Support My Blog

Tuesday, April 28, 2026

BERUANG MATAHARI - FAKTA MENARIK


BERUANG MATAHARI
 (Helarctos malayanus) atau di kenali sebagai 'Beruang Madu' atau 'Sun Bear' adalah spesies beruang terkecil di dunia yang mendiami hutan hujan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Ia mempunyai kuku yang panjang dan tajam selain mempunyai lidah yang sangat panjang (20 - 25 cm) mampu untuk mengambil madu dalam kayu atau lubang tanah. Haiwan beruang matahari ini ia sudah lama diisytiharkan sebagai spesies terancam di Malaysia dan di laporkan ia semakin pupus. Mempunyai 
kuku yang panjang dan melengkung untuk memudahkan aktiviti memanjat pokok dan mencari makanan. Dilaporkan spesis ini adalah jenis beruang yang paling kecil dalam keluarga beruang dimana ia dilihat mempunyai tompok oren atau tompok kuning berbentuk seperti matahari terbit di dadanya. Mempunyai lidah yang panjang digunakan untuk memakan madu, mengambil serangga serangga dan buah-buahan sebagai makanannya. Habitatnya ia berada di kawasan hutan hujan tropika seperti hutan di Semenanjung Malaysia, di Sumatera dan ada di Borneo. Ia berstatus haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang Akta Hidupan Liar dan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 di Sabah. Haiwan ini dilihat ia comel sehingga dipilih sebagai maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 dimana beruang matahari adalah haiwan yang sangat penting kepada ekosistem hutan dan dilindungi daripada pemburuan haram. Pembaca blog ini boleh melihat usaha pemuliharaan spesies ini di pusat-pusat seperti Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) di Sabah. Banyak laporan media di Malaysia yang laporkan isu konflik antara manusia dan beruang matahari yang memasukki kawasan kampong dan menganggu ketenteraman awam. Ini kerana beruang ini mampu mengancam keselamatan penduduk kampong yang ganas jika terserempak. Selalunya beruang itu memakan umbut kelapa dan merosakkan tanaman lain dimanan ini sekali gus merosakkan pokok kelapa milik penduduk yang mula mengeluarkan hasil di beberapa kampong. Dalam pada itu ia selalunya bergerak semakin jauh ke dalam kampung malah sudah terlalu banyak pokok ditanam penduduk yang dirosakkannya. Beruang ini bukan sahaja merosakkan tumbuhan yang rendah malah ia boleh memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter untuk memakan umbut kelapa. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta menarik beruang madu untuk bahan rujukkan semua.


Keberadaan beruang madu yang masuk kawasan kampung mengancam penduduk begitu juba beruang madu mempunyai banyak ancaman juga. 
Ancaman utama terhadap beruang matahari ialah aktiviti pemburuan haram, kehilangan habitat akibat penebangan hutan dan penangkapan untuk dijadikan haiwan peliharaan eksotik. Haiwan ini diburu untuk tujuan bagi mendapatkan hempedu, organ dan dagingnya bagi pasaran gelap dimana isu ini juga yang menyebabkan populasinya menurun drastik. Pengharaman pemeliharaan haiwan ini secara sah juga diabaikan dimana ia mengancam akan kes kelangsungan hidup beruang matahari di habitat asal. Paling serius ancaman kepada haiwan ini adalah seperti Aktiviti  Pemburuan Haram apabila beruang matahari menjadi sasaran pemburu untuk diambil hempedu (perubatan tradisional), organ, dan daging, yang dijual pada harga tinggi. Penulis blog merujuk laporan dimana dilaporkan hempedu beruang mengandungi tahap tinggi bahan Asid ursodeoxycholic (UDCA) yang digunakan untuk merawat penyakit hati dan pundi hempedu pada manusia. Dalam perubatan tradisional Asia ada dakwaan dimana hempedu beruang digunakan untuk meredakan keradangan, demam, detoksifikasi dan juga mengurangkan bengkak atau kesakitan. Faktor kedua adalah apabila isu Kehilangan Habitat asli haiwan ini dengan aktiviti penebangan hutan dan pembukaan tanah mengurangkan kawasan hutan semula jadi diman ini juga menjejaskan tempat tinggal dan sumber makanan beruang matahari dalam kehudupan liarnya. Paling tidak enak di dengar adalah faktur ketiga dimana berlaku aktiviti seperti  Perdagangan Haiwan Peliharaan apabila anak beruang matahari sering ditangkap untuk dipelihara sebagai haiwan eksotik diman aini adalah ia melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar dan jika sabit kesalahan boleh di hukum. Keempat adalah faktur Permintaan Produk Beruang apabila masih ujud tanggapan salah mengenai khasiat hempedu beruang yang meningkatkan permintaan dan ancaman pemburuan beruang matahari. Bagaimana pun usaha seperti aktiviti pemuliharaan seperti yang dilakukan oleh Pusat Konservasi Beruang Matahari dianggap langkah penting untuk mengelakkan kepupusan spesies ini dimasa kaan datang untuk kelestarian.


