Support My Blog

Tuesday, April 21, 2026

OKRA - APA FAKTA PENTING (Part 1)

OKRA atau Bendi (Abelmoschus esculentus) di Malaysia adalah sejenis sayuran hijau berbentuk panjang meruncing (seperti jari) yang berlendir dan sangat berkhasiat. Apa pun bagi penulis blog tumbuhan daripada keluarga Malvaceae adalah popular di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 seluas  4,001 hektar di tanam dengan ia menghasilkan sebanyak 76,191 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,460 hektar menghasilkan 27,442 metrik tan diikuti dengan Perak (553 ha) dan Kelantan (443 ha). Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ia dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan biji kopi. Apa pun antara fakta penting mengenai Okra atau 'Bendi' atau 'Lady's finger' atau 'Kacang mior' ia memiliki lendir khas yang muncul terutamanya apabila dihiris dan dimasak dimana lendir ini mengandungi serat larut yang sihat. Terdapat dua jenis atau varieti utama iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Apa pun selalunya jenis okra merah akan berubah menjadi hijau apabila dimasak. Khasiat okra yang penting adalah ia dilaporkan mengandungi tinggi serat yang baik untuk proses pencernaan, vitamin C untuk imuniti, serta membantu dalam mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Paling seronok beli okra dimana cara masak ia boleh direbus, ditumis, dibakar atau dijadikan kari dan sup. Okra memang ia kaya dengan serat, vitamin C, vitamin K dan antioksidan. Apa pun okra adalah makanan rendah kalori dan menjadikannya pilihan tepat untuk diet. Artikel pada petang Ahad ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai okra dan beberapa fakta penting bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Antara fakta penting okra dimana sayuran ini mengeluarlan bahan lendirnya atau sejenis serat larut yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dilaporkan memang selalu dimakan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi penderita diabetes. Apa pun ada laporan dimana bahan serat dalam okra membantu mengikat kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Ia selalunya akan di masak dengan pelbagai cara seperti ditumis, dimasukkan ke dalam kari (seperti kari kepala ikan), digoreng celup tepung, atau dijadikan ulam. Lendirnya juga bertindak sebagai agen pemekat semulajadi dalam masakan seperti sup atau stew. Dalam beberapa tinjauan dimana harga okra atau bendi di Malaysia berbeza mengikut tempat jualan sama ada di jual dipasar basah, pasar raya, pasar malam, pasar tani atau kedai runcit dimana harga runcit sekitar RM 10 - RM20 sekilogram di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kajian harga ladang di Melaka dan Johor dilaporkan ia di jual pada harga sekitar RM 2.75 - RM3.50 sekilogram. Okra atau bendi boleh dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan warna iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Jenis Okra Hijau (Green Ocra) adalah jenis yang paling biasa ditanam petani di Malaysia dan ada dijual di pasaran. Rupanya ia berbentuk seperti torpedo kecil (7.5-15 cm) berbulu dengan lekukan memanjang serta selalunya iaberwarna hijau muda hingga hijau pekat. Bijinya kecil dan putih yang memang diselaputi lendir dengan mempunyai rasa yang ringan dan sedikit berumput dan ia mirip terung atau kacang buncis sekali pandang. Antara varieti popular di tanam di Malaysia adalah seperti 'Clemson Spineless' yang mana ia Sangat popular kerana buahnya tidak mempunyai bulu halus yang tajam (tanpa duri), jenis 'Emerald Green Velvet' yang mana ia mempunyai buah yang berwarna hijau gelap dan tekstur yang lembut, jenis 'Annie Oakley' iaitu varieti hibrid yang berbuah lebat. Terdapat Jenis Okra Merah dimana jenis ini ia mempunyai kulit berwarna merah atau ungu tua yang cantik, namun akan bertukar menjadi hijau apabila dimasak (Sila lihat foto disebelah). Ia juga di kenali dengan nama 'Burgundy' sebab memang ada warna merah wain (burgundy) yang pekat dan bunganya yang berwarna kuning. Antara verieti yang di tanam di Malaysia adalah varieti 'Red Velvet' yang mana ia mempunyai warna merah cerah yang menarik. Pengkelasan okra juga dibuat mengikut Saiz dan Bentuknya dimana Ada Jenis Okra Kerdil (Dwarf) dimana ia adalah jenis renek atau rendah dan ia selalu sesuai ditanam di dalam pasu kerana pokoknya tidak terlalu tinggi. Ketinggian pokoknya hanya mencapai ketinggian sekitar 2.5 hingga 3 kaki (75cm - 90cm) iaitu ia jauh lebih rendah daripada bendi biasa yang boleh tumbuh setinggi 6-8 kaki. ANtara varieti yang ada di tanam termasuk 'Perkins Long Pod' dimana ia mempunyai pod atau buah yang lebih panjang daripada biasa atau sekitar 4 hingga 6 inci apabila di petik. Ada juga varieti 'Star of David' yang dilaporkan ia berasal dari Israel yang mempunyai bentuk pod yang lebar dan beralur tajam, menyerupai bintang jika dipotong melintang. Ada varieti 'Clemson Spineless' yang lebih disukai oleh petani dan tukang masak kerana dilaorkan ia tidak menyebabkan kegatalan pada tangan semasa memetik atau memotongnya. Bagi varieti 'Heirloom' pula ia ada sejenis okra tradisional yang benihnya boleh disimpan untuk ditanam semula tanpa kehilangan ciri asalnya.

 

Sayur Okra dilaporkan ia kaya dengan serat dan selalu digunakan dalam masakan seperti tumis, goreng, kari dan sup kerana teksturnya yang berlendir (mucilage) dan rangup. Penulis blog suka makan okra salut tepong jangung yang digoreng rangup dan memang ia enak dan mengenyangkan juga (Sia lihat foto disebelah)Okra atau bendi mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi sistem pencernaan dan aktiviti pengawalan gula darah dimana okra adalah sayur yang sangat popular di kalangan pesakit diabetes kerana wujud bahan kandungan seratnya membantu didalam melambatkan penyerapan glukosa dalam darah. Okra juga dilaporkan ia mampu untuk menurunkan kolesterol bila dimakan sebab ada kandungan mucilage (lendir) dalam okra bertindak mengikat kolesterol semasa proses pencernaan supaya ia dapat dibuang dari badan. Bahan serat dalam okra yang membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit memang sesuai di jadikan makanan berkhasiat. Apa pun di laporkan okra membantu menjaga Kesihatan Jantung sebab ada gabungan serat, antioksidan yang mana ini akan tingkatkan lagi keupayaan menurunkan kolesterol didalam usaha membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Makan okra akan menguatkan tulang (bone) sebab kandungan vitamin K dan kalsium yang tinggi dalam okra membantu menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis. Bagi usaha untuk menjaha kesihatan Kulit dan Awet Muda memakan okra yang kaya dengan Vitamin A dan C akan bertindak sebagai antioksidan membantu mengekalkan keanjalan kulit dan membasmi jerawat. Dalam pada iyu di laporkan okra sangat Baik untuk Ibu Hamil sebab okra kaya dengan asid folik yang penting untuk mencegah kecacatan tiub neural pada janin. Kandungan nutrisi Okra yang padat dengan:Vitamin A, C, K, dan B6 serta zat mineral seperti Magnesium (Mg), Kalsium (Ca) dan Folat bersama bahan Antioksidan (Polifenol dan Lektin) ia berpotensi sebagai makanan antikanser. Penggunaan dan cara masak okra perlu betul agar semua zatnya dapat di manafaatkan dimana ia boleh di tumis atau dimasukkan dalam kari atau direbus saja sebagai ulam yang di cicah sambal belacan memang enak sekali. Petua uUntuk mengurangkan lendirnya ia boleh di proses melalui cara memanggang atau memasaknya dengan api yang kuat. Ada sesetengah orang merendam hirisan okra semalaman untuk diminum airnya atau memakan keseluruhan buah adalah lebih baik untuk mendapat khasiat serat yang lengkap tetapi bersihkan dahulu. Walaupun okra (bendi) sangat berkhasiat dilaporkan ada terdapat beberapa ancaman atau kesan sampingan jika dimakan secara berlebihan atau oleh individu dengan kondisi kesihatan tertentu. Pertama adalah risiko Batu Karang sebab okra yang tinggi dengan oksalat (oxalate) dimana sesiapa makan terlalu banyak oksalat boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang jenis kalsium oksalat terutamanya bagi mereka yang pernah dulu dia mengalami masalah batu karang sebelum ini. Ada juga risiko atau masalah isu pencernaan sebab okra kaya dengan serat dan fructans (sejenis karbohidrat). Bagi individu yang sensitif atau mempunyai masalah usus seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) maka dia boleh menyebabkan kes kembung perut, angin, kekejangan dan cirit-birit. Ada kes bila okra ada interaksi dengan Ubat Diabetes dimana ada laporan kajian mendapati okra boleh menghalang penyerapan ubat diabetes (metformin) dengan berkesan. Penderita diabetes yang selalu mengambil ubat perlu berhati-hati dan berbincang dengan doktor. Berlaku juga risiko gangguan darah sebab okra tinggi dengan Vitamin K yang membantu pembekuan darah. Ini boleh menjejaskan ubat pencair darah (seperti warfarin atau coumadin) jika diambil dalam jumlah yang banyak. Dalam pada itu risiko radang sendi boleh mengancam sebab okra mengandungi solanin iaitu sejenis sebatian yang dikaitkan dengan peningkatan keradangan dan sakit sendi (arthritis) pada sesetengah orang. Cara untuk mengurangkan risiko ini dengan mengambil okra secara bersederhana dan tidak berlebihan adalah kunci utama. Bagi kebanyakan orang memang selalunya okra selamat dan berkhasiat jika dijadikan dalam diet seimbang.


