
Buah ciku memang ia kaya dengan kandungan serat, vitamin C dan bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Khasiat utamanya termasuk ia dilaporkan akan meningkatkan tenaga, melancarkan sistem pencernaan (mengatasi sembelit), menyokong kesihatan jantung, merawat buasir, serta meningkatkan sistem imuniti. Bagi penulis blog apabila makan buah ciku yang juga rendah kalori tetapi mengenyangkan untuk jangkamasa lama. Khasiat yang paling ketara dengan makan buah ciku adalah ia Melancarkan Akan Pencernaan sebab buah ciku memanhg ia ada kandungan serat yang tinggi didalamnya yang sangat baik untuk kesihatan usus dan membantu mengatasi sembelit. Walau pun ia agak bergetaah semas di petik tetapi selapas di peram beberapa hari ia akan menjadi lembut dan manis. Buah cuku pstinya ia merupakan Sumber Tenaga Segera dimana buaj ciku kaya dengan fruktosa dan sukrosa yang memberikan tenaga segera kepada tubuh. Ia juga di laporkan buah hebat sebab ia mampun untuk Meningkatkan Imuniti dimana kandungan vitamin C dan antioksidan (polifenol) dalam ciku membantu melawan radikal bebas dan meningkatkan sistem imuniti sesiapa yang selalu memakannya. Ia juga di laporkan dapar membantu dalam aspek Kesihatan Tulang apabila zat kandungan kalsium, fosforus dan zat besi dalam ciku penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan juga kekuatan gigi. apa pun bagi merrka ada masaalah mengenai buang air sebaiknya mengambil buah ciku sebab ia Merawat Buasir dimana amalan secara tradisional sudah lama ciku digunakan sebagai penawar untuk merawat masalah buasir. Agak kurang maklumat berkaitan kehebatan buah ciku yang didakwa dapat Menjaga Kesihatan Jantung sebab banah serat dan nutrien dalam ciku membantu mengawal tahap kolesterol dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung jika dmalkan mengikut keperluan sederhana memakannya. Buah ciku di dakwa ia juga dapat Membantu Diet dimana selepas makan buah ini dan disebabkan ia mengenyangkan maka ciku sesuai untuk mereka yang ingin mengawal berat badan. Buah ciku juga di laporkan ia bersifat Anti-Radang dimana zat seperti Tanin dalam ciku mempunyai sifat anti-radang yang baik untuk kesihatan sistem penghadaman.
Menarik buat tinjauan akan harga buah ciku di Malaysia kini sekitar RM10 hingga RM30 sekilogram bergantung kepada varieti atau jenis sama ada jenis ciku tempatan biasa atau jenis ciku madu atau jenis ciku mega, jumlah dibeli, kualiti, kesegaran dan juga faktur tempat pembelian. Ciku madu apa pun selalunya ia lebih mahal kerana saiznya besar dan rasanya sangat manis diman agak jarang dapat jumpanya di gerai buah-buahan biasa dan selalunya ia dijual dalam talian (on-line) atau secara terus kepada pelanggan di kebun ciku komersil. Kajian penulis blog di Pasar Besar Melaka pada April 2026 mendapati harga buah ciku diletkkan sekitar RM10 - RM15 sekilo bagi ciku tempatan (Ciku Jantung dan Ciku Betawi) sementara bagi jenis Ciku Mega di jual pada harga antara RM16 - RM25 sekilogram bersaiz XXL. Semasa memnua tinjauan di kebun Ciku di Masjid Tanah petani menawarkan harga ciku sekitar RM12 sekilogram yang baru di petik. Buah ciku yang manis dan bertekstur lembut sangat sesuai dijadikan jus, smoothie, jem atau dimakan segar. Selain dimakan terus ada kalangan peminatnya yang ambil isi ciku yang dilenyek boleh dijadikan bahan utama dalam jem atau milkshake atau smoothie berkhasiat serta campuran dalam puding atau kheer. bagi penulis bog yang selalu membeli buah ciku ini cara makan buah ciku paling enak adalah ia dimakan segar dimana perlu mempastikan buh ciku ini sudah cukup masak sepenuhnya (lembut) untuk rasa yang manis dan dapat tekstur yang lebih enak. Apa pun sebaiknya agar jangan mmemakan ciku yang terlalu muda