Beruang Matahari merupakan spesies mamalia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dengan 
saiz badan Beruang Matahari sepanjang 100 - 140 cm menjadikannya spesies terkecil dalam keluarga Beruang. Beruang Matahari aktif pada waktu malam (nokturnal) dan gemar memakan umbut, anai-anai, tikus, ayam hutan, madu, buah-buahan, pucuk pokok palma serta pucuk dan buah kelapa.  Beruang Matahari biasanya melahirkan seekor anak pada satu-satu masa setelah bunting selama 95 - 96 hari. Walaupun bersaiz kecil tetapi ia memiliki lidah yang halus dan amat panjang iaitu 20-25 cm dan fungsi lidahnya yang panjang adalah untuk mengeluarkan madu dari sarang lebah. Ia masih diburu kerana permintaan hempedu mereka yang dijadikan sebagai bahan dalam perubatan tradisional serta bahagian badan mereka seperti kuku, gigi taring dan kulit pula dijadikan sebagai bahan perhiasan. Anak beruang matahari juga diambil keluar dari habitat asal mereka dan kemudiannyaia  dijadikan sebagai binatang peliharaan sebab bentuk fizikal mereka yang kecil menjadikan mereka kelihatan comel kesannya ia akan hilang kemahiran untuk hidup dalam hutan. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila terdapat mereka dibesarkan di dalam sangkar kecil atau didera. Hidupan liar juga mempunyai perasaan. Bayangkan sekiranya anak anda dikurung di dalam bilik yang sempit atau didera oleh orang lain. Beruang ini merupakan antara salah satu spesies mamalia besar yang paling kurang mendapat perhatian di benua Asia Tenggara dan tidak hairan kurang maklumat disebarkan mengenai kisah dan kewujudan haiwan unik ini. Haiwan ini dikategorikan sebagai ‘vulnerable’ di dalam IUCN Red List yang bermaksud ia juga mempunyai risiko yang tinggi untuk pupus dan populasinya juga semakin berkurangan antara 30% hingga 50% dalam tempoh 30 tahun. Haiwan omnivor ini gemar memakan buah-buahan, akar-akar kayu, serangga, mamalia kecil dan burung. Apa pun beruang matahari juga digelar sebagai 'beruang madu' oleh penduduk tempatan kerana sikapnya yang gemar menikmati madu lebah menggunakan lidahnya yang panjang. Jangka hayat beruang matahari tidak dapat direkodkan dengan tepat dianggarkan sekitar 10 tahun di persekitaran semulajadi. Jangka hayat beruang matahari di dalam kurungan pula boleh mencecah sehingga 36 tahun sahaja. Satu kelebihan beruang matahari iaitu ia merupakan haiwan bijak dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Populasi beruang matahari semakin berkurangan hari demi hari kerana tindakan manusia yang mementingkan diri sendiri. Di Malaysia, mamalia ini kehilangan habitat akibat daripada pembukaan hutan secara berleluasa yang menyebabkan fragmentasi berlaku. Pada zaman sekarang, semakin banyak hutan ditebang untuk tujuan penanaman kelapa sawit menyebabkan banyak haiwan kehilangan habitat asal.