Aktiviti menanam okra atau bendi 
adalah salah satu aktiviti pertanian sama ada menanam sekeliling rumah, kebun komuniti atau menjadikan ia sebagai aktiviti pertanian komersil di Malaysia. Bagi penulis bllog dimana menanam okra ia adalah sangat mudah, cepat hasil dan sesuai untuk mereka yang baru mula berkebun. Okra ini ia boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam polibeg, pasu atau atas batas buatan sendiri di kepong dengan kayu. Paling utama adalah mendapatkan ilmu menanam okra sama menontonnya dari youtude, membaca blog anim agro technology atau membuat tinjauan dan boleh bertanya kepada jiran yang sudah ada menanam okra. Apa pun antara keperluan asas pertama adalah mendapatkan bijib benih okra yang boleh ia di beli di kedai pertanian atau kini ia ada meluas di jual di Kedai DIY serta beberap kedai runcit dan pasaraya besar dis eluruh negara. Pilih varieti yang sudah pun disenaraikan dapam bab diatas dan di syoran kalau ingin  tanam dalam polibeg atau pasu dapatkan benih varieti renek yang berbuah lebat. Bagi media tanaman boleh gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik termasuk jenis tanah campuran 3-dalam-1 atau 6-dalam-1 adalah yang terbaik bagi tanaman okra. Gunakan saiz pasu atau polibeg besar yang berukuran 25cm (diameter) x 20cm (tinggi) atau polibeg bersaiz 16x16 inci untuk diisikan media tanaman ikra. Cara menanam dengan menyemai benih dalam tray semaian terlebih dahulu menggunakan peat moss atau tanah semaian. Kemudian boleh anakbeih ini di pindahkan (transplant) iaitu apabila anak benih okra ini sudah keluarkan sebanyak 2-3 helai daun (lebih kurang 1-2 minggu) untuk ia dipindahkan ke dalam pasu atau tanah di kebun sebenar. Jika tanam di atas tanah perllu pastikan jarak antara pokok sekurang-kurangnya 1-2 kaki untuk mengelakkan perebutan nutrien. Bagi menanam dalam polibeg atau pasi bubuh sepokok satu unit pasu atau polibeg tersebut. Penjagaan tanaman okra perlu ia disiram dengan kekerapan 2 kali sehari (pagi dan petang) kerana pokok okra ini ia perlukan air yang cukup untuk membesar. Lokasi menanam okra ia sebaiknya mendapat cukup cahaya matahari (elakkan dari terlindung) sepanjang pertumbuhannya. Pemberian baja dilakukan dengan unakan baja sebatia NPK seperti formulasi NPK15:15:15 di peringkat tubesaran dan juga Baj NPK 12:12:17:2 untuk peringkat berbunga dan berbuah yang di berian setiap 2 minggu sekali untuk hasil buah yang lebat. Aktiviti mencantas (pruning) di lakukan dengan cara membuang daun-daun di bahagian bawah pokok (daun yang dah tua) bertujuan untuk mengurangkan serangan perosak dan mempercepatkan pengeluaran buah. Dengan pokok okra ini dijaga baik maka ia mula berbuah untuk di petik sekitar 45 - 60 hari selepas disemai. Pastikan okara ini di petik buah ketika masih muda (sekitar 3-4 inci panjang) agar teksturnya lembut untuk sesuai di makan atau untuk di jual. Penulis blog dapati dimana jika buah kra ini di biarkan terlalu lama dipokok maka akibatnya ia akan menjadi okra yang keras dan berserabut. Bagi penulis blog selelunya menuai memetik dengan julat kekerapan iaitu setiap hari atau 2 hari sekali untuk ianya dapat merangsang pengeluaran buah baru. Sebenarnya menanam okra atau bendi adalah pilihan tepat kerana ia tahan lasak, kurang penyakit dan menjanjikan hasil yang banyak dalam jangka masa pendek. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemanya.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
NAMANYA OKRA...KACANG BENDI SAMA...
MUDAH DI TANAM...BANYAK BUAHNYA...
BANYAK KHASIAT...RESEPI BANYAK ADA..
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1447H).

Monday, April 20, 2026

BUNGA KESIDANG - APA DIA?

POKOK BUNGA KESIDANG
(Vallaris glabra) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae atau tanaman hiasan yang menjalar atau renek yang popular dengan bunga berwarna putih kecil, berbau wangi seperti daun pandan atau nasi. Selalunya pokok ini akan ditanam sebagai hiasan hiasan di halaman rumah atau ada yang menjadikannya sebagai 'pintu gerbang' atau atau pergola yang cantik sebab ia mudah di lentur. Penulis blog ada menanam 5 pokok bunga kesidang di rumah dan memberikan aroma harum dan mencantikkan halaman rumah. Apa pin ia juga dikenali sebagai 'Pokok Bunga Kerak Nasi', 'Pokok Tikar Seladang' dan juga 'Bread flower tree'. Pokok bunga ini dilihat ia mempunyai jenis pokok berbatang keras dan berdaun hijau bujur seperti sirih dimana ia akan mengeluarkan getah putih apabila di bengkokkan dahan atau di cederakan. Bunganya adalah bersaiz kecil yang berwarna putih bersih dimana pokok di depan rumpah penulis blog memang ia berbunga sepanjang tahun. Paling seronok adalah memetik bunga kesidang yang sedang mekr dimana ia memberikan aroma atau bau yang sangat wangi terutama pada waktu malam dimana ia sering digunakan untuk rawatan aromaterapi. Bunga ini dari segi kegunaan tradisional memang ia ada digunakan dalam aktiviti seperti salah satu komponen dalam pembuatan bunga rampai, hiasan sanggul dan hiasan untuk tepak sirih dalam adat Melayu lama. Bunga ini juga menjadi simbolik dimana ia adalah bunga yang melambangkan kesucian, kelembutan dan tanda hormat serta merupakan bunga rasmi bagi Negeri Melaka. Penulis blog dapati tanaman bunga kesidang paling mudab di jaga dan ditanam iaitu dengan melalui keratan batang atau biji dan sesuai dijadikan tanaman pagola yang hendak di bina. Pokoknya juga merupakan sejenis tanaman memanjat tropika yang sangat popular di Malaysia kerana keharumannya yang unik. Ia merupakan tumbuhan jenis memanjat (climbing plant) yang sering dijadikan hiasan pada pagar atau pergola di halaman rumah atau di taman-taman rekreasi terutama di Melaka. Selain sebagai tanaman hiasan dan aromaterapi, air rebusan daun dan akarnya juga dikatakan mempunyai khasiat tradisional seperti membantu melawaskan kencing dan melegakan gatal-gatal kulit. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis apakah dia fakta bunga kesidang untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.



