Support My Blog

Wednesday, November 22, 2017

PERDAGANGAN PERTANIAN MALAYSIA-CHINA

PERDAGANGAN PERTANIAN ANTARA MALAYSIA-CHINA mencapai satu tahap yang perlu dibincangkan penulis blog pada masa ini disebabkan oleh potensi pasaran yang lebih meluas. Malaysia menikmati hubungan yang baik dengan China dalam hubungan diplomatik dan dua hala terutama untuk sektor pertanian dan eksport produk kelapa sawit. Semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib ke China pada 31 Oktober - 5 November 2017 telah diujudkan hubungan Bilateral Agreement dalam bidang kerjasama pertanian. Ianya termasuk persetujuan dalam menandatangani MoU dalam megujudkan Joint Working Group (JWG) dengan menyediakan protokol Pemeriksaan, Kuarantin dan Veterinary Inspection untuk tujuan pasaran eksport. Kedua-dua negara sedang dalam proses untuk menjadikan Sarang Burung Walit Mentah (Raw-unclean Edible Birdnest) dari Malaysia dieksport ke China untuk diproses dinegara mereka. Ianya mampu mengelakkan dari kaedah pemprosesan yang tidak hygenic seperti mana telah dilaporkan pernah berlaku sebelum ini. Aktiviti memproses sarang burung walit mentah kepada saarang burung walit diproses (Raw-Cleaned Edible Birdnest) memerlukan tahap tenagakerja manual yang rumit dan lama. Pada masa ini penternakan sarang burung walit di Malaysia telah sampai memasukki tahap pengeluaran yang termasuk dibawah program Entry Points Project (EPP) dan Economic Transformation Program (ETP) dibawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Verterinar. Dalam kerjasama Malaysia-China Cooperation Twin City diantara Kuantan dengan Qinzhou kedua-dua pihak telah bersetuju menjalinkan kersama erat dalam sektor pertanian dan perindustrian lain. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai perdagangan pertanian diantar Malaysia dengan China sebagai bahan rujukkan sempena lawatan penulis ke Nanning pada awal November 2017 ini.


Negara China dengan penduduknya yang ramai sehingga lebih 1.2 billion mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi dimasa akan datang.  Perdagangan dua hala Malaysia-China mencecah nilai RM191.65 bilion bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, meningkat 1.2 peratus berbanding RM189.34 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. Analisa menunjukkan nilai eksport dalam tempoh dikaji susut 7.2 peratus kepada RM77.40 bilion daripada RM83.41 bilion disebabkan nilai eksport lebih rendah dalam produk petroleum, elektrik dan elektrikal (E&E), minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit, dan gas asli cecair (LNG). Pengembangan dalam eksport dicatatkan kimia dan produk kimia, optikal dan peralatan saintifik, petroleum mentah, peralatan pengangkutan dan makan diproses. Nilai import Januari-Oktober 2016 pula menokok 7.9 peratus kepada RM114.25 bilion daripada RM105.92 bilion. Kenyataan ini dikeluarkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Dalam ks lain defisit perdagangan Malaysia-China dalam tempoh dikaji melebar kepada RM36.84 bilion daripada RM22.51 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. Antara faktor utama kepada pertumbuhan eksport yang lebih rendah itu disebabkan penyusutan dalam harga komoditi. Akibat dari penyusutan harga komoditi iaitu termasuk minyak dan gas, adalah cabaran kepada perdagangan. Jurang defisit itu dapat dikurangkan secara berperingkat mengambil kira dari pelbagai inisiatif yang sudah dan yang akan diambil kerajaan antaranya CASTPP yang akan membantu pengeksport Malaysia, khususnya IKS, memasuki pasaran China secara lebih berkesan lagi. Pada masa ini MATRADE menjalin kerjasama dengan Guangxi Qinzhou Free Trade Port Area Administration Committee (GQFTPAC) dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) Malaysia bagi melancarkan CASTPP, yang bertujuan membantu pengeksport Malaysia, khususnya IKS, meningkatkan kemasukan bukan saja ke China, tetapi juga pasaran ASEAN. Platform itu akan meningkatkan akses ke dalam pasaran dengan gabungan saiz 1.9 bilion pengguna. Platform itu menawarkan dua saluran iaitu dalam talian dan luar talian yang dikenali sebagai Haigou 365 dan MAYI Imported Goods. Haigu 365 adalah platform e-dagang manakala MAYI menawarkan perkhidmatan yang mana ia menggabungkan kemudahan ke atas pembelian, kelulusan kastam, logistik dan pengurusan eksport.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Xi Jinping di Great Hall of People di China dalam rangka lawatan kerja lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa pada 14 dan 15 Mei 2017. Satu Jalur Satu Laluan adalah inisiatif Presiden Xi bagi merancakkan perdagangan antara negara dengan kaedah menyediakan infrastruktur seperti pelabuhan, laluan keretapi dan lebuh raya. Najib kemudian menyertai Presiden Xi pada perbincangan dua hala bagi membincangkan kerjasama ekonomi Malaysia dan China (Sila lihat foto disebelah)Turut serta ialah Wakil Khas kerajaan Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, dan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Kemudian didalam kenyataannya, Najib berkata beliau yakin inisiatif Satu Jalur Satu Laluan merupakan satu rancangan perubahan untuk seluruh rantau berkenaan meliputi Eropah dan Afrika. Beliau berkata sejak mereka bertemu November lepas, banyak inisiatif yang dipersetuju kedua-dua negara telah atau akan dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau setuju dengan anda (Presiden Xi) bahawa Malaysia dan China bukan sahaja jiran malahan juga rakan setia. Perdana Menteri berkata walaupun hubungan Malaysia-China berada pada tahap tertinggi, terdapat skop untuk mempertingkat dan memperluaskannya lagi. Selepas itu, Najib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang sebelum menyertai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan pihak kerajaan China. Najib dan Li kemudian menyaksikan upacara menandatangani tiga perjanjian persefahaman dengan melibatkan beberapa Kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan Industri, Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketiga-tiga kementerian diwakili oleh menteri masing-masing. Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan China bagi membangunkan infrastruktur seperti laluan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang untuk faedah bersama. Sementara itu, MITI akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pembangunan Nasional dan Reform, antara lain untuk pengiktirafan bersama standard dan perkongsian maklumat serta menggalakkan penggunaan rangkaian bekalan tempatan dan memudahkan e-perdagangan rentas sempadan. China, bagi lima tahun akan datang, komited untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion, melabur hingga US$150 bilion dan menawarkan 10,000 tempat untuk latihan dan pengajian di China.  Perjanjian melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah untuk eksport nanas segar ke China.  Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan China meningkat 20.3 peratus kepada US$29.33 bilion dengan import bernilai US$12.9 bilion dan eksport bernilai US$16.43 bilion.  