Dilaporkan dimana aktiviti pembalakan haram dan kebakaran hutan juga menjadi ancaman kepada beruang matahari untuk mengekalkan kemandirian spesies. Mamalia besar ini juga kehilangan sumber makanan dan tempat tinggal. Terdapat kes di mana beruang matahari sesat dan memasuki kawasan petempatan manusia untuk mencari makanan. Hal ini menyebabkan penduduk berasa tidak selamat, malah keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka memilih untuk membunuh beruang yang mengganggu kawasan mereka berbanding menghubungi pihak berkuasa untuk menangkapnya. Beruang yang bersifat agresif ini juga dibunuh oleh pengusaha ladang untuk mengelakkan tanaman mereka rosak akibat dimakan oleh haiwan tersebut. Pernah juga dilaporkan beruang matahari terbunuh akibat dilanggar oleh kenderaan di jalan raya. Populasi beruang matahari juga semakin terancam kerana pemburuan haram bagi tujuan mendapatkan hempedu dan tapak kakinya. Di negara Cina contohnya ujud pengamal perubatan tradisional percaya bahawa hempedu beruang mampu menyembuhkan penyakit jantung. Hal ini menyebabkan permintaan dan harga hempedu beruang mendapat permintaan tinggi. Kesahihan mengenai perkara ini masih belum terbukti. Keadaan menjadi lebih tragis apabila beruang yang dibela adalah bertujuan mendapatkan organ dalaman untuk dijual di pasaran gelap. Selain itu, tapak kaki beruang pula dijadikan makanan eksotik oleh penduduk dari beberapa buah negara. Apa yang lebih mengejutkan lagi, terdapat manusia yang menjadikan anak beruang sebagai haiwan peliharaan sehingga sanggup membunuh ibunya. Apabila anak beruang mula membesar, barulah pemilik sedar akan bahaya yang menanti dan menyebabkan beruang dikurung dalam sangkar yang tidak bersesuaian. Apabila dikurung di dalam kurungan yang tidak bersesuaian, mereka akan berasa mengalami tekanan kerana ruang yang sempit dan tidak dapat melakukan aktiviti liar seperti memanjat dan memburu makanan. Kajian saintis pensyarah dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah merekodkan bahawa beruang matahari yang dibela di dalam kurungan dilaporkan ia menunjukkan tahap stres yang lebih tinggi berbanding beruang liar. Berdasarkan ancaman-ancaman yang dihadapi oleh beruang matahari, tidak hairanlah mengapa spesies ini dikategorikan sebagai kumpulan haiwan terancam. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengawal populasi haiwan ini daripada pupus adalah dengan memberi sumbangan kepakaran dalam bidang penyelidikan kepada Pusat Konservasi Beruang Matahari agar program konservasi haiwan liar ini terus beroperasi dengan baik. Selain itu, sebagai manusia yang mempunyai sifat perikemanusiaan, kita hendaklah membanteras dengan tidak menyokong pengambilan dan penggunaan organ haiwan liar serta tidak memeliharanya sebagai haiwan peliharaan. Kita sebagai masyarakat perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui tentang aktiviti yang mencurigakan ini. Apa pun ada terdapat beberapa haiwan liar seperti harimau belang, tenggiling, ungka, seladang, kucing liar dan lain-lain kini dikategorikan spesies terancam dan pelbagai usaha kian aktif dilakukan untuk memastikan populasi mereka terus dipelihara dan dipulihara. Usaha untuk mengekalkan populasi beruang matahari masih berada di tahap yang rendah dan seakan-akan tidak dipedulikan oleh masyarakat.