Apa pun disebabkan oleh baunya yang harum semerbak menjadikan yang bunga kesidang putih digunakan sebagai bahan ramuan untuk membuat bunga rampai dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi. Masyarakat Melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita serta hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang dilaporkan ia memang melambangkan kehormatan, kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Bunga ini telah dijadikan bunga rasmi negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya. Pokok hiasan ini sering ianya ditanam di perkarangan rumah selaku tanaman penyerlah dimana lazimnya pokok dan bunga kesidang ini menarik perhatian rerama untuk mecium akan bungaanya. Perlu di ketahui jika kebanyakan tumbuhan pemanjat sering dibiakkan melalui kaedah aseksual sungguhpun sesetengahnya mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Bagi penulis blog paling mudah adalah menggunaka kaedah keratan batang yang di pilih dari pokok induk yang subur dan umur dahan yang hendak di jadikan benih. Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batangnya hingga menyentuh ke tanah iaitu dengan cara menindihkan batang pokok kesidang dengan benda berat contohnya batu-bata dan membiarkan hingga akarnya tumbuh sendiri setelah beberapa minggu. Kemudian bahagian yang telah ditumbuhi akar ini memang sudah boleh dipotong dan ditanam di dapam polibeg untuk dijadikan stok benih atau terus di tanam di tempat lain. Bagi penulis blog dapati jenis pokok kesidang putih tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan memang ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Ia memang memerlukan cahaya yang lebih kurang 50% untuk dapat pengeluaran bunga yang optimum namun tidak boleh terlalu terdedah lantaran daunnya akan menjadi kemerah-merahan dan kemudian akan gugur sendiri. Pokok ini memerlukan air yang mencukupi iaitu perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik atau kemarau dengan gunakan medium penanaman yang memberikan bersaliran baik. Penulis blog lazimnya akan membaja dua minggu sekali dengan jenis baja foliar dan baja butiran untuk ia memastikannya mendapat segala keperluan untuk pembentukan bunga. Bahagian bunga yang layu harus dipangkas untuk memastikan tunas baru keluar dengan cepat. Sokongan pula akan diberikan dalam bentuk kayu sokongan atau kayu junjung atau di jakarja kepada struktur pergola untuk memudahkan pokok memanjat. Perlu diingat sebab pokok yang selalu dipangkas pula akan menjadi kecil, rendang dan rimbun dimana cantasan ini ia perlu disesuaikan dengan konsep penanaman.


Pokok Kesidang merupakan sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas dan bunganya adalah kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun. Setiap jambak terdapat 10 - 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi tetapi selalunya pada waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun. Ada yang menanam pokok bunga kesidang di dalam pasu namun ia sebaiknya sesuai ditanam diatas tanah dalam kawasan sesuai di halaman rumah. Apa pun dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para yang kukuh untuk ia dapat tumbuh dengan baik yang perlu pemiliknya mengatur hala tuju pucuknya (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada struktur gazibo untuk tujuan struktur pintu gerbang (pergola) atau untuk tujuan menjadi struktur redupan di taman-taman rekreasi dan taman bunga. Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan. Ia sesuai ditanam di kawasan separa teduhan dan memerlukan tanah yang senantiasa lembap tapi tidak bertakung dan ramai di MAlaysia yang suka menanam dalam pasu dan mudah dibiakkan melalui keratan batang. Perlu sentiasa lalukan cantasan atau ia sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih dimana selalunya ia mempunyai perdu setinggi sekitar 3 meter bergantung kepada umur dan cara amalan agronomi di lakukan. Ia akan tumbuh tegak dengan daun majmuk yang berbentuk payung berpasangan. Dalam aspek dunia perubatan di laporkan bunga kesidang mampu untuk merawat bisa tulang ( bukan disebabkan kanser), ia didakwa merangsang pengeluaran peluh, melegakan reumatisme dan juga ia akan melawaskan kencing. Caranya adalah dengan memasak daunnya sehingga mendidih dan tapiskan. Amalkan minum air rebusan tersebut dalam keadaan suam setiap hari. Khasiatnya juga berkait dengan kebolehannya iaitu untuk membersihkan usus dimana caranya dengan mengambil segenggam buah kesidang dan rebus bersama 3 gelas air sehingga tersisa 1 gelas dan di tapiskan dan minum dalam suam. Ia juga akan dapat menghilangkan kegatalan pada kulit bayi yang pernah di buat penelitian. Caranya adalah dengan mengambil segenggamm bunganya yang masih segar dan direbus dan dibiarkan air rebusan suam ketika dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mandian.


Paling menarik dakwaan fakta akan kegunnaa pokok kesidang dalam dunia kesihatan. Apa pun daun kesidang atau daun serta akar bunga kerak nasi boleh direbus bersama. Air rebusan ini dikatakan boleh diminum untuk meredakan rasa sakit dan merawatkan pelbagai masalah berkaitan dengan tulang. Jika daun kesidang ini di rendam ke dalam air mendidih pula air rebusan ini boleh diminum untuk merawat isu seperti sakit rheumatisme, kes demam panas yang berpanjangan, busung , air yang bertakung dalam ginjal, mengeluarkan kekotoran selepas bersalin dan sebagai tonik untuk mengatasi keletihan dan kelesuan. Air rendaman ini dikatakan boleh diminum dan mampu merangsang peluh dan juga melawaskan pembuangan air kecil. Bunganya mampu memberi bau yang mampu memberi ketenangan. Selain itu ia juga boleh di gunakan sebagai pengharum rumah dimana dulua kebanyakan orang kampung meletakkan bunga tersebut di atas katil bagi mengharumkan tempat tidur. Jika daun ini ditumbuk halus dimana ia dikatakan boleh ditampal pada tempat kecederaan patah tulang, penyakit kulit, salah urat, terseliuh dan rheumatisme. Apa pun daunnya ia dikatakan boleh direbus dan kemudiannya air rebusan ini diminum untuk merangsang peluh, mempercepatkan tulang yang patah agar mampu bersambung semula, memulihkan pelbagai jenis kecederaan dan rheumatisme. Buahnya boleh direbus dan air rebusan ini dikatakan mampu melawaskan pembuangan air besar dan membersihkan usus dan perut, digunakan sebagai air mandian untuk merawat pelbagai penyakit kulit, sakit , bengkak, lebam dan luka yang bengkak. Dalam pada itu bahan estrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan. Bagi tujuan melawaskan kencing boleh nnerebuskan daun bersama dengan akarnya sehingga mendidih dan tapiskan. Amalkan minum air rebusan tersebut dalam keadaanvsuam setiap hari. Ia mampu memberihkan usus dengan mengambil segenggam buah kesidang dan rebus bersama 3 gelas air sehingga tersisa 1 gelas serta di tapiskan dan minum dalam suam. Ia dilaporkan mampu untuk menghilangkan kegatalan kulit bayi iaitu dengan mengambil segenggamm bunganya yang masih segar dan direbus.Biarkan ar rebusan suam ketikandan jadikan sebagai mandian.


