Mungkin kalangan masyarakat umum di Malaysia hanya kenal tanaman bunga kertas (Bougainvillea) sebagai tanaman hiasan tetapi sebenarnya ia juga mempunyai khasiat kesihatan seperti ia boleh melegakan batuk dan sakit tekak, meningkatkan antioksidan serta dapat membantu sistem pencernaan. Air rebusan bunganya juga dipercayai dapat menyejukkan badan, membantu mengatasi masalah Hepatitis serta mengawal tekanan darah dan kolesterol (Sila lihat foto disebeah). Pertama ia bagus untuk kesihatan denga mampu Melegakan Batuk dan Sakit Tekak dimana jenis teh daripada bunga kertas bertindak sebagai ekspektoran yang membantu untuk ia mengeluarkan lendir dalam saluran pernafasan. Bunga kertas di laporkan ia kaya Antioksidan yang tinggi membantu dalam melawan radikal bebas dalam tubuh dimana ini sekaligus mencegah penuaan dini.Ia juga dapat bantu dalam sistem pencernaan iaitu ia membantu mengurangkan masalah sakit perut, diarea dan asid perut tinggi serta dapat menyejukkan badan. Beberapa kajian mendapati ekstraknya dapat membantu menyejukkan badan terutamanya pada musim panas. Paling kurang di ketahui adalah dakwaan dimana bunga kertas juga mampu mengawal kolesterol dan isu tekanan darah tinggi dengan gunakan daun dan bunga dipercayai dapat membantu menjaga keseimbangan kolesterol dan tekanan darah. Dalam kaedah perawatan tradisional ia di gunakan untuk atasi Panyakit Hepatitis dengan meminum air rebusan batang bunga kertas sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat Hepatitis. Caranya dengan merebus bunga yang telah dicuci bersih dengan air panas dimana ia boleh ditambah madu atau limau untuk rasa yang lebih enak. Dalam pada itu batang pokok direbus dan airnya diminum, terutamanya untuk Hepatitis. Digunakan juga sebagai bahan tampalan luka dengan ambil daun dan ia ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian luka. Apa pun di ingatkan agar tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusu kerana kekurangan kajian keselamatan.
Dilaporkan warna-warni bunga kertas indahkan taman dan kediaman dimana pokok bougainvillea jadi tanaman pilihan menghiasi kebanyakan taman dan kediaman sebab pokok bunga kertas mudah dijaga. Apa pun memang ada kepelbagaian warna bunga, mudah ditanam dan dijaga membuatkan bougainvillea atau pokok bunga kertas menjadi tanaman pilihan bagi menghiasi kebanyakan taman dan kediaman di negara ini. Pokok ini mudah dijaga, tahan lasak dan jarang diserang perosak dimana peminatnya cuma perlu ikuti cara dan panduan menjaga pokok bunga kertas kekal segar dan subur sepanjang masa. Ia mudah dibiakkan melalui kaedah penyemaian keratan batang dimana biasanya keratan batang induk bersaiz lilitan sekurang-kurangnya sebesar pensel dan panjangnya sejengkal atau lebih. Pemilihan tanah sangat penting kerana bunga kertas sentiasa berbunga lebat. Gunakan tanah bakar dan tanah campuran dengan nisbah 1:1 dimana dengan penggunaan 'top soil' atau tanah lapisan atas perlu diberi perhatian. Memang tidak semua tanah di sekitar rumah anda yang berwarna kuning seakan-akan tanah lapisan atas itu baik untuk bunga kertas. Jika tanah itu ada kandungan kapur yang tinggi, ia boleh menyebabkan pokok berkenaan kurang subur dan tidak berbunga langsung. Menanam dalam pasu bagaimana pun perlu peka kerana pokok bunga kertas tidak memerlukan banyak air terutama yang ditanam dalam pasu. JIka berlaku lebihan air jika hujan lebat dan berlaku berpanjangan selain pokok muda dengan akar baru mudah rosak. Memindahkan pokok bunga kertas ke pasu baru juga sering kali menjejaskan tumbesarannya. Sebaiknya mengelakkan proses berkenaan ketika tanahnya berair atau lembab. Jika tertanggal tanah pada akarnya, risiko bunga kertas akan mati sangat tinggi. Sebaiknya menukar pasu ketika tanah kering bagi mengurangkan ia terlerai daripada akar. Begitu juga dengan masalah baja berlebihan boleh menyebabkan daun kerinting dan bunganya tidak normal. Baja organik antara yang sesuai.
Dalam portal hmetro.com di laporkan 'Bunga kertas mudah dijaga' boleh di jadikan bahan rujukkan ssemua. Apa pun Bougainvillea atau 'bunga kertas' ia diantara bunga landskap taman popular di kawasan beriklim panas yang memiliki penggemar tersendiri. Memiliki pelbagai warna termasuk putih, merah muda, kuning, ungu, magenta dan jingga, Bougainvillea dipanggil bunga kertas kerana kelopaknya yang nipis bertekstur seperti kertas. Bunga ‘Santa Rita’ (panggilan Bougainvillea di Argentina dan Brazil) dikatakan berasal dari Afrika Utara adalah pohon kecil dan berduri yang memiliki ketahanan terhadap serangan serangga perosak. Di seluruh dunia dilaporkan terdapat lebih 300 jenis Bougainvillea yang dihasilkan menggunakan cara atau kaedah pembakaan tiga daripada 18 spesies bunga-bungaan ini yang diiktiraf ahli botani. Fakta menarik dimana cahaya matahari adalah tarikan buat Bougainvillea. Pokok bunga kertas ini memerlukan enam hingga lapan jam cahaya matahari sehari, jadi sebaiknya ia diletakkan di kawasan terbuka tanpa terlindung daripada bangunan ataupun pokok bersaiz besar. Apa pun sekiranya bunga Bougainvillea tidak mendapat cahaya secukupnya, pokok ini kurang mengeluarkan bunga, warna bunga lebih gelap, tidak tahan lama dan cepat gugur. Sebagai bunga beriklim panas, Bougainvillea tidak lagi memerlukan air yang banyak terutama bagi yang ditanam di dalam pasu. Ini kerana bekalan air yang berlebihan akan membuatkan akar baru pokok bunga Bougainvillea mudah rosak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..
By,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.