Pemeteraian protokol pertanian dan juga menambah baik rantaian bekalan bersama akan membantu mening­katkan dagangan dua hala antara Malaysia dan China pada masa depan dakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. Beliau juga berkata, pematuhan kepada langkah keselamatan China ke atas syarat import bagi produk buah-buahan segar adalah penting bagi meningkatkan eksport Malaysia ke negara berkenaan. Malaysia telah menandatangani protokol produk pertanian Buah Nanas pada Mei 2017 bermula dengan diikuti buah-buahan lain. Kini dengan protokol itu, Malaysia boleh mengeksport secara terus ke China. Eksport buah-buahan ke China akan dapat dipertingkat daripada 6 peratus pada masa sekarang ini kepada 20 peratus daripada keseluruhan eksport dalam masa terdekat. Peningkatan rantaian bekalan bersama dengan China juga akan memudahkan pergerakan komponen dihasilkan industri elektrik dan elektronik di Malaysia. Malaysia perlu terus ujudkan menghapuskan cukai, halangan tarif dan halangan bukan tarif agar komponen terbabit boleh bergerak dengan cekap ke destinasi akhir untuk pemasangan. Sebarang kelewatan akan menjejaskan pemasangan produk akhir dan jika itu berlaku, pelabur tidak akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka. Beliau mendakwa pelabur melihat Malaysia, bukan sahaja sebagai sangat dekat dengan China bagi tujuan eksport, tetapi juga sebagai rakan kongsi rantaian bekalan bersama negara ber­kenaan. Duta China ke Malaysia iaitu Dr. Huang Huikang yang turut hadir di seminar nyatakan trend terkini menunjukkan rakyat China gemarkan produk Malaysia. Mereka gemar durian Malaysia. Pada peringkat dasar kerajaan China menggalakkan lebih banyak import dari Malaysia dan itu termasuk makanan halal Malaysia.


Dalam kes lain, Duta Malaysia ke China iaitu Datuk Dzulkifli Mahmud nyatakan perlua ada kempen agresif bagi meningkat program promosi dan pembinaan jenama di China (Sila lihat foto disebelah). Malaysia kini telah kini memasuki bandar peringkat kedua dan ketiga di samping memanfaatkan pemba­ngunan pesat e-dagang China bagi meningkatkan dagangan kita di sana. Dalam program Festival Durian Malaysia 2017 yang diadakan di Hang Yang City, Nanning, ia merupakan salah satu program yang mengikut landasan betul. Kini lebih banyak produk pertanian Malaysia akan memasuki pasaran China tanpa halangan mulai bulanNovember iaitu hasil perjanjian yang akan dimeterai antara kedua-dua negara. Salah satu bentuk kerjasama penting seperti antara taman berkembar iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP). Ada laporan sebelum ini menyebut bahawa kedua-dua taman perindustrian itu merupakan usaha sama antara Malaysia dan China selari dengan kerjasama diantara bandar Kuantan dan Qinzhou iaitu menerusi Inisiatif Berkembar Dua Negara. Kerajaan Pahang meluluskan tambahan 400 hektar (1,000 ekar) bagi tujuan meluaskan taman perindustrian Kuantan kepada 960 hektar (2,400 ekar). Hasil usaha sama itu, jumlah pelaburan yang diraih setakat ini bernilai AS$3.77 bilion. Kini eksport buah-buahan Malaysia kini hanya enam peratus (6%) sahaja daripada sejumlah pasaran eksport sebanyak RM540 juta. Dengan negara China mempunyai 1.3 bilion penduduk dan eksport buah-buahan masih kecil ini sekali gus membuka peluang besar untuk diteroka oleh syarikat Malaysia. Hasil daripada perjanjian itu kedua-dua negara mahu menjadikan Qinzhou sebagi hab dagangan. Kini lapan jenis buah-buahan Malaysia dieksport ke republik itu termasuk betik, rambutan, manggis, kelapa muda dan tembikai dan terkini adalah Nanas MD2. Selain nanas, Malaysia yang merupakan salah satu pengeluar kedua terbesar sarang burung. Malaysia kini boleh mengeksport sarung burung mentah yang belum dibersihkan (Un-cleaned raw birdnests) ke pasaran China.  China sebelum ini hanya mengimport sarang burung yang sudah diproses. Pasaran sarang burung di China bernilai AS$1.8 bilion setahun. Ini membolehkan penternak sarang burung walit akan terjamin pasaran dan harganya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
PRODUK MALAYSIA...EKSPORT KECHINA...
PRODUK PERTANIAN... SUDAH BERMULA...
POTENSI PASARAN... BESAR DIJANGKA...
PASTIKA BERKAYA... RUNDINGAN SETIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia 
(27 RabiulAwal 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...