.  Ketika ini kumpulan saintis ini bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi. Mereka berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi. Semuga tulisan ini berjaya memberikan infoo terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAUN SERAI KAYU...DAUN SALAM SAMA...
MUDAH DITANAM... YANG LIAR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... KAJIAN DILAKSANA...
DALAM TULISAN... NAMPAKNYA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bandar Baru UDa,
Johor Bahru, Johor.
(18 Safar 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...