Di laporkan kes 'Beruang matahari ceroboh kampung, musnahkan 26 sarang kelulut' seperti di hadapi oleh seorang penternak madu kelulut, Mazrul Arif Osman menunjukkan sarang kelulut yang dimusnahkan beruang matahari di Kampung Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Media laporkan dalam tempoh seminggu beruang matahari merosakkan 26 sarang lebah kelulut di Kampung Pulau Rusa, dekat sini dan menyebabkan kerugian lebih RM13,000. Apa pun haiwan yang nama saintifiknya Halarctos malayanus mula muncul di kampung itu sejak Julai lalu dan turut memakan puluhan kelapa penduduk. Bagi Mazrul Arif dakwa ini adalah kali pertama beruang itu muncul di Kampung Pulau Rusa pada 2018 sebelum ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang. Kalau sebelum ini beruang dewasa dengan berat antara 80 - 100 kilogram (kg), namun kali ini dipercayai beruang muda dengan berat antara 50 hingga 60kg dan tinggi paras pinggang orang dewasa. Apa pun diantara empat hingga lima sarang kelulut dimusnahkan setiap kali haiwan berkenaan menceroboh kawasan rumahnya untuk mencari makan dimana untuk mendapatkan madu kelulut beruang terbabit memecahkan sarang kelulut sehingga musnah. Diyakini beruang terbabit lapar hingga memaksanya menceroboh kawasan kampung untuk dapat mencari makan dimana sebelum ini hampir setiap malam haiwan berkenaan merosakkan sarang kelulut untuk mendapatkan madu. Haiwan berkenaan seolah jinak apabila cuba menghampiri saya malam kelmarin ketika cuba menghalaunya, beruang itu hanya melarikan diri selepas dihalau. Dia yang memiliki lebih 250 sarang kelulut dakw kemunculan haiwan berkenaan kali ini menyebabkan kerugian besar apabila banyak sarang kelulut miliknya musnah. Harga sarang kelulut antara RM350 hingga RM500 setiap satu. Ada beberapa penduduk kampung sebelum ini beberapa kali terserempak dengan haiwan berkenaan di jalan namun kelihatan jinak dan tidak takut lagi dengan manusia.


Berlainan dengan kes di Kelantan apabila '
Beruang matahari jantan mati dirempuh kereta' dimana kesannya ada sebuah kenderaan yang rosak dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan seekor beruang waktu malam. Kisah dari Dungun dinana ada seekor beruang matahari jantan ditemui mati selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun berhampiran Kampung Paya Kemudi bila kejadian itu sekitar jam 8 malam dan dihantar sepasukan anggota Perhilitan dikerahkan ke lokasi tersebut. Haiwan liar berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 90 kilogram dipercayai sedang melintas jalan ketika kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kecederaan serius pada tubuh beruang tersebut termasuk di bahagian kepala. Empat anggota Perhilitan telah mengambil bangkai beruang berkenaan untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur ditetapkan. Apa pun di laporkan dimana seekor beruang matahari jantan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun adalah salah satu kejadian yang mana ia mengurangkan populasi burang di hutan liar Malaysia.
Selalunya insiden berlaku malam hari sebab neruang matahari hanya aktif waktu malam mencari makanan dan tidur pada siang hari. Beruang itu berat kira-kira 90 kilogram dan sedang melintas jalan ketika kejadian din di periksa kemudian ada terdapat kecederaan serius pada tubuhnya termasuk di bahagian kepala. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembava blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERUANG MATAHARI... MALAM AKTIFNYA...
BERWARNA HITAM...DAH TERANCAM DIA...
MENJADI BURUAN.. HEMPEDU BERHARGA...
DILINDUNGI AKTA... KEMALANGAN KERETA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...