Menarik laporan media lokal bertajuk '
Bunga Kesidang Antara Sembilan Jenis Bunga Dalam Istiadat Siram Tabal' yang di lakukan di Istana Kedah. Bunga kesidang yang juga dikenali sebagai bunga kerak nasi manakala di kawasan pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang yang merupakan bunga yang berwarna putih dan berbau wangi seakan-akan bau daun pandan. Baunya yang juga seakan-akan bau nasi, menjadikan namanya dikenali juga sebagai bunga kerak nasi. Warnanya yang putih dan jambak bunganya seperti kerak nasi menjadikan bunga ini dijadikan salah satu ramuan dalam bunga rampai. Bunga kesidang yang turut dikenali sebagai bunga kerak nasi dan bunga tikam seladang digunakan dalam Istiadat Siram Tabal Sultan Kedah. Apa pun bunga kesidang turut digunakan bersama sembilan jenis bunga lagi iaitu bunga cempaka kuning, bunga melur, bunga melati, bunga kenanga, bunga lili, bunga mawar kuning, bunga kekwa dan bunga harum malam di dalam Majlis Istiadat Siram Tabal Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff. Istiadat ini diadakan bersempena Pertabalan Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober ini di Istana Anak Bukit. Datuk Jaya Budiman bersama-sama Mufti Negeri Kedah telah memulakan istiadat dengan perarakan masuk air mata air dan air zamzam dimana pegawai Daerah yang membawa 12 batil perak berisi sumber air daripada 12 mata air yang terdapat di kawasan tanah tinggi di daerah masing-masing. Air mata air itu terdiri daripada air mata air dari Gunung Keriang (Alor Setar), Air Terjun Tupah (Kuala Muda), Ulu Riau Sedim (Kulim), Bukit Perangin (Kubang Pasu), Gunung Inas (Baling), Hutan Simpan Rimba Teloi (Sik), Air Terjun Seraya (Padang Terap), Telaga Tujuh, Padang Matsirat (Langkawi), Puteri Mandi Gunung Jerai (Yan), Bukit Ulu Jawi Relau (Bandar Baharu), Sungai Rambai Bukit Perak (Pendang) dan dari sebuah telaga di Kampung Budi, Mukim Lesong (Pokok Sena).
Kesemua air mata air serta air zam zam itu telah dikumpulkan ke dalam tiga buah tempayan di atas Pancapersada iaitu tempayan yang digelar Air Siram Taubat, Air Siram Selamat dan Air Siram Syukur dan istiadat diteruskan dengan 10 Pegawai Tadbir Negeri Wanita berarak masuk dengan sembilan daripadanya membawa batil berisi sembilan jenis bunga setiap satu untuk dimasukkan ke dalam tempayan di Pancapersada bagi digaul sebati. Tunku Bendahara Kedah telah berkenan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar kepada baginda berdua sebagai tanda bermulanya istiadat tersebut, manakala Syeikh Roslan telah membacakan doa sebelum Istiadat Siram Tabal itu dijalankan. Semasa istiadat siram tabal berlangsung, Nobat turutdipalu dengan lagu ‘Gendang Anak’. Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat ini jarang sekali dapat disaksikan kerana hanya akan dilakukan apabila bermula istiadat pertabalan sultan/raja-raja Melayu sahaja. Di negeri Kedah, istiadat siram tabal ini merupakan peristiwa bersejarah memandangkan kali terakhir diadakan 59 tahun lalu iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. 
BUNGA KENANGA...HEBAT AROMANYA...
MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

Sunday, April 19, 2026

BUNGA KERTAS DAN FAKTA MENARIK

BUNGA KERTAS
(Bougainvillea spp.) ialah pokok hiasan
tropika yang popular di Malaysia sebabnya ia terkenal dengan bunga berwarna-warni yang nipis seperti kertas. Ia tahan lasak, mudah dijaga dan berbunga lebat dalam cuaca panas. Bunga yang berkelopak dengan warna terang itu sebenarnya ialah daun pelindung (bract) yang menyelubungi bunga kecil di dalamnya. Penulis blog ada menanam lebih daripada 20 pasu bunga kertas dalam pasu dengan ada pelbagai warna bunga, warna dab corak daun serta berbunga lebat (sampai tidak kelihatan daunnya) semasa musim panas seperti bulan Januari - April setiap tahun. Apa pun mengenali akan ciri-ciri bunga kertas dengan pelbagai warna dan rupa menarik ramai peminat tanaman hiasan ini menjadikan ia satu koleksi yang membanggakan. Dilaporkan ada lebih 200 jenis bunga kertas untuk di pelajari dan ditanam jika berminat. Terdapat pelbagai warna seperti merah, ungu, putih, jingga, kuning serta pelbagai campuran warna sama ada ia selapis atau banyak lapis (jenis hibrid). Paling penting faktanya dimana pokok bunga kertas adalah tumbuhan uan memerlukan banyak cahaya penuh iaitu kadar minima sebanyak 6 jam sehari untuk berupaya ia berbunga lebat. Bagaimana pun pokok ini memerlukan cara penjagaan air unik sebab ia tidak banyak memerlukan air dimana kalau kurng air dan cuaca panas berlanjutan beberapa hari malahan ia berbunga dengan banyak sampai kelihatan tidak ada daun. Bunga kertas adalah jenis tanaman hiasan yang sangat popular di Malaysia dimana ia juga amat mudah dibiakkan melalui teknik keratan batang. Ada yang suka menanam pokok bunga kertas didalam pasu, ada yang menanam sebagai tanaman paga dan uniknya ada pula suka membuat bunga kertas sebagai tanaman bonsai. Dalam beberapa kajian di laporkan dengan penjagaan bail atau ia tumbuh liar sendiri ia boleh hidup melebihi 20 tahun dan tumbuh sehingga mencapai tahap ketinggian 7 meter. DIlaporkan ada terdapat 28 genus dan 250 spesis bunga kertas yang telah pun di kenalpasti di Malaysia dimana warna yang paling biasa adalah bunga kertas seperti ia berwarna merah, maroon, kuning, ungu, putih dan campuran kesemua warna dalm satu pohon. Pada oenulis blog yang memiliki juga beberapa pasu bunga kertas yang sentiasa berbunga ini mendapati dimana pokok bunga kertas mempunyai batang yang keras dan daun yang lebat tetapi bunga yang menarik. Pokok ini selalunya mempunyai duri dan bercabang dimana ia perlukan cagaya matahari banyak yang cerah untuk berbunga dan subur. Ia juga elakkan dari persekitaran yang lembap dan selalunya bunga kertas akan 'menggila' berbunga semasa musim panas dan kurang hujan. Pokok bunga kertas akan mengugurkan bunganya pada musim hujan dan kurang menarik pula pada masa itu. Artikel pagi Hari Raya Aidilfitri kedua 1447H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bunga kertas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua didalam blog ini.


Mungkin kalangan masyarakat umum di Malaysia hanya kenal tanaman bunga kertas (Bougainvillea) sebagai tanaman hiasan tetapi sebenarnya ia juga mempunyai khasiat kesihatan seperti ia boleh melegakan batuk dan sakit tekak, meningkatkan antioksidan serta dapat membantu sistem pencernaan. Air rebusan bunganya juga dipercayai dapat menyejukkan badan, membantu mengatasi masalah Hepatitis serta mengawal tekanan darah dan kolesterol (Sila lihat foto disebeah). Pertama ia bagus untuk kesihatan denga mampu Melegakan Batuk dan Sakit Tekak dimana jenis teh daripada bunga kertas bertindak sebagai ekspektoran yang membantu untuk ia mengeluarkan lendir dalam saluran pernafasan. Bunga kertas di laporkan ia kaya Antioksidan yang tinggi membantu dalam melawan radikal bebas dalam tubuh dimana ini sekaligus mencegah penuaan dini.Ia juga dapat bantu dalam sistem pencernaan iaitu ia membantu mengurangkan masalah sakit perut, diarea dan asid perut tinggi serta dapat menyejukkan badan. Beberapa kajian mendapati ekstraknya dapat membantu menyejukkan badan terutamanya pada musim panas. Paling kurang di ketahui adalah dakwaan dimana bunga kertas juga mampu mengawal kolesterol dan isu tekanan darah tinggi dengan gunakan daun dan bunga dipercayai dapat membantu menjaga keseimbangan kolesterol dan tekanan darah. Dalam kaedah perawatan tradisional ia di gunakan untuk atasi Panyakit Hepatitis dengan meminum air rebusan batang bunga kertas sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat Hepatitis. Caranya dengan merebus bunga yang telah dicuci bersih dengan air panas dimana ia boleh ditambah madu atau limau untuk rasa yang lebih enak. Dalam pada itu batang pokok direbus dan airnya diminum, terutamanya untuk Hepatitis. Digunakan juga sebagai bahan tampalan luka dengan ambil daun dan ia ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian luka. Apa pun di ingatkan agar tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusu kerana kekurangan kajian keselamatan.


