OKRA atau Bendi (Abelmoschus esculentus) di Malaysia adalah sejenis sayuran hijau berbentuk panjang meruncing (seperti jari) yang berlendir dan sangat berkhasiat. Apa pun bagi penulis blog tumbuhan daripada keluarga Malvaceae adalah popular di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 seluas 4,001 hektar di tanam dengan ia menghasilkan sebanyak 76,191 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,460 hektar menghasilkan 27,442 metrik tan diikuti dengan Perak (553 ha) dan Kelantan (443 ha). Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ia dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan biji kopi. Apa pun antara fakta penting mengenai Okra atau 'Bendi' atau 'Lady's finger' atau 'Kacang mior' ia memiliki lendir khas yang muncul terutamanya apabila dihiris dan dimasak dimana lendir ini mengandungi serat larut yang sihat. Terdapat dua jenis atau varieti utama iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Apa pun selalunya jenis okra merah akan berubah menjadi hijau apabila dimasak. Khasiat okra yang penting adalah ia dilaporkan mengandungi tinggi serat yang baik untuk proses pencernaan, vitamin C untuk imuniti, serta membantu dalam mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Paling seronok beli okra dimana cara masak ia boleh direbus, ditumis, dibakar atau dijadikan kari dan sup. Okra memang ia kaya dengan serat, vitamin C, vitamin K dan antioksidan. Apa pun okra adalah makanan rendah kalori dan menjadikannya pilihan tepat untuk diet. Artikel pada petang Ahad ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai okra dan beberapa fakta penting bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Bagi penulis blog okra atau lebih dikenali sebagai kacang bendi di Malaysia adalah sayuran yang sangat serba guna dan popular. Ia terkenal dengan teksturnya yang sedikit berlendir apabila dimasak namun tekstur itu sebenarnya memang ia menyedapkan kuah dan memberi khasiat. Ada banyak resepi popular dan sedap dan menggunakan okra di Malaysia yang mudah untuk ia disediakan. Pertama adalah Resepi Okra Goreng Belacan atau Okra Sambal dimana resepi ini dilaporkan ia paling popular di masak dan di sukai ramai. Ini adalah cara masakan ala-kampung yang paling digemari banyak kalangan dan juga lapisan masyarakat sebab ada rasa pedas, lemak dan rangup. Bendi goreng belacan ialah hidangan sayur ringkas dan pedas dengan sediakan dan menggunakan bendi yang ditumis dengan sambal belacan (cili, bawang putih, udang kering) sehingga layu tetapi tetap rangup. Ia sangat popular di Malaysia kerana rasanya yang umami dan penyediaannya yang cepat dan ia biasanya siap dalam 15-20 minit. Bahan-bahan disediakan terdiri dari 200 - 300g Bendi (perlu dicuci, dikeringkan sesuai dipotong menyerong). Bagi bahan kisar atau tumbuk sediakan cili merah atau cili padi, bawang merah, bawang putih, udang kering, dan belacan bakar, minyak masak, air, garam dan juga gula secukup rasa. Cara masak ramuan sambal dipanaskan minyak untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi (4-5 minit) dan bila masak boleh dimasukkan bendi, goreng dengan api besar selama 2-3 minit supaya bendi tidak terlalu lembik (kekal rangup). Boleh ditambah sedikit air jika terlalu kering, garam dan gula secukup rasa dan diangkat untuk disajikan segera sesuai di makan dengan nasi panas. Kedua yang popular di Malaysia tentunya Resepi Okra Tumis Telur Pedas sebab ia adalah sejenis respei paling mudah disediakan dan cepat. Bahan disediakan adalah okra yang segar dan di tumis dengan bawang putih, cili merah dan dipecahkan telur ke dalamnya di masak sehingga sebati dan matikan api. Ia sangat sesuai untuk hidangan pantas dan mengurangkan lendir dalam okra tersebut disukai semua golongan. Ketiga adalah Resepi Okra Goreng Kicap yang setiap bulan penulis blog pasti akan memasaknya. Bahan di sediakan adalah okra segar yang di potong dan bahan tumisan