ALHAMDULLILAH,,, Artikel ini adalah tulisan saya dalam blog "Anim Agro Technology' yang ke Sembilan Ribu (9,000) atau dalam bahasa Inggeris 'The 9,000 article' yang di tulis pada 7 April 2026. Blog ini telah mula di tulis pada bulan 4 Julai 2009 di posting pada Ahad 5 Julai 2009 semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor. Artikel pertama ini bertajuk 'Agro Tunelling The World' dimana masa itu blogspot pun baru sahaja di perkenalkan ke dunia maya. Walau pun kali pertama ini ia di tulis dalam bahasa Inggeris akan tetapi kemudian hampir kesemua artikel adalah didalam Bahasa Malaysia. Artikel didalam bahasa Inggeris di terusnkan didalan blog khas iaitu blog 'Anim Agriculture Technology" yang mencapai lebih dari 4,000 tulisan yang boleh di baca juga.

Sehingga 7 April 2026 sudah ada seramai 42,439,020 pembca yang membaca tulisan saya yang mana sebanyak 6,004 artikel sudah di posting setiap hari satu artikel tanpa gagal. Kunjungan dalam blog ini berkurang jauh setelah ada aplikasi Facebook, Instagram dan Tiktok sebab sebelumbya jumlah pembaca setiap bulan mencapai hampir 1 juta. Saya juga ada buat 'Tiktok Anim Agro Technology' dengan postingkan ratusan video. Baki artikel akan di posting setiap hari dengan sentiasa di kemaskini dan jumlah follwers tetap ada sebanyak 2,559 yang jumlahnya turun naik setiap masa. Kunjungan pembaca direkodkan pada 7 Julai 2026 seramai 29,066 orang yang menjadikan jumlah pageview adalah seramai 515,017 orang sepanjang bulan March 2026. Beberapa tajuk artikel yang banyak di baca termasuk artikel berkaitan tanaman durian, nanas, cili, sayuran dan juga ternakan. Bukan mudah untuk buat posting 'setiap hari satu artikel' selama hampir 18 tahun!. Selalunya posting in adalah pada subuh sekitar jam 3 pagi setiap hari setelah menulis atau dari koleksi artikel sedia ada. Semuga semua artikel dalam blog ini memberikan manafaat terbaik kepada semua pembaca dan di pohon doa untuk saya mampu dan sihat meneruskan aktiviti penulisa aspek teknikal berkaitan sektor pertanian, makanan, isu-isu semasa dengan lebih baik di masa hadapan. Wasallam!...
PEMBACA...KINI SUDAH LEBIH 42 JUTA...
AKTIF MENULIS... HARAPKAN PAHALA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Syawal 1447H).




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.