kerana kandungan tanin yang tinggi boleh menyebabkan rasa kelat dan tidak selesa pada tekak. Penulis blog kongsikan bagaimana Resepi Buah Ciku sebagai Jus atau Milkshake dimana buah ciku segar yang dibuang kulitya di kisar buah ciku tersebut dengan susu, yogurt atau ais untuk minuman yang menyegarkan terutama semasa waktu tengahari yang panas. Resepi Membuat Jem Buah Ciku dengan melenyek isi buah ciku yang di buang kulitnya (pilih buah cukup masak) dan dimasak di dalam kuali dengan api perlahan bersama sedikit gula (jika perlu) sehingga menjadi pekat dan enak di makan bersama roti atau biskut. Seterusnya buah ciku sesuai di jadikan sebagai Resepi Ciku Smoothie Bowl iaitu dengan mengisar ciku bersama pisang dan letakkan pelbagai topping sehingga sebati seperti kacang atau buah-buahan lain dan enak di nikmati selepas siap. Apa pun ada kalangan peminat buah ciku menjadikan Salad Buah Ciku iaitu dengan memotong dadu ciku dan campurkan ke dalam salad buah campuran dan di makan terus. Apa pun asasnya adlah mempastikan buah ciku sudah benar-benar masak untuk mendapatkan rasa yang manis dan mengelakkan rasa kelat. Bagaimana pun pilih buah ciku yang lembut adalah yang terbaik untuk dijadikan pencuci mulut dimana ia yang manis dan berlemak bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah ia boleh diolah menjadi pelbagai hidangan menarik. Pernah juga ujirasa Resepi Puding atau Kheer Buah Ciku juga boleh dijadikan iaitu sejenis bubur manis India mengikut yang enak. Ada juga yang suka membuag Resepi Kek atau Muffins Buah Ciku dimana isi ciku yang manis boleh dicampur ke dalam adunan kek atau muffin untuk memberikan rasa unik dan tekstur yang lembap. Penulis blog paling suka makan Resepi Ais Krim atau Sorbet Ciku dimana membuatnya dengan mengisar buah ciku bersama krim atau santan dan ia kemudian dibekukan untuk dijadikan ais krim buatan sendiri yang asli rasanya.
Paling terkini adalah membuat Resepi Chikoo Berry Milkshake dimana ia juga adalah campuran menyegarkan antara buah ciku manis dan strawberi masam manis yang dikisar bersama susu yang akan memberikan tekstur berkrim. Ia merupakan minuman sihat yang kaya dengan tenaga serta ia amat sesuai untuk sarapan atau snek petang. Kalangan pembaca blog mungkin ada yang sudah ujirasa akan resepi ini akan tetapi bagi penulis blog yang sudah beberapa kali ujirasa memang suda dengan minuman ini. Apa pun cara membuatnya dengan sediakan bahan-bahan iaitu 1 biji ciku masak (dibuang kulit dan di buang bijinya), 3-4 biji strawberi (dicuci dan dipotong), 150 ml susu sejuk, ½ cawan ais hancur, gula melaka atau gunakan gula perang atau gunakan madu secukup rasa. Cara membuatnya dengan mengisar buah ciku, strawberi dan ais ke dalam pengisar dan di campur dengan susu dan pemanis (jika perlu) ke dalam pengisar. Perlu di kisar halus atau dikisar sehingga campuran menjadi halus dan berkrim. Sedia di hidangkan dengan menuang ke dalam gelas dan hidangkan segera dengan tambahan ais jika suka. Tips untuk hasil yang lebih berkrim sesuai di tambah sedikit aiskrim vanila atau krim (Sila lihat foto paling bawah sekali). Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepadas emua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH CIKU... APAKAH KEHEBATANNYA...
MUDAH DAPAT...BELI DI MANA SAHAJA...
DI MAKAN SEGAR... PELBAGI RESEPI ADA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU FAHAM FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
MUDAH DAPAT...BELI DI MANA SAHAJA...
DI MAKAN SEGAR... PELBAGI RESEPI ADA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU FAHAM FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Syawal 1447H).
Melaka,
Malaysia.
(21 Syawal 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.