Dilaporkan w
arna-warni bunga kertas indahkan taman dan kediaman dimana pokok bougainvillea jadi tanaman pilihan menghiasi kebanyakan taman dan kediaman sebab pokok bunga kertas mudah dijaga. Apa pun memang ada kepelbagaian warna bunga, mudah ditanam dan dijaga membuatkan bougainvillea atau pokok bunga kertas menjadi tanaman pilihan bagi menghiasi kebanyakan taman dan kediaman di negara ini. Pokok ini mudah dijaga, tahan lasak dan jarang diserang perosak dimana peminatnya cuma perlu ikuti cara dan panduan menjaga pokok bunga kertas kekal segar dan subur sepanjang masa. Ia mudah dibiakkan melalui kaedah penyemaian keratan batang dimana biasanya keratan batang induk bersaiz lilitan sekurang-kurangnya sebesar pensel dan panjangnya sejengkal atau lebih. Pemilihan tanah sangat penting kerana bunga kertas sentiasa berbunga lebat. Gunakan tanah bakar dan tanah campuran dengan nisbah 1:1 dimana dengan penggunaan 'top soil' atau tanah lapisan atas perlu diberi perhatian. Memang tidak semua tanah di sekitar rumah anda yang berwarna kuning seakan-akan tanah lapisan atas itu baik untuk bunga kertas. Jika tanah itu ada kandungan kapur yang tinggi, ia boleh menyebabkan pokok berkenaan kurang subur dan tidak berbunga langsung. Menanam dalam pasu bagaimana pun perlu peka kerana pokok bunga kertas tidak memerlukan banyak air terutama yang ditanam dalam pasu. JIka berlaku lebihan air jika hujan lebat dan berlaku berpanjangan selain pokok muda dengan akar baru mudah rosak. Memindahkan pokok bunga kertas ke pasu baru juga sering kali menjejaskan tumbesarannya. Sebaiknya mengelakkan proses berkenaan ketika tanahnya berair atau lembab. Jika tertanggal tanah pada akarnya, risiko bunga kertas akan mati sangat tinggi. Sebaiknya menukar pasu ketika tanah kering bagi mengurangkan ia terlerai daripada akar. Begitu juga dengan masalah baja berlebihan boleh menyebabkan daun kerinting dan bunganya tidak normal. Baja organik antara yang sesuai.


Dalam portal hmetro.com di laporkan 'Bunga kertas mudah dijaga' boleh di jadikan bahan rujukkan ssemua. Apa pun Bougainvillea atau 'bunga kertas' ia diantara bunga landskap taman popular di kawasan beriklim panas yang memiliki penggemar tersendiri. Memiliki pelbagai warna termasuk putih, merah muda, kuning, ungu, magenta dan jingga, Bougainvillea dipanggil bunga kertas kerana kelopaknya yang nipis bertekstur seperti kertas. Bunga ‘Santa Rita’ (panggilan Bougainvillea di Argentina dan Brazil) dikatakan berasal dari Afrika Utara adalah pohon kecil dan berduri yang memiliki ketahanan terhadap serangan serangga perosak. Di seluruh dunia dilaporkan terdapat lebih 300 jenis Bougainvillea yang dihasilkan menggunakan cara atau kaedah pembakaan tiga daripada 18 spesies bunga-bungaan ini yang diiktiraf ahli botani. Fakta menarik dimana cahaya matahari adalah tarikan buat Bougainvillea. Pokok bunga kertas ini memerlukan enam hingga lapan jam cahaya matahari sehari, jadi sebaiknya ia diletakkan di kawasan terbuka tanpa terlindung daripada bangunan ataupun pokok bersaiz besar. Apa pun sekiranya bunga Bougainvillea tidak mendapat cahaya secukupnya, pokok ini kurang mengeluarkan bunga, warna bunga lebih gelap, tidak tahan lama dan cepat gugur. Sebagai bunga beriklim panas, Bougainvillea tidak lagi memerlukan air yang banyak terutama bagi yang ditanam di dalam pasu. Ini kerana bekalan air yang berlebihan akan membuatkan akar baru pokok bunga Bougainvillea mudah rosak. S
emuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
BUNGA KENANGA...HEBAT AROMANYA...
MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