serta kicap. Cara masak dengan menyaediakan bahan tumisan dari bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan bahan perisa di tumis sebelum dimasukkan potongan okra kedalam kuali. Kemudian di masukkan kicap dan di masak rangup (jangan over cook). Matikan api dan resepi ini sudah sedia di hidangkan. Keempat adalah Resepi Goreng Okra Bersalut Tepong atau Okra Celup Tepong dimana ia seusai dijadikan makanan snek atau lau dimakan dengan nasi putih. Bagi penulis blog dimana makanan okra celup tepung (atau bendi goreng rangup) adalah hidangan di mana okra muda disalut dengan campuran tepung dan digoreng sehingga garing. Ia merupakan snek atau lauk sampingan yang popular kerana teksturnya yang rangup di luar namun lembut di dalam. Bahan disediakan adalah okra muda dipilih supaya tidak keras dan ia biasanya dipotong nipis atau dibelah dengan cara empat memanjang. Bagi salutan tepung disediakan dengan campuran tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras sering digunakan untuk mendapatkan tekstur rangup (crispy) dan di tambah perasa garam, serbuk kunyit, lada putih, atau serbuk paprika ditambah ke dalam tepung untuk memberi rasa. Celup potongan okra dalam ramuan dan di goreng dalam minyak panas (deep fry) sehingga kuning keemasan dan angkat untuk di toskan dan di hidangkan. Ada laporan iaitu kelebihan makanan ini ia mampu menghilangkan tekstur lendir bendi yang kurang digemari oleh sesetengah orang dan teksturnya ia sangat rangup dan sesuai dijadikan kudapan.
Resipi yang ringkas dan mudah disediakan.
Resipi yang ringkas dan mudah disediakan.
Di kalangan restoren masakan Melayu Tradisional selalunya akan ada hidangan Resepi Asam Pedas Okra untuk makan tengahari. Okra atau bendi adalah ia menjadi komponen wajib dalam masakan asam pedas (ikan atau ayam) dimana ia menyerap kuah asam pedas yang pedas dan masam dan ini akan menjadikannya sangat menyelerakan. Ada banyak jenis asam pedas yang popular di Malaysia dimana kebanyakannya akan bubuh okra didalamnya. Ada jenis Asam Pedas Ikan, Asam Pedas Daging, Asam Pedas Tetel dan banyak lagi. Okra Asam Pedas (atau Asam Pedas Bendi) ialah hidangan tradisional Melayu yang menggabungkan sayur bendi (okra) dengan kuah asam pedas yang pekat, pedas dan masam. Ia sering dimasak bersama ikan (seperti ikan pari atau ikan tenggiri) atau dimasak secara berasingan sebagai hidangan sayur berkuah. Bahan perlu ada dalam masakan asam pedas adalah okra yang dipotong, cili kisar, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Bila siap ia akan di makan dengan nasi putih atau roti canai diana ia mempunyai kuah yang berwarna merah, rasanya seimbang antara pedas, masam, dan sedikit manis serta wangi daripada daun kesum dan bunga kantan. Kehadiran okra ini akan dapat memberikan tekstur sedikit berlendir yang memekatkan kuah asam pedas seterusnya ia menjadikannya lauk yang sangat popular dimakan dengan nasi putih di rumah atau di gerai makan. Kalau dulu makanan asam pedas popular di Muar dan Melaka akan tetapi kini ia sudah menjadi makanan poular di seluruh negara. Resepi popular dari okra yang lain ia di jadikan ulaman atau Resepi Okra Rebus atau Okra Celur Sambal Belacan dimana bagi penulis blog menu ini adalah ia adalah salah satu cara makan yang paling sihat. Okra ini akan dicelur sekejap dalam air mendidih yang sudah dicampur sedikit minyak dan sedikit garam supaya warna kekal hijau dan dimakan bersama sambal belacan atau budu. Bagi penulis blog ia paling enak di cicah dengan sambal belacan iaitu sejenis sambal tradisional Malaysia yang sangat popular. Sambal belacan dibuat dengan cara menumbuk atau mengisar cili bersama belacan (udang geragau yang diperam) sehingga lumat dimana ia merupakan hidangan sampingan yang wajib ada dalam juadah Melayu amat sesuai di makan bersama ulaman yang mana ia juga biasanya dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, atau ikan bakar.
Dalam pada itu okra merupakan satu komponen penting dalam semua jenis masakan kari. Resepi Kari Okra di dimana okra ia akan dimasukkan ke dalam kari ikan atau ayam dimana kesannya ia akan memberikan tekstur lembut dan mampu dalam memekatkan sedikit kuah kari. Kari ikan bendi adalah hidangan popular Malaysia yang menggabungkan ikan segar (seperti merah atau jenahak) dengan sayur bendi yang mana ia dimasak dalam kuah kari pekat berasaskan rempah, santan atau asam jawa, serta daun kari. Ia sering ditambah terung, tomato, dan bawang merah atau bawang putih untuk rasa lebih beraroma. Ada beberapa petua penting dimana cara untuk mengurangkan bahan lendir okra dimana ia perlu di basuh dan keringkan sepenuhnya sebelum okra ini dipotong. Kemudian di goreng bendi kering-kering dalam kuali tanpa minyak atau dengan sedikit minyak sebelum peringkat iaitu mencampurkannya dengan bahan tumis lain dan kedua boleh kurangkan lendir dengan cara memasak dengan api yang kuat. Bagi Resepi Okra Goreng Belacan dimana menua ini dilaporkan ia adalah diantara gaya masakan yang paling diminati kerana aromanya yang membangkitkan selera. Bahan digunakan adalah okra, belacan, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan udang kering. Resepi ini ia dilaporkan dan merupakan hidangan dari sayuran okra yang sangat popular, terdiri daripada bendi (okra) yang ditumis atau digoreng bersama sambal belacan (pes udang). Ia berikan rasa dan pedas, enak daripada belacan dan sedikit masam (jika menu ini ada ditambah jus limau) yang menjadikannya selalu ia menyelerakan. Okra pula memberikan tekstur rangup-lembut dimana rasanya yang pedas, masin dan mempunyai aroma udang yang kuat. Agak popular juga Resepi Okra Tumis Telur (Telur Pecah) dimana ia sangat ringkas, sihat, dan digemari oleh anak-anak kerana tidak terlalu pedas.Bahan Utama: Bendi dihiris serong, telur, bawang putih dan sedikit cili merah untuk warna. Cara membuatnya dimana di tumis bahan bawang dan di masukkan bendi dan akhir sekali pecahkan telur serta gaul rata. Menu ini enak di makan dengan nasi panas dan laup pauk lain semasa di hidangkan. Ia selalu ada di jual didalam banyak restoren masakan melayu.
Bagi penulis blog dimana Resepi Okra Chicken Rice Shop yang di makan dengan hidangan nasi ayam adalah menus terkini yang sangat di sukai. Ia adalah resepi bendi Ala-Chicken Rice Shop yang popular di Malaysia iaitu okra ini celur yang disiram sos udang kering dari bahan bawang putih. Kuncinya ialah bendi dicelur sekejap (30 saat) dalam air mendidih dan terus direndam air ais agar hijau kekal rangup. Sosnya dibuat iaitu dengan menumis bawang putih cincang, udang kering, cili flakes, sos tiram dan sedikit minyak bijan. Penulis blog kongsikan akan resepi ini dengan bahan-bahan perlu disediakan adalah 10-15 batang bendi (dicelur dan kemudian ia direndam air ais), 5-6 ulas bawang putih (dicincang halus), 1-2 sudu besar udang kering (direndam dan ia dicincang halus), 1-2 sudu besar chili flakes, 2 sudu besar sos tiram,1 sudu besar kicap cair aau jenis kicap manis, 1 sudu besar minyak bijan (bahan wajib untuk bau wangi), sedikit gula perang (optional) serta minyak untuk menumis. Cara membuat iaitu dengan di rebus okra ini didalam air mendidih selama 30 saat hingga 1 minit dan kemudian ia diangkat dan masukkan segera dalam air ais (supaya kekal hijau dan rangup). Bagi bahan tumisan pula di panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing atau warna kekuningan. Kemudian boleh di masukkan Udang Kering kering cincang dan ia ditumis hingga wangi dan bolej di masukkan sos. Dimasukkan bahan iaitu chili flakes, sos tiram, kicap dan sedikit air (jika pekat). Proses terakhir adalah membubu perasa dan minyak bijan serta bahan masukkan gula perang di gaul sebati dan tutup api. Ia boleh di hidangkan dengan menyusun okra di celur tadi di dalam pinggan dan tuangkan sambal udang kering di atasnya dan sudah sedia dinikmati. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.