Saturday, April 18, 2026

BUNGA RAFFLESIA - FAKTA MENARIK


BUNGA RAFFLESIA
atau 'Bunga pakma' ialah satu genus tumbuhan parasit terbesar di dunia yang terkenal dengan saiz gergasi (mencapai 100 cm diameter) dan aroma daging busuk untuk menarik lalat. 
Ia juga dikenali dengan beberapa nama tempatan lain seperti 'Padma Raksasa', 'Kerubut', 'Pelimun' dan juga ia kadangkala dirujuk sebagai 'Bunga Bangkai' sebab ada mempunyai bau busuk yang dikeluarkan untuk menarik serangga pendebunga mendatanginya. Paling unik sebab bunga ini ia tidak mempunyai daun, tidak ada batang atau akar sebenar dimana ia sebaliknya menumpang pada jenis akar tumbuhan liar di hutan tropika Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Bunga Rafflesia sebenarya ia adalah sejenis tumbuhan parasit sepenuhnya pada perumah (akar Tetrastigma) yang mana ini menjadikannya mustahil untuk ditanam di kebun rumah. Dilaporkan dimana ia merupakan sejenis 'Bunga Terbesar' didunia seperti jenis Rafflesia arnoldii yang di laporkan ia adalah spesies paling terkenal di dunia iaitu ia mampu menghasilkan bunga tunggal terbesar di dunia dimana ukuran beratnya boleh mencapai 11 kilogram. Apa pun bunga ini berbau busuk iaitu seperti 'bau seperti daging reput' dimana fungsinys ia digunakan untuk menarik serangga seperti lalat bangkai bagi tujuan pendebungaan. Hasil kajian dimana kitaran hidup bagi bunga ini hanya mekar selama beberapa hari sahaja dan ia bbiasanya hanya mekar untuk selama 5-7 hari sebelum kemudian layu dan reput. Mereka yang dapat melihat bunga ini di katakan amat bertuah sebab amat jarang ia di jumpai. Habitat bunga ini di laporkan ia hanya boleh di temui dalam hutan hujan tropika seperti di Sabah, Sarawak, Perak (Royal Belum) dan beberapa lokasi dalam hutan di Sumatera. Ia semakin terancam akibat kehilangan habitat. Apa pun perlu diingat bahawa Rafflesia sering dikelirukan dengan Amorphophallus titanum (atau jenis bunga bangkai) dimana kedua-duanya adalah spesies yang berbeza. Memang  Bunga Rafflesia atau lebih dikenali secara tempatan sebagai 'Bunga Pakma' adalah bunga terbesar di dunia yang merupakan khazanah alam unik di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Dalam laporan resmi di laporkan ia adalah 'bunga terbesar' seperti jenis iaitu Rafflesia arnoldii boleh membesar sehingga diameter 1 meter dan berat mencecah 11 kilogram. Di habitatnya bunga ini mengambil masa berbulan-bulan (12 hingga 15 bulan) untuk membesar daripada tunas akan tetapi hanya mekar selama 5 hingga 7 hari sebelum menjadi hitam dan layu. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" dimana saya kupas beberapa fakta menarik pasal bunga rafflesia untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan t
erdapat lebih 30 spesies Bunga Rafflesia (Pakma) di dunia dengan jenis Rafflesia arnoldii di Sumatera adalah merupakan yang terbesar dengan ukurnan garispusat mencapai diameter 91 cm (Sila lihat foto disebelah). Spesies utama yang biasa ditemui di hutan hujan Malaysia dan Indonesia termasuk spesis utama ain iaitu dinamakan sebagai Rafflesia cantleyi, Rafflesia kerrii, Rafflesia azlanii (di Perak/Semenanjung), dan Rafflesia keithii (ada di Borneo). Mengenali akan fakta jenis bunga Rafflesia yang terkenal iaitu Rafflesia arnoldii dimana ia adalah spesies bunga yang terbesar dan ia ditemui di Sumatera. Apa pun bagi jenis Rafflesia azlanii ia hanya di temui di Semenanjung Malaysia iaitu habutanya terutama di Royal Belum, Perak dan ia masih di jaga baik oleh pihak berkuasa. Jenis Rafflesia cantleyi pula adalah bunga pakma dari spesies yang biasa ditemui di hutan hujan di Semenanjung Malaysia. Seterusnya adlah jenis Rafflesia kerrii yang saintis laporkan jenis ini hanya terdapat di kawasan Thailand dan Malaysia. Seterusnya adalah jenis Rafflesia keithii iaitu ia adalah spesies yang sering ditemui di Borneo seperti di Sabah, Sarawak dan juga di bahagian hutan di Indonesia. Akhir sekali adalaj jenis iaitu Rafflesia hasseltii dimana ia merupakan spesies yang jarang ditemui di pedalaman Sumatera Barat. Rafflesia adalah sejenia tumbuhan parasitik yang tidak mempunyai daun, batang atau akar sendiri dan ia hanya menumpang pada akar pokok anggur liar (Tetrastigma) untuk nutrisi. Ia juga dilapor mempunyai bau busuk yang kuat apabila mekar bertujuan  untuk menarik serangga pendebungaan datang hinggap.
Jangka Hayat: Hanya mekar selama 3 hingga 7 hari sebelum layu, mengecut, dan bertukar hitam. Tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang lembap dimana ia dikenali sebagai Bunga Pakma ada mempunyai sekitar 30 hingga 42 spesies di seluruh dunia diman kawasan habitat utamanya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. DIkongsikan fakta beberapa spesies Bung Pkma yang terkenal di Malaysia iaitu pertama jenis Rafflesia arnoldii dan ia juga memnag dikenali sebagai bunga terbesar di dunia dan merupakan ikon bunga nasional. Kedua pula jeinis Rafflesia azlanii iaitu spesies yang dinamakan sempena Sultan Azlan Shah, banyak ditemui di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Royal Belum, Perak. Bagi jenis Rafflesia cantleyi pula ia adalah satu-satunya spesies yang boleh ditemui di dalam hutan Terengganu dan juga wujud di Perak. Rafflesia kerrii: Spesies bersaiz besar yang ditemui di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan di Perak. Rafflesia keithii pula ia adalah spesies yang menjadi kebanggaan di Borneo (Sabah dan Sarawak). Jenis Rafflesia pricei adalah satu lagi spesies yang sering ditemui di kawasan tanah tinggi di Borneo. Bagi jenis Rafflesia tuanku-halimii sebenarnya ia adalah jenis yang dinamakan sempena Sultan Kedah. Ada juga jenis Rafflesia hasseltii iaitu jenis pokok bunga yang nadir yang ditemui di pedalaman hutan Sumatera Barat. Paling berkait namanya adalah jenis Rafflesia patma iaitu satu jenis pakma yang terkenal di kawasan Pangandaran, Jawa Barat dimana ia juga dikategorikan sebagai sangat terancam punah. Ada juga jenis seperti Rafflesia magnifica iaitu ia adalah spesies yang berasal dari Filipina dan tersenarai dalam daftar terancam oleh IUCN. Hampir kesemua spesies Rafflesia kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terancam punah disebabkan oleh kemusnahan habitat hutan hujan tropika.


Media lokal laporkan dimana 'Jangan sentuh bunga pakma' menarik faktany untuk di tulis semula. Kisah dari Hulu Terengganu dengan penemuan bunga pakma atau popular dengan nama Rafflesia di Hutan Simpan (HS) Tembat, Jenagor dan ia menjadikan hutan berkenaan antara lokasi pilihan pencinta alam dan penggiat aktiviti pendakian. Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Jabatan Perhutanan Terengganu, nyatakan sejak penemuan pertama pada 2019 dimana HS Tembat terus dikunjungi orang ramai yang masuk untuk melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan. Orang ramai yang melihat dan akan merakam gambar tumbuhan berkenaan dinasihat supaya tidak terlalu ghairah mendekati tumbuhan itu kerana ia sejenis tumbuhan yang sensitif. Buga Rafflesia tidak boleh disentuh sesuka hati dan ia boleh menyebabkan tumbuhan itu mati dan orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berada terlalu dekat dengan bunga berkenaan dalam kumpulan yang ramai kerana ia boleh menyebabkan akar tumbuhan rosak. Apa pun  Rafflesia yang ada di sini (HS Tembat) adalah dari spesis 'Cantleyi' dan sekarang ia dalam tempoh mengembang. Apa pun orang ramai khususnya penggiat aktiviti lasak dan mendaki yang datang ke sini untuk melihat bunga berkenaan dinasihatkan tidak terlalu ghairah menghampiri tumbuhan berkenaan. Perkara paling penting sebelum memasuki kawasan hutan simpan, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu dahulu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal," katanya ditemui ketika meninjau bunga Rafflesia di HS Tembat, Terengganu. Dilaporkan sejak 2019 sehingga kini, terdapat sebanyak kira-kira 10 kuntum Rafflesia tumbuh di kawasan hutan berkenaan, namun kini hanya ada dua kuntum sahaja yang sedang mengembang manakala lima lagi sedang menunggu tempoh masa untuk kembang. Bunga berkenaan akan kembang apabila cukup tempoh usia iaitu sembilan bulan dimana bunga yang belum cukup tempoh perlu dijaga dengan teliti ketika usia antara empat hingga lima bulan kerana risiko bunga berkenaan mati sebelum mencapai usia matang sangat tinggi berikutan ia sejenis tumbuhan sensitif dan alah pada air yang banyak. Jika proses untuk kembang berlaku ketika musim tengkujuh, risiko bunga berkenaan mati sangat tinggi dimana kalangan pencinta alam nyatakan kewujudan bunga berkenaan menjadi 'penarik' untuk orang ramai mengunjungi kawasan hutan berkenaan. Ia perlu dijaga kerana ia sukar ditemui dan berharap orang ramai yang datang untuk melihat kewujudan bunga Rafflesia di hutan simpan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Dalam portal sinarharian.com pula di laporkan 'Rafflesia merajuk dan ia tidak berbunga selamanya jika habitat dirosakkan' juga menarik faktanya. Pemuda bernama Ishak menunjukkan salah satu bunga rafflesia dikesan sedang mekar berkembang yang ditemui ketika memasuki kawasan hutan untuk mencari akar kayu dan daun mengkuang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun s
pesies bunga terbesar di dunia dimana bunga pakma atau popular dengan nama 'rafflesia' ia tidak akan mengeluarkan bunga selamanya jika bahagian tumbuhan tersebut diambil atau habitatnya dirosakkan. Kaedah salah digunakan ketika mengendalikan spesies tersebut berisiko menyebabkan ia 'merajuk', tidak akan membiak sekali gus berdepan ancaman kepupusan dimana pernah berlaku sebelum ini, terdapat bahagian bunga ini diambil untuk tujuan kajian dan seumpamanya, menyebabkan ia terus 'merajuk' dan tidak lagi mengeluarkan bunga. Selain itu, aktiviti pembalakan, pembukaan hutan, perubahan cuaca dan serangan haiwan liar turut mengancam bunga ini daripada terus hidup. Menurut Ishak, buat masa ini terdapat sembilan tunas yang telah dikenal pasti sejak seminggu lalu di lokasi yang tidak didedahkan itu dan ia akan berkembang mengikut giliran dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, Ishak yang merupakan OA suku Semaq Beri berkata, komuniti kampung berkenaan turut meluahkan rasa bimbang terhadap aktiviti pembalakan yang dikhuatiri akan memusnahkan habitat bunga terbesar dunia itu. Diantara bunga rafflesia yang dikesan berkembang di habitat semulajadi tumbuhan itu di daerah Hulu Terengganu. Kalau sebelum ini, terdapat aktiviti pembalakan di kawasan itu dikesan dan telah mengakibatkan kerosakan habitat semulajadi bunga tersebut. Kalau kegiatan seperti ini tidak dibendung atau dikawal, tidak mustahil generasi akan datang sudah tidak boleh lagi melihat kewujudan bunga ini. Dilaporkan bunga rafflesia juga boleh diangkat menjadi antara produk pelancongan negeri sekali gus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat (OA) dimana sebab itu lah besar harapan kami untuk melihat kawasan-kawasan yang terdapat bunga ini dipelihara untuk memastikan ia selamat daripada sebarang bentuk ancaman. Berdasarkan perkongsian pakar, bunga rafflesia hanya boleh hidup jika terdapat perumahnya iaitu sejenis tumbuhan menjalar di dalam hutan digelar Tetrastigma atau anggur liar. Bunga ini amat unik kerana terdapat bahagian bunga sahaja, (tidak mempunyai batang, akar dan daun) serta mempunyai jasad 'vegetatif' berbentuk seperti hifa kulat, hidup dalam tisu perumah. Bunga tersebut berkembang antara enam hingga lapan hari, jika proses pendebungaan berjaya, bunga betina itu akan membentuk buah yang mempunyai berjuta-juta biji benih yang akan disebarkan oleh haiwan dan serangga ke perumah lain untuk mengekalkan populasinya. Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Januari 2023 dilaporkan akan mewartakan sebahagian Hutan Simpan Tembat, Jenagor, di sini dalam usaha memelihara tumbuhan tersebut. Pengarahnya, Roslan dakwa pihaknya akan mengemukakan kertas kerja berkaitan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi dengn membolehkan kajian dan penelitian dijalankan. Langkah pewartaan dijangka dapat dilaksanakan mengikut Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.


Dalam pada itu '
Kebanyakan spesies 'bunga terbesar di dunia' berisiko pupus' dimana dilaporkan yang kebanyakan spesies Rafflesia yang terkenal kerana saiznya yang besar dengan kelopak merah berbintik berisiko pupus, menurut penyelidikan baharu. Apa pun Rafflesia adalah tumbuhan parasit yang hidup di pokok tropika di Asia Tenggara, antara spesies yang menghasilkan bunga terbesar di dunia. Ia adalah sesuatu yang enigma dengan bunganya muncul tanpa diduga dan ahli botani mempunyai kejayaan yang terhad dalam usaha untuk menyebarkannya di luar persekitaran semula jadinya. Satu spesies bunga itu kini dikelaskan sebagai 'kritikal terancam', menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.  Bagi lebih memahami tumbuhan dan status pemuliharaannya, sekumpulan ahli botani antarabangsa meneliti 42 spesies Rafflesia yang diketahui dan habitatnya yang membiak terutama di Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Menurut penyelidik dan berdasarkan kehilangan pesat habitat hutannya dan ada banyak strategi pemuliharaan dan pelan perlindungan yang tidak mencukupi, tumbuhan itu berisiko jauh lebih besar daripada yang diketahui sebelum ini. Pihak berkuasa menganggarkan 60% spesies Rafflesia menghadapi risiko kepupusan yang teruk seperti laporan dalam jurnal Plants, People, Planet yang dikaji semula. Ada sesetengah spesies berisiko pupus sebelum mereka diketahui oleh sains seperti laoran kajian tersebut dan mereka menggesa lebih banyak penyelidikan ke dalam tumbuhan luar biasa itu. Perlu di lakukan pendekatan 'joined-up', merentas wilayah untuk menyelamatkan beberapa bunga paling luar biasa di dunia, yang kebanyakannya kini hampir hilang," kata Timbalan Pengarah Taman Botani Universiti Oxford yang penulis kajian, Chris Thorogood. Penyelidikan menunjukkan bahawa tumbuhan itu dipercayai tumbuh di kawasan yang agak terhad, menjadikannya sangat terdedah kepada kemusnahan habitat. Ia juga menyerlahkan beberapa titik terang dalam usaha pemuliharaan, termasuk pembiakan yang berjaya di taman botani di Jawa Barat Indonesia dan ekopelancongan mampan di sekitar tanaman di Sumatera Barat. Tahun lalu, beberapa negara berjanji untuk melindungi 30 peratus daratan dan lautan dunia menjelang 2030 dalam perjanjian penting untuk memperlahankan kehilangan spesies dan ekosistem. Beberapa penyelidik berulang kali memberi amaran bahawa ancaman berganda perubahan iklim dan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh manusia secara mendadak mengurangkan biodiversiti di seluruh dunia. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA rRAFFLESIA...SAMA PAKMA...
DALAM HUTAN... SUKAR JUMPANYA...
SEMAKIN PUPUS...PELANCONG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

Friday, April 17, 2026

KELEDEK GORENG DAN FAKTA PENTING

KELEDEK GORENG
(Fried Sweet Potato) adalah sejenis makanan daripada ubi keledek (Impomea batatas) yang enak dan popular dijadikan snek makanan sarapan pagi dan minum petang di Malaysia. Lazimnya ubi keledek ini akan dikupas, dipotong, dicelup tepong rangup dan digoreng sehingga jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Bagi penulis blog yang suka makan goreng keledek sebagai makanan snek petang yang popular, manis asli dimana ia sering dihidangkan panas-panas sama ada dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap. Bahan membuatnya yang utama adalah Kelkedek Segar dengan ada pelbagai jenis dan warna sama ada ia berwarna putih, oren, ungu atau sebagainya. Hirisan keledek ini di pelbagaikan daripada cara hirisan tradisional iaitu leper atau di jadikan potongan jejari yang kemudian dicelup dalam adunan tepong atau disalut dengan tepong. Ia di buat dengan mencampurkan tepung gandum, tepung beras (untuk lebih rangup), air kapur, garam dan juga sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning menarik. Di kampong selalunya ia di goreng dalam minyak panas di dapor tetapi terkini ia ada cara goreng seperti kaedah 'deep-fry' atau gunakan ar fryer. DI Malaysia makanan keledek goreng sering menjadi satu hidangan kegemaran ramai kerana rasa manisnya yang seimbang dengan kerangupan tepung di luar sama ada membuatnya sendiri atau membeli di gerai. Keledek goreng merupakan snek atau kudapan popular di Malaysia yang diperbuat daripada ubi keledek yang dihiris dan digoreng sehingga garing. Terdapat dua jenis hidangan utama yang sering dirujuk sebagai keledek goreng iaitu Jenis Keledek Goreng Bertepung iaitu jenis yang paling lazim dijual di gerai pisang goreng. Ubi keledek dihiris tebal dan ia juga biasanya berbentuk bulat atau lonjong) yang dicelup ke dalam bancuhan tepung dan  digoreng rangup di luar dengan salutan tepung yang krup-krap. Isi ubi keledek di dalamnya lembut dan manis yang enak dimakan masa panas-panas dimana ia juga sering dicicah dengan sambal kicap atau sos cili. Jenis kedua adalah Jenis Fries Ubi Keledek (Sweet Potato Fries) dimana jenis ini ia adalah di lihat berciri 'lebih moden' dan sering dijumpai di kafe atau restoran makanan segera. Ia mempunyai tekstur yang dihiris memanjang seperti kentang goreng (French fries) dan sealunya ia dimasak atau ia boleh digoreng terus (tanpa tepung tebal) atau dibakar di dalam ketuhar atau gunakan jenia alat penggoreng kering (air fryer). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupan beberapa fakta penting mengenai keledek goreng sebagai bahan rujukkan pembaca blg semua.


Keledek Goreng sama ada ia di buat sendiri di rumah atau membelinya di gerai mempunyai resepi yang hampir serupa cuma ia di beakan kualiti dan harga berdasarkan kepada jenis keledek di gunakan dan kemasan terakhir. Bagi mereka yang belum suka keledek goreng ada beberapa fakta penting k
enapa makanan keledek goreng ia sedap. Ia adalah berpunca dari rasa manis semulajadi sebab keledek mempunyai kandungan gula semulajadi yang akan menjadi lebih menyerlah apabila dimasak. Ada beberapa warna ubi keledek yang unik iaitu daripada jenis yang berwarna jingga, ungu atau putih yang memberikan rupa hidangan yang menarik tetapi bila di salut tepong ia enjadi kekuningan. Meninjau akan harga snek keledek goreng berbeza mengikut tempat dan jenis (mentah atau siap goreng) dan dianggarkan sekitar harga RM1.00 untuk 3 keping di gerai atau RM6-RM8 sekilogram untuk keledek oren mentah. Bagi jenis Keledek Goreng SejukBeku (frozen) pula tinjauan penulis blog mendapati ia berharga sekitar RM10 - RM16 per kg. Dalam pada itu ada berlaku sedikit kenaikan harga di gerai popular mencecah RM5.00 untuk 10 keping dimana akan ada ramai orang yang berbaris untuk membelinya bersama makanan pisang goreng, keropok lekor, sosej dan sebagainya di gerai tepi jalan atau di pasar mala. Jenis keledek goreng popular di Malaysia termasuk keledek oren, ungu dan putih yang digoreng rangup (salut tepung), jejari keledek (fries), bebola keledek (sweet potato balls) dan sebagai jenis tempura. Ia terkenal dengan tekstur lembut di dalam serta rangup di luar, sering menggunakan bancuhan tepung beras/gandum. Bergantung kepada jenis keledek dan cara membuatnya ada banyak jenis produk keledek goreng untuk di kongsikan faktanya. Paling popular tentunya adalah Jenis Keledek Goreng Rangup (Disalut Tepung) dimana jenis ini bahan keledek segar akan dihiris nipis dan disalut bancuhan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit untuk warna kuning menarik dan enak dimakan semasa panas lagi sebab bila sejuk ia menjadi lembik. Jenis kedua adalah Jenis Jejari Keledek Goreng dimana keledek akan dipotong memanjang seperti kentang goreng (french fries) dimna jenis ini ia sangat popular dihidangkan sebagai snek di beberapa premis hiburan dan berkelas. Ketiga ada Jenis Bebola Ubi Keledek (Golden Sweet Potato Balls) dimana produk ini ia menggunakan bahan keledek rebus yang dilenyek kemudian ia dibentuk bebola kecil dan digoreng sehingga garing dimana penulis blog lihat ia biasanya akan menggunakan keledek oren atau kuning. Ketiga ada produk  Jenis  Keledek Goreng Oren dimana ia di hidangkan dan lebih terkenal dengan rasa yang lebih manis dan isi yang lembut. Ada juga produk Jenis Keledek Ungu Goreng yang mana versi ini ia akan menawarkan warna yang menarik dan tinggi antioksidan, sering digoreng rangup. Keenam ada produk Jenis Tempura Keledek  dimana bahan keledek yang dicelup tepung tempura nipis dan digoreng dan enak di makan serta di sukai kanak-kanak. Akhir sekali ada Jenis Keledek Goreng Versi 'Air Fryer' dimana versi ini di laporkan ia adalah makanan diet dan lebih sihat dengan kurangkan bahan minyak dan disiapkan dengan menggunakan alat masak 'air fryer' untuk kerangupan.


Fakta penting mengenai kehebatan dan khasiat serta ancaman makan keledek goreng akan dikupas. Apa pun makanan k
eledek goreng terutamanya jika ianya digoreng menggunakan 'air fryer' atau kurang minyak dilaporkan ia adalah snek berkhasiat tinggi yang kaya dengan serat, antioksidan dan vitamin A (beta-karotena) untuk kesihatan mata dan imuniti. Ia membantu mengawal gula darah, meningkatkan kesihatan usus, dan merupakan sumber tenaga yang baik berbanding kentang goreng biasa. Khasiat penting bagi makanan keledek goreng yang mana ia kaya Antioksidan dan vitamin A akan membantu melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas. Ia memang sesuai dan Sihat untuk Pencernaan seba ia tinggi kandungan serat yang membantu melancarkan pembuangan najis dan kesihatan usus. Bagus untuk menjaga Kesihatan Mata dan Kulit sebab ia kaya dengan beta-karotena (terutama ubi oren dan jenis kuning) yang ditukar menjadi vitamin A untuk dapat penglihatan yang baik. Makanan ini juga menjadi Sumber Tenaga Berkhasiat dengan membekalkan karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga berpanjangan. Ia dilaporkan memang makanan jenis Rendah Indeks Glisemik berbanding kentang dimana keledek lebih lambat menaikkan gula dalam darah, menjadikannya snek yang lebih baik untuk pengurusan berat badan dan kencing manis. Apa pun bagi mendapatkan khasiat maksimum cara makan disesuaikan dengan bukan menggoreng keledek sebaliknya hanya cara iaitu membakar atau menggoreng menggunakan 'air fryer' bagi mengurangkan penggunaan minyak berlebihan, berbanding kaedah deep-fry. Bagaimana pun ada fakta ancaman makan keledek goreng terutamanya jika dimakan berlebihan. Ia boleh meningkatkan risiko pengambilan kalori dan lemak tepu yang tinggi, berpotensi menaikkan gula darah serta mengandungi oksalat yang boleh menyumbang kepada batu karang. Ia juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut bagi sesetengah individu. Memakan keledek goreng yang tinggi kalori dan lemak dimana proses menggoreng meningkatkan kalori dan lemak secara mendadak berbanding keledek rebus yang boleh membawa kepada kenaikan berat badan. Ada dilaporkan akan risiko Batu Karang sebab keledek tinggi dengan oksalat yang boleh meningkatkan risiko dalam pembentukan batu karang kalsium-oksalat. Ada kajian juga yang mendapati ia berikan masalah penghadaman sebab ia mengandungi 'mannitol' iaitu sejenis gula alkohol yang boleh menyebabkan perut tidak selesa atau kembung bagi individu sensitif. Bagi mereka yang ada kes Penyakit Buah Pinggang diingatkan dimana kandungan kalium yang tinggi dalam keledek mungkin berbahaya bagi mereka yang menghidap masalah buah pinggang dan keledek masih mempunyai kanji yang boleh meningkatkan gula darah jika diambil berlebihan, tidak sesuai untuk diet ketat karbohidrat.


Tanaman Keledek (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai tanaman kontan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,327 hektar ditanam pada 2025 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 54,246 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penulis blog dapati rekod Jabatan Pertanian myatak jika Kelantan paling luas menanam keledek pada tahun 2025 iaitu seluas 1,744 hektar (Sekitar 52.4%) dari keluasan tanaman keledek Malaysia dengan julah penghasilan sebanyak 4,444 metrik tan diikuti dengan Perak (956 ha) dan Selangor128 ha). Keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato (Gambar disebelah) ,Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanamkan jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha, Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan. Kaedah menuai keledek dengan membuang daun-daun dahulu dan korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Saya ada banyak menulis artikel pasal keledek dalam blog ini untuk di jadikan bahan rujukkan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GORENG KELEDEK...ADA CARANYA...
LEPAS GORENG... ENAKRASANYA...
BERBAGAI WARNA... PILIH SAHAJA...
MAKANAN BERKHASIAT... UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(27 